Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

penyelenggaraan rekod pinjaman bagi kenderaan dan komputer

adalah kemas kini di mana jumlah pinjaman, tarikh ansuran pertama

dan terakhir, ansuran bulanan dan tempoh pinjaman dicatat dalam

daftar. Bagi pendahuluan diri, semua pendahuluan yang diluluskan

direkodkan dalam Daftar Pendahuluan.

Pada pendapat Audit, Majlis telah menyelenggarakan Kumpulan Wang Amanah

dan Deposit dengan teratur dan kemas kini.

51.7 PENGURUSAN ASET DAN INVENTORI

Segala penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan pinjaman harta modal dan

inventori hendaklah dikawal mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun

1991. Sehingga akhir tahun 2002, sejumlah RM11.93 juta telah dibelanjakan

bagi perolehan harta modal. Pemeriksaan Audit mendapati perkara berikut:

51.7.1 Daftar Harta Modal Dan Daftar Inventori

Majlis ada merekodkan harta modal dan inventorinya dalam Penyata

Induk Harta sedangkan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2

Tahun 1991, daftar yang lebih praktikal dan terperinci telah

diperkenalkan bagi merekod maklumat dan pergerakan sesuatu harta

modal dan inventori. Semakan Audit mendapati Penyata tersebut tidak

mempunyai ruangan pengesahan pemeriksaan, harga seunit dan tarikh

pembelian. Oleh yang demikian, Majlis hendaklah menyelenggara

Daftar Harta Modal dan Daftar Inventori serta daftar lain sebagaimana

kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1991.

Penyelenggaraan Daftar tersebut akan memudahkan Majlis mengurus

dan mengawal aset.

51.7.2 Pemeriksaan Tahunan

Pemeriksaan tahunan terhadap harta modal perlu dijalankan sekurangkurangnya

sekali dalam tempoh 2 tahun sebagaimana kehendak

Perenggan 238 hingga 240 Tatacara Pengurusan Stor. Pemeriksaan

186

More magazines by this user
Similar magazines