Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

56.2 PELAKSANAAN

Pelaksanaan yang baik adalah berdasarkan kepada perancangan yang

disediakan sejajar dengan pelan perancangan untuk menjamin objektif dapat

dicapai. Pemeriksaan Audit mendapati beberapa perkara seperti berikut:

56.2.1 Penubuhan Jabatan Perkhidmatan Hartanah

Mengikut perancangan, Majlis akan menubuhkan Jabatan

Perkhidmatan Hartanah. Bagaimanapun, penubuhannya tidak

dipersetujui oleh Mesyuarat Perjawatan Dan Penyusunan Semula

Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang

Perai pada awal Jun 1999. Oleh itu, Majlis telah menubuhkan Unit

Perkhidmatan Hartanah pada pertengahan Disember 1998 dan

diletakkan di bawah Jabatan Sekretariat. Antara fungsi Unit ini adalah

menyelenggara Buku Daftar Tanah kepunyaan Majlis, mengurus

pajakan tanah Majlis dan mengenal pasti tanah Majlis untuk projek

pembangunan. Selain itu, Unit ini juga bertanggungjawab

menguruskan bangunan dan unit kediaman Majlis.

Pada pandangan Audit, kegagalan menubuhkan satu Jabatan

mengurus hartanah Majlis boleh menimbulkan masalah pada

masa akan datang.

56.2.2 Pengurusan Rekod

i) Geran Tanah

Geran tanah merupakan satu dokumen hak milik yang

menunjukkan bukti pemilikan tanah tersebut. Mengikut Seksyen

78 Kanun Tanah Negara, tanah masih menjadi milik Kerajaan

selagi hak milik tidak didaftarkan. Dokumen hak milik

menggambarkan perihal tanah, tempat, luas, kedudukan,

sempadan, tuan punya dan sebarang kepentingan lain yang

195

More magazines by this user
Similar magazines