Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

iii)

Bayaran Kemajuan

Semakan Audit mendapati bayaran kemajuan bagi 4 kontrak

telah dijelaskan walaupun kontraktor tidak mengemukakan

deposit cagaran dalam bentuk jaminan bank dan juga polisi

insurans yang berkaitan.

Kedudukan Masa Kini

i) Perjanjian Kontrak

a) Surat perjanjian bagi 5 projek tersebut telah

ditandatangani.

b) Majlis telah mengarahkan kontraktor kerja mengadakan

Jaminan Bank.

c) Jabatan tidak meminta kontraktor mengadakan polisi

insurans atau cagaran kontrak kerana tempoh kerjanya

terlalu singkat dan jumlah cagarannya terlalu kecil.

Jabatan juga telah terlebih dahulu memperolehi kelulusan

bertulis bagi melaksanakan semua projek ini daripada

Ketua Jabatan untuk perbelanjaan yang kurang dari

RM10,000 dan kelulusan daripada Setiausaha

Perbandaran bagi perbelanjaan melebihi RM10,000 tetapi

di bawah RM20,000.

ii)

Mutu Kerja

Tindakan telah diambil untuk memperbaiki tapak berkenaan

selain memastikan keadaan tapak adalah baik sebelum

pemasangan peralatan permainan pada projek akan datang.

218

More magazines by this user
Similar magazines