Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

9.2.3 Penyata Penyesuaian Bank (Akaun Terimaan)

Arahan Perbendaharaan 146 menetapkan Penyata Penyesuaian Bank

perlu disedia dan dikemukakan untuk pengauditan dalam tempoh 2

minggu selepas akhir tiap-tiap satu bulan. Bagaimanapun terdapat

kelewatan dalam penyerahan Penyata Penyesuaian Bank bagi bulan

Januari hingga Disember. Kelewatan berlaku antara 1 hingga 5 bulan.

Pengauditan terhadap Penyata Penyesuaian Bank bagi bulan Disember

2002 mendapati perkara berikut:

i) Sebanyak 88 keping Cek Tidak Laku bernilai RM254,275 belum

dilaraskan. Daripada jumlah tersebut sejumlah 57 keping cek

tidak laku bernilai RM153,030 adalah cek yang diterima antara

tahun 1997 hingga 2001.

ii)

Pungutan sejumlah RM4.35 juta dari tahun 1999 hingga Disember

2002 yang telah dibankkan tetapi tidak diambil kira di Buku Tunai

Perbendaharaan Negeri.

9.2.4 Daftar Cek Tidak Laku

Prosedur mengenai pengurusan Cek Tidak Laku ditetapkan dalam Surat

Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia Bil. 1 Tahun 1994.

Pemeriksaan Audit terhadap Daftar Cek Tidak Laku mendapati daftar

tersebut diselenggara dengan baik.

9.2.5 Tunggakan Hasil

Mengikut Arahan Perbendaharaan 89A, Pegawai Pengawal dikehendaki

menyelenggara dan melaporkan tunggakan hasil pada setiap tahun.

Sejumlah 34 Pejabat Pemungut telah mengemukakan penyata

tunggakan hasil. Daripada jumlah tersebut hanya 18 Pejabat Pemungut

sahaja yang mempunyai tunggakan hasil berjumlah RM38.15 juta.

23