Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

secara tawaran melalui Kementerian Kewangan dan diluluskan oleh

Badan Perundangan Negeri. Pengurusan dan kawalan adalah

memuaskan kecuali sejumlah RM7.15 juta daripada RM16.15 juta

saham yang didaftar atas nama Kementerian Kewangan yang dilaporkan

dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2001 telah ditukar kepada

Kerajaan Negeri. Bagaimanapun dividen berjumlah RM590,000

sebagaimana dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2001 belum

diterima oleh Kerajaan Negeri.

9.5.3 Pengurus Dana

Dua Pengurus Dana dilantik oleh Lembaga Kumpulan Wang Pelaburan

Negeri Pulau Pinang untuk menguruskan pelaburan di bawah Kumpulan

Wang Amanah Negeri Pulau Pinang. Modal Pelaburan Kerajaan Negeri

ini telah bertambah menjadi RM40.49 juta berikutan sebahagian

keuntungan yang diperolehi dilaburkan semula. Mengikut rekod

Perbendaharaan Negeri, sejumlah RM2.73 juta pulangan bagi tahun

2002 telah diterima daripada Pengurus Dana.

Pada pendapat Audit, keseluruhan pengurusan pelaburan dibuat dengan

baik. Pengeluaran pelaburan dilulus dengan sewajarnya dan semua

rekod mengenainya diselenggara dengan kemas kini. Laporan bulanan

dan surat menyurat antara Pengurus Dana dengan Kerajaan Negeri

disimpan dengan teratur.

9.6 PENGURUSAN KUMPULAN WANG AMANAH

Perbendaharaan Negeri mengendalikan 5 Kumpulan Wang Amanah Kerajaan

dan 9 Kumpulan Wang Amanah Awam. Pada 31 Disember 2002 baki

Kumpulan Wang Amanah Kerajaan berjumlah RM17.82 juta, manakala

Kumpulan Wang Amanah Awam pula berjumlah RM 43.01 juta. Pengurusan 2

jenis Kumpulan Wang Amanah ini adalah memuaskan di mana rekod berkaitan

diselenggara dengan lengkap dan kemas kini dan mematuhi peraturan.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan berikut yang perlu diatasi

31

More magazines by this user
Similar magazines