Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

Pada pandangan Audit, kawalan pengurusan Pejabat adalah memuaskan

kecuali kekosongan jawatan yang tidak diisi dan tiada kursus atau latihan

berkaitan pengurusan kewangan diberi kepada pegawai yang terlibat.

13.2 KAWALAN HASIL

Hasil utama Pejabat adalah terdiri daripada cukai tanah dan premium tanah.

Pada tahun 2002, Pejabat telah memungut hasil tanah berjumlah RM13.55

juta. Proses kutipan hasil dibuat secara berkomputer melalui Sistem Hasil

Tanah Berkomputer.

13.2.1 Pengasingan Tugas

Pengasingan tugas merupakan satu aspek kawalan dalaman.

Pemeriksaan Audit mendapati pengasingan tugas ada dilaksanakan

kerana pegawai yang ditugaskan di kaunter untuk membuat pungutan

hasil, pegawai yang ditugaskan untuk memasukkan pungutan hasil

harian ke bank dan pegawai yang ditugaskan untuk menyelenggara

Buku Tunai adalah berlainan.

13.2.2 Kawalan Borang Hasil

Arahan Perbendaharaan 67 menghendaki borang hasil yang diterima

dan dikeluarkan direkod dengan kemas kini dalam satu Daftar Borang

Hasil. Semakan Audit mendapati peraturan ini telah dipatuhi

sepenuhnya.

13.2.3 Akaun Tunai Bulanan

Mengikut Pekeliling Kewangan Negeri Pulau Pinang Bil. 4 Tahun 1993,

Ketua Jabatan dikehendaki menyelenggara dan mengemaskini Buku

Tunai serta mengemukakan Akaun Tunai Bulanan kepada Bendahari

Negeri dalam tempoh 10 hari selepas akhir setiap bulan. Pemeriksaan

Audit mendapati peraturan ini telah dipatuhi sepenuhnya.

38

More magazines by this user
Similar magazines