Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

KATA PENDAHULUAN

1. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957

menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Akaun Awam serta aktiviti

Kerajaan Negeri dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri

Pulau Pinang. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menitahkan supaya

Laporan itu dibentangkan di Parlimen manakala Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua

Negeri Pulau Pinang mengarahkan untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri

Pulau Pinang. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah

menjalankan 3 kaedah pengauditan seperti berikut :

1.1 Attestation Audit - untuk memberi pendapat sama ada Penyata Akaun

Awam Kerajaan Negeri menggambarkan kedudukan yang benar dan

saksama tentang keadaan kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun

berkenaan dan rekod perakaunan telah diselenggarakan dengan teratur

dan kemas kini;

1.2 Audit Pematuhan - untuk menentukan sama ada pengurusan

kewangan di Jabatan/Agensi dilaksanakan mengikut undang-undang

dan peraturan kewangan yang berkaitan; dan

1.3 Audit Prestasi - untuk menentukan sama ada sesuatu aktiviti Kerajaan

dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan mencapai objektif yang telah

ditetapkan.

2. Laporan saya mengenai Penyata Akaun Awam Kerajaan Negeri Serta Aktiviti

Jabatan Dan Agensi Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2002 ini disediakan berdasarkan

kepada pengauditan yang telah dijalankan di Jabatan dan Agensi berkenaan.

Sebelum laporan diluluskan semua Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan/Pengurusan

Agensi Negeri yang terlibat telah diminta membuat perakuan mengenai cadangan

kandungan Laporan. Mana-mana maklum balas yang dipertimbangkan telah

dimasukkan ke dalam Laporan ini.

iv

More magazines by this user
Similar magazines