Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

peringatan kepada tuan-tuan tanah yang mempunyai tunggakan. Pada

tahun 2002, sejumlah 250 notis peringatan telah dikeluarkan kepada

tuan-tuan tanah yang mempunyai tunggakan. Hasil daripada tindakan

tersebut, tunggakan hasil berjumlah RM320,000 daripada 21

penghutang telah dapat dikutip. Adalah disyorkan agar tumpuan yang

lebih diberi untuk mendapatkan tunggakan cukai melebihi 3 tahun.

Pada pandangan Audit, kawalan hasil pada keseluruhannya adalah

memuaskan.

13.3 KAWALAN PERBELANJAAN

Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara telah diperuntukkan sejumlah

RM2.81 juta pada tahun 2002 dan keseluruhan peruntukan tersebut telah

dibelanjakan sebagai perbelanjaan mengurus. Kawalan perbelanjaan yang baik

bergantung kepada pematuhan prosedur kewangan yang berkuat kuasa dan

penyelenggaraan rekod kewangan yang teratur. Kawalan perbelanjaan meliputi

aspek berikut:

13.3.1 Kuasa Melulus Pembayaran

Mengikut Arahan Perbendaharaan 101, Pegawai Pengawal boleh

mewakilkan kuasanya kepada pegawai bawahannya bagi memperakui

baucar. Pejabat telah mematuhi arahan ini dengan mengeluarkan surat

kuasa dan menghantar kad contoh tandatangan pegawai yang telah

diberi kuasa kepada Bendahari Negeri.

13.3.2 Buku Vot

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun Negeri Pulau

Pinang Bil. 1 Tahun 2000 menetapkan bahawa semua Jabatan

Kerajaan Negeri menyediakan baucar bayaran perbelanjaan melalui

Sistem SIKAP. Pemeriksaan Audit mendapati penyelenggaraan Buku

Vot secara manual masih diteruskan memandangkan sistem

berkomputer masih dalam ujian selari (parallel run).

41

More magazines by this user
Similar magazines