Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

ii)

Penyata Penyesuaian Akaun Deposit

Surat Pekeliling Jabatan Kewangan Negeri Bil. 3 Tahun 1999

menghendaki Penyata Penyesuaian Hasil dan Amanah

dikemukakan kepada Bendahari Negeri dalam tempoh 14 hari

dari tarikh Penyata Amanah diterima. Pemeriksaan Audit

mendapati Penyata Penyesuaian Deposit Lesen Hiburan dan

Deposit Tanah telah dikemukakan kepada Bendahari Negeri

dalam tempoh yang ditetapkan.

iii)

Penwartaan Deposit

Arahan Perbendaharaan 162 menghendaki supaya deposit yang

tidak diperlukan dan tidak dituntut selepas 12 bulan hendaklah

diwartakan. Sekiranya tidak dituntut dalam masa 3 bulan selepas

diwartakan, maka ia akan dimasukkan ke dalam akaun hasil

Kerajaan Negeri. Pihak Pejabat perlu mengambil tindakan bagi

menentukan sama ada tindakan mewartakannya perlu dibuat

kerana terdapat akaun deposit yang dibuka sejak tahun 1964

sehingga kini belum diselesaikan.

13.4.2 Kumpulan Wang Amanah Kerajaan

Pemeriksaan Audit terhadap pengurusan rekod Kumpulan Wang

Amanah Kerajaan mendapati perkara berikut :

i) Daftar Pinjaman Kenderaan

Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 1993,

Peraturan-peraturan Dan Syarat-syarat Mengenai Pinjaman

Kenderaan Bagi Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam, Ketua

Pejabat hendaklah menyelenggara Daftar Pinjaman Kenderaan

bagi semua pinjaman yang telah diluluskan. Pemeriksaan Audit

mendapati Daftar Pinjaman Kenderaan tidak diselenggarakan.

Selain itu, semakan Audit juga mendapati 5 kakitangan masih

mempunyai baki pinjaman kenderaan berjumlah RM78,948

45

More magazines by this user
Similar magazines