Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

manakala salinan resit pembelian, buku pendaftaran dan sijil

insurans bagi 4 peminjam tidak disimpan dalam fail.

ii)

Daftar Pinjaman Komputer

Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 1992,

Peraturan-peraturan Dan Syarat-syarat Mengenai Skim

Pembiayaan Komputer Bagi Anggota Perkhidmatan Awam,

sebuah Daftar Pembiayaan Pembelian Komputer mengenai

semua pembiayaan yang telah diluluskan hendaklah diselenggara

oleh Ketua Jabatan. Pemeriksaan Audit mendapati Daftar

Pembiayaan Pembelian Komputer tidak diselenggarakan. Selain

itu, semakan Audit juga mendapati sejumlah 8 daripada 14 fail

kakitangan yang mempunyai baki hutang pembiayaan pembelian

komputer berjumlah RM35,034 tidak mempunyai salinan resit dan

invois pembelian.

Pada pendapat Audit, kawalan pengurusan Kumpulan Wang Amanah dan

Akaun Amanah adalah baik namun masih ada ruang untuk diperbaiki

terutamanya dari segi penyelenggaraan Daftar Pinjaman Kenderaan dan

Daftar Pembiayaan Komputer.

13.5 PENGURUSAN ASET

Pada tahun 2002, Pejabat telah membuat pembelian aset dan inventori yang

terdiri daripada mesin faks, pendingin udara, peralatan persidangan dan alat

kelengkapan pejabat berjumlah RM83,658. Pemeriksaan Audit terhadap

pengurusan aset mendapati perkara berikut:

13.5.1 Daftar Harta Modal Dan Inventori

Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1991, Daftar Harta

Modal dan Daftar Inventori perlu direkodkan dengan lengkap dan

kemas kini. Pemeriksaan Audit terhadap daftar tersebut mendapati:

46

More magazines by this user
Similar magazines