Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

17.3.3 Penyata Penyesuaian Perbelanjaan

Jabatan perlu membuat penyesuaian dan pengesahan baki antara

rekod perakaunan Jabatan dengan Laporan Perbelanjaan Bulanan

bagi memastikan ketepatan akaun serta mengesan segera kesilapan

dan ketinggalan. Mengikut Surat Pekeliling Jabatan Kewangan Negeri

Bil. 3 tahun 1999, Penyata Penyesuaian Perbelanjaan hendaklah

dikemukakan kepada Perbendaharaan Negeri dalam tempoh 14 hari

dari tarikh Penyata Perbelanjaan Bulanan diterima. Pemeriksaan yang

dijalankan mendapati Penyata Penyesuaian Perbelanjaan Bulanan

sepanjang tahun 2002 telah dikemukakan kepada Perbendaharaan

Negeri dalam tempoh yang ditetapkan.

17.3.4 Sebut Harga

Peraturan mengenai sebut harga dinyatakan dalam Arahan

Perbendaharaan 170. Pada tahun 2002, Jabatan telah mengeluarkan

4 sebut harga berjumlah RM55,704. Pemeriksaan Audit mendapati

notis pemberitahuan pembukaan sebut harga, penilaian tawaran dan

keputusan oleh Jawatankuasa Sebut Harga yang dianggotai oleh 4

ahli dibuat dengan sempurna dan mematuhi peraturan kewangan yang

ditetapkan.

17.3.5 Borang Pesanan Tempatan

Borang pesanan tempatan merupakan dokumen yang digunakan untuk

memesan barang dan perkhidmatan. Mengikut Arahan

Perbendaharaan 176.1(b), pesanan tempatan hendaklah diisi dengan

butiran lengkap. Sehingga akhir tahun 2002 sejumlah 253 borang

pesanan tempatan telah dikeluarkan. Pemeriksaan Audit terhadap

salinan ketiga pesanan tempatan mendapati perkara berikut:

i) Salinan pesanan tempatan yang dibatalkan dikepilkan bersama

dengan salinan asal borang pesanan tempatan.

57

More magazines by this user
Similar magazines