Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

17.4.2 Lejar Deposit Individu

Pemeriksaan terhadap Lejar Deposit Individu mendapati lejar ini telah

diselenggara dengan baik. Semua lejar yang depositnya telah

dikembalikan atau telah diselesaikan, telah ditutup dan disahkan oleh

pegawai yang diberi kuasa. Baki di lejar ini pada 31 Disember 2002

adalah berjumlah RM66,114 bersamaan dengan baki seperti di

Perbendaharaan Negeri.

17.4.3 Senarai Baki Individu

Arahan Perbendaharaan 159 menghendaki satu senarai baki pada 31

Disember tiap-tiap tahun dihantar kepada Perbendaharaan Negeri dan

Wakil Ketua Audit Negara di Negeri. Baki rekod kecil hendaklah

dijumlah dan disamakan dengan akaun utama sekurang-kurangnya

sekali setahun dan amnya tidak kurang daripada sekali tiap-tiap suku

tahun. Pemeriksaan Audit mendapati Jabatan telah mematuhi semua

peraturan berkaitan Arahan Perbendaharaan di atas.

17.4.4 Penyata Penyesuaian Deposit

Mengikut Surat Pekeliling Jabatan Kewangan Negeri Bil. 3 Tahun

1999, Penyata Penyesuaian Deposit hendaklah dikemukakan kepada

Perbendaharaan Negeri dalam tempoh 14 hari dari tarikh Penyata

Deposit diterima. Pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Penyata

Penyesuaian Deposit sepanjang tahun 2002 telah dikemukakan

kepada Perbendaharaan Negeri dalam tempoh 14 hari seperti

ditetapkan dalam Surat Pekeliling tersebut.

17.4.5 Pengurusan Rekod Pinjaman Kenderaan Dan Komputer

Jabatan menguruskan Daftar Pinjaman Kenderaan dan Komputer.

Pemeriksaan Audit mendapati perkara berikut:

i) Daftar Pinjaman Kenderaan

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 1993 menghendaki

Ketua Jabatan menyelenggara Daftar Pinjaman Kenderaan.

59

More magazines by this user
Similar magazines