Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

21.2.7 Pemeriksaan Mengejut

Arahan Perbendaharaan 309 menghendaki pemeriksaan mengejut

dilakukan tidak kurang dari sekali dalam tempoh 6 bulan dan hasil

pemeriksaan itu hendaklah direkodkan dalam Daftar Pemeriksaan

Mengejut. Semakan Audit mendapati 4 pemeriksaan mengejut telah

dilakukan pada tahun 2002.

21.2.8 Penyata Tunggakan Hasil

Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 1986, semua

Pemungut Hasil Negeri dikehendaki menyediakan Penyata Tunggakan

Hasil mengikut pecahan tahun tunggakan berakhir 30 Jun dan 31

Disember setiap tahun. Penyata Tunggakan Hasil ini hendaklah

dikemukakan kepada Perbendaharaan Negeri dengan salinannya

kepada Jabatan Audit Negara. Sungguhpun Jabatan Pengairan dan

Saliran Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai sebarang tunggakan,

satu penyata ”Tiada” telah dikemukakan kepada Perbendaharaan

Negeri.

Pada pendapat Audit, pengurusan kawalan hasil adalah memuaskan.

21.3 KAWALAN PERBELANJAAN

Sehingga akhir tahun 2002, perbelanjaan mengurus adalah berjumlah RM12.95

juta manakala perbelanjaan pembangunan pula berjumlah RM6.70 juta.

Pemeriksaan Audit adalah untuk menentukan perbelanjaan telah dibuat dengan

berhemat dan mengikut peraturan.

69

More magazines by this user
Similar magazines