Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

21.5 PENGURUSAN ASET

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1991, menggariskan tentang

penyelenggaraan daftar untuk merekodkan semua harta modal, inventori dan

bekalan yang diperolehi untuk kegunaan pejabat. Ini bertujuan untuk

memastikan barangan ini dapat dikawal dengan sempurna bagi mengelakkan

daripada berlakunya pembaziran. Jabatan telah membelanjakan sejumlah

RM157,604 pada tahun 2002 bagi membeli sebuah kenderaan dan inventori.

Pemeriksaan Audit terhadap pengurusan aset mendapati perkara berikut:

21.5.1 Daftar Harta Modal

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1991 menjelaskan tentang

butiran yang perlu dicatatkan dalam daftar ini. Butiran tersebut

termasuklah jenis, kategori, lokasi, kos dan tarikh dibeli/diterima,

nombor pesanan tempatan dan tandatangan pegawai yang

mengesahkan butiran serta tarikh pengesahan dibuat. Pemeriksaan

Audit mendapati Daftar Harta Modal ada diselenggarakan. Walau

bagaimanapun semakan Audit mendapati 18 Daftar Harta Modal tidak

mempunyai butiran pembelian iaitu kos, tarikh dibeli dan nombor

pesanan tempatan. Selain itu tiada bukti Ketua Jabatan menjalankan

pemeriksaan terhadap harta modal.

21.5.2 Penempatan Harta Modal

Mengikut Perenggan 146 Tatacara Pengurusan Stor, barang berharga

dan menarik hendaklah disimpan di tempat selamat. Pemeriksaan

Audit mendapati satu unit Plotter, alatan lukisan teknikal dan kabinet

pelan diletak secara terbuka tanpa kawalan keselamatan yang

bersesuaian. Ini adalah kerana keadaan ruang pejabat yang sempit

dan terhad menyebabkan peralatan ini terbiar di tengah ruang pejabat.

73

More magazines by this user
Similar magazines