Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

21.5.3 Daftar Inventori

Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1991, Daftar

Inventori adalah bagi merekod barangan tidak luak yang bernilai

kurang daripada RM500 setiap unit pada masa pembelian/perolehan.

Bagaimanapun barangan seperti permaidani dan langsir serta pinggan

mangkuk adalah termasuk dalam kategori inventori walaupun nilai

perolehan melebihi RM500. Pemeriksaan terhadap Daftar Inventori

mendapati ianya diselenggara dengan kemas kini. Semua ruangan diisi

dan ruangan penerimaan inventori ditandatangani oleh pegawai yang

menerimanya.

21.5.4 Daftar Stok Bekalan Pejabat

Bekalan pejabat ialah semua barang luak termasuk alat tulis serta

kelengkapan pejabat tak luak yang rendah nilainya dan tidak ekonomik

untuk dikesan penempatannya secara satu persatu. Daftar Stok

Bekalan Pejabat adalah untuk merekod segala perolehan dan

penggunaan bekalan pejabat. Pemeriksaan Audit mendapati Daftar

Stok Bekalan Pejabat ada diselenggara dengan kemas kini. Setiap

penerimaan dan pengeluaran dicatat dan ditandatangani oleh pegawai

yang bertanggungjawab. Pemeriksaan terhadap 20 item mendapati

baki fizikal adalah sama dengan baki pada daftar.

21.5.5 Pengurusan Kenderaan

Jabatan mempunyai 8 buah kenderaan penumpang bagi kegunaan Ibu

Pejabat dan 5 daerahnya. Enam buah daripadanya dibeli melalui

peruntukan Kerajaan Negeri dan 2 buah melalui peruntukan Kerajaan

Persekutuan. Empat buah kenderaan didapati telah/akan menjangkau

usia 10 tahun. Pada tahun 2002, sebuah motokar dan sebuah pacuan

empat roda telah diperolehi. Pihak Audit mendapati kenderaan yang

sedia ada tidak dapat menampung keperluan pegawai dan kakitangan

Ibu Pejabat dan daerahnya untuk menjalankan tugas dengan lebih

berkesan.

74

More magazines by this user
Similar magazines