LAPORAN - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010 Negeri pahang

laporan

ketua audit negara

Aktiviti Jabatan/Agensi

dan Pengurusan Syarikat Kerajaan

NEGERI pahang

Tahun 2010

jabatan audit negara malaysia

No. 15, Aras 1-5

Persiaran Perdana, Presint 2

62518 wilayah persekutuan Putrajaya

www.audit.gov.my

jabatan audit negara

malaysia


LAPORAN

KETUA AUDIT NEGARA

AKTIVITI JABATAN/AGENSI

DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN

NEGERI PAHANG

TAHUN 2010

JABATAN AUDIT NEGARA

MALAYSIA


KANDUNGAN


KANDUNGAN

PERKARA

KATA PENDAHULUAN

INTISARI LAPORAN

MUKA SURAT

vii

xi

BAHAGIAN I : AKTIVITI JABATAN/AGENSI NEGERI

Pendahuluan 3

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang 3

Pengurusan Emolumen Anggota Perkhidmatan Awam Negeri

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang 12

Projek Pembangunan Bandar Baru Seberang Jelai, Lipis

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri 25

Pengurusan Bantuan Bencana

Jabatan Kerja Raya Negeri 35

Penyenggaraan Jalan Negeri

Majlis Sukan Pahang 52

Program Pembangunan Sukan

Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh 73

Pengurusan Tukar Syarat Tanah

Majlis Perbandaran Temerloh 84

Pengurusan Projek Landskap

BAHAGIAN II : PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

Pendahuluan 99

Yayasan Pahang

IKIP Education Sdn. Bhd.

Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang

LKPP Property Sdn. Bhd.

99

111

BAHAGIAN III : PERKARA AM

Pendahuluan 133

Kedudukan Masa Kini Perkara Yang Dibangkitkan Dalam

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009

Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti

Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri

133

135

Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri 135

PENUTUP 139

iii


KATA PENDAHULUAN


KATA PENDAHULUAN

1. Perkara 106 dan 107, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957

menghendaki Ketua Audit Negara selain mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan Negeri di

mana telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010 mengenai Penyata

Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri, Ketua

Audit Negara juga dikehendaki mengaudit aktiviti Kerajaan Negeri dan mengemukakan

Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan

menitahkan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen manakala Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Sultan Pahang menitahkan supaya Laporan itu dibentangkan di Dewan

Undangan Negeri Pahang. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah

menjalankan Pengauditan Prestasi yang bertujuan untuk menilai sama ada sesuatu aktiviti

Jabatan/Agensi dan pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri telah dilaksanakan dengan

cekap, berhemat dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

2. Laporan saya mengenai pelaksanaan Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan

Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2010 adalah hasil daripada pengauditan yang

dijalankan terhadap aktiviti-aktiviti tertentu yang dilaksanakan di 4 Jabatan, 3 Agensi dan 2

Syarikat Kerajaan Negeri. Laporan tersebut mengandungi 3 bahagian seperti berikut:

Bahagian I : Aktiviti Jabatan/Agensi Negeri

Bahagian II : Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri

Bahagian III : Perkara Am

3. Pengauditan terhadap aktiviti Kerajaan Negeri adalah untuk menilai sama ada

program dan aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut tempoh

yang ditetapkan, tiada pembaziran dan mencapai matlamatnya. Pada umumnya,

pengauditan yang dijalankan mendapati beberapa kelemahan dalam perancangan,

pelaksanaan dan pemantauan oleh Jabatan/Agensi Negeri Pahang pada tahun 2010 seperti

yang saya laporkan dalam Laporan ini. Antara kelemahan yang ditemui bagi Pengurusan

Emolumen adalah berlaku lebihan/kurangan bayaran dan elaun tidak mengikut kadar yang

ditetapkan. Bagi Projek Pembangunan Bandar Baru Seberang Jelai, Lipis kawasan yang

sepatutnya dibangunkan masih belum dimajukan; unit kedai lewat diserahkan kepada

pembeli; syarat perjanjian usaha sama tidak mengandungi syarat-syarat penting yang boleh

menjamin kepentingan Perbadanan; Perbadanan tidak menerima pulangan yang optimum

dengan menamatkan perjanjian usaha sama lebih awal; dan Perbadanan menyerahkan

sebahagian tanah yang sedang dibangunkan kepada Pemaju. Bagi Pengurusan Bantuan

Bencana perolehan bekalan tidak mematuhi prosedur; berlaku perbezaan stok pengkalan

hadapan berbanding dengan rekod; pelupusan bekalan bantuan tidak didokumenkan; stok

bekalan rosak; dan tempat penyimpanan bekalan tidak sesuai. Bagi Penyenggaraan Jalan

Negeri, kerja penyenggaraan jalan tertangguh; penggunaan peruntukan di luar skop kerja;

vii


serta penyenggaraan bahu jalan dan perabot jalan tidak dilaksanakan dengan baik. Bagi

Program Pembangunan Sukan, prestasi pungutan pingat tidak mencapai sasaran dan pusat

latihan tidak disenggara. Bagi Pengurusan Tukar Syarat Tanah adalah pelanggaran

terhadap syarat penggunaan tanah; premium tambahan tukar syarat tanah tidak dijelaskan

setelah permohonan diluluskan; dan penguatkuasaan ke atas pelanggaran syarat tidak

dijalankan sepenuhnya. Bagi Pengurusan Projek Landskap, perbelanjaan kurang berbanding

dengan peruntukan; sasaran penanaman pokok tidak tercapai; pelaksanaan kerja tidak

mengikut perancangan; penyenggaraan kawasan landskap tidak dilaksanakan dengan

memuaskan; dan pemantauan pengurusan landskap kurang berkesan. Bagi pengurusan

syarikat IKIP, pembayaran elaun Ahli Lembaga Pengarah tidak mengikut kadar yang

ditetapkan dan pembayaran bonus dibuat ketika syarikat mengalami kerugian. Manakala

bagi syarikat LPSB, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan

aset tidak dilaksanakan sewajarnya. Semua Pegawai Pengawal yang berkenaan telah

dimaklumkan tentang perkara yang dilaporkan untuk pengesahan mereka. Bagi

menambahbaik kelemahan yang dibangkitkan atau bagi mengelakkan kelemahan yang

sama berulang, saya telah mengemukakan sebanyak 41 syor untuk diambil tindakan oleh

Ketua Jabatan berkenaan.

4. Saya berharap Laporan ini dapat dijadikan asas untuk memperbaiki segala

kelemahan, memantapkan usaha penambahbaikan dan meningkatkan akauntabiliti dan

integriti serta mendapat value for money bagi setiap perbelanjaan yang dibuat seperti mana

hasrat kerajaan. Secara tidak langsung ia akan menyumbang ke arah Program

Transformasi Negara selaras dengan slogan “Rakyat Didahulukan Pencapaian

Diutamakan” bagi memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia.

5. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai

Jabatan/Agensi dan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang yang telah memberikan kerjasama

kepada pegawai saya sepanjang pengauditan dijalankan. Saya juga ingin melahirkan

penghargaan dan terima kasih kepada pegawai saya yang telah berusaha gigih serta

memberikan sepenuh komitmen untuk menyiapkan Laporan ini.

(TAN SRI DATO’ SETIA HAJI AMBRIN BIN BUANG)

Ketua Audit Negara

Malaysia

Putrajaya

13 Jun 2011

viii


INTISARI LAPORAN


INTISARI LAPORAN

BAHAGIAN I – AKTIVITI JABATAN/AGENSI NEGERI

1. PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG

- Pengurusan Emolumen Anggota Perkhidmatan Awam Negeri

1.1. Emolumen terdiri daripada gaji pokok, elaun dan imbuhan yang diluluskan oleh

Kerajaan. Gaji pokok merujuk kepada mata gaji dalam struktur gaji Sistem Saraan Malaysia

yang berkuat kuasa dan diambil kira untuk faedah pencen. Elaun dan imbuhan dalam

perkhidmatan awam berdasarkan Perintah Am Bab B merupakan satu keistimewaan dan

bukan bersifat kekal yang patut dibayar kepada pegawai berkelayakan berdasarkan syarat

dan kadar yang ditetapkan. Potongan gaji terdiri daripada potongan wajib seperti caruman

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bayaran ansuran Pinjaman Perumahan,

Kenderaan, Komputer dan potongan cukai pendapatan berjadual. Manakala potongan

pilihan seperti Simpanan Tabung Haji, Zakat, Insurans dan Angkatan Koperasi Kebangsaan

Malaysia Berhad (ANGKASA).

1.2. Pengauditan yang dijalankan pada bulan Oktober hingga Disember 2010 di 2

peringkat iaitu di Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri sebagai Pejabat

Perakaunan dan 8 Jabatan yang dipilih sebagai Pusat Tanggungjawab mendapati pada

keseluruhannya pengurusan emolumen anggota perkhidmatan awam adalah memuaskan.

Namun wujud beberapa kelemahan seperti berikut:

1.2.1. Berlaku lebihan dan kurangan bayaran emolumen.

1.2.2. Elaun Bantuan Sara Hidup melebihi kadar yang ditetapkan.

1.2.3. Imbuhan Tetap Perumahan dibayar walaupun menetap di kuarters kerajaan.

1.2.4. Kelewatan mengambil tindakan untuk memberhentikan/membuat pelarasan gaji dan

elaun apabila pegawai meninggal dunia/ bersara/ dikenakan tindakan tatatertib/ bertukar.

1.2.5. Tindakan dan keputusan tatatertib lewat diambil terhadap pegawai yang tidak hadir

bertugas.

1.2.6. Fail peribadi serta rekod perkhidmatan tidak diselenggarakan dengan lengkap dan

kemas kini.

1.3. Bagi memastikan pengurusan emolumen anggota perkhidmatan awam Negeri

Pahang dibuat dengan teratur, Jabatan disyorkan supaya mengambil langkah-langkah

berikut:

1.3.1. Mewujudkan koordinasi antara semua pihak yang terlibat di semua peringkat supaya

peraturan yang berkuat kuasa dapat dipatuhi dan pengemaskinian maklumat dapat dibuat

dari semasa ke semasa.

xi


1.3.2. Memastikan pegawai yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan terperinci

sebelum sebarang perubahan terhadap maklumat emolumen pegawai diluluskan.

1.3.3. Memberi latihan kepada pegawai yang melaksanakan tugas berkaitan pengurusan

emolumen dari semasa ke semasa.

1.3.4. Ketua Jabatan perlu mengambil tindakan segera terhadap penjawat awam yang tidak

mematuhi peraturan pejabat.

1.3.5. Tindakan surcaj perlulah diambil terhadap pegawai yang gagal melaksanakan

tanggungjawab atau cuai sehingga mengakibatkan kerugian kepada pihak Kerajaan.

2. PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI PAHANG

- Projek Pembangunan Bandar Baru Seberang Jelai, Lipis

2.1. Projek Pembangunan Bandar Baru Seberang Jelai, Lipis (Projek) telah mula

dirancang pada tahun 1995. Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (Perbadanan)

bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan Projek tersebut. Pembangunan

Projek melibatkan kawasan seluas 129 ekar meliputi 61 ekar Tanah Kerajaan dengan

bayaran premium oleh Perbadanan berjumlah RM1.79 juta. Manakala 68 ekar atau 20 lot

tanah milik diperoleh melalui proses pengambilan balik tanah yang melibatkan kos berjumlah

RM1.17 juta juga dibayar oleh Perbadanan. Tujuan Projek ini dilaksanakan adalah untuk

memajukan Bandar Lipis dengan konsep pembangunan yang lebih tersusun serta memberi

peluang pemilikan perniagaan kepada Bumiputera. Tapak Projek terletak di seberang Sungai

Jelai berhampiran Bandar Lipis sedia ada yang dihubungkan melalui jambatan.

2.2. Pengauditan telah dijalankan antara bulan Oktober 2010 sehingga Januari 2011 di

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang,

Majlis Daerah Lipis serta Pejabat Daerah Dan Tanah Lipis. Secara keseluruhannya, Projek

ini adalah kurang memuaskan kerana wujud kelemahan seperti berikut:

2.2.1. Kawasan pembangunan oleh Perbadanan seluas 11.97 ekar daripada 62 ekar masih

belum dapat dimajukan.

2.2.2. Pembinaan 30 unit kedai oleh Perbadanan lewat diserahkan kepada pembeli.

Manakala Kompleks R&R lewat disewakan kepada Majlis Daerah Lipis.

2.2.3. Syarat perjanjian usaha sama tidak mengandungi syarat-syarat penting yang boleh

menjamin kepentingan Perbadanan malah lebih menguntungkan pihak Pemaju.

2.2.4. Perbadanan tidak menerima pulangan yang optimum dengan menamatkan perjanjian

usaha sama lebih awal.

2.2.5. Perbadanan terpaksa menyerahkan sebahagian tanah yang sedang dibangunkan

kepada Pemaju yang dianggarkan bernilai RM4.48 juta sedangkan Perbadanan hanya

memperoleh pulangan berjumlah RM4.35 juta daripada Projek usaha sama ini.

xii


2.3. Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan perkara yang

sama tidak berulang dalam melaksanakan projek yang lain, adalah disyorkan supaya

Perbadanan memberikan pertimbangan terhadap perkara berikut:

2.3.1. Menjalankan kajian yang lebih terperinci terhadap lokasi Projek terutama yang boleh

memberi impak kos sehingga menjejaskan pelaksanaan keseluruhannya.

2.3.2. Mengkaji dengan lebih mendalam syarat-syarat perjanjian agar lebih memihak

kepada Perbadanan dan menjamin kepentingan kerajaan.

2.3.3. Mengambil kira hasil penemuan Audit untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan

projek seumpamanya dimasa yang akan datang.

3. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI

- Pengurusan Bantuan Bencana

3.1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang (Jabatan) adalah anggota

Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara. Mengikut Arahan Majlis

Keselamatan Negara (MKN) No. 20, Jabatan bertanggungjawab untuk menyedia dan

menyenggarakan pusat-pusat pemindahan, membuat persediaan dan mengedarkan bantuan

makanan, pakaian dan keperluan-keperluan lain, menjalankan pendaftaran ke atas mangsa

untuk tujuan pemulihan semula mangsa bencana serta memberi bimbingan, nasihat dan

kaunseling kepada mangsa-mangsa bencana. Bantuan untuk bencana disalurkan melalui

Tabung Malapetaka yang ditubuhkan di bawah Kumpulan Wang Amanah Jawatankuasa

Malapetaka Negeri Pahang (Kumpulan Wang/Tabung Amanah). Sehingga akhir tahun 2010,

baki Tabung Amanah adalah berjumlah RM6.33 juta dan jumlah perbelanjaan ialah RM3.14

juta.

3.2. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Oktober 2010 hingga Januari 2011 di

Jabatan serta 3 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di Pekan, Maran dan

Rompin mendapati kelemahan seperti berikut:

3.2.1. Perolehan bekalan bantuan bencana tidak mematuhi peraturan kewangan

sepenuhnya di mana terdapat jumlah pembelian bagi satu item yang melebihi RM50,000

dibeli secara pembelian terus.

3.2.2. Berlaku perbezaan stok di 10 pengkalan hadapan berbanding dengan rekod.

3.2.3. Pelupusan bekalan bantuan bencana tidak didokumenkan oleh Jabatan.

3.2.4. Stok bekalan bantuan bencana seperti beberapa kampit beras, bungkusan gula dan

minyak masak telah rosak di pengkalan hadapan.

3.2.5. Tempat penyimpanan bekalan bencana yang tidak sesuai seperti ruang sempit dan

pengudaraan yang tidak sempurna.

3.3. Bagi penambahbaikan terhadap pengurusan bantuan bencana ini, adalah disyorkan

pihak Jabatan melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:

xiii


3.3.1. Mematuhi prosedur perolehan bekalan untuk pengkalan hadapan dan

mempertingkatkan koordinasi dengan Pejabat Daerah dalam penyediaan Pesanan Kerajaan.

3.3.2. Mengambil inisiatif bagi memohon kelulusan daripada Pejabat Kewangan Negeri

untuk mendapatkan pengecualian perolehan secara sebut harga.

3.3.3. Memantau proses pengagihan bekalan dengan memastikan semakan dibuat

sebelum menandatangani borang agihan dan penyelenggaraan buku stok (daftar) keluar dan

masuk bekalan di setiap pengkalan hadapan dilaksanakan.

3.3.4. Menguatkuasakan pemantauan sebelum tindakan pelupusan diambil dengan

mengadakan naziran ke pengkalan hadapan sebelum pelupusan dan memastikan rekod

pelupusan diselenggara di setiap PKMD untuk tujuan pemantauan. Proses pelupusan juga

mestilah didokumenkan sebagai garis panduan untuk semua pihak yang terlibat di dalam

pengurusan bantuan bencana.

3.3.5. Menyediakan tempat penyimpanan yang sesuai bagi mengelakkan kerosakan

terhadap bekalan tersebut.

4. JABATAN KERJA RAYA NEGERI

- Penyenggaraan Jalan Negeri

4.1. Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang (JKR) bertanggungjawab merancang dan

melaksanakan kerja penyenggaraan jalan-jalan negeri. Berdasarkan kepada maklumat

terakhir Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Malaysian Road Record Information

System (MARRIS)) sehingga Mac 2010, panjang rangkaian jalan di Negeri Pahang di bawah

penyenggaraan JKR ialah 5,680 kilometer. Kerja penyenggaraan jalan negeri ini

dilaksanakan oleh Bahagian Jalan, JKR Negeri Pahang dan Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) setiap daerah. Bahagian Jalan bertanggungjawab memastikan jalan negeri yang sedia

ada disenggara dan diurus dengan baik, diperbaiki dan dinaik taraf untuk penggunaan yang

lebih selamat. Selain itu, Bahagian Jalan juga bertanggungjawab terhadap kerja

penyenggaraan yang dijalankan oleh kontraktor. Pada tahun 2008 hingga 2010 peruntukan

yang diterima bagi kerja penyenggaraan jalan negeri masing-masing berjumlah

RM106.13 juta, RM118.52 juta dan RM118.54 juta.

4.2. Pengauditan yang dijalankan antara bulan September 2010 hingga Januari 2011 di

Ibu Pejabat JKR Negeri serta 3 cawangannya di Kuantan, Jerantut dan Lipis serta Majlis

Perbandaran Kuantan dan 2 Majlis Daerah di Jerantut dan Lipis mendapati kelemahan

seperti berikut:

4.2.1. Kerja penyenggaraan jalan tertangguh di Majlis Daerah Lipis kerana tiada peruntukan

disalurkan bagi menyenggara keruntuhan tebing sejak tahun 2008.

4.2.2. Penggunaan peruntukan di luar skop kerja yang dibenarkan.

4.2.3. Penyenggaraan bahu jalan dan perabot jalan tidak dilaksanakan dengan baik.

4.2.4. Permukaan jalan rosak tidak disenggara dengan baik dan berlaku vandalisme

terhadap perabot jalan.

xiv


4.2.5. Tiada pematuhan terhadap syarat sebut harga bagi kerja-kerja pemotongan rumput

oleh JKR Daerah Lipis.

4.3. Kelemahan-kelemahan ini perlu diatasi demi menjamin keselesaan dan keselamatan

pengguna jalan raya. Adalah disyorkan pihak JKR dan PBT mengambil langkah

penambahbaikan seperti berikut:

4.3.1. Memastikan setiap bayaran yang dibuat hendaklah mengikut arahan dan prosedur

kewangan yang ditetapkan.

4.3.2. Menjalankan pemantauan terhadap kerja-kerja penyenggaraan yang dijalankan oleh

PBT melalui peruntukan yang disalurkan.

4.3.3. Mempertingkatkan penyenggaraan terhadap perabot dan bahu jalan.

4.3.4. Mempertingkatkan koordinasi dengan agensi yang berkaitan.

4.3.5. Memastikan semua kenderaan dan jentera jabatan digunakan secara optimum.

5. MAJLIS SUKAN PAHANG

- Program Pembangunan Sukan

5.1. Majlis Sukan Pahang (Majlis) ditubuhkan pada 23 Januari 1984 di bawah Akta Majlis

Sukan Negara Malaysia 1971, Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan Jadual

Kedua) 1988 (Akta 29). Misi Majlis ialah untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang

dalam mengurus dan mentadbir semua kepentingan berkaitan sukan di Negeri Pahang dan

menyediakan kemudahan sukan bagi tujuan pembangunan sukan sejajar dengan Dasar

Sukan Negara. Manakala Visi Majlis ialah melahirkan atlet Negeri Pahang bertaraf dunia

yang akan mewakili negara ke peringkat antarabangsa. Tumpuan pembangunan sukan

merangkumi 19 jenis sukan antaranya olahraga, angkat berat, silat, gimnastik, gimrama,

lumba basikal, menembak, memanah dan tinju. Pada tahun 2008 hingga 2010, Majlis telah

membelanjakan sejumlah RM9.14 juta (89.8%) daripada RM10.19 juta peruntukan yang

diterima bagi tujuan pembangunan sukan di Negeri Pahang.

5.2. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Oktober 2010 hingga Januari 2011

mendapati pada keseluruhannya program pembangunan sukan di Majlis adalah kurang

memuaskan kerana:

5.2.1. Prestasi pungutan pingat di Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) tidak mencapai

sasaran.

5.2.2. Pusat latihan yang tidak disenggara.

5.2.3. Peralatan sukan tidak disenggara serta usang dan rosak.

5.2.4. Asrama atlet tidak disenggara.

5.3. Bagi memastikan program pembangunan sukan dapat dilaksanakan dengan lebih

sistematik dan berkesan, pihak Audit mengesyorkan supaya Majlis mengambil langkah

penambahbaikan seperti berikut:

xv


5.3.1. Menaik taraf kemudahan sukan seperti pusat latihan dan asrama bagi menjamin

keselamatan dan kebajikan atlet.

5.3.2. Menyediakan peralatan sukan yang sesuai dan terkini untuk meningkatkan kualiti

latihan atlet.

5.3.3. Menyenggara kemudahan sukan secara terancang dan berkala untuk memastikan

ia berada pada tahap yang baik.

5.3.4. Mempertingkatkan pemantauan terhadap kemudahan sukan yang disediakan supaya

sentiasa berada dalam keadaan yang sempurna.

6. PEJABAT DAERAH DAN TANAH TEMERLOH

- Pengurusan Tukar Syarat Tanah

6.1. Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh (Pejabat) ditubuhkan pada tahun 1889 adalah

bertanggungjawab terhadap urusan pentadbiran dan pengurusan tanah yang diberi kuasa

oleh undang-undang dan peraturan tanah seperti Kanun Tanah Negara 1965, Akta

Pengambilan Tanah 1960 dan Kaedah-kaedah Tanah Pahang 1992. Aktiviti utama yang

dijalankan berkaitan dengan pengurusan tanah adalah merangkumi pengurusan

permohonan pemberimilikan semula tanah dan permohonan tukar syarat, sekatan dan jenis

penggunaan tanah. Pentadbir Tanah bertanggungjawab memastikan syarat nyata

penggunaan tanah sebagaimana yang dinyatakan di dalam dokumen hak milik tanah

dipatuhi.

6.2. Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2010 hingga Februari 2011

mendapati pada keseluruhannya pengurusan tukar syarat tanah di Pejabat adalah

memuaskan. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi bagi

memantapkan lagi pengurusan tukar syarat tanah adalah seperti berikut:

6.2.1. Pelanggaran terhadap syarat penggunaan tanah.

6.2.2. Premium tambahan tukar syarat tanah tidak dijelaskan setelah permohonan

diluluskan.

6.2.3. Penguatkuasaan ke atas pelanggaran syarat tidak dijalankan sepenuhnya.

6.3. Bagi memastikan pengurusan tukar syarat penggunaan tanah dapat dilaksanakan

dengan lebih efisien, pihak Audit mengesyorkan supaya Pejabat mengambil tindakan

penambahbaikan seperti berikut:

6.3.1. Mengambil langkah yang proaktif dengan mengenal pasti tanah yang terlibat dengan

pelanggaran syarat penggunaan tanah.

6.3.2. Memastikan pemohon yang telah diluluskan tukar syarat tanah menjelaskan bayaran

premium tanah dalam tempoh ditetapkan.

6.3.3. Mempercepatkan proses kes-kes rayuan pengurangan premium tambahan.

xvi


6.3.4. Mewujudkan mekanisme pemantauan secara kerjasama dan koordinasi pelaksanaan

tugas antara Unit yang berkaitan.

7. MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH

- Pengurusan Projek Landskap

7.1. Majlis Perbandaran Temerloh (Majlis) adalah bertanggungjawab untuk merancang

dan melaksanakan projek landskap serta memelihara keindahan dan kebersihan Bandar

Temerloh. Bagi tempoh 2008 hingga 2010, Majlis telah menerima peruntukan daripada

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjumlah RM1.35 juta (pada

tahun 2008) dan Jabatan Landskap Negara (JLN) berjumlah RM0.35 juta (pada tahun 2008

dan 2009) serta peruntukan dalaman berjumlah RM0.78 juta. Daripada jumlah RM2.48 juta

tersebut sejumlah RM1.82 juta telah dibelanjakan oleh Majlis bagi pengurusan projek

landskap.

7.2. Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2010 hingga Januari 2011

mendapati wujud beberapa kelemahan seperti berikut:

7.2.1. Sasaran penanaman pokok tidak tercapai.

7.2.2. Pelaksanaan kerja tidak mengikut perancangan.

7.2.3. Penyenggaraan kawasan landskap tidak dilaksanakan dengan memuaskan.

7.2.4. Pemantauan pengurusan landskap kurang berkesan.

7.3. Bagi memastikan pengurusan projek landskap dapat dilaksanakan dengan cekap dan

berkesan, adalah disyorkan supaya Majlis mengambil tindakan seperti berikut:

7.3.1. Menyediakan butiran terperinci untuk menyokong anggaran kewangan terhadap

penyenggaraan dan pembelian pokok, benih dan input pertanian yang perlu dibeli.

7.3.2. Memantau dengan lebih rapi kerja-kerja penyenggaraan landskap dengan

menyediakan jadual pemantauan berkala.

7.3.3. Mengambil tindakan proaktif untuk mengatasi masalah aduan awam.

7.3.4. Menggantikan peralatan senaman dan permainan yang rosak bagi meningkatkan

tahap keselamatan di kawasan landskap.

xvii


BAHAGIAN II – PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

8. YAYASAN PAHANG

- IKIP Education Sdn. Bhd.

8.1. IKIP Education Sdn. Bhd. (IKIP) juga dikenali sebagai IKIP International College telah

ditubuhkan pada 4 Mac 1992. IKIP merupakan syarikat milik penuh Yayasan Pahang

dengan modal dibenarkan berjumlah RM10 juta dan modal berbayarnya RM5.90 juta. Tujuan

utama penubuhan IKIP oleh Yayasan Pahang adalah bagi meningkatkan bilangan graduan

terutamanya anak Pahang dalam bidang pengajian serta memberi peluang belajar ke

peringkat yang lebih tinggi kepada semua golongan masyarakat. IKIP merupakan kolej

pendidikan swasta yang menawarkan pelbagai program sijil kemahiran, diploma dan ijazah

melalui program dalaman dan program kerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

tempatan dan luar negara. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Oktober

2010 mendapati IKIP mengalami kerugian sebelum cukai berjumlah RM4.51 juta pada tahun

2008 dan RM0.25 juta pada tahun 2009. Pengurusan aktiviti utama syarikat iaitu program

pendidikan secara swasta telah dilaksanakan dengan memuaskan, namun masih terdapat

beberapa kelemahan seperti penyertaan pelajar masih di bawah sasaran yang ditetapkan

dan baki tunggakan yuran yang tinggi sehingga IKIP terpaksa menampung kos yang tinggi

dan masih memerlukan bantuan kewangan daripada Yayasan Pahang.

8.2. Selain itu, terdapat juga beberapa kelemahan dalam aspek tadbir urus korporat serta

pengurusan kewangan seperti pembayaran elaun Ahli Lembaga Pengarah yang tidak

mengikut kadar yang ditetapkan oleh Pekeliling dan pembayaran bonus dibuat ketika

syarikat mengalami kerugian.

8.3. Bagi memastikan objektif penubuhan IKIP dapat dicapai sepenuhnya dan kerajaan

sebagai pemegang ekuiti mendapat value for money, adalah disyorkan pihak yang terlibat

mengambil tindakan penambahbaikan seperti berikut:

8.3.1. Memperkemaskan tadbir urus korporat syarikat dengan menjadikan Kod Tadbir Urus

Korporat Malaysia sebagai amalan harian serta mematuhi segala peraturan yang ditetapkan

berkaitan syarikat Kerajaan.

8.3.2. Mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan syarikat dengan mengamalkan

perbelanjaan secara berhemat bagi mengurangkan bebanan kewangan syarikat.

8.3.3. Memperkemaskan sistem kutipan yuran bagi mengelakkan tunggakan yuran yang

akan membawa kerugian kepada syarikat.

8.3.4. Memperhebatkan lagi promosi terutama kepada pelajar tahun akhir persekolahan

bagi meningkatkan jumlah pelajar IKIP dan seterusnya mencapai sasaran yang ditetapkan.

xviii


9. LEMBAGA KEMAJUAN PERUSAHAAN PERTANIAN NEGERI PAHANG

- LKPP Property Sdn. Bhd.

9.1. LKPP Property Sdn. Bhd. (LPSB) telah memulakan operasinya pada 8 Mac 1996

dengan modal saham dibenarkan sejumlah RM5 juta dan modal berbayarnya setakat ini

berjumlah RM1 juta. LPSB merupakan syarikat subsidiari kepada Agensi Kerajaan Negeri

Pahang iaitu Lembaga Kemajuan Perusahaan (LKPP) dengan 100% modal saham

berbayarnya dimiliki oleh LKPP. Pengauditan yang dijalankan pada akhir Julai hingga

Disember 2010 mendapati secara keseluruhannya, objektif penubuhan LPSB adalah

tercapai. Pengurusan aktiviti syarikat adalah baik, manakala prestasi kewangan syarikat pula

berada pada kedudukan yang sederhana.

9.2. Aktiviti utama LPSB adalah pembangunan hartanah. LPSB berperanan sebagai

Pemaju, Agen Pembangunan Hartanah dan Khidmat Pengurusan Projek. Bagaimanapun,

pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan aset tidak

dilaksanakan sewajarnya. Kawalan perbelanjaan, pemberian bonus, dividen serta

pengurusan pinjaman perlu diberi perhatian bagi memantapkan lagi pengurusan syarikat

bagi menjadikan LPSB sebagai sebuah syarikat yang berdaya saing.

9.3. Bagi memantapkan pengurusan LPSB dan membolehkannya berdaya saing, pihak

Audit mengesyorkan tindakan penambahbaikan seperti berikut:

9.3.1. Memperkemaskan tadbir urus korporat syarikat dengan menjadikan Kod Tadbir Urus

Korporat Malaysia sebagai amalan harian bagi memelihara kepentingan kerajaan.

9.3.2. Mempertingkatkan pengurusan kewangan dan kawalan dalaman syarikat terutama

dalam mengawal perbelanjaan dengan melaksanakan perbelanjaan secara berhemat.

9.3.3. Mewujudkan garis panduan berkaitan pengurusan kewangan syarikat untuk

mempertingkatkan prestasi aktiviti syarikat dengan memberi tumpuan kepada aktiviti yang

berdaya saing dan membawa keuntungan yang tinggi kepada syarikat serta menyumbang

kepada peningkatan sosio ekonomi Negeri Pahang.

9.3.4. LPSB perlu memantau dan menilai aspek pengurusan projek dapat dilaksanakan

mengikut jadual.

9.3.5. Mempertingkatkan pemantauan di peringkat Lembaga Pengarah serta menjalankan

tindakan susulan bagi memastikan peraturan dan panduan yang ditetapkan oleh kerajaan

terhadap syarikat berkaitan kerajaan dipatuhi.

xix


BAHAGIAN I

AKTIVITI JABATAN/AGENSI

NEGERI


BAHAGIAN I

AKTIVITI JABATAN/AGENSI NEGERI

1. PENDAHULUAN

Seksyen 6 (d) Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara menjalankan pengauditan

prestasi terhadap program dan aktiviti Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri untuk menentukan

sama ada program dan aktiviti tersebut dilaksanakan dengan cekap, ekonomi dan berkesan.

Pada tahun 2010, Jabatan Audit Negara telah memilih 7 aktiviti untuk dikaji iaitu

Pengurusan Emolumen Anggota Perkhidmatan Awam Negeri, Projek Pembangunan Bandar

Baru Seberang Jelai, Lipis, Pengurusan Bantuan Bencana, Penyenggaraan Jalan Negeri,

Program Pembangunan Sukan, Pengurusan Tukar Syarat Tanah dan Pengurusan Projek

Landskap. Pemerhatian Audit daripada kajian tersebut telah dimaklumkan kepada

Jabatan/Agensi berkenaan. Hanya penemuan Audit yang penting dilaporkan di Bahagian

ini.

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG

2. PENGURUSAN EMOLUMEN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI

2. 1. LATAR BELAKANG

2.1.1. Emolumen terdiri daripada gaji pokok, elaun dan imbuhan yang diluluskan oleh

Kerajaan. Gaji pokok merujuk kepada mata gaji dalam struktur gaji Sistem Saraan Malaysia

yang berkuat kuasa dan diambil kira untuk faedah pencen. Elaun dan imbuhan dalam

perkhidmatan awam berdasarkan Perintah Am Bab B merupakan satu keistimewaan dan

bukan bersifat kekal yang patut dibayar kepada pegawai berkelayakan berdasarkan syarat

dan kadar yang ditetapkan. Potongan gaji terdiri daripada potongan wajib seperti caruman

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bayaran ansuran Pinjaman Perumahan,

Kenderaan, Komputer dan potongan cukai pendapatan berjadual. Manakala potongan

pilihan seperti Simpanan Tabung Haji, Zakat, Insurans dan Angkatan Koperasi Kebangsaan

Malaysia Berhad (ANGKASA).

2.1.2. Pembayaran gaji dan elaun kakitangan awam diuruskan oleh Pejabat Kewangan Dan

Perbendaharaan Negeri melalui Sistem Gaji Berkomputer dengan menggunakan Sistem

Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (SPEKS). Pada tahun 2010, sejumlah

RM249.98 juta telah diperuntukkan untuk pembayaran emolumen, manakala RM247.55 juta

atau 99% telah dibelanjakan. Jumlah keseluruhan perjawatan di Negeri Pahang pada 31

Disember 2010 ialah 12,098 jawatan. Manakala jawatan yang diisi ialah 9,693 jawatan.

Kedudukan perjawatan penjawat awam yang diluluskan di Jabatan yang diaudit berjumlah

3


1,519 orang. Daripada jumlah tersebut sejumlah 1,317 atau 86.7% perjawatan telah diisi.

Kedudukan perjawatan awam di Jabatan yang diaudit adalah seperti di Jadual 2.1.

Jadual 2.1

Kedudukan Perjawatan Awam Di Jabatan Yang Diaudit

Pada 31 Disember 2010

Bil. Jabatan Lulus Diisi Kosong Pengisian

(%)

1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang 513 467 46 91.0

2. Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri 81 69 12 77.5

3. Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri 243 208 35 85.6

4. Pejabat Daerah Dan Tanah Maran 162 136 26 83.9

5. Pejabat Pengairan Dan Saliran Daerah Kuantan 56 54 2 96.4

6. Jabatan Bekalan Air Daerah Pekan 148 125 23 84.5

7. Jabatan Bekalan Air Daerah Jerantut 198 150 48 75.7

8. Pejabat Hutan Daerah Rompin 118 108 10 91.5

Jumlah 1,519 1,317 202 86.7

Sumber: Pelbagai Jabatan

2. 2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan bayaran emolumen

diuruskan dengan betul dan tepat mengikut peraturan dan pekeliling yang telah ditetapkan.

2.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN

2.3.1. Pengauditan ini meliputi semakan terhadap data gaji, elaun, imbuhan, potongan gaji,

dokumen sokongan, rekod perkhidmatan dan fail peribadi bagi tempoh 2009 hingga 2010.

Bagaimanapun rekod dan dokumen tahun-tahun terdahulu juga disemak sekiranya perlu.

Pengauditan dilaksanakan di 2 peringkat iaitu di Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan

Negeri sebagai Pejabat Perakaunan dan 8 Jabatan yang dipilih sebagai Pusat

Tanggungjawab.

2.3.2. Sebanyak 633 penjawat awam di 8 Jabatan telah dipilih untuk diaudit yang

melibatkan lantikan tetap, kontrak, tukar lantik, kenaikan pangkat, anjakan gaji, cuti belajar

bergaji penuh/separuh atau tanpa gaji, bersara, meninggal dunia, meletak jawatan atau

tindakan tatatertib. Pemilihan sampel melalui Audit Command Language (ACL) telah

dilaksanakan terhadap kriteria penjawat awam dibayar gaji melebihi sekali (berganda), Elaun

Khidmat Awam, Elaun Keraian dan umur melebihi 58 tahun tapi masih dibayar emolumen.

Temu bual dengan pegawai terlibat juga diadakan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Bilangan Jabatan dan kakitangan yang dipilih untuk diaudit adalah seperti di Jadual 2.2.

4


Jadual 2.2

Bilangan Jabatan Dan Kakitangan Yang Diaudit

Bil.

Jabatan

Bilangan

Kakitangan

1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang 253

2. Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri 25

3. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri 35

4. Pejabat Daerah Dan Tanah Maran 72

5. Pejabat Pengairan Dan Saliran Daerah Kuantan 45

6. Jabatan Bekalan Air Daerah Pekan 77

7. Jabatan Bekalan Air Daerah Jerantut 67

8. Pejabat Hutan Daerah Rompin 59

Sumber: Pelbagai Jabatan

2.4. PENEMUAN AUDIT

Jumlah 633

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Oktober hingga Disember 2010 mendapati

pengurusan pembayaran emolumen bagi anggota perkhidmatan awam pada

keseluruhannya adalah memuaskan kecuali berlaku lebihan dan kurangan bayaran

emolumen dan fail peribadi serta rekod perkhidmatan tidak diselenggarakan dengan lengkap

dan kemas kini. Antara faktor yang menyebabkan lebihan/kurangan bayaran emolumen

tersebut ialah kesilapan dalam pengiraan gaji dan elaun; kelewatan mengambil tindakan

untuk memberhentikan/membuat pelarasan gaji dan elaun apabila pegawai meninggal

dunia/bersara/dikenakan tindakan tatatertib/bertukar; tindakan dan keputusan tatatertib lewat

diambil atau dilaksanakan oleh bahagian berkenaan; kesilapan bayaran Elaun Bantuan Sara

Hidup dan Imbuhan Tetap Perumahan kepada pegawai yang menduduki kuarters kerajaan.

Penjelasan lanjut mengenai kelemahan yang diperhatikan adalah seperti di perenggan

berikut:

2.4.1. Imbuhan Tetap Perumahan

2.4.1.1. Kadar kelayakan pegawai untuk menerima Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)

dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1994, Bilangan 8 Tahun

2000, Bilangan 6 Tahun 2001, Bilangan 4 Tahun 2004, Bilangan 11 Tahun 2006 dan

Bilangan 16 Tahun 2007. Kadar yang ditetapkan ialah antara RM180 hingga RM2,500

sebulan. Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Bilangan 3 Tahun 2003

telah menetapkan supaya pegawai dan kakitangan yang diperuntukkan Rumah Khas

Jabatan dan mendudukinya adalah layak diberi Bayaran Perumahan Khas sebanyak

50% daripada kelayakan kadar Imbuhan Tetap Perumahan. Manakala mengikut

Perintah-perintah Am, sub peraturan 6, Sewa Rumah (Rumah dan Bangunan Pejabat

Kerajaan), seseorang pegawai yang dibenarkan mendiami sesebuah rumah Kerajaan

atau sesebuah rumah yang disewakan khas untuknya akan dikehendaki membayar

sewa mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, di bawah sub peraturan 15(d)(iii), pegawai yang dikehendaki menduduki

rumah Khas Jabatan adalah dikecualikan daripada membayar sewa rumah bagi rumah

Kerajaan yang diuntukkan kepadanya.

5


2.4.1.2. Semakan Audit terhadap 8 Jabatan mendapati hanya 2 Jabatan yang

mempunyai isu berkaitan dengan ITP. Daripada 18 penjawat awam yang menduduki

Kuarters Kerajaan di Jabatan Bekalan Air Daerah Pekan, didapati 6 daripada mereka

telah menerima Bayaran Perumahan Khas sebanyak 50% daripada kadar ITP kerana

menduduki Rumah Khas Jabatan. Bagaimanapun, mereka telah dikenakan bayaran sewa

rumah yang sepatutnya dikecualikan seperti di Jadual 2.3. Maklum balas yang diperoleh

daripada pihak Jabatan Bekalan Air Daerah Pekan menyatakan bahawa pihak Jabatan

telah memberhentikan kenaan bayaran sewa mulai bulan Januari 2011 dan membuat

permohonan kepada Jabatan Bekalan Air Negeri untuk membayar balik jumlah sewa

yang dikenakan kepada penjawat awam yang menduduki Rumah Khas Jabatan pada 6

Januari 2011.

Jadual 2.3

Penjawat Awam Yang Menduduki Rumah Khas Jabatan Dan Dikenakan

Bayaran Sewa Rumah Di Jabatan Bekalan Air Daerah Pekan

Bil.

No. Gaji

Jawatan/

Gred

Sewa

Bulanan

Kelas

Rumah

Tempoh

Bayaran

Sewa

(RM)

1. 571025065273 Pekerja Awam Khas R3 20 G Mei 2009 -

Dis. 2010

2. 600910065161 Pekerja Awam Khas R6 20 G Mei 2009 -

Dis. 2010

3. 620429065251 Pekerja Awam Khas R6 20 G Mei 2009 -

Dis. 2010

4. 600915065283 Pekerja Awam Khas R3 20 G Mei 2009 -

Dis. 2010

5. 620802065381 Pekerja Awam Khas R3 20 G Mei 2009 -

Dis. 2010

6. 580506065105 Pekerja Awam R4 10 H April 2004 -

Dis. 2010

Jumlah

Sewa

Dikenakan

(RM)

400

Jumlah 2,810

Sumber: Jabatan Bekalan Air Daerah Pekan

2.4.1.3. Manakala di Jabatan Bekalan Air Daerah Jerantut pula semakan Audit

mendapati 3 penjawat awam telah dibayar ITP sejumlah RM180 sebulan walaupun

menduduki Rumah Khas Jabatan seperti di Jadual 2.4. Selepas mendapat teguran Audit,

Jabatan Bekalan Air Daerah Jerantut menyatakan surat tuntutan bayaran balik Imbuhan

Tetap Perumahan kepada 3 penjawat awam tersebut telah dikeluarkan pada 10 Disember

2010 dan 16 Februari 2011. Mereka masih belum membuat sebarang pembayaran.

Manakala potongan ITP telah dibuat mulai gaji bulan Januari 2011.

400

400

400

400

810

6


Jadual 2.4

Penjawat Awam Menduduki Rumah Khas Jabatan Tetapi Dibayar ITP

Di Jabatan Bekalan Air Daerah Jerantut

Amaun

Patut

Dikutip

Bil. No. Gaji

Amaun

Jawatan/ ITP Tempoh

Diterima

Gred

Bayaran

(RM) (RM) (RM)

1. 750721065043 Pekerja Awam R1 180 Dis. 2009- 2,340 1,170

Dis. 2010

2. 830402065687 Pekerja Awam R1 180 Dis. 2009- 2,340 1,170

Dis. 2010

2,160 1,080

3. 881127065155 Pekerja Awam R1 180 Jan. 2010-

Dis. 2010

Sumber: Jabatan Bekalan Air Daerah Jerantut

Jumlah 6,840 3,420

Pada pendapat Audit, urusan pembayaran Imbuhan Tetap Perumahan adalah

memuaskan kecuali di Jabatan Bekalan Air Daerah Pekan dan Daerah Jerantut kerana

kesilapan pemotongan sewa rumah dan pembayaran ITP kepada kakitangan yang

menduduki Rumah Khas Jabatan.

2.4.2 Elaun Bantuan Sara Hidup

2.4.2.1. Pegawai yang diluluskan ITP layak diberikan Elaun Bantuan Sara Hidup (EBSH)

manakala pegawai yang menduduki kuarters layak menerima 50% daripada kadar yang

diberikan kepada pegawai yang tidak diperuntukkan rumah Kerajaan. Kadar EBSH adalah

ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2007. Semakan Audit

terhadap 8 Jabatan, mendapati 6 penjawat awam di Pejabat Hutan Daerah Rompin dan

Jabatan Bekalan Air Daerah Jerantut telah menerima bayaran EBSH melebihi daripada

kadar yang ditetapkan seperti di Jadual 2.5.

Jadual 2.5

Elaun Bantuan Sara Hidup Yang Terlebih Bayar Di Pejabat Hutan Daerah Rompin

Dan Jabatan Bekalan Air Daerah Jerantut

EBSH (RM) Terlebih

Bil. No. Gaji Tempoh Patut

Bayar

Telah Terima

Terima

(RM)

Pejabat Hutan Daerah Rompin

1. 670120065849 Dis. 08 – Feb. 2009 300 600 300

2. 750809065451 Dis. 08 – Feb. 2009 300 600 300

3. 760611065471 Jan. – Feb. 2009 200 400 200

Jumlah 800

Jabatan Bekalan Air Daerah Jerantut

1. 750721065043 Dis. 09 – Dis. 2010 650 1,300 650

2. 830402065687 Dis. 09 – Dis. 2010 650 1,300 650

3. 881127065155 Jan. 10 – Dis. 2010 600 1,200 600

Jumlah 1,900

Jumlah 2,700

Sumber: Pejabat Hutan Daerah Rompin Dan Jabatan Bekalan Air Daerah Jerantut

2.4.2.2. Maklum balas yang diperoleh daripada pihak Pejabat Hutan Daerah Rompin

menyatakan bahawa surat tuntutan bayaran balik EBSH yang terlebih bayar telah

7


dikeluarkan kepada Penjawat Awam tersebut pada 11 November 2010. Semua Penjawat

Awam tersebut telah bertukar keluar dan masih belum membuat pembayaran. Di Jabatan

Bekalan Air Daerah Jerantut pula surat tuntutan telah dikeluarkan pada 10 Disember 2010

dan 16 Februari 2011 dan masih belum membuat pembayaran.

Pada pendapat Audit, pengurusan bayaran EBSH adalah memuaskan kecuali di

Pejabat Hutan Daerah Rompin dan Jabatan Bekalan Air Daerah Jerantut kerana

terdapat kesilapan bayaran EBSH kepada penjawat awam.

2.4.3. Pelarasan Pembayaran Gaji Pegawai Yang Dinaikkan Pangkat

Kenaikan pangkat pegawai akan dimaklumkan melalui surat penyiaran kenaikan pangkat

yang menyatakan tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat sama ada dikebelakangkan pada

mana-mana tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat. Kaedah pelarasan gaji

dan penetapan mata gaji permulaan kenaikan pangkat adalah merujuk kepada Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun

2008 yang masing-masingnya dikeluarkan oleh JPA pada 20 Ogos 2007 dan 2 Jun 2008.

Semakan Audit terhadap 8 Jabatan mendapati hanya satu kes pelarasan gaji penjawat

awam berjawatan Pembantu Tadbir Gred N17 yang dinaikkan pangkat ke Gred N22 di

Jabatan Bekalan Air Daerah Jerantut telah terlebih dibayar gaji sejumlah RM466. Pegawai

tersebut sepatutnya menerima kenaikan gaji sejumlah RM423 tetapi telah dibayar sejumlah

RM889. Maklum balas yang diterima daripada pihak Jabatan Bekalan Air Daerah Jerantut

menyatakan surat tuntutan bayaran balik gaji telah dikeluarkan pada 22 November 2010.

Bayaran dibuat secara ansuran dan bayaran pertama sejumlah RM200 telah diterima pada

14 Mac 2011.

Pada pendapat Audit, pengurusan pelarasan gaji bagi penjawat awam yang dinaikkan

pangkat adalah memuaskan kecuali di Jabatan Bekalan Air Daerah Jerantut terdapat

seorang penjawat awam telah terlebih dibayar gaji.

2.4.4. Pergerakan Gaji Pegawai Lanjutan Tempoh Percubaan

2.4.4.1. Mengikut Perintah Am Bab A (lantikan) seseorang pegawai yang dilantik ke

perkhidmatan awam dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama satu

hingga 3 tahun. Seseorang pegawai dalam tempoh percubaan yang telah memenuhi

semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang

boleh ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa, adalah layak bagi

pengesahan dalam perkhidmatannya. Manakala seseorang pegawai yang tidak disahkan

dalam perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah mengemukakan suatu

permohonan bagi perlanjutan tempoh kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui

Ketua Jabatannya dalam masa 3 bulan selepas tamat tempoh percubaan. Tempoh

percubaan boleh dilanjutkan tidak melebihi 2 tahun sahaja kecuali dalam hal khas boleh

dilanjutkan melebihi 2 tahun. Seorang pegawai yang dilanjutkan tempoh percubaannya

8


dengan berdenda tidak layak mendapat apa-apa pergerakan gaji tahunan semasa

tempoh perlanjutan.

2.4.4.2. Semakan Audit terhadap 8 Jabatan mendapati hanya seorang penjawat awam

berjawatan Pembaca Meter Gred N11 lantikan baru di Jabatan Bekalan Air Daerah

Jerantut telah diberi pergerakan gaji tahunan semasa tempoh perlanjutan pada tahun

2009. Pegawai ini tidak layak mendapat pergerakan gaji kerana perlanjutan tempoh

percubaan selama satu tahun mulai 1 September 2008 hingga 31 Ogos 2009 dengan

berdenda serta diberi amaran pertama. Pegawai tersebut telah terlebih dibayar gaji

sejumlah RM735.12 bagi tempoh Julai 2009 hingga Disember 2010 (18 bulan) dengan

kenaikan gaji tahunan sejumlah RM40.84. Maklum balas yang diterima daripada pihak

Jabatan Bekalan Air Daerah Jerantut menyatakan surat tuntutan bayaran balik emolumen

telah dikeluarkan pada 10 Disember 2010. Bayaran ansuran pertama sejumlah RM200

telah diterima pada 11 Mac 2011.

Pada pendapat Audit, pengurusan bayaran pergerakan gaji pegawai lantikan baru

adalah memuaskan kecuali di Jabatan Bekalan Air Daerah Jerantut terdapat satu kes

di mana seorang penjawat awam telah diberi kenaikan gaji tahunan walaupun tidak

layak kerana telah dilanjutkan tempoh percubaan dengan berdenda.

2.4.5. Tidak Hadir Bertugas

2.4.5.1. Merujuk kepada Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib)

1993, ketidakhadiran bertugas oleh seseorang pegawai tanpa cuti atau tanpa terlebih

dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, pegawai berkenaan

boleh dikenakan tindakan tatatertib dan mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman

sehingga buang kerja. Semakan Audit terhadap 8 Jabatan mendapati 2 Jabatan iaitu

Jabatan Bekalan Air Daerah Jerantut dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

melibatkan 7 penjawat awam tidak hadir bertugas. Di Jabatan Bekalan Air Daerah

Jerantut seramai 5 penjawat awam tidak hadir bertugas bagi tempoh Oktober 2008

hingga Ogos 2010. Walaupun pihak pengurusan telah mengeluarkan surat amaran

secara pentadbiran tetapi pelucutan hak emolumen tidak dilakukan terhadap kakitangan

berkenaan dan tindakan tatatertib tidak dikenakan. Surat tuntutan bayaran balik

emolumen dikeluarkan selepas teguran pihak Audit dan sehingga kini kutipan masih

belum diperoleh berjumlah RM5,229. Penahanan gaji di Bank Pembayar dibuat terhadap

seorang penjawat awam untuk bulan November dan Disember 2008.

2.4.5.2. Di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang pula terdapat 2 penjawat awam telah

tidak hadir bertugas. Pihak pengurusan telah mengeluarkan surat amaran secara

pentadbiran dan tindakan tatatertib serta pelucutan hak emolumen terhadap seorang

penjawat awam hanya bagi tempoh 15 hingga 31 Januari 2008. Manakala tuntutan balik

emolumen untuk 24 November 2008 telah dikeluarkan tetapi tiada pungutan dapat dibuat.

Bagi seorang lagi penjawat awam yang tidak hadir bertugas semenjak 17 Ogos hingga

31 Disember 2010 hanya surat amaran secara pentadbiran telah dikeluarkan.

9


Bil.

Bagaimanapun, penahanan gaji di Bank Pembayar terhadap beliau telah dilakukan mulai

September 2010 seperti di Jadual 2.6.

Jadual 2.6

Tidak Hadir Bertugas

Jabatan/No. Gaji/

Jawatan

Tempoh

Tidak Hadir

Jabatan Bekalan Air Daerah Jerantut

1.

Okt. 2008

800130065407

hingga

(Pekerja Awam)

Sept. 2010

2. 860117335681

Ogos 2010

(Pekerja Awam)

3.

730924065061

(Pekerja Awam)

4. 840101067119

(Pekerja Awam)

5.

800820065527

(Pembaca Meter Air)

Jan. 2009

hingga

Mei 2009

Ogos 2010

Sept. 2009

hingga

Nov. 2009

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

1.

821208065638 28.08.2007

(Operator Mesin hingga

Prosesan Data) 24.11.2008

2. 820208065203

(Pembantu Tadbir

Kewangan)

17.08.2010

hingga

31.12.2010

Sumber: Pelbagai Jabatan

Bil.

Hari

Surat

Amaran

Lucut

Hak

Emolumen

Tindakan Jabatan

Tahan

Gaji

33 x Nov./Dis.

2008

RM911

Tuntutan

Balik

Gaji

Kutipan

Gaji

Amaun

Patut

Pungut

(RM)

Catatan

x 1,404 Tahan

Gaji

di Bank

5 x x x 204

61 x x x 2,652

6 x x x 245

17 x x x 723

21 x


66 x

Mulai

Sept. 2010

x

x



x

x

1,111

2,449

Tindakan

tata tertib

15-31

Jan.

2008

Tahan

Gaji

Di Bank

2.4.5.3. Maklum balas daripada pihak Jabatan Bekalan Air Daerah Jerantut menyatakan

tuntutan bayaran balik kerana tidak hadir bertugas telah dikeluarkan pada 10 Disember

2010. Dua daripada mereka telah membuat bayaran ansuran pertama sebanyak RM50

pada bulan Mac 2011. Maklum balas daripada Pejabat SUK Pahang menyatakan bayaran

gaji melalui payroll telah diberhentikan mulai bulan Januari 2011 terhadap penjawat awam

berkenaan. Surat tuntutan bayaran balik telah dikeluarkan pada 27 Januari 2010 dan

masih belum membuat pembayaran. Manakala surat tuntutan bayaran balik emolumen

akan dikeluarkan terhadap seorang penjawat awam lain kerana kes mahkamah belum

selesai.

Pada pendapat Audit, pengurusan kes tidak hadir bertugas adalah tidak memuaskan

kerana pihak pengurusan hanya mengeluarkan surat amaran dan tidak mengambil

tindakan melucuthak emolumen dan tindakan tatatertib terhadap semua penjawat

awam berkenaan apabila mereka tidak hadir bertugas semenjak tahun 2007.

2.4.6. Bayaran Balik Emolumen Kepada Jabatan Persekutuan

Emolumen seseorang pegawai tidak akan terjejas apabila bertukar daripada satu jabatan ke

jabatan lain. Jabatan lama akan terus membayar emolumen pegawai berkenaan kerana

jabatan baru akan mengambil masa lebih kurang 2 hingga 3 bulan untuk proses bayaran

emolumen. Jabatan lama akan membuat tuntutan ke jabatan baru bagi jumlah emolumen

yang telah dibayar dan jabatan baru akan membuat bayaran menggunakan cek sekiranya

melibatkan Jabatan Persekutuan dan pelarasan jurnal sekiranya melibatkan Jabatan Negeri.

Semakan Audit terhadap 47 pegawai yang bertukar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

mendapati bayaran balik emolumen kepada Jabatan Perkhidmatan Awam bagi seorang

10


pegawai yang bertukar masuk belum dilaksanakan semasa pengauditan. Bagaimanapun,

bayaran balik emolumen berjumlah RM15,044 untuk pegawai tersebut telah dibayar pada

14 Mac 2011.

Pada pendapat Audit, pengurusan bayaran emolumen kepada Jabatan Persekutuan

oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang adalah memuaskan.

2.5. SYOR AUDIT

Pihak Audit mendapati kebanyakan kelemahan isu yang dibangkitkan adalah berpunca

daripada kelemahan pemantauan pihak pengurusan. Sehubungan itu, pihak Audit

mengesyorkan supaya Jabatan berkenaan mengambil langkah-langkah penambahbaikan

seperti berikut:

2.5.1. Mewujudkan koordinasi antara semua pihak yang terlibat di semua peringkat supaya

peraturan yang berkuat kuasa dapat dipatuhi dan pengemaskinian maklumat dapat dibuat

dari semasa ke semasa apabila berlaku sebarang perubahan status atau maklumat pegawai

terutamanya jika melibatkan pertukaran dan kenaikan pangkat.

2.5.2. Memastikan pegawai yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan terperinci

sebelum sebarang perubahan terhadap maklumat emolumen pegawai diluluskan bagi

mengelakkan berlaku lebihan atau kurangan bayaran.

2.5.3. Memberi latihan kepada pegawai yang melaksanakan tugas berkaitan pengurusan

emolumen dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kepekaan terhadap peraturan yang

sedang berkuat kuasa.

2.5.4. Ketua Jabatan perlu mengambil tindakan segera terhadap penjawat awam yang tidak

mematuhi peraturan pejabat seperti tidak hadir bertugas dengan melucuthak emolumen

mereka serta mengambil lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan dan peruntukan

undang-undang sedia ada.

2.5.5. Pegawai Jabatan Bekalan Air Daerah Jerantut yang gagal melaksanakan

tanggungjawab atau cuai sehingga mengakibatkan kerugian kepada pihak Kerajaan perlulah

dikenakan tindakan surcaj terhadap mereka.

11


PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI PAHANG

3. PROJEK PEMBANGUNAN BANDAR BARU SEBERANG JELAI, LIPIS

3.1. LATAR BELAKANG

3.1.1. Projek Pembangunan Bandar Baru Seberang Jelai, Lipis (Projek) telah mula

dirancang pada tahun 1995. Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (Perbadanan)

bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan Projek tersebut. Pembangunan

Projek melibatkan kawasan seluas 129 ekar meliputi 61 ekar Tanah Kerajaan dengan

bayaran premium oleh Perbadanan berjumlah RM1.79 juta. Manakala 68 ekar atau 20 lot

tanah milik diperoleh melalui proses pengambilan balik tanah yang melibatkan kos berjumlah

RM1.17 juta juga dibayar oleh Perbadanan. Tujuan Projek ini dilaksanakan adalah untuk

memajukan Bandar Lipis dengan konsep pembangunan yang lebih tersusun serta memberi

peluang pemilikan perniagaan kepada Bumiputera. Tapak Projek terletak di seberang Sungai

Jelai berhampiran Bandar Lipis sedia ada yang dihubungkan melalui jambatan.

3.1.2. Pembangunan Projek dibahagi kepada 3 bahagian iaitu pembangunan yang

dilaksanakan sendiri oleh Perbadanan melibatkan kawasan seluas 62 ekar yang mula

dilaksanakan pada tahun 1999. Manakala pembangunan bahagian kedua melibatkan

pelaksanaan secara usaha sama dengan sebuah syarikat pemaju swasta (Pemaju) meliputi

kawasan seluas 56 ekar. Baki kawasan seluas 11 ekar lagi melibatkan pembinaan Pejabat

Daerah Dan Tanah Lipis yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Pembangunan

Projek yang dilaksanakan oleh Perbadanan melibatkan pembinaan 30 unit rumah kedai telah

siap pada tahun 2004 serta Kompleks R & R telah siap pada tahun 2006. Manakala Projek

yang dilaksanakan secara usaha sama telah siap 80% sehingga akhir tahun 2010.

Pembiayaan Projek ini adalah melalui pinjaman Kerajaan Persekutuan berjumlah

RM5.65 juta, geran Kerajaan Negeri berjumlah RM1 juta dan melalui pinjaman bank

berjumlah RM4 juta.

3.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada Projek Pembangunan Bandar Baru

Seberang Jelai, Lipis telah dirancang dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan untuk

mencapai matlamat yang di tetapkan.

3.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN

Skop pengauditan adalah tertumpu kepada perancangan dan pelaksanaan Projek

Pembangunan Bandar Baru Seberang Jelai, Lipis bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke

Tujuh (RMKe-7) hingga RMKe-9 iaitu dari tahun 1995 hingga 2010. Ia meliputi Projek yang

dilaksanakan sendiri oleh Perbadanan dan juga Projek yang dilaksanakan secara usaha

sama dengan syarikat Pemaju. Pengauditan telah dijalankan di Perbadanan, Bahagian

12


Perancang Ekonomi Negeri Pahang (BPEN), Majlis Daerah Lipis serta Pejabat Daerah Dan

Tanah Lipis. Kaedah pengauditan adalah dengan menyemak fail Projek berkaitan dengan

perancangan, proses pengambilan balik tanah, pelaksanaan Projek oleh Perbadanan dan

juga oleh Pemaju, dokumen perjanjian usaha sama, rekod kewangan, pengurusan serta

pemantauan Projek. Selain itu, analisis Audit juga dibuat bagi menilai kecekapan dan

keberkesanan pengurusan Projek. Lawatan ke tapak Projek serta temu bual juga dijalankan

terhadap pegawai dan pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung

dengan Projek ini.

3.4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang telah dijalankan antara bulan November 2010 hingga Januari 2011

mendapati secara keseluruhannya Projek Pembangunan Bandar Baru Seberang Jelai, Lipis

adalah kurang memuaskan kerana kawasan pembangunan oleh Perbadanan masih belum

dapat dimajukan sepenuhnya disebabkan masalah kos infrastruktur yang tinggi. Projek yang

dijalankan secara usaha sama pula tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang dirancang.

Perbadanan tidak dapat mengambil apa-apa tindakan terhadap Pemaju kerana tiada klausa

di dalam perjanjian untuk mengenakan sebarang denda terhadap Pemaju disebabkan

kelewatan ini. Sebaliknya, Perbadanan terpaksa menyerahkan sebahagian tanah yang

sedang dibangunkan kepada Pemaju yang dianggarkan bernilai RM4.48 juta sedangkan

Perbadanan hanya memperoleh pulangan berjumlah RM4.35 juta daripada Projek usaha

sama ini. Penjelasan lanjut mengenai kelemahan yang diperhatikan adalah seperti di

perenggan berikut:

3.4.1. Pembangunan Oleh Perbadanan Yang Masih Belum Dilaksanakan

3.4.1.1. Pembangunan Projek oleh Perbadanan meliputi kawasan seluas 62 ekar. Seluas

50 ekar daripada kawasan ini diperuntukkan bagi komponen perniagaan seperti kedai,

Kompleks R&R, tapak stesen minyak, tapak hotel, pusat membeli belah, tapak

pembangunan komersil dan tapak chalet. Manakala 12 ekar lagi diperuntukkan kepada

kemudahan awam dan infrastruktur seperti tapak pasar, perhentian bas, pengkalan bot,

kawasan lapang dan sebagainya.

3.4.1.2. Perbadanan telah melaksanakan pembangunan Fasa I yang melibatkan 3

peringkat pembangunan iaitu peringkat pertama merupakan kerja tanah yang dimulakan

pada tahun 1999 dan siap pada tahun 2000 dengan kos berjumlah RM885,677 yang

dibiayai melalui peruntukan Persekutuan. Pembangunan peringkat kedua adalah

pembangunan kedai melibatkan sebanyak 15 unit kedai 2 tingkat dan 15 unit kedai 1½

tingkat yang dimulakan pada akhir tahun 2002 dan siap pada 2004. Kos bagi pembinaan

kedai ini berjumlah RM4.35 juta dan Perbadanan telah berjaya menjualnya dengan nilai

RM5.31 juta. Kedai yang dibina oleh Perbadanan adalah seperti di Gambar 3.1 dan

Gambar 3.2.

13


Gambar 3.1

Kedai 2 Tingkat Telah Siap Dan Habis Dijual

Gambar 3.2

Kedai 1½ Tingkat Telah Siap Dan Habis Dijual

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Bandar Baru Seberang Jelai, Lipis

Tarikh: 15 November 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Bandar Baru Seberang Jelai, Lipis

Tarikh: 15 November 2010

3.4.1.3. Pembangunan peringkat ketiga merupakan pembinaan Kompleks R&R

(Kompleks Melati) yang mengandungi 17 unit gerai kering dan 5 unit gerai makan. Kos

pembinaannya bernilai RM1.49 juta yang dimulakan pada tahun 2004 dan siap pada

2006. Kompleks ini telah disewakan kepada Majlis Daerah Lipis mulai bulan September

2008 dengan kadar RM2,000 sebulan. Kompleks R&R yang telah siap adalah seperti di

Gambar 3.3 dan Gambar 3.4.

Gambar 3.3

Kompleks R&R

Gambar 3.4

Bahagian Dalam Kompleks R&R

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Bandar Baru Seberang Jelai, Lipis

Tarikh: 15 November 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Bandar Baru Seberang Jelai, Lipis

Tarikh: 6 Januari 2011

3.4.1.4. Pelaksanaan pembangunan seterusnya adalah Fasa II melibatkan Kerja

Infrastruktur Dan Kerja Tanah bagi kerja-kerja bekalan air, pencawang Tenaga Nasional

Berhad (TNB) dan kerja tanah pada tahun 2004 dengan kos berjumlah RM1.4 juta

melibatkan kawasan seluas 5 ekar. Sehingga akhir tahun 2010, sebahagian kawasan

tersebut telah digunakan untuk pencawang TNB, manakala selebihnya masih lagi kosong.

Mengikut perancangan, kawasan ini adalah akses kepada kawasan seluas 11.97 ekar

yang terletak di seberang Sungai Perenggan yang juga termasuk dalam pembangunan

14


Bandar Baru Seberang Jelai. Bagaimanapun, sehingga akhir tahun 2010, kawasan

tersebut masih belum dapat dibangunkan oleh Perbadanan kerana masalah kos

infrastruktur yang terlalu tinggi terutama yang melibatkan pembinaan jambatan melintasi

sungai tersebut. Selain itu, bentuk muka bumi yang berbukit dan bercerun di kawasan

berkenaan telah menjejaskan usaha Perbadanan untuk melaksanakan pembangunan di

kawasan tersebut buat masa sekarang. Keadaan ini menyebabkan pembangunan Bandar

Baru Seberang Jelai yang dilaksanakan oleh Perbadanan sejak lebih 15 tahun yang lalu

masih belum dapat disiapkan sepenuhnya seperti yang dirancang. Kawasan yang masih

belum dibangunkan itu pula terlibat dengan pengambilan balik tanah sebelum ini yang

secara puratanya berjumlah RM205,954 bagi setiap ekar. Dengan ini bermakna

Perbadanan masih belum dapat menggunakan sepenuhnya tanah yang diambil balik

secara optimum. Kawasan yang belum dimajukan adalah seperti ditunjukkan di Pelan 3.1

serta Gambar 3.5 dan Gambar 3.6. Bagaimanapun, mengikut Perbadanan, beberapa

cadangan daripada pihak swasta telah diterima untuk membangunkan kawasan tersebut

yang berpotensi besar untuk dibangunkan pada masa akan datang sebagai kawasan

pelancongan rekreasi.

Pelan 3.1

Kawasan Yang Belum Dimajukan Oleh Perbadanan

Kawasan Seluas

11.97 Ekar Yang

Belum Dimajukan

Jambatan Perlu

Dibina Bagi

Menghubungkan Ke

Kawasan Projek

Kawasan Yang

Telah Dimajukan

Sumber: Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang

15


Gambar 3.5

Kawasan Yang Belum Dimajukan

Gambar 3.6

Sungai Perenggan Yang Memisahkan

Ke Kawasan Projek Yang Belum Dimajukan

Sungai Perenggan

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Bandar Baru Seberang Jelai, Lipis

Tarikh: 15 November 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Bandar Baru Seberang Jelai, Lipis

Tarikh: 15 November 2010

Pada pendapat Audit, pembangunan Bandar Baru Seberang Jelai oleh Perbadanan

kurang memuaskan kerana masih ada kawasan yang belum dapat dimajukan

disebabkan masalah infrastruktur. Bagaimanapun, kawasan ini berpotensi untuk

dimajukan di masa yang akan datang.

3.4.2. Projek Siap Lewat Diserah Dan Disewakan

3.4.2.1. Pembinaan 30 unit kedai dan Kompleks R&R termasuk di dalam pembangunan

Projek oleh Perbadanan. Pembinaan kedai telah dimulakan pada tahun 2002 dan siap

pada tahun 2004 dengan kos berjumlah RM4.35 juta. Manakala pembinaan Kompleks

R&R pula dimulakan pada tahun 2004 dan siap pada tahun 2006 dengan kos berjumlah

RM1.49 juta. Semakan Audit mendapati kedai tersebut telah lewat dapat diserahkan

kepada pembeli. Berdasarkan Surat Perjanjian Jual Beli mendapati seramai 12 pembeli

telahpun membelinya pada tahun 2004. Sementara itu, Kompleks R&R hanya dapat

disewakan kepada Majlis Daerah Lipis pada bulan September 2008. Kelewatan

penyerahan ini adalah disebabkan kedua-dua komponen projek tersebut lewat

memperoleh kelulusan Sijil Layak Menduduki (CFO) daripada Majlis Daerah Lipis. CFO

bagi 30 unit kedai hanya diperoleh pada 21 Februari 2007, manakala bagi Kompleks R&R

pada 22 Disember 2008. Pihak Audit mendapati kelewatan pengeluaran CFO bagi 30 unit

kedai adalah selama 887 hari, manakala bagi Kompleks R&R kelewatan adalah selama

999 hari dengan mengambilkira dari tarikh projek tersebut disiapkan. Semakan lanjut

mendapati kelewatan ini adalah disebabkan bagi memenuhi kehendak Jabatan Bekalan

Air (JBA) di mana berlakunya perubahan terhadap punca mendapatkan bekalan air dari

Bandar Lipis ke Felda Kechau. Dengan adanya perubahan ini, Pelan Pembinaan

Infrastruktur bagi Projek yang terlibat terpaksa diubah mengikut kesesuaian. Penyediaan

pelan ini telah menyebabkan berlaku kelewatan dalam proses mendapatkan kelulusan

CFO tersebut dan menyebabkan projek lewat dapat diserahkan kepada pembeli dan

16


disewakan kepada Majlis Daerah Lipis. Butiran tempoh kelewatan kelulusan CFO adalah

seperti di Jadual 3.1.

Komponen Projek

Jadual 3.1

Tempoh Kelewatan Kelulusan CFO

Tarikh

Mula

Tarikh

Siap

Tarikh

CFO

Tempoh

Kelewatan

(hari)

Kedai 26.12.2002 18.09.2004 21.02.2007 887

Kompleks R&R 10.07.2004 30.03.2006 22.12.2008 999

Sumber: Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang

3.4.2.2. Maklum balas yang diterima daripada Perbadanan menjelaskan bahawa

kelewatan pengeluaran CFO adalah disebabkan masalah bekalan air di kawasan Projek.

Perancangan asal untuk mengambil bekalan air daripada bandar lama telah menghadapi

masalah kabel fiber optik Syarikat Telekom Malaysia Berhad. Sebagai alternatif

Perbadanan terpaksa mengambil bekalan air daripada Felda Kechau yang melibatkan

pembinaan paip sepanjang lebih kurang 6 kilometer. Isu kedua pula adalah syarat

Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) yang menetapkan kawasan retention pond perlu

berada di kawasan Projek. Bagaimanapun, retention pond yang dicadang terletak di

kawasan yang belum dimajukan. Oleh itu, Perbadanan terpaksa membuat rayuan di

mana akhirnya JPS bersetuju supaya Perbadanan menyediakan perparitan di kawasan

yang dibangunkan dengan peruntukan sump sebagai ganti kepada keperluan retention

pond berkenaan. Manakala isu ketiga ialah melibatkan Indah Water Konsortium (IWK)

yang mengenakan syarat bagi Sistem Kumbahan Berpusat dibina dalam kawasan yang

dimajukan. Bagaimanapun, Perbadanan membuat rayuan supaya individual septic tank

sahaja digunakan dan dipersetujui pihak IWK. Proses rayuan dan penyediaan

infrastruktur berkenaan adalah faktor yang menyebabkan CFO lewat dikeluarkan. Selain

itu, kerja-kerja infrastruktur seperti bekalan air dan pencawang elektrik di kawasan Projek

dilaksanakan secara berasingan. Pelaksanaannya dibuat secara tender berikutan

keperluan semasa ketika itu oleh Jabatan Teknikal yang berkenaan. CFO hanya

dikemukakan kepada Majlis Daerah Lipis apabila kerja-kerja infrastruktur ini siap dan

mendapat perakuan daripada Jabatan Teknikal yang berkaitan. Perbadanan juga

memaklumkan bahawa tidak ada pembeli yang menuntut ganti rugi disebabkan kelewatan

pengeluaran CFO berkenaan.

Pada pendapat Audit, kelewatan kelulusan CFO tidak dapat dielakkan kerana ia adalah

mengikut kehendak Jabatan Teknikal yang berkaitan bersesuaian dengan keperluan

semasa.

3.4.3. Pembangunan Projek Usahasama

Perbadanan pada awalnya telah bersetuju untuk melaksanakan pembangunan bahagian

kedua Projek ini dibuat secara usaha sama dengan sebuah syarikat pemaju. Surat perjanjian

telah ditandatangani pada 13 Ogos 2001. Bagaimanapun, syarikat ini telah mengingkari

perjanjian iaitu gagal membuat bayaran pendahuluan berjumlah RM377,000 kepada

Perbadanan dalam tempoh yang ditetapkan. Perjanjian tersebut telah ditamatkan pada

17


17 Januari 2002. Selepas itu, sebuah syarikat pemaju lain telah mengemukakan cadangan

untuk melaksanakan pembangunan Projek ini secara usaha sama dengan Perbadanan.

Kertas Cadangan Projek Usaha Sama telah dibawa ke Mesyuarat Ahli Perbadanan

Kemajuan Negeri Pahang dan diluluskan pada 24 Mac 2003.

3.4.3.1. Syarat Perjanjian Usahasama Tidak Menjamin Kepentingan Perbadanan

Sepenuhnya

a. Surat perjanjian di antara Perbadanan selaku tuan tanah dan Pemaju telah

disemak oleh Penasihat Undang-undang Perbadanan sebelum diluluskan oleh Ahli

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang. Perjanjian tersebut telah ditandatangan

pada 7 November 2003. Antara syarat utama perjanjian ini adalah seperti berikut:

i. Klausa 1.1 - Tempoh Pembangunan (Completion Date)

Pemaju hendaklah menyiapkan Projek ini dalam tempoh 5 tahun dari tarikh

perjanjian.

ii.

Klausa 1.2 - Lanjutan Tempoh Pembangunan (Extended Completion Date)

Pemaju boleh melanjutkan tempoh pembangunan ini untuk 2 tahun lagi dengan

syarat Pemaju telah memulakan kerja pembinaan bangunan di atas tapak, telah

menandatangani perjanjian dan membuat permohonan bertulis kepada

Perbadanan.

iii. Klausa 2.1 - Jumlah Sumbangan (Total Consideration)

Pemaju akan membayar kepada Perbadanan 10% daripada harga unit siap dan

tidak siap yang dijual oleh Pemaju atau RM4.18 juta sebagai jumlah sumbangan,

mana yang lebih tinggi.

iv. Klausa 2.2 - Kaedah Bayaran (Mode of Payment)

Deposit sejumlah RM500,000 dibayar semasa menandatangani perjanjian yang

juga sebagai sebahagian bayaran sumbangan.

v. Klausa 3 - Bayaran Jumlah Jaminan Sumbangan (Guaranteed Total

Consideration)

Sekiranya Pemaju gagal untuk menyiapkan pembangunan dalam tempoh yang

dipersetujui, Pemaju dikehendaki membayar kepada Perbadanan jumlah jaminan

sumbangan sejumlah RM4.18 juta dengan ditolak bayaran deposit dan bayaran

sumbangan lain yang telah dibuat. Dengan bayaran ini, Pemaju menjadi pemilik

benefisil sepenuhnya (obsolute beneficial owner) ke atas bahagian tanah yang

belum dimajukan atau dijual. Perbadanan akan membuat pindah milik lot-lot ini

atas nama Pemaju.

vi. Klausa 10.1 - Kegagalan Pemaju (Developers Dafault)

Sekiranya terdapat keingkaran di pihak Pemaju maka Perbadanan berhak untuk

memberi notis kepada Pemaju supaya memperbaiki keadaan dalam tempoh 14

18


hari dari tarikh notis dan kegagalan untuk memperbaiki keadaan dalam tempoh

masa yang diberi maka Perbadanan berhak untuk menamatkan perjanjian dan

mengambil alih Projek tersebut.

b. Semakan Audit mendapati wujud kelemahan dalam syarat perjanjian ini di mana

perjanjian tidak mengandungi syarat-syarat penting yang boleh menjamin

kepentingan Perbadanan malah lebih menguntungkan pihak Pemaju berdasarkan

perkara seperti berikut:

i. Tiada Peruntukan Pemaju Dikenakan Denda/Penalti Sekiranya Gagal

Menyiapkan Projek

Syarat perjanjian tidak menyatakan apa-apa denda boleh dikenakan terhadap

Pemaju sekiranya gagal menyiapkan Projek dalam tempoh yang ditetapkan.

Walaupun Klausa 1.1 dan 1.2 ada menyatakan Projek perlu disiapkan dalam

tempoh 5 tahun dan dilanjutkan selama 2 tahun lagi namun tidak ada klausa

untuk mengenakan denda sekiranya Pemaju gagal berbuat demikian.

Sehubungan itu, didapati sehingga bulan November 2010, masih terdapat

komponen Projek yang belum disiapkan dan pihak Perbadanan tidak boleh

mengambil apa-apa tindakan terhadap Pemaju.

ii.

Perjanjian Tidak Mengandungi Jadual Pelaksanaan Kerja

Perjanjian yang dibuat antara Perbadanan dengan Pemaju tidak mengandungi

Jadual Pelaksanaan Kerja. Klausa 1.1 dan Klausa 1.2 hanya menyatakan

Pemaju hendaklah menyiapkan Projek dalam tempoh 5 tahun dan boleh

dilanjutkan 2 tahun lagi. Walaupun terdapat sebanyak 7 fasa pembangunan

sebagaimana ditunjukkan di Annexure III kepada Dokumen Perjanjian, namun

dengan ketiadaan Jadual Pelaksanaan Kerja, maka Pemaju tidak terikat untuk

menyiapkan Projek mengikut fasa-fasa tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

Pihak Perbadanan juga didapati tidak mewujudkan satu jawatankuasa atau

badan khusus untuk memantau kemajuan kerja Projek. Pemaju ada

mengemukakan Laporan Kemajuan Kerja secara bulanan kepada Perbadanan di

samping mesyuarat yang berkaitan diadakan dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, langkah ini adalah tidak memadai bagi memastikan Projek siap

dalam tempoh yang ditetapkan. Oleh itu, didapati masih terdapat komponen

Projek yang belum siap selepas 7 tahun Projek ini dilaksanakan. Perbadanan

pula tidak dapat menamatkan perjanjian dan mengambil alih kawasan baki

selepas tempoh perjanjian seperti yang dinyatakan dalam Klausa 10.1 kerana

Pemaju masih melaksanakan pembangunan di setiap baki komponen yang

belum siap. Oleh itu, tidak timbul kegagalan pihak Pemaju melaksanakan

pembangunan bagi membolehkan Perbadanan menamatkan perjanjian. Adalah

didapati selain daripada klausa ini, tidak ada mana-mana klausa lain dalam

perjanjian tersebut yang memberi opsyen kepada Perbadanan untuk mengambil

alih tanah yang masih tidak dimajukan. Sehubungan itu, Perbadanan terpaksa

menyerahkan baki kawasan yang sedang dimajukan kepada Pemaju walaupun

19


tempoh perjanjian telah luput. Dengan penyerahan ini, Pemaju boleh

menentukan sendiri hala tuju Projek seterusnya seperti reka bentuk dan harga

jualan. Keadaan ini pasti memberikan kelebihan dan keuntungan kepada pihak

Pemaju.

Pada pendapat Audit, syarat perjanjian yang disediakan adalah tidak memuaskan

kerana kepentingan Perbadanan tidak dilindungi secara keseluruhannya malah

memberi kelebihan kepada pihak Pemaju.

3.4.3.2. Perbadanan Tidak Menerima Pulangan Yang Optima Dengan Menamatkan

Perjanjian Lebih Awal

a. Perbadanan hanya akan memperoleh hasil keseluruhan berjumlah RM4.18 juta

sahaja berdasarkan Klausa 3 yang merupakan Bayaran Penuh Jaminan Sumbangan

walaupun Pemaju gagal menyiapkan Projek selepas tempoh 7 tahun. Pada bulan

Disember 2009, Perbadanan dan Pemaju telah bersetuju untuk menamatkan

perjanjian lebih awal iaitu pada tahun ke 5 (2008) dan tidak melanjutkannya bagi

tempoh 2 tahun lagi sehingga 7 November 2010. Kedua-dua pihak juga telah

bersetuju supaya Pemaju membuat penyelesaian penuh jaminan sumbangan

sepertimana di bawah Klausa 3 perjanjian berjumlah RM4.35 juta termasuk bayaran

tambahan berjumlah RM170,000 sebagai mengambil kira nilai faedah terhadap baki

daripada jumlah penyelesaian penuh yang tidak diterima oleh Perbadanan. Pemaju

telah pun menjelaskan bayaran tersebut secara berperingkat dan bayaran terakhir

diterima pada 19 Oktober 2010. Asas pertimbangan yang diambil kira oleh

Perbadanan adalah bayaran diterima penuh akan dapat serta merta tanpa menunggu

fasa pembangunan dijual. Faktor nilai kini bersih (net present value) juga diambil kira

iaitu bayaran diterima sekarang daripada menerima jumlah yang sama pada bulan

November 2010. Berdasarkan Surat Akujanji di antara Perbadanan dan Pemaju

bertarikh 19 Mei 2010, jumlah baki keseluruhan yang perlu dijelaskan adalah

berjumlah RM1.44 juta. Bagaimanapun, dalam masa yang sama Perbadanan

terpaksa menyerahkan baki kawasan yang belum dimajukan sepenuhnya kepada

Pemaju seluas 14.36 ekar yang nilainya dianggarkan berjumlah RM4.48 juta. Selain

itu, implikasi kepada Perbadanan dengan melaksanakan Klausa 3 ini adalah Pemaju

mempunyai kuasa mutlak terhadap pembangunan baki lot-lot yang dalam pembinaan

dan belum dibina termasuklah dari segi reka bentuk bangunan, penetapan harga

jualan dan pembeli.

b. Sementara itu, mengikut perkiraan Audit sekiranya Perbadanan melanjutkan tempoh

perjanjian sehingga 7 tahun (November 2010) maka Perbadanan akan menerima

tambahan pulangan dianggarkan berjumlah RM4.03 juta lebih daripada apa yang

sebenarnya telah diterima semasa perjanjian ditamatkan. Perkiraan ini adalah

dengan mengambil kira 10% daripada nilai jualan baki lot yang sedang dalam

pembinaan dan dalam proses jualan pada bulan November 2010. Anggaran harga

setiap unit komponen Projek adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada

20


pihak Pemaju. Keadaan ini adalah bersesuaian dengan Klausa 2.1 yang menyatakan

bahawa Pemaju akan membayar kepada Perbadanan 10% daripada harga unit siap

dan tidak siap yang dijual atau RM4.18 juta sebagai jumlah sumbangan, mana yang

lebih tinggi. Butiran anggaran nilai tanah bagi kawasan yang sedang dimajukan dan

anggaran pulangan kepada Perbadanan mengikut perkiraan Audit adalah seperti di

Jadual 3.2.

Jadual 3.2

Anggaran Nilai Tanah Bagi Kawasan Yang Sedang Dimajukan

Dan Anggaran Pulangan Kepada Perbadanan Pada November 2010

Anggaran Anggaran Anggaran

Keluasan

Jumlah

Nilai Harga Jumlah

Komponen Projek

Kasar

Unit

Tanah Seunit Jualan

(ekar) (RM) (RM) (RM)

Rumah Berkembar 24 2.692 703,581 373,456 8,962,944

Rumah Banglo 40 8.255 2,157,527 300,000 12,000,000

Kedai

29 lot

tengah

4 lot tepi

1.235 806,949 380,000

1,350,000

11,020,000

5,400,000

Tapak Pam Minyak 1 0.628 410,335 410,335 410,335

Tapak Kosong

30 1.550 405,108 85,000 2,550,000

(30 unit Rumah Kos

Sederhana)

Jumlah 14.360 4,483,500 40,343,279

Sumber: Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Dan Jabatan Audit Negara

Nota: Perbadanan akan menerima 10% daripada jumlah jualan yang dianggarkan berjumlah RM4.03 juta.

c. Komponen pembangunan usaha sama yang telah siap dilaksanakan adalah seperti di

Gambar 3.7 dan Gambar 3.8. Manakala komponen yang masih dalam pembinaan

adalah seperti di Pelan 3.2 dan Gambar 3.9 hingga Gambar 3.12.

Gambar 3.7

Lot Kedai Yang Telah Siap

Gambar 3.8

Rumah Berkembar Yang Telah Siap

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Bandar Baru Seberang Jelai, Lipis

Tarikh: 15 November 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Bandar Baru Seberang Jelai, Lipis

Tarikh: 15 November 2010

21


Pelan 3.2

Komponenn Usaha Sama Yang Masih Dalam Pembinaan

Kedai

(33 unit)

Rumah

Kos

Sederhana

(30 unit)

Stesyen

Minyak

(1 lot)

Lot Banglo

(40 lot)

Rumah

Berkembar

(24 unit)

Sumber: Perbadanann Kemajuan Negeri Pahang

Gambar 3.9

Lot

Kedai Sedang Dalam Pembinaan

Gambar 3.10

Tapak Rumah

Berkembar Dan Lot Banglo

Tapak Rumah

Berkembar

Tapak Lot

Banglo

Sumber: Jabatan Audit

Negara

Lokasi: Bandar Baru Seberang Jelai, Lipis

Tarikh: 15

November 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Bandar Baru Seberang Jelai, Lipis

Tarikh: 15 November 2010

22


Gambar 3.11

Tapak Kedai Dan Stesyen Minyak

Gambar 3.12

Kedai Yang Hampir Siap

Tapak Stesyen

Minyak

Tapak Kedai

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Bandar Baru Seberang Jelai, Lipis

Tarikh: 5 Januari 2011

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Bandar Baru Seberang Jelai, Lipis

Tarikh: 15 November 2010

d. Berdasarkan maklum balas yang diterima, Perbadanan berpendapat pembangunan

secara usaha sama ini akan memberi pulangan value added kepada Perbadanan

jika dibandingkan sekiranya kawasan ini dijual secara as is it sahaja iaitu pulangan

tambahan sebanyak 10% daripada jumlah nilai jualan unit-unit yang dimajukan

kelak. Tindakan Perbadanan menamatkan perjanjian dan menguatkuasakan Klausa

3 dengan mengambil kira perkembangan Projek semasa dan prestasi jualan yang

kurang memberangsangkan pada masa itu. Bagaimanapun, Perbadanan menyedari

implikasi peruntukan Klausa 3 untuk penyelesaian secara Bayaran Penuh Jaminan

Sumbangan sekiranya Projek gagal dilaksanakan. Oleh itu, bagi perjanjian projek

usaha sama selepas ini peruntukan tersebut telah dipinda di mana penyelesaian

untuk keadaan seumpama ini adalah secara nilaian tanah dan pembangunan

semasa bagi menentukan jumlah penyelesaian demi menjaga kepentingan

Perbadanan.

Pada pendapat Audit, Perbadanan akan memperoleh keuntungan yang lebih baik

sekiranya melanjutkan tempoh perjanjian selama 2 tahun lagi.

3.5. SYOR AUDIT

Projek ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan ini di masa yang akan

datang. Oleh itu, projek pembangunan mestilah dilaksanakan dengan memastikan pemilihan

lokasi tapak Projek adalah di kawasan yang sesuai dengan struktur muka bumi. Selain itu,

syarat-syarat perjanjian hendaklah menjamin kepentingan Kerajaan. Bagi memperbaiki

kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan perkara yang sama tidak berulang dalam

melaksanakan projek yang lain, adalah disyorkan supaya Perbadanan memberikan

pertimbangan terhadap perkara berikut:

3.5.1. Kajian yang lebih terperinci dijalankan terhadap lokasi Projek terutama yang boleh

memberi impak kos sehingga menjejaskan pelaksanaan keseluruhannya.

23


3.5.2. Mengkaji dengan lebih mendalam syarat-syarat perjanjian agar lebih memihak

kepada Perbadanan dan menjamin kepentingan Kerajaan.

3.5.3. Mengambil kira hasil penemuan Audit untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan

projek seumpamanya di masa yang akan datang.

24


JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI

4. PENGURUSAN BANTUAN BENCANA

4.1. LATAR BELAKANG

4.1.1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang (Jabatan) adalah anggota

Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara. Mengikut Arahan Majlis

Keselamatan Negara (MKN) No. 20, Jabatan bertanggungjawab untuk menyedia dan

menyenggarakan pusat-pusat pemindahan, membuat persediaan dan mengedarkan bantuan

makanan, pakaian dan keperluan-keperluan lain, menjalankan pendaftaran ke atas mangsa

untuk tujuan pemulihan semula mangsa bencana serta memberi bimbingan, nasihat serta

kaunseling kepada mangsa-mangsa bencana. Selain itu, Jabatan juga bertanggungjawab

menyediakan pengkalan hadapan iaitu tempat simpanan bekalan makanan sebelum

diagihkan ke pusat-pusat pemindahan bencana. Takrifan bencana menurut

Prosedur Operasi Standard Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ialah sesuatu kejadian

yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa,

kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat

setempat. Kejadian ini memerlukan pengendalian yang melibatkan sumber, peralatan,

kekerapan dan tenaga manusia yang menyeluruh daripada banyak agensi. Selain itu, ia juga

memerlukan penyelarasan yang berkesan di mana melibatkan tindakan yang kompleks dan

jangka masa yang panjang. Antara bencana yang sering berlaku di Malaysia adalah seperti

banjir, kebakaran dan ribut.

4.1.2. Peranan dan tanggungjawab Jabatan sepertimana mengikut prosedur adalah

terbahagi kepada 3 peringkat iaitu sebelum berlaku bencana, semasa berlaku bencana dan

selepas berlaku bencana. Peringkat pertama iaitu sebelum berlaku bencana adalah seperti

mengenal pasti dan menyediakan senarai pusat pemindahan dan pengkalan hadapan di

setiap daerah/kawasan serta menyedia dan menghantar bekalan terlebih awal ke pengkalanpengkalan

hadapan sebelum berlaku bencana. Peringkat kedua iaitu semasa berlaku

bencana adalah seperti melawat ke tempat kejadian dan kawasan operasi, mendaftar

mangsa-mangsa yang terlibat serta mengedar bantuan makanan dan keperluan lain.

Peringkat terakhir iaitu selepas berlaku bencana ialah seperti membuat siasatan dan

penilaian terhadap kerugian dan kemusnahan yang dialami oleh mangsa-mangsa.

4.1.3. Bantuan untuk bencana disalurkan melalui Tabung Malapetaka yang ditubuhkan

di bawah Kumpulan Wang Amanah Jawatankuasa Malapetaka Negeri Pahang (Kumpulan

Wang/Tabung Amanah). Kumpulan Wang ini telah ditubuhkan mengikut Seksyen 10(4)(b),

Akta Tatacara Kewangan 1957 dan pekeliling-pekeliling Perbendaharaan dengan tujuan

membolehkan bantuan dapat disalurkan dengan baik dan berkesan. Kumpulan

Wang/Tabung Amanah ini mula berkuatkuasa pada April 1978. Pada tahun 2008 hingga

25


2010, sejumlah RM30.02 juta telah dibelanjakan bagi menampung perbelanjaan makanan,

pakaian dan tempat tinggal untuk segala jenis malapetaka serta apa-apa perbelanjaan yang

tertanggung semasa menjalankan kerja-kerja pemulihan mangsa malapetaka di Negeri

Pahang.

4.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada pengurusan bantuan bencana Jabatan

telah dilakukan dengan cekap, teratur serta mencapai matlamat yang ditetapkan.

4.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan adalah meliputi aktiviti pengurusan bantuan bencana bagi tempoh

2008 hingga 2010 yang dilaksanakan oleh Jabatan, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah

(PKMD) Pekan, Maran dan Rompin. Pengauditan dijalankan dengan menyemak, mengkaji

dan menganalisis rekod serta data yang berkaitan dengan aktiviti terimaan bantuan bencana

yang dilaksanakan oleh Jabatan. Selain itu, lawatan juga dilakukan bersama pegawaipegawai

PKMD ke pengkalan hadapan dan lokasi pengagihan bantuan yang terlibat.

Temu bual dengan Penghulu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan

Kampung dan pegawai yang terbabit juga dilakukan bagi mendapatkan penjelasan

berhubung pengurusan bantuan bencana ini.

4.4. PENEMUAN AUDIT

Hasil daripada kajian yang dijalankan pada Oktober 2010 hingga Januari 2011, pihak Audit

mendapati pengurusan bantuan bencana Jabatan boleh dipertingkatkan. Ia adalah kerana

terdapat perolehan bekalan bantuan bencana dibuat tidak mematuhi peraturan kewangan

sepenuhnya, perbezaan stok fizikal di pengkalan hadapan berbanding rekod, prosedur

pelupusan bekalan bantuan bencana tidak teratur, stok bekalan bantuan bencana rosak dan

tempat penyimpanan bekalan bencana tidak sesuai. Penjelasan lanjut berhubung dengan

perkara yang ditemui adalah seperti berikut:

4.4.1. Pengurusan Perolehan Bekalan Bantuan Bencana

4.4.1.1. Perolehan Bekalan Bantuan Bencana Tidak Mematuhi Prosedur

a. Jabatan hendaklah menyediakan dan menghantar bekalan lebih awal ke pengkalan

hadapan sebelum berlakunya bencana. Oleh itu, perolehan bekalan perlu dibuat lebih

awal bagi mengelakkan kelewatan untuk mengagihkan bantuan sekiranya bencana

berlaku. Bekalan makanan bagi tempoh 3 hingga 7 hari akan diberikan kepada setiap

keluarga yang keluar dari pusat pemindahan dan kembali ke tempat kediaman

masing-masing. Proses perolehan bermula dengan PKMD membuat pengiraan

keperluan bekalan makanan berdasarkan pengiraan kos yang ditetapkan. Selepas

itu, Pesanan Kerajaan akan dikeluarkan dan diluluskan oleh Pegawai Daerah selaku

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Peringkat Daerah

(Pengerusi Jawatankuasa). Manakala perolehan bekalan akan diuruskan oleh PKMD.

26


Bekalan bantuan yang dibeli adalah seperti beras, biskut, sardin, minyak masak,

serbuk teh dan kopi, susu pekat, garam dan gula. Seterusnya, Jabatan akan

membuat pembayaran kepada pihak pembekal.

b. Semakan Audit terhadap Pesanan Kerajaan dan temu bual dengan pegawai yang

bertanggungjawab di PKMD setiap daerah mendapati semua Pesanan Kerajaan telah

dikeluarkan hanya selepas invois diterima daripada pembekal. Ia berlaku disebabkan

Pesanan Kerajaan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan bukannya oleh PKMD.

4.4.1.2. Pembelian Terus Bagi Item Yang Melebihi RM50,000

a. Perolehan barang-barang keperluan oleh Jabatan/Agensi Kerajaan juga hendaklah

diuruskan dengan cekap, teratur dan sempurna mengikut peraturan dan tatacara

perolehan. Hal ini bagi memastikan tidak berlakunya pembaziran serta memberi nilai

pulangan yang baik kepada Kerajaan. Perolehan setiap jenis item yang melebihi

RM50,000 tetapi kurang daripada RM200,000 perlu dilaksanakan secara sebut harga

dengan mempelawa sekurang-kurangnya 5 pembekal yang berdaftar dengan

Kementerian Kewangan.

b. Semakan Audit mendapati berlaku pembelian secara terus dan bukannya secara

sebut harga seperti yang sepatutnya di PKMD Rompin yang melibatkan perolehan

bekalan pengkalan hadapan untuk Pulau Tioman pada tahun 2008, 2009 dan 2010.

Selain itu, terdapat pembelian terus bagi sardin dan biskut yang melebihi RM50,000

seperti di Jadual 4.1.

Jadual 4.1

Pembelian Secara Terus Bagi Item Yang Melebihi RM50,000

Pada Tahun 2008 Hingga 2010

Jumlah Pembelian Yang Melebihi RM50,000

Pembelian

Tahun

Harga Jumlah

Secara

Terus Item Kuantiti Seunit Harga

(RM)

(RM) (RM)

2008 252,578 Sardin 45,300 tin 3.40 154,020

Sardin 64,791 tin 3.36 217,698

2009 355,202

Biskut 6,622 kg 11.00 72,842

2010 146,655 Sardin 25,481 tin 3.36 85,616

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang

c. Analisis Audit mendapati pembelian bagi item tersebut pada tahun 2008 adalah 61%

daripada jumlah pembelian terus. Peratusan ini meningkat kepada 81.8% pada tahun

2009 bagi pembelian sardin dan biskut. Seterusnya, pada tahun 2010 ia menurun

kepada 58.4%.

4.4.1.3. Berlaku Pecah Kecil Dalam Proses Perolehan

a. Prosedur kewangan menetapkan sebarang bentuk pecah kecil bagi mengelakkan

sebut harga adalah tidak dibenarkan. Semakan Audit mendapati berlaku perolehan

secara pecah kecil di PKMD Rompin berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh

27


Bahagian Kewangan PKMD Rompin yang menetapkan supaya Pesanan Kerajaan

yang akan disediakan tidak melebihi RM30,000.

b. Pemeriksaan Audit mendapati sebanyak 33 Pesanan Kerajaan telah dikeluarkan

untuk perolehan pada tahun 2008 hingga 2010. Selain itu, tiada tarikh dicatatkan di

Pesanan Kerajaan yang dikeluarkan pada tahun 2008. Manakala pada tahun 2009

dan 2010, semua Pesanan Kerajaan dikeluarkan pada tarikh yang sama iaitu pada

22 Disember 2009 dan 1 Disember 2010 seperti di Jadual 4.2.

Jadual 4.2

Senarai Pesanan Kerajaan Untuk Pembelian Sardin Dan Biskut

Pada Tahun 2008 Hingga 2010

Bil. Tahun Item

Tarikh Pesanan No. Pesanan Amaun

Kerajaan Kerajaan (RM)

AE1946664 11,220.00

AE1946665 10,200.00

AE1946666 20,400.00

AE1946667 14,280.00

1. 2008 Sardin (tin) Tiada Maklumat AE1946678 19,584.00

AE1946677 19,584.00

AE1946674 19,584.00

AE1946675 19,584.00

AE1946676 19,584.00

Jumlah 154,020.00

AE194697 19,331.69

AE194698 13,809.60

AE194699 14,911.68

AE194700 27,615.84

Sardin (tin)

AE194851 28,406.11

AE194852 28,406.11

AE194853 28,406.11

AE194854 28,406.11

2. 2009

22.12.2009

AE194855 28,406.11

AE194697 6,468.00

AE194698 4,620.00

AE194699 4,994.00

AE194700 9,240.00

Biskut (kg)

AE194851 9,504.55

AE194852 9,504.55

AE194853 9,504.55

AE194854 9,504.55

AE194855 9,504.55

Jumlah 290,544.11

AD780108 15,778.56

AD780109 15,778.56

3. 2010 Sardin (tin) 1.12.2010

AD780110 15,778.56

AD780111 7,899.36

AD780112 13,809.60

AD780113 16,571.52

Jumlah 85,616.16

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang

c. Hal ini berlaku bagi mengelakkan perolehan secara sebut harga dan akibatnya telah

berlaku ketidakpatuhan kepada prosedur kewangan. Kesannya PKMD tidak

28


memperoleh nilai pulangan yang baik kerana tidak dapat membuat perbandingan

harga yang kompetitif dan terbaik. Jabatan memaklumkan pembelian dibuat secara

terus disebabkan perolehan dibuat daripada pembekal yang biasa berurusan dengan

PKMD. Jabatan akan membuat perbincangan dengan Pejabat Kewangan Dan

Perbendaharaan Negeri Pahang bagi membincangkan masalah ini.

Pada pendapat Audit, perolehan bekalan bantuan bencana kurang memuaskan

kerana tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan. Walaupun pembelian dibuat

daripada pembekal yang biasa namun ia masih perlu dilakukan mengikut prosedur

yang ditetapkan tanpa mengabaikan nilai pulangan yang baik kepada Kerajaan.

4.4.2. Pengurusan Bekalan Bantuan Bencana

4.4.2.1. Perbezaan Kuantiti Dalam Borang Agihan Dengan Pemeriksaan Fizikal

a. Prosedur Jabatan telah menetapkan satu pasukan yang diketuai oleh Pengerusi

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan menyimpan buku

stok barangan dan makanan mentah yang diterima seperti tikar, selimut, beras, gula

dan sebagainya. Semua jenis barang yang diterima, barang yang dikeluarkan dan

tarikh barang diterima atau dikeluarkan serta tarikh luput makanan

(khususnya makanan dalam tin) hendaklah direkodkan ke dalam buku stok. Amalan

yang diguna pakai di setiap PKMD adalah mereka perlu menyediakan laporan

penghantaran bekalan pengkalan hadapan dan hendaklah merekodkan kuantiti, jenis

barang dan jumlah bekalan yang perlu dihantar ke setiap pengkalan hadapan. Selain

itu, setiap penerimaan bekalan hendaklah disahkan oleh Penghulu atau Pengerusi

JKKK.

b. Lawatan Audit bagi tempoh antara Disember 2010 hingga Januari 2011 ke 23

pengkalan hadapan di Daerah Rompin, Pekan dan Maran mendapati di 5 pengkalan

hadapan jumlah sebenar bekalan berbeza dengan rekod penghantaran bekalan yang

telah disahkan penerimaannya oleh pegawai yang bertanggungjawab seperti

di Jadual 4.3.

Jadual 4.3

Perbezaan Kuantiti Dalam Borang Agihan Dengan Pemeriksaan Fizikal

Rekod Semakan

Bil. Pengkalan Hadapan Item

Beza

PKMD Audit

1. Pusat Perpindahan Beras (kg) 540 740 200

Kg. Lamir, Pekan Biskut (kg) 180 198 18

2. Balairaya Kg. Belimbing,

Pekan

Sardin Ikan (tin) 218 655 437

Beras (kg) 1,260 1,560 300

Gula (kg) 130 170 40

Biskut (kg) 420 463.44 43.44

Sardin Ikan (tin) 508 1,060 552

3. Sek. Keb. Kuala Sentul, Kari Ayam Dalam Tin (tin) 36 72 36

Maran

Sotong Dalam Tin (tin) 48 0 (48)

4. Pej. Penghulu Jengka, Kari Ayam Dalam Tin (tin) 72 36 (36)

Maran

Sotong Dalam Tin (tin) 0 48 48

5. Sek. Keb. Sekara, Maran Kari Ayam Dalam Tin (tin) 36 72 36

Kerang Dalam Tin (tin) 48 0 (48)

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang

29


c. Perbezaan kuantiti ini berlaku disebabkan pegawai yang menerima bekalan seperti

Penghulu atau Pengerusi JKKK memperakui penerimaan bekalan tanpa mengira

terlebih dahulu bekalan yang diterima berdasarkan borang agihan. Selain itu,

Penghulu atau Pengerusi JKKK yang menerima bekalan tidak menyelenggara buku

stok (daftar) bagi bekalan yang diterima dan dikeluarkan daripada simpanan

pengkalan hadapan. Pegawai penerima juga tidak mengambil maklum akan arahan

yang terdapat di dalam prosedur berkenaan penyediaan dan penyimpanan daftar

tersebut. Kelemahan pemantauan oleh PKMD juga menyebabkan hal ini berlaku.

Akibatnya berlaku pembaziran kerana terdapat lebihan bekalan di beberapa

pengkalan hadapan. Selain itu, pengeluaran bekalan sebelum berlakunya banjir juga

tidak dapat disahkan kerana tiada rekod keluar dan masuk bekalan yang telah

diterima. Punca kepada perbezaan antara rekod PKMD dan fizikal adalah disebabkan

masalah tenaga kerja dan pengangkutan. Jabatan akan memastikan permasalahan

ini diatasi dengan segera di masa hadapan.

Pada pendapat Audit, pengurusan bekalan bantuan bencana di pengkalan hadapan

adalah kurang memuaskan kerana terdapat perbezaan antara rekod PKMD dengan

fizikal. Selain itu, buku stok (daftar) juga tidak diselenggara.

4.4.2.2. Pelupusan Bekalan Bantuan Bencana Tidak Didokumenkan

a. Pelupusan hendaklah dilaksanakan ke atas stok yang didapati rosak, tidak diperlukan

atau melebihi keperluan. Ia hendaklah dilaksanakan mengikut prosedur Jabatan

ataupun prosedur yang diguna pakai oleh Kerajaan. Skuad Pemantau Jabatan pula

akan membuat pemeriksaan fizikal ke atas baki bekalan di pengkalan hadapan

sebelum proses pelupusan dilakukan. Pengerusi Jawatankuasa akan mengeluarkan

surat kelulusan untuk melupuskan bekalan berkenaan kepada fakir miskin atau

golongan asnaf yang diuruskan oleh Pengerusi Mukim berkenaan.

b. Semakan Audit mendapati prosedur pelupusan yang dilaksanakan di setiap

pengkalan hadapan adalah berdasarkan kepada amalan sedia ada iaitu ia bermula

apabila pengisytiharan tarikh bebas bencana banjir oleh Majlis Keselamatan Negara

Negeri Pahang. Seterusnya PKMD akan membuat permohonan untuk melupuskan

bekalan di pengkalan hadapan kepada Pegawai Daerah. Beliau akan memberikan

kelulusan dan arahan bagaimana bekalan akan dilupuskan. Penghulu atau JKKK

akan dipertanggungjawabkan untuk membuat pelupusan tersebut. Pemeriksaan Audit

seterusnya mendapati tiada mekanisme khusus dalam memantau baki bekalan

di pengkalan hadapan selepas tempoh bencana tamat.

c. Semakan Audit juga mendapati tiada bukti Skuad Pemantau Jabatan atau PKMD

membuat pemantauan ke setiap pengkalan hadapan untuk menentukan baki bekalan

yang masih elok dan boleh digunakan sebelum pelupusan bekalan dilaksanakan.

Perkara ini terjadi kerana Jabatan tidak mendokumenkan prosedur pelupusan di

dalam prosedur Jabatan. Akibatnya, proses pelupusan yang telah dijalankan selama

ini tidak dapat disahkan sama ada ia telah mengikut arahan yang dikeluarkan atau

30


sebaliknya. Selain itu, jumlah sebenar bekalan yang telah dilupuskan juga tidak dapat

diketahui. Manakala pengagihan bekalan yang dilupuskan juga tidak dapat disahkan

sama ada ia telah diberikan kepada pihak yang sewajarnya kerana urusan pelupusan

adalah di bawah tanggungjawab Penghulu atau Pengerusi JKKK. Tindakan segera

akan diambil oleh Jabatan di mana surat permohonan kelulusan pelupusan dihantar

kepada Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah bagi mendapatkan kelulusan

secara bertulis.

Pada pendapat Audit, prosedur kerja untuk pelupusan bekalan bantuan bencana

adalah kurang memuaskan kerana prosedur tersebut tidak didokumenkan dan tiada

bukti Skuad Pemantau melaksanakan pemantauan sebelum pelupusan.

4.4.2.3. Stok Bekalan Bantuan Bencana Rosak

a. Pemeriksaan Audit di pengkalan hadapan Kampung Tekek di Daerah Rompin,

Pejabat Penghulu Pulau Rusa dan Balai Raya Air Hitam di Daerah Pekan serta

Sekolah Kebangsaan Sekara di Daerah Maran mendapati beberapa kampit beras,

gula dan minyak masak telah rosak seperti di Gambar 4.1 hingga Gambar 4.4. Pihak

Audit tidak dapat menentukan kuantiti sebenar yang telah rosak disebabkan tiada

rekod dan kaedah penyimpanan yang sempit dan tidak teratur.

Gambar 4.1 Gambar 4.2

Beras Dan Minyak Masak Yang Rosak

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin

Tarikh: 24 Disember 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Sekolah Kebangsaan Sekara, Maran

Tarikh: 28 Disember 2010

31


Gambar 4.3

Minyak Masak Yang Rosak

Gambar 4.4

Plastik Gula Yang Dimasuki Semut

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Balairaya Air Hitam, Pekan

Tarikh: 6 Januari 2011

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Pej. Penghulu Pulau Rusa, Pekan

Tarikh: 6 Januari 2011

b. Bekalan bantuan bencana yang rosak masih terkawal dan nisbah kerosakan adalah

terlalu kecil. Keadaan ini dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti keadaan cuaca dan

agen perosak (serangga). Tindakan kawalan kerosakan akan dipertingkatkan oleh

Jabatan.

4.4.2.4. Tempat Penyimpanan Bekalan Tidak Sesuai

a. Pemeriksaan Audit di pengkalan hadapan Kampung Tekek juga mendapati Kuarters

Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dijadikan tempat simpanan stok bekalan kerana

ketiadaan tempat simpanan lain yang sesuai. Bagaimanapun, tempat berkenaan

sempit dan ruang pengudaraan yang tidak sempurna mengakibatkan kotak bekalan

makanan yang mengandungi minyak masak telah berkulat seperti di Gambar 4.5.

Bekalan makanan juga tidak dapat disusun dengan teratur seperti di Gambar 4.6

hingga Gambar 4.8.

Gambar 4.5 Gambar 4.6

Kotak Makanan Berkulat Dan Susunan Barang Tidak Teratur Kerana Ruang Stor Sempit

Barang Disusun

Sehingga

Mencecah Siling

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin

Tarikh: 24 Disember 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin

Tarikh: 24 Disember 2010

32


Gambar 4.7 Gambar 4.8

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin

Tarikh: 24 Disember 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin

Tarikh: 24 Disember 2010

b. Aktiviti pemunggahan barang yang tidak cermat menyebabkan bungkusan minyak

masak bocor dan plastik beras terkoyak di pengkalan hadapan Kampung Tekek dan

Sekolah Kebangsaan Sekara. Tempat simpanan yang tidak sesuai juga

menyebabkan bekalan makanan dirosakkan oleh serangga seperti semut. Selain itu,

beberapa beg beras di pengkalan hadapan Kampung Tekek juga telah dirosakkan

oleh haiwan liar seperti kera yang telah menceroboh masuk ke dalam tempat

simpanan.

c. Keadaan ini telah menyebabkan pembaziran kerana stok makanan tidak dapat

digunakan. Jabatan memaklumkan mereka menghadapi kesukaran untuk

mendapatkan tempat penyimpanan yang berkondusif dari segi pengudaraan dan

sistem aturan yang bersistematik. Bagaimanapun, Jabatan akan mendapatkan

khidmat nasihat daripada pihak yang bertauliah bagi mengatasi masalah ini.

Pada pendapat Audit, keadaan tempat penyimpanan stok bantuan bencana adalah

kurang memuaskan kerana terdapat stok makanan yang rosak dan tempat

penyimpanan yang tidak sesuai.

4.5. SYOR AUDIT

Bagi penambahbaikan terhadap pengurusan bantuan bencana ini, pihak Audit

mengesyorkan langkah-langkah seperti berikut:

4.5.1. Mematuhi prosedur perolehan bekalan untuk pengkalan hadapan dan

mempertingkatkan koordinasi dengan Pejabat Daerah dalam penyediaan Pesanan Kerajaan.

4.5.2. Mengambil inisiatif bagi memohon kelulusan daripada Pejabat Kewangan Negeri

untuk mendapatkan pengecualian perolehan secara sebut harga.

4.5.3. Memantau proses pengagihan bekalan dengan memastikan semakan dibuat

sebelum menandatangani borang agihan dan penyelenggaraan buku stok (daftar) keluar dan

masuk bekalan di setiap pengkalan hadapan dilaksanakan.

33


4.5.4. Menguatkuasakan pemantauan sebelum tindakan pelupusan diambil dengan

mengadakan naziran ke pengkalan hadapan sebelum pelupusan dan memastikan rekod

pelupusan diselenggara di setiap PKMD untuk tujuan pemantauan. Proses pelupusan juga

mestilah didokumenkan sebagai garis panduan untuk semua pihak yang terlibat di dalam

pengurusan bantuan bencana.

4.5.5. Menyediakan tempat penyimpanan yang sesuai bagi mengelakkan kerosakan

terhadap bekalan tersebut.

34


JABATAN KERJA RAYA NEGERI PAHANG

5. PENYENGGARAAN JALAN NEGERI

5.1. LATAR BELAKANG

5.1.1. Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang (JKR) bertanggungjawab merancang dan

melaksanakan kerja penyenggaraan jalan-jalan negeri. Berdasarkan kepada maklumat

terakhir Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Malaysian Road Record Information

System (MARRIS) sehingga Mac 2010, panjang rangkaian jalan di Negeri Pahang di bawah

penyenggaraan JKR ialah 5,680 kilometer. Kerja penyenggaraan jalan negeri ini

dilaksanakan oleh Bahagian Jalan, JKR Negeri Pahang dan Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) setiap daerah. Bahagian Jalan bertanggungjawab memastikan jalan negeri yang sedia

ada disenggara dan diurus dengan baik, diperbaiki dan dinaik taraf untuk penggunaan yang

lebih selamat. Matlamat kerja penyenggaraan adalah untuk memastikan jalan raya adalah

selamat digunakan dan mematuhi standard kejuruteraan serta piagam pelanggan. PBT juga

bertanggungjawab memastikan jalan-jalan negeri di kawasan pentadbirannya disenggara

dengan baik menggunakan peruntukan yang disalurkan oleh JKR.

5.1.2. Kerja penyenggaraan jalan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu penyenggaraan biasa

dan penyenggaraan berkala. Penyenggaraan biasa meliputi kerja membaiki kerosakan

permukaan jalan, menampal jalan yang berlubang, menyenggara bahu jalan dan

pembetungan serta memotong rumput. Manakala penyenggaraan berkala pula melibatkan

kerja menurap semula permukaan jalan yang dilakukan mengikut jadual atau pusingan 5

tahun sekali, menyenggara dan mengecat garisan jalan serta menyenggara sistem lampu

isyarat dan lampu jalan. Kerja penyenggaraan jalan ini dilaksanakan oleh kakitangan

Jabatan dan kontraktor yang dilantik oleh Jabatan melalui tender, sebut harga dan

pelantikan terus. Penyenggaraan biasa dan penyenggaraan berkala ini adalah dibiayai

daripada peruntukan perbelanjaan mengurus. Selain itu, Jabatan juga menjalankan kerja

menaik taraf jalan yang dibiayai daripada peruntukan perbelanjaan pembangunan.

5.1.3. Kerajaan Negeri telah menerima Geran/Pemberian Penyenggaraan Jalan daripada

Kerajaan Persekutuan berdasarkan Perkara 109(1)(b), Perlembagaan Persekutuan khusus

untuk menyenggara jalan negeri. Pemberian daripada Kerajaan Persekutuan ini diakaunkan

ke dalam Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri Pahang yang ditubuhkan

pada tahun 1993 oleh Kerajaan Negeri di bawah Seksyen 10(1)(b), Akta Tatacara Kewangan

1957 (Pindaan 1972). Pada tahun 2008 hingga 2010, jumlah peruntukan yang diterima oleh

JKR Negeri Pahang bagi kerja penyenggaraan jalan negeri adalah berjumlah RM343.19 juta,

manakala perbelanjaannya adalah berjumlah RM332.47 juta. Maklumat lanjut adalah seperti

di Jadual 5.1.

35


Jadual 5.1

Peruntukan Dan Perbelanjaan Bagi Kerja Penyenggaraan Jalan Negeri

Bil. Perkara

2008 2009 2010 Jumlah

(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

1. Peruntukan 106.13 118.52 118.54 343.19

2. Perbelanjaan 96.51 117.53 118.43 332.47

Sumber: Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang

5.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sejauh mana projek penyenggaraan jalan negeri

telah dirancang dengan sempurna dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan,

berekonomi serta mencapai matlamat yang ditetapkan.

5.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN

Skop pengauditan ini meliputi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan kerja

penyenggaraan jalan negeri yang dilaksanakan oleh Bahagian Jalan Ibu Pejabat JKR Negeri

Pahang, Bahagian Jalan JKR Daerah Kuantan, Jerantut dan Lipis serta Bahagian

Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kuantan, Majlis Daerah Jerantut dan Majlis Daerah Lipis

bagi tempoh 2008 hingga 2010. Pengauditan merangkumi kerja-kerja penyenggaraan jalan

negeri di 3 daerah iaitu Kuantan, Jerantut dan Lipis yang meliputi 2,801 kilometer bersamaan

dengan 49% daripada jumlah keseluruhan panjang jalan Negeri Pahang. Kaedah

pengauditan dijalankan dengan menyemak dokumen seperti jadual penyenggaraan, rekod

panjang jalan dan sebut harga kontrak penyenggaraan jalan, mengkaji dan menganalisis

data yang berkaitan dengan aktiviti terimaan dan penggunaan wang Tabung yang

dilaksanakan oleh JKR dan PBT. Selain itu, pihak Audit juga mengadakan lawatan ke lokasi

yang terlibat. Temu bual dengan pegawai yang terlibat juga dilakukan bagi mengesahkan

maklumat yang diterima.

5.4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara September 2010 hingga Januari 2011 mendapati

perancangan dan pelaksanaan projek penyenggaraan jalan negeri adalah kurang

memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam perancangan dan pelaksanaannya

yang memberi impak kepada prestasi kewangan dan prestasi projek. Antara kelemahan

tersebut adalah penggunaan peruntukan di luar skop kerja yang dibenarkan, penyenggaraan

bahu jalan dan perabot jalan tidak dilaksanakan dengan baik, kenderaan dan jentera tidak

digunakan untuk tempoh yang lama sehingga rosak dan prosedur kewangan tidak dipatuhi.

Penjelasan lanjut berhubung dengan perkara yang ditemui adalah seperti di perengganperenggan

berikut:

36


5.4.1. Peruntukan Penyenggaraan Jalan

5.4.1.1. Kerja Penyenggaraan Jalan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan

Tertangguh

a. Kerja-kerja penyenggaraan jalan/perabot jalan/tebing bagi jalan-jalan dalam

bandar telah diserahkan kepada PBT oleh JKR untuk dilaksanakan. Pada

tahun 2008, kerja-kerja pengukuhan cerun/tebing termasuk di bawah skop

kerja penyenggaraan jalan tetapi pada tahun 2009, ia telah diasingkan dan

dipertanggungjawabkan di bawah Unit Cerun JKR.

b. Bermula dari tahun 2006 sejumlah peruntukan tahunan daripada Kod

Penyelenggaraan Dan Pembaikan Kecil (Objek Sebagai 28000) telah

disalurkan kepada PBT berkenaan berdasarkan panjang jalan yang perlu

disenggarakan. Jumlah peruntukan yang diterima oleh Majlis Perbandaran

Kuantan (MPK), Majlis Daerah Jerantut (MDJ) dan Majlis Daerah Lipis (MDL)

pada tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti di Jadual 5.2.

Jadual 5.2

Jumlah Peruntukan Pada Tahun 2008 Hingga 2010

Peruntukan

Bil. Pihak Berkuasa Tempatan (RM Juta)

2008 2009 2010

1. Majlis Perbandaran Kuantan 8.70 4.60 5.20

2. Majlis Daerah Jerantut 0.32 0.41 1.00

3. Majlis Daerah Lipis 0.17 0.43 1.00

Jumlah 9.19 5.44 7.20

Sumber: Pihak Berkuasa Tempatan

c. Pada tahun 2008, telah berlaku kejadian tanah runtuh yang membabitkan 25

lokasi di sekitar bandar Lipis. Anggaran kos pada Disember 2008 untuk

membaiki kerosakan ini adalah berjumlah RM11.8 juta. Peruntukan sejumlah

RM0.17 juta yang diterima oleh MDL pada tahun 2008 tidak dapat

menampung kos pembaikan tersebut. Oleh yang demikian, MDL telah

membuat permohonan peruntukan berjumlah RM5 juta kepada Kerajaan

Persekutuan pada Ogos 2008 dan RM4.1 juta kepada Pegawai Kewangan

Negeri (PKN) pada Disember 2008. Bagaimanapun, pihak PKN telah

mencadangkan supaya MDL memohon peruntukan daripada Kementerian

Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Pada Februari 2009, MDL telah berjaya

mendapat peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah

RM2.6 juta untuk projek pengukuhan tebing Jalan Lipis-Benta. Seterusnya,

MDL juga telah memohon peruntukan tambahan berjumlah RM2.5 juta

daripada JKR dan PKN bagi menyenggara kerosakan akibat daripada tanah

runtuh di 2 lokasi yang melibatkan kediaman awam iaitu keruntuhan tebing di

Taman Pertama dan Rumah Rehat Tanjung Lipis tetapi sehingga kini masih

belum ada sebarang peruntukan disalurkan. Lawatan Audit pada pertengahan

Oktober 2010 ke kawasan berkenaan mendapati kawasan keruntuhan tebing

tersebut telah diliputi semak samun seperti di Gambar 5.1 dan Gambar 5.2.

37


Gambar 5.1 Gambar 5.2

Keadaan Tebing Runtuh Yang Belum Disenggara Sejak Tahun 2008

Semak Samun

Telah

Menutupi

Tebing Runtuh

Semak Samun

Telah

Menutupi

Tebing Runtuh

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Taman Pertama, Lipis

Tarikh: 15 Oktober 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Rumah Rehat Tanjung Lipis, Lipis

Tarikh: 15 Oktober 2010

d. Kerja-kerja pembaikan dan penyenggaraan ini tertangguh sehingga tahun 2010

kerana PBT tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi. Kelewatan menjalankan

kerja-kerja penyenggaraan ini menyebabkan kerosakan bertambah teruk malah kos

penyenggaraan atau pembaikan semakin meningkat. Kejadian yang berlaku

berhampiran kawasan penempatan ini turut menjejaskan kepentingan dan

keselamatan orang awam. Bahagian Jalan JKR Negeri telah berurusan dengan

Bahagian Jalan Ibu Pejabat bagi mendapatkan peruntukan khas dari Kerajaan

Persekutuan bagi mengatasi masalah cerun runtuh ini.

Pada pendapat Audit, kerja penyenggaraan jalan oleh PBT berkenaan adalah kurang

memuaskan kerana kekurangan peruntukan.

5.4.1.2. Penggunaan Peruntukan Di Luar Skop Kerja Yang Dibenarkan

a. Peraturan bagi pengurusan Kumpulan Wang Amanah (Kumpulan Wang) yang

dikeluarkan telah menetapkan dengan jelas kerja-kerja yang boleh dijalankan

dengan menggunakan peruntukan daripada Kumpulan Wang ini. Antara

perbelanjaan yang boleh dipertanggungjawabkan di bawah Kumpulan Wang ini

adalah pembayaran untuk perkhidmatan, pembelian dan penyenggaraan

kelengkapan, peralatan dan kenderaan serta membayar harga kerja-kerja kontrak

yang dijalankan bagi operasi penyenggaraan jalan. Semakan Audit mendapati MDJ

telah menggunakan sejumlah RM77,500 daripada peruntukan ini untuk kerja-kerja

membekal dan memasang papan tanda (billboard). Kerja-kerja berkenaan adalah di

luar skop kerja yang dibenarkan oleh Arahan Amanah Tabung Penyenggaraan

Jalan Negeri. Penggunaan peruntukan di luar skop kerja yang dibenarkan adalah

seperti di Jadual 5.3.

38


Jadual 5.3

Penggunaan Peruntukan Di Luar Skop Kerja Yang Dibenarkan

Tarikh Baucar No. Baucar

Amaun

Bil.

Perihal Kerja

Bayaran Bayaran

(RM)

1. 01.11.2010 1105/2010 Membekal dan memasang 38,000

papan tanda (billboard) Simpang

Temerloh dan Maran, Jerantut

2. 01.11.2010 1106/2010 Membekal dan memasang 12,000

papan tanda (billboard) Simpang

Batu Embun, Jerantut

3. 01.11.2010 1107/2010 Membekal dan memasang 27,500

papan tanda (billboard) Pasar

Borong, Jerantut

Sumber: Majlis Daerah Jerantut

Jumlah 77,500

b. Keadaan ini berlaku disebabkan kelemahan pemantauan oleh pihak JKR dan ia

mengakibatkan peruntukan yang disalurkan untuk kerja penyenggaraan berkurangan.

Pihak MDJ menyatakan pemasangan papan tanda di Simpang Temerloh - Maran dan

Simpang Batu Embun adalah berkaitan dengan kelengkapan perabot jalan. Papan

tanda berkenaan adalah papan tanda tunjuk arah jalan. Kemungkinan reka bentuk

papan tanda berkenaan agak canggih namun kegunaannya adalah untuk tunjuk arah

jalan. Pihak MDJ juga memaklumkan bagi pemasangan papan tanda di Pasar Borong

Jerantut yang berharga RM27,500 tidak menggunakan peruntukan MARRIS kerana

pelarasan bayaran balik telah dibuat ke dalam akaun MARRIS pada 29 April 2011.

Pada pendapat Audit, penggunaan peruntukan Kumpulan Wang Amanah kurang

memuaskan kerana terdapat kerja yang dijalankan adalah di luar skop kerja yang

dibenarkan seperti yang terkandung di dalam Arahan Amanah Tabung

Penyenggaraan Jalan Negeri.

5.4.2. Pematuhan Kepada Kontrak/Sebut Harga

Perolehan kerja yang bernilai lebih daripada RM50,000 hingga RM200,000 setahun

hendaklah dibuat melalui sebut harga. Sebut harga mengandungi keterangan kerja melalui

Bill of Quantity dan harga yang ditawarkan oleh pihak kontraktor. Pemeriksaan terhadap 55

sebut harga kerja bagi tempoh 2008 hingga 2010 di JKR Daerah Kuantan, Jerantut dan Lipis

mendapati perkara seperti berikut:

5.4.2.1. Bayaran Bagi Kerja Memotong Rumput Melebihi Amaun Yang Ditetapkan

a. Sebut harga yang dikeluarkan telah menetapkan dengan jelas bilangan pusingan

kerja dan amaun yang akan dibayar kepada kontraktor bagi setiap pusingan tersebut.

Sekiranya berlaku pertambahan harga daripada nilai kontrak yang ditetapkan,

justifikasi dan dokumen sokongan hendaklah disertakan sebelum pembayaran dibuat.

Sejumlah 9 sebut harga telah dikeluarkan di JKR Daerah Lipis bagi tempoh 2008

hingga 2010 bagi kerja-kerja pemotongan rumput dan pembersihan longkang.

Maklumat terperinci sebut harga kerja membersih bahu jalan negeri di Daerah Lipis

pada tahun 2008 dan 2009 adalah seperti di Jadual 5.4.

39


Jadual 5.4

Maklumat Terperinci Sebut Harga Pada Tahun 2008 dan 2009

Bil. Nama Kontraktor Kawasan Kerja

Panjang Jumlah

Jalan Kontrak Pusingan

(KM) (RM) Kerja

1. Syarikat Pemborong Zon Benta 56.6 145,632 7

Binaan Zainon

2. Syarikat Telemin Zon Padang Tengku 64.0 165,828 7

Enterprise

3. Agro Bina Enterprise Zon Bandar 42.1 98,004 7

Sumber: Jabatan Kerja Raya Daerah Lipis

b. Semakan Audit mendapati berlaku perbezaan tuntutan bayaran kontrak pemotongan

Bil.

rumput di Daerah Lipis berbanding dengan amaun yang dipersetujui di dalam sebut

harga seperti di Jadual 5.5.

Jadual 5.5

Perbezaan Tuntutan Bayaran Kontraktor Potongan Rumput Dengan Sebut Harga

Pusingan/ Jumlah

Jumlah

Nombor Baucar Kontrak/

Perbezaan

Nama Kontraktor

Tuntutan

Bayaran/ Sebut Harga

Tarikh

(RM) (RM) (RM)

1. Syarikat Pemborong

Binaan Zainon

2. Syarikat Telemin

Enterprise

Ketujuh/

V0000091/

13.04.2009

Ketujuh/

V0000083/

08.04.2009

3. Agro Bina Enterprise Kelapan (Kerja

Tambahan)/

V0000109/

19.04.2010

Sumber: Jabatan Kerja Raya Daerah Lipis

20,376 62,093 41,717

21,575 41,084 19,509

Tiada

Maklumat

13,472 13,472

Jumlah 41,951 116,649 74,698

c. Justifikasi atau alasan tidak dinyatakan dalam laporan yang dihantar oleh pihak

kontraktor bagi menunjukkan sebab berlaku perbezaan harga dan tambahan

pusingan tersebut. Kelemahan pemantauan oleh JKR Daerah Lipis menyebabkan

perkara ini berlaku dan akibatnya Kerajaan kerugian sejumlah RM74,698. Pihak JKR

Daerah Lipis memaklumkan kerja yang dijalankan oleh Agro Bina Enterprise yang

melibatkan penambahan pusingan adalah sempena lawatan rasmi pembesar negeri

ke Daerah Lipis pada bulan Disember 2009. Manakala bagi Telemin Enterprise pula

ia juga adalah sempena lawatan rasmi pembesar negeri ke Daerah Lipis pada bulan

November 2008. Bagi kerja-kerja yang dilaksanakan oleh Pemborong Binaan Zainon

pula, JKR Lipis memaklumkan bahawa terdapat penambahan kuantiti untuk

pengukuran semula kuantiti kerja pemotongan rumput disebabkan pihak kontraktor

tidak berpuas hati dengan perbezaan panjang jalan asal dengan panjang sebenar

yang telah dibuat oleh pihak kontraktor.

Pada pendapat Audit, bayaran yang dibuat kepada kontraktor adalah kurang

memuaskan kerana berlaku lebihan bayaran tuntutan berbanding amaun sebenar

yang telah ditetapkan dalam sebut harga.

40


5.4.2.2. Tiada Laporan Bergambar Bagi Tuntutan Bayaran Kerja Memotong Rumput

Mengikut sebut harga yang dikeluarkan, JKR telah menetapkan bahawa pihak kontraktor

perlu menyediakan laporan bergambar untuk setiap tuntutan bayaran bagi kerja

penyenggaraan yang telah dijalankan. Ia bertujuan untuk mengesahkan kerja-kerja telah

dilaksanakan dan sebagai dokumen sokongan untuk pembayaran. Semakan Audit

mendapati laporan bergambar bagi pusingan keempat dan keenam yang dilaksanakan

oleh Syarikat Telemin Enterprise tidak dapat dikemukakan oleh pihak JKR kepada Audit

untuk semakan yang melibatkan bayaran berjumlah RM43,151. Kelemahan pemantauan

oleh JKR menyebabkan perkara ini berlaku dan mengakibatkan bayaran yang telah dibuat

tidak disokong dengan dokumen yang lengkap. Oleh itu, kerja-kerja penyenggaraan yang

telah dijalankan oleh kontraktor tidak dapat disahkan sama ada ia benar-benar telah

dilaksanakan. JKR Daerah Lipis telah mengemukakan laporan bergambar bagi pusingan

keempat dan keenam yang dilaksanakan oleh Syarikat Telemin Enterprise.

Pada pendapat Audit, tahap pematuhan kepada syarat sebut harga kurang

memuaskan kerana laporan bergambar tidak disertakan sebagai dokumen sokongan

pembayaran. Kerajaan turut mengalami kerugian kerana berlaku lebihan bayaran

kepada kontraktor.

5.4.3. Permukaan Jalan Rosak

JKR dan PBT akan melaksanakan kerja menampal dan membaiki kerosakan jalan apabila

aduan diterima daripada orang awam, wakil rakyat atau daripada pemerhatian dan rondaan

oleh Skuad Pemantau JKR. Selain itu, tindakan juga akan diambil sekiranya isu kerosakan

jalan dibangkitkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan Mesyuarat

Pengesanan Dan Pemantauan Projek Jalan. Mengikut Piagam Pelanggan JKR, kerja

menampal dan membaiki lubang (pothole) hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 24 jam

selepas aduan diterima. Bagaimanapun, sistem pengkalan data aduan ini tidak

menggambarkan tindakan pembaikan yang sebenar diambil terhadap aduan tersebut kerana

status “Selesai” di dalam sistem tersebut bermaksud aduan tersebut sedang dalam tindakan

dan bukannya tindakan pembaikan benar-benar telah selesai. Lawatan Audit ke beberapa

lokasi seperti Taman Guru dan Indera Mahkota 1 di Daerah Kuantan pada pertengahan

Januari 2011 mendapati beberapa lubang dan kerosakan pada permukaan jalan yang belum

diambil tindakan oleh PBT seperti di Gambar 5.3 dan Gambar 5.4. Keadaan ini adalah

disebabkan oleh kelemahan pemantauan oleh PBT. Akibatnya ia membahayakan

keselamatan pengguna jalan raya di kawasan tersebut. MPK telah mengambil tindakan

pembetulan di atas teguran Audit dengan menurap semula jalan yang rosak.

41


Gambar 5.3 Gambar 5.4

Permukaan Jalan Rosak

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Di Taman Guru, Kuantan

Tarikh: 17Januari 2011

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Di Indera Mahkota 1, Kuantan

Tarikh: 17Januari 2011

Pada pendapat Audit, tahap penyenggaraan jalan adalah kurang memuaskan kerana

terdapat jalan yang rosak tidak dibaiki dengan segera oleh PBT.

5.4.4. Kelemahan Penyenggaraan Bahu Jalan

JKR telah menetapkan bahawa kerja-kerja menyenggara bahu jalan seperti memangkas

pokok/semak samun, memotong rumput dan menyenggara longkang akan dilaksanakan

sama ada oleh pihak kontraktor yang dilantik atau dilaksanakan sendiri oleh JKR. Kekerapan

pusingan penyenggaraan adalah bergantung kepada keadaan jalan yang perlu disenggara

iaitu sama ada sekali dalam tempoh sebulan atau sekali dalam tempoh 2 bulan. Lawatan

dan semakan Audit terhadap penyenggaraan bahu jalan ke beberapa lokasi adalah seperti

berikut:

5.4.4.1. Pokok/Semak Samun Dan Longkang Tidak Disenggara

Pemerhatian Audit di beberapa jalan di Daerah Kuantan, Lipis dan Jerantut mendapati

keadaan bahu jalan tidak disenggarakan dengan baik iaitu terdapat pokok dan semaksamun

yang tidak disenggara sehingga menutupi papan tanda jalan dan longkang

menjadi tersumbat seperti di Gambar 5.5 hingga Gambar 5.7. JKR Daerah Kuantan telah

mengambil tindakan pembetulan di atas teguran Audit dengan memotong semak samun

dan membersihkan longkang di kawasan berkenaan. Manakala MDJ juga telah

memotong pokok yang menutupi papan tanda di Jalan Kg. Mat Kilau.

42


Gambar 5.5

Papan Tanda Jalan Ditutupi Pokok

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Jabor, Kuantan

Tarikh: 6 Oktober 2010

Gambar 5.6 Gambar 5.7

Longkang Tersumbat

Papan Tanda Jalan Ditutupi Pokok

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Jabor, Kuantan

Tarikh: 17 Januari 2011

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Kampung Mat Kilau, Jerantut

Tarikh: 9 Disember 2010

Pada pendapat Audit, tahap penyenggaraan bahu jalan adalah kurang memuaskan

kerana pokok/semak samun dan longkang tidak disenggara dengan baik.

5.4.4.2. Bahu Jalan Dijadikan Tempat Pembuangan Sampah

a. Bahu jalan hendaklah sentiasa berada dalam keadaan baik dan tidak wujud sebarang

halangan di kawasan tersebut bagi memastikan pengguna jalan raya dapat

memberhentikan kenderaan dengan selamat di bahu jalan terutamanya ketika

berlaku kecemasan. Pihak Audit mendapati sebilangan lokasi bahu jalan di beberapa

jalan di Daerah Kuantan dan Jerantut telah dijadikan tempat pembuangan sampah

seperti di Gambar 5.8 hingga Gambar 5.11. Kelemahan penyenggaraan bahu jalan

ini disebabkan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di

kawasan berkenaan walaupun papan tanda “Dilarang Membuang Sampah” telah

diletakkan di kawasan tersebut. Keadaan ini membahayakan keselamatan pengguna

43


jalan raya dan mencacatkan pemandangan serta menjatuhkan imej Negeri Pahang

khususnya di mata pelancong luar.

Gambar 5.8 Gambar 5.9

Bahu Jalan Dijadikan Tempat Pembuangan Sampah

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Jabor, Kuantan

Tarikh: 17 Januari 2011

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Jabor, Kuantan

Tarikh: 17 Januari 2011

Gambar 5.10 Gambar 5.11

Bahu Jalan Dijadikan Tempat Pembuangan Sampah

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Durian Hijau, Jerantut

Tarikh: 21 Januari 2011

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Kg. Mat Kilau, Jerantut

Tarikh: 21 Januari 2011

b. JKR Daerah Kuantan memaklumkan mereka tiada kuasa untuk menghalang atau

mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang membuang sampah di bahu

jalan berkenaan dan PBT perlu mengambil tindakan kepada perkara berkaitan. MDJ

pula memaklumkan isu pembuangan sampah di bahu jalan sedang diatasi.

Pembuangan sampah secara haram ini adalah berpunca daripada sikap penduduk

dan kegagalan Alam Flora Sdn. Bhd. memberikan perkhidmatan pengangkutan

sampah mengikut jadual. Tindakan pembersihan longgokan sampah di bahu jalan ini

akan dilakukan dari semasa ke semasa dan dalam masa yang sama MDJ akan

menerapkan kesedaran kepada penduduk supaya tidak membuang sampah meratarata.

44


Pada pendapat Audit, tahap penyenggaraan bahu jalan adalah kurang memuaskan

kerana bahu jalan telah dijadikan tempat pembuangan sampah.

5.4.5. Penyenggaraan Perabot Jalan

5.4.5.1. Perabot Jalan Yang Rosak Tidak Diganti

Semua perabot jalan seperti papan tanda jalan, papan tanda Chevron, Kilometre Post,

Guardrail dan Delineator Post hendaklah dipasang dan sentiasa berada dalam keadaan

baik bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dapat dijaga. Lawatan Audit di

beberapa lokasi di sekitar Kuantan, Lipis dan Jerantut mendapati beberapa perabot jalan

yang dipasang di jalan-jalan berkenaan telah rosak dan belum diganti seperti di

Gambar 5.12 hingga Gambar 5.17.

Gambar 5.12 Gambar 5.13

Papan Tanda Jalan Yang Rosak

Papan Tanda Chevron Yang Rosak

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Pasar, Kuantan

Tarikh: 17 Januari 2011

Gambar 5.14

Delineator Post Yang Patah

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Pejabat Kerajaan, Jerantut

Tarikh: 21 Januari 2011

Gambar 5.15

Kilometre Post Yang Rosak Dan Pudar

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Tanjung Gahai, Lipis

Tarikh: 21 Januari 2011

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Kampung Pandan, Kuantan

Tarikh: 17 Januari 2011

45


Gambar 5.16

Guardrail Yang Tercabut

Daripada Tiang

Gambar 5.17

Guardrail Yang Rosak Akibat Runtuhan

Tebing Jalan

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan C163 – Padang Piol, Jerantut

Tarikh: 21 Januari 2011

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Dalam Bandar Lipis, Lipis

Tarikh: 20 Januari 2011

5.4.5.2. Papan Tanda Jalan Pudar Dan Rosak

Semua papan tanda jalan perlulah sentiasa berada dalam keadaan baik dan mudah

dilihat bagi memudahkan pengguna jalan raya mencari destinasi yang dituju terutama

ketika berlaku kecemasan. Pemerhatian Audit mendapati beberapa papan tanda jalan di

Kuantan, Lipis dan Jerantut telah lusuh dan rosak tetapi belum digantikan dengan yang

baru seperti di Gambar 5.18 hingga Gambar 5.19.

Gambar 5.18

Papan Tanda Jalan Yang Pudar

Sumber:Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Kampung Selamat, Kuantan

Tarikh: 6 Oktober 2010

46


Gambar 5.19

Papan Tanda Jalan Yang Rosak

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Kampung Mat Kilau, Jerantut

Tarikh: 9 Disember 2010

5.4.5.3. Garisan Jalan Pudar

Mengikut Arahan Teknik (Jalan) 2D/85, Manual on Traffic Control Devices: Road

Markings And Delineation, kerja mengecat garisan jalan meliputi kerja membuat garisan

cat putih setebal 1.0 mm dan selebar 150 mm di bahagian tengah, kiri dan kanan jalan.

Kekerapan menyenggara dan mengecat garisan jalan akan dilakukan mengikut keperluan

sekurang-kurangnya satu kali setahun bagi memastikan keselamatan pengguna jalan

raya dapat dijaga. Selain itu, semua garisan jalan hendaklah dicat dengan jelas dan

sentiasa disenggara dengan baik. Lawatan Audit di beberapa jalan di Daerah Kuantan

dan Jerantut mendapati beberapa garisan jalan telah pudar dan sukar untuk dilihat serta

garisan jalan lama tidak dipadamkan seperti di Gambar 5.20 hingga Gambar 5.23.

Keadaan ini berlaku disebabkan kelemahan oleh pihak JKR dan PBT kerana tidak

memantau kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor. Dengan keadaan jalan

yang sedemikian, ia akan mengelirukan pengguna jalan berkenaan serta mengundang

bahaya kepada pengguna. Pihak JKR Daerah dan PBT di Kuantan, Lipis dan Jerantut

telah mengambil tindakan pembetulan di atas teguran Audit dengan menggantikan papan

tanda yang pudar, memasang packer guardrail dan memperbetulkan garisan yang lama

serta pudar.

47


Gambar 5.20 Gambar 5.21

Garisan Jalan Yang Pudar

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Sri Damai, Kuantan

Tarikh: 6 Oktober 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Jabor, Kuantan

Tarikh: 6 Oktober 2010

Gambar 5.22 Gambar 5.23

Garisan Jalan Baru Dan Lama Yang Bertindih

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan C145, Jerantut

Tarikh: 21 Januari 2011

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan C145, Jerantut

Tarikh: 21 Januari 2011

Pada pendapat Audit, tahap kerja-kerja penyenggaraan perabot jalan adalah kurang

memuaskan kerana papan tanda rosak dan pudar tidak diganti baru dan garisan

jalan yang pudar/lama tidak diperbetulkan.

5.4.5.4. Vandalisme Terhadap Perabot Jalan

a. Semua perabot jalan hendaklah dipasang dan sentiasa berada dalam keadaan baik

bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dapat dijaga. Pihak JKR akan

membuat penyenggaraan terhadap semua perabot jalan termasuk kerosakan akibat

vandalisme. Pemerhatian Audit di beberapa jalan di Daerah Lipis dan Daerah

Kuantan mendapati berlaku kerosakan terhadap perabot jalan akibat vandalisme.

Lawatan Audit mendapati beberapa guardrail telah dirosakkan dan dicabut oleh orang

awam seperti di Gambar 5.24 hingga Gambar 5.26 dan Delineator Post dijadikan

papan tanda oleh pihak tertentu seperti di Gambar 5.27.

48


Gambar 5.24 Gambar 5.25

Guardrail Yang Dicabut

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Tanjung Gahai, Lipis

Tarikh: 4 November 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Tanjung Gahai, Lipis

Tarikh: 4 November 2010

Gambar 5.26 Gambar 5.27

Guardrail Yang Dicabut

Delineator Post Dijadikan Papan Tanda

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Jabor, Kuantan

Tarikh: 17 Januari 2011

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Jalan Tanjung Gahai, Lipis

Tarikh: 20 Januari 2011

b. Perkara ini berlaku disebabkan perbuatan oleh sesetengah pihak yang tidak

bertanggungjawab dan hal ini menyebabkan pertambahan kos kepada Kerajaan bagi

menggantikan semula perabot jalan berkenaan serta membahayakan keselamatan

pengguna jalan raya. Pihak JKR Daerah Lipis telah mengambil tindakan pembetulan

di atas teguran Audit dengan memasang semula guardrail yang dicabut serta

membuang papan tanda pada delineator post di Jalan Tg. Gahai, Lipis. Manakala

JKR Daerah Kuantan pula telah mengganti guardrail yang dicabut melalui Kerja Undi

Tahun 2011.

Pada pendapat Audit, pemantauan terhadap kes vandalisme ke atas perabot jalan

adalah kurang memuaskan kerana terdapat guardrail yang dirosakkan dan dicabut

oleh orang awam dan Delineator Post dijadikan papan tanda oleh pihak tertentu.

49


5.4.6. Kenderaan Dan Jentera Tidak Digunakan Untuk Tempoh Yang Lama

a. Kenderaan dan jentera yang baik adalah penting bagi memastikan semua kerja-kerja

penyenggaraan jalan dapat dilaksanakan dengan lancar. Jabatan juga perlu

memastikan bahawa kenderaan tersebut telah digunakan secara optimum bagi

mengelakkan pembaziran. Semakan dan lawatan Audit ke JKR Daerah Kuantan,

Jerantut dan Lipis mendapati keperluan kenderaan adalah mencukupi. Bagaimanapun,

temubual dengan pegawai di JKR Daerah Lipis mendapati 7 buah kenderaan dan

jentera milik JKR telah lama tidak digunakan iaitu antara 8 hingga 25 bulan seperti di

Jadual 5.6.

Jadual 5.6

Senarai Kenderaan Dan Jentera Yang Tidak Digunakan

Bil.

Jenis

Tempoh Tidak

No.

Tarikh Tidak

Kenderaan/

Digunakan

Pendaftaran

Digunakan

Jentera

(Bulan)

1. CAE 3432 Lori Nov. 2008 - Sept. 2010 23

2. CAE 6475 Lori Jan. 2009 - Sept. 2010 21

3. CAH 1202 Lori Dis. 2008 - Feb. 2010 15

4. CBA 2925 Roller Nov. 2008 - Sept. 2010 23

5. CAH 4513 Roller Nov. 2008 - Sept. 2010 23

6. CAP 6149 Roller Sept. 2008 - Sept. 2010 25

7. CAS 2610 Roller Feb. 2010 - Sept. 2010 8

Sumber: Jabatan Kerja Raya Daerah Lipis

b. Beberapa kenderaan dan jentera telah rosak akibat lama tidak digunakan dan

pemeriksaan Audit mendapati kenderaan dan jentera berkenaan diletakkan di Bengkel

JKR Daerah Lipis seperti di Gambar 5.28 dan Gambar 5.29.

Gambar 5.28 Gambar 5.29

Lori - CAE 6475 Tidak Digunakan

Roller - CAP 6149 Tidak Digunakan

Selama 21 Bulan

Selama 25 Bulan

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Bengkel JKR Daerah Lipis

Tarikh: 4 November 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Bengkel JKR Daerah Lipis

Tarikh: 4 November 2010

c. Keadaan ini disebabkan kebanyakan kerja penyenggaraan jalan dilaksanakan oleh

pihak kontraktor. Semakan Audit juga mendapati kenderaan dan jentera di JKR Lipis

adalah sebanyak 51 buah manakala pemandu yang ada hanyalah seramai 25 orang.

Ia bersamaan 2 kenderaan untuk satu pemandu. Perkara ini menyebabkan jumlah

50


kenderaan yang dimiliki melebihi pemandu yang sedia ada. Kesan daripada ini,

kenderaan menjadi rosak apabila lama tidak digunakan dan berlaku pembaziran

kerana kenderaan dan jentera tidak digunakan secara optimum.

d. Pihak JKR Daerah Lipis mengalami kekurangan pemandu bermotor berpengalaman

yang menjadi faktor penyebab masalah ini. Kerja-kerja pembaikan jalan juga telah

diserahkan kepada kontraktor melalui sebut harga kerana memerlukan tindakan

pembaikan segera. Sebahagian kecil sahaja kerja-kerja pembaikan jalan dibuat di

peringkat Jabatan dan ini telah menyebabkan kenderaan dan jentera tidak digunakan

secara optimum. JKR Daerah Lipis juga bercadang untuk menyerahkan

kenderaan/jentera yang tidak aktif digunakan ke JKR Mekanikal Negeri, Pahang

Barat (Bentong), namun tiada permintaan dari daerah yang berhampiran dan tempat

penyimpanan kenderaan/jentera di JKR Mekanikal Negeri adalah terhad. Hal ini

menyebabkan proses penyerahan berkenaan tertangguh.

Pada pendapat Audit, tahap penggunaan kenderaan dan jentera Jabatan adalah

kurang memuaskan kerana terdapat kenderaan dan jentera yang tidak digunakan

untuk tempoh yang lama.

5.5. SYOR AUDIT

Kelemahan-kelemahan ini perlu diatasi demi menjamin keselesaan dan keselamatan

pengguna jalan raya. Sehubungan itu, pihak Audit mengesyorkan supaya JKR dan PBT

mengambil langkah penambahbaikan seperti berikut:

5.5.1. Memastikan setiap bayaran yang dibuat hendaklah mengikut arahan dan prosedur

kewangan yang ditetapkan.

5.5.2. Menjalankan pemantauan terhadap kerja-kerja penyenggaraan yang dijalankan oleh

PBT melalui peruntukan yang disalurkan.

5.5.3. Mempertingkatkan penyenggaraan terhadap perabot dan bahu jalan.

5.5.4. Mempertingkatkan koordinasi dengan agensi seperti Jabatan Bekalan Air, Polis DiRaja

Malaysia dan Jawatankuasa Keselamatan Kampung yang terlibat terutamanya bagi

memastikan tidak berlaku kes-kes vandalisme.

5.5.5. Memastikan semua kenderaan dan jentera Jabatan digunakan secara optimum bagi

mengelakkan berlakunya pembaziran dan melupuskan kenderaan yang tidak ekonomik

untuk dibaiki lagi.

51


MAJLIS SUKAN PAHANG

6. PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN

6.1. LATAR BELAKANG

6.1.1. Majlis Sukan Pahang (Majlis) ditubuhkan pada 23 Januari 1984 di bawah Akta Majlis

Sukan Negara Malaysia 1971, Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan Jadual

Kedua) 1988 (Akta 29). Misi Majlis ialah untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang

dalam mengurus dan mentadbir semua kepentingan berkaitan sukan di Negeri Pahang dan

menyediakan kemudahan sukan bagi tujuan pembangunan sukan sejajar dengan Dasar

Sukan Negara. Manakala Visi Majlis ialah melahirkan atlet Negeri Pahang bertaraf dunia

yang akan mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

6.1.2. Tumpuan pembangunan sukan merangkumi 19 jenis sukan antaranya olahraga,

angkat berat, silat, gimnastik, gimrama, lumba basikal, menembak, memanah dan tinju.

Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) merupakan matlamat utama Majlis dalam konteks

pembangunan sukan di Negeri Pahang. Ia merupakan kayu pengukur kepada prestasi dan

pencapaian Majlis sebagai agensi utama yang dipertanggungjawabkan untuk menerajui dan

membawa Negeri Pahang ke arah pembangunan sukan yang cemerlang. Pada tahun 2008

hingga 2010, Majlis telah membelanjakan sejumlah RM9.14 juta (89.8%) daripada

RM10.19 juta peruntukan yang diterimanya bagi tujuan pembangunan sukan di Negeri

Pahang.

6.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada program pembangunan sukan telah

dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan teratur bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

6.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN

Skop pengauditan ditumpukan kepada program pembangunan sukan di Majlis bagi tempoh

2008 hingga 2010 yang melibatkan pusat latihan dan asrama di Daerah Kuantan dan

Rompin. Kaedah pengauditan yang dijalankan adalah menyemak dokumen, rekod dan fail

mengenai pembangunan sukan serta laporan yang dikemukakan oleh persatuan sukan.

Mengadakan temu bual dan perbincangan dengan pegawai Majlis. Lawatan dan

pemeriksaan secara fizikal turut dilakukan di Gimnasium SUKPA Kuantan, Pusat

Kecemerlangan Angkat Berat Rompin, Asrama Majlis Sukan Kuantan, Asrama Majlis Sukan

Rompin, Asrama SUKPA Kuantan dan Kantin Majlis Sukan Kuantan. Selain itu, sebanyak 30

borang soal selidik diedarkan kepada atlet yang tinggal di asrama bagi mendapatkan

maklum balas terhadap kemudahan yang disediakan oleh Majlis.

52


6.4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan pada Oktober 2010 hingga Januari 2011 mendapati pada

keseluruhannya program pembangunan sukan di Majlis adalah kurang memuaskan kerana

prestasi pungutan pingat di Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) tidak mencapai sasaran,

pusat latihan yang tidak disenggara dan peralatan sukan yang usang dan rosak serta

pengurusan makanan atlet yang tidak mengikut syarat perjanjian. Penjelasan lanjut

mengenai pengauditan yang dijalankan adalah seperti berikut:

6.4.1. Perancangan Strategik Tidak Disediakan

Keperluan perancangan strategik adalah untuk memperkasakan Majlis bagi menghadapi

cabaran dalam menguruskan pembangunan sukan di Negeri Pahang. Perancangan ini akan

menjadi asas agar menjurus kepada pencapaian Misi dan Visi Majlis. Strategi yang

dirangka perlu bersesuaian dengan program dan didokumenkan sebagai pelan tindakan

strategik bagi jangka tempoh yang tertentu. Semakan Audit mendapati Majlis tidak

menyediakan perancangan strategik yang lengkap secara bertulis sama ada dalam tempoh

jangka pendek atau jangka panjang bagi pembangunan sukan di Negeri Pahang. Perkara ini

disebabkan tiada keutamaan yang diberikan oleh Majlis terhadap perancangan

pembangunan sukan di Negeri Pahang menyebabkan kesukaran untuk mengukur

pencapaian pembangunan sukan. Majlis menjelaskan bahawa perancangan strategik Majlis

telah termaktub di dalam Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dari tahun

2009 hingga 2012. Selain itu, Majlis juga akan membuat perancangan strategiknya sendiri.

Pada pendapat Audit, Majlis perlu menyediakan perancangan strategik bagi

pencapaian pembangunan sukan di Negeri Pahang agar ia lebih cemerlang.

6.4.2. Penyertaan Kejohanan

6.4.2.1. Majlis telah memperoleh pengiktirafan MS ISO 9001:2008 pada tahun 2009.

Mengikut MS ISO tersebut Majlis Sukan telah menetapkan sasaran iaitu menyertai

50% kejohanan di peringkat kebangsaan dalam tempoh setahun dan mencapai

70% penyertaan kejohanan peringkat kebangsaan dengan mendapat sekurangkurangnya

tempat ke 5. Kejohanan yang disertai oleh atlet seperti Kejohanan Hoki Piala

Razak, Kejohanan Wushu Kebangsaan dan Kejohanan Badminton Remaja Kebangsaan.

Semakan Audit terhadap penyertaan kejohanan mendapati pada tahun 2009 Majlis telah

menghantar atlet menyertai 73 daripada 84 kejohanan iaitu 86.9% dan ini telah mencapai

sasaran yang ditetapkan. Bagaimanapun, sasaran untuk mencapai 70% penyertaan

di peringkat kebangsaan dengan mendapat sekurang-kurangnya tempat ke 5 tidak dapat

dicapai dan hanya memperoleh 52.8% iaitu 458 daripada 867 atlet keseluruhan.

6.4.2.2. Bagaimanapun, pada tahun 2010 Majlis telah membuat pindaan semasa

Mesyuarat Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Bil. 2/2010 terhadap penetapan

sasaran untuk menyertai 70% kejohanan di peringkat kebangsaan dalam tempoh setahun

dan mencapai 50% penyertaan kejohanan peringkat kebangsaan dengan mendapat

53


sekurang-kurangnya tempat ke 5. Semakan Audit mendapati Majlis telah berjaya

mencapai 90.7% iaitu menyertai 88 daripada 97 kejohanan dan mencapai 61.3% iaitu

707 daripada 1,154 atlet keseluruhan.

Pada pendapat Audit, Majlis telah berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan

dalam MS ISO 9001:2008 setelah pindaan dibuat.

6.4.3. Prestasi Kejohanan Sukan Malaysia

6.4.3.1. Kejohanan SUKMA merupakan kayu pengukur kepada prestasi pembangunan

sukan di Negeri Pahang. Ia adalah satu acara peringkat kebangsaan di bawah anjuran

Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah-

Sekolah Malaysia dan Majlis Sukan Universiti Malaysia serta Majlis Sukan Polis DiRaja

Malaysia yang diadakan secara dwi tahunan. SUKMA juga melibatkan kejohanan

beraneka sukan dan berkonsepkan ‘Mini Sukan Olimpik’ di Malaysia di kalangan atlet

remaja. Perancangan terhadap sasaran pungutan pingat dalam SUKMA merupakan satu

penilaian terhadap tahap kemajuan dan pencapaian atlet. Majlis telah mensasarkan

jumlah pungutan pingat yang akan dikutip dalam setiap kejohanan SUKMA. Semakan

Audit terhadap prestasi pungutan pingat bagi SUKMA tahun 2006 hingga 2010 mendapati

kedudukan pencapaian pingat bagi Negeri Pahang adalah seperti di Jadual 6.1.

Jadual 6.1

Pencapaian Pingat SUKMA Dan Kedudukan Tempat

Bil.

Sasaran Pungutan Pingat Prestasi Pungutan Pingat Kedudukan

Kejohanan

Atlet Emas Perak Gangsa Emas Perak Gangsa Tempat

SUKMA XI

449 31 20 40 39 36 32 4/16

(2006)

SUKMA XII

442 33 24 22 31 29 24 4/15

(2008)

SUKMA

452 34 21 37 32 29 28 8/15

XIII (2010)

Sumber: Majlis Sukan Pahang

6.4.3.2. Analisis Audit mendapati pencapaian pungutan pingat bagi 3 kejohanan SUKMA

adalah memuaskan berbanding sasaran pungutan pingat yang ditetapkan.

Bagaimanapun, dari segi kedudukan tempat adalah menurun dari tempat ke 4 pada tahun

2008 ke tempat ke 8 pada tahun 2010. Berdasarkan Laporan Post-Mortem SUKMA 2010,

antara sebab penurunan tempat ini adalah peruntukan kewangan yang kecil berbanding

negeri-negeri lain, kekurangan peralatan latihan dan kadar bayaran elaun yang rendah

kepada atlet. Majlis menjelaskan bahawa langkah awal telah diambil dengan membuat

penilaian secara terperinci berhubung penurunan prestasi pada SUKMA XIII 2010

berbanding SUKMA XII 2008. Selain itu, Majlis mengguna kaedah ‘SWOT’ untuk menilai

kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman telah dibentangkan semasa Mesyuarat

Post-Mortem bagi memastikan kontinjen Negeri Pahang berada sekurang-kurangnya

tempat ke 3 pada SUKMA yang akan datang.

54


Pada pendapat Audit, walaupun Majlis berjaya mencapai sasaran pungutan yang

ditetapkan tetapi prestasi keseluruhan pencapaian SUKMA adalah kurang memuaskan

kerana penurunan kedudukan di SUKMA XIII berbanding SUKMA XII.

6.4.4. Pusat Latihan Sukan Tidak Disenggara

6.4.4.1. Pusat latihan sukan yang sempurna adalah penting bagi memastikan atlet dapat

menjalani latihan dengan selesa dan sempurna. Selain itu, ia juga dapat menentukan

pencapaian dan kemajuan atlet dalam pungutan pingat semasa kejohanan. Semakan

Audit mendapati Majlis mempunyai 32 pusat latihan sukan di seluruh Negeri Pahang yang

dikendalikan sendiri oleh Majlis dan juga bersama persatuan sukan seperti Dewan

Gimnasium SUKPA Kuantan, Kolam Renang Majlis Perbandaran Kuantan, Pusat Perahu

Layar Balok dan Pusat Kecemerlangan Angkat Berat Rompin. Lawatan Audit pada bulan

November 2010 di Gimnasium SUKPA Kuantan mendapati ia berada dalam keadaan

yang tidak memuaskan seperti di Gambar 6.1 dan Gambar 6.2. Selain itu, terdapat

kebocoran dalam gimnasium, kerosakan siling, pintu bilik Air Handling Unit (AHU)

diserang oleh anai-anai dan bilik kabel yang rosak seperti di Gambar 6.3 hingga

Gambar 6.6.

Gambar 6.1

Ruang Latihan Tidak Diurus

Dengan Sempurna

Gambar 6.2

Tempat Duduk Penonton

Tidak Dibersihkan

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Gimnasium SUKPA Kuantan

Tarikh: 11 November 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Gimnasium SUKPA Kuantan

Tarikh: 11 November 2010

55


Gambar 6.3

Kebocoran Dalam Gimnasium

Gambar 6.4

Kerosakan Siling Di Gimnasium

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Gimnasium SUKPA Kuantan

Tarikh: 11 November 2010

Gambar 6.5

Pintu Bilik AHU Diserang Anai-anai

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Gimnasium SUKPA Kuantan

Tarikh: 11 November 2010

Gambar 6.6

Bilik Kabel Yang Rosak

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Gimnasium SUKPA Kuantan

Tarikh: 11 November 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Gimnasium SUKPA Kuantan

Tarikh: 11 November 2010

6.4.4.2. Pihak Audit juga mendapati bilik hos bomba tidak dijaga dengan sempurna,

tandas tidak dicuci dan kerosakan pada soket dan lampu seperti di Gambar 6.7 hingga

Gambar 6.10. Keadaan ini disebabkan oleh ketiadaan peruntukan untuk penyenggaraan

dan kurang pemantauan oleh pihak pengurusan Majlis. Kesannya boleh mengundang

risiko kemalangan kepada atlet sekiranya tidak dibaiki dengan segera. Selain itu,

mewujudkan suasana yang tidak selesa kepada atlet semasa menjalani latihan.

56


Gambar 6.7

Bilik Hos Bomba Tidak Diselenggara

Gambar 6.8

Tandas Yang Tidak Dicuci

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Gimnasium SUKPA Kuantan

Tarikh: 11 November 2010

Gambar 6.9

Kerosakan Pada Soket

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Gimnasium SUKPA Kuantan

Tarikh: 11 November 2010

Gambar 6.10

Kerosakan Pada Lampu

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Gimnasium SUKPA Kuantan

Tarikh: 11 November 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Gimnasium SUKPA Kuantan

Tarikh: 11 November 2010

6.4.4.3. Majlis menjelaskan pengambilalihan Gimnasium SUKPA Kuantan dibuat pada

tahun 2005 daripada Majlis Perbandaran Kuantan dengan keadaan yang rosak dan tanpa

penyenggaraan. Selain itu, kos untuk menyenggara kemudahan ini amat tinggi melibatkan

keseluruhan infrastruktur bangunan. Bagaimanapun, bangunan tersebut akan dibaik pulih

sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk kegunaan SUKMA di Negeri Pahang

pada tahun 2012.

Pada pendapat Audit, pusat latihan sukan yang disediakan adalah kurang memuaskan

kerana penyenggaraan tidak dilakukan dengan sewajarnya.

57


6.4.5. Peralatan Sukan Tidak Disenggara

Bagi memantapkan pembangunan sukan, peralatan sukan yang cukup, sempurna dan terkini

memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan atlet dapat menjalani latihan

dengan berkesan. Lawatan Audit pada 11 November 2010 ke Gimnasium SUKPA Kuantan

dan Pusat Kecemerlangan Angkat Berat Rompin pada bulan November 2010 mendapati

peralatan sukan berada dalam keadaan yang tidak disenggara dengan memuaskan dan

peralatan sukan tidak dijaga serta diurus dengan sempurna. Bagaimanapun, pada masa

lawatan Audit peralatan tersebut masih lagi digunakan oleh atlet untuk menjalani latihan

seperti di Gambar 6.11 hingga Gambar 6.15. Keadaan ini disebabkan oleh ketiadaan

peruntukan untuk penyenggaraan dan kurang pemantauan oleh pihak pengurusan Majlis.

Kesannya boleh membahayakan atlet semasa menjalani latihan.

Gambar 6.11

Peralatan Gimnastik Berkarat Dan Tali Hampir Putus

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Gimnasium SUKPA Kuantan

Tarikh: 11 November 2010

Gambar 6.12

Peralatan Gimnasium Yang Usang Dan Berkarat

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Pusat Kecemerlangan Angkat Berat Rompin

Tarikh: 15 November 2010

58


Gambar 6.13

Palang Gimnastik Berkarat

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Gimnasium SUKPA Kuantan

Tarikh: 11 November 2010

Gambar 6.14

Span Gimnastik Terbiar

Gambar 6.15

Tilam Gimnastik Yang Rosak

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Gimnasium SUKPA Kuantan

Tarikh: 11 November 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Pusat Kecemerlangan Angkat Berat Rompin

Tarikh: 15 November 2010

Pada pendapat Audit, kemudahan peralatan sukan yang disediakan adalah kurang

memuaskan kerana peralatan sukan adalah usang dan tidak disenggara.

6.4.6. Asrama Tidak Disenggara

6.4.6.1. Penyediaan asrama bagi atlet perempuan dan lelaki yang sempurna serta dalam

keadaan yang baik dapat memberi keselesaan kepada atlet dan melancarkan program

pembangunan sukan. Pada tahun 2010, Majlis telah menyediakan kemudahan

penginapan kepada 130 atlet di 3 lokasi iaitu 56 orang di Kuantan, 29 orang di Rompin

dan 45 orang di Temerloh. Lawatan Audit pada bulan November 2010 ke asrama Majlis

Sukan Kuantan dan Asrama Rompin mendapati bilik asrama perempuan dan asrama

lelaki berada dalam keadaan yang tidak selesa seperti di Gambar 6.16 hingga

Gambar 6.19. Pihak Audit juga mendapati kelengkapan asrama seperti almari, pintu bilik

asrama, pintu tandas asrama, siling tandas dan asrama serta keadaan tandas dan bilik

59


air berada dalam keadaan yang rosak dan kotor seperti di Gambar 6.20 hingga

Gambar 6.27.

Gambar 6.16

Bilik Asrama Perempuan

Yang Tidak Selesa

Gambar 6.17

Bilik Asrama Lelaki

Yang Tidak Selesa

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Asrama Majlis Sukan Kuantan

Tarikh: 12 November 2010

Gambar 6.18

Bilik Asrama Perempuan

Yang Tidak Selesa

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Asrama Majlis Sukan Kuantan

Tarikh: 12 November 2010

Gambar 6.19

Bilik Asrama Lelaki

Yang Tidak Selesa

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Asrama Majlis Sukan Rompin

Tarikh: 15 November 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Asrama Majlis Sukan Rompin

Tarikh: 15 November 2010

60


Gambar 6.20

Almari Pakaian Yang Rosak

Gambar 6.21

Cermin Pintu Bilik Asrama Pecah

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Asrama Majlis Sukan Kuantan

Tarikh: 12 November 2010

Gambar 6.22

Pintu Tandas Asrama Yang Rosak

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Asrama Majlis Sukan Kuantan

Tarikh: 12 November 2010

Gambar 6.23

Peralatan Asrama Yang Rosak

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Asrama Majlis Sukan Rompin

Tarikh: 15 November 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Asrama Majlis Sukan Rompin

Tarikh: 15 November 2010

61


Gambar 6.24

Siling Tandas Yang Bocor

Gambar 6.25

Siling Asrama Rosak

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Asrama Majlis Sukan Kuantan

Tarikh: 12 November 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Asrama Majlis Sukan Kuantan

Tarikh: 12 November 2010

Gambar 6.26

Tandas Asrama Yang Rosak

Gambar 6.27

Keadaan Kotor Dalam Bilik Air

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Asrama Majlis Sukan Kuantan

Tarikh: 12 November 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Asrama Majlis Sukan Kuantan

Tarikh: 12 November 2010

6.4.6.2. Selain itu, lawatan Audit ke asrama Majlis Sukan Kuantan dan asrama Majlis

Sukan Rompin mendapati soket dan kabel elektrik berada dalam keadaan tidak selamat

dan boleh mengakibatkan kemalangan kepada atlet sekiranya tidak dibaiki dengan

segera. Manakala di sekitar luar bangunan asrama Majlis Sukan Kuantan telah berlaku

kebocoran paip air sejak tahun 2008 tanpa dibuat sebarang pembaikan dan ini

menyebabkan pembaziran air. Keadaan tersebut adalah seperti di Gambar 6.28 hingga

Gambar 6.30. Pihak Audit juga telah membuat lawatan ke Asrama SUKPA Kuantan pada

bulan Disember 2010 dan mendapati asrama tersebut berada dalam keadaan yang

sempurna dan selesa didiami. Bagaimanapun, ia tidak dapat digunakan disebabkan tiada

bekalan air disalurkan sejak tahun 2009 seperti di Gambar 6.31.

62


Gambar 6.28

Soket Tidak Selamat Digunakan

Gambar 6.29

Kabel Elektrik Yang Merbahaya

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Asrama Majlis Sukan Kuantan

Tarikh: 12 November 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Asrama Majlis Sukan Rompin

Tarikh: 15 November 2010

Gambar 6.30

Kebocoran Paip Air Di Luar Bangunan Asrama

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Asrama Majlis Sukan Kuantan

Tarikh: 12 November 2010

63


Gambar 6.31

Keadaan Asrama Yang Sempurna Tetapi Tidak Digunakan

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Asrama SUKPA Kuantan

Tarikh: 9 Disember 2010

6.4.6.3. Mengikut Fasal 19, Perjanjian Tender Penyediaan Makanan Bermasak,

pembekal hendaklah bertanggungjawab untuk membayar bil air dan elektrik yang

digunakan di kantin asrama Majlis Sukan Kuantan. Semakan Audit mendapati kedua-dua

bil berkenaan telah ditanggung oleh Majlis. Perkara ini disebabkan Majlis tidak

menyediakan meter yang berasingan di kantin tersebut. Selain itu, lawatan Audit ke dapur

kantin asrama pada bulan November 2010 juga mendapati berlaku kebocoran paip air

seperti di Gambar 6.33. Temu bual dengan pengusaha kantin memaklumkan kebocoran

telah berlaku sejak tahun 2008 dan sehingga lawatan Audit tiada tindakan diambil.

Keadaan ini mengakibatkan pembaziran air dan perbelanjaan bil air meningkat.

Gambar 6.33

Kebocoran Paip Air Di Dalam Kantin Asrama

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Kantin, Asrama Majlis Sukan Kuantan

Tarikh: 12 November 2010

6.4.6.4. Majlis menjelaskan pelaksanaan kerja-kerja ubahsuai dan pembaikan serta

penggantian peralatan di asrama Majlis Sukan Kuantan telah dilakukan pada akhir tahun

2010 dan awal tahun 2011. Selain itu, Majlis juga akan menyediakan semua kemudahan

64


asrama yang lebih baik bagi asrama Rompin setelah Bangunan Pusat Kecemerlangan

Angkat Berat Rompin siap sepenuhnya. Majlis juga memaklumkan bahawa kebocoran di

asrama SUKPA Kuantan dan kantin asrama Majlis Sukan Kuantan telah diperiksa oleh

pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang.

Pada pendapat Audit, pengurusan asrama adalah kurang memuaskan kerana

kemudahan dan peralatan asrama tidak disenggarakan dengan sempurna.

6.4.7. Pengurusan Makanan Tidak Mengikut Syarat Perjanjian

Penyediaan makanan yang seimbang dan berkhasiat dapat menyumbang kepada

pertumbuhan stamina atlet. Atlet yang menginap di asrama akan dikawal dan dijaga dari

segi pemakanan dan kesihatan. Mengikut Perjanjian Tender Penyediaan Makanan

Bermasak yang bermula pada 16 Januari 2010 hingga 15 Januari 2012 menghendaki

pembekal menyediakan makanan yang berkualiti dan sesuai untuk atlet. Perjanjian tender

telah ditetapkan dengan kadar harga makanan bagi seorang atlet adalah sejumlah

RM18.50 sehari. Fasal 13, perjanjian menyatakan pertukaran menu tidak dibenarkan sama

sekali kecuali ia diberitahu 24 jam lebih awal dan sebab-sebab pertukaran adalah

munasabah serta dipersetujui oleh Majlis. Pemeriksaan Audit di kantin asrama pada

4 November 2010 dan 11 November 2010 mendapati menu yang disediakan tidak sama

dengan menu makanan yang ditetapkan di dalam perjanjian. Temubual dengan penyelia

kantin menyatakan perubahan ini disebabkan atlet tidak menggemari menu yang telah

ditetapkan dan hanya dimaklumkan secara lisan kepada Majlis. Selain itu, mengikut Fasal

29 menyatakan pembekal perlu menyerahkan satu senarai pekerja yang terlibat dengan

pembekalan makanan bagi mengetahui pekerja hendaklah berumur antara 18 hingga 55

tahun. Semakan Audit mendapati pembekal tidak menyerahkan senarai nama tersebut

menyebabkan Majlis tidak mengetahui latar belakang pekerja yang digajikan oleh pembekal.

Pada pendapat Audit, pengurusan makanan atlet adalah kurang memuaskan kerana

tiada pemantauan oleh pegawai Majlis terhadap syarat-syarat perjanjian.

6.4.8. Kursus Kejurulatihan Dan Kepegawaian

Perancangan kursus yang sempurna kepada jurulatih dan pegawai sukan adalah penting

bagi memastikan atlet dapat menjalankan latihan dengan teratur dan sistematik.

Kejurulatihan dan kepegawaian juga merangkumi pelantikan jurulatih luar negara dan dalam

negara. Semakan Audit terhadap fail kejurulatihan dan kepegawaian mendapati pada tahun

2008 hingga 2010, Majlis telah melantik seramai 4 orang jurulatih dari negara luar seperti

Rusia, Thailand, China dan Indonesia serta 18 orang dari dalam negara. Majlis juga telah

menganjurkan program kursus dan bekerjasama dengan badan lain antaranya Majlis Sukan

Negara (MSN), Institut Kemahiran Iktisas Pahang (IKIP) dan persatuan sukan lain. Semakan

Audit mendapati pada tahun 2008 hingga 2010 Majlis telah mengadakan sebanyak 29

kursus bagi meningkatkan kemahiran dari segi kejurulatihan dan kepegawaian. Antara

kursus dan kehadiran peserta adalah seperti di Jadual 6.2.

65


Jadual 6.2

Kursus Dan Kehadiran Peserta Pada Tahun 2008 Hingga 2010

Bil.

Jenis Kursus

Tahun/Peserta

2008 2009 2010

Jumlah

1. Kursus Sains Sukan Tahap 1 43 80 41 164

2. Kursus Sains Sukan Tahap 2 - 36 25 61

3.

Kursus Pemantapan Jurulatih

Sukan Pahang

- 50 - 50

4.

Kursus Pendedahan Silat Tunggal

Dan Regu

- 24 - 24

5. Kursus Periodisasi Majlis - - 42 42

6. Kursus Psikologi Sukan (Menembak) - - 20 20

Sumber: Majlis Sukan Pahang

Jumlah 43 190 128 361

Pada pendapat Audit, kursus kejurulatihan dan kepegawaian Majlis adalah

memuaskan.

6.4.9. Insentif Atlet

Majlis telah menyediakan pelbagai pembayaran insentif bagi menghargai pengorbanan dan

sumbangan atlet yang berjaya mengharumkan nama Negeri. Ia bertujuan memberi galakan

kepada atlet berlatih dengan lebih giat untuk mempertingkatkan pencapaian dan prestasi

mereka. Majlis Mesyuarat Kerajaan Bil. 20/2009 pada 24 Jun 2009 telah meluluskan

cadangan pindaan Pekeliling Kewangan Bilangan 1 Tahun 2005, Majlis Sukan Pahang

mengenai Garis Panduan/Syarat-syarat Skim Pembayaran Insentif Latihan, Bayaran

Tambang Pengangkutan Dan Bantuan Kewangan Ke Kejohanan Kepada Atlet-atlet Negeri

Pahang seperti berikut:

6.4.9.1. Skim Gading Emas

Skim ini diberikan kepada atlet Negeri Pahang yang berjaya mewakili negara di peringkat

antarabangsa dan elaun sejumlah RM500 sebulan diberikan kepada mereka. Selain itu,

faedah lain yang diterima adalah seperti elaun pakaian, elaun tuisyen dan bayaran

makanan tambahan.

6.4.9.2. Skim Insentif Latihan Kebangsaan

Skim ini diberikan kepada atlet mengikut kategori seperti berikut:

a. Atlet yang terpilih menjalani latihan di bawah Program Majlis Sukan Negara atau

Persatuan Kebangsaan bagi tempoh latihan yang melebihi jangka masa sebulan

sebagai tambahan elaun latihan akan menerima bantuan berjumlah

RM350 sebulan.

b. Atlet yang terpilih menyertai Program Pelapis Serantau Kebangsaan di bawah

kelolaan Majlis Sukan Negara akan menerima RM250 sebulan.

c. Atlet yang bersekolah di Sekolah Sukan Malaysia sama ada Sekolah Sukan Bukit

Jalil atau Sekolah Sukan Bandar Penawar akan menerima elaun khas sejumlah

RM150 sebulan.

66


6.4.9.3. Insentif Latihan Negeri

a. Skim ini diberikan kepada atlet mengikut kategori seperti berikut:

i. Atlet yang memenangi pingat emas di Kejohanan SUKMA dan masih layak

mewakili SUKMA pada tahun berikutnya layak menerima bantuan sejumlah

RM300 sebulan.

ii. Atlet yang memenangi pingat perak di Kejohanan SUKMA dan masih layak

mewakili SUKMA pada tahun berikutnya layak menerima bantuan sejumlah

RM200 sebulan.

iii. Atlet yang memenangi pingat gangsa di Kejohanan SUKMA dan masih layak

mewakili SUKMA pada tahun berikutnya layak menerima bantuan sejumlah

RM150 sebulan.

iv. Atlet yang tidak memenangi sebarang pingat tetapi mendapat tempat ke 4 bagi

acara individu atau berjaya ke pusingan separuh akhir acara berpasukan di

SUKMA layak menerima bantuan sejumlah RM100 sebulan.

v. Insentif sejumlah RM50 sebulan diberikan kepada atlet baru yang berpotensi

tinggi dan atlet harapan untuk mewakili negeri ke SUKMA.

b. Semakan Audit terhadap insentif atlet mendapati Majlis telah mengurus pemberian

insentif kepada atlet dengan teratur. Pada tahun 2010, seramai 119 atlet telah

menerima insentif yang berjumlah RM31,700 seperti di Jadual 6.3.

Jadual 6.3

Pemberian Insentif Kepada Atlet Pada Tahun 2010

Bil.

Skim

Insentif Bilangan Jumlah

(RM) Atlet (RM)

1. Skim Gading Emas 500 3 1,500

2. Insentif Latihan Kebangsaan

350 54 18,900

(Program Majlis Sukan Negara/Persatuan

Kebangsaan)

3. Insentif Latihan Kebangsaan

150 42 6,300

(Sekolah Sukan Bukit Jalil/

Sekolah Sukan Bandar Penawar)

4. Insentif Latihan Negeri

250 20 5,000

(Program Pelapis Serantau Kebangsaan)

Jumlah 119 31,700

Sumber: Majlis Sukan Pahang

6.4.10. Bantuan Kewangan Sukan

Bantuan kewangan tahunan dan penganjuran sukan diberi kepada persatuan sukan dan

Majlis Sukan Daerah untuk membantu pembangunan sukan di Negeri Pahang. Semakan

Audit terhadap bantuan kewangan adalah seperti berikut:

6.4.10.1. Bantuan Kewangan Tahunan

Pemberian bantuan kewangan kepada persatuan sukan dan Majlis Sukan Daerah adalah

berdasarkan kepada permohonan yang dikemukakan kepada Majlis untuk kelulusan

mengenai rancangan aktiviti berserta minit mesyuarat agong. Bantuan kewangan yang

67


diberikan adalah dalam jumlah yang tetap iaitu RM3,000 kepada persatuan sukan dan

Majlis Sukan Daerah sejumlah RM8,000 setiap tahun. Semakan Audit terhadap bantuan

kewangan kepada persatuan sukan dan Majlis Sukan Daerah mendapati Majlis telah

mengeluarkan sejumlah RM180,200 pada tahun 2008 hingga 2010 seperti di Jadual 6.4.

Jadual 6.4

Bantuan Kewangan Kepada Persatuan Sukan Dan Majlis Sukan Daerah

Pada Tahun 2008 Hingga 2010

Bil.

Persatuan/Majlis

Jumlah (RM)

2008 2009 2010

1. Persatuan Silat Negeri Pahang - - 3,000

2. Persatuan Petanque Negeri Pahang 3,000 3,000 3,000

3. Persatuan Ragbi Negeri Pahang - - 3,000

4. Persatuan Ping Pong Negeri Pahang - - 3,000

5. Persatuan Olahraga Amatur Daerah Temerloh 3,000 5,000 -

6. Persatuan Silambam Pahang 1,200 3,000 -

7. Persatuan Wushu Negeri Pahang 3,000 - -

8. Persatuan Bola Tampar Pahang 3,000 3,000 -

9. Persatuan Kabbadi Pahang 3,000 3,000 -

10. Persatuan Bowling Tenpin Pahang - 3,000 -

11. Persatuan Badminton Pahang - 3,000 -

12. Persatuan Squash Malaysia Cawangan Pahang - 3,000 -

13. Persatuan Bola Sepak Wanita Pahang - 1,000 -

14. Persatuan Hoki Wanita Pahang - 3,000 -

15. Persatuan Bolasepak Melayu Inderapura - 2,000 -

16. Majlis Sukan Rompin 8,000 8,000 8,000

17. Majlis Sukan Bentong - 8,000 8,000

18. Majlis Sukan Maran - 8,000 8,000

19. Majlis Sukan Raub - 8,000 -

20. Majlis Sukan Cameron Highlands - 8,000 -

21. Majlis Sukan Pekan - 8,000 -

22. Majlis Sukan Bera - 8,000 -

23. Majlis Sukan Kuala Lipis - 8,000 -

24. Majlis Sukan Jerantut - 8,000 -

25. Majlis Sukan Temerloh - 8,000 -

26. Majlis Sukan Kuantan - 8,000 -

Jumlah 24,200 120,000 36,000

Sumber: Majlis Sukan Pahang

6.4.10.2. Bantuan Penganjuran Kejohanan

Bantuan penganjuran kejohanan kepada persatuan sukan adalah berdasarkan kepada

permohonan program sukan yang dikemukakan kepada Majlis. Semakan Audit terhadap

bantuan penganjuran kejohanan pada tahun 2008 hingga 2010 mendapati Majlis telah

mengeluarkan sejumlah RM614,438 kepada 26 persatuan. Butiran mengenai bantuan

penganjuran kejohanan yang diberikan pada tahun 2008 hingga 2010 kepada 5

persatuan sukan yang tertinggi adalah seperti di Jadual 6.5.

68


Jadual 6.5

Bantuan Penganjuran Kejohanan

Kepada 5 Persatuan Sukan Yang Tertinggi Pada Tahun 2008 Hingga 2010

Bil.

Persatuan

Tahun (RM) Jumlah

2008 2009 2010 (RM)

1. Persatuan Silat Negeri Pahang 24,954 43,541 44,650 113,145

2. Persatuan Petanque Negeri Pahang 8,500 34,480 28,284 71,264

3. Persatuan Hoki Wanita Pahang 24,235 18,458 2,835 45,528

4. Persatuan Bowling Ten Pin 7,634 18,180 19,500 45,314

5. Persatuan Hoki Pahang 6,700 21,914 - 28,614

6. Persatuan Lain 121,228 126,092 63,523 310,573

Sumber: Majlis Sukan Pahang

Jumlah 193,251 262,665 158,522 614,438

6.4.11. Kajian Kepuasan Atlet

6.4.11.1. Bagi menentukan tahap kepuasan atlet terhadap program pembangunan sukan

di Majlis, pihak Audit telah mengedarkan 30 borang soal selidik kepada atlet yang tinggal

di asrama untuk mendapatkan maklum balas. Penilaian untuk menentukan kepuasan

atlet meliputi kemudahan pusat latihan, kemudahan peralatan sukan dan kemudahan

asrama. Analisis Audit mendapati majoriti atlet menyatakan kemudahan yang disediakan

oleh Majlis adalah di tahap memuaskan seperti di Jadual 6.7.

Jadual 6.7

Tahap Kepuasan Atlet Terhadap Kemudahan Sukan

Penilaian

Bil.

Kemudahan

1. Kemudahan Pusat Latihan

Sukan

Keadaan persekitaran seperti

keadaan bangunan, tempat

latihan/Gimnasium

2. Kemudahan Peralatan Sukan

Peralatan yang terdapat di

pusat latihan

3. Kemudahan Asrama

Keadaan tempat tinggal di

asrama

Sumber: Jabatan Audit Negara

Sangat

Baik

1

(3%)

0

(0%)

0

(0%)

Baik

10

(34%)

5

(17%)

9

(30%)

Memuaskan

16

(53%)

20

(67%)

16

(54%)

Tidak

Memuaskan

3

(10%)

5

(16%)

5

(16%)

Jumlah

Atlet

30

(100%)

30

(100%)

30

(100%)

6.4.11.2. Hasil analisis juga ditunjukkan dalam bentuk carta mengikut tahap kepuasan

atlet terhadap kemudahan yang disediakan oleh Majlis seperti di Carta 6.1.

69


Carta 6.1

Tahap Kepuasan Atlet Terhadap

Kemudahan Sukan

70

67

60

53

54

50

Peratus (%)

40

30

34

30

20

10

0

10

3

Pusat Latihan

17 16

0

Peralatan Sukan

0

Asramaa

16

Kemudahan

Sangat Baik

Baik

Memuaskan

Tidak Memuaskan

Sumber: Jabatan Audit Negara

6.4.11.3. Selain

itu, melalui soal selidik yang

diedarkan

kepada atlet yang tinggal

di

asrama

mendapati seramai 26 (87%)

daripadaa 30 atlet

mencadangkan

penambahbaikan untuk program pembangunan

sukan adalah dengann memberi mereka

elaun

secara bulanan. Pada tahun 2008 hingga 2010, Majlis telah kehilangan seramai 11

orang atlet angkat berat. Perkara ini disebabkan atlet terpaksaa mencari sumber

pendapatan

untuk

menyara

keluarga

setelah

tamat

persekolahan.

Akibatnya

pembangunan sukan akan terjejas dan Majlis kehilangan atlet yang berbakat.

Pada pendapat Audit, berdasarkan kepada borang soal selidik yang diedarkan kepada

atlet mendapati kepuasan atlet adalah di tahap

memuaskan. Selain

itu, Majlis perlu

mengkaji pemberian elaun bulanan sebagai satu insentif bagi mendorong semangat

atlet dan mengelak dari kehilangan mereka.

6.4.12. Kaedah Pemantauan

Pemantauan dan penyeliaan yang berterusan oleh

Majlis terhadap program pembangunan

sukan adalah penting bagi memastikan ia dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Pemeriksaan Audit

terhadap mekanisme pemantauan mendapati perkara seperti berikut:

6.4.12.1. Jawatankuasa Yang Ditubuhkan

Bagi memantapkan lagi pengurusan dan pemantauan program latihan sukan, Majlis telah

mewujudkan pelbagai jawatankuasa.

Semakan Audit terhadap fail jawatankuasa yang

ditubuhkan mendapati pada tahun

2010 mesyuarat telah diadakan bagi setiap

Jawatankuasa

kecuali Jawatankuasa Kecil Pemantau.

Jawatankuasa serta

fungsi

jawatankuasa adalah seperti di Jadual 6.8.

70


Jadual 6.8

Penubuhan Jawatankuasa Dan Kekerapan Mesyuarat Pada Tahun 2010

Kekerapan

Mesyuarat

Sepatutnya

Diadakan

(Kali)

Bil. Jawatankuasa Fungsi Jawatankuasa

1. Jawatankuasa

Pengurus

2. Jawatankuasa

Teknikal dan

Pertandingan

3. Jawatankuasa

Kecil Pemantau

4. Mesyuarat

Jurulatih

Sumber: Majlis Sukan Pahang

• Membantu mengendalikan hal ehwal

berhubung dengan pengurusan dan

pentadbiran Majlis.

• Menilai prestasi setiap sukan bagi

penyertaan ke sukan Malaysia.

• Persediaan ke kejohanan dan program

latihan.

• Mengadakan perbincangan bersama

pengurus dan jurulatih.

• Memantau setiap sukan di bawah

tanggungjawab mereka dan melaporkan

kepada Jawatankuasa Teknikal dan

Pertandingan.

• Jurulatih memaklumkan laporan prestasi

mengikut jenis sukan.

Kekerapan

Mesyuarat

(Kali)

3 3

3 4

3 Tiada

mesyuarat

diadakan

3 3

6.4.12.2. Laporan Bulanan Jurulatih

Setiap jurulatih dikehendaki mengemukakan laporan pada setiap bulan dengan

menggunakan Borang Laporan Bulanan Jurulatih yang disediakan oleh Majlis. Perkara

yang dilaporkan adalah berkenaan aktiviti latihan bulanan, senarai kehadiran atlet dan

pencapaian prestasi atlet semasa latihan. Semakan Audit mendapati jurulatih sukan telah

mengemukakan laporan bulanan mengenai kemajuan atlet kepada Pegawai

Pembangunan Sukan pada setiap bulan.

6.4.12.3. Pemantauan Ke Pusat Latihan

Pemantauan ke pusat latihan melalui lawatan oleh pegawai adalah penting bagi

memastikan peralatan dan kemudahan yang disediakan mencukupi. Selain itu, latihan

yang dijalankan adalah mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Temu bual dengan

pegawai Majlis memaklumkan bahawa pegawai Majlis ada membuat lawatan mengikut

keperluan dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, tiada sebarang bukti lawatan ke

pusat latihan sama ada gambar atau rekod yang disediakan mengenai lawatan tersebut.

Majlis menjelaskan bahawa tindakan pemantauan secara sistematik dan berkala telah

dilaksanakan setelah mendapat teguran daripada pihak Audit.

Pada pendapat Audit, pemantauan yang dijalankan terhadap program pembangunan

sukan adalah memuaskan. Bagaimanapun, mekanisme pemantauan perlu

dilaksanakan sepenuhnya.

71


6.5. SYOR AUDIT

Bagi memastikan program pembangunan sukan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik

dan berkesan, pihak Audit mengesyorkan supaya Majlis mengambil langkah

penambahbaikan seperti berikut:

6.5.1. Menyediakan pelan strategik yang komprehensif bagi memastikan program

pembangunan sukan dapat dijalankan dengan sempurna.

6.5.2. Menaik taraf kemudahan sukan seperti pusat latihan dan asrama bagi menjamin

keselamatan dan kebajikan atlet.

6.5.3. Menyediakan peralatan sukan yang sesuai dan terkini untuk meningkatkan kualiti

latihan atlet.

6.5.4. Menyenggara kemudahan sukan secara terancang dan berkala untuk memastikan

ia berada pada tahap yang baik.

6.5.5. Mempertingkatkan pemantauan terhadap kemudahan sukan yang disediakan supaya

sentiasa berada dalam keadaan yang sempurna.

72


PEJABAT DAERAH DAN TANAH TEMERLOH

7. PENGURUSAN TUKAR SYARAT TANAH

7.1. LATAR BELAKANG

7.1.1. Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh (Pejabat) ditubuhkan pada tahun 1889 adalah

bertanggungjawab terhadap urusan pentadbiran dan pengurusan tanah yang diberi kuasa

oleh undang-undang dan peraturan tanah seperti Kanun Tanah Negara 1965, Akta

Pengambilan Tanah 1960 dan Kaedah-kaedah Tanah Pahang 1992. Aktiviti utama yang

dijalankan berkaitan dengan pengurusan tanah adalah merangkumi pengurusan

permohonan pemberimilikan semula tanah dan permohonan tukar syarat, sekatan dan jenis

penggunaan tanah. Mengikut Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 dan Ordinan Perwakilan

Kuasa 1956, kuasa untuk meluluskan permohonan tukar syarat terletak kepada Pihak

Berkuasa Negeri.

7.1.2. Seksyen 124, KTN memperuntukkan tuan punya tanah boleh memohon kepada

Pihak Berkuasa Negeri untuk mengubah mana-mana kategori penggunaan tanah, membatal

dan meminda syarat nyata atau sekatan. Mengikut Seksyen 52(1), KTN penggunaan tanah

boleh dikategorikan kepada pertanian, bangunan dan perindustrian. Pentadbir Tanah

bertanggungjawab memastikan syarat nyata penggunaan tanah sebagaimana yang

dinyatakan di dalam dokumen hak milik tanah dipatuhi. Sekiranya berlaku pelanggaran

syarat penggunaan tanah tersebut, tindakan akan diambil terhadap pemilik tanah yang

berkenaan berdasarkan kepada peruntukan di bawah Seksyen 125 hingga 129, KTN.

7.1.3. Daerah Temerloh dibahagikan kepada 10 mukim yang terdiri daripada Jenderak,

Semantan, Perak, Kerdau, Mentakab, Sanggang, Lebak, Lipat Kajang, Bangau dan

Songsang. Keluasan tanah seluruh daerah ialah 225,086 hektar yang terdiri daripada

100,810.54 hektar tanah pertanian, tanah bangunan seluas 1,855.57 hektar, tanah

perindustrian seluas 370.67 hektar dan 122,049.22 hektar adalah untuk tujuan hutan simpan,

kawasan lapang, kawasan tadahan dan sebagainya. Bagi tempoh 2008 hingga 2010,

sejumlah RM1.93 juta hasil telah dipungut bagi bayaran premium tukar syarat penggunaan

tanah dan sehingga akhir tahun 2010, sebanyak 71,828 hak milik telah dikeluarkan.

7.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada pengurusan tukar syarat penggunaan

tanah telah dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan teratur serta mematuhi peraturan dan

undang-undang yang ditetapkan.

73


7.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN

Pengauditan ini ditumpukan kepada pengurusan permohonan tukar syarat tanah untuk

tempoh 3 tahun iaitu 2008 hingga 2010. Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod,

fail dan dokumen berkaitan permohonan tukar syarat tanah. Pengauditan juga dilakukan

secara pensampelan iaitu sebanyak 20% atau 139 daripada 679 permohonan tukar syarat

tanah yang telah dipilih. Selain itu, lawatan tapak ke 39 lot tanah dan temu bual dengan

pegawai turut dilakukan.

7.4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2010 hingga Februari 2011 mendapati

pada keseluruhannya pengurusan tukar syarat tanah di Pejabat Daerah Dan Tanah

Temerloh adalah memuaskan. Semakan Audit terhadap sampel yang dipilih mendapati

tempoh memproses permohonan tukar syarat tanah telah mematuhi piagam pelanggan.

Manakala pengiraan bayaran premium tambahan dan kadar cukai baru juga telah mematuhi

peraturan. Selain itu, pendaftaran hak milik baru terhadap permohonan tukar syarat telah

diambil tindakan dengan segera iaitu dalam tempoh 28 hari selepas Memorandum

Pengubahan Syarat-syarat, Sekatan-sekatan dan Kategori Penggunaan (Borang 7C)

dikeluarkan. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi bagi

memantapkan lagi pengurusan tukar syarat tanah. Antara kelemahannya adalah

pelanggaran terhadap syarat penggunaan tanah, premium tambahan tukar syarat tanah

tidak dijelaskan setelah permohonan diluluskan dan program penguatkuasaan ke atas

pelanggaran syarat tidak dijalankan sepenuhnya. Penjelasan lanjut mengenai kelemahan

tersebut adalah seperti berikut:

7.4.1. Pelanggaran Syarat Penggunaan Tanah

7.4.1.1. Mengikut Seksyen 127 KTN, Pihak Berkuasa Negeri boleh mengenakan perintah

untuk bayaran denda apabila pemilik tanah gagal menunjukkan sebab dengan

memuaskan mengenai pelanggaran syarat penggunaan tanah. Selain itu, penggunaan

tanah yang diberi milik hendaklah mengikut kategori yang dinyatakan dalam dokumen hak

milik. Semakan Audit terhadap 9 fail pelanggaran tukar syarat tanah di Unit

Penguatkuasaan Dan Hasil mengenai aduan pelanggaran syarat yang diterima mendapati

kesemua fail tersebut berlaku pelanggaran syarat penggunaan tanah. Bagaimanapun,

tindakan terhadap aduan tersebut hanya setakat pengeluaran notis yang meminta tunjuk

sebab mengenai pengenaan denda dan tiada tindakan susulan selanjutnya diambil.

Kesan daripada pelanggaran syarat penggunaan tanah ini menyebabkan Kerajaan Negeri

mengalami kehilangan hasil memandangkan kadar cukai yang dipungut adalah

berdasarkan syarat pertanian dan bukannya pada syarat bangunan/perindustrian. Selain

itu, pihak Kerajaan juga mengalami kehilangan hasil bagi bayaran premium tambahan

yang sepatutnya dipungut. Lawatan Audit bersama pegawai Pejabat Daerah Dan Tanah

Temerloh telah dijalankan ke 9 lot tanah yang terlibat pada November 2010 mendapati

pelanggaran syarat penggunaan tanah masih lagi berlaku seperti di Jadual 7.1.

74


Jadual 7.1

Pelanggaran Syarat Penggunaan Tanah

Bil. No. Lot Mukim Syarat Asal

Pelanggaran Syarat

Penggunaan Tanah

1. Lot 3866 Perak Pertanian Dusun Bengkel Baiki Kenderaan

dan Perniagaan Hardware

Status

Denda Dan Tiada

Permohonan Tukar

Syarat

2. PT 11570 Mentakab Pertanian Kelapa Perniagaan Kedai

Kenderaan

Dalam Proses Tukar

Syarat

3. Lot 2154 Perak Pertanian Padi Perniagaan Kedai Perabot Dalam Proses Tukar

Syarat

4. Lot 5828 Perak Pertanian Dusun Perniagaan Pasaraya Dalam Proses

Rayuan

5. Lot 3884 Perak Pertanian Dusun Kilang Papan Dalam Proses Tukar

Syarat

6. Lot 3881 Perak Pertanian Dusun Kilang Papan Dalam Proses Tukar

Syarat

7. Lot 3887 Perak Pertanian Dusun Kilang Papan Dalam Proses Tukar

Syarat

8. Lot 2669 Perak Pertanian Dusun Perniagaan Tempat

Cuci Kereta

Tiada Permohonan

Tukar Syarat

9. Lot 3632 Mentakab Pertanian Getah Bengkel Alat Ganti Kereta Tiada Permohonan

Tukar Syarat

Sumber: Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh

7.4.1.2. Semakan lanjut Audit terhadap pelanggaran syarat penggunaan tanah mendapati

satu lot tanah telah dikenakan denda pada tahun 2006 sejumlah RM500 dan permohonan

masih belum dibuat untuk tukar syarat penggunaan tanah. Bagaimanapun, denda tersebut

telah dijelaskan pada tahun 2007 seperti di Gambar 7.1 dan Gambar 7.2. Semasa lawatan

dijalankan, pihak Audit dimaklumkan oleh pemilik tanah bahawa permohonan tersebut

masih belum dibuat kerana lot tanah dimiliki oleh 4 penama dan sukar untuk mendapat

kata sepakat. Selain itu, terdapat 6 kes pelanggaran syarat penggunaan tanah dan masih

dalam proses permohonan tukar syarat tanah seperti di Gambar 7.3 hingga Gambar 7.6.

Manakala, 2 kes adalah pelanggaran syarat penggunaan tanah dan sehingga lawatan

Audit pemilik tanah masih belum membuat permohonan tukar syarat seperti di Gambar 7.7

dan Gambar 7.8.

75


Gambar 7.1

Pelanggaran Syarat Daripada Pertanian Dusun

Kepada Bengkel Baiki Kenderaan

Gambar 7.2

Pelanggaran Syarat Daripada Pertanian

Dusun Kepada Perniagaan Hardware

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Siak Kechik, Mukim Perak

Tarikh: 4 November 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Siak Kechik, Mukim Perak

Tarikh: 4 November 2010

Gambar 7.3

Pelanggaran Syarat Daripada Pertanian Kelapa

Kepada Perniagaan Kedai Kenderaan

Gambar 7.4

Pelanggaran Syarat Daripada Pertanian Padi

Kepada Perniagaan Kedai Perabot

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Sungai Ketapa, Mukim Mentakab

Tarikh: 3 November 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Chengal, Mukim Perak

Tarikh: 4 November 2010

76


Gambar 7.5

Pelanggaran Syarat Daripada Pertanian Dusun

Kepada Pejabat Kilang Papan

Gambar 7.6

Pelanggaran Syarat Daripada Pertanian Dusun

Kepada Kilang Papan

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Siak Kechik, Mukim Perak

Tarikh: 4 November 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Siak Kechik, Mukim Perak

Tarikh: 4 November 2010

Gambar 7.7

Pelanggaran Syarat Daripada Pertanian Dusun

Kepada Perniagaan Tempat Cuci Kereta

Gambar 7.8

Pelanggaran Syarat Daripada Pertanian Getah

Kepada Bengkel Alat Ganti Kereta

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: 114 ½ Mile Temerloh Mentakab, Mukim Perak

Tarikh: 4 November 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Charok Kelidik, Mukim Mentakab

Tarikh: 3 November 2010

7.4.1.3 Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh menyatakan bahawa beberapa faktor yang

menyukarkan pihaknya mengambil tindakan dalam menyelesaikan kes-kes pelanggaran

syarat penggunaan tanah. Antaranya seperti masalah perundangan, kekurangan

pegawai, kesukaran mendapatkan kata sepakat daripada pemilik tanah dan

percanggahan bidang kuasa antara Pihak Berkuasa Tempatan dengan Pihak Berkuasa

Negeri. Bagaimanapun, Pejabat telah mengambil langkah tindakan seperti mewujudkan

borang siasatan mengenai kes pelanggaran syarat tanah di setiap fail dan memberi

nasihat kepada pemilik tanah untuk menukar syarat penggunaan tanah mereka.

77


Pada pendapat Audit, pengurusan pelanggaran syarat penggunaan tanah adalah

kurang memuaskan kerana mekanisme pemantauan yang diwujudkan tidak

mencukupi untuk mengelak peningkatan kes pelanggaran syarat penggunaan tanah.

7.4.2. Premium Tambahan Tukar Syarat Tanah Tidak Dijelaskan Setelah Permohonan

Diluluskan

Seksyen 17, Kaedah-kaedah Tanah Pahang 1992 menetapkan setiap permohonan tukar

syarat penggunaan tanah yang diluluskan dikenakan bayaran premium tambahan mengikut

kadar yang ditetapkan. Mengikut Seksyen 124(8) KTN, segala bayaran seperti premium

tambahan, denda langgar syarat, cukai tanah baru dan bayaran lain terhadap permohonan

tukar syarat penggunaan tanah yang telah diluluskan hendaklah dijelaskan dalam tempoh

yang ditentukan oleh Pentadbir Tanah dan sekiranya tiada bayaran diterima, kelulusan

tersebut akan terbatal. Tempoh yang ditetapkan kepada pemohon untuk menjelaskan

bayaran yang dikenakan adalah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penyampaian Notis

Bahawa Bayaran Kena Dibayar (Borang 7G) atau Notis Genap Masa Hasil Tanah Dibayar

(Borang 5A). Semakan Audit terhadap pembayaran premium tambahan tukar syarat tanah

mendapati perkara seperti berikut:

7.4.2.1. Kedudukan keseluruhan pembayaran premium tambahan permohonan tukar

syarat yang diluluskan bagi tempoh 2008 hingga 2010 mendapati jumlah premium

tambahan yang tidak dijelaskan berjumlah RM1.92 juta adalah seperti di Jadual 7.2.

Jadual 7.2

Permohonan Tukar Syarat Tanah Yang Tidak Dijelaskan

Premium Tambahan Bagi Tempoh 2008 Hingga 2010

Premium Premium

Bilangan Yang Yang Tidak Peratus

Bil. Jenis Tukar Syarat

Permohonan Dikenakan Dijelaskan

1. Pertanian Kepada

Pertanian

(Seksyen 124 KTN)

2. Tukar Syarat Dan Pecah

Sempadan

(Seksyen 124A KTN)

3. Penyerahan Dan

Pemberimilikan Semula

(Seksyen 204D KTN)

(RM) (RM) (%)

590 37,954 7,735 20.4

5 316,781 6,159 1.9

84 7,216,643 1,904,637 26.4

Jumlah 679 7,571,378 1,918,531 25.3

Sumber: Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh

7.4.2.2. Semakan ke atas 139 sampel daripada 679 fail permohonan tukar syarat bagi

tempoh 2008 hingga 2010 mendapati kedudukan premium yang tidak dibayar berjumlah

RM0.33 juta adalah seperti di Jadual 7.3. Analisis Audit terhadap sampel fail tersebut

mendapati 41 permohonan yang telah diluluskan tidak menjelaskan premium tambahan

bagi 3 jenis tukar syarat berkenaan. Antara sebab premium tersebut tidak dijelaskan

kerana pemohon tidak mampu membayar premium sehingga luput tempoh yang

ditetapkan dan pemohon telah meninggal dunia.

78


Bil.

Jadual 7.3

Permohonan Tukar Syarat Tanah Yang Tidak Dijelaskan

Premium Tambahan Bagi Tempoh 2008 Hingga 2010

Jenis Tukar Syarat

1. Pertanian Kepada Pertanian

(Seksyen 124 KTN)

2. Tukar Syarat Dan Pecah Sempadan

(Seksyen 124A KTN)

3. Penyerahan Dan Pemberimilikan

Semula (Seksyen 204D KTN)

Bilangan

Sampel

Yang Diaudit

Bilangan

Permohonan

Yang Diluluskan

Tetapi Tidak

Membayar

Premium

Premium

Yang Tidak

Dijelaskan

(RM)

118 39 5,641

5 1 6,159

16 1 313,894

Jumlah 139 41 325,694

Sumber: Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh

7.4.2.3. Pemeriksaan Audit juga mendapati satu kes permohonan tukar syarat daripada

pertanian kepada bangunan telah diluluskan pada tahun 2007 melibatkan bayaran

premium tambahan berjumlah RM75,570 termasuk denda pelanggaran syarat berjumlah

RM53,130. Sehingga Februari 2010 kes ini masih belum selesai kerana pemilik tidak

mampu membayar premium tambahan dan telah mengemukakan 4 kali rayuan kepada

Pihak Berkuasa Negeri untuk pengurangan bayaran. Bagaimanapun lawatan Audit pada

4 November 2010 mendapati pemilik masih menjalankan perniagaan di atas premium

tanah tersebut. Kes yang terlibat seperti di Gambar 7.9.

Gambar 7.9

Premis Perniagaan Pasaraya Beroperasi Tanpa Bayaran Premium

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Charok Kesumba, Mukim Perak

Tarikh: 4 November 2010

7.4.2.4. Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh menjelaskan bahawa Notis 7G yang

disampaikan kepada pemohon telah dinyatakan tempoh bayaran yang perlu dijelaskan.

Selain itu, tiada peruntukan di dalam KTN dan Kaedah Tanah Pahang yang

membolehkan Pentadbir Tanah perlu menghantar notis berikutnya. Manakala pemohon

perlu menjelaskan 30% premium tambahan sebelum membuat permohonan baru bagi

permohonan telah luput tempoh bayaran.

79


Pada pendapat Audit, pengurusan kutipan hasil premium tambahan tukar syarat tanah

adalah kurang memuaskan kerana premium tambahan tukar syarat tanah tidak

dijelaskan setelah permohonan diluluskan.

7.4.3. Penguatkuasaan Terhadap Pelanggaran Penggunaan Syarat Tanah Tidak

Dijalankan Sepenuhnya

7.4.3.1. Pelanggaran penggunaan syarat tanah merupakan kesalahan yang dilakukan ke

atas tanah yang bertentangan dengan syarat nyata atau sekatan kepentingan

sebagaimana yang dinyatakan di dalam dokumen hak milik. Seksyen 125 hingga 129

KTN, menetapkan secara terperinci mengenai proses dan tindakan penguatkuasaan yang

perlu diambil sekiranya berlaku pelanggaran syarat penggunaan tanah. Program

penguatkuasaan tanah perlu disediakan bagi menjamin aktiviti tukar syarat tanah

dijalankan mengikut kehendak undang-undang tanah. Perjawatan dan kenderaan yang

mencukupi perlu disediakan bagi memastikan aktiviti penguatkuasaan dapat dijalankan

dengan lebih berkesan. Semakan Audit mendapati tugas penguatkuasaan dijalankan oleh

Unit Penguatkuasaan Dan Hasil melalui 2 pasukan rondaan yang ditubuhkan dan telah

menyediakan laporan hasil rondaan. Bagaimanapun, laporan tersebut mendapati rondaan

lebih tertumpu kepada kegiatan pengeluaran pasir, penerokaan haram tanah kerajaan,

rondaan batu-batan dan permit serta lesen.

7.4.3.2. Lawatan Audit pada Februari 2011 ke 30 lot tanah yang dipilih mendapati pemilik

bagi 13 lot tanah telah melanggar syarat penggunaan tanah dan tiada sebarang tindakan

yang diambil oleh Pejabat. Akibat daripada pelanggaran syarat penggunaan tanah

tersebut, Kerajaan Negeri mengalami kekurangan hasil kutipan premium tukar syarat

tanah yang dianggarkan berjumlah RM1.14 juta seperti di Jadual 7.4.

Jadual 7.4

Pelanggaran Syarat Penggunaan Tanah Yang Tidak Diambil Tindakan

Pelanggaran Anggaran

Keluasan Syarat Kehilangan

Bil. No. Lot Syarat Asal

Penggunaan Hasil

(Hektar)

Tanah

(RM)*

1. Lot 3887 Pertanian 0.5046 Kilang Papan 60,552

2. Lot 3884 Pertanian 0.4249 Kilang Papan 50,988

3. Lot 3881 Pertanian 0.7689 Kilang Papan 92,268

4. Lot 3866 Pertanian 1.1483 Kilang Papan 137,796

5. Lot 4097 Pertanian 1.1205 Kilang Papan 134,460

6. Lot 4070 Pertanian 1.1002 Premis Perniagaan 132,024

7. Lot 4064 Pertanian 0.3693 Bengkel Kereta 44,316

8. Lot 3892 Pertanian 0.9763 Premis Perniagaan 117,156

9. Lot 3877 Pertanian 0.9282 Kilang Papan 111,384

10. Lot 3874 Pertanian 0.5446 Kilang Papan 65,352

11. Lot 3871 Pertanian 0.4467 Kilang Papan 53,604

12. Lot 3868 Pertanian 0.3465 Kilang Papan 41,580

13. Lot 12112 Pertanian 0.8215 Premis Perniagaan 98,580

Jumlah 1,140,060

Sumber: Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh

Nota: * - Nilaian Semasa Tanah x 20%

80


7.4.3.3. Analisis Audit mendapati sebahagian besar pelanggaran syarat penggunaan

tanah ini membabitkan perusahaan kilang papan yang diuruskan oleh syarikat yang

sama. Maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati bahawa syarikat ini telah

beroperasi sejak tahun 1968. Antara kes pelanggaran syarat tanah yang tidak diambil

tindakan penguatkuasaan adalah seperti di Gambar 7.11 hingga Gambar 7.14.

Gambar 7.11 Gambar 7.12

Pelanggaran Syarat Daripada Pertanian Getah Pelanggaran Syarat Daripada Pertanian Dusun

Kepada Kedai Perniagaan Kenderaan

Kepada Kilang Papan

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Mukim Perak

Tarikh: 23 Februari 2011

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Mukim Perak

Tarikh: 23 Februari 2011

Gambar 7.13 Gambar 7.14

Pelanggaran Syarat Daripada Pertanian Getah

Kepada Perniagaan Bahan Binaan

Pelanggaran Syarat Daripada Pertanian Dusun

Kepada Bengkel Membaiki Kenderaan

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Mukim Perak

Tarikh: 23 Februari 2011

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Mukim Perak

Tarikh: 23 Februari 2011

7.4.3.4. Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh menjelaskan bahawa tumpuan kerja

penguatkuasaan lebih diutamakan kepada aduan dan permohonan permit semasa.

Manakala penguatkuasaan terhadap pelanggaran penggunaan syarat tanah tidak

dijalankan sepenuhnya kerana perlu dilaksanakan secara berhati-hati mengikut undangundang

KTN. Selain itu, kekurangan pegawai, kenderaan dan tiada sistem follow up fail

81


serta pertukaran pegawai juga telah menyebabkan kekangan dalam melaksanakan

aktiviti penguatkuasaan.

Pada pendapat Audit, penguatkuasaan ke atas pelanggaran syarat penggunaan tanah

adalah kurang memuaskan. Pejabat perlu mengambil tindakan penguatkuasaan yang

proaktif dan tegas terhadap kesalahan pelanggaran syarat penggunaan tanah.

7.4.4. Penyelenggaraan Rekod Tidak Kemas Kini

7.4.4.1. Penyelenggaraan rekod yang sempurna dan kemas kini merupakan aspek

penting dalam pengurusan bagi memantau kemajuan permohonan tukar syarat. Semakan

Audit terhadap rekod yang terlibat dalam permohonan tukar syarat penggunaan tanah

adalah seperti berikut:

a. Buku Daftar Bayaran Premium Tambahan

Setiap permohonan tukar syarat penggunaan tanah yang telah diluluskan perlu

direkodkan dengan lengkap dan kemas kini ke Buku Daftar Bayaran Premium

Tambahan. Daftar ini diselenggarakan bertujuan untuk memastikan premium

tambahan dibayar oleh pemilik tanah dalam tempoh yang ditetapkan. Pemeriksaan

Audit mendapati Buku Daftar Bayaran Premium Tambahan telah disediakan untuk

setiap kategori permohonan tukar syarat penggunaan tanah iaitu pertanian kepada

pertanian lain (Seksyen 124), tukar syarat nyata serentak dan pecah sempadan

(Seksyen 124A) dan penyerahan balik dan pemberimilikan semula tanah (Seksyen

204D). Bagaimanapun, Buku Daftar Bayaran Premium Tambahan pertanian kepada

pertanian lain tidak dikemaskinikan bagi tempoh 2009 dan 2010.

b. Rekod Notis Bahawa Bayaran Kena Dibayar (Borang 7G)

Arahan Pentadbiran Tanah Negeri Pahang Bil. 2/1993 menetapkan supaya Pentadbir

Tanah melaksanakan penyerahan notis secara teratur dan mewujudkan rekod

kawalan ke atas pengeluaran notis seperti mana Seksyen 430, KTN. Semakan Audit

terhadap Rekod Notis Bahawa Bayaran Kena Dibayar (Borang 7G) mendapati

Pejabat telah menyelenggarakan rekod ini. Bagaimanapun, rekod berkenaan tidak

dikemaskinikan sejak tahun 2008.

7.4.4.2. Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh menjelaskan bahawa pihaknya telah

mengambil tindakan seperti yang dikehendaki setelah mendapat teguran pihak Audit.

Pada pendapat Audit, penyelenggaraan rekod di Pejabat adalah kurang memuaskan

kerana rekod yang berkaitan tidak dikemaskinikan mengakibatkan kesukaran Pejabat

membuat pemantauan ke atas permohonan tukar syarat tanah.

82


7.5. SYOR AUDIT

Bagi memastikan pengurusan tukar syarat penggunaan tanah dapat dilaksanakan dengan

lebih efisien, pihak Audit mengesyorkan supaya Pejabat mengambil tindakan

penambahbaikan seperti berikut:

7.5.1. Mengambil langkah yang proaktif dengan mengenal pasti tanah yang terlibat dengan

pelanggaran syarat penggunaan tanah.

7.5.2. Memastikan pemohon yang telah diluluskan tukar syarat tanah menjelaskan bayaran

premium tanah dalam tempoh ditetapkan dan mempercepatkan proses kes-kes rayuan

pengurangan premium tambahan.

7.5.3. Mewujudkan mekanisme pemantauan secara kerjasama dan koordinasi pelaksanaan

tugas antara Unit Penguatkuasaan Dan Hasil dengan Unit Pembangunan Tanah. Selain itu,

Pejabat perlu memasukkan agenda tambahan dalam Jawatankuasa Kemajuan Dan

Keselamatan Kampung bagi melaporkan pelanggaran syarat penggunaan tanah di setiap

kampung.

83


MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH

8. PENGURUSAN PROJEK LANDSKAP

8.1. LATAR BELAKANG

8.1.1. Majlis Perbandaran Temerloh (Majlis) ditubuhkan pada 1 Julai 1981 di bawah

Seksyen 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dengan nama asal Majlis Daerah Temerloh.

Majlis telah mendapat status Majlis Perbandaran pada 15 Januari 1997 dan telah

menetapkan visinya untuk menjadikan Temerloh sebagai Bandar Dalam Taman pada tahun

2020. Misinya pula menjadikan Temerloh sebagai Bandar Budaya dan Eko Pelancongan

Lestari dengan mengutamakan kesedaran alam sekitar, kebudayaan dan semangat

setempat dalam perancangan dan pembangunan landskap. Oleh itu, Majlis

bertanggungjawab merancang dan melaksanakan projek landskap, memelihara keindahan

dan kebersihan Bandar Temerloh.

8.1.2. Landskap secara umumnya bermaksud suatu pemandangan luaran atau permukaan

bumi yang terhasil secara semula jadi atau binaan. Komponen program landskap terdiri

daripada pembangunan landskap lembut dan landskap kejur. Landskap lembut merupakan

landskap yang dibangunkan dengan penggunaan sumber asli atau semula jadi seperti

tumbuhan, air dan topografi atau bentuk muka bumi. Manakala landskap kejur dibangunkan

dengan unsur binaan seperti batu batan, konkrit dan struktur besi. Ia meliputi struktur dan

bangunan seperti laluan penjalan kaki, jalan-jalan utama di bandar, astaka, tempat duduk,

pintu gerbang, arca dan lampu hiasan.

8.1.3. Bagi tempoh 2008 hingga 2010 Majlis telah menerima peruntukan daripada

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejumlah RM1.35 juta (pada

tahun 2008) dan Jabatan Landskap Negara (JLN) sejumlah RM0.35 juta (pada tahun 2008

dan 2009) serta peruntukan dalaman sejumlah RM0.78 juta. Daripada jumlah RM2.48 juta

tersebut sejumlah RM1.82 juta telah dibelanjakan oleh Majlis bagi pengurusan projek

landskap.

8.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada pengurusan projek landskap telah

dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan selaras dengan matlamat yang ditetapkan.

8.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN

Skop pengauditan meliputi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek landskap

Majlis bagi tempoh 3 tahun iaitu mulai tahun 2008 hingga tahun 2010. Tumpuan pengauditan

adalah terhadap pengurusan projek landskap di taman-taman awam, taman permainan

84


kanak-kanak di kawasan perumahan, tapak semaian dan jalan-jalan utama di bandar.

Pemeriksaan dijalankan dengan menyemak rekod-rekod yang berkaitan yang

diselenggarakan oleh Jabatan Landskap, Jabatan Kewangan dan Jabatan Khidmat

Pengurusan. Selain itu, perbincangan dan temu bual juga dibuat dengan pegawai-pegawai

yang berkaitan. Lawatan ke taman-taman awam, tapak semaian serta jalan-jalan utama

di bandar turut dilakukan untuk mendapat gambaran yang jelas mengenai pengurusan dan

penyenggaraan projek landskap. Selain itu, 100 borang soal selidik telah diedarkan untuk

mendapatkan maklum balas daripada orang awam berhubung dengan kepuasan mereka

terhadap pengurusan projek landskap oleh Majlis.

8.4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara November 2010 hingga Januari 2011 mendapati pada

keseluruhannya pengurusan projek landskap Majlis Perbandaran Temerloh adalah kurang

memuaskan. Antara kelemahan yang ditemui ialah sasaran penanaman pokok tidak

tercapai, pelaksanaan kerja tidak mengikut perancangan, kelemahan penyenggaraan

kawasan landskap, kawalan terhadap penerimaan/pengeluaran pokok/benih pokok/input

pertanian, kelemahan penyelenggaraan rekod aduan awam, kelemahan pemantauan

pengurusan landskap serta masalah kepuasan pengguna. Akibatnya matlamat Majlis untuk

menjadikan Temerloh sebagai Bandar Dalam Taman dengan memberikan perkhidmatan

berkualiti, mesra, bersih, indah dan menarik sukar untuk dicapai. Penjelasan lanjut mengenai

kelemahan yang diperhatikan adalah seperti berikut:

8.4.1. Perbelanjaan Jabatan Landskap Majlis Berbanding Dengan Peruntukan Yang

Diluluskan

Majlis memerlukan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk membuat bayaran kepada

pihak tertentu bagi kerja yang telah dilaksanakan. Peruntukan kewangan Majlis bagi tempoh

2008 hingga 2010 untuk pengurusan projek landskap adalah berjumlah RM2.48 juta yang

dibiayai oleh sumber kewangan Majlis, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

dan Jabatan Landskap Negara. Daripada jumlah tersebut sejumlah RM1.82 juta telah

dibelanjakan bagi tempoh berkenaan. Maklumat lanjut berkaitan dengan sumber peruntukan

kewangan dan perbelanjaan Majlis bagi tempoh 3 tahun adalah seperti berikut:

8.4.1.1. Sumber Kewangan Majlis

a. Pada tahun 2008 hingga 2010, Jabatan Landskap Majlis telah diluluskan peruntukan

masing-masingnya berjumlah RM231,586, RM264,074 dan RM275,623. Peruntukan

berkenaan digunakan untuk membiayai aktiviti-aktiviti Jabatan Landskap Majlis.

Bagaimanapun, prestasi perbelanjaan bagi tempoh 3 tahun berkenaan adalah rendah

berbanding dengan peruntukan yang diluluskan iaitu sebanyak RM196,788 atau

25.5% seperti di Jadual 8.1.

85


Jadual 8.1

Prestasi Perbelanjaan Jabatan Landskap Majlis

Bagi Tempoh 2008 Hingga 2010

Peruntukan

Peratus

Perbelanjaan

Tahun Diluluskan

Belanja

(RM) (RM) (%)

2008 231,586 88,731 38.3

2009 264,074 62,210 23.6

2010 275,623 45,847 16.6

Jumlah 771,283 196,788 25.5

Sumber: Majlis Perbandaran Temerloh

b. Analisis Audit terhadap peruntukan pada tahun 2010 mendapati sejumlah RM125,000

telah diluluskan untuk pembelian pokok dan benih manakala RM125,000 untuk

pembelian pasu hiasan. Sejumlah RM25,623 telah diluluskan untuk perbelanjaan lain

seperti racun dan baja. Daripada jumlah peruntukan yang diluluskan untuk pembelian

pokok dan benih, Majlis hanya membelanjakan sejumlah RM15,141 atau 12.1% bagi

pembelian 1,281 pokok dan benih. Manakala hanya sejumlah RM6,800 atau 5.4%

daripada jumlah peruntukan yang diluluskan telah dibelanjakan untuk pembelian pasu

hiasan. Berdasarkan temu bual pihak Audit dengan pihak Majlis, kurangan

perbelanjaan ini adalah disebabkan kelemahan komunikasi dan koordinasi antara

Jabatan Landskap dengan Jabatan Kewangan. Permohonan pembelian yang dibuat

oleh Jabatan Landskap tidak diluluskan oleh pihak pengurusan. Selain itu, Jabatan

Kewangan memberikan alasan Jabatan Landskap lewat mengemukakan

permohonan pembelian iaitu pada akhir tahun di mana peruntukan sedia ada telah

pun dibuat pindah peruntukan untuk menampung kos-kos perbelanjaan lain.

Kesannya Majlis tidak dapat mencapai sasaran programnya iaitu untuk menanam

20,000 pokok setahun dan pembelian 250 pasu hiasan bagi memberi impak yang

menarik dan terkini serta mewujudkan situasi keceriaan landskap. Butiran lanjut

prestasi perbelanjaan pada tahun 2010 adalah seperti di Jadual 8.2. Majlis

menjelaskan bahawa peruntukan untuk membiayai aktiviti-aktiviti Jabatan Landskap

telah digunakan untuk menampung perbelanjaan lain terutamanya perbelanjaan

mengurus dengan membuat pindah peruntukan pada akhir tahun kewangan.

Jadual 8.2

Prestasi Perbelanjaan Jabatan Landskap Majlis Pada Tahun 2010

Peruntukan Perbelanjaan Peratus

Bil.

Perkara

Belanja

(RM) (RM) (%)

1. Pembelian Pokok dan Benih 125,000 15,141 12.1

2. Pembelian Pasu Hiasan 125,000 6,800 5.4

3. Perbelanjaan Lain 25,623 23,906 93.3

Jumlah 275,623 45,847 16.6

Sumber: Majlis Perbandaran Temerloh

86


8.4.2. Sasaran Penanaman Pokok Tidak Tercapai

8.4.2.1. Salah satu objektif Jabatan Landskap adalah untuk meningkatkan tahap

keindahan dan keceriaan Bandar Temerloh dan suasana hijau pada kadar yang

maksimum iaitu dengan menggalakkan penanaman pokok yang teratur dan sistematik.

Jabatan Landskap Majlis telah mensasarkan penanaman sejumlah 20,000 pokok setahun

seperti mana ditetapkan di dalam Manual Kualiti MS ISO 9001: 2008. Jenis pokok yang

perlu ditanam pula adalah terdiri daripada pokok teduhan dan pokok renek. Sasaran

tersebut tidak dapat dicapai pada tahun 2009 dan 2010 walaupun peruntukan telah

diluluskan seperti di Jadual 8.3.

Jadual 8.3

Sasaran Dan Pencapaian Sebenar Penanaman Pokok

Pada Tahun 2008 Hingga 2010

Peratus

Sasaran Pencapaian

Tahun

Perbezaan Pencapaian

Penanaman Sebenar

(%)

2008 20,000 48,788 28,788 244.0

2009 20,000 2,657 (17,343) 13.3

2010 20,000 1,399 (18,601) 7.0

Jumlah 60,000 52,844 (7,156) 88.1

Sumber: Majlis Perbandaran Temerloh

8.4.2.2. Analisis Audit terhadap pencapaian sebenar sasaran penanaman pokok pada

tahun 2008 hingga 2010 mendapati 52,844 pokok atau 88.1% daripada 60,000 pokok

yang disasarkan dapat ditanam oleh Majlis. Bagaimanapun, pada tahun 2009 dan 2010

pencapaian penanaman pokok adalah menurun dengan ketara iaitu kepada 2,657 pokok

atau 13.3% dan 1,399 pokok atau 7.0% masing-masing. Sasaran penanaman pokok

pada kedua-dua tahun tersebut tidak dapat dicapai kerana Majlis tidak membelanjakan

peruntukan dalaman yang diluluskan untuk pembelian pokok dan benih. Kesan daripada

ini objektif Majlis untuk meningkatkan tahap keindahan dan keceriaan Bandar Temerloh

tidak tercapai. Majlis menjelaskan bahawa perbelanjaan yang dibuat hanya tertumpu

kepada pembelian peralatan penyenggaraan dan input pertanian seperti baja dan racun.

Pada pendapat Audit, pencapaian penanaman pokok Majlis adalah kurang

memuaskan kerana tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

8.4.3. Pelaksanaan Kerja Tidak Mengikut Perancangan

8.4.3.1. Tapak semaian Majlis terletak di dalam kawasan Taman Bandar Temerloh

dengan keluasan satu ekar persegi. Perkhidmatan yang disediakan adalah penyewaan

pasu bunga hiasan kepada agensi Kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan untuk

semua tujuan seperti hiasan dewan bagi majlis perasmian, mesyuarat, persidangan dan

perkahwinan. Lawatan Audit ke tapak semaian pada 22 Disember 2010 mendapati tapak

tersebut mengandungi pelbagai jenis pokok antaranya Lidah Buaya, Bunga Kertas, Bunga

Raya dan Ixora. Pokok bunga di tapak semaian berada dalam keadaan baik, segar dan

subur serta disusun dengan teratur di atas rak. Selain itu rumah teduhan juga dilengkapi

87


dengan sistem penyiraman serta jaring hitam untuk menahan cahaya matahari secara

terus ke pokok seperti Gambar 8.1.

Gambar 8.1

Tapak Semaian Yang Diurus Dengan Baik

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Tapak Semaian Jabatan Landskap

Tarikh: 22 Disember 2010

8.4.3.2. Kerja-kerja yang dilaksanakan di tapak semaian termasuklah penyiraman,

pembajaan, merumpai, pengawalan penyakit, pemangkasan, menyemai dan pembersihan

parit serta struktur kawasan. Kerja tersebut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu

Bahagian Pembiakan dan Bahagian Hiasan. Jadual kerja di tapak semaian menunjukkan

2,000 pokok benih perlu disemai oleh Bahagian Pembiakan. Semakan Audit mendapati

pencapaian sebenar tidak menepati perancangan yang telah ditetapkan. Ia disebabkan

oleh kelemahan pemantauan oleh pegawai yang bertanggungjawab. Kesan daripada

pelaksanaan kerja tidak mengikut perancangan menyebabkan hanya 600 stok pokok

benih dapat disemai pada bulan September 2010. Majlis menjelaskan bahawa Jabatan

Landskap mengalami masalah kekurangan kakitangan sejak tahun 2009. Majlis telah

mengambil tindakan dengan membuat penstrukturan semula kakitangan dan memastikan

pelaksanaan kerja mengikut perancangan.

Pada pendapat Audit, pengurusan tapak semaian adalah kurang memuaskan kerana

pelaksanaan kerja tidak mengikut jadual perancangan.

8.4.4. Kelemahan Penyenggaraan Kawasan Landskap

Kerja penyenggaraan landskap lembut terdiri daripada aktiviti penyiraman, pembajaan serta

penggemburan tanah, cantasan dahan, pembersihan kawasan taman, kolam serta tasik,

merumput, menyiram dan sebagainya. Kerja-kerja dilaksanakan secara harian, mingguan,

bulanan dan mengikut keperluan. Kekerapan kerja-kerja tersebut dilaksanakan mengikut

Jadual Kerja Penyenggaraan. Manakala penyenggaraan landskap kejur dilaksanakan

mengikut keperluan. Setiap pembangunan landskap memerlukan penyenggaraan yang baik

bagi menghasilkan kesan reka bentuk yang terbaik. Program penyenggaraan penting

sebagai panduan kerja untuk dijalankan secara teratur dan berterusan. Manual

penyenggaraan secara spesifik serta jadual pemeriksaan secara berkala perlu disediakan

88


untuk pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan. Garis Panduan Jabatan Landskap Negara

menyatakan semua sampah sarap perlu dimusnahkan supaya tidak menjadi sarang

pembiakan agen penyakit dan perosak tanaman. Selain itu, aspek keselamatan orang

awam perlu diberi perhatian. Semakan Audit mendapati kerja-kerja penyenggaraan landskap

Majlis dibahagikan kepada Unit Taman, Unit Penyiraman, Unit Perawatan dan

Unit Membentuk.

8.4.4.1. Unit Taman

a. Kawasan penyenggaraan meliputi Taman Bandar Temerloh dan Taman Tasik Chatin.

Kerja penyenggaraan yang dilaksanakan seperti penyenggaraan taman, peralatan

permainan dan senaman, tanaman, pembajaan tanaman, kawalan serangga dan

perosak serta sulaman dan penanaman pokok. Semakan Audit mendapati Jadual

Kerja Penyenggaraan Bulanan ada disediakan. Bagaimanapun, pihak Audit tidak

dapat memastikan pemantauan terhadap kerja-kerja penyenggaraan ada

dilaksanakan kerana tiada bukti semakan di dalam Jadual Kerja Penyenggaraan

Bulanan. Lawatan Audit ke taman-taman tersebut mendapati kerja-kerja

penyenggaraan landskap adalah tidak memuaskan kerana terdapat sisa-sisa

pemangkasan, sampah sarap serta pokok mati tidak ditebang seperti di Gambar 8.2

hingga Gambar 8.8.

Gambar 8.2

Sisa Pemangkasan Tidak Dibuang

Gambar 8.3

Sampah Sarap Tidak Dibersihkan

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Taman Bandar Temerloh

Tarikh: 22 Disember 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Taman Bandar Temerloh

Tarikh: 22 Disember 2010

89


Gambar 8.4

Pokok Mati Tidak Ditebang

Gambar 8.5

Sisa Pemangkasan Tidak Dibuang

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Taman Bandar Temerloh

Tarikh: 22 Disember 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Taman Tasik Chatin

Tarikh: 23 Disember 2010

Gambar 8.6 Gambar 8.7

Rangka Jeti Lama Tidak

Dikeluarkan Dari Kawasan Taman Tasik

Kesan Air Hujan Dari Tapak Pembinaan

Berhampiran Dialirkan Ke Dalam Tasik Dan

Rumput Yang Tidak Disenggara

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Taman Tasik Chatin

Tarikh: 23 Disember 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Taman Tasik Chatin

Tarikh: 23 Disember 2010

90


Gambar 8.8

Keadaan Jambatan Yang Rosak Di Taman Tasik Chatin

Membahayakan Pengunjung

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Taman Tasik Chatin

Tarikh: 23 Disember 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Taman Tasik Chatin

Tarikh: 23 Disember 2010

b. Keadaan seperti yang dilaporkan di perenggan di atas, boleh mencacatkan

keindahan taman serta membahayakan pengunjung taman. Majlis menjelaskan

bahawa rangka jeti ini telah diperbaiki dan akan digunakan semula. Selain itu, Majlis

telah membina perangkap lumpur untuk mengatasi masalah air hujan dari tapak

pembinaan berhampiran yang dialirkan ke dalam tasik di Taman Tasik Chatin.

c. Lawatan Audit ke Taman Bandar Temerloh dan Taman Tasik Chatin juga mendapati

beberapa peralatan permainan kanak-kanak yang rosak sejak tahun 2009 masih

belum diganti atau dibaiki dan juga terdapat peralatan senaman yang dibina di

kawasan yang tidak strategik. Berdasarkan temu bual yang dijalankan, pihak Majlis

menjelaskan kerosakan ini tidak dapat diganti atau dibaiki kerana tiada peruntukan

penyenggaraan disediakan. Keadaan ini boleh membahayakan pengunjung dan

mencacatkan pemandangan taman seperti di Gambar 8.9 hingga Gambar 8.14.

Menurut pihak Majlis sejumlah RM20,000 telah diluluskan untuk mengganti dan

memperbaiki peralatan permainan dan senaman di kedua-dua taman berkenaan.

91


Gambar 8.9 Gambar 8.10

Peralatan Permainan Papan Selaju Peralatan Permainan Gelongsor Yang Rosak

Yang Rosak

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Taman Bandar Temerloh

Tarikh: 22 Disember 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Taman Bandar Temerloh

Tarikh: 22 Disember 2010

Gambar 8.11 Gambar 8.12

Peralatan Permainan

Kanak-kanak Yang Rosak

Peralatan Permainan

Kanak-Kanak Yang Rosak

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Taman Tasik Chatin

Tarikh: 22 Disember 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Taman Tasik Chatin

Tarikh: 23 Disember 2010

92


Gambar 8.13 Gambar 8.14

Peralatan Senaman Yang Rosak

Peralatan Senaman Yang Dibina

Di Kawasan Yang Tidak Sesuai

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Taman Bandar Temerloh

Tarikh: 23 Disember 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Taman Bandar Temerloh

Tarikh: 23 Disember 2010

8.4.4.2. Unit Penyiraman

Kerja penyiraman merupakan suatu proses yang sangat penting bagi memastikan

tanaman yang ditanam mendapat bekalan air yang mencukupi untuk tumbesaran yang

optimum. Semakan Audit mendapati Jadual Perancangan Penyiraman Bulanan pada

tahun 2010 ada dibuat dan kerja-kerja penyiraman dilaksanakan mengikut jadual.

8.4.4.3. Unit Perawatan

Perawatan meliputi kerja-kerja menggembur tanah, membaja, merumput, meracun dan

membersihkan sisa-sisa tumbuhan serta sulaman. Semakan Audit ke atas kerja-kerja

perawatan mendapati Jadual Perancangan Penyenggaraan Perawatan ada disediakan

secara mingguan mengikut zon-zon yang ditetapkan. Bagaimanapun, terdapat

penyenggaraan perawatan yang dilakukan tidak mengikut jadual kerana mendapat

arahan daripada pihak pengurusan supaya melaksanakan penyenggaraan yang lebih

penting seperti mengalihkan pokok tumbang, menebang pokok yang membahayakan

keselamatan pengguna jalan raya serta mengalihkan pasu besar.

8.4.4.4. Unit Membentuk

Unit Membentuk bertanggungjawab melakukan kerja-kerja pembentukan pokok, trim,

merumput dan membersihkan sisa-sisa tumbuhan dan sulaman. Semakan Audit

mendapati Jadual Perancangan Penyenggaraan Membentuk pada tahun 2010 ada dibuat

namun tidak dilaksanakan sepenuhnya kerana terdapat perubahan kerja yang diarah oleh

pihak pengurusan.

Pada pendapat Audit, kerja-kerja penyenggaraan Landskap Majlis adalah kurang

memuaskan. Majlis perlu memberi penekanan terhadap penyenggaraan Landskap dan

kemudahan yang disediakan bagi menjamin keselamatan pengguna.

93


8.4.5. Kawalan Terhadap Penerimaan/Pengeluaran Pokok/Benih Pokok/Input

Pertanian

Majlis membeli pokok teduhan, pokok renek dan pokok bunga untuk dibekalkan kepada

tapak semaian bagi tujuan pembiakan anak pokok serta baja, racun, pasu bunga dan

sebagainya. Lawatan Audit ke tapak semaian pada 22 Disember 2010 mendapati daftar

tidak disediakan untuk merekodkan segala penerimaan dan pengeluaran semua jenis pokok

dan benih serta input pertanian untuk tujuan kawalan. Oleh itu, jumlah bahan dan peralatan

seperti baja, racun, pasu bunga dan sebagainya yang diterima dan dikeluarkan serta stok

sebenar tidak dapat dipastikan. Dengan ketiadaan daftar berkenaan, bukan sahaja

menyukarkan pihak Majlis menentukan re-ordering level tetapi juga ia boleh mengakibatkan

kemungkinan berlaku kehilangan dan sebagainya.

8.4.6. Kelemahan Penyelenggaraan Rekod Aduan Awam

Mengikut Piagam Pelanggan Jabatan Landskap, setiap aduan yang berkaitan dengan pokok

akan disiasat dan diambil tindakan dalam tempoh 14 hari. Pada tahun 2008 hingga 2010,

Jabatan Landskap Majlis telah menerima sebanyak 351 aduan daripada orang awam dan

kesemua kes telah diselesaikan. Daripada 351 kes aduan awam yang diterima, sebanyak

340 kes adalah berkaitan dengan pokok yang perlu diselesaikan dalam tempoh 14 hari.

Manakala 11 kes adalah berkaitan dengan membersihkan kawasan, mengalihkan pasu

besar dan pemotongan rumput. Semakan Audit mendapati hanya 59.7% atau 203 kes dapat

diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan dalam Piagam Pelanggan, 16.8% atau

57 kes melebihi 14 hari dan 23.5% atau 80 kes tidak dicatatkan tarikh tindakan dilaksanakan

seperti di Jadual 8.4. Majlis menjelaskan bahawa aduan awam yang tidak dapat

diselesaikan dalam tempoh 14 hari adalah berkaitan dengan pokok yang mempunyai

ketinggian melebihi 5.4 meter dan melibatkan kos yang tinggi di mana penyewaan kren

diperlukan untuk menyelesaikannya.

Jadual 8.4

Tempoh Masa Yang Diambil Untuk Menyelesaikan Aduan Berkaitan Pokok

Bilangan

Aduan

Diterima

Bilangan Kes Aduan Dapat Diselesaikan Peratus Dalam

Tempoh 14 hari

1-14 hari >15 hari Tiada Maklumat

Tahun

(%)

2008 28 28 - - 100

2009 159 85 34 40 53.5

2010 153 90 23 40 58.8

Jumlah 340 203 57 80 59.7

Sumber: Majlis Perbandaran Temerloh

Pada pendapat Audit, tindakan yang dilaksanakan oleh Jabatan Landskap Majlis

untuk menyelesaikan kes aduan awam adalah kurang memuaskan kerana tidak

mengikut tempoh yang ditetapkan seperti kehendak piagam pelanggan. Majlis perlu

menyelesaikan aduan yang diterima dengan segera bagi meningkatkan lagi

pandangan/persepsi orang awam terhadap Majlis.

94


8.4.7. Kelemahan Pemantauan Pengurusan Landskap

Pemantauan yang rapi dan berterusan adalah perlu bagi memastikan pengurusan projek

landskap mencapai matlamatnya. Majlis telah memantau pengurusan projek landskap

melalui Jawatankuasa Pengindahan dan Rekreasi, Mesyuarat Pengurusan serta Rondaan

oleh Bahagian Penguatkuasaan Majlis. Semakan Audit mendapati pemantauan yang

dijalankan kurang berkesan terutamanya terhadap kerja-kerja penyenggaraan di tamantaman

awam dan pelaksanaan kerja di tapak semaian. Kesannya kebersihan dan keindahan

kawasan landskap Majlis terjejas.

Pada pendapat Audit, pemantauan yang dijalankan oleh Majlis adalah kurang

memuaskan kerana kerja-kerja penyenggaraan tidak dilakukan dengan sempurna dan

pelaksanaan kerja di tapak semaian tidak mengikut perancangan.

8.4.8. Kepuasan Pengguna

8.4.8.1. Bagi menentukan tahap kepuasan pengguna terhadap pengurusan projek

landskap yang dilaksanakan oleh Majlis, pihak Audit telah mengedarkan 100 borang soal

selidik kepada orang awam di sekitar Bandar Temerloh. Analisis Audit terhadap 100

borang soal selidik yang telah diterima adalah seperti di Jadual 8.5.

Jadual 8.5

Analisis Tahap Kepuasan Orang Awam Terhadap Pengurusan Projek Landskap

Bil.

Perkara

Sangat

Baik

Baik

Tidak

Memuaskan

Jumlah

1. Kemudahan Mencukupi 14 54 32 100

2. Keselamatan Di Kawasan Landskap 3 40 57 100

3. Penyenggaraan Kebersihan 15 51 34 100

4. Penyenggaraan Kerosakan 3 36 61 100

5. Reka bentuk Landskap Bersesuaian 10 54 36 100

6. Maklumat/Panduan Dipamerkan 9 56 35 100

Sumber: Jabatan Audit Negara

8.4.8.2. Analisis Audit terhadap 6 perkara seperti di atas mendapati majoriti responden

menyatakan keselamatan di kawasan landskap dan penyenggaraan kerosakan adalah

kurang memuaskan. Sebanyak 57% responden tidak berpuas hati dengan keselamatan di

kawasan landskap. Manakala 61% tidak berpuas hati dengan penyenggaraan kerosakan

terutamanya peralatan permainan kanak-kanak.

Pada pendapat Audit, tahap kepuasan orang awam terhadap pengurusan Landskap

Majlis adalah tidak memuaskan terutamanya dari aspek keselamatan dan kerosakan

peralatan.

95


8.5. SYOR AUDIT

Bagi memperbaiki kelemahan ini dan memastikan perkara yang sama tidak berulang, adalah

disyorkan supaya Majlis Perbandaran Temerloh memberi pertimbangan kepada perkara

berikut:

8.5.1. Majlis hendaklah menyediakan butiran terperinci untuk menyokong anggaran

kewangan terhadap penyenggaraan dan pembelian pokok, benih, bahan serta peralatan

yang perlu dibeli.

8.5.2. Majlis hendaklah memantau dengan lebih rapi kerja-kerja penyenggaraan landskap

dengan menyediakan jadual pemantauan berkala.

8.5.3. Majlis hendaklah menyedia dan menyelenggarakan Daftar Penerimaan dan

Pengeluaran pokok, benih, baja, racun serta bahan dan peralatan lain dengan sempurna dan

kemas kini.

8.5.4. Majlis perlu mengambil tindakan proaktif untuk mengatasi aduan awam.

8.5.5. Majlis perlu meningkatkan pemantauan terhadap kerja-kerja penyenggaraan

di taman-taman awam dan pelaksanaan kerja di tapak semaian.

8.5.6. Majlis perlu meningkatkan tahap keselamatan di kawasan landskap dan

menggantikan peralatan senaman dan permainan yang rosak.

96


BAHAGIAN II

PENGURUSAN SYARIKAT

KERAJAAN NEGERI


BAHAGIAN II

PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

9. PENDAHULUAN

Seksyen 5(1)(d) Akta Audit 1957, memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk

mengaudit syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 yang menerima

geran/pinjaman/jaminan daripada Kerajaan Persekutuan atau Negeri dan syarikat di mana

lebih daripada 50% modal saham berbayar dipegang oleh Kerajaan

Persekutuan/Negeri/Agensi Kerajaan Negeri. Suatu Perintah yang dinamakan Perintah Audit

(Akaun Syarikat) 2004 (pindaan 2009) telah memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara

untuk mengaudit syarikat tersebut. Pada tahun 2010, Jabatan Audit Negara telah

melaksanakan pengauditan pengurusan syarikat IKIP Education Sdn. Bhd. (IKIP) dan LKPP

Property Sdn. Bhd. (LPSB).

YAYASAN PAHANG

10. IKIP EDUCATION SDN. BHD.

10.1. LATAR BELAKANG

10.1.1. IKIP Education Sdn. Bhd. (IKIP) juga dikenali sebagai IKIP International College telah

ditubuhkan pada 4 Mac 1992. IKIP merupakan syarikat milik penuh Yayasan Pahang

dengan modal dibenarkan berjumlah RM10 juta dan modal berbayar RM5.90 juta. Tujuan

utama penubuhan IKIP ialah bagi meningkatkan bilangan graduan terutamanya anak

Pahang dalam bidang pengajian tinggi serta memberi peluang belajar kepada semua

golongan masyarakat. Misi IKIP antara lainnya adalah menjadi kolej pendidikan swasta dan

latihan antara yang terbaik di Malaysia, mampu melahirkan graduan cemerlang dalam

bidang akademik, tinggi tahap kemahiran dan sempurna perwatakan.

10.1.2. IKIP merupakan kolej pendidikan swasta yang menawarkan pelbagai program sijil

kemahiran, diploma dan ijazah melalui program dalaman dan program kerja sama dengan

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan luar negara. IKIP mempunyai 2 buah kampus

iaitu Kampus Taman Gelora dan Kampus Taman Pertanian di Kuantan. Semua kursus yang

ditawarkan di IKIP telah mendapat pengiktirafan akreditasi daripada Agensi Kelayakan

Malaysia.

10.1.3. IKIP diterajui oleh 8 orang Ahli Lembaga Pengarah di mana 2 orang daripadanya

adalah wakil Kerajaan. Pengurusan syarikat ini diketuai oleh Presiden, dibantu oleh 155

kakitangan eksekutif dan bukan eksekutif. IKIP mempunyai 2 syarikat subsidiari iaitu IKIP

Training Sdn. Bhd. dan IKIP KLC Sdn. Bhd. IKIP Training Sdn. Bhd. mengendalikan kursus

99


jangka pendek di 2 buah kampus iaitu Kampus Kubang Buaya, Kuantan dan Kampus

Bentong, Bentong. Manakala IKIP KLC Sdn. Bhd. adalah berstatus dorman dan tiada

operasi.

10.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada prestasi kewangan syarikat adalah

memuaskan, pengurusan aktiviti syarikat dan kewangan serta tadbir urus korporat

dilaksanakan dengan teratur selaras dengan objektif penubuhannya.

10.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN

Pengauditan ini meliputi aspek kewangan dan aktiviti utama IKIP bagi tempoh tahun 2008

hingga 2010. Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod dan dokumen berkaitan

aktiviti utama syarikat. Analisis prestasi kewangan dibuat berdasarkan penyata kewangan

beraudit bagi tempoh 3 tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007 hingga 2009.

Perbincangan, temu bual dan soal selidik juga diadakan dengan pegawai syarikat, pelajar

dan orang awam. Selain itu, pemeriksaan dan lawatan Audit turut dibuat terhadap aset,

aktiviti syarikat dan kemudahan yang disediakan.

10.4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Oktober 2010 mendapati IKIP

mengalami kerugian sebelum cukai pada tahun 2008 dan 2009. Pengurusan aktiviti utama

syarikat iaitu program pendidikan secara swasta telah dilaksanakan dengan memuaskan,

namun masih terdapat beberapa kelemahan seperti penyertaan pelajar masih di bawah

sasaran yang ditetapkan sehingga IKIP terpaksa menampung kos yang tinggi dan masih

memerlukan bantuan kewangan daripada Yayasan Pahang. Penjelasan lanjut berhubung

dengan perkara yang ditemui adalah seperti berikut:

10.4.1. Prestasi Kewangan

10.4.1.1. Analisis Trend

a. Pada tahun 2007, IKIP mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM1.14

juta. Namun, pada tahun 2008 dan 2009 IKIP mengalami kerugian sebelum cukai

berjumlah RM4.51 juta dan RM0.25 juta masing-masing. Kerugian yang ditanggung

syarikat adalah disebabkan peningkatan dalam jumlah pendapatan tidak seimbang

dengan peningkatan dalam jumlah perbelanjaan.

b. Pendapatan utama IKIP adalah yuran pengajian dan geran daripada Yayasan

Pahang. Pendapatan syarikat pada tahun 2007 adalah berjumlah RM13.85 juta dan

meningkat kepada RM16.92 juta pada tahun 2008 dan seterusnya meningkat kepada

RM21.05 juta pada tahun 2009. Analisis Audit mendapati peningkatan pendapatan

sejumlah RM3.07 juta atau 22.1% pada tahun 2008 dan RM4.13 juta atau 24.4%

pada tahun 2009 ini adalah disebabkan peningkatan bilangan pelajar seramai 390

orang atau 26% pada tahun 2008 (2007 - 1,487 orang dan 2008 - 1,877 orang) dan

100


206 orang atau 11% pada tahun 2009 (2008 - 1,877 orang dan 2009 - 2083 orang).

Selain itu, geran daripada Yayasan Pahang iaitu sejumlah RM1.76 juta, RM3.85 juta

dan RM4.22 juta masing-masing bagi tahun kewangan 2007, 2008 dan 2009 juga

menyumbang kepada peningkatan pendapatan ini.

c. Analisis Audit terhadap perbelanjaan IKIP pula mendapati berlaku peningkatan ketara

terhadap jumlah perbelanjaan pada tahun 2008. Pada tahun 2007, perbelanjaan

syarikat adalah berjumlah RM12.71 juta meningkat kepada RM21.43 juta pada tahun

2008 dan menurun sedikit kepada RM21.30 juta pada tahun 2009. Peningkatan

sejumlah RM8.72 juta atau 68.6% pada tahun 2008 ini adalah disebabkan

peningkatan dalam perbelanjaan kos kakitangan iaitu sejumlah 42% pada tahun 2008

dan meningkat lagi sebanyak 33% pada tahun 2009. Peningkatan ketara kos ini

adalah disebabkan pelarasan gaji kakitangan yang dibuat pada tahun 2008 termasuk

bayaran bonus.

d. Kedudukan pendapatan dan perbelanjaan serta untung rugi IKIP bagi tahun

kewangan 2007 hingga 2009 adalah seperti di Jadual 10.1, Carta 10.1 dan

Carta 10.2.

Jadual 10.1

Pendapatan, Perbelanjaan Dan Untung Rugi IKIP

Bagi Tahun Kewangan 2007 Hingga 2009

Tahun

Butiran

2007

(RM Juta)

2008

(RM Juta)

2009

(RM Juta)

Pendapatan 10.14 11.52 13.13

Perbelanjaan Operasi 3.84 5.78 5.80

Untung Kasar 6.30 5.74 7.33

Pendapatan Lain 3.71 5.40 7.92

Perbelanjaan Am Dan Pentadbiran 8.78 15.56 15.35

Untung/(Rugi) Operasi 1.23 (4.42) (0.10)

Kos Kewangan 0.09 0.09 0.15

Untung/(Rugi) Sebelum Cukai 1.14 (4.51) (0.25)

Cukai (0.05) 0.04 (0.01)

Untung/(Rugi) Selepas Cukai 1.09 (4.47) (0.26)

Sumber: IKIP Education Sdn. Bhd.

101


Carta 10.1

Trend Keuntungan/Kerugian Sebelum Cukai

IKIP Bagi Tahun Kewangan

2007 Hingga 2009

(RM Juta)

2

1

0

(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

1.14

Sumber: IKIP Education Sdn. Bhd.

(4.51)

(0.25)

2007 2008 2009

Tahun

(RM Juta)

Carta 10.2

Trend Pendapatan Dan Perbelanjaan IKIP

Bagi Tahun Kewangan

2007 Hingga 2009

25

20

15

10

5

0

13.85

12.71

2007 2008 2009

Pendapatan

16.92

21.43

Sumber: IKIP Education Sdn. Bhd.

21.05

21.30

Perbelanjaan

Tahun

10.4.1.2. Analisis Nisbah

Bagi menilai prestasi kewangan syarikat dengan lebih jelas beberapa analisis nisbah

kewangan telah dijalankan terhadap butiran yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan

dan Penyata Pendapatan Syarikat bagi tahun kewangan 2007 hingga 2009. Hasil analisis

nisbah kewangan adalah seperti di Jadual 10.2.

Jadual 10.2

Analisis Nisbah Kewangan IKIP

Bagi Tahun Kewangan 2007 Hingga 2009

Tahun

Butiran

2007 2008 2009

Nisbah Semasa 1.06:1 0.33:1 0.40:1

Margin Untung Bersih 11% (39%) (2%)

Pulangan Atas Aset 0.07:1 (0.18):1 (0.01):1

Pulangan Atas Ekuiti 0.18:1 (0.76):1 (0.04):1

Sumber: IKIP Education Sdn. Bhd.

a. Nisbah Semasa

Nisbah Semasa dikira dengan membandingkan aset semasa dengan liabiliti semasa.

Nisbah ini digunakan bagi menentukan sejauh mana kemampuan aset semasa

syarikat yang boleh ditukar segera kepada tunai bagi menampung liabiliti jangka

pendek syarikat. Semakin tinggi nisbah, semakin meningkat kecairan syarikat.

Analisis Audit mendapati kadar kecairan IKIP bagi tahun kewangan 2007 hingga

2009 adalah antara 0.33 hingga 1.06 kali. Nisbah Semasa yang kurang daripada

satu bagi tahun kewangan 2008 dan 2009 menunjukkan IKIP kurang berupaya untuk

menanggung keseluruhan liabiliti semasanya. Termasuk dalam liabiliti semasa

syarikat bagi tahun kewangan 2009 adalah jumlah terhutang kepada Yayasan

Pahang sejumlah RM14 juta yang timbul berikutan pemindahan aset tetap kepada

syarikat pada tahun 2007. Jumlah ini dimaklumkan akan dijadikan modal berbayar

Yayasan Pahang kepada syarikat dalam masa terdekat.

102


. Margin Keuntungan

Margin Keuntungan digunakan bagi mengukur kadar keuntungan selepas cukai bagi

setiap ringgit hasil yang dipungut daripada perniagaan utama syarikat. Peningkatan

margin ini menunjukkan meningkatnya kecekapan sesebuah syarikat di mana bagi

setiap ringgit kenaikan pendapatan, ia memberi kesan langsung dan nilai tambah

terhadap kadar keuntungan syarikat. Analisis Audit terhadap margin keuntungan IKIP

bagi tahun kewangan 2007 hingga 2009 menunjukkan IKIP memperoleh keuntungan

pada kadar 11% pada tahun 2007. Manakala, pada tahun 2008 dan 2009 syarikat

mengalami kerugian pada kadar 39% dan 2% masing-masing. Margin keuntungan ini

menunjukkan kecekapan syarikat dalam menjana keuntungan adalah lemah.

c. Pulangan Atas Aset

Nisbah Pulangan Atas Aset digunakan bagi mengukur pulangan yang diperoleh

syarikat daripada pelaburan asetnya iaitu pulangan bersih yang diperoleh bagi setiap

ringgit aset yang digunakan. Semakin tinggi hasil yang diperoleh daripada setiap

ringgit aset yang digunakan, semakin cekap syarikat menguruskan asetnya. Analisis

Audit mendapati pulangan yang diterima pada tahun 2007 adalah sejumlah 7 sen.

Namun pada tahun 2008 dan 2009 syarikat telah mengalami kerugian berjumlah 18

sen dan satu sen masing-masing bagi setiap ringgit aset yang diguna. Nisbah ini

menunjukkan IKIP kurang cekap menguruskan asetnya bagi menjana keuntungan.

d. Pulangan Atas Ekuiti

Nisbah Pulangan Atas Ekuiti digunakan bagi mengukur pulangan ke atas jumlah

ekuiti syarikat yang dilaburkan iaitu pulangan bersih yang diperoleh bagi setiap ringgit

ekuiti yang digunakan. Semakin tinggi hasil yang diperoleh daripada setiap ringgit

ekuiti yang digunakan, semakin cekap syarikat menguruskan ekuitinya. Analisis Audit

terhadap nisbah Pulangan Atas Ekuiti IKIP bagi tahun kewangan 2007 hingga 2009

adalah kurang memuaskan. Hanya pada tahun 2007 syarikat mendapat pulangan

berjumlah 18 sen bagi setiap ringgit ekuiti yang digunakan. Manakala, bagi tahun

kewangan 2008 dan 2009 syarikat mengalami kerugian berjumlah 76 sen dan 4 sen

masing-masing bagi setiap ringgit ekuiti yang digunakan. Keadaan ini menunjukkan

IKIP tidak cekap menggunakan ekuitinya bagi menjana keuntungan kepada syarikat.

Pada pendapat Audit, prestasi kewangan IKIP adalah kurang memuaskan. Syarikat

telah mengalami kerugian pada tahun 2008 dan 2009 disebabkan perbelanjaan

syarikat naik secara mendadak pada tahun 2008. Kerugian syarikat juga akan

bertambah jika tiada bantuan kewangan berterusan daripada Yayasan Pahang.

10.4.2. Pengurusan Aktiviti

Sebagai sebuah kolej pendidikan swasta, aktiviti utama IKIP adalah melaksanakan program

pendidikan dengan menawarkan kursus pengajian dalam pelbagai bidang bagi melahirkan

graduan cemerlang. Pengauditan yang dijalankan terhadap aktiviti utama syarikat mendapati

perkara seperti berikut:

103


10.4.2.1. Pencapaian Sasaran Pengambilan Pelajar

a. Semakan Audit mendapati pada Julai 2010 jumlah pelajar di IKIP adalah seramai

2,247 orang. Pecahan bilangan pelajar mengikut Sekolah Pengajian adalah seperti di

Carta 10.3.

Carta 10.3

Pecahan Bilangan Pelajar IKIP Mengikut Sekolah Pengajian Pada Julai 2010

243

(11%)

236 (10%)

38 (2%)

Sekolah Pengajian Sains Dan

Teknologi

Sekolah Pengajian Diploma

309 (14%)

1,028 (46%)

Sekolah Pengajian Islam

393 (17%)

Sumber: IKIP Education Sdn. Bhd.

Sekolah Pengurusan

Perniagaan

Sekolah Pengajian Seni Lukis

Dan Seni Reka

Sekolah Pengajian Graduan

Luar Negara

b. Analisis Audit terhadap bilangan pelajar IKIP mendapati berlaku peningkatan pada

bilangan pelajar yang mendaftar tetapi masih belum mencapai sasaran yang

ditetapkan iaitu antara 17.2% hingga 26.4% bagi tempoh 2008 hingga 2010. IKIP

perlu meningkatkan usaha bagi menarik lebih ramai pelajar agar bebanan kewangan

IKIP dapat dikurangkan dan segala kemudahan dapat digunakan dengan

semaksimumnya. Bilangan pelajar yang disasarkan dan mendaftar di IKIP pada

tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti di Jadual 10.3.

Jadual 10.3

Jumlah Pelajar Yang Disasarkan Dan Yang Mendaftar Di IKIP

Pada Tahun 2008 Hingga 2010

Perkara

Bilangan Pelajar

2008 2009 2010

Bilangan Pelajar Yang Disasarkan 2,550 2,650 2,650

Bilangan Pelajar Yang Mendaftar 1,877 2,083 2,193

Perbezaan 673 567 457

Tidak Mencapai Sasaran (%) 26.4 21.4 17.2

Sumber: IKIP Education Sdn. Bhd.

c. Semakan Audit mendapati pada tahun 2008 hingga 2010, IKIP telah membelanjakan

sejumlah RM3.89 juta untuk perbelanjaan promosi dalam pelbagai bentuk seperti

taklimat pendidikan dan pameran; e-Marketing; pengiklanan melalui media cetak dan

media elektronik; paparan luar atau Out Of Home (OOH); dan pelantikan agen bagi

pelajar tempatan/Sabah dan Sarawak melalui kempen one to one, di mana seorang

pelajar membawa masuk sekurang-kurangnya seorang pelajar baru untuk mendaftar

dan pelajar tersebut akan mendapat komisen seperti yang dipersetujui. Walaupun

104


IKIP giat menjalankan promosi, namun bilangan pelajar yang disasarkan masih

belum mampu dicapai sepenuhnya.

10.4.2.2. Prestasi Pelajar IKIP

a. Kecemerlangan sesebuah kolej boleh diukur berdasarkan prestasi pencapaian

akademik oleh pelajar. Semakan Audit terhadap bilangan pelajar yang mendaftar

masuk dan bilangan pelajar lulus dan tamat pengajian IKIP bagi 3 tempoh pengajian

mendapati maklumat seperti di Jadual 10.4.

Jadual 10.4

Perbandingan Antara Bilangan Pelajar Masuk, Lulus dan

Berhenti/Tangguh/Extend/Gagal Bagi 3 Tempoh Pengajian IKIP

Bilangan Pelajar

Tempoh Pengajian

Berhenti/

Mendaftar Lulus Tangguh/

Extend/Gagal

2004-2007 512 166 346

2005-2008 590 126 464

2006-2009 696 293 403

Jumlah 1,798 585 1,213

Sumber: IKIP Education Sdn. Bhd.

b. Analisis Audit terhadap bilangan pelajar yang lulus dan tamat pengajian berbanding

pelajar yang mendaftar bagi 3 tempoh pengajian bagi program yang ditawarkan IKIP

mendapati, nisbah keseluruhannya adalah 0.33:1. Ini bermakna hanya 33% sahaja

pelajar lulus mengikut tempoh pengajian manakala, bakinya adalah pelajar yang

berhenti, tangguh, extend dan gagal. Selain itu, analisis Audit juga mendapati

program yang mencatatkan bilangan pelajar yang paling kurang lulus mengikut

tempoh pengajian yang sepatutnya adalah program kerjasama dengan Universiti

Napier, Scotland diikuti dengan UTM. Program kerjasama dengan Universiti Napier

mencatatkan peratus pelajar lulus adalah 14.8% sahaja. Manakala program

kerjasama dengan UTM yang melibatkan kursus antaranya seperti Diploma

Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Pengurusan

Teknologi dan Diploma Kejuruteraan Elektrik mencatatkan hanya 19.2%. Analisis

Audit juga mendapati daripada 8 program yang ditawarkan hanya 3 program sahaja

yang mencatatkan lebih 50% daripada bilangan pelajarnya lulus dan tamat pengajian

mengikut tempoh pengajian.

c. Semakan Audit terhadap prestasi pencapaian pelajar berdasarkan CGPA pada tahun

2008 dan 2009 pula mendapati maklumat seperti di Jadual 10.5. Analisis Audit

mendapati, daripada 1,160 dan 1,706 pelajar yang menduduki peperiksaan bagi 2

sesi pengajian tahun 2008, hanya 26% dan 21% pelajar sahaja yang memperoleh

CGPA melebihi 3.00. Manakala 35% dan 33% pelajar mendapat CGPA antara 2.50

hingga 2.99 serta 39% dan 46% pelajar mendapat CGPA kurang daripada 2.49.

Analisis Audit terhadap prestasi pencapaian pelajar bagi 2 sesi pengajian tahun 2009

pula mendapati hanya 21% dan 20% pelajar sahaja yang memperoleh CGPA

melebihi 3.00. Keadaan ini menunjukkan prestasi pelajar IKIP berdasarkan CGPA

105


pada tahun 2008 dan 2009 adalah kurang memuaskan kerana lebih 70% pelajarnya

memperoleh CGPA di bawah 2.99.

Jadual 10.5

Prestasi Pencapaian Pelajar IKIP Mengikut CGPA Pada Tahun 2008 Dan 2009

CGPA

Sesi

Bil. Kurang daripada

Lebih daripada

2.50 Hingga 2.99

Pelajar 2.49

3.00

(Bil.) (%) (Bil.) (%) (Bil.) (%)

Januari - Mei 2008 1,160 458 39 402 35 300 26

Julai - Disember 1,706 788 46 564 33 354 21

2008

Januari - Mei 1,508 628 42 558 37 322 21

2009

Julai - Disember 1,849 896 48 586 32 367 20

2009

Sumber: IKIP Education Sdn. Bhd.

10.4.2.3. Tunggakan Yuran

a. Sebagai sebuah pusat pengajian swasta yang memperoleh hasil daripada bayaran

yuran pelajar, sistem kutipan yuran merupakan aspek utama yang perlu diberi

perhatian. Semakan Audit mendapati baki yuran yang belum dikutip oleh IKIP bagi

tahun kewangan 2009 adalah berjumlah RM7.70 juta. Daripada jumlah tersebut

sejumlah RM3.79 juta merupakan yuran tertunggak yang melebihi tempoh 3 tahun.

b. Analisis Audit mendapati daripada jumlah tunggakan yuran tersebut sejumlah

RM0.39 juta merupakan yuran pengajian bagi program kerjasama yang telah

ditamatkan pengajiannya iaitu La Trobe University Australia, Napier University

Scotland, Heriot Watt University Scotland dan Universiti Malaya kerana tidak

mendapat pengiktirafan akreditasi daripada MQA. Pihak Audit mendapati antara

faktor lain yang menyebabkan peningkatan tunggakan yuran ini adalah seperti

berikut:

i. Kebanyakan pelajar IKIP adalah daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Mereka bergantung penuh kepada pembiayaan yang diterima daripada badan

penaja seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis

Amanah Rakyat (MARA) dan Yayasan Pahang. Namun setiap penaja tersebut

mempunyai syarat perjanjian penajaan yang berbeza. Pelajar yang tidak layak

menerima pembiayaan daripada Yayasan Pahang atau MARA kerana syarat

permohonannya yang agak ketat, maka mereka wajib mendapatkan penajaan

PTPTN. Bagaimanapun, jumlah tajaan oleh PTPTN adalah rendah dan tiada

bayaran khusus bagi elaun sara hidup. Keadaan ini menyebabkan baki pinjaman

selepas ditolak yuran pengajian tidak mampu menampung kos penginapan dan

kos lain yang berkaitan.

ii.

Pelajar yang gagal mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) seperti yang

disyaratkan oleh badan penaja iaitu kurang 2.00 bagi PTPTN dan kurang 2.50

bagi 2 semester berturut-turut bagi MARA, tajaan mereka akan diberhentikan.

106


Pihak penaja juga tidak akan membuat bayaran balik bagi semester yang tidak

ditaja.

iii. Pelajar yang berhenti tanpa notis dan tidak dapat dihubungi.

iv. Pelajar yang menamatkan pengajian pada semester pertama sebelum tajaan

ditandatangani.

c. Bagi menangani masalah ini, IKIP telah mengambil pelbagai tindakan seperti:

i. Pelajar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir sehingga jumlah

tunggakan yuran dijelaskan.

ii.

Pelajar yang menyambung semester tidak dibenarkan mendaftar subjek

sehingga tunggakan yuran dijelaskan.

iii. Saman akan difailkan sekiranya pelajar masih gagal menjelaskan hutang. Pelajar

yang dikenakan tindakan undang-undang perlu menjelaskan sendiri kos guaman.

iv. Bantuan agen kutipan dan guaman digunakan bagi membuat carian ke atas

pelajar yang gagal dihubungi.

d. Pada tahun 2010 sejumlah RM465,000 baki tunggakan hutang pelajar-pelajar yang

meninggalkan kolej sebelum tahun 2007 telah diberi surat peringatan bagi diambil

tindakan undang-undang. Daripada jumlah tersebut RM40,000 atau 9% telah berjaya

dikutip balik. Semakan Audit selanjutnya mendapati IKIP ada membuat peruntukan

hutang ragu sejumlah RM3.05 juta pada tahun 2008 bagi mengatasi masalah

tunggakan yuran tersebut. Pada tahun 2009 sejumlah RM1.61 juta daripada

peruntukan hutang ragu tersebut telah dipulihkan semula selepas pelarasan dibuat ke

atas baki tunggakan yuran.

Pada pendapat Audit, pengurusan aktiviti IKIP adalah kurang memuaskan. Bilangan

pelajar yang disasarkan masih belum dapat dicapai menyebabkan setiap kemudahan

yang disediakan tidak digunakan sepenuhnya. Selain itu, jumlah tunggakan yuran

pelajar juga adalah tinggi dan prestasi pencapaian akademik pelajar pula kurang

memberangsangkan.

10.4.3. Tadbir Urus Korporat

Sebagai sebuah syarikat yang dimiliki oleh Agensi Kerajaan Negeri, IKIP adalah tertakluk

kepada Akta Syarikat 1965, Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia, pekeliling berkaitan

pengurusan syarikat Kerajaan oleh Perbendaharaan Malaysia (pemakaiannya telah

dipersetujui semasa Persidangan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri ke 69

pada 10 Jun 1993) serta peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dari semasa ke

semasa. Antara lain kehendak peraturan dan pekeliling yang dinyatakan adalah berkaitan

keperluan melantik Lembaga Pengarah, had pembayaran elaun Ahli Lembaga Pengarah,

pembayaran dividen, pembayaran bonus dan sebagainya. Semakan Audit terhadap tadbir

urus korporat IKIP mendapati perkara seperti berikut:

107


10.4.3.1. Manfaat Lembaga Pengarah

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1993 menetapkan bahawa bayaran yang boleh

disimpan oleh pegawai Kerajaan yang dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah adalah

mengikut kategori gred jawatan pegawai. Semakan Audit mendapati elaun yang diterima

pada tahun 2009 oleh wakil Kerajaan yang dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah IKIP

adalah melebihi had yang ditetapkan pekeliling berkaitan seperti di Jadual 10.6.

Jadual 10.6

Jumlah Bayaran Yang Diterima Oleh Ahli Lembaga Pengarah IKIP

Dan Had Yang Ditetapkan Pekeliling

Elaun

Elaun Yang Diterima

Tahunan Elaun

(RM)

Layak Terlebih

Gred Jawatan

Bil.

Disimpan Bayar

Pengarah

Mengikut Setahun

2008 2009 2010

Pekeliling

(RM) (RM)

1. JUSA C 14,800 26,100 16,250 18,000 8,100

2. N54 - - 6,300 15,000 -

Sumber: IKIP Education Sdn. Bhd.

10.4.3.2. Jawatankuasa Audit Dan Unit Audit Dalam

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 1993, menghendaki Jawatankuasa Audit Dan

Pemeriksaan ditubuhkan oleh syarikat Kerajaan. Antara fungsinya adalah untuk

memastikan keutuhan kawalan dalaman syarikat, mengesan kelemahan pengurusan

syarikat dan mengeluarkan garis panduan untuk pembetulan dan penambahbaikan.

Keanggotaan Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan ini mestilah terdiri daripada pihak

pengurusan dan ahli luar. Peranan Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan yang

ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 1993 antara lain adalah

termasuk menyemak aktiviti Audit Dalam. Semakan Audit mendapati sehingga akhir tahun

2010, Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan dan Unit Audit Dalam belum lagi

ditubuhkan.

10.4.3.3. Pengurusan Kewangan

Pengurusan kewangan adalah meliputi kawalan bajet, kawalan pendapatan, kawalan

perbelanjaan, pengurusan sumber manusia, pengurusan aset dan stor serta pengurusan

pinjaman. Pengurusan kewangan yang cekap akan memantapkan lagi pengurusan

syarikat. Semakan Audit terhadap pengurusan kewangan IKIP mendapati perkara seperti

berikut:

a. Pembayaran Bonus

Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 1993, bayaran bonus kepada

pegawai dan kakitangan syarikat boleh dilaksanakan apabila syarikat memperoleh

keuntungan operasi yang munasabah sebelum cukai. Cadangan bagi bayaran bonus

hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri untuk

pertimbangan dan kelulusan Menteri Besar. Semakan Audit mendapati bagi tahun

108


kewangan 2007 hingga 2009 IKIP telah membuat pembayaran bonus berjumlah

RM2.10 juta kepada kakitangannya seperti di Jadual 10.7 walaupun syarikat telah

mengalami kerugian sebelum cukai berjumlah RM4.51 juta dan RM0.25 juta masingmasingnya

pada tahun 2008 dan 2009. Cadangan bayaran bonus IKIP disediakan

oleh Jabatan Kewangan serta diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah sahaja

dan tidak dibawa untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri bagi

kelulusan Menteri Besar seperti kehendak Pekeliling Perbendaharaan berkenaan.

Jadual 10.7

Pembayaran Bonus IKIP Pada Tahun 2007 Hingga 2009

Keuntungan/ Bayaran Bonus

Tahun

(Kerugian)

Sebelum Cukai

Kadar Jumlah

(RM Juta) (Bulan) (RM Juta)

2007 1.14 1 0.57

2008 (4.51) 2 0.96

2009 (0.25) 1 0.57

Jumlah 2.10

Sumber: IKIP Education Sdn. Bhd.

b. Pembayaran Dividen

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 1993 (Dasar Dan Garis Panduan

Pembayaran Dividen Oleh Syarikat Kerajaan) ada menetapkan mengenai

pembayaran dividen sekurang-kurangnya 10% daripada keuntungan yang diperoleh

bagi sesuatu tahun kewangan syarikat kepada Kerajaan/Agensi Kerajaan sebagai

pulangan kepada pelaburan. Pada tahun 2007, IKIP memperoleh keuntungan

berjumlah RM1.09 juta. Manakala bagi tahun kewangan 2008 dan 2009 pula syarikat

mengalami kerugian berjumlah RM4.47 juta dan RM0.26 juta masing-masing.

Semakan Audit mendapati tiada pembayaran dividen yang dibuat kepada Agensi

Induk bagi tahun kewangan 2007 walaupun syarikat memperoleh keuntungan. Ia

adalah disebabkan syarikat masih lagi bergantung kepada geran pembiayaan

daripada Agensi Induk bagi membantu operasinya.

c. Perjanjian Pendahuluan/Bantuan Kewangan

IKIP ada memberi pinjaman atau pendahuluan kepada syarikat milikan sebagai

kemudahan kewangan. Baki pendahuluan yang diberi kepada syarikat milikannya

iaitu IKIP Training Sdn. Bhd. pada tahun 2007, 2008 dan 2009 adalah berjumlah

RM1.38 juta, RM2.46 juta dan RM2.91 juta masing-masing. Pendahuluan ini adalah

merupakan tunggakan bayaran sewa yang masih belum dijelaskan oleh IKIP Training

Sdn. Bhd. Selain itu semakan Audit mendapati IKIP juga ada menerima bantuan

kewangan daripada Agensi Induk iaitu Yayasan Pahang berjumlah RM0.16 juta,

RM14.04 juta dan RM14.37 juta masing-masing bagi tahun kewangan 2007, 2008

dan 2009. Pihak Audit mendapati kesemua pendahuluan yang diberi dan bantuan

kewangan yang diterima tidak diikat dengan sebarang perjanjian. Oleh yang

demikian, jumlah bantuan kewangan ini tidak dikenakan sebarang faedah, tidak

dijamin dan tidak mempunyai tempoh bayaran balik yang tertentu. Jumlah Terhutang

109


Oleh/Kepada Syarikat Milikan, Syarikat Berkaitan dan Syarikat Induk adalah seperti di

Jadual 10.8.

Jadual 10.8

Jumlah Terhutang Oleh/Kepada Syarikat Milikan, Syarikat Berkaitan

Dan Syarikat Induk Bagi Tahun Kewangan 2007 Hingga 2009

Tahun Kewangan

Perkara

2007 2008 2009

Jumlah Terhutang Oleh

Syarikat Milikan

Penghutang

(IKIP Training)

Jumlah Terhutang Oleh

Syarikat Lain

Jumlah Terhutang Kepada

Syarikat Induk

Pemiutang (Yayasan Pahang)

Jumlah Terhutang Kepada

Syarikat Lain

Sumber: IKIP Education Sdn. Bhd.

(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

1.38 2.46 2.91

0.04 0.04 0.15

0.16 14.04 14.37

1.43 - -

Pada pendapat Audit, tadbir urus korporat IKIP adalah memuaskan. Namun, peraturan

dan pekeliling Kerajaan berkaitan syarikat Kerajaan perlulah dipatuhi sewajarnya

terutama dalam mengawal perbelanjaan bagi memastikan kepentingan Kerajaan

adalah terpelihara.

10.5. SYOR AUDIT

Bagi memastikan objektif penubuhan IKIP dapat dicapai sepenuhnya dan Kerajaan sebagai

pemegang ekuiti mendapat value for money, adalah disyorkan pihak yang terlibat mengambil

tindakan-tindakan seperti berikut:

10.5.1. Memperkemaskan tadbir urus korporat syarikat dengan menjadikan Kod Tadbir Urus

Korporat Malaysia sebagai amalan harian serta mematuhi segala peraturan yang ditetapkan

berkaitan syarikat Kerajaan.

10.5.2. Mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan syarikat dengan mengamalkan

perbelanjaan secara berhemah bagi mengurangkan bebanan kewangan syarikat.

10.5.3. Memperkemaskan sistem kutipan yuran bagi mengelakkan tunggakan yuran yang

akan membawa kerugian kepada syarikat.

10.5.4. Memperhebatkan lagi promosi terutama kepada pelajar tahun akhir persekolahan

bagi meningkatkan jumlah pelajar IKIP dan seterusnya mencapai sasaran yang ditetapkan.

110


LEMBAGA KEMAJUAN PERUSAHAAN PERTANIAN NEGERI PAHANG

11. LKPP PROPERTY SDN. BHD.

11.1. LATAR BELAKANG

11.1.1. LKPP Property Sdn. Bhd. (LPSB) telah ditubuhkan dan beroperasi pada 8 Mac 1996

dengan modal saham dibenarkan berjumlah RM5 juta dan modal berbayar berjumlah

RM1 juta. LPSB merupakan syarikat subsidiari kepada Agensi Kerajaan Negeri Pahang iaitu

Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (Lembaga) dengan 100% modal

saham berbayarnya adalah dimiliki oleh Lembaga. Objektif syarikat adalah untuk membentuk

asas yang kukuh bagi menjamin pulangan pendapatan berterusan dan memberi tumpuan

dalam perniagaan yang sedia ada serta mempelbagaikan konsep pembangunan hartanah.

Visi syarikat adalah sebagai pemaju utama dalam industri pembangunan hartanah dan

menjadi penyumbang utama ke arah kecemerlangan Lembaga. Manakala misi syarikat pula

adalah untuk membangun dengan mantap, berkualiti dan selaras dengan masa hadapan,

mengukuhkan modal insan bagi anggota syarikat, memperoleh pulangan yang berterusan

untuk mengukuhkan dan menstabilkan syarikat serta membuka ruang dengan perancangan

yang lebih efisien dan menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti.

11.1.2. Aktiviti utama LPSB adalah pembangunan hartanah. LPSB memegang peranan

sebagai Pemaju, Agen Pembangunan Hartanah dan Khidmat Pengurusan Projek. Ahli

Lembaga Pengarah LPSB adalah seramai 3 orang, terdiri daripada seorang Pengerusi dan

2 orang ahli. Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik adalah gabungan daripada mereka yang

mempunyai kepakaran dalam bidang kewangan, pembangunan, korporat dan politik bagi

menjadikan LPSB sebagai sebuah syarikat yang berdaya saing.

11.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada prestasi kewangan syarikat memuaskan,

pengurusan aktiviti dan pengurusan kewangan serta tadbir urus korporat telah dilaksanakan

dengan teratur selaras dengan objektif penubuhannya.

11.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN

Pengauditan ini meliputi aspek kewangan dan aktiviti utama LPSB bagi tempoh tahun 2008

hingga 2010. Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod dan dokumen aktiviti utama

syarikat. Analisis prestasi kewangan dibuat berdasarkan penyata kewangan beraudit bagi

tempoh 3 tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 hingga 2010. Perbincangan dan temu

bual juga diadakan dengan pegawai syarikat. Selain itu, pemeriksaan fizikal dan lawatan

turut dibuat terhadap aset seperti bangunan, kenderaan dan peralatan/kelengkapan

syarikat, aktiviti syarikat dan kemudahan yang disediakan.

111


11.4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga November 2010 mendapati secara

keseluruhannya pengurusan LPSB adalah memuaskan. LPSB memperoleh keuntungan

sebelum cukai sehingga Disember 2010 berjumlah RM0.45 juta berbanding RM1.32 juta

pada tahun 2009 dan RM0.49 juta pada tahun 2008. Bagaimanapun, pengurusan kewangan,

pengurusan sumber manusia dan pengurusan aset tidak dilaksanakan sewajarnya.

Beberapa aspek tertentu seperti kawalan perbelanjaan, kawalan perolehan, pemberian

bonus dan dividen serta pengurusan pinjaman perlulah diberi perhatian dan penekanan bagi

memantapkan lagi pengurusan syarikat dan menjadikan LPSB sebagai sebuah syarikat yang

berdaya saing. Penjelasan lanjut berhubung dengan prestasi kewangan dan pengurusan

aktiviti utama serta tadbir urus korporat syarikat adalah seperti berikut:

11.4.1. Prestasi Kewangan

11.4.1.1. Analisis Trend

a. Analisis Audit terhadap Penyata Kewangan LPSB bagi tempoh 3 tahun iaitu dari

tahun 2008 hingga 2010 mendapati trend keuntungan sebelum cukai syarikat adalah

menunjukkan trend yang menaik dan menurun iaitu daripada RM0.49 juta pada tahun

2008 meningkat kepada RM1.32 juta pada tahun 2009 dan seterusnya menurun

kepada RM0.45 juta pada tahun 2010. Peningkatan sejumlah RM0.83 juta atau

169.4% pada tahun 2009 adalah disebabkan peningkatan yang ketara pada jumlah

pendapatan syarikat iaitu sejumlah RM2.91 juta atau 46%. Penurunan pada tahun

2010 pula adalah disebabkan pertambahan dalam jumlah perbelanjaan syarikat

sejumlah RM2.65 juta lebih tinggi berbanding pertambahan dalam jumlah pendapatan

sejumlah RM1.78 juta. Ia menjadikan nisbah pertambahan perbelanjaan berbanding

pertambahan pendapatan adalah 1.5:1. Mengikut LPSB syarikat sentiasa

memastikan sesuatu projek yang diusahakan akan memberi pulangan atau

keuntungan yang maksimum (rasional). Namun, tanggungjawab sosial dan peranan

Government Linked Company (GLC) kepada masyarakat tidak dilupakan dengan

menyediakan hartanah mampu milik bagi semua golongan dan sentiasa memastikan

harga yang ditawarkan berpatutan (rendah daripada pasaran). Perkara ini sedikit

sebanyak akan memberi impak kepada pulangan atau keuntungan sesuatu projek.

b. Pendapatan LPSB terdiri daripada pendapatan jualan hartanah yang merupakan

pendapatan utama syarikat dan pendapatan lain daripada operasi. Analisis Audit

mendapati trend pendapatan LPSB pada tahun 2008 hingga 2010 menunjukkan trend

yang menaik iaitu daripada RM6.33 juta pada tahun 2008 meningkat kepada

RM9.24 juta pada tahun 2009 dan seterusnya kepada RM11.02 juta pada tahun

2010. Faktor yang menyumbang kepada peningkatan pendapatan adalah disebabkan

peningkatan pendapatan jualan hartanah akibat pertambahan 2 projek baru iaitu

Projek Perumahan Taman Rendang Ixora, Pekan dan kedai pejabat di Muadzam

Shah pada tahun 2009, manakala Projek Perumahan Paya Pulai Fasa II dan

Permatang Badak Fasa II pada tahun 2010 serta peningkatan peratus siap bagi

112


projek-projek bersambung berbanding tahun 2008. Di samping itu, LPSB juga terlibat

dalam pengurusan projek pembinaan lot perumahan pegawai kerajaan di Permatang

Nangka bermula pada tahun 2009.

c. Perbelanjaan LPSB pula terdiri daripada kos pembangunan hartanah, perbelanjaan

pentadbiran dan kos kewangan. Analisis Audit mendapati trend perbelanjaan LPSB

juga adalah pada keadaan menaik daripada RM5.84 juta pada tahun 2008 meningkat

kepada RM7.92 juta pada tahun 2009 dan seterusnya kepada RM10.57 juta pada

tahun 2010. Kos pembangunan hartanah merupakan perbelanjaan utama syarikat

iaitu 80% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan syarikat. Kos pembangunan

hartanah meningkat daripada RM4.72 juta pada tahun 2008 kepada RM6.43 juta

pada tahun 2009 dan seterusnya kepada RM8.73 juta pada tahun 2010 disebabkan

pertambahan projek yang dilaksanakan oleh LPSB. Perbelanjaan pentadbiran juga

meningkat sejumlah RM0.36 juta pada tahun 2009 dan 2010 masing-masing

disebabkan peningkatan ketara dalam perbelanjaan mengurus.

d. Kedudukan pendapatan, perbelanjaan dan keuntungan LPSB bagi tahun kewangan

2008 hingga 2010 adalah seperti di Jadual 11.1, Carta 11.1 dan 11.2.

Jadual 11.1

Jumlah Pendapatan, Perbelanjaan Dan Keuntungan LPSB

Bagi Tahun Kewangan 2008 Hingga 2010

Tahun

Butiran

2008

(RM Juta)

2009

(RM Juta)

2010

(RM Juta)

Pendapatan Jualan Hartanah 6.26 9.23 11.02

Kos Pembangunan Hartanah 4.72 6.43 8.73

Untung Kasar 1.54 2.80 2.29

Pendapatan Lain Dari Operasi 0.07 0.01 -

Perbelanjaan Pentadbiran 1.10 1.46 1.82

Keuntungan Dari Operasi 0.51 1.35 0.47

Kos Kewangan 0.02 0.03 0.02

Keuntungan Sebelum Cukai 0.49 1.32 0.45

Cukai 0.10 0.35 0.14

Keuntungan Selepas Cukai 0.39 0.97 0.31

Sumber: LKPP Property Sdn. Bhd.

113


(RM Juta)

Carta 11.1

Trend Keuntungan Sebelum Cukai LPSB

Bagi Tahun Kewangan 2008 Hingga 2010

1.40

1.20

1.00

0.80

0.60

0.40

0.20

0.00

0.49

Tahun

Sumber: LKPP Property Sdn. Bhd.

1.32

0.45

2008 2009 2010

Carta 11.2

Trend Pendapatan Dan Perbelanjaan LPSB

Bagi Tahun Kewangan 2008 Hingga 2010

(RM Juta)

12

10

8

6

4

2

0

6.33

5.84

2008 2009 2010

Pendapatan

9.24

7.92

Sumber: LKPP Property Sdn. Bhd.

11.02

10.57

Perbelanjaan

Tahun

11.4.1.2. Analisis Nisbah

Bagi menilai prestasi kewangan syarikat dengan lebih jelas beberapa analisis nisbah

kewangan telah dijalankan terhadap butiran yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan

dan Penyata Pendapatan Syarikat bagi tahun kewangan 2008 hingga 2010. Hasil analisis

nisbah kewangan adalah seperti di Jadual 11.2.

Jadual 11.2

Analisis Nisbah Kewangan LPSB

Bagi Tahun Kewangan 2008 Hingga 2010

Butiran

Tahun

2008 2009 2010

Nisbah Semasa 1.02:1 1.03:1 1.05:1

Margin Keuntungan 6% 10% 3%

Nisbah Pulangan Atas Aset 0.03:1 0.05:1 0.01:1

Nisbah Pulangan Atas Ekuiti 0.38:1 0.50:1 0.14:1

Sumber: LKPP Property Sdn. Bhd.

a. Nisbah Semasa

Nisbah Semasa dikira dengan membandingkan Aset Semasa dengan Liabiliti

Semasa. Nisbah ini digunakan bagi menentukan sejauh mana kemampuan aset

semasa syarikat yang boleh ditukar segera kepada tunai bagi menampung liabiliti

jangka pendek syarikat. Nisbah semasa pada kadar 2:1 dan ke atas menunjukkan

syarikat mempunyai kecairan kewangan yang baik dan berupaya menampung liabiliti

semasa. Analisis Audit mendapati kadar kecairan LPSB bagi tahun kewangan 2008

hingga 2010 adalah antara 1.02 hingga 1.05 kali. Nisbah ini adalah di tahap

sederhana kerana mencapai tahap minimum 1:1. Kadar nisbah menunjukkan aset

semasa LPSB hanya memadai untuk menampung liabiliti semasanya sahaja.

114


. Margin Keuntungan

Margin Keuntungan mengukur kadar keuntungan selepas cukai bagi setiap ringgit

hasil yang dipungut daripada perniagaan utama syarikat. Peningkatan nisbah ini

menunjukkan meningkatnya kecekapan syarikat di mana bagi setiap ringgit kenaikan

pendapatan, ia memberi kesan langsung dan nilai tambah terhadap kadar

keuntungan syarikat. Analisis Audit mendapati margin keuntungan LPSB bagi tahun

kewangan 2008 hingga 2010 adalah di antara 3% hingga 10%. Berdasarkan kepada

margin ini, dapat dirumuskan bahawa pulangan keuntungan adalah selaras dengan

pendapatan yang diperoleh oleh LPSB. Namun begitu, kadar margin ini adalah di

tahap sederhana.

c. Nisbah Pulangan Atas Aset

Nisbah Pulangan Atas Aset mengukur pulangan yang diperoleh oleh syarikat

daripada pelaburan asetnya iaitu pulangan bersih yang diperoleh bagi setiap ringgit

aset yang digunakan. Semakin tinggi hasil yang diperoleh daripada setiap ringgit aset

yang digunakan, semakin cekap syarikat menguruskan asetnya. Nisbah pulangan ke

atas aset diukur daripada jumlah untung selepas cukai dibahagi dengan jumlah aset.

Mengikut perkiraan Audit, bagi tahun kewangan 2008 hingga 2010, kadar pulangan

ke atas aset yang diperoleh LPSB adalah antara satu sen hingga 5 sen sahaja.

Keadaan ini menunjukkan kadar nisbah adalah tidak memuaskan kerana pulangan ke

atas aset adalah rendah.

d. Nisbah Pulangan Atas Ekuiti

Nisbah Pulangan Atas Aset mengukur pulangan ke atas jumlah modal syarikat yang

dilaburkan iaitu pulangan bersih yang diperoleh bagi setiap ringgit modal yang

digunakan. Semakin tinggi hasil yang diperoleh daripada setiap ringgit modal yang

digunakan, semakin cekap syarikat menguruskan modalnya. Analisis Audit

mendapati bagi tahun kewangan 2008 hingga 2010, kadar nisbah adalah positif dan

meningkat selaras dengan peningkatan keuntungan syarikat. Namun begitu, kadar

nisbah antara 14 sen hingga 50 sen adalah tidak memuaskan kerana pulangan ke

atas ekuiti adalah rendah.

Pada pendapat Audit, secara keseluruhannya, kedudukan kewangan LPSB adalah

stabil. Analisis nisbah syarikat adalah sederhana dan pengurusan aset serta ekuitinya

kurang memuaskan walaupun syarikat memperoleh keuntungan.

11.4.2. Pengurusan Aktiviti

Aktiviti utama LPSB adalah sebagai agen penjualan rumah, perunding, kontraktor dan

pemaju perumahan. LPSB juga bertindak sebagai pengurus projek untuk beberapa projek

kerajaan dan mengusahakan penanaman buah kundur.

115


11.4.2.1. Projek Hartanah

LPSB telah melibatkan diri dalam industri hartanah ini sejak tahun 1996 dan banyak

projek hartanah telah berjaya dilaksanakan. Projek-projek hartanah LPSB adalah seperti

berikut:

a. Prestasi Pelaksanaan Projek

Sejak ditubuhkan, LPSB telah berjaya menyiapkan 13 projek manakala 5 projek

masih dalam pelaksanaan antara tahun 1996 hingga 2010 seperti di Jadual 11.3.

LPSB telah berjaya menjual hampir 100% projek perumahan mereka. Prestasi jualan

rumah dan kedai LPSB sehingga Disember 2010 adalah seperti di Jadual 11.4.

Jadual 11.3

Pelaksanaan Projek Hartanah LPSB Sehingga Akhir Tahun 2010

Bil. Projek Jenis Projek Tahun Siap

Kos Projek

(RM Juta)

1. Pusat Pertumbuhan 112 Unit Rumah Jenis

1996 8.28

Desa (PPD) Kampung

Soi, Kuantan

Banglo

2. Taman Guru I, Kuantan 57 Unit Rumah Banglo 2

1996 3.20

Tingkat/Setingkat/Berkembar

Setingkat

3. Taman Guru II, Kuantan 32 Unit Kedai Pejabat 2001 3.34

4. Taman Guru II, Kuantan 102 Unit Rumah Jenis

2001 6.66

Berkembar Setingkat/Teres

Setingkat

5. Taman Tanah Putih, 16 Unit Rumah Jenis

2002 1.35

Pekan

Berkembar

6. Taman Guru III(A), 24 Unit Rumah Berkembar 2004 2.93

Kuantan

Setingkat

7. Taman Guru III(B),

Kuantan

26 Unit Rumah Jenis

Berkembar Setingkat

2005 3.38

8. Bandar Baru Kuantan

Putri Fasa 1(A)

9. Taman Suria Perdana,

Sg. Isap Kuantan

10. Taman Paya Pulai Fasa

1, Temerloh

11. Taman Permatang

Badak Jaya Fasa 1,

Kuantan

100 Unit Rumah Teres

Setingkat dan 107 Unit

Rumah Teres Kos Rendah

70 Unit Kedai Pejabat dan

63 Unit Rumah Teres 2

Tingkat

5 Unit Rumah Sesebuah

Setingkat dan 20 Unit

Rumah Berkembar Setingkat

4 Unit Rumah Sesebuah

Setingkat

12. Taman Guru IV, Kuantan 40 Unit Rumah Berkembar

Setingkat dan 17 Unit

Rumah Teres Setingkat

13. Perumahan Rendang

Ixora, Pekan

14. Projek Pembangunan

Permatang Badak Fasa

II, Kuantan

15. Pembangunan

Bercampur Bandar Baru

Kuantan Putri Fasa 1(B)

16. Projek Pembangunan

Paya Pulai Fasa II,

Temerloh

2006 Ditanggung oleh

Usahasama Citra

Pesona Sdn. Bhd.

2007 Ditanggung oleh

Usahasama Global

Mission Sdn. Bhd.

2008 2.94

2008 0.87

2010 5.54

15 Unit Rumah Teres

Setingkat, 14 Unit Rumah

Berkembar Setingkat dan

Seunit Rumah Sesebuah

Setingkat

2010 3.15

4 Unit Rumah Banglo 2010 0.52

218 Unit Rumah Teres

Setingkat

12 Unit Rumah Berkembar

Setingkat dan 1 Unit Rumah

Sesebuah Setingkat

* 8.05

* 1.64

116


Bil. Projek Jenis Projek Tahun Siap

Kos Projek

(RM Juta)

17. Pusat Komersial Bandar

Muadzam Shah, Mukim

Bebar Rompin.

32 Unit Kedai/Pejabat 2

Tingkat

* 5.07

18. Tapak Parcel A Bandar

Baru Kuantan Puteri,

Kuantan

Sumber: LKPP Property Sdn. Bhd.

Nota: * - Projek masih dalam pelaksanaan.

531 Unit Rumah Teres

Setingkat

* Ditanggung oleh

Evocon Properties

Sdn. Bhd.

Jadual 11.4

Prestasi Jualan Perumahan Dan Kedai LPSB Sehingga Disember 2010

Bil.

Lokasi Projek

Harga Jualan

Jumlah Jualan

Seunit

Unit

(RM)

(%)

1. Bandar Baru Kuantan Putri 105,000 - 135,000 218 98

2. Bandar Muadzam Shah, Mukim Bebar 359,888 - 488,888 32 100

3. Taman Guru IV 172,888 - 202,888 40 100

123,888 - 157,888 17 100

4. Lot 1325, Mukim Pekan (Perumahan 123,888 - 129,888 15 100

Rendang Ixora)

166,888 - 181,888 14 100

5. Lot 28987, Permatang Badak, Mukim Kuala 288,888 - 330,000 4 100

Kuantan, Daerah Kuantan

6. Lot 3566 Paya Pulai, Mukim Perak, Daerah 188,888 - 270,888 12 83

Temerloh

305,000 1 100

7. Lot 5987 Paya Pulai, Mukim Perak, Daerah 185,888 - 194,024 5 100

Temerloh

125,888 - 177,152 20 100

8. Lot 28987, Permatang Badak, Mukim Kuala 259,284 - 333,684 4 100

Kuantan, Daerah Kuantan

Sumber: LKPP Property Sdn. Bhd.

b. Jualan Hartanah, Kos Pembangunan Dan Untung Rugi Projek

Sehingga tahun 2010, LPSB telah berjaya menjual hartanahnya dan memperoleh

keuntungan atas projek seperti di Jadual 11.15. Analisis Audit mendapati sehingga

akhir tahun 2010, jualan hartanah dan kos pembangunan tertinggi direkodkan oleh

LPSB ialah daripada Projek Taman Guru IV iaitu berjumlah RM9.67 juta dan

RM7.14 juta. Keuntungan tertinggi pula direkodkan daripada Projek Kedai Sungai

Isap iaitu sejumlah RM5.23 juta dan keuntungan terendah daripada Projek Paya Pulai

Fasa I iaitu berjumlah RM0.02 juta.

Jadual 11.5

Analisis Jualan Hartanah, Kos Pembangunan Dan

Untung Rugi Projek Sehingga Tahun 2010

Peratus Jualan Kos Untung/

Bil.

Projek

Siap Hartanah Pembangunan (Rugi)

(%) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

1. 32 Unit Kedai Sungai Isap 100 7.87 2.64 5.23

2. Paya Pulai Fasa I, Temerloh 100 2.05 2.03 0.02

3. Permatang Badak Aman 100 1.14 0.97 0.17

4. Taman Guru IV 100 9.45 6.99 2.46

5. Taman Rendang Ixora, Pekan 100 4.09 3.76 0.33

6. Kedai Pejabat Muadzam 95 7.29 6.36 0.93

7. Paya Pulai Fasa II, Temerloh 45 0.90 0.73 0.17

8. Permatang Badak Fasa II 80 0.32 0.26 0.06

Sumber: LKPP Property Sdn. Bhd.

117


c. Projek Dalam Pelaksanaan

Bil.

Projek yang sedang dilaksanakan oleh LPSB adalah seperti berikut:

i. Pembangunan Bandar Baru Kuantan Putri Fasa 1(B)

• Pada tahun 2004, LPSB telah melancarkan projek Bandar Baru Kuantan

Putri Fasa 1(B) yang terdiri daripada pembinaan rumah kediaman, bangunan

komersial seperti kedai dan lain-lain kemudahan asas di atas tanah seluas

12.95 ekar di Kampung Soi, Kuantan. Sehingga April 2006 Pemaju asal Citra

Pesona Sdn. Bhd. hanya dapat menyiapkan 35% pembinaan 218 unit rumah

teres setingkat yang sepatutnya disiapkan pada Oktober 2005. Projek ini

telah terbengkalai dan diambil alih semula oleh LPSB pada tahun 2008.

LPSB telah melantik 3 kontraktor lain untuk menyiapkannya dengan kos

RM8.05 juta seperti di Jadual 11.6.

Jadual 11.6

Pembahagian Kontrak Kepada Kontraktor Yang Dilantik Oleh LPSB

Bil. Nama Kontraktor

Harga

Kontrak

(RM Juta)

Jumlah

Rumah

Baikpulih

Tarikh

Milik

Tapak

Tarikh

Sepatut

Siap

1. Mega Constructions 1.42 43 15.07.2008 31.08.2010

2. Bina Mekar Sdn. Bhd. 5.62 80 15.04.2010 30.06.2011

3.

Tenaga Inderapura

Logistic Sdn. Bhd.

1.01 95 01.06.2010 15.03.2011

Jumlah 8.05

Sumber: LKPP Property Sdn. Bhd.

Sehingga Disember 2010, Mega Constructions dan Tenaga Inderapura

Logistic Sdn. Bhd. telah diberi 2 lanjutan masa seperti di Jadual 11.7.

Jadual 11.7

Lanjutan Masa Yang Diluluskan Pada Tahun 2009 Hingga 2010

Kontraktor

1. Mega

Constructions

2. Tenaga

Inderapura

Logistic Sdn. Bhd.

Tempoh

(Bulan)

Sumber: LKPP Property Sdn. Bhd.

Jumlah

Hari

Tarikh

Diluluskan

Sebab Lanjutan Masa

15 465 31.08.2010 Beberapa perubahan kerja dan

juga penambahan kerja serta

menunggu kelulusan pelan

sebelum kerja-kerja dapat

dijalankan di tapak.

6 167 15.03.2011 Pengambilalihan tapak daripada

kontraktor lama.

Penambahan kerja

• Sehingga Disember 2010, sebanyak 5 Arahan Perubahan Kerja telah

dikeluarkan kepada 2 kontraktor yang melibatkan kos berjumlah

RM0.27 juta. Projek ini yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2011.

Lawatan Audit ke tapak pembinaan di lokasi Bandar Baru Kuantan Putri

pada 3 November 2010 mendapati projek sedang dalam pelaksanaan

seperti di Gambar 11.1 dan Gambar 11.2.

118


Gambar 11.1

Kerja Pembinaan Sedang Dilaksanakan

Gambar 11.2

Rumah Teres Yang Sudah Siap Dicat

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Tapak Projek Bandar Baru Kuantan Putri

Fasa 1(B)

Tarikh: 3 November 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Tapak Projek Bandar Baru Kuantan Putri

Fasa 1(B)

Tarikh: 3 November 2010

ii.

Projek Pembangunan Paya Pulai Fasa II, Temerloh

Projek pembinaan kediaman 12 unit rumah berkembar satu tingkat dan satu unit

rumah banglo setingkat berserta infrastrukturnya ini telah dilancarkan pada tahun

2009 di atas tanah seluas 1.62 ekar di Paya Pulai, Temerloh dengan kos

RM1.64 juta seperti di Jadual 11.8. Kerja-kerja pembinaan yang sedang

dilaksanakan adalah seperti di Gambar 11.3.

Jadual 11.8

Penggunaan Tanah Sehingga Disember 2010

Jumlah Keluasan Telah Dibangunkan

Penggunaan

Keseluruhan

Tanah

(Ekar) (Ekar) (%)

Kediaman 1.20 1.20 100

Infrastruktur 0.42 0.42 100

Jumlah 1.62 1.62 100

Sumber: LKPP Property Sdn. Bhd.

119


Gambar 11.3

Kerja-kerja Pembinaan Sedang Dilaksanakan

Sumber: LKPP Property Sdn. Bhd.

Lokasi: Tapak Projek Paya Pulai Fasa II

iii. Pusat Komersial Bandar Muadzam Shah, Mukim Bebar Rompin

Projek Pembangunan Pusat Komersial Bandar Muadzam Shah, Mukim Bebar

Rompin telah dilancarkan pada tahun 2008. Projek usaha sama dengan Majlis

Daerah Rompin ini melibatkan pembinaan sebanyak 32 unit kedai/pejabat 2

tingkat di mana 8 unit daripadanya akan menjadi hak milik Majlis Daerah

Rompin. Projek ini dijangka akan siap pada Februari 2011. Sehingga bulan

Disember 2010, kos projek adalah berjumlah RM5.07 juta dan daripada

keluasan keseluruhan tanah 1.56 ekar, 100% telah dibangunkan untuk

komersial dan infrastruktur. Lawatan Audit pada akhir Januari 2011 mendapati

keadaan projek adalah seperti di Gambar 11.4.

Gambar 11.4

Kedai Yang Belum Siap

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Tapak Projek Pusat Komersial Bandar

Muadzam Shah

Tarikh: 25 Januari 2011

120


iv. Tapak Parcel A Bandar Baru Kuantan Putri, Kuantan

Projek pembinaan rumah kediaman ini adalah sebahagian daripada

pembangunan Bandar Baru Kuantan Putri yang dirancang sebagai Bandar Baru

yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan kegiatan komersial.

Pembangunan di tapak Parcel A seluas 47.38 ekar ini dijalankan secara usaha

sama dengan Evocon Properties Sdn. Bhd. Projek ini meliputi sebanyak 531 unit

rumah teres kos sederhana setingkat. LPSB akan memperoleh 25% atau 133 lot

rumah-rumah tersebut sebagai balasan atas usaha sama ini dan ia dijangka

akan siap sepenuhnya pada tahun 2012.

d. Pemantauan Projek

Menurut Prosedur Kerja Sektor Hartanah, pemantauan projek dilakukan dengan

menempatkan kerani tapak sepenuh masa di tapak projek bagi menyelaras dan

memantau kerja-kerja pembinaan fizikal bagi memastikan kontraktor yang dilantik

melaksanakan kerja-kerja berdasarkan pelan dan spesifikasi kontrak. Kontraktor

perlu menyerahkan Jadual Perancangan Kerja berdasarkan tempoh masa kontrak

dan diserahkan kepada jurutera projek untuk pemantauan. Mesyuarat tapak secara

berkala perlu diadakan untuk menyelaras, mengenal pasti isu, memantau dan

memandu pelaksanaan projek sehingga siap dengan sempurna. Selain itu, di dalam

Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Pengurusan, status terkini projek juga perlu

dilaporkan. Semakan Audit mendapati LPSB ada mematuhi prosedur ini.

Pada pendapat Audit, pengurusan hartanah LPSB adalah baik. Syarikat telah

merancang beberapa projek pembangunan baru bagi memantapkan lagi kewangan

syarikat.

11.4.2.2. Pengurus Projek Dan Penanaman Buah Kundur

Selain menjalankan aktiviti projek hartanah, LPSB juga bertindak sebagai pengurus projek

untuk projek kerajaan dan mengusahakan penanaman buah kundur seperti berikut:

a. Projek Penempatan Semula Orang Asli Sungai Temir Ke Sungai Bilut, Mukim

Gali, Daerah Raub

i. Penempatan semula orang asli ini adalah berikutan daripada pembinaan Projek

Empangan Klau iaitu bagi menyalurkan bekalan air mentah dari Pahang ke

Selangor. Keseluruhan projek ini dibiayai melalui pinjaman daripada Japan Bank

International Cooperation dan dikendalikan oleh Kementerian Tenaga, Air Dan

Komunikasi. Kerajaan Negeri telah memutuskan agar 115 keluarga orang asli

ditempatkan semula dari Kampung Sungai Temir ke Sungai Bilut. Lembaga telah

diamanahkan oleh Kerajaan Negeri sebagai agensi pelaksana untuk

membangunkan Kompleks Perumahan dan Kemudahan Infrastruktur yang

melibatkan kawasan seluas 53.67 ekar.

121


ii. Tapak cadangan ini terletak kira-kira 2.6 km ke timur laut Felda Lurah Bilut. Ia

merangkumi kawasan seluas 855 ekar yang mengandungi 115 unit rumah banglo

dan kemudahan-kemudahan lain. Kos pembangunan keseluruhan projek adalah

berjumlah RM22.09 juta. LPSB bertindak sebagai Pengurus Projek dan telah

melantik perunding profesional bagi penyediaan pelan serta pemantauan

konsultan. Projek ini bermula pada awal tahun 2008 dan mengambil masa 2 tahun.

LPSB menerima yuran pengurusan sejumlah 4.5% atau bersamaan dengan

RM0.99 juta daripada kos keseluruhan projek. Projek ini telah siap sepenuhnya

pada awal tahun 2011 seperti di Gambar 11.5.

Gambar 11.5

Rumah Yang Sudah Siap

Sumber: LKPP Property Sdn. Bhd.

Lokasi: Tapak Projek Penempatan Orang Asli

Sungai Bilut

b. Lot Perumahan Pegawai Kerajaan Seluas 13.36 Hektar (33 Ekar) Di Permatang

Nangka, Mukim Kuala Kuantan

Kerajaan Negeri Pahang melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang Ke

15/2007 telah memberi milik tanah Kerajaan seluas 33 ekar di Permatang Nangka,

Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan

Pahang (PSK) untuk pembangunan Lot Perumahan Pegawai Kerajaan. PSK telah

melantik LPSB sebagai pengurus projek. Kos pembangunan keseluruhan projek

dianggarkan berjumlah RM5.91 juta. Semua kos berkaitan dengan projek tersebut

akan ditanggung oleh PSK. LPSB berhak menerima yuran pengurusan sebanyak 8%

atau RM0.44 juta (termasuk semua fi perunding profesional dan dibayar melalui

LPSB). Semua tuntutan kemajuan oleh kontraktor/sub-kontraktor/pembekal dan apaapa

tuntutan lain akan disahkan oleh LPSB dan PSK sebelum dijelaskan oleh PSK.

Projek ini bermula pada akhir 2008 dan sehingga November 2010, projek telah siap

90% seperti di Gambar 11.6 dan Gambar 11.7.

122


Gambar 11.6

Tapak Projek Lot Perumahan

Pegawai Kerajaan

Gambar 11.7

Kerja-kerja Meratakan Tanah Sedang

Dilakukan

Sumber: LKPP Property Sdn. Bhd.

Lokasi: Lot Perumahan Pegawai Kerajaan

Di Permatang Nangka

Sumber: LKPP Property Sdn. Bhd.

Lokasi: Lot Perumahan Pegawai Kerajaan

Di Permatang Nangka

c. Penanaman Kundur Di Tanah Seluas 31.03 Ekar, Mukim Penor, Daerah

Kuantan

i. Pada pertengahan Ogos 2006, syarikat telah menandatangani Perjanjian

Pemajuan Tanah seluas 31.03 ekar di Mukim Penor, Daerah Kuantan. Tanah ini

telah dipecahkan kepada 27 lot yang setiap satunya berkeluasan tidak kurang

satu ekar. Pembelian tanah ini adalah melalui pembiayaan Bank Pertanian

Malaysia Berhad yang diuruskan secara pakej oleh LPSB. Tanah ini telah

dibangunkan dengan penanaman pokok naga dengan kos berjumlah RM0.89

juta. Pada Disember 2007, bencana banjir telah memusnahkan semua tanaman

tersebut.

ii. Pada tahun 2008, LPSB telah menjalankan tanaman jangka pendek iaitu

tanaman kundur di tapak yang sama dengan kos berjumlah RM10,500 dan

Damateqsys Sdn. Bhd. dilantik sebagai pelaksana atas dasar usaha sama 50:50.

Pada tahun 2008, hasil yang diperoleh ialah sejumlah RM2,550 manakala pada

tahun 2009, tiada hasil yang diperoleh kerana pada pertengahan 2008, perjanjian

usaha sama dengan Damateqsys Sdn. Bhd ditamatkan kerana pihaknya gagal

melaksanakan kerja-kerja di tapak. Pada bulan Julai 2008, kontrak ditawarkan

pula kepada Bajrai Paint & Coating Manufacturer selama sebulan sebagai

tempoh percubaan. Sehingga November 2008, hanya 7 lot yang diusahakan.

Oleh itu, LPSB telah menamatkan kontrak dengan syarikat ini.

iii. Pada tahun 2009, LPSB ada bercadang untuk menjual tanah tersebut dan

membina Pusat Latihan Khidmat Negara. Namun, kedua-dua cadangan ini tidak

dapat direalisasikan. Pada tahun 2010, LPSB bercadang untuk menjalankan

pembangunan hartanah di kawasan ini dan ia masih dalam perancangan.

123


Pada pendapat Audit, aktiviti sebagai pengurus projek adalah baik kerana ia

menyumbang kepada pertambahan pendapatan syarikat. Namun begitu, LPSB tidak

membuat perancangan yang teliti sebelum melaksanakan projek jangka pendek bagi

tanaman kundur. Kajian dan analisis terperinci ke atas kedua-dua syarikat yang

ditawarkan tidak dibuat terlebih dahulu menyebabkan projek tanaman kundur ini gagal

dan LPSB tidak mendapatkan hasil seperti yang dirancang. Sementara menunggu

projek pembangunan hartanah di kawasan tersebut dapat dijalankan, tanah tersebut

dibiarkan begitu sahaja tanpa mendatangkan sebarang hasil kepada LPSB.

11.4.3. Tadbir Urus Korporat

Sebagai sebuah syarikat yang dimiliki oleh Agensi Kerajaan Negeri, LPSB adalah tertakluk

kepada Akta Syarikat 1965, Kod Tadbir Urus Syarikat Malaysia, pekeliling berkaitan

pengurusan syarikat berkaitan Kerajaan oleh Perbendaharaan Malaysia (pemakaiannya

telah dipersetujui semasa Persidangan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri ke

69 pada 10 Jun 1993) serta peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dari semasa

ke semasa. Antara lain kehendak peraturan dan pekeliling yang dinyatakan adalah berkaitan

keperluan melantik Lembaga Pengarah dan Setiausaha Syarikat serta tanggungjawab

mereka terhadap pengurusan syarikat, kaedah pelantikan Lembaga Pengarah dan Ketua

Eksekutif, penubuhan Unit Audit Dalam, Jawatankuasa Audit serta tanggungjawab masingmasing.

Semakan Audit terhadap tadbir urus korporat LPSB mendapati perkara seperti

berikut:

11.4.3.1. Manfaat Lembaga Pengarah

Elaun yang diterima oleh Ahli Lembaga Pengarah LPSB adalah terdiri daripada yuran

Pengarah, elaun bulanan Pengerusi, elaun Pengarah Eksekutif, elaun mesyuarat dan

sagu hati. Semakan Audit mendapati elaun yang diterima oleh 2 orang Ahli Lembaga

Pengarah LPSB yang merupakan pegawai Kerajaan adalah tidak mengikut kadar seperti

mana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1993. Elaun

terlebih diterima oleh 2 pegawai tersebut adalah RM65,400. Kemudahan yang diterima

oleh Ahli Lembaga Pengarah tersebut adalah seperti di Jadual 11.9.

Jadual 11.9

Manfaat Ahli Lembaga Pengarah LPSB Bagi Tempoh 2008 Hingga 2010

Elaun Yang

Elaun Yang Diterima

Layak Diterima Elaun

Gred Jawatan

Setahun Terlebih

Ahli Lembaga

Mengikut

Pengarah

2008 2009 2010

Diterima

Pekeliling

(RM) (RM) (RM) (RM) (RM)

Gred 48 6,150 31,400 55,000 14,000 58,400

Gred 41 - 5,400 16,000 9,000 7,000

Jumlah 6,150 36,800 71,000 65,400

Sumber: LKPP Property Sdn. Bhd.

124


11.4.3.2. Jawatankuasa Audit Dan Unit Audit Dalam

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 1993, menghendaki Jawatankuasa Audit Dan

Pemeriksaan ditubuhkan oleh syarikat Kerajaan. Antara fungsinya adalah untuk

memastikan keutuhan kawalan dalaman syarikat, mengesan kelemahan pengurusan

syarikat dan mengeluarkan garis panduan untuk pembetulan dan penambahbaikan.

Keanggotaan Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan ini mestilah terdiri daripada pihak

pengurusan dan ahli luar. Semakan Audit mendapati sehingga akhir tahun 2010,

Jawatankuasa ini belum ditubuhkan kerana tiada keperluan disebabkan saiz organisasi

yang kecil. LPSB tidak menubuhkan Unit Audit Dalam kerana saiz organisasinya yang

kecil. Pengauditan hanya dijalankan oleh Unit Audit Dalam Lembaga. Semakan Audit

mendapati sejak tahun 2008 hingga 2010, Unit Audit Dalam Lembaga tidak pernah

menjalankan pengauditan ke atas LPSB.

11.4.3.3. Pengurusan Kewangan

Pengurusan kewangan adalah meliputi kawalan bajet, kawalan pendapatan, kawalan

perbelanjaan, pengurusan sumber manusia, pengurusan aset dan stor serta pengurusan

pinjaman. Pengurusan kewangan yang cekap akan memantapkan lagi pengurusan

syarikat. Semakan Audit terhadap pengurusan kewangan syarikat mendapati secara

keseluruhannya telah dilaksanakan dengan memuaskan, kecuali perkara berikut:

a. Pembayaran Dividen

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 1993 menetapkan dasar dan garis panduan

mengenai bayaran dividen oleh syarikat Kerajaan. Syarikat Kerajaan dikehendaki

membayar dividen sekurang-kurangnya 10% daripada keuntungan yang diperoleh

bagi sesuatu tahun kewangan syarikat kepada Kerajaan/Agensi Kerajaan sebagai

pulangan kepada pelaburan. Semakan Audit mendapati, LPSB ada membuat

pembayaran dividen kepada Lembaga bagi keuntungan yang diperoleh pada tahun

kewangan 2008 dan 2009. Dividen pada tahun 2008 dan 2009 yang telah diluluskan

semasa Mesyuarat Agung Tahunan syarikat adalah sejumlah RM55,000 masingmasing.

Namun begitu, pembayaran dividen pada tahun 2009 tidak mengikut dasar

dan garis panduan yang ditetapkan kerana bayaran yang dibuat adalah kurang

daripada 10% keuntungan yang diperoleh kerana LPSB membayar dividen

berasaskan kepada nilai pegangan saham dan bukan di atas keuntungan syarikat.

b. Pembayaran Bonus

Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 1993, bayaran bonus kepada

pegawai dan kakitangan syarikat boleh dilaksanakan apabila syarikat memperoleh

keuntungan operasi yang munasabah sebelum cukai. Cadangan bagi bayaran bonus

hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri untuk

pertimbangan dan kelulusan YAB Menteri Besar. Selain itu, pekeliling ini menetapkan

bayaran bonus seharusnya tidak melebihi 2 bulan gaji kecuali secara keseluruhannya

syarikat memperoleh keuntungan cemerlang yang mana ditakrifkan sebagai

125


pertambahan peratusan keuntungan yang besar berasaskan kepada keuntungan

operasi 3 tahun yang lalu, iaitu tidak termasuk keuntungan luar biasa. Semakan Audit

mendapati, LPSB telah memberikan insentif kewangan berbentuk bonus/elaun

pendidikan kepada pegawai dan kakitangannya pada kadar 3 bulan gaji pada tahun

2008 dan 4 bulan gaji pada tahun 2009 dan 2010. Peratus bonus daripada

Keuntungan Sebelum Cukai pula ialah 20.4% untuk tahun 2008, 12.1% untuk tahun

2009 dan 44.4% untuk tahun 2010. Cadangan bayaran bonus LPSB adalah

berdasarkan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah syarikat dan tidak dibawa

untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri untuk kelulusan Menteri Besar

seperti kehendak Pekeliling tersebut. Bayaran bonus LPSB pada tahun 2008 hingga

2010 adalah seperti di Jadual 11.10.

Jadual 11.10

Kadar Pembayaran Bonus/Elaun Pendidikan LPSB

Keuntungan

Kadar Bayaran

Peratus

Sebelum

Tahun

Bonus Bonus/Elaun Pendidikan

Cukai

(RM Juta) (%) (RM Juta) Bulan

2008 0.49 20.4 0.10 3

2009 1.32 12.1 0.16 4

2010 0.45 44.4 0.20 4

Sumber: LKPP Property Sdn. Bhd.

c. Kawalan Perbelanjaan

Pada tahun 2008, 2009 dan 2010, LPSB telah membelanjakan sejumlah RM5.84 juta,

RM7.92 juta dan RM10.57 juta bagi mengendalikan perbelanjaan mengurus dan

operasi. Semakan Audit terhadap kawalan perbelanjaan mendapati perkara seperti

berikut:

i. Baucar bayaran yang disediakan perlu disertakan dengan dokumen sokongan

yang lengkap dan mematuhi peraturan yang diguna pakai. Semakan Audit

terhadap baucar bayaran mendapati perkara berikut:

Beberapa baucar bayaran hanya bergantung kepada memo sahaja sebagai

dokumen sokongan.

Dokumen perbelanjaan sebenar untuk bayaran pendahuluan yang telah

dibuat tidak disertakan.

Salinan Kad Pengenalan bagi mengesahkan nama pembeli tidak disertakan

semasa tuntutan bayaran balik deposit dibuat.

Tiada cap “Telah Bayar” pada dokumen sokongan setelah pembayaran dibuat

sebagai satu langkah kawalan dalaman bagi mengelak tuntutan 2 kali.

ii.

Selain itu, semakan Audit terhadap baucar bayaran mendapati baucar bayaran

mengenai lawatan kerja dan maklumat yang diperoleh dibuat pada tahun 2009

dan 2010 adalah seperti di Jadual 11.11. Rombongan ini disertai oleh seramai

antara 21 hingga 25 orang. Laporan hasil daripada lawatan kerja tersebut yang

sepatutnya disediakan oleh kumpulan yang menyertai rombongan tersebut tidak

126


dapat dikemukakan kepada pihak Audit. Selain itu Lawatan kerja ke Beijing,

China pula telah mendapat pembiayaan dari 3 sumber iaitu Tabung Anggota,

kontraktor/konsultan dan LPSB.

Jadual 11.11

Senarai Lawatan Kerja Ke Luar Negara Kakitangan LPSB Pada Tahun 2009 Dan 2010

Jumlah

Tarikh

Bil.

Tuntutan Catatan

Keterangan

Bayaran

(RM)

1. 9.04.2009 15,360 Bayaran deposit

untuk pakej lawatan

sambil belajar.

2. 14.04.2009 12,700 Bayaran akhir

lawatan sambil

belajar.

3. 08.04.2010 49,950 Bayaran deposit

untuk pakej lawatan

sambil belajar.

4. 02.04.2010 39,850 Bayaran akhir

lawatan sambil

belajar.

Sumber: LKPP Property Sdn. Bhd.

Destinasi: Medan, Indonesia

Tempoh Lawatan: 7 Mei Hingga 10 Mei

2009

Jumlah Ahli Rombongan: 21 orang

Pakej Lawatan: RM28,060

Diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga

Pengarah: Bil. 2/2009 bertarikh 29 April

2009

Destinasi: Beijing, China

Tempoh Lawatan: 12 Mei Hingga 18 Mei

2010

Jumlah Ahli Rombongan: 25 orang

Pakej Lawatan: RM89,800

Diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga

Pengarah: Bil. 2/2010 bertarikh 28 April

2010

d. Kawalan Perolehan

LPSB membuat perolehan barangan dan perkhidmatan secara pembelian terus,

pesanan belian, perintah perubahan harga dan tender. LPSB menetapkan bahawa

permintaan untuk pembelian terus atau runcit kurang daripada RM500, pesanan

boleh dibuat terus kepada pembekal berdaftar dengan LPSB. Nilai pesanan belian

yang berjumlah RM500 hingga RM5,000 hanya perlu diluluskan oleh Pengurus

Kanan Operasi sahaja. Bagi nilai pesanan belian/tender berjumlah RM5,000 hingga

RM50,000 hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi LPSB dan salah seorang

Pengurus Kanan Operasi atau Pengurus Hartanah. Manakala LPSB menetapkan had

kuasa bagi nilai pesanan belian dan tender yang berjumlah RM50,000 ke atas,

panggilan sebut harga hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu sebelum dibawa

kepada Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kelulusan. Semakan Audit terhadap

perolehan secara tender dan sebut harga mendapati perkara seperti berikut:

i. Pengubahsuaian Pejabat LPSB

Pengubahsuaian pejabat LPSB di bangunan Capital Square, Kuantan tidak

mematuhi prosedur yang ditetapkan dan proses dijalankan melalui rundingan

terus dengan kontraktor terpilih yang merupakan kontraktor projek hartanah

LPSB. Kontraktor tersebut dipilih berdasarkan rekod kerja yang baik dengan kos

yang berjumlah RM149,910. LPSB menjelaskan sebagai sebuah perniagaan

yang bermotifkan keuntungan, faktor masa dan keberkesanan kos perlu diambil

kira dalam membuat sesuatu keputusan. Pihak Audit mendapati LPSB tidak

dapat membuat perbandingan sebenar dan telus kerana permohonan pelawaan

127


sebut harga tidak dibuat melalui proses/tatacara perolehan seperti yang telah

ditetapkan.

ii. Kerja-kerja Tambahan Dan Lantikan Kontraktor Bagi Projek-projek Dalam

Pembinaan

Kerja-kerja tambahan kepada Kontrak Asal dan kerja tambahan lain berjumlah

RM1.14 juta dan RM2.08 juta telah dilaksanakan tanpa kelulusan Lembaga

Pengarah terlebih dahulu. Semua dokumentasi dan lantikan ditandatangani oleh

Pengurus Besar kerana kerja-kerja tersebut perlu dilaksanakan segera bagi

menyempurnakan projek dan perkara yang disyaratkan oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, had kuasa untuk meluluskan perolehan ini telah dibawa kepada

Lembaga Pengarah semasa Mesyuarat Bil. 5/2010 bertarikh 15 Oktober 2010

dengan had nilai perolehan yang lebih besar berbanding Resolusi Pengarah

bertarikh 11 Februari 2008.

e. Pengurusan Pinjaman/Pendahuluan - Jumlah Terhutang Kepada Perbadanan

Induk

i. Jumlah terhutang kepada Perbadanan Induk ialah pendahuluan yang tidak

dikenakan faedah, tidak dijamin dan tidak mempunyai tempoh bayaran balik

yang tertentu. Semakan Audit mendapati pada akhir tahun 2010 jumlah hutang

LPSB kepada Lembaga adalah RM13.36 juta. Baki pendahuluan daripada

Lembaga kepada LPSB adalah seperti di Jadual 11.12.

Jadual 11.12

Baki Pendahuluan Daripada LKPP Negeri Pahang Pada Akhir Tahun 2010

Bil.

Perkara

Baki

(RM Juta)

1. Tunggakan bayaran perolehan hasil pembangunan tanah kepada LKPP 7.79

berkaitan Projek Pembangunan Bandar Baru Kuantan Putri

2. Pendahuluan bagi menyelamatkan Projek Perumahan Taman Guru I 4.30

3. Pendahuluan pusingan projek 0.94

4. Lain-lain (Dividen belum bayar dan lain-lain pendahuluan) 0.33

Jumlah 13.36

Sumber: LKPP Property Sdn. Bhd.

ii.

Jumlah terhutang kepada Lembaga berjumlah RM7.79 juta adalah baki

tunggakan bayaran perolehan hasil pembangunan tanah kepada Lembaga. Ia

bagi memajukan tanah milik Lembaga di Kampung Soi, Mukim Kuala Kuantan

yang telah dipersetujui melalui Perjanjian Tambahan antara Lembaga dan LPSB

yang ditandatangani pada 5 Julai 2004. Analisis Audit mendapati bayaran

perolehan hasil tersebut tidak dibayar seperti yang telah dipersetujui

sebagaimana perjanjian akibat daripada projek pembangunan tersebut telah

terbengkalai sejak April 2006. Bayaran hanya dibuat sekali iaitu pada tahun 2007

berjumlah RM0.2 juta. Namun begitu, perkara ini telah dibentangkan dalam

Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat dan pengurusan memaklumkan bayaran

akan dibuat secara berperingkat melalui perolehan daripada Projek Kuantan

Putri mengikut bahagian tanah yang dibangunkan.

128


iii. Semakan Audit juga mendapati sehingga akhir tahun 2010 pendahuluan

berjumlah RM4.3 juta bagi menyelamatkan Projek Perumahan Taman Guru I

yang telah terbengkalai hampir 20 tahun telah tertunggak selama 9 tahun.

Keadaan ini menunjukkan pengurusan pinjaman/pendahuluan LPSB kurang

memuaskan dan menyebabkan jumlah liabiliti syarikat menjadi tinggi. Selain itu,

LPSB telah menerima pendahuluan pusingan projek daripada Lembaga

berjumlah RM2.09 juta pada tahun 2009. Sehingga Disember 2010, baki

pendahuluan adalah berjumlah RM0.94 juta dan bayaran balik telah dibuat

mengikut syarat yang ditetapkan.

iv. Maklum balas daripada LPSB menjelaskan sebahagian besar liabiliti semasa

syarikat merupakan harga tanah bagi projek Persis Ujana (Bandar Baru Kuantan

Putri) yang perlu dibayar kepada Lembaga kerana permohonan tanah dibuat

atas nama Lembaga. Bayaran ini adalah sebagai goodwill sahaja dan

merupakan kos tambahan kepada pembangunan keseluruhan projek ini serta

liabiliti kepada syarikat. Ia memberi impak yang tinggi kepada pulangan atau

keuntungan projek ini. Tambahan kos ini tidak akan wujud sekiranya

permohonan dan kelulusan tanah dibuat atas nama syarikat. Selain itu,

pendahuluan bagi menyelamatkan projek Taman Guru I yang terbengkalai atas

arahan Kerajaan Negeri juga dianggap sebagai liabiliti syarikat. Bagi memastikan

jangka hayat LPSB terus berdaya saing dan dengan menggunakan sumbersumber

kewangan sendiri (pusingan modal dalaman), maka amat sukar bagi

syarikat untuk menjelaskan pendahuluan ini dalam tempoh terdekat walaupun

selepas 15 tahun beroperasi. Namun, syarikat sentiasa berusaha mengenal pasti

projek-projek yang memberi pulangan terbaik dan projek usaha sama yang akan

menjadi penjana keuntungan margin kepada syarikat.

Pada pendapat Audit, tadbir urus korporat LPSB adalah kurang memuaskan

terutama berkaitan pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan yang tidak

terkawal dan kawalan dalaman yang lemah boleh menjejaskan prestasi kewangan

syarikat pada masa akan datang. Selain itu, peraturan dan pekeliling Kerajaan

berkaitan syarikat Kerajaan perlulah dipatuhi sewajarnya.

11.5. SYOR AUDIT

Objektif syarikat adalah untuk membentuk asas yang kukuh bagi menjamin pulangan

pendapatan berterusan dan memberi tumpuan dalam perniagaan yang sedia ada serta

mempelbagaikan konsep pembangunan hartanah. Bagaimanapun, beberapa kelemahan

dalam pengurusan kewangan, dan pengurusan aset perlu diperbaiki. Sehubungan itu, pihak

Audit mengesyorkan LPSB mengambil tindakan seperti berikut:

11.5.1. Memperkemaskan tadbir urus korporat syarikat dengan menjadikan Kod Tadbir Urus

Korporat Malaysia sebagai amalan harian bagi memelihara kepentingan Kerajaan.

11.5.2. Mempertingkatkan pengurusan kewangan dan kawalan dalaman syarikat terutama

dalam mengawal perbelanjaan dengan melaksanakan perbelanjaan secara lebih berhemat.

129


11.5.3. Mewujudkan garis panduan berkaitan pengurusan kewangan syarikat untuk

mempertingkatkan prestasi aktiviti syarikat dengan memberi tumpuan kepada aktiviti yang

berdaya saing dan membawa keuntungan yang tinggi kepada syarikat serta menyumbang

kepada peningkatan sosio ekonomi Negeri Pahang.

11.5.4. LPSB perlu memantau dan menilai aspek pengurusan projek bagi memastikan projek

dapat dilaksanakan mengikut jadual.

11.5.5. Mempertingkatkan pemantauan di peringkat Lembaga Pengarah serta menjalankan

tindakan susulan bagi memastikan peraturan dan panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan

terhadap syarikat berkaitan kerajaan dipatuhi.

130


BAHAGIAN III

PERKARA AM


BAHAGIAN III

PERKARA AM

12. PENDAHULUAN

Bagi memastikan tindakan pembetulan diambil oleh Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan

Negeri terhadap perkara yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang lalu,

pemeriksaan susulan telah dijalankan di Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Negeri

berkenaan. Hasil daripada pemeriksaan itu dilaporkan dalam Bahagian ini di bawah tajuk

berikut:

12.1. Kedudukan Masa Kini Perkara Yang Dibangkitkan Dalam Laporan Ketua Audit Negara

Tahun 2009

12.2. Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Dan

Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri

12.3. Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri

13. KEDUDUKAN MASA KINI PERKARA YANG DIBANGKITKAN DALAM LAPORAN

KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2009

Bagi membantu Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Negeri memperbetulkan kelemahankelemahan

yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009,

sejumlah 46 syor telah dikemukakan oleh Jabatan Audit Negara untuk tujuan tersebut.

Sehubungan itu, Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Negeri yang terlibat adalah digesa untuk

mengambil tindakan berterusan bagi memperbetulkan kelemahan yang dibangkitkan dengan

melaksanakan syor-syor Audit. Pemeriksaan susulan yang telah dijalankan mendapati

setakat 30 April 2011, Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan

terhadap 42 syor bagi tahun 2009. Bagi 4 syor lagi, Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Negeri

yang berkenaan telah mengambil tindakan susulan, bagaimanapun perkara tersebut masih

belum selesai dan butirannya adalah seperti berikut:

13.1. PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI PAHANG

- Pengurusan Pinjaman Boleh Dituntut Terhadap Agensi Kerajaan Negeri

Pahang

Bil.

Isu Laporan Audit

1. Fasal Khusus Tidak Diwujudkan Dalam

Perjanjian Terhadap ASPA Dan PKNP

Yang Tidak Atau Lewat Membuat

Bayaran Balik Pinjaman

Tiada fasal khusus dalam perjanjian

berkaitan tindakan yang boleh diambil

oleh pihak Kerajaan Negeri terhadap

ASPA dan PKNP sekiranya tidak atau

lewat membuat bayaran balik.

Tindakan Susulan

Yang Belum Diambil/Selesai

Perkara ini akan diperbetulkan melalui

penjadualan semula pinjaman agensi. Antara

penyelesaiannya ialah meminta agensi yang

membuat pinjaman menyediakan cagaran

terhadap aset milik berkenaan sebagai jaminan.

133


13.2. PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PAHANG

- Pengurusan Aktiviti Pengambilan Pasir Sungai Dan Kesannya Kepada Alam

Sekitar

Bil.

Isu Laporan Audit

1. Impak Kepada Kedalaman, Hakisan

Dan Perubahan Regime Sungai

Operasi pengorekan dan pengambilan

pasir di Kuala Sungai Miang yang terlibat

dengan Projek Tanjung Agas Oil, Gas

And Maritime Industrial Park adalah tidak

memuaskan kerana dijalankan tanpa

kebenaran sehingga telah menjejaskan

alam sekitar serta kehidupan nelayan di

kawasan tersebut. Kerajaan Negeri juga

telah kehilangan hasil daripada royalti

yang tidak dikutip sehingga 16 Jun 2010

yang dianggarkan berjumlah RM3.32 juta

Tindakan Susulan

Yang Belum Diambil/Selesai

PTD Pekan telah membuat lawatan pemantauan

mendapati Pengusaha telah membersihkan

kawasan operasi pengorekan dan pengambilan

pasir serta memulihkan semula kedalaman di

Sungai Miang. Pengusaha juga telah membayar

ganti rugi yang dialami nelayan yang terlibat.

Selain itu, PTG Pahang telah menyediakan

jadual lawatan kerja bersama di antara

Pentadbir Tanah dan Jabatan Teknikal secara

berkala iaitu 4 kali setahun. Manakala Pihak

Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat

Kerajaan(MMK) yang ke 28/2010 bertarikh

25 Ogos 2010 telah meluluskan pengurangan

sebanyak 50% jumlah royalti yang dikenakan.

Bagaimanapun pihak pengusaha belum

menjelaskan lagi royalti yang tertunggak

berjumlah RM1.66 juta.

13.3. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG

- Pengurusan Pengendalian Kes Di Mahkamah Syariah Negeri Pahang

Bil.

Isu Laporan Audit

1. Beban Kerja Hakim

Lima perjawatan hakim yang diisi untuk

mengendalikan 12 Mahkamah Rendah

Syariah di Negeri Pahang. Seorang hakim

terpaksa mengendalikan 2 atau 3

mahkamah bagi perbicaraan kes.

Tindakan Susulan

Yang Belum Diambil/Selesai

Jabatan menjelaskan kertas cadangan

penyusunan semula telah dikemukakan kepada

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang pada

1 September 2010 untuk mengkaji semula

perjawatan secara menyeluruh.

13.4. PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

- LKPP Corporation Sdn. Bhd.

Bil.

Isu Laporan Audit

1. Tadbir Urus Korporat - Jumlah

Terhutang Oleh Syarikat Milikan

Syarikat ada memberi pinjaman/

pendahuluan kepada syarikat milikan,

syarikat berkaitan dan para pekerjanya

sebagai kemudahan sejumlah

RM21.30 juta pada tahun 2007 dan

RM24.30 juta pada tahun 2008. Namun

pendahuluan yang diberikan ini tidak

diikat dengan sebarang perjanjian.

Tindakan Susulan

Yang Belum Diambil/Selesai

Pada tahun 2009 dan 2010, jumlah terhutang

oleh syarikat milikan adalah berjumlah

RM26.52 juta dan RM27.12 juta masing-masing.

Pendahuluan ini tidak diikat dengan sebarang

perjanjian.

134


14. PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI AKTIVITI

JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

Perkara 107(2) Perlembagaan Persekutuan, menghendaki Laporan Ketua Audit Negara

mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri yang telah

diaudit dibentangkan seberapa segera di Dewan Undangan Negeri. Laporan Ketua Audit

Negara mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri pada

tahun 2009 telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Pahang pada 29 November

2010.

15. MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI

15.1. Bagi tempoh Jun 2010 hingga 1 April 2011, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam

Negeri Pahang (Jawatankuasa) telah membincangkan Laporan Ketua Audit Negara Tahun

2008 dan 2009 mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri

Pahang. Bagi maksud tersebut Jawatankuasa telah bermesyuarat sebanyak 3 kali iaitu

masing-masing satu kali bagi Laporan tahun 2008 dan 2 kali bagi Laporan tahun 2009

dengan meminta Pegawai Pengawal hadir bagi memberi penjelasan kepada Jawatankuasa

terhadap perkara yang dibangkitkan dalam Laporan berkenaan. Kedudukan perkara yang

dibincangkan oleh Jawatankuasa semasa mesyuarat bagi tempoh berkenaan adalah seperti

di Jadual 15.1.

Jadual 15.1

Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri Pahang Bagi Tempoh

Jun 2010 Hingga 1 April 2011

Bil. Tarikh Jabatan/Agensi Perkara

1. 24.06.2010 Amanah Saham Pahang (ASPA) Mesyuarat Siasatan Laporan Ketua Audit

Negara Tahun 2008

Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri

2. 16.02.2011 Pejabat Kewangan Dan

Perbendaharaan Negeri Pahang

3. 22.03.2011 i. Pejabat Tanah Dan Galian

Negeri Pahang

ii. Jabatan Pertanian Negeri

Pahang

iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan

Negeri

Sumber: Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri Pahang

Mesyuarat Siasatan Laporan Ketua Audit

Negara Tahun 2009

Pengurusan Pinjaman Boleh Dituntut

Terhadap Agensi Kerajaan Negeri

Pahang

Mesyuarat Siasatan Laporan Ketua Audit

Negara Tahun 2009

i. Pengurusan Aktiviti Pengambilan

Pasir Sungai Dan Kesannya Kepada

Alam Sekitar

ii. Projek Pembinaan Akademi

Usahawan Tani Di Kampung Awah,

Maran

iii. Pelaksanaan Dan Pengagihan Projek

Perumahan Rakyat Dimiliki

15.2. Selaras dengan peranan Jawatankuasa untuk memastikan wujudnya Akauntabiliti

Awam, selain daripada membincangkan perkara-perkara yang dibangkitkan dalam Laporan

Ketua Audit Negara, Jawatankuasa juga perlu membuat lawatan ke tapak projek dan juga

boleh membuat semakan terhadap perkara-perkara lain yang penting selain daripada

135


Laporan Ketua Audit Negara. Di samping itu, Jawatankuasa juga perlu memastikan syorsyor

Jawatankuasa diambil tindakan sewajarnya oleh Ketua Jabatan/Agensi dan Syarikat

Kerajaan Negeri.

136


PENUTUP


PENUTUP

Secara keseluruhannya, pengauditan yang dijalankan mendapati wujud beberapa

kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti dari segi perancangan, pelaksanaan dan

pemantauan. Antara faktor utama yang menyebabkan wujudnya kelemahan adalah

kurangnya latihan kepada pegawai terlibat serta tidak ada penyeliaan yang berkesan

terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kakitangan bawahan, kontraktor dan vendor.

Jika kelemahan tersebut tidak diberi perhatian yang serius dan tidak diperbetulkan, ia boleh

menjejaskan pencapaian objektif aktiviti/program berkenaan serta menjejaskan imej

Kerajaan Negeri dan perkhidmatan awam.

Beberapa Jabatan/Agensi Negeri yang terlibat telah mengambil tindakan pembetulan

selepas mendapat teguran daripada pihak Audit, namun bagi mengelakkan kelemahan yang

sama daripada berulang, langkah pembetulan perlu dibuat secara berterusan. Pegawai

Pengawal yang terlibat juga perlu mengatur supaya pemeriksaan secara menyeluruh

dijalankan untuk menentukan sama ada kelemahan yang sama juga berlaku di

program/aktiviti lain yang tidak diaudit dan seterusnya mengambil tindakan pembetulan yang

sewajarnya.

Kerajaan Negeri juga perlu memantau aktiviti syarikat miliknya untuk memastikan syarikat

mewujudkan tadbir urus korporat yang baik, mematuhi undang-undang dan peraturan

kerajaan, berdaya saing dan memperoleh keuntungan seterusnya berupaya membayar

dividen kepada Kerajaan Negeri.

JABATAN AUDIT NEGARA

Putrajaya

13 Jun 2011

139


DICETAK OLEH

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD

KUALA LUMPUR, 2011

www.printnasional.com.my

email: cservice@printnasional.com.my

Tel.: 03-92366895 Faks: 03-92224773

JD001805

More magazines by this user
Similar magazines