KANDUNGAN
KANDUNGAN
PERKARA
KANDUNGAN
KATA PENDAHULUAN
INTI SARI LAPORAN
MUKA SURAT
i
ii
iv
BAHAGIAN I :
AKTIVITI DAN KAJIAN KHAS JABATAN/AGENSI
Pendahuluan 1
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Pengurusan Sekolah Agama Kerajaan Negeri
Jabatan Perhutanan Negeri
Pengurusan Pengeluaran Lesen Mengambil Hasil Hutan
Majlis Perbandaran Nilai
Penswastaan Perkhidmatan Pembersihan dan Pelupusan Sisa
Pepejal
1
58
95
BAHAGIAN ll : PERKARA AM
Pendahuluan 148
Kedudukan Masa Kini Perkara-perkara Yang Dibangkitkan
Dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2005
Perkara Dibangkitkan Dalam Laporan Ketua
Audit Negara Yang Masih Belum Selesai
148
151
Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai
151
Aktiviti Dan Kajian Khas Jabatan/Agensi
Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri Sembilan 151
PENUTUP 153
i
KATA PENDAHULUAN
KATA PENDAHULUAN
1. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki
Ketua Audit Negara mengaudit aktiviti-aktiviti Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri serta
mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menitahkan supaya Laporan itu
dibentangkan di Parlimen manakala Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan menitahkan untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Sembilan.
Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah menjalankan pengauditan
prestasi untuk menentukan sama ada sesuatu aktiviti Kerajaan dilaksanakan dengan
cekap, berhemat dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
2. Laporan saya mengenai aktiviti Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2006
adalah hasil daripada pengauditan yang dijalankan terhadap aktiviti-aktiviti tertentu yang
dilaksanakan di 3 buah Jabatan/Agensi Negeri iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sembilan, Jabatan Perhutanan Negeri dan Majlis Perbandaran Nilai.
Program/aktiviti yang diaudit adalah berkaitan dengan Pengurusan Sekolah Agama
Kerajaan Negeri, Pengurusan Pengeluaran Lesen Mengambil Hasil Hutan dan
Penswastaan Perkhidmatan Pembersihan Dan Pelupusan Sisa Pepejal. Pengauditan
terhadap aktiviti Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri adalah untuk memastikan semua polisi,
program dan projek yang telah dirancang dilaksanakan dengan jayanya mengikut tempoh
yang ditetapkan, spesifikasi kontrak/syarat-syarat perjanjian dipatuhi, tiada pembaziran
dan mencapai matlamatnya. Pada umumnya, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh
Jabatan/Agensi Negeri Sembilan pada tahun 2006 tidak menunjukkan kemajuan yang
ketara. Kelemahan yang saya laporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Terhadap
Aktiviti Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2006 seperti kelemahan dalam
perancangan, pelaksanaan dan pemantauan masih berlaku. Di peringkat pelaksanaan
kelemahan yang ditemui seperti projek siap tetapi tidak digunakan, peralatan tidak
digunakan secara optimum, projek lewat disiapkan, pembinaan projek tidak berkualiti
disebabkan pemaju tidak mengikut spesifikasi dan sebagainya. Perkara ini telah
menyebabkan berlakunya pembaziran wang awam, menjejaskan imej Kerajaan Negeri dan
perkhidmatan awam dan sekiranya tidak ditangani matlamat Pelan Integriti Nasional sukar
dicapai.
3. Semua Pegawai Pengawal yang berkenaan telah dimaklumkan tentang perkara yang
akan dilaporkan untuk pengesahan mereka. Laporan ini juga mengandungi kedudukan
masa kini perkara yang dibangkitkan dalam Laporan saya bagi tahun 2005 untuk memberi
gambaran sejauh mana tindakan susulan dan pembetulan telah diambil oleh pihak
Jabatan/Agensi Negeri berkenaan terhadap isu yang telah dibangkitkan.
4. Di samping memenuhi kehendak perundangan, saya berharap laporan ini dapat
dijadikan asas untuk memperbaiki segala kelemahan, usaha penambahbaikan dan
meningkatkan akauntabiliti dan integriti. Usaha ini penting bagi menjamin setiap Ringgit
Malaysia yang dipungut dan dibelanjakan akan dapat menyumbang ke arah pertumbuhan
ii
ekonomi negeri yang mampu membantu pembangunan dan keselesaan hidup rakyat.
Secara tidak langsung ianya akan menyumbang ke arah mewujudkan sebuah Negara
Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
5. Pada pandangan saya, prestasi pelaksanaan aktiviti Kerajaan Negeri dan agensinya
boleh dipertingkatkan lagi sekiranya semua pihak yang terlibat menghayati dan
mengamalkan 5 perkara utama yang diringkaskan sebagai DAMAI iaitu:
a) DUE DILIGENCE – Kakitangan Awam perlu menjalankan tugas dengan penuh
ketelitian yang profesional (due diligence) untuk mewujudkan sistem penyampaian
yang cemerlang.
b) ACHIEVEMENT – Memastikan semua polisi dan program yang telah dirancang
dilaksanakan dengan jayanya mengikut tempoh yang ditetapkan, tidak berlaku
peningkatan kos, spesifikasi kontrak/syarat-syarat perjanjian dipatuhi dan mencapai
matlamatnya.
c) MONITORING – Pemantauan yang rapi hendaklah dibuat bagi memastikan semua
program atau aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan, diurus secara akauntabiliti
dan berintegriti. Segala kelemahan yang ditemui hendaklah diambil tindakan. Projek
yang telah siap dibina hendaklah digunakan untuk mengelakkan berlakunya
pembaziran dan memberi impak positif kepada golongan sasaran.
d) ATTITUDE - Setiap pegawai/kakitangan perlu mempunyai pandangan holistik dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan penuh komitmen
yang tinggi. Nilai-nilai positif hendaklah diamalkan dan tidak ada sikap sambil lewa
dalam melaksanakan tugas.
e) INTEREST - Setiap pegawai/kakitangan perlu melaksanakan tugas yang diamanahkan
dengan minat dan dedikasi supaya projek yang dilaksanakan ada usaha
penambahbaikan dan berinovasi.
6. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai Jabatan/Agensi
Negeri Sembilan yang telah memberikan kerjasama kepada pegawai saya sepanjang
pengauditan dijalankan. Saya juga ingin melahirkan penghargaan dan terima kasih
kepada semua pegawai saya yang telah berusaha gigih serta memberikan sepenuh
komitmen untuk menyiapkan Laporan ini.
Putrajaya,
22 Mei 2007
iii
INTI SARI LAPORAN
INTI SARI LAPORAN
BAHAGIAN I -
AKTIVITI DAN KAJIAN KHAS JABATAN/AGENSI
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam : Pengurusan Sekolah Agama Kerajaan Negeri
1. Bahagian Pelajaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan menguruskan 19
buah sekolah agama Kerajaan Negeri. Perbelanjaan mengurus yang terlibat bagi tahun
2006 adalah sejumlah RM14.30 juta dan perbelanjaan pembangunan pula berjumlah
RM3.90 juta. Sekolah agama Kerajaan Negeri menawarkan tempat dari tingkatan satu
hingga peringkat Diploma dengan bilangan pelajar seramai 3,618 orang dan mempunyai
284 orang guru pada tahun 2006. Pada keseluruhannya pengurusan sekolah agama
Kerajaan Negeri adalah tidak memuaskan. Perkara ini adalah disebabkan kekurangan
infrastruktur, kemudahan peralatan pembelajaran yang tidak lengkap, masalah kekurangan
guru terlatih dan kekurangan peruntukan kewangan. Faktor ini menyebabkan ibu bapa
tidak berminat untuk menghantar anak mereka ke sekolah agama dan membawa kepada
penutupan 7 buah sekolah agama manakala 7 buah sekolah agama lagi mempunyai murid
kurang 100 orang. Pada masa ini Kerajaan Negeri sedang dalam proses mendaftarkan
16 buah sekolah agama ini untuk menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Jabatan Perhutanan Negeri : Pengurusan Pengeluaran Lesen Mengambil Hasil Hutan
2. Kelulusan Pengeluaran Lesen Mengambil Hasil Hutan adalah di bawah kuasa Kerajaan
Negeri. Pada tahun 2005 hingga akhir tahun 2006, Kerajaan Negeri telah meluluskan tiga
lesen dengan keluasan 394.37 hektar berbanding 2,460 hektar kawasan pengusahasilan
yang dibenarkan oleh Majlis Perhutanan Negara dalam setahun. Walaupun keluasan
kawasan pengusahasilan hanya 394.37 hektar tetapi Jabatan telah meningkatkan kutipan
hasil berjumlah RM2.60 juta, iaitu dari RM2.80 juta pada tahun 2005 kepada RM5.40 juta
pada tahun 2006. Penguatkuasaan undang-undang oleh Jabatan terhadap pihak yang
melakukan kesalahan hutan membolehkan kutipan bayaran denda, pampasan dan lain-lain
kesalahan hutan meningkat sejumlah RM1.90 juta.
iv
Majlis Perbandaran Nilai : Penswastaan Perkhidmatan Pembersihan Dan pelupusan
Sisa Pepejal
3. Majlis bertanggungjawab sepenuhnya bagi memberi perkhidmatan pembersihan
terhadap kawasan operasinya. Pengurusan pembersihan di Majlis mula diswastakan pada
tahun 2003 dengan arahan daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
Penswastaan tersebut bertujuan untuk meningkatkan kecekapan kerja pembersihan dan
pelupusan sisa pepejal selaras dengan pembangunan yang pesat di kawasan Majlis. Unit
Perancang Ekonomi (UPE) tidak menjalankan kajian kemungkinan mengenai kesesuaian
pelaksanaan projek penswastaan sisa pepejal seluruh negara. Surat perjanjian antara
Majlis dengan Southern Waste Management Sdn. Bhd (SWM) telah ditandatangani pada
Disember 2003. Dengan penswastaan ini, Majlis telah menyerahkan 5 buah lori compactor
miliknya kepada SWM. Seramai 51 orang kakitangan Majlis telah diambil oleh SWM untuk
berkhidmat dengannya. Semua kerja yang dilakukan oleh SWM dipantau oleh Majlis
berpandukan kepada Jadual Kerja yang dikemukakan oleh SWM setiap bulan. Prestasi
kerja SWM adalah tidak memuaskan kerana Majlis kerap mengeluarkan Notice To Correct
(NTC) dan aduan awam juga meningkat dari tahun ke tahun. Caj perkhidmatan yang
dikenakan oleh SWM tidak mampu dijelaskan oleh Majlis kerana kemampuan
kewangannya yang terhad. Sehingga akhir tahun 2006, bayaran perkhidmatan yang
belum dijelaskan oleh Majlis kepada SWM berjumlah RM17.15 juta. Pada tahun 2006, caj
perkhidmatan yang belum dijelaskan oleh Majlis adalah 56.5% daripada hasil cukai
taksirannya.
v
BAHAGIAN I
AKTIVITI DAN KAJIAN KHAS
JABATAN/AGENSI
BAHAGIAN I
AKTIVITI DAN KAJIAN KHAS JABATAN/AGENSI
1. PENDAHULUAN
Seksyen 6(d) Akta Audit 1957 menghendaki Jabatan Audit Negara menjalankan
pengauditan terhadap program dan aktiviti Kerajaan Negeri untuk menentukan sama ada
program dan aktiviti ini dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan mencapai matlamatnya.
Bagi memenuhi peruntukan Akta ini, pada tahun 2006, sebanyak 3 kajian Audit telah
dijalankan terhadap program dan aktiviti seperti berikut:
a) Pengurusan Sekolah Agama Kerajaan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam.
b) Pengurusan Pengeluaran Lesen Mengambil Hasil Hutan, Jabatan Perhutanan Negeri.
c) Penswastaan Perkhidmatan Pembersihan Dan Pelupusan Sisa Pepejal, Majlis
Perbandaran Nilai.
Hasil pengauditan terhadap program dan aktiviti tersebut telah dimaklumkan kepada
Jabatan/Agensi yang berkenaan melalui surat pemerhatian Audit. Hanya penemuan Audit
yang penting dilaporkan di Bahagian ini.
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
PENGURUSAN SEKOLAH AGAMA KERAJAAN NEGERI
2. LATAR BELAKANG
2.1 Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri merupakan institusi pendidikan
menengah milik Kerajaan Negeri Sembilan. Sekolah ini ditubuhkan bagi menyediakan
pelajar yang seimbang iaitu boleh menguasai ilmu agama dan akademik yang disediakan
oleh Kementerian Pelajaran. Sekolah Agama ini menyediakan kemudahan pembelajaran
kepada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Kurikulum pembelajaran sekolah adalah
berdasarkan Kurikulum Kebangsaan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Di awal
penubuhannya ada 26 buah sekolah agama, bagaimanapun hingga kini hanya tinggal 19
buah sekolah sahaja yang terdiri daripada sebuah Institut Tahfiz Al-Quran (ITQAN),
sebanyak 7 buah Sekolah Menengah Agama (SMA) dan 11 buah Sekolah Menengah
1
Rendah Agama (SMRA). SMRA menawarkan peperiksaan sehingga peringkat PMR,
manakala SMA menawarkan peperiksaan sehingga SPM/STPM/STAM. Oleh kerana
sekolah ini mendapat bantuan kewangan Kerajaan Negeri, ia tidak dikategorikan sebagai
institusi pendidikan swasta dan tidak tertakluk kepada Enakmen Pengawalan Sekolah
Agama Islam 1996 Negeri Sembilan. Daripada 19 buah sekolah, sebanyak 14 buah atau
73.7% adalah sekolah berasrama. Pada tahun 2006, keseluruhan pelajar bagi 19 buah
sekolah adalah berjumlah 3,618 orang dengan seramai 284 orang guru.
2.2 Semua pengurusan dan pentadbiran sekolah agama ini adalah di bawah aktiviti
Perkhidmatan Pelajaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).
Objektif Bahagian Pelajaran adalah untuk menyediakan pendidikan melalui sekolah agama
ke arah membina sebuah masyarakat yang berilmu, berakhlak mulia dan bertakwa.
Bahagian Pelajaran juga bertanggungjawab terhadap keperluan perjawatan guru dan
kakitangan sekolah agama dan infrastruktur yang mencukupi untuk keselesaan pelajar.
Dari segi akademik pula, Bahagian ini bertanggungjawab terhadap aktiviti kurikulum dan
kokurikulum serta menilai dan menganalisis prestasi setiap peperiksaan.
2.3 Pada tahun 2006, JHEAINS mempunyai seramai 389 anggota terdiri dari pelbagai
gred jawatan dengan diketuai oleh Pengarah Gred DG52. Bahagian Pelajaran mempunyai
sejumlah 184 anggota pelbagai gred jawatan yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah
Gred DG48. Pada tahun 2005, peruntukan mengurus Jabatan adalah berjumlah RM23.91
juta manakala pada tahun 2006 berjumlah RM25.49 juta. Bahagian Pelajaran pula,
menerima peruntukan mengurus sejumlah RM12.38 juta pada tahun 2005 dan RM12.42
juta pada tahun 2006. Bahagian ini juga diluluskan peruntukan one off pada tahun 2005
berjumlah RM789,300 dan pada tahun 2006 sejumlah RM785,000. Selain itu, JHEAINS
juga mendapat peruntukan pembangunan sejumlah RM12.38 juta pada tahun 2005 dan
sejumlah RM11 juta pada tahun 2006.
3. OBJEKTIF AUDIT
Objektif pengauditan adalah untuk menentukan sama ada pengurusan sekolah agama
di Negeri Sembilan telah dirancang, diuruskan dan dilaksanakan dengan cekap dan
berkesan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
4. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN
Skop pengauditan adalah meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan
terhadap pengurusan Sekolah Agama bagi tempoh 2004 hingga 2006. Pemeriksaan dan
2
semakan Audit akan dibuat secara pemeriksaan dan semakan dokumen di Bahagian
Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan serta lawatan fizikal ke
semua sekolah agama. Bagi pemeriksaan dokumen, ianya dijalankan terhadap hal ehwal
perjawatan, kewangan, belanjawan tahunan, minit mesyuarat dan fail surat mesyuarat
yang berkaitan bagi tempoh berkenaan. Lawatan Audit juga telah dijalankan terhadap
semua sekolah agama. Pemeriksaan telah dijalankan terhadap kemudahan infrastruktur
dan peralatan pembelajaran, keadaan kelas atau asrama dan lain-lain. Temu bual dengan
pegawai JHEAINS, tenaga pengajar dan kakitangan sekolah agama serta pelajar yang
terlibat juga diadakan semasa pengauditan dijalankan.
5. PENEMUAN AUDIT
5.1 PERANCANGAN
Bagi mencapai objektif Jabatan untuk menyediakan pendidikan ke arah membina
masyarakat Islam yang berilmu, berakhlak mulia dan bertakwa, memerlukan perancangan
yang baik di semua peringkat yang meliputi aspek seperti berikut:
5.1.1 Dasar Kerajaan Negeri
Kerajaan Negeri merancang untuk menjadikan sekolah agama sebuah institusi
pendidikan Islam yang dapat melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang pendidikan
akademik selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan serta falsafah pendidikannya
sendiri yang menekankan pendidikan berteraskan ilmu agama Islam. Perancangan
strategik pengurusan pendidikan ini juga perlu bersesuaian dengan perkembangan
pembangunan Dasar Pendidikan Negara. Melalui perancangan dasar tersebut,
Bahagian Pelajaran JHEAINS berusaha merancang bagi melaksanakan sistem
pengurusan pendidikan untuk melahirkan pelajar yang berjaya, beramanah serta
bertanggungjawab untuk membangunkan agama Islam dan Negara. Bagi menjayakan
perancangan dasar tersebut, JHEAINS telah menerima pakai Dasar Pendidikan
Kebangsaan dengan mewujudkan kelas aliran sains dan aliran sastera. Selain itu,
perancangan JHEAINS bagi meningkatkan pendidikan dalam bidang keagamaan terus
dipergiatkan dan dipermodenkan selaras dengan perkembangan global.
Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk mendaftarkan 16 buah sekolah agama dengan
Kementerian Pelajaran untuk dijadikan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Dengan
pendaftaran ini adalah diharap akan mendapat peruntukan kewangan serta kemudahan
peralatan yang mencukupi serta guru yang terlatih. Bagaimana pun, bangunan dan
tapak tanah masih lagi milik Kerajaan Negeri.
3
5.1.2 Undang-Undang Dan Peraturan
Sekolah agama ini diwujudkan apabila JHEAINS mengambil alih serta menaik taraf
sekolah agama rakyat menjadi sekolah agama yang ditadbirkan oleh Kerajaan Negeri
pada awal tahun 1960an. Sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri, semua sekolah
agama tertakluk kepada peraturan kewangan Kerajaan yang sedia ada. Prosedur
kewangan yang diamalkan adalah seperti Akta Acara Kewangan 1957, Arahan
Perbendaharaan dan lain-lain pekeliling Kerajaan. Dari segi kurikulum dan kokurikulum
adalah tertakluk kepada peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.
5.1.3 Pengambilan Pelajar
Pendidikan yang ditekankan oleh JHEAINS adalah pendidikan yang berteraskan ilmu
agama supaya dapat melahirkan pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat serta
mempunyai sifat yang mulia dan berperibadi terpuji. Oleh itu, bagi merealisasikannya
JHEAINS merancang dasar pengambilan pelajar selaras dengan inspirasi untuk
menjadikan sekolah agama sebagai sebuah institusi yang melahirkan pelajar yang
cemerlang. Proses pengambilan pelajar bagi kemasukan ke sekolah agama mempunyai
dua peringkat iaitu untuk kemasukan ke tingkatan 1 dan ke tingkatan 4. Pengambilan
untuk ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 bagi 3 buah sekolah iaitu ITQAN, Maahad Ahmadi
dan Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah akan diuruskan oleh JHEAINS,
manakala bagi sekolah agama yang lain, pengambilan pelajar diuruskan oleh sekolah
masing-masing. Bagi 3 buah sekolah yang pengambilannya melalui JHEAINS, setiap
pemohon diwajibkan menduduki ujian bertulis dan melalui proses temu duga sebelum
diterima masuk ke sekolah agama tersebut.
a) Sasaran Pengambilan Pelajar
JHEAINS merancang sasaran untuk mengambil seramai 230 orang pelajar setiap
tahun bagi 3 buah sekolah iaitu ITQAN, Maahad Ahmadi dan SMA Sains Kuala
Pilah. Proses pengambilan pelajar baru ini akan diuruskan oleh Unit Hal Ehwal
Murid, Bahagian Pelajaran JHEAINS yang bertanggungjawab merangka pelan dan
kaedah pengambilan pelajar baru. Bagi sekolah agama yang lain, tidak ada
perancangan dibuat kerana semua pelajar yang mendaftar akan diterima untuk
belajar di sekolah berkenaan.
b) Kriteria Pemilihan Pelajar Baru
JHEAINS merancang mengurus pengambilan pelajar baru serta menetapkan garis
panduan, prosedur dan kriteria tertentu bagi pemilihan dan pengambilan pelajar
baru. Kriteria asas pemilihan pelajar bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan tingkatan
4 Sekolah Agama Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:
4
i) Syarat kemasukan ke tingkatan 1 Maahad Ahmadi, Gemencheh dan ITQAN:
• Warganegara Malaysia keutamaan kepada anak kelahiran Negeri
Sembilan.
• Sihat tubuh badan dan berumur 12 hingga13 tahun pada 1 Januari.
• Bersedia meneruskan pengajian sehingga peringkat Sijil Tinggi Agama
Malaysia (STAM).
• Memperolehi sekurang-kurangnya 3A dan tiada D dalam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) serta lulus ujian PAFA.
• Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan boleh membaca serta menulis
jawi dengan baik.
• Lulus ujian kelayakan.
ii) Syarat kemasukan ke tingkatan 4 Maahad Ahmadi, Gemencheh:
• Lulus Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan mendapat sekurangkurangnya
Pangkat B dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa
Arab (Keutamaan kepada calon yang memperolehi A dalam kedua mata
pelajaran tersebut).
• Memperolehi sekurang-kurangnya pangkat C dalam semua mata
pelajaran.
• Lulus ujian PAFA dalam PMR.
iii)
Syarat kemasukan ke tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama Sains Kuala
Pilah:
• Lulus peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan mendapat
sekurang-kurangnya pangkat B dalam mata pelajaran Sains dan
Matematik Moden (Keutamaan kepada calon yang memperolehi A dalam
kedua mata pelajaran tersebut).
• Memperolehi sekurang-kurangnya pangkat C dalam semua mata
pelajaran lain.
• Lulus ujian Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA) dalam PMR.
iv) Kemasukan ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 di sekolah agama yang lain, semua
urusan pengambilan akan ditentukan oleh sekolah yang berkenaan sahaja.
Keutamaan adalah diberi kepada calon yang lulus PMR berserta ujian PAFA
dan memperolehi sekurang-kurangnya B dalam mata pelajaran Matematik
Moden serta lulus Bahasa Arab dan Pendidikan Islam. Ini adalah bagi calon
yang akan mengambil Matematik Tambahan, Prinsip Akaun dan mata pelajaran
5
elektif. Sebanyak 3 buah sekolah agama menawarkan mata pelajaran elektif ini
iaitu SMA Dato’ Klana Petra Maamor, SMA Dato’ Hj. Mustafa dan SMA Hj.
Mohd Yatim.
5.1.4 Keperluan Kewangan
Bagi memastikan semua perancangan yang telah diatur dapat dicapai, keperluan
sumber kewangan juga perlu dirancang dengan sempurna. Ini termasuk bajet
pengurusan dan pembangunan untuk semua sekolah agama seperti berikut:
a) Bajet Mengurus
Bagi tahun 2004 hingga 2006, perbelanjaan mengurus yang dianggarkan oleh
JHEAINS untuk semua sekolah agama adalah berjumlah RM34.91 juta iaitu
RM8.37 juta bagi tahun 2004, RM13.33 juta bagi tahun 2005 dan RM13.21 juta
bagi tahun 2006. Setiap tahun, JHEAINS menyediakan bajet bagi mengurus dan
pembangunan untuk semua sekolah agama. Penyediaan bajet mengurus adalah
berdasarkan kepada perbelanjaan tahun sebelumnya, manakala bagi bajet
pembangunan berdasarkan permohonan yang dibuat oleh sekolah serta
perancangan pembangunan JHEAINS sendiri. Kedudukan bajet mengurus bagi
tempoh 2004 hingga 2006 adalah seperti di Jadual 1.
Bil.
Jadual 1
Bajet Mengurus Bagi Tempoh 2004 Hingga 2006
Butiran
2004
(RM Juta)
2005
(RM Juta)
2006
(RM Juta)
Jumlah
(RM Juta)
1. Emolumen 3.82 4.26 4.64 12.72
2.
Perkhidmatan Dan
Bekalan
4.15 7.92 7.42 19.49
3. Aset 0.01 0.01 0.01 0.03
4.
Pemberian Dan Kenaan
Bayaran Tetap
0.21 0.35 0.35 0.91
5. One Off (Asset) 0.18 0.79 0.79 1.76
Jumlah 8.37 13.33 13.21 34.91
Sumber: Rekod Kewangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
b) Bajet Pembangunan
Bagi tempoh 2004 hingga 2006, JHEAINS telah merancang kerja pembangunan
sejumlah RM5.70 juta iaitu pembinaan asrama/bengkel/sekolah dan
pengubahsuaian/pembaikan asrama sekolah bagi semua sekolah agama.
Perancangan yang dibuat oleh JHEAINS berdasarkan kepada permohonan yang
diterima daripada sekolah dan JHEAINS sendiri. Bagi kerja pembaikan dan
penyenggaraan yang bernilai kurang RM20,000 akan diuruskan oleh JHEAINS
6
dengan memanggil kontraktor yang berdaftar. Manakala bagi projek yang bernilai
RM20,000 dan ke atas, JHEAINS akan mengeluarkan waran kepada Jabatan Kerja
Raya (JKR) untuk melaksanakan kerja bagi pihaknya. Bagi tahun 2004 dan 2005,
hanya 2 projek yang dirancang manakala pada tahun 2006 pula sebanyak 24
projek telah dirancang. Kedudukan bajet dan projek pembangunan yang dirancang
bagi tempoh 2004 hingga 2006 adalah seperti di Jadual 2.
Bil.
Jadual 2
Bajet Pembangunan Yang Dirancang Bagi Tempoh 2004 Hingga 2006
Butiran
2004
(RM)
2005
(RM)
2006
(RM)
1. Projek Pembinaan Asrama/Bengkel/Sekolah
Projek Sambungan
1. Asrama 1 Blok, Dewan Besar dan Surau, SMA
Kuala Pilah
500,000 - -
2. Pembinaan 2 Blok Bangunan SMRA Rantau 100,000 1,000,000 1,890,000
Projek Baru
1. Pembinaan Bilik KHB dan Makmal Sains:
- SMRA Nilai - - 210,000
- SMRA Rembau - - 210,000
- SMRA Jempol - - 210,000
- SMRA Ulu Jempol - - 210,000
- SMA Dato’ Hj. Mustafa - - 20,000
- SMA Dato’ Hj. Tan Ahmad - - 20,000
2. Menaik taraf Bangunan SMRA Gemencheh - - 180,000
3. Menaik taraf SMRA Kuala Klawang - - 60,000
4. Pembinaan Kantin SMA Dato’ Hj. Tan Ahmad - - 50,000
5. Menyediakan Padang SMRA Rembau - 40,000
2. Pengubahsuaian/Pembaikan Asrama/Sekolah 100,000 100,000 -
1. Pendawaian Semula Bangunan Sekolah:
- Maahad Ahmadi - - 60,000
- SMRA Ulu Jempol - - 30,000
- SMRA Johol - - 30,000
- SMRA Kuala Klawang - - 60,000
2. Pendawaian Semula Asrama Sekolah:
- SMA Hj. Mohd Yatim - - 30,000
- SMA Telok Kemang - - 70,000
- SMA Dato’ Hj. Tan Ahmad - - 80,000
- SMRA Rembau - - 70,000
- SMRA Jempol - - 60,000
- SMA Dato’ Klana Maamor - - 70,000
3. Mengecat Asrama dan Dewan Makan SMA Dato’
Hj. Mustafa
- - 20,000
4. Penyelenggaraan Pam Tangki Air SMRA
Gemencheh
- - 20,000
5. Kerja Penyelenggaraan Kecil SMA/SMRA - - 200,000
Jumlah 700,000 1,100,000 3,900,000
Sumber: Rekod Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
5.1.5 Pengurusan Kewangan Sekolah
Mengikut Peraturan Pendidikan (Akaun Dan Audit) 2002, pengurusan kewangan
sekolah hendaklah mematuhi peraturan kewangan yang berkuat kuasa seperti Arahan
Perbendaharaan, Pekeliling Dan Surat Pekeliling Perbendaharaan, peraturan
berhubung dengan Akaun dan Audit Institusi Pendidikan dan Tatacara Pengurusan
Kewangan seperti yang dinyatakan oleh Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran
7
Malaysia dan tatacara lain berhubung dengan akaun dan audit institusi pendidikan
sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri.
Mengikut peraturan berkenaan, setiap sekolah hendaklah menyelenggara rekod
kewangan dan perakaunan sekolah seperti buku tunai, resit pelajar, resit pejabat,
penyata penyesuaian bank, daftar kutipan yuran, daftar bil, buku tunai runcit, jadual
kedatangan murid, buku cek, daftar stok resit, daftar aset dan inventori, baucar bayaran
dan pesanan tempatan. Perkara 18 Peraturan Pendidikan menghendaki sekolah
menyediakan penyata kewangan tahunan yang berakhir pada 31 Disember bagi setiap
tahun kewangannya.
5.1.6 Penempatan Dan Lokasi Sekolah
Peringkat awal sekolah agama ditubuhkan oleh Jawatankuasa Kampung atau
permintaan daripada orang ramai dan ianya dijalankan di masjid atau balai raya.
Penubuhan sekolah agama mengikut daerah adalah seperti di Jadual 3.
Bil. Sekolah Agama Daerah
Jadual 3
Sekolah Agama Kerajaan Negeri Pada Tahun 2006
Asrama/
Tidak
Tahun
Ditubuhkan
Status Tapak
Keluasan
(Hektar)
1.
SMA Dato’ Klana
Petra Maamor
Asrama 1959 Rezab Sekolah 3
2. SMRA Rantau
Seremban
Jabatan Pelajaran
Tidak 1959
Negeri Sembilan
0.20
3. SMRA Nilai
Asrama 1968 Rezab Sekolah 1.97
4. SMA Teluk Kemang Port
Asrama 1965 Rezab Sekolah 15.07
5. SMRA Chuah Dickson Tidak 1959 Wakaf Masjid 0.81
6. SMA Hj. Mohd Yatim
Wakaf Anak Yatim
Asrama 1959
Rembau
Dan Rezab Sekolah
5.26
7. SMRA Rembau
Asrama 1959 Rezab Sekolah 0.88
8. ITQAN Asrama 2003 Rezab Sekolah 12.14
9. Maahad Ahmadi Asrama 1989 Rezab Sekolah 8.09
Tampin/
10. SMRA Gemencheh Asrama 1959 Rezab Sekolah 1.82
Gemas
11. SMRA Gemas Asrama 1970 Rezab Sekolah 1.01
12. SMRA Repah
Asrama 1959 Rezab Sekolah 3.64
SMA Sains
Tiada
13.
Asrama 2000 Rezab Sekolah
Kuala Pilah
Maklumat
Kuala Pilah
14. SMRA Johol Tidak 1959 Wakaf Persendirian 0.81
15. SMRA Ulu Jempol
Tidak 1959 Wakaf Persendirian 1.62
16.
SMA Dato’
Hj. Mustafa
Jempol
Asrama 1973 Rezab Sekolah 6.47
17. SMRA Jempol
Asrama 1959 Rezab Sekolah 1.64
Wakaf
18. SMRA Kuala Klawang Tidak 1960 Masjid/Rezab
0.21
Jelebu
Sekolah Agama
19.
SMA Dato’ Hj. Tan
Ahmad
Asrama 1960 Rezab Sekolah 8.09
Sumber: Profil Sekolah Agama Negeri Sembilan
8
5.1.7 Keperluan Guna Tenaga Dan Latihan
Struktur organisasi yang baik dan perancangan latihan yang sistematik perlu
diwujudkan bagi memantapkan serta meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan
ke arah mencapai objektif Jabatan. Oleh itu, JHEAINS menyediakan struktur
pengurusan dan latihan seperti berikut:
a) Struktur Pengurusan Dan Kakitangan
Bahagian Perkhidmatan Pelajaran adalah salah satu daripada tujuh
program/aktiviti di JHEAINS iaitu Khidmat Pengurusan, Bahagian Dakwah,
Pentadbiran Undang-Undang Syariah, Penyelidikan, Penguatkuasaan dan
Pendakwaan. Bahagian Khidmat Pelajaran ini mempunyai 3 unit kecil iaitu
Pentadbiran Pelajaran, Akademik dan Hal Ehwal Murid yang akan
bertanggungjawab kepada 19 buah sekolah agama. Keperluan tenaga manusia
merupakan aspek penting bagi mencapai objektif JHEAINS. Mengikut senarai
perjawatan yang diluluskan, Bahagian ini mempunyai sebanyak 184 jawatan
pelbagai gred dengan 142 jawatan daripadanya adalah gred DG29 hingga DG48
iaitu guru sekolah agama. JHEAINS merancang memohon untuk menambah
kepada 450 jawatan pelbagai gred pada tahun 2006. Daripada 450 jawatan ini,
231 atau 51.3% jawatan adalah untuk gred DG iaitu tenaga pengajar di sekolah
agama. Selain itu JHEAINS juga memohon jawatan gred kenaikan pangkat bagi
tujuan memberi peluang kenaikan pangkat kepada guru sedia ada. Struktur
pengurusan Bahagian Pelajaran JHEAINS dan Sekolah Agama adalah seperti di
Carta 1.
9
Carta 1
Carta Organisasi Bahagian Pelajaran JHEAINS
PENGARAH JHEAINS M52
En. Selamat Bin Paigo
Sumber: Rekod Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
b) Perancangan Latihan
Latihan adalah aktiviti pembelajaran dan pengajaran bagi meningkatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan tugas yang dipertanggungjawabkan.
JHEAINS merancang untuk memberi kursus dan latihan kepada semua tenaga
pengajar serta kakitangan yang lain untuk meningkatkan ilmu pendidikan dan
berkeupayaan menjalankan tugas harian dengan cekap dan berkesan dari semasa
ke semasa. Pada tahun 2006, JHEAINS merancang sebanyak 11 kursus/latihan
kepada guru dan sebanyak 3 program latihan/kursus kepada para pelajar. Kursus
yang dirancang antaranya adalah seperti Kursus Pengurusan dan Kepimpinan
Sekolah, Kursus Pengurusan Asrama Cemerlang untuk pengetua dan guru. Selain
kursus/latihan oleh JHEAINS, guru sekolah agama juga akan dihantar untuk
menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan
Pelajaran Negeri atau Kementerian Pelajaran. JHEAINS juga merancang program
latihan untuk para pelajar bagi meningkatkan lagi prestasi serta sahsiah diri pelajar
sekolah agama. Program latihan yang dianjurkan antaranya adalah Program
Motivasi Pelajar, Seminar Peperiksaan dan Perkhemahan Ibadah.
10
5.1.8 Kemudahan Asas Dan Infrastruktur
Bagi memastikan pengurusan pendidikan sekolah agama akan dilaksanakan secara
cekap dan berkesan, perancangan kemudahan asas dan infrastruktur akan disediakan.
Kemudahan fizikal serta keperluan peralatan yang dirancang akan disediakan untuk
pembelajaran di semua sekolah agama. Setiap tahun, sekolah akan memohon kepada
JHEAINS untuk melengkap dan menyelenggara keperluan fizikal sekolah. Kemudahan
fizikal yang dirancang adalah seperti bangunan sekolah, bangunan asrama, bilik darjah,
bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB), padang permainan, makmal sains,
dewan, surau, makmal komputer, bilik sumber, dewan makan, kantin sekolah dan
rumah guru/pekerja. Keperluan fizikal ini amat penting bagi memastikan suasana
pembelajaran dalam keadaan yang selesa.
5.1.9 Kemudahan Peralatan Guru Dan Murid
Selain keperluan fizikal, sekolah juga merancang melengkapkan dengan keperluan
peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran. Sekolah akan membuat permohonan
kepada JHEAINS untuk mendapatkan peruntukan atau peralatan berkenaan.
Keperluan peralatan yang dimohon antaranya adalah komputer, meja dan kerusi
murid serta guru, katil dan tilam untuk asrama, almari, peralatan sains, peralatan KHB
dan sebagainya.
5.1.10 Program Akademik
Semua sekolah agama Kerajaan Negeri akan menggunakan Sistem Pendidikan
Kebangsaan iaitu selaras dengan Kementerian Pelajaran dan Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997. Kurikulum ini hendaklah mengandungi mata pelajaran
teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektif. Bagi semua sekolah agama
sebanyak 9 mata pelajaran teras dan mata pelajaran wajib yang akan diambil oleh
semua pelajar di peringkat PMR iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sains, Sejarah, KHB, Geografi, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Manakala di
peringkat SPM dan STPM pula adalah mengikut aliran masing-masing. Peperiksaan
yang akan dijalankan pula adalah mengikut yang ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran iaitu PMR, SPM, STPM dan STAM. Sebanyak 11 buah sekolah menawarkan
peperiksaan peringkat PMR, sebanyak 8 buah sekolah menawarkan peperiksaan
peringkat SPM, manakala Sekolah Maahad Ahmadi menawarkan peperiksaan peringkat
STAM dan SMA Dato’ Klana Petra Maamor menawarkan peperiksaan peringkat STPM.
JHEAINS juga ada membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang dalam
meningkatkan prestasi akademik dan bilangan pelajar cemerlang di semua sekolah
agama. Perancangan jangka pendek, JHEAINS merancang program seperti berikut:
11
a) Mengadakan kelas tambahan secara berkala khususnya kelas peperiksaan.
b) Mengadakan kelas tambahan masa cuti sekolah.
c) Mengadakan program motivasi di peringkat guru dan murid.
d) Mengadakan bengkel/klinik pemulihan mata pelajaran matematik dan sains.
e) Gerak gempur penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
f) Teknik menanda kertas peperiksaan.
g) Program Modal Insan.
h) Program kerjaya khusus untuk bidang perubatan, kejuruteraan dan perniagaan.
Bagi perancangan jangka panjang JHEAINS merancang seperti berikut:
a) Mewujudkan Guru Pakar Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
b) Kursus Jangka Pendek 3 bulan Bahasa Arab Ke Timur Tengah (Jordan dan
Mesir).
c) Mengadakan program motivasi dan peningkatan Ilmu.
d) Membuat pemilihan dan saringan bagi pengambilan pelajar tingkatan satu.
dan
e) Mengadakan lawatan ke sekolah cemerlang secara berkala.
5.1.11 Kaedah Pemantauan
Bahagian Perkhidmatan Pelajaran JHEAINS adalah bertanggungjawab terhadap
pemantauan di semua sekolah agama. Kaedah pemantauan yang akan dijalankan oleh
Bahagian ini adalah seperti berikut:
a) Mengadakan mesyuarat dengan semua pengetua sekolah.
b) Mengadakan lawatan ke sekolah.
c) Semua sekolah adalah dikehendaki mengemukakan laporan berkala.
Pada pandangan Audit, Kerajaan Negeri melalui JHEAINS mempunyai perancangan
yang baik dalam menguruskan sekolah agama bagi melahirkan pelajar yang
cemerlang dan bertakwa kecuali perancangan bagi pengurusan kewangan sekolah
kurang memuaskan. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri juga ada mempunyai
perancangan untuk mendaftarkan 16 buah sekolah agama ini ke Kementerian
Pelajaran untuk menjadikannya Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan
Persekutuan.
12
5.2 PELAKSANAAN
Pelaksanaan sesuatu program hendaklah mengikut perancangan serta strategi yang diatur
dan perlu diurus dengan baik, cekap dan berkesan supaya objektif perancangan dapat
direalisasikan seperti yang dirancang. Kajian Audit terhadap aspek pelaksanaan ini
mendapati perkara seperti berikut:
5.2.1 Dasar Kerajaan Negeri
Kerajaan Negeri menekankan usaha berterusan untuk membudayakan ilmu, kemahiran
dan penghayatan Islam untuk melahirkan pelajar yang berkeperibadian Islam dan
cemerlang. Dasar Kerajaan Negeri adalah selaras dengan dasar wawasan pendidikan
yang menjurus ke arah hasrat mencapai kehendak matlamat Wawasan 2020 dan
menyediakan akses, ekuiti dan pendidikan berkualiti untuk semua golongan. Ianya
untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,
mempunyai disiplin diri yang tinggi, berketerampilan, berakhlak mulia dan bertakwa.
Semakan Audit mendapati semua sekolah yang ditadbir oleh JHEAINS mempunyai
sukatan pelajaran yang seragam dan selaras dengan Kementerian Pelajaran di
samping mata pelajaran agama bagi meningkatkan kefahaman berkenaan agama
Islam. Adalah menjadi matlamat Kerajaan untuk melahirkan golongan profesional yang
bertakwa.
Pada pendapat Audit, penubuhan dan pengurusan sekolah agama adalah
berlandaskan kepada matlamat yang ditetapkan bagi melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi rohani dan jasmani.
5.2.2 Undang-Undang Dan Peraturan
Di awal penubuhannya, sekolah agama bermula di masjid dan di balai raya serta
dikendalikan oleh Jawatankuasa Kampung atau Jawatankuasa Masjid. Pelajaran yang
diajar hanya tertumpu kepada bidang agama dan mengkaji kitab agama. Pada awal
tahun 1960an, semua pengurusan sekolah agama diambil alih oleh JHEAINS serta
menjadikannya sekolah agama Kerajaan Negeri dan menerima pakai Sistem
Pendidikan Kebangsaan. Semua sekolah agama diambil alih pengurusannya oleh
JHEAINS dan pada tahun 2000 dan 2003 dua sekolah agama baru ditubuhkan iaitu
SMA Sains Kuala Pilah, Kuala Pilah dan Institut Tahfiz Al-Quran, Gemencheh (ITQAN).
Kesemua tenaga pengajar dan kakitangan adalah lantikan oleh Kerajaan Negeri dan
semua sekolah ini menerima peruntukan kewangan daripada Kerajaan Negeri. Oleh itu,
semua sekolah agama adalah tertakluk kepada peraturan kewangan kerajaan dan lainlain
peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran seperti berikut:
13
a) Akta Prosedur Kewangan 1957.
b) Arahan Perbendaharaan.
c) Peraturan-peraturan yang berhubung dengan akaun dan audit institusi pendidikan
seperti dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Perbendaharaan.
d) Tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan sebagaimana yang dinyatakan
oleh Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran.
e) Tatacara lain yang berhubung dengan akaun dan audit institusi pendidikan seperti
dinyatakan oleh Menteri.
Semakan Audit mendapati semua sekolah agama tidak ada arahan atau garis panduan
dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri kepada sekolah agama bagi mematuhi semua
peraturan di atas. Oleh itu, adalah didapati sebahagian sekolah tidak mematuhi arahan
peraturan kewangan di atas.
Pada pendapat Audit, pengurusan sekolah agama adalah tidak memuaskan
kerana sekolah agama tidak bekalkan dengan garis panduan dan peraturan
kewangan yang berkuat kuasa yang mencukupi.
5.2.3 Pengambilan Pelajar
Pengambilan pelajar bagi kemasukan ke sekolah agama dibuat melalui 2 peringkat
iaitu bagi kemasukan ke tingkatan satu dan kemasukan ke tingkatan 4. Kemasukan ke
tingkatan satu dibuat di semua SMRA dan SMA manakala kemasukan ke tingkatan 4
dibuat di semua SMA kecuali ITQAN. Bagi pelajar yang telah menduduki peperiksaan
PMR di SMRA akan menyambung pelajaran ke tingkatan 4 di SMA.
Semakan Audit terhadap rekod bagi pengambilan pelajar ke tingkatan satu di tiga buah
sekolah agama mendapati permohonan untuk memasuki sekolah agama adalah amat
menggalakkan. Keadaan ini menyebabkan pihak sekolah mengenakan syarat minimum
kemasukan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan UPSR bagi membuat
pemilihan pelajar. Bagi tempoh 2004 hingga 2006, permohonan kemasukan yang
diterima adalah seramai 1,169 orang pelajar bagi 3 buah sekolah iaitu Maahad Ahmadi,
SMA Sains Kuala Pilah dan ITQAN, berbanding dengan hanya 650 tempat yang ada.
Bagi kemasukan ke Maahad Ahmadi pelajar yang mempunyai keputusan peperiksaan
UPSR dan memperoleh sekurang-kurangnya 3A sahaja dipanggil untuk ujian kelayakan
manakala ITQAN pula pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 4A dalam UPSR
layak untuk ujian kelayakan. Bagi kemasukan ke ITQAN perlu menjalani 2 peringkat
iaitu ujian kelayakan dan hafazan manakala untuk Maahad Ahmadi memerlukan ujian
bertulis. Hasil tapisan melalui ujian kelayakan adalah didapati hanya 650 atau 55.6%
14
pelajar yang berjaya diterima iaitu seramai 90 orang ke ITQAN dan 290 orang ke
Maahad Ahmadi dan 270 orang ke SMA Sains Kuala Pilah.
Semakan Audit mendapati permohonan yang ditolak ini adalah disebabkan tempat yang
terhad. Bagi Maahad Ahmadi hanya mempunyai 3 kelas bagi setiap tingkatan yang
dapat menampung 90 orang pelajar setiap tahun. Bagi SMA Sains Kuala Pilah pula
mempunyai 3 kelas yang boleh menampung seramai 90 orang pelajar, manakala
ITQAN hanya mempunyai satu kelas bagi setiap tingkatan yang hanya dapat
menampung 30 orang pelajar untuk setiap tingkatan. Oleh itu, jumlah pengambilan
pelajar untuk 3 buah sekolah ini adalah seramai 210 hingga 230 orang pelajar setiap
tahun berbanding dengan permohonan antara 300 hingga 400 orang pelajar.
Permohonan kemasukan bagi 3 buah sekolah agama tersebut adalah seperti di Jadual
4.
Jadual 4
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Agama Bagi Tempoh 2004 Hingga 2006
Bil. Sekolah
Bil. Permohonan Diterima Bil. Permohonan Berjaya
2004 2005 2006 2004 2005 2006
1. Maahad Ahmadi 235 193 209 90 90 110
2. ITQAN 73 53 68 30 30 30
3. SMA Sains K. Pilah 110 115 113 90 90 90
Jumlah 418 361 390 210 210 230
Sumber: Rekod Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Semakan terhadap 3 buah sekolah iaitu SMRA Johol, SMRA Kuala Klawang dan SMRA
Ulu Jempol mendapati hanya mempunyai murid seramai 23 hingga 50 orang dan
kurang sambutan walaupun SMRA ini tidak mempunyai syarat kemasukan. Ini adalah
kerana prestasi dan kemudahan sekolah yang kurang baik.
Pada pendapat Audit, permintaan untuk memasuki sekolah agama adalah sangat
menggalakkan walaupun tempat yang ditawarkan adalah terhad. Bagi sekolah
agama yang prestasinya tidak memuaskan serta kurang kemudahan asas,
permohonan murid untuk memasuki sekolah ini telah merosot.
5.2.4 Prestasi Kewangan
Sumber kewangan sekolah agama adalah daripada peruntukan kewangan Kerajaan
Negeri yang disalurkan melalui JHEAINS iaitu bantuan mata pelajaran, bantuan alat
tulis dan bantuan asrama. Selain itu, sekolah juga mendapat peruntukan pembangunan
bagi tujuan pembinaan asrama/bengkel/sekolah dan pengubahsuaian/pembaikan
15
asrama/sekolah. Semakan Audit terhadap perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan
pembangunan mendapati perkara seperti berikut:
a) Perbelanjaan Mengurus
Pada tahun 2004, perbelanjaan mengurus yang dilakukan oleh Bahagian Pelajaran
adalah sejumlah RM8.49 juta, tahun 2005 sejumlah RM12.34 juta dan tahun 2006
sejumlah RM14.33 juta. Oleh itu terdapat peningkatan sebanyak 16.1% pada tahun
2006 berbanding tahun 2005. Daripada jumlah ini perbelanjaan utama yang
dilakukan adalah untuk bayaran emolumen iaitu sejumlah RM3.85 juta pada tahun
2004, RM4.18 juta tahun pada 2005 dan RM4.90 juta pada tahun 2006, iaitu
meningkat sebanyak 17.2% berbanding tahun 2005. Perbelanjaan untuk
Perkhidmatan Dan Bekalan adalah sejumlah RM4.24 juta pada tahun 2004, RM7.13
juta pada tahun 2005 dan RM8.95 juta bagi pada tahun 2006, iaitu meningkat
sebanyak 25.5% berbanding tahun 2005. Perbelanjaan ini adalah termasuk bayaran
gaji tenaga pengajar dan kakitangan sambilan/sementara/kontrak untuk seramai 80
orang dengan perbelanjaan sejumlah RM2.72 juta pada tahun 2005 dan pada tahun
2006 seramai 130 orang melibatkan perbelanjaan sejumlah RM2.89 juta.
Perbelanjaan mengurus Bahagian Pelajaran bagi tempoh 2004 hingga tahun 2006
adalah seperti di Jadual 5.
Jadual 5
Perbelanjaan Mengurus Bahagian Pelajaran
Bagi Tempoh 2004 Hingga 2006
Butiran
2004 2005
(RM Juta) (RM Juta)
Emolumen 3.85 4.18 4.90
Perkhidmatan Dan Bekalan 4.24 7.13 8.95
Aset 0.01 0.01 -
Pemberian Dan Kenaan
2006
(RM Juta)
0.21 0.23 0.23
Tetap
One Off 0.18 0.79 0.25
Jumlah 8.49 12.34 14.33
Sumber: Rekod Perbelanjaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Bagi tempoh 2004 hingga 2006, JHEAINS mengeluarkan bantuan kepada semua
sekolah agama iaitu bantuan mata pelajaran, bantuan alat tulis dan bantuan asrama
yang berjumlah RM1.07 juta. Bantuan yang diberi oleh JHEAINS kepada semua
sekolah agama bergantung kepada bilangan murid. Bagi bantuan mata pelajaran
diberi pada kadar RM55 dan bantuan alat tulis pada kadar RM40 kepada setiap
murid pada tahun 2004 untuk seramai 3,514 pelajar yang melibatkan sejumlah
RM333,830. Manakala pada tahun 2005 dan 2006 pula kadar bantuan ini telah
dinaikkan kepada RM60 bagi bantuan mata pelajaran dan RM45 bagi bantuan alat
16
tulis. Jumlah keseluruhannya adalah berjumlah RM358,995 bagi 3,419 murid pada
tahun 2005 dan RM379,785 bagi 3,617 murid pada tahun 2006.
Kadar bantuan per kapita yang diberi oleh Kerajaan Negeri adalah kurang
berbanding dengan kadar bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan
kepada sekolah di bawah Kementerian Pelajaran iaitu terdiri daripada bantuan mata
pelajaran teras, wajib, tambahan/bahasa asing dan mata pelajaran elektif. Bantuan
bukan mata pelajaran pula terdiri daripada Pusat Sumber Sekolah, Bimbingan &
Kaunseling, Lain-Lain Perbelanjaan Berulang Tahun/Lain-Lain Perbelanjaan Khas
(LPBT/LPK) Sekolah dan LPBT/LPK asrama, manakala sekolah agama Kerajaan
Negeri tidak diberi bantuan bukan mata pelajaran. Bagaimanapun bagi
meringankan perbelanjaan sekolah, semua bayaran bil elektrik sekolah dan asrama
dijelaskan oleh JHEAINS. Kadar bantuan mata pelajaran oleh Kementerian
Pelajaran dan kadar bantuan sekolah agama oleh Kerajaan Negeri adalah seperti di
Jadual 6.
Bil.
Jadual 6
Kadar Bantuan Sekolah Agama Kerajaan Negeri Dan Sekolah Kementerian Pelajaran
100 Murid Dan
101-500 Murid 501-1000 Murid
Jenis Bantuan
Ke Bawah
(RM) (RM) (RM)
Sekolah Kementerian Pelajaran
1. Bantuan Mata Pelajaran T1-T3
Teras 2,500 2,500 + 23 setiap
murid > 100 orang
Wajib 4,500 2,500 + 23 setiap
murid > 100 orang
Tambahan/Bahasa Asing 3 seorang murid setahun
2. Bantuan Mata Pelajaran T4-T5
Teras 4,000 4,000 + 38 setiap
murid > 100 orang
Wajib 800 800 + 7.60 setiap
murid > 100 orang
Elektif
14 hingga 25 seorang murid setahun
3. Bantuan Bukan Mata Pelajaran
Pusat Sumber Sekolah 1,500 1,500 + 14 seorang
murid > 100 orang
Bimbingan Kaunseling 600 600 + 5.50 seorang
murid > 100 orang
LPBT/LPK Sekolah 5,000 5,000 + 49 seorang
murid > 100 orang
LPBT/LPK Asrama
60 seorang murid setahun
Sekolah Agama Kerajaan Negeri
Bantuan Mata Pelajaran
60 seorang murid setahun
Bantuan Alat Tulis
45 seorang murid setahun
Subsidi Makan Asrama
66 seorang murid setahun
Sumber: Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002
11,677 + 21 setiap murid
> 500 orang
21,657 + 41 setiap murid
> 500 orang
19,162 + 36 setiap murid
> 500 orang
3,832 + 7.20 setiap murid
> 500 orang
7,086 + 13 setiap murid >
500orang
2,794 + 5 seorang murid >
500 orang
24,551 + 48 seorang
murid > 500 orang
17
Semakan Audit juga mendapati kadar bantuan yang diberi oleh JHEAINS adalah
tidak mencukupi untuk digunakan oleh sekolah sepanjang tahun. Bagi menampung
kekurangan bantuan kewangan ini, pihak sekolah ada memohon bantuan daripada
Majlis Agama Islam (MAINS). Adalah didapati pada tahun 2005, MAINS telah
mengeluarkan bantuan sejumlah RM2.39 juta yang terdiri daripada subsidi
makanan/asrama, dermasiswa pelajaran, bantuan sekolah menengah agama,
bantuan kebajikan pelajaran dan bantuan perpustakaan sekolah agama.
Pada pendapat Audit, perbelanjaan mengurus adalah tidak memuaskan kerana
bajet yang diluluskan tidak mencukupi menyebabkan sekolah memohon bantuan
pihak lain.
b) Perbelanjaan Pembangunan
Bagi tempoh 2004 hingga 2006, JHEAINS telah melakukan perbelanjaan
pembangunan sejumlah RM5.16 juta, iaitu sejumlah RM3.84 juta untuk
perbelanjaan Pembinaan Asrama/Bengkel/Sekolah dan sejumlah RM1.32 juta
untuk projek Pengubahsuaian/ Pembaikan Asrama Dan Sekolah seperti di Jadual 7.
Jadual 7
Perbelanjaan Pembangunan Bagi Tempoh 2004 Hingga 2006
Butiran
2004 2005 2006 Jumlah
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
Pembinaan Asrama/Bengkel/ 0.94 - 2.90 3.84
Sekolah
Pengubahsuaian/Pembaikan 0.27 0.25 0.8 1.32
Asrama/ Sekolah
Jumlah 1.21 0.25 3.7 5.16
Sumber: Rekod Bahagian Pembangunan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Bagi kerja-kerja yang bernilai RM20,000 dan ke atas, JHEAINS mengeluarkan
waran peruntukan kecil dan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Manakala
bagi kerja pembaikan dan pengubahsuaian yang bernilai kurang RM20,000
dilaksanakan oleh kontraktor yang diuruskan oleh Bahagian Pembangunan
JHEAINS. Semua permohonan yang diterima dan diambil tindakan oleh Juruteknik
dengan membuat lawatan dan mengemukakan laporan mengenai kerosakan atau
pengubahsuaian yang diperlukan serta membuat anggaran kos pembaikan.
Semakan terhadap perbelanjaan pembangunan mendapati perkara berikut:
i) Pembinaan Asrama/Bengkel/Sekolah
Projek pembinaan 2 blok bangunan SMRA Rantau yang bernilai RM3.3 juta
bermula dengan peruntukan berjumlah RM100,000 pada tahun 2004, sebanyak
RM1 juta pada tahun 2005 dan sebanyak RM1.89 juta pada tahun 2006. Pada
18
tahun 2005, peruntukan yang diluluskan berjumlah RM1 juta, dan didapati ianya
tidak dibelanjakan langsung bagi tujuan diperuntukkan. Kelewatan
melaksanakan projek ini adalah disebabkan cadangan tapak tanah yang
berubah-ubah. Pada peringkat awal, tapak yang dicadangkan adalah di Taman
Bandar Ekar, Rantau di atas tanah seluas lebih kurang 5 ekar. Oleh sebab
tapak ini bermasalah, ia dipindahkan ketapak baru iaitu di Kg. Kuala Sawah
pada Disember 2006. Pada tahun 2006, peruntukan telah diluluskan bagi projek
Pembinaan Asrama/Bengkel/Sekolah adalah berjumlah RM3.10 juta. Mengikut
perancangan asal peruntukan ini adalah bagi pembinaan SMRA Rantau
berjumlah RM1.89 juta, pembinaan 6 buah bilik KHB dan makmal sains
berjumlah RM880,000, menaik taraf bangunan 2 SMRA berjumlah RM240,000
dan pembinaan kantin serta padang sekolah yang berjumlah RM90,000. Foto 1
dan Foto 2 menunjukkan SMRA Rantau yang menumpang di kawasan Sekolah
Kebangsaan (SK) Datuk Akhir Zaman. Foto 3 dan Foto 4 pula menunjukkan
keadaan kantin dan perpustakaan SMRA Rantau yang sempit.
Foto 1
SMRA Rantau Yang Menumpang Di Kawasan SK Datuk Akhir Zaman Rantau
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 13 Disember 2006
Lokasi: SK Akhir Zaman Dan SMRA Rantau
19
Foto 2
Bangunan Kayu SMRA Rantau Berbanding SK Datuk Akhir Zaman
SK Datuk Akhir Zaman
SMRA Rantau
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 13 Disember 2006
Lokasi: SK Akhir Zaman Dan SMRA Rantau
Foto 3
Kantin SMRA Rantau Yang Tidak Selesa
Foto 4
Perpustakaan SMRA Rantau Yang Sempit
Dan Kurang Kemudahan
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 3 Oktober 2006
Lokasi: SMRA Rantau
Semakan Audit mendapati sehingga kini projek pembinaan 2 blok bangunan SMRA
Rantau ini masih belum bermula disebabkan masalah tapak tanah yang belum selesai.
Perkara ini menyebabkan peruntukan yang disediakan untuk projek ini tidak
dibelanjakan dan dipindahkan untuk projek lain. Peruntukan ini digunakan bagi
pembinaan makmal sains dan bengkel KHB di ITQAN, Maahad Ahmadi dan SMA
Sains Kuala Pilah yang berjumlah RM630,000. Pembinaan makmal sains dan bengkel
KHB bagi ketiga buah sekolah ini akan dilaksanakan pada tahun 2008 dan 2009.
Disebabkan peruntukan untuk SMRA Rantau tidak dapat dibelanja, maka projek ini
dipercepatkan. Selain itu, JHEAINS juga telah mengemukakan waran peruntukan
sejumlah RM200,000 kepada JKR pada September 2006 bagi kerja mengganti tangki
20
air di Maahad Ahmadi yang telah bocor. Adalah didapati kerja penggantian tangki air
ini selesai dilaksanakan pada bulan Disember 2006. Foto 5 adalah keadaan tangki air
yang bocor di Maahad Ahmadi. Manakala Foto 6, Foto 7 dan Foto 8 adalah makmal
sains dan bengkel KHB yang sedang dalam pembinaan di ITQAN, Maahad Ahmadi
dan SMA Sains Kuala Pilah yang menggunakan peruntukan daripada projek
pembinaan SMRA Rantau.
Foto 5
Tangki Air Yang Bocor di Maahad Ahmadi
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 12 September 2006
Lokasi: Maahad Ahmadi, Gemencheh
Air Daripada
Tangki Mengalir
Keluar
Foto 6
Makmal Sains ITQAN
Dalam Pembina
Foto 7
Makmal Sains Maahad Ahmadi
Dalam Pembina
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 12 September 2006
Lokasi: ITQAN, Gemenceh
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 15 November 2006
Lokasi: Maahad Ahmadi, Gemencheh
21
Foto 8
Bengkel KHB SMA Sains Kuala Pilah Dalam Pembinaan
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 12 September 2006
Lokasi: SMA Sains Kuala Pilah
Projek yang telah selesai dilaksanakan adalah membaiki kerosakan bumbung dan
pendawaian elektrik makmal sains SMA Dato’ Hj. Tan Ahmad berjumlah RM120,000,
menaik taraf bangunan SMRA Gemencheh bernilai RM180,000 dan menaik taraf
bangunan SMRA Kuala Klawang bernilai RM60,000. Kerja yang sedang dalam
pembinaan pula ialah membina makmal sains dan bengkel KHB di 3 SMA dan 4
SMRA.
ii) Pengubahsuaian/Pembaikan Asrama Dan Sekolah
Bagi kerja pengubahsuaian dan pembaikan asrama/sekolah yang bernilai
RM20,000 dan ke bawah dilaksanakan sendiri oleh JHEAINS dengan memanggil
kontraktor yang layak. Inden kerja akan dikeluarkan oleh JHEAINS kepada
kontraktor dan apabila kerja telah siap, Juruteknik JHEAINS membuat pengesahan
kerja telah siap dilaksanakan untuk tujuan bayaran.
Semakan Audit mendapati pada tahun 2004, sebanyak 11 inden kerja yang bernilai
RM271,086 telah dikeluarkan bagi kerja pengubahsuaian, pembaikan serta
penyenggaraan asrama dan sekolah. Kerja yang dilaksanakan antaranya adalah
pembaikan bangunan, membaiki kerosakan, paip bocor, bumbung bocor dan
sebagainya. Sekolah yang terlibat adalah SMA Kuala Klawang, SMA Dato Hj. Tan
Ahmad, SMA Dato’ Klana Petra Maamor dan SMRA Ulu Jempol. Perbelanjaan ini
adalah melebihi peruntukan asal yang berjumlah RM100,000 sahaja dan pindah
peruntukan sejumlah RM180,000 telah dibuat daripada objek lain.
22
Pada tahun 2005, sebanyak 8 inden kerja telah dikeluarkan bernilai RM248,710
bagi kerja pemasangan pagar di SMA Dato’ Klana Petra Maamor, membaik pulih
sistem kumbahan di SMA Telok Kemang, membaik pulih pam utama di SMA Hj
Mohd Yatim dan sebagainya. Perbelanjaan ini juga melebihi peruntukan asal dan
pindah peruntukan asal telah dibuat sejumlah RM148,710.
Pada tahun 2006 pula, sebanyak 13 inden kerja yang bernilai RM212,662 telah
dikeluarkan bagi kerja penyenggaraan dan pendawaian elektrik/paip untuk 7 buah
sekolah, sebanyak 13 inden kerja yang bernilai RM162,067 juga telah dikeluarkan
untuk kerja-kerja membaiki dan baik pulih tandas untuk 5 buah sekolah dan
sebanyak 16 inden kerja yang bernilai RM213,617 telah dikeluarkan untuk kerja
membaiki atap, bumbung, memasang tingkap dan penyenggaraan bangunan untuk
9 buah sekolah. Semakan Audit mendapati SMA yang mendapat peruntukan
tertinggi adalah SMA Dato’ Klana Petra Maamor iaitu sejumlah RM197,457. Semua
urusan memanggil kontraktor serta menentukan spesifikasi kerja adalah dibuat di
peringkat JHEAINS tanpa memaklumkan kepada sekolah berkenaan. Pihak
sekolah tidak mengetahui tentang spesifikasi kerja yang dijalankan dan ada pihak
sekolah yang kurang berpuas hati dengan kerja yang dilaksanakan. Kerja
pengubahsuaian/pembaikan asrama/sekolah yang dilaksanakan pada tahun 2006
adalah seperti di Jadual 8.
23
Bil.
Jadual 8
Kerja Pengubahsuaian Dan Pembaikan Yang Dijalankan Pada Tahun 2006
Pengubahsuaian Dan
Membaiki Atap/ Bumbung/
Membaiki Paip/
Pembaikan Pendawaian
Tingkap Dan Penyenggaraan
Baik Pulih Tandas
Sekolah
Elektrik
Bangunan
Inden
Jumlah Inden
Jumlah Inden
Jumlah
Tarikh
Tarikh
Tarikh
Kerja
(RM) Kerja
(RM) Kerja
(RM)
1. SMA Dato’
Klana Petra
Maamor
I 00013
I 00041
I 00042
I 00044
I 00056
1/03/06
18/4/06
9/8/06
9/8/06
15/8/06
19,950
2,915
19,535
19,950
19,950
I 00017
I 00061
I 00063
I 00107
I 00125
I 00143
2/3/06
24/4/06
2/5/06
16/6/06
12/7/06
9/8/06
6,800
19,642
5,420
6,500
12,600
2,500
I 00036
I 00080
I 00082
I 00083
I 00108
I 00205
17/3/06
5/5/06
25/5/06
25/5/06
16/6/06
21/10/06
3,325
11,360
9,250
15,800
19,950
2,010
2. SMRA
I 00102 6/6/06 19,540
Rembau I 00140 2/8/06 500
- - - - - -
3. SMRA Chuah I 00128 13/7/06 19,912 - - - - - -
4. Maahad I 00181 29/8/06 19,895
Ahmadi
- - - - - -
5. SMRA Kuala I 00188 6/6/06 18,725
Klawang
- - - - - -
6. SMRA Rantau I 00191 29/9/06 12,690
- - - I 00097 9/6/06 3,500
7. SMA Dato’ Hj.
Tan Ahmad
I 00193
I 00194
3/10/06
3/10/06
19,985
19,115
8 SMA Sains
Kuala Pilah - - -
- - - - - -
I 00052
I 00064
I 00203
I 00113
I 00154
21/4/06
2/5/06
30/10/06
19/6/06
14/8/06
16,800
18,060
8,515
11,880
17,400
- - -
9. SMA Telok
Kemang
- - -
- - -
10. ITQAN - - - I 00197 5/10/06 17,000 I 00062 24/4/06 19,900
11. SMRA Nilai - - - I 00037 18/4/06 18,950 I 00104 16/6/06 10,000
12. SMA Hj. Mohd
I 00035 17/3/06 14,140
- - - - - -
Yatim
I 00048 24/4/06 12,000
13. SMA Dato’ Hj.
I 00056 24/4/06 19,980
- - - - - -
Mustafa
I 00067 2/5/06 19,950
14. SMRA Ulu
Jempol
- - - - - - I 00093 5/6/06 19,000
15. SMRA Johol - - - - - - I 00094 9/6/06 13,500
16. SMRA
Gemencheh
- - - - - - I 00139 2/8/06 19,952
Jumlah
Sumber: Rekod Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Berdasarkan Jadual di atas, didapati JHEAINS telah memecah kecil bagi
mengelakkan sebut harga dikeluarkan seperti berikut:
• Kerja pengubahsuaian, pembaikan dan pendawaian elektrik di SMA Dato’
Klana Petra Maamor bernilai RM59,435 telah di pecah kecil kepada 3 inden
kerja dan diberikan kepada 3 kontraktor berlainan iaitu masing-masing bernilai
RM19,535 dan 2 lagi bernilai RM19,950.
• Kerja pendawaian semula asrama lelaki SMA Dato’ Hj. Tan Ahmad bernilai
RM39,100 telah di pecah kecil kepada 2 kontraktor masing-masing bernilai
RM19,985 dan RM19,115.
• Kerja membaiki paip dan baik pulih tandas bernilai RM25,062 bagi SMA Dato’
Klana Petra Maamor telah di pecah kecil kepada 2 inden kerja masing-masing
bernilai RM19,642 dan RM5,420 dan diberikan kepada kontraktor yang sama.
• Kerja membaik pulih tingkap serta memasang tingkap di SMA Dato’ Klana Petra
Maamor bernilai RM20,610 telah di pecah kecil kepada 2 inden kerja masingmasing
bernilai RM11,360 dan RM9,250.
24
Foto 9 dan Foto 10 menunjukkan kerja penyenggaraan tingkap dan pintu di SMRA
Chuah yang tidak mengikut spesifikasi kerja.
Foto 9
Tingkap SMRA Chuah Yang Pecah
Foto 10
Pintu Bilik Guru SMRA Chuah Tidak
Dipasang Dengan Sempurna
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 15 September 2006
Lokasi: SMRA Chuah
Walaupun JHEAINS telah menyediakan peruntukan pembangunan, ada
sebahagian sekolah agama yang tidak mendapat peruntukan ini. Ada sekolah yang
memohon daripada pihak luar untuk mendapat bantuan seperti di Bahagian
Pembangunan Pejabat Daerah dan juga orang perseorangan atau syarikat.
Semakan Audit mendapati pada tahun 2006, sebanyak 3 buah sekolah agama di
Daerah Tampin telah menerima bantuan berjumlah RM425,000 daripada Bahagian
Pembangunan Pejabat Daerah Tampin melalui Projek Penyenggaraan Infrastruktur
Awam (PIAM). Bagi bantuan ini Pejabat Daerah terus menghantar kontraktor untuk
melaksanakan kerja seperti yang dimohon oleh sekolah berkenaan. Sekolah
agama yang mendapat peruntukan ini bagi Daerah Tampin adalah seperti di
Jadual 9.
25
Jadual 9
Kerja Yang Telah Dijalankan Oleh Pejabat Daerah Tampin
Bil. Sekolah Butiran
Jumlah
(RM)
1. SMRA
Baiki bangunan utama 30,000
Gemencheh Pendawaian semula 50,000
Membaiki bilik mandi asrama lelaki dan 60,000
asrama perempuan
2. Maahad Ahmadi Membaiki kerosakan bangunan 60,000
Mengecat dewan sekolah 25,000
3. SMRA Repah Baiki tandas wanita dan lelaki 40,000
Baiki kerosakan sekolah 50,000
Membaiki pagar 30,000
Menaik taraf asrama lelaki dan perempuan 40,000
Baiki dan mengecat bangunan 40,000
Jumlah 425,000
Sumber: Rekod Pejabat Daerah Tampin
Kekurangan peruntukan pembangunan menyebabkan kemudahan infrastruktur
tidak dapat disediakan dengan lengkap. Ini menjejaskan keselesaan serta prestasi
pelajar. Selain itu, ini juga mengurangkan keyakinan ibu bapa untuk menghantar
anak-anak ke sekolah agama dan ia menjadi faktor utama kekurangan pelajar di
sekolah agama.
Pada pendapat Audit, peruntukan pembangunan yang disediakan adalah tidak
memuaskan kerana agihannya tidak menyeluruh kepada semua sekolah agama
serta tidak mencukupi. Ini menyebabkan pihak sekolah memohon sumbangan
daripada pihak luar.
5.2.5 Pengurusan Kewangan Sekolah
Semua sekolah agama menguruskan sendiri kewangannya dengan membuka akaun di
bank bagi semua terimaan dan bayaran dibuat menggunakan cek. Setiap sekolah
mempunyai Akaun Sekolah dan bagi sekolah berasrama mempunyai Akaun Asrama.
Pengetua bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan dan dibantu oleh seorang
Pembantu Tadbir Gred N17. Pengurusan rekod kewangan sekolah dan rekod lain perlu
dibuat bagi mematuhi Arahan Perbendaharaan dan pekeliling yang berkuat kuasa bagi
memastikan ianya di selenggara dengan teratur dan kemas kini. Semakan Audit
terhadap pengurusan kewangan sekolah mendapati perkara berikut:
a) Rekod Perakaunan Sekolah
Pihak sekolah adalah dikehendaki menyelenggarakan dan menyimpan akaun dan
rekod kewangan dengan sempurna tertakluk kepada peruntukan dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Akaun Dan Audit) 2002 di bawah Akta Pendidikan 1996.
26
Mengikut peraturan ini rekod kewangan yang perlu di selenggara adalah seperti
berikut:
i) Buku Tunai Sekolah Dan Asrama.
ii) Resit Pelajar dan Resit Pejabat.
iii) Penyata Bank dan Penyata Penyesuaian Bank.
iv) Daftar Kutipan Harian.
v) Daftar Bil.
vi) Buku Tunai Runcit.
vii) Jadual Kedatangan Murid.
viii) Daftar Penghuni Asrama.
ix) Buku Cek Sekolah.
x) Daftar Stok Buku Resit.
xi) Daftar Aset dan Inventori.
xii) Baucar Bayaran dan Baucar Kecil.
xiii) Pesanan Tempatan .
Mengikut Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang
Sekolah, setiap sekolah perlu mempunyai 3 Kumpulan Wang iaitu Kumpulan Wang
Kerajaan, Kumpulan Wang SUWA dan Kumpulan Wang Asrama, kecuali bagi
sekolah yang muridnya kurang daripada 100 orang hanya perlu mempunyai
Kumpulan Wang Sekolah sahaja. Adalah didapati sebanyak 7 buah sekolah agama
mempunyai murid kurang 100 orang dan 12 buah sekolah yang lain mempunyai
lebih daripada 100 orang murid. Walaupun begitu, sekolah ini menyelenggara 2
akaun sahaja iaitu Akaun Sekolah dan Akaun Asrama di mana sepatutnya semua
terimaan yuran dan sumbangan awam hendaklah dimasukkan ke dalam Akaun
SUWA. Adalah didapati semua sekolah agama tidak mempunyai Akaun SUWA.
Semakan Audit mendapati semua sekolah ada menyediakan Buku Tunai Sekolah
dan Buku Tunai Asrama bagi sekolah yang berasrama bertujuan untuk merekod
semua terimaan dan bayaran, kecuali ITQAN yang hanya mempunyai satu akaun
sahaja iaitu Akaun Sekolah di mana semua terimaan dan perbelanjaan bagi asrama
diakaunkan ke Akaun Sekolah.
Semakan Audit di SMA Dato’ Hj. Tan Ahmad pula mendapati semua rekod
kewangan bagi terimaan dan perbelanjaan Akaun Sekolah dan Akaun Asrama bagi
tahun berakhir 2004 dan 2005 iaitu Buku Tunai Sekolah, Buku Tunai Asrama,
penyata bank, slip bank tidak di selenggara dengan teratur dan tidak dapat
dikemukakan untuk pengauditan. Manakala bagi Maahad Ahmadi pula Buku Tunai
bagi kutipan yuran komputer tidak di selenggara. Maahad Ahmadi juga membuka 6
27
akaun bank iaitu 2 akaun bank bagi Kumpulan Wang Sekolah dan Kumpulan Wang
Asrama, masing-masing satu akaun bank untuk kutipan komputer dan Pusat
Sumber Sekolah.
b) Terimaan Sekolah/Asrama
Terimaan bagi Kumpulan Wang Sekolah adalah terdiri daripada kutipan yuran
sekolah, pendaftaran bagi tingkatan satu, yuran perpustakaan, yuran peperiksaan,
yuran kokurikulum, bantuan mata pelajaran dan alat tulis, sumbangan atau derma
daripada orang awam, syarikat dan daripada MAINS. Manakala terimaan bagi
Akaun Asrama pula antaranya adalah yuran asrama, subsidi makanan dan lain-lain
bantuan. Semua terimaan ini dikeluarkan resit dan dibankkan sama ada ke Akaun
Sekolah atau ke Akaun Asrama. Bagi setiap perbelanjaan sekolah menyediakan
baucar bayaran dan cek di keluarkan untuk setiap bayaran. Pegawai yang
meluluskan bayaran serta menandatangani baucar dan cek adalah Pengetua,
Penolong Pengetua dan Pembantu Tadbir.
Semakan Audit mendapati kadar yuran sekolah dan lain-lain yuran yang dikenakan
kepada pelajar adalah tidak seragam. Kadar yuran yang dikenakan adalah antara
RM12 hingga RM30 bagi setiap pelajar. Adalah didapati sebanyak 11 buah sekolah
ada memohon kelulusan daripada JHEAINS untuk mengenakan kadar yuran
kepada pelajar manakala 6 sekolah tidak memohon kelulusan daripada JHEAINS.
Bagi yuran komputer didapati kadar yang dikenakan adalah antara RM64 hingga
RM100 untuk setiap pelajar, yuran perpustakaan pula antara RM5 hingga RM30
untuk setiap pelajar. Ini adalah kerana JHEAINS tidak menetapkan yuran yang
seragam untuk semua sekolah agama di Negeri Sembilan. Ada sekolah tidak
mengenakan yuran komputer kepada pelajar kerana tidak ada kemudahan
pembelajaran komputer disediakan di sekolah berkenaan. Manakala SMA Sains
Kuala Pilah satu-satunya sekolah menengah agama yang mempunyai aliran sains,
mengenakan yuran makmal sains sejumlah RM100 kepada setiap pelajar. Kadar
yuran yang dipungut bagi 8 buah sekolah agama adalah seperti di Jadual 10.
28
Bil.
Nama Sekolah
Jadual 10
Kadar Yuran Bagi Sekolah Agama Pada Tahun 2006
Yuran
Sekolah Perpustakaan Komputer Sukan PIBG
Makmal
Sains
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
1. SMRA Gemencheh 12 12 100 12 80 -
2. SMRA Ulu Jempol 20 10 - 20 20 -
3. SMRA Repah 30 10 - 20 30 -
4. SMRA Rantau 20 5 - 20 15 -
5. ITQAN 12 30 70 20 20 -
6. Maahad Ahmadi 20 20 70 20 20 -
7. SMA Telok Kemang 15 30 60 20 30 -
8. SMA Sains KP 12 50 70 20 - 100
Sumber: Rekod Kadar Yuran Sekolah
Semakan Audit terhadap sekolah dipilih mendapati ada sekolah yang mempunyai
tunggakan yuran sekolah dan yuran makan di mana pelajar gagal menjelaskan
yuran masing-masing. Bagi yuran makan, kadar yang dikenakan adalah RM1.40
dan JHEAINS membayar subsidi RM4 dan pada tahun 2006 telah dinaikkan kepada
RM6 kepada setiap pelajar kecuali bagi pelajar ITQAN yang dibayar sepenuhnya
oleh JHEAINS. Bagi tahun 2004 hingga 2005, subsidi makan yang dibayar oleh
JHEAINS adalah berjumlah RM2.77 juta untuk 8 buah sekolah agama yang
berasrama seperti di Jadual 11.
Jadual 11
Bayaran Subsidi Makan Kepada Sekolah Berasrama
Bil. Nama Sekolah
2004 2005 Jumlah
(RM) (RM) (RM)
1. SMA Sains Kuala Pilah 159,116 271,364 430,480
2. SMA Teluk Kemang 51,472 310,014 361,486
3. SMA Dato’ Hj. Tan Ahmad 104,755 213,390 318,145
4. SMA Dato’ Klana Petra Maamor 127,416 189,156 316,572
5. ITQAN Tiada 296,796 296,796
6. SMA Dato’ Hj. Mustafa 77,212 383,958 461,170
7. SMRA Rembau Tiada 93,264 93,264
8. SMA Hj. Mohd Yatim 92,100 404,232 496,332
Jumlah 612,071 2,162,174 2,774,245
Sumber: Rekod Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Kutipan yuran sekolah dan yuran makan dibuat oleh guru kelas dan warden,
kemudian diserahkan kutipan berkenaan kepada Pembantu Tadbir untuk
diakaunkan dan seterusnya dibankkan. Resit Pelajar dikeluarkan kepada setiap
pelajar berkenaan dan Pembantu Tadbir mengeluarkan resit Pejabat kepada guru
kelas sebagai akuan terimaan. Adalah didapati sejumlah RM3,146 kutipan yuran
sekolah bagi tahun 2004 di SMA Dato’ Hj Mustafa telah dikutip oleh guru kelas
tetapi gagal diserahkan kepada Pembantu Tadbir untuk dibankkan. Manakala SMA
Dato’ Hj. Tan Ahmad pula, didapati sejumlah RM343,094 kutipan yuran asrama
bagi tahun 2006 telah dikutip tetapi hanya sejumlah RM333,103 yang telah
29
dibankkan (terkurang dibankkan sejumlah RM9,992). Pada tahun 2004 didapati
sejumlah RM41,330 yuran sekolah telah dikutip tetapi dibankkan sejumlah
RM46,802 (terlebih dibankkan sejumlah RM5,473) dan bagi tahun 2005 pula
sejumlah RM36,377 yuran sekolah yang dikutip tetapi sejumlah RM45,270 yang
dibankkan di sekolah yang sama (terlebih dibankkan sejumlah RM8,894). Perkara
ini berlaku kerana tiada kawalan terhadap kemasukan wang kutipan hasil ke
bank oleh Ketua Jabatan. Juga, didapati yuran komputer bagi Maahad Ahmadi
yang dikutip bagi tahun 2005 dan 2006 sejumlah RM56,503 dan hanya dibankkan
sejumlah RM44,523 iaitu kurang dibankkan sejumlah RM11,980 dan tiada buku
tunai disediakan. Selain itu, didapati ada sekolah yang mempunyai tunggakan yuran
sekolah dan tunggakan yuran makan. Semakan Audit mendapati tunggakan yuran
sekolah dan tunggakan yuran makan bagi tahun 2006 bagi 4 buah sekolah adalah
berjumlah RM50,667. Bagi SMA Telok Kemang, ada mempunyai tunggakan yuran
sekolah tetapi tidak dapat dikenal pasti kerana guru kelas tidak menyerahkan
butiran murid yang gagal membayar yuran sekolah kepada pihak Pentadbiran
sekolah. Tunggakan yuran sekolah dan yuran makan bagi tahun 2006 adalah
seperti di Jadual 12.
Jadual 12
Tunggakan Yuran Sekolah Dan Yuran Makan Pada Tahun 2006
Tunggakan Yuran
Bil. Nama Sekolah
Sekolah
(RM)
Makan
(RM)
1. SMA Telok Kemang Tiada Maklumat 19,865
2. SMA Dato Hj. Mustafa Tiada Maklumat 9,213
3. SMA Dato’ Hj. Tan Ahmad 4,695 12,561
4. SMA Sains K. Pilah 4,333 Tiada Maklumat
Jumlah 9,028 41,639
Sumber: Daftar Yuran Sekolah Dan Yuran Makan
c) Perbelanjaan Sekolah/Asrama
Perbelanjaan yang dilakukan oleh sekolah antaranya adalah perbelanjaan
perjalanan dan pengangkutan pelajar dan guru, bayaran utiliti, bekalan dan bahan,
penyenggaraan dan pembaikan kecil, keceriaan dan rekreasi dan sebagainya.
Manakala perbelanjaan bagi Kumpulan Wang Asrama pula antaranya adalah
pembelian bahan mentah dan bahan kering, upah tukang masak, bayaran
penyenggaraan dan pembaikan kecil asrama, gas masak dan sebagainya.
Semakan Audit mendapati semua sekolah berasrama menyediakan makanan
kepada pelajarnya secara pembelian bahan mentah dan membayar upah tukang
masak kecuali SMA Dato’ Klana Petra Maamor. Menurut pihak sekolah, penyediaan
30
cara ini lebih menjimatkan. Adalah didapati juga bayaran upah tukang masak,
tukang sapu, tukang kebun dan penyelia kantin asrama adalah dibayar daripada
Akaun Asrama. Kadar upah yang dibayar adalah antara RM200 hingga RM600 bagi
setiap orang. Bagi setiap asrama mempunyai antara 2 hingga 8 orang tukang
masak, seorang penyelia asrama, tukang sapu dan tukang kebun. Ini berbeza
dengan sekolah berasrama di bawah Kementerian Pelajaran menggunakan tender
makanan bermasak. Oleh itu jawatan tukang masak tidak diperlukan. Semakan juga
mendapati bayaran utiliti sekolah dan asrama adalah dibayar melalui akaun pukal
oleh JHEAINS. Manakala bayaran utiliti bagi Dewan Makan Asrama dan kantin
sekolah dibayar melalui Akaun Asrama dan Akaun Sekolah.
d) Penyediaan Penyata Tahunan
Mengikut Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun Dan Audit)
2002, penyata kewangan tahunan mengandungi Kunci Kira-Kira, penyata
pendapatan dan perbelanjaan, penyata penerimaan dan pembayaran, nota kepada
akaun dan penyata lain yang berkaitan yang berakhir pada 31 Disember setiap
tahun. Mengikut peraturan di atas, Audit adalah bermakna pengauditan penyata
kewangan tahunan sesuatu institusi pendidikan Islam atau institusi pendidikan
kerajaan atau bantuan kerajaan yang menerima bantuan kewangan di bawah Akta
hendaklah dibuat oleh seseorang juruaudit di sesuatu Bahagian Audit. Adalah
menjadi tanggungjawab pengurus sekolah untuk menyediakan dan mengemukakan
penyata ini ke Bahagian Audit pada setiap tahun. Penyata tahunan ini perlu
dikemukakan ke Bahagian Audit sebelum 31 Mac pada setiap tahun. Semakan
Audit mendapati semua sekolah agama hanya menyediakan penyata terimaan dan
bayaran sahaja pada setiap tahun dan dikemukakan kepada Bahagian Pendidikan
JHEAINS serta Jabatan Audit Negara. Adalah didapati daripada 19 buah sekolah,
sebanyak 6 buah sekolah agama gagal menyediakan dan mengemukakan penyata
tahunan ini ke Bahagian Audit. Sekolah yang tidak mengemukakan penyata
tahunan adalah seperti di Jadual 13.
31
Bil.
Nama Sekolah
Jadual 13
Penyata Tahunan Tidak Dikemukakan
Tahun
Terakhir
Dikemukakan
Tahun Tidak
Dikemukakan
Catatan
1. Maahad Ahmadi 1995 1996 - 2005
2. ITQAN - - Sejak ditubuhkan
tahun 2003
3. SMA Dato’ Hj. Tan Ahmad 1999 2000 - 2005
4. SMA Dato’ Klana Petra Maamor 2000 2001 - 2005
5. SMA Telok Kemang 2003 2004 - 2005
6. SMRA Nilai 2000 2001 - 2005
Sumber: Rekod Jabatan Audit Negara
Semakan Audit terhadap penyata terimaan dan bayaran bagi 13 buah sekolah
mendapati kebanyakan Pengurus Sekolah atau Pengetua dan Pembantu Tadbir
yang bertanggungjawab terhadap kewangan, kurang faham mengenai peraturan
kewangan serta cara untuk menyediakan penyata tahunan. Antara faktor penyata
kewangan tidak dapat disediakan adalah kerana buku tunai tidak dikemas kini dan
penyata penyesuaian bank tidak disediakan setiap bulan. Kebanyakan sekolah
agama mempunyai Pembantu Tadbir baru dilantik dan kurang pengalaman.
Pihak Audit telah mengesyorkan supaya semua sekolah agama mengguna pakai
Buku Tatacara Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah
yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan sebagai
panduan dalam menguruskan kewangan sekolah.
Pada pendapat Audit, pengurusan kewangan Sekolah Agama adalah tidak
memuaskan.
5.2.6 Pemilihan Lokasi Dan Pembinaan Sekolah
Lokasi awal sekolah agama ini ditubuhkan adalah terletak di dalam kawasan masjid
atau balai raya. Apabila bilangan murid telah bertambah, pihak sekolah berpindah ke
tapak yang lebih luas. Didapati sekolah yang dipindahkan ialah SMA Dato’ Klana Petra
Maamor yang berpindah daripada wakaf surau ke tapak sekarang, SMA Dato’ Hj.
Mustafa berpindah daripada balai raya ke tapak sekarang dan SMA Dato’ Hj. Tan
Ahmad berpindah daripada wakaf masjid ke tapak sekarang. Foto 11 dan Foto 12
adalah SMA Dato’ Klana Petra Maamor semasa awal penubuhannya dan kedudukan
masa kini.
32
Foto 11
SMA Dato’ Klana Petra Maamor
Di Awal Penubuhannya
Foto 12
SMA Dato’ Klana Petra Maamor
Sekarang
Sumber: Foto Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sembilan
Lokasi: SMA Dato’ Klana Petra Maamor, Seremban
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 9 September 2006
Lokasi: SMA Dato’ Klana Petra Maamor, Seremban
Pada asalnya Kerajaan Negeri mempunyai sebanyak 26 buah sekolah agama.
Bagaimanapun sehingga kini hanya 19 buah sekolah sahaja yang masih beroperasi.
Sebanyak 7 buah sekolah agama telah ditutup atas sebab kekurangan murid. Sekolah
terakhir yang ditutup oleh JHEAINS adalah SMRA Lonek ialah pada tahun 2004 yang
mempunyai 12 orang murid sahaja. Sekolah ini beroperasi di tapak tanah wakaf masjid
dan bangunan ini diserahkan kepada JKKK Kg. Lonek untuk tujuan aktiviti masjid.
Lawatan Audit pada 2 November 2006 mendapati bangunan bekas SMRA ini tidak
digunakan lagi untuk sebarang aktiviti dan kebanyakan cermin tingkap telah pecah
seperti di Foto 13. Bagi bangunan bekas SMRA Pelangai ianya diserahkan kepada
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada Julai 2005, juga tidak ada sebarang aktiviti
dijalankan manakala bangunan bekas SMRA Terachi ada dimohon oleh Jawatankuasa
Kemajuan Kampung tetapi tidak diluluskan oleh JHEAINS. Foto 14 adalah bangunan
bekas SMRA Pergai yang tidak digunakan lagi dan dipenuhi semak samun.
33
Foto 13
SMRA Lonek Yang Telah Ditutup
Foto 14
Bekas Bangunan SMRA Pergai Dipenuhi
Semak Samun
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 2 November 2006
Lokasi: SMRA Lonek, Jempol
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 2 November 2006
Lokasi: SMRA Pergai Jelebu, Jelebu
Pada masa ini juga sebanyak 7 buah SMRA mempunyai murid kurang daripada 100
orang. Adalah didapati semua sekolah ini tidak mempunyai kemudahan asrama,
kekurangan infrastruktur dan juga peralatan pembelajaran. Prestasi peperiksaan juga
kurang memuaskan. Lokasi sekolah juga tidak sesuai kerana SMRA Rantau
menumpang di kawasan Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, SMRA Kuala
Klawang dan SMRA Chuah menumpang di kawasan masjid. Kemudahan padang
permainan serta kawasan adalah terhad. Ini adalah antara faktor yang menyebabkan
ibu bapa tidak berminat untuk menghantar anak-anak ke sekolah agama.
Dua buah sekolah baru yang dibina adalah SMA Sains Kuala Pilah dan ITQAN iaitu
masing-masing di Selaru Kuala Pilah dan di Gemencheh yang dibina pada tahun 2000
dan 2003. Keduanya adalah SMA yang mempunyai asrama. Pembinaan 2 buah
sekolah agama ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sembilan serta Majlis Agama Islam
Negeri Sembilan (MAINS). Kos pembinaan kedua buah sekolah ini adalah berjumlah
RM8 juta. Pembinaan SMA Sains Kuala Pilah adalah untuk memberi peluang kepada
pelajar aliran agama mengikut aliran sains. Ini adalah kerana sebelum pembinaan SMA
ini semua pelajar adalah dalam aliran sastera. Ini adalah selaras dengan hasrat
Kerajaan Negeri untuk melahirkan golongan pelajar dalam berbagai bidang. Manakala
matlamat pembinaan ITQAN pula adalah untuk melahirkan pelajar yang hafiz Al-Quran.
Sebelum pembinaan ITQAN, pelajar yang mengambil jurusan ini menumpang di
Maahad Ahmadi dan apabila bangunan ITQAN siap pada tahun 2003, semua pelajar
ini telah berpindah ke bangunan sendiri yang bernilai RM5 juta dengan pelajar seramai
183 orang pada tahun 2006. Semakan Audit mendapati pelajar ITQAN dikecualikan
daripada membayar yuran makan dan yuran asrama kerana semua perbelanjaan ini
ditanggung sepenuhnya oleh JHEAINS dan MAINS. Pada tahun 2004 dan 2005
34
antuan yang diberikan oleh JHEAINS dan MAINS adalah berjumlah RM419,684 dan
RM523,300 yang terdiri daripada subsidi makan, dermasiswa, bantuan perpustakaan,
bantuan mata pelajaran, bantuan alat tulis dan lain-lain. Foto 15 dan Foto 16 adalah
ITQAN di Gemencheh dan SMA Sains Kuala Pilah yang mendapat sambutan baik.
Manakala Foto 17 dan Foto 18 adalah SMRA Johol dan SMRA Kuala Klawang yang
mengalami kekurangan murid.
Foto 15
SMA Sains Kuala Pilah Yang Mendapat
Sambutan Baik
Foto 16
ITQAN Yang Baru Dibina Dan Mempunyai
Kemudahan Yang Lengkap
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 15 November 2006
Lokasi: SMA Sains Kuala Pilah, Kuala Pilah
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 15 November 2006
Lokasi: ITQAN, Gemencheh
Foto 17
SMRA Johol Mempunyai 23 Orang Murid
Foto 18
SMRA Kuala Klawang Masih Bangunan Kayu
Dan Mempunyai 50 Orang Murid
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 13 Jun 2006
Lokasi: SMRA Johol, Johol
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 2 November 2006
Lokasi: SMRA Kuala Klawang, Jelebu
Pada pendapat Audit, bilangan pelajar di sekolah agama yang baru dibina adalah
baik, manakala bagi sekolah agama yang kurang kemudahan infrastruktur dan
peralatan, bilangan pelajar adalah tidak memuaskan.
35
5.2.7 Guna Tenaga Dan Latihan
Pengisian jawatan yang mencukupi serta mempunyai kelayakan yang bersesuaian
dengan tugas merupakan faktor yang menentukan kecekapan dan keberkesanan
pengurusan sekolah agama. Bahagian Pelajaran bertanggungjawab melaksanakan
struktur pengurusan bagi semua sekolah agama seperti berikut:
a) Struktur Pengurusan
Struktur pengurusan bagi Bahagian Pelajaran terdiri daripada kakitangan akademik
dan kakitangan bukan akademik seperti berikut:
i) Akademik
Bagi 19 buah sekolah agama mempunyai seramai 284 orang guru dan 41
orang kakitangan bukan guru berbanding dengan senarai perjawatan yang
mempunyai 184 perjawatan yang diluluskan. Bakinya adalah dilantik secara
sandaran/kontrak atau sementara. Pengambilan guru dan kakitangan sekolah
adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, begitu juga
dengan pengambilan guru/kakitangan sementara/sambilan/sandaran dan
kontrak.
Semakan Audit mendapati Bahagian Pelajaran JHEAINS diketuai oleh Ketua
Penolong Pelajaran gred DG48 dan setiap sekolah diurus oleh seorang
Pengetua Gred DG44 bagi 3 buah sekolah Gred DG41 bagi 5 buah SMA dan
Gred DG32 bagi 11 buah SMRA. Semua guru yang dilantik mempunyai
kelayakan sama ada Ijazah/Sarjana atau Diploma atau Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM). Guru yang berkelulusan Ijazah/Sarjana seramai 156 orang,
berkelulusan Diploma/Sijil Perguruan seramai 43 orang dan bakinya guru
berkelulusan STPM/SPM seramai 85 orang. Daripada jumlah ini seramai 161
orang berjawatan tetap dan sandaran pula seramai 123 orang. Adalah didapati
bagi 5 buah sekolah iaitu SMA Teluk Kemang, SMA Dato’ Hj. Tan Ahmad, SMA
Sains Kuala Pilah, Maahad Ahmadi dan ITQAN bilangan guru sandaran adalah
melebihi daripada guru berjawatan tetap. Gred guru yang dilantik oleh
Kerajaan Negeri iaitu gred lantikan bagi kelulusan Diploma adalah Gred DG27
dan gred naik pangkat adalah Gred DG29 berbeza dengan guru yang dilantik
oleh Kementerian Pelajaran iaitu Gred DG29 bagi gred lantikan Diploma dan
Gred DG32 bagi gred naik pangkat.
Adalah didapati juga bagi SMA Sains Kuala Pilah dan ITQAN yang baru dibina
tidak mempunyai tenaga akademik yang cukup. Bagi SMA Sains Kuala Pilah
36
hanya mempunyai 4 tenaga pengajar tetap dan 12 guru sandaran, manakala
bagi ITQAN hanya mempunyai 6 tenaga pengajar tetap dan 24 sandaran.
Semasa pembinaan kedua buah SMA ini, JHEAINS telah memohon untuk
mendapatkan perjawatan untuk tenaga pengajar tetapi telah dibekukan oleh
pihak JPA. Pembekuan perjawatan ini menyebabkan JHEAINS mendapatkan
tenaga pengajar secara sandaran untuk meneruskan pembelajaran di kedua
sekolah ini.
JHEAINS juga mendapatkan khidmat guru tetap daripada Kementerian
Pelajaran bagi menampung kekurangan guru sekolah agama. Sejumlah 27
orang guru Gred DG29 dan DG41 daripada Kementerian Pelajaran berkhidmat
di 9 buah sekolah iaitu 19 guru mengajar di 5 buah SMA dan 8 guru mengajar
di SMRA. Semakan mendapati semua gaji dan elaun guru ini di bayar oleh
Jabatan Pelajaran Negeri. Bilangan guru berjawatan tetap dan sementara bagi
tahun 2006 adalah seperti di Jadual 14.
Jadual 14
Bilangan Guru Berjawatan Tetap Dan Sementara Bagi Tahun 2006
Kelulusan Guru
Taraf Jawatan
Bil.
Diploma/ STPM/
Bil.
Sekolah
Ijazah/
Guru
Sijil SPM/ Tetap Sandaran
Sarjana
Perguruan Lain-Lain
1. SMA Dato’ Klana Petra 29 21 8 - 24 5
Maamor
2. SMA Dato’ Hj. Mustafa 22 13 2 7 12 10
3. SMA Hj. Mohd. Yatim 20 16 4 - 12 8
4. SMA Teluk Kemang 22 10 5 7 9 13
5. SMA Dato’ Hj. Tan
Ahmad
21 12 2 7 8 13
6. SMRA Gemencheh 12 3 2 7 8 4
7. SMRA Repah 12 3 1 8 8 4
8 SMRA Rembau 13 1 2 10 12 1
9. SMRA Nilai 12 5 7 - 9 3
10. SMRA Kuala Klawang 6 1 - 5 4 2
11. SMRA Gemas 7 - - 7 7 -
12. SMRA Jempol 6 - 2 4 4 2
13. SMRA Johol 6 - - 6 6 -
14. SMRA Rantau 6 - - 6 6 -
15. SMRA Ulu Jempol 6 - - 6 5 1
16. SMRA Chuah 6 - 1 5 5 1
17. SMA Sains Kuala Pilah 16 16 - - 4 12
18. Maahad Ahmadi 32 28 4 - 12 20
19. ITQAN 30 27 3 - 6 24
Jumlah 284 156 43 85 161 123
Sumber: Rekod Sekolah Agama Kerajaan Negeri Sembilan
37
ii) Pegawai Sokongan
Selain guru, kakitangan sokongan turut memainkan peranan penting bagi
memastikan pengurusan dan penyenggaraan sekolah dapat dilakukan dengan
baik. Pada tahun 2006, kakitangan sokongan mempunyai 41 jawatan terdiri
daripada Pembantu Tadbir Gred N17, Pembantu Tadbir Rendah Gred N11,
Pembantu Am Rendah dan Pekerja Rendah Awam. Daripada jumlah ini
sebanyak 40 jawatan di isi dan satu jawatan iaitu Pembantu makmal diisi
secara kontrak. Selain itu pada tahun 2006, Bahagian ini mempunyai seramai
37 orang yang dilantik secara kontrak/sambilan, sebanyak 2 jawatan bagi Gred
N17 dan 35 jawatan lagi bagi Gred R1 iaitu Jaga dan Pekerja Rendah Awam
bagi 12 buah sekolah. Bilangan perjawatan dan kakitangan bukan akademik
adalah seperti di Jadual 15.
Jadual 15
Bilangan Kakitangan Bukan Akademik Pada Tahun 2006
Bil. Jawatan Gred
Bil.
Jawatan
Isi Kosong Catatan
1. Pembantu Tadbir N17 24 24 -
1 kontrak
2 sambilan
2. Pembantu Makmal C17 1 1 - 1 kontrak
3.
Pembantu Tadbir
Rendah
N11 2 2 - 1 kontrak
4. Pembantu Am Rendah N1 7 7 - -
5. Pekerja Rendah Awam R1 7 7 - 35 sambilan
Sumber: Rekod Perjawatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Bayaran gaji pekerja kontrak adalah berdasarkan kepada skim gaji jawatan
yang dilantik dan syarat-syarat kontrak yang ditandatangani, manakala bagi
pekerja sambilan dibayar berdasarkan gaji harian iaitu antara RM21.60 hingga
RM26.25 sehari dan juga dibayar elaun tetap khidmat awam. Tempoh lantikan
kakitangan kontrak pada kebiasaannya adalah 2 tahun tetapi ada juga yang
dilantik bagi tempoh 9 bulan sahaja. Manakala tempoh lantikan kakitangan
sambilan adalah satu tahun dan boleh disambung perkhidmatan jika diperlukan.
Kakitangan kontrak/sambilan ini di bayar gaji di bawah Objek Perkhidmatan
Dan Bayaran Ikhtisas. Bagi tahun 2005, gaji yang dibayar bagi pekerja
kontrak/sambilan adalah berjumlah RM2.72 juta dan sehingga bulan September
2006 pula adalah berjumlah RM2.89 juta.
Semakan Audit selanjutnya mendapati, hanya SMA Sains Kuala Pilah sahaja
yang mempunyai pembantu makmal berjawatan kontrak manakala sekolah
agama yang lain tidak mempunyai jawatan pembantu makmal. Bagi SMA Dato’
Hj. Tan Ahmad pula mempunyai 3 orang tukang kebun sambilan yang dilantik
38
melalui JHEAINS. Bagaimanapun persekitaran sekolah tersebut didapati tidak
bersih dan tidak terurus seperti yang dapat dilihat di Foto 19 hingga Foto 21.
Adalah didapati tenaga kerja kakitangan sokongan ini tidak dimanfaatkan
sepenuhnya dan tidak dikawal selia oleh pihak sekolah atau JHEAINS dengan
sebaik mungkin.
Foto 19
Persekitaran SMA Dato’ Hj. Tan Ahmad Yang Kotor
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 28 November 2006
Lokasi: SMA Dato’ Hj. Tan Ahmad, Jelebu
Foto 20
Koridor Dipenuhi Peralatan Yang Rosak
Foto 21
Pokok Bunga Tidak Dijaga
Oleh Pekerja Sambilan
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 28 November 2006
Lokasi: SMA Dato’ Hj. Tan Ahmad, Jelebu
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 28 November 2006
Lokasi: SMA Dato’ Hj. Tan Ahmad, Jelebu
Selain daripada kakitangan sokongan yang dilantik oleh JHEAINS, sekolah juga
ada melantik sendiri beberapa jawatan seperti tukang masak, tukang kebun,
tukang sapu, penyelia kantin asrama dan pekerja am. Lantikan ini dibuat oleh
sekolah dan bayaran elaun kepada pekerja ini dibuat melalui akaun asrama.
39
Jawatan ini adalah perlu bagi memastikan pengurusan sekolah serta kawasan
yang lebih teratur dan kemas serta bersih.
Pada pendapat Audit, bilangan guru adalah tidak memuaskan kerana bagi 4 buah
sekolah bilangan guru tetap adalah kurang berbanding guru sandaran.
Penyeliaan kepada pekerja sokongan kontrak adalah tidak memuaskan.
b) Latihan
JHEAINS ada menyediakan perancangan latihan dan kursus untuk semua guru. Ini
adalah disebabkan kebanyakan sekolah mempunyai guru sandaran/kontrak.
Semakan Audit mendapati kursus yang dihadiri oleh guru-guru sepanjang tahun
2006, ada dianjurkan oleh JHEAINS dan juga ada yang dianjurkan oleh
Kementerian Pelajaran. Pada tahun 2004, Bahagian Pelajaran JHEAINS telah
menganjurkan sebanyak 10 program kursus, tahun 2005 sebanyak 5 program
kursus dan tahun 2006 sebanyak 7 program kursus. Kursus yang dianjurkan
antaranya adalah Bengkel Latihan Guru Semasa Cuti, Bengkel Pemurnian Kursus
Semasa Cuti, Kursus Pengurusan Asrama Cemerlang, Kursus Pengurusan Dan
Kepimpinan, Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran, Kursus Kejurulatihan
Bahasa Inggeris dan Seminar Sanitasi Dan Keselamatan Makanan Di dapur Asrama
Sekolah. Setiap kursus yang dianjurkan oleh JHEAINS menyediakan tempat untuk
guru di setiap sekolah. Semakan mendapati kebanyakan guru di semua sekolah
telah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh JHEAINS.
Selain itu, ada juga guru menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Kementerian
Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri seperti Kursus Etems, Kursus Semakan
Geografi dan Teaching Courseware in Mathematic dan sebagainya. Semakan juga
mendapati, pada tahun 2006 seramai 41 orang guru sandaran sedang mengikuti
Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi melayakkan guru tersebut mendapat Sijil Perguruan.
Ianya terdiri daripada 69 orang guru mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
(KPLI) dan 2 orang guru mengikuti Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM).
Kos yang terlibat untuk melatih guru mengikuti Kursus Dalam Cuti adalah sejumlah
RM3,360 seorang bagi KPLI selama satu setengah tahun dan RM7,780 seorang
untuk 3 tahun untuk KDPM. Semua perbelanjaan ini ditanggung oleh JHEAINS.
Bagi kakitangan sokongan iaitu Pembantu Tadbir Gred N17 yang menjaga serta
mengurus rekod kewangan di sekolah kurang mendapat latihan serta kursus.
Semakan Audit mendapati Pembantu Tadbir Gred N17 di SMRA Ulu Jempol, SMRA
Jempol, SMA Dato’ Hj. Tan Ahmad belum lagi diberi kursus asas kewangan.
40
Contohnya Pembantu Tadbir Gred N17 di SMRA Ulu Jempol telah berkhidmat
selama 4 tahun dan menjalankan tugas kewangan tidak pernah menghadiri kursus
kewangan dan tatacara penyediaan penyata tahunan. Tanpa latihan/kursus
kewangan telah menyebabkan pengurusan kewangan sekolah terjejas sehingga
ada sekolah yang tidak menyiapkan serta mengemukakan penyata tahunan
sekolah.
Pada pendapat Audit, latihan yang diberi kepada guru adalah memuaskan.
Bagaimanapun latihan kepada Pembantu Tadbir yang menguruskan hal ehwal
kewangan sekolah adalah sangat tidak memuaskan.
5.2.8 Kemudahan Infrastruktur
Kemudahan infrastruktur asas adalah penting untuk memastikan pembelajaran dapat
berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemudahan asas yang diperlukan antaranya
adalah bilik darjah, perabot, tandas, makmal sains, bengkel KHB, dewan, kantin dan
sebagainya. Semakan Audit mendapati daripada 19 buah sekolah, sebanyak 13
sekolah tidak mempunyai makmal sains, manakala 3 buah sekolah ada makmal sains
tetapi tidak lengkap dan terlalu kecil di mana bilik darjah dijadikan makmal. Sebanyak 8
buah sekolah tidak mempunyai bilik komputer, 14 buah sekolah tidak mempunyai
dewan dan 7 buah sekolah tidak mempunyai bengkel KHB manakala 3 buah sekolah
yang tidak lengkap. Adalah didapati kekurangan kemudahan fizikal yang ketara adalah
di SMRA. Bilangan pelajar di 11 SMRA adalah antara 23 hingga 50 orang pelajar
sahaja. Kekurangan pelajar ini adalah akibat kurang keyakinan ibu bapa disebabkan
prasarana serta kemudahan fizikal sekolah yang tidak memberangsangkan berbanding
dengan sekolah harian yang menawarkan aliran agama dengan kedudukan fizikal dan
prasarana yang lebih baik. Butiran kemudahan asas yang tidak lengkap bagi setiap
sekolah adalah seperti di Jadual 16.
41
Jadual 16
Senarai Kemudahan Asas Sekolah Agama
Bil.
Nama Makmal Bilik Dewan Bengkel Bilik
Sekolah Sains Komputer Sekolah KHB Sumber
Padang Kantin
1. SMA Dato’ Tidak Ada Tiada Ada Tidak Tiada Tiada
Klana Petra
Maamor
Lengkap
Lengkap
2. SMA Dato’ Hj. Tidak Tidak Ada Ada Tidak Ada Ada
Mustafa Lengkap Lengkap
Lengkap
3. SMA Hj.
Tiada Ada Tiada Ada Tiada Ada Ada
Mohd. Yatim
4. SMA Teluk Ada/kecil Ada/kecil Ada Ada Ada Ada Ada
Kemang
5. SMA Dato’ Hj. Ada Tiada Tiada Ada Ada Ada Tiada
Tan Ahmad
6. SMRA
Tiada Tiada Tiada Ada Tidak Ada Tiada
Gemencheh
Lengkap
7. SMRA Repah Tidak Tidak Tiada Tidak Tidak Tiada Tiada
Lengkap Lengkap
Lengkap Lengkap
8 SMRA
Tiada Ada Tiada Tiada Ada Tiada Tiada
Rembau
9. SMRA Nilai Tiada Tidak Tiada Tiada Ada Ada Ada
Lengkap
10. SMRA Kuala Tiada Tiada Tiada Tidak Tidak Tiada Tiada
Klawang
Lengkap Lengkap
11. SMRA Gemas Tiada Tidak Tiada Tidak Tidak Ada Ada
Lengkap
Lengkap Lengkap
12. SMRA Jempol Tiada Tiada Tiada Tiada Ada Ada Ada
13. SMRA Johol Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Ada Ada
14. SMRA Rantau Tiada Tiada Tiada Tiada Ada Tiada Ada
15. SMRA Ulu Tiada Tiada Tiada Ada Ada Ada Ada
Jempol
16. SMRA Chuah Tiada Tiada Tiada Tiada Ada Tiada Tiada
17. SMA Sains Ada Ada Ada Tiada Ada Ada Ada
Kuala Pilah
18. Maahad
Tiada Ada Ada Ada Ada Ada Ada
Ahmadi
19. ITQAN Tiada Ada Ada Ada Ada Ada Ada
Sumber: Rekod Sekolah Agama
Analisis terhadap 19 buah Sekolah Agama menunjukkan 13 sekolah atau 68.4% tidak
mempunyai kemudahan makmal sains, 8 sekolah atau 42.1% tiada bilik komputer, 14
sekolah atau 73.7% tiada dewan, 7 sekolah atau 36.8% tidak mempunyai bengkel
KHB, 2 sekolah atau 10.5% tiada bilik sumber, 6 sekolah atau 31.6% tiada padang dan
7 sekolah atau 36.8% tidak mempunyai kantin. Ketiadaan kemudahan infrastruktur
yang penting ini telah menjejaskan kualiti penyampaian pendidikan kepada pelajar
Sekolah Agama dan prestasi pencapaian peperiksaan mereka.
Semakan Audit mendapati SMA Teluk Kemang telah menerima Notis Menghapuskan
Bahaya Kebakaran, apabila pemeriksaan Jabatan Bomba Dan Penyelamat mendapati
alat pemadam api mudah alih tidak boleh digunakan. Pihak sekolah perlu memastikan
alat pemadam api berfungsi dengan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Selain itu SMA Teluk Kemang juga ada diperiksa oleh Pejabat Kesihatan Daerah Port
Dickson. Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati keadaan fizikal dan kebersihan
42
sekolah berada di tahap yang amat tidak memuaskan. Tindakan segera harus diambil
supaya tidak berlaku kemalangan atau wabak penyakit. Kerja pembersihan tandas
hendaklah dilakukan oleh pekerja sekolah dan bukannya oleh para pelajar. Semua
kemudahan infrastruktur yang rosak seperti tangki air, pam air, bumbung dan tingkap
yang pecah, tandas dan kipas siling di asrama perlu diperbaiki dan diganti bagi
menjamin keselamatan penghuni. Pihak sekolah telah mendapatkan cadangan kerja
pembaikan daripada JKR Daerah Port Dickson dengan anggaran kos berjumlah
RM497,460. Bagaimanapun sehingga lawatan Audit pada 30 November 2006 kerjakerja
pembaikan belum dilakukan.
Pada pendapat Audit, kemudahan infrastruktur yang disediakan di sekolah
agama adalah tidak memuaskan kerana JHEAINS tidak mempunyai peruntukan
yang cukup untuk menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap kepada
semua sekolah agama. Ini menjejaskan tahap pendidikan, keselamatan dan
kesihatan pelajar.
5.2.9 Kemudahan Peralatan Guru Dan Murid
Kemudahan asas untuk pembelajaran dalam bentuk peralatan perlu disediakan oleh
semua sekolah. Peralatan yang diperlukan bagi pembelajaran adalah seperti komputer,
pencetak, alat pengimbas, kerusi dan meja untuk pelajar dan guru, kipas, rak buku,
mesin fotostat, mesin faks dan lain-lain. Alat bantuan mengajar yang diperlukan seperti
bahan rujukan untuk kegunaan guru, alatan makmal sains dan KHB, white board dan
sebagainya. Selain itu peralatan LCD, TV dan pemain cakera padat juga di perlukan
bagi Pusat Sumber Sekolah dan bilik video. Semakan Audit mendapati SMA Sains
Kuala Pilah mempunyai pelajar seramai 181 orang dan hanya mempunyai 12 buah
komputer desk top serta 8 buah komputer riba, SMA Dato’ Hj. Mustafa mempunyai
seramai 256 pelajar, hanya mempunyai 10 buah komputer dan 4 buah komputer riba,
SMA Telok Kemang mempunyai pelajar seramai 279 orang pelajar hanya mempunyai
15 komputer dan 5 buah komputer riba, Maahad Ahmadi pula mempunyai pelajar
seramai 506 pelajar mempunyai hanya 9 buah komputer dan 5 komputer riba. Analisis
Audit menunjukkan semua SMA kekurangan kemudahan peralatan komputer desk top
dan komputer riba berbanding bilangan pelajar yang ramai. Analisis Audit menunjukkan
semua SMA kekurangan kemudahan peralatan komputer desk top dan komputer riba
berbanding bilangan pelajar yang ramai. Foto 22 dan Foto 23 adalah bilik komputer
bagi Maahad Ahmadi yang hanya mempunyai 9 buah komputer dan bilik komputer
ITQAN yang lengkap.
43
Foto 22
Bilik Komputer Maahad Ahmadi Yang
Mempunyai 9 Unit Berbanding 506 Murid
Foto 23
Bilik Komputer ITQAN Yang Selesa
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 15 November 2006
Lokasi: Maahad Ahmadi, Gemencheh
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 15 November 2006
Lokasi: ITQAN, Gemencheh
Semasa lawatan Audit, mendapati bengkel KHB di SMRA Johol di mana bumbungnya
telah roboh dan telah diakui oleh pihak JKR bahawa bangunan ini tidak selamat untuk
diduduki. Walaupun perkara ini berlaku sejak tahun 2001 hingga sekarang masih
belum dibaiki. Oleh itu, pelajar sekolah ini tidak dapat menggunakan bengkel ini untuk
pembelajaran. Foto 24 adalah gambaran bengkel KHB yang roboh dan tidak dibaiki
walaupun sekolah telah beberapa kali menulis surat kepada JHEAINS. Selain itu,
peralatan makmal sains amat penting untuk pelajar dalam proses pembelajarannya.
Adalah didapati kebanyakan sekolah agama tidak menggunakan makmal sains
semasa pembelajaran, sebahagian memang tidak mempunyai makmal sains langsung
manakala ada sekolah yang menjadikan bilik kelas sebagai makmal sains.
Bagaimanapun peralatan untuk makmal sains adalah tidak lengkap jauh sekali
mencukupi. Foto 25 dan Foto 26 adalah makmal sains bagi SMA Dato’ Hj. Mustafa
dan makmal sains SMA Teluk Kemang yang tidak lengkap.
44
Foto 24
Bumbung Bengkel KHB SMRA Johol Roboh
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 13 Jun 2006
Lokasi: Bengkel KHB SMRA Johol
Foto 25
Makmal Sains SMA Dato’ Hj. Mustafa
Tidak Lengkap
Foto 26
Makmal Sains SMA Teluk Kemang
Berselerak Dan Berhabuk
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 23 November 2006
Lokasi: SMA Dato’ Hj. Mustafa
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 10 November 2006
Lokasi: SMA Teluk Kemang
Selain itu, didapati SMRA Gemas tidak mempunyai kemudahan mesin fotostat dan
hanya mempunyai satu talian yang dikongsi bersama talian telefon sekolah dan mesin
fax. SMRA Chuah juga tidak mempunyai kemudahan mesin fotostat. Bagi SMRA
Kuala Klawang telah mengalami banjir pada tahun 2005 yang merosakkan semua
peralatan komputer sekolah iaitu 11 buah komputer, LCD, pencetak, mesin faks, mesin
taip, CD player dan sebagainya. Anggaran kerosakan adalah berjumlah RM141,450.
Foto 27 dan Foto 28 adalah keadaan SMRA Kuala Klawang selepas di landa banjir.
Bagi membaiki kerosakan, sekolah memohon bantuan daripada pelbagai pihak
antaranya Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Ahli Dewan Undangan Negeri,
Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen. Pada tahun 2006, JHEAINS telah
45
meluluskan peruntukan sejumlah RM120,000 bagi menaik taraf bangunan dan
pendawaian elektrik semula bangunan sekolah. Selain itu bantuan peralatan komputer
juga diterima daripada MAINS Holdings dan bantuan juga diterima daripada peruntukan
khas Ahli Parlimen untuk membeli peralatan pejabat dan pelajar.
Foto 27
Bilik Guru SMRA Kuala Klawang
Selepas Banjir
Foto 28
Kerusi Bilik Mesyuarat
Berselerak Selepas Banjir
Sumber: Foto SMRA Kuala Klawang
Tarikh: 5 Mei 2005
Lokasi: SMRA Kuala Klawang, Jelebu
Semakan Audit juga mendapati, pada tahun 2004 pihak SMA Hj. Mohd Yatim telah
memohon peruntukan sejumlah RM183,200 kepada JHEAINS bagi tujuan baik pulih
kemudahan asas sekolah dan asrama. Selain itu sekolah juga memohon sebanyak
100 unit tilam untuk kegunaan asrama, kerana sebilangan pelajar asrama tidur
beralaskan papan lapis sahaja. Jawapan yang diterima daripada JHEAINS adalah
permohonan tuan dalam perhatian Jabatan. Memandangkan JHEAINS tidak dapat
menyediakan peralatan yang diperlukan, pihak sekolah telah memohon bantuan
mendapatkan peralatan asrama daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan
Shah Alam dan berjaya mendapat 60 set katil asrama, 120 unit tilam dan 60 unit almari
yang telah terpakai untuk kegunaan asrama. Pada tahun 2003, SMA Dato’ Hj. Mustafa
mendapat katil, tilam dan almari daripada Sekolah Menengah Batu Kikir. Foto 29 dan
30 menunjukkan keadaan asrama pelajar lelaki SMA Dato’ Hj. Tan Ahmad.
46
Foto 29
Peralatan Asrama Pelajar Lelaki Tidak
Lengkap
Foto 30
Almari Asrama Perempuan Dato’ Klana
Petra Tidak Cukup
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 28 November 2006
Lokasi: SMA Dato’ Hj. Tan Ahmad, Jelebu
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 9 November 2006
Lokasi: SMA Dato Klana Petra Maamor
Pada pendapat Audit, kemudahan peralatan sekolah agama adalah tidak
memuaskan kerana tidak dilengkapkan dengan perabot, katil dan tilam yang
mencukupi dan memuaskan.
5.2.10 Program Akademik
a) Kaedah Pembelajaran
Semua sekolah agama Kerajaan Negeri menggunakan Sistem Pendidikan
Kebangsaan yang selaras dengan Kementerian Pelajaran, kecuali bagi Maahad
Ahmadi menawarkan Kelas Aliran Arab mengikut sukatan Buuth Islami Mesir atau
kurikulum Sanawi sebagai kurikulum pertama dan kurikulum akademik sebagai
kurikulum kedua. ITQAN pula menawarkan Kelas Tahfiz sehingga peringkat
Diploma selain daripada kurikulum akademik yang disediakan oleh Kementerian
Pelajaran. Bagi Kelas Aliran Arab sebanyak 14 mata pelajaran yang diajar untuk
tingkatan 1 hingga 3 dan 18 mata pelajaran untuk Sanawi 1 hingga 4. Ini adalah
kerana hasrat Kerajaan Negeri untuk menghantar pelajar di sini melanjutkan
pelajaran ke Timur Tengah. Semua sekolah agama juga menggunakan buku teks
edisi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. Akta Pendidikan menghendaki
institusi pendidikan menyediakan pendidikan rendah atau menengah atau keduanya
hendaklah mematuhi Kurikulum Kebangsaan dan menyediakan murid bagi
peperiksaan yang ditetapkan selaras dengan Peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan).
47
Semakan Audit mendapati semua SMRA menawarkan peperiksaan sehingga
peringkat PMR sahaja, manakala SMA menawarkan peperiksaan sehingga STPM
dan Maahad pula menawarkan sehingga STAM. ITQAN pula menawarkan
peperiksaan SPM hingga Diploma. Semua sekolah juga ada menyediakan
rancangan dan laporan aktiviti dan dikemukakan kepada JHEAINS pada setiap
tahun. Ini membantu guru dan pelajar menjalankan aktiviti tahunan seperti yang
dirancang. Antara aktiviti tahunan yang dirancang oleh sekolah adalah kelas
tambahan untuk pelajar PMR, SPM, ceramah dan lawatan sambil belajar.
Pada tahun 2005, Kerajaan Negeri Sembilan telah menghantar seramai 58 orang
pelajar melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah iaitu Mesir, Jordan dan Maghribi di
mana 40 orang pelajar atau 68.9% daripada pelajar tersebut adalah lulusan
Maahad dan ITQAN. Pada tahun 2006, seramai 60 orang pelajar telah dihantar bagi
tujuan yang sama. Daripada jumlah ini seramai 55 orang atau 83.3% adalah
daripada pelajar lulusan STAM dan ITQAN yang berjaya melanjutkan pelajaran ke
Timur Tengah. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk melahirkan
cendekiawan Islam. Kebanyakan pelajar ini mendapat pinjaman pelajaran daripada
MAINS. Tempoh pengajian adalah antara 4 hingga 6 tahun dengan pinjaman
RM6,000 setahun. Semakan Audit mendapati JHEAINS tidak mempunyai rekod
pelajar yang telah tamat pengajian, bagaimanapun MAINS mempunyai rekod
pelajar yang tamat pengajian bagi tujuan kutipan bayaran balik pinjaman. Mengikut
rekod MAINS, pelajar yang tamat pengajian di Timur Tengah ada yang bertugas
sebagai Pegawai Agama Islam di JHEAINS dan masjid, Jabatan Mufti, ada yang
bertugas sebagai Pegawai Tadbir Dan Diplomatik dan sebahagian besar menjadi
guru.
Semakan terhadap 5 buah sekolah agama mendapati seramai 38 orang guru
mengajar tidak mengikut opsyen masing-masing. Kebanyakan guru mengajar
mengikut keperluan sekolah yang berkenaan. Bilangan guru dan mata pelajaran
yang diajar tidak mengikut opsyen adalah seperti di Jadual 17.
48
Jadual 17
Guru Yang Mengajar Tidak Mengikut Opsyen
Bilangan
Guru
Bil. Sekolah Tidak
Pengkhususan
Mata Pelajaran Diajar
Mengikut
Opsyen
1. SMRA Nilai 5 1. Vokasional KHB/Bahasa Inggeris/Geografi
2. Matematik Sains Dan Geografi
3. Akaun Matematik/Bahasa Arab
4. Bahasa Melayu Bahasa Melayu/Pendidikan
Islam/Bahasa Inggeris
5. Kejuruteraan Mekanikal KHB/Sains/Geografi
2. SMA Sains 4 1. Biologi/Pengajian Melayu Kimia Dan Matematik Moden
Kuala Pilah
2. Statistik Matematik Tambahan
3. Ekonomi Bahasa Melayu/Sejarah
3. SMA Teluk
Kemang
4. SMA Dato’
Klana Petra
Maamor
11
10
5. ITQAN 8
4. Sains Komputer Bahasa Inggeris/English Science &
Tech
1. Bahasa Melayu/Sejarah KHB
2. Bahasa Melayu/Sejarah Ekonomi/Bahasa Melayu
3. Pendidikan Islam Geografi/Bahasa Arab
4. Dakwah/Pembangunan Bahasa Arab Komunikasi
Insan
5. Syariah Bahasa Arab Tinggi
6. Perhotelan KHB
7. Matematik Sains/Bahasa Inggeris
8. Perakaunan Bahasa Inggeris
9. Matematik Sains
10. Pengajian Perniagaan Bahasa Inggeris
11. Tiada (SPM) Sejarah/Perdagangan
1. Matematik Sains
2. Psikologi Ekonomi Asas/Geografi
3. Tiada (SPM) Matematik
4. Matematik Bahasa Inggeris/Sains
5. Bahasa Melayu Bahasa Inggeris/Sejarah
6. Teknologi Maklumat Sejarah/Matematik/Komputer
7. Syariah (Fiqh Usul) Pendidikan Islam/Bahasa Arab
8. Tiada Matematik/KHB
9. Tiada Sejarah/Bahasa Melayu
10. Tiada Sains/KHB
1. Takhassus Qiraat Sivik Dan Kenegaraan
2. Sains Tani Matematik Dan Sains
3. Pembangunan Wilayah Geografi/Ekonomi Asas
4. Linguistik Melayu Bahasa Melayu/Sejarah
5. Sains Komputer Matematik/Sains
6. Ekonomi/Kewangan Sejarah/Hadis/Bahasa Inggeris
7. Usuluddin (Tafsir) Bahasa Arab/Syariah
8. Industri/Perburuhan KHB/Geografi
Sumber: Rekod Sekolah Agama Negeri Sembilan
Pada pendapat Audit, penghantaran pelajar ke Timur Tengah adalah baik.
Bagaimanapun masih ada kelemahan di mana kebanyakan guru yang mengajar
tidak mengikut opsyen telah menjejaskan prestasi pembelajaran pelajar.
b) Prestasi Akademik
Pencapaian sesebuah sekolah adalah bergantung kepada pencapaian akademik
yang dinilai melalui keputusan peperiksaan. Penilaian yang dibuat adalah
berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu gred purata keseluruhan mata
pelajaran yang diperolehi oleh sesebuah sekolah. Manakala Gred Purata Mata
49
Pelajaran (GPMP) pula, adalah gred yang diperolehi secara purata oleh sesebuah
sekolah bagi mata pelajaran tertentu yang diambil oleh sebilangan calon. Analisis
terhadap keputusan peperiksaan PMR, SPM, STAM dan STPM adalah seperti
berikut:
i) Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
Peperiksaan PMR yang dijalankan pada tahun 2003 hingga 2005 menunjukkan
terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar cemerlang. Bagi tempoh 3
tahun ini peperiksaan PMR telah dijalankan di 17 pusat peperiksaan bagi 19
buah sekolah di seluruh Negeri Sembilan. Semakan Audit mendapati 2 buah
sekolah mencapai prestasi cemerlang iaitu berdasarkan pencapaian Gred
Purata Sekolah (GPS) di bawah GPS 2. Maahad Ahmadi telah memperolehi
GPS 1.48 dan ITQAN memperolehi GPS 1.61. Manakala GPS bagi sekolah
agama yang lain juga bertambah baik dengan penurunan GPS pada tahun 2004
iaitu 2.67 berbanding tahun 2005 menurun kepada 2.61 iaitu penurunan
sebanyak 0.06. Bilangan calon yang mengambil PMR bagi tahun 2003 seramai
788 orang, 2004 seramai 759 orang dan 2005 seramai 722 orang. Analisis
pelajar yang mendapat keputusan cemerlang iaitu yang mendapat 9A, 8A dan
7A adalah seperti di Carta 2.
Bilangan Pelajar
25
Carta 2
Bilangan Pelajar Yang Mendapat Keputusan Cemerlang PMR
Bagi Tempoh 2003 Hingga 2005
20
15
10
5
8
11
8
18
14
17
20
23
13
0
9A 8A 7A
2003 2004 2005
Keputusan Peperiksaan
Sumber: Bahagian Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Pencapaian calon berdasarkan peratusan dan GPS pada tahun 2004 dan 2005
adalah seperti di Jadual 18.
50
Jadual 18
Pencapaian PMR Berdasarkan Peratusan Dan Gred Purata Sekolah (GPS)
Bil. Sekolah Tahun
Calon Lulus Lulus
(Bil.) (Bil.) (%)
GPS
1. ITQAN
2005 30 29 96.6 1.6
2004 28 27 96.4 1.8
2. Maahad Ahmadi
2005 67 66 99.0 1.7
2004 51 51 100 1.6
3. SMA Dato’ Klana Petra Maamor
2005 87 69 79.3 2.2
2004 81 65 80.2 2.0
4. SMA Telok Kemang
2005 71 46 64.8 2.8
2004 62 44 71.0 2.5
5. SMA Hj. Mohd Yatim
2005 48 26 53.1 2.8
2004 65 39 60.0 2.8
6. SMA Dato’ Hj. Mustafa
2005 49 28 58.3 2.8
2004 67 33 49.2 3.1
7. SMA Dato’ Hj. Tan Ahmad
2005 47 25 53.2 3.1
2004 46 34 42.0 2.7
8. SMRA Nilai
2005 37 22 59.5 2.8
2004 48 35 43.2 72.9
9. SMRA Rantau
2005 17 7 41.2 2.9
2004 18 6 7.4 33.3
10. SMRA Chuah
2005 23 10 43.5 2.8
2004 8 3 3.8 3.1
11. SMRA Rembau
2005 63 43 68.3 2.3
2004 57 44 77.7 2.4
12. SMRA Repah
2005 45 24 53.3 2.7
2004 48 36 75.0 2.5
13. SMRA Gemencheh
2005 56 52 92.8 2.7
2004 70 54 77.4 2.8
14. SMRA Gemas
2005 9 4 44.4 3.1
2004 18 9 50.0 3.1
15. SMRA Ulu Jempol
2005 13 5 38.5 3.4
2004 21 8 38.1 3.1
16. SMRA Jempol
2005 34 15 44.1 3.4
2004 33 7 21.2 3.7
17. SMRA Johol
2005 8 4 50.0 3.0
2004 19 6 31.6 3.4
18. SMRA Kuala Klawang
2005 17 6 35.3 3.0
2004 18 5 27.8 2.7
Jumlah
2005 722 481 66.6 2.67
2004 759 504 66.5 2.61
Sumber: Bahagian Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
ii) Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya ditawarkan oleh 8 buah SMA
sahaja di mana 16 mata pelajaran ditawar mengikut aliran masing-masing. Pada
tahun 2003 calon yang menduduki SPM adalah seramai 443 orang, 2004
seramai 416 orang dan 2005 pula seramai 423 orang. Pada tahun 2005,
sebanyak 8 buah sekolah yang menawarkan SPM, hanya Maahad Ahmadi yang
calonnya memperoleh 100% keputusan lulus semua. Gred Purata Sekolah
(GPS) bagi SMA menurun daripada 4.88 pada tahun 2004 kepada 4.69 tahun
2005 iaitu berbeza 0.19. ITQAN muncul sebagai sekolah terbaik dalam GPS
dengan nilai 2.72. Pencapaian calon berdasarkan GPS bagi tahun 2004 dan
2005 adalah seperti di Jadual 19.
51
Jadual 19
Pencapaian SPM Berdasarkan Peratusan Dan GPS
Bagi Tempoh 2004 Dan 2005
Bil. Nama Sekolah Tahun
Calon Lulus Lulus
(Bil.) (Bil.) (%)
GPS
1. Maahad Ahmadi
2005 78 78 100 2.8
2004 92 92 100 3.0
2. ITQAN
2005 13 12 92.3 2.7
2004 16 16 100 2.7
3. SMA Sains Kuala Pilah
2005 88 87 98.9 3.3
2004 70 70 100 3.3
4. SMA Dato’ Klana Petra
2005 52 29 55.8 5.2
Maamor 2004 63 33 52.4 5.3
5. SMA Hj. Mohd Yatim
2005 54 33 61.8 6.1
2004 40 20 50.0 6.0
6. SMA Dato’ Hj. Tan Ahmad 2005 45 22 48.9 5.8
2004 55 22 40 6.0
7. SMA Dato’ Hj. Mustafa
2005 69 37 53.6 5.5
2004 36 9 25.5 6.4
8. SMA Telok Kemang
2005 24 12 50 5.8
2004 44 22 50 6.1
Jumlah
2005 423 310 73.2 4.9
2004 416 284 68.2 4.8
Sumber: Bahagian Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Pada tahun 2005, seramai 12 pelajar berjaya menjadi calon cemerlang dengan
memperoleh 9A hingga 12A berbanding dengan 7 calon pada tahun 2004
seperti di Carta 3.
Carta 3
Bilangan Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2004 Dan 2005
Bilangan
Pelajar
10
8
6
4
2
0
1
0
1
10
0 0
TAHUN 2005 TAHUN 2004
2
5
12A 11A 10A 9A
Sumber: Bahagian Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
iii) Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia
Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) menawarkan 10 subjek. Di
Negeri Sembilan hanya Maahad Ahmadi sahaja yang menawarkan STAM ini.
Pencapaian peperiksaan STAM ini ditakrifkan sebagai Mumtaz (Cemerlang),
52
Jayyid Jiddan (Amat Baik), Jiddan (Baik), Maqbul (Lulus) dan Rasib (Gagal).
Pada tahun 2005 seramai 41 calon telah menduduki STAM berbanding tahun
2004 hanya 26 orang sahaja iaitu meningkat seramai 15 orang atau 57.7%.
Keputusan peperiksaan STAM tahun 2005 telah berjaya lulus 100% dengan
seramai 27 calon mendapat Mumtaz dan 13 calon mendapat Jayyid Jiddan dan
hanya seorang mendapat Jayyid. Keputusan ini adalah lebih baik berbanding
tahun 2004 di mana cuma 9 orang mendapat Mumtaz, seramai 12 orang
mendapat Jayyid Jiddan dan 5 calon mendapat Jiddan. Keputusan peperiksaan
tahun 2005 seramai 6 calon telah berjaya menjadi calon cemerlang dengan
pencapaian 10 mata pelajaran Mumtaz berbanding dengan tahun 2004 di mana
2 calon sahaja yang memperolehi 10 Mumtaz dalam semua mata pelajaran.
Analisis keseluruhan mata pelajaran STAM bagi tahun 2004 dan 2005 adalah
seperti di Carta 4.
80
70
Carta 4
Analisis Pencapaian Mata Pelajaran STAM Tahun 2004 Dan 2005
TAHUN 2004
Peratusan (%)
60
50
40
30
20
10
0
Hifz Quran
& Tajw id
Fiqh
Tauhid &
M antiq
Tafsir &
Ulum uhu
Hadith &
M ustholah
Nahu &
Sarf
Insta' &
M utholah
Adab &
Nusus
Arudh &
Qafiah
Balaghah
80
70
TAHUN 2005
Peratusan (%)
60
50
40
30
20
10
0
Hifz Quran
& Tajw id
Fiqh
Tauhid &
M antiq
Tafsir &
Ulum uhu
Hadith &
M ustholah
Nahu &
Sarf
Insta' &
M utholah
Adab &
Nusus
Arudh &
Qafiah
Balaghah
Keputusan Peperiksaan
Sumber: Bahagian Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
53
iv) Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
SMA yang menawarkan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
adalah SMA Dato’ Klana Petra Maamor sahaja. Sebanyak 5 mata pelajaran di
tawarkan kepada pelajar iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Syariah, Bahasa
Arab dan Usuludin. Pencapaian keseluruhan peperiksaan STPM pada tahun
2004 dan 2005 adalah baik iaitu lulus 100% berbanding tahun 2003 sebanyak
94.7% iaitu meningkat sebanyak 5.3%. Analisis keputusan STPM bagi tempoh
2003 hingga 2005 adalah seperti di Jadual 20.
Jadual 20
Keputusan Keseluruhan STPM Bagi Tempoh 2003 Hingga 2005
Bil.
Keputusan
Peratus
Tahun
Calon 5P 4P 3P 2P 1P Tiada P Gagal (%)
2003 21 0 7 2 8 1 1 2 94.7
2004 8 4 1 2 1 0 0 0 100
2005 21 0 1 4 5 5 6 0 100
Sumber: Bahagian Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Hasil analisis keseluruhan menunjukkan terdapat kekuatan dan kelemahan
dalam menentukan keputusan peperiksaan sekolah agama ini. Kekuatan yang
ada ialah jumlah pelajar yang agak kurang dapat memberi keselesaan dan
tumpuan sepenuhnya dapat diberi kepada pelajar khususnya yang lemah.
Perhatian yang diberikan dan guru yang berdedikasi mengadakan latih tubi
yang berterusan menjadi faktor kejayaan pelajar. Program motivasi yang
diadakan dapat memberi kekuatan dalam diri pelajar untuk mengulang kaji
pelajaran dan kejayaan pelajar yang terdahulu menjejak kaki ke IPT juga
memberi perangsang kepada pelajar untuk terus berusaha. Walau
bagaimanapun, terdapat kelemahan seperti guru yang tidak terlatih,
kemudahan asas yang tidak sempurna, guru yang sedia ada tidak mengikut
opsyen, kurang daya saing antara pelajar kerana pengambilan pelajar tidak ada
syarat minimum dan kurang motivasi sebahagian guru.
Pada pendapat Audit, prestasi peperiksaan bagi 3 buah sekolah adalah baik
manakala prestasi bagi 16 sekolah perlu dipertingkatkan.
Pada keseluruhannya pengurusan sekolah agama adalah tidak memuaskan dari segi
kemudahan infrastruktur, peralatan pembelajaran serta latihan kepada kakitangan
yang menguruskan kewangan. Kekurangan peruntukan kewangan dan guna tenaga
akademik yang terlatih telah menjejaskan prestasi akademik murid kepada
sebahagian sekolah agama.
54
5.3 PEMANTAUAN
Sistem pemantauan yang berkesan perlu diwujudkan bagi memastikan pengurusan
sesuatu aktiviti atau projek mencapai matlamat serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Pemantauan oleh pihak tertentu amat penting bagi memastikan perjalanan dan
pengurusan sekolah agama dibuat mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuat
kuasa. Semakan Audit mendapati perkara seperti berikut:
5.3.1 Mesyuarat Pengetua
Bahagian Pelajaran adalah bertanggungjawab terhadap penyeliaan dan pengurusan
semua sekolah agama. Bagi tujuan ini mesyuarat untuk semua pengetua sekolah telah
diadakan bagi membincang serta memantau semua aktiviti sekolah. Mesyuarat
pengetua sekolah agama ini diadakan sebanyak 3 atau 4 kali setahun. Perkara yang
dibincangkan semasa mesyuarat ini antaranya adalah pengurusan sekolah, laporan
akademik setiap sekolah, laporan hal ehwal murid, pelaksanaan kokurikulum, hal
kewangan sekolah dan hal-hal lain. Pada tahun 2005 dan 2006 sebanyak 3 kali
mesyuarat pengetua diadakan.
5.3.2 Lawatan Penyeliaan Dan Naziran
Bagi pemantauan yang lebih berkesan, Bahagian Pelajaran JHEAINS membuat lawatan
ke sekolah agama bagi meninjau lebih dekat semua aktiviti sekolah. Semasa lawatan ini
pihak JHEAINS menyemak semua laporan akademik dan kokurikulum sekolah. Selain
itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri juga ada membuat lawatan ke sekolah agama
bagi tujuan memantau kurikulum sekolah dan juga membuat Naziran terhadap guru
yang dipinjamkan daripada Kementerian. Semakan juga mendapati pihak Polis ada
membuat lawatan ke sekolah bertujuan untuk memberi ceramah mengenai
keselamatan dan disiplin pelajar.
5.3.3 Laporan Sekolah
Semua sekolah agama perlu menyediakan laporan untuk dikemukakan ke Bahagian
Pelajaran JHEAINS pada setiap bulan. Laporan Ini penting untuk memudahkan
Bahagian ini membuat pemantauan sepanjang masa terhadap semua sekolah agama.
Laporan yang dikemukakan antaranya mengandungi maklumat kedudukan bilangan
murid mengikut tingkatan, bilangan guru tetap dan sandaran, bilangan kakitangan
bukan akademik tetap/sandaran, bilangan guru/kakitangan yang mengambil cuti dan
lawatan pihak luar ke sekolah sekiranya ada. Dengan adanya laporan ini pihak
JHEAINS dapat memantau kedudukan pelajar serta guru dan aktiviti yang diadakan di
sekolah setiap bulan.
55
Pada pendapat Audit pemantauan terhadap akademik yang dijalankan oleh JHEAINS
adalah memuaskan. Bagaimanapun pemantauan terhadap pengurusan kewangan
sekolah adalah tidak memuaskan.
6. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT
Pada keseluruhannya, pengurusan terhadap sekolah agama adalah tidak memuaskan
dan perlu dipertingkatkan lagi dari pelbagai aspek. Kekurangan peruntukan kewangan,
kemudahan infrastruktur, peralatan pembelajaran dan tenaga pengajar yang tidak terlatih
telah mendorong Kerajaan Negeri untuk mendaftarkan 16 buah sekolah agama dengan
Kementerian Pelajaran untuk dijadikan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Manakala
JHEAINS boleh memberi tumpuan untuk melengkap dan memperkasakan 3 buah sekolah
agama lagi iaitu ITQAN, Maahad Ahmadi dan SMA Sains Kuala Pilah selaras dengan
Dasar Kerajaan Negeri. Pihak Audit berpendapat tindakan ini adalah wajar
memandangkan Kerajaan Negeri kurang mampu untuk menyediakan kemudahan fizikal
dan pembelajaran yang setaraf dengan sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.
Bagi sekolah yang akan diambil alih oleh Kementerian Pelajaran untuk dijadikan Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan akan mendapat faedah seperti berikut:
a) Mendapat bantuan penuh kewangan dan bantuan modal yang lebih baik.
b) Pengurusan sumber manusia yang lebih baik, kenaikan pangkat yang lebih luas,
gred dan gaji yang setanding.
c) Kemudahan infrastruktur dan prasarana yang lebih baik, selesa dan persekitaran
yang kondusif untuk pelajar dan guru.
d) Mendapat guru yang terlatih serta berpeluang mengikuti aktiviti KPM.
e) Pelajar berpeluang mendapat pendidikan yang berkualiti.
Manakala bagi sekolah agama yang masih di bawah JHEAINS adalah disyorkan:
a) Perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang teratur perlu dirangka
bersesuaian dengan hasrat Kerajaan Negeri.
b) Dengan pendaftaran sekolah agama dengan Kementerian Pelajaran, Kerajaan
Negeri dapat menjimatkan perbelanjaan mengurus dan pembangunan, serta dapat
memberi tumpuan untuk memperkasa dan melengkapkan 3 buah sekolah agama
yang tinggal. Selain itu Kerajaan Negeri juga dapat memberi tumpuan kepada kelas
KAFA.
56
c) Semua Pengetua dan Pembantu Tadbir perlu diberi latihan serta pendedahan dari
segi pengurusan kewangan dan penyediaan akaun sekolah.
d) Mengguna pakai Buku Tatacara Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan Kumpulan
Wang Sekolah yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran di
semua sekolah agama bagi memantapkan dan menyeragamkan tatacara
perakaunan sekolah.
e) Latihan kepada guru juga perlu ditingkatkan lagi bagi menjamin kualiti pengajaran
dan pembelajaran di sekolah agama.
f) Memantapkan lagi pencapaian prestasi dalam peperiksaan PMR, SPM, STPM dan
STAM setanding dengan sekolah Kementerian Pelajaran.
57
JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN
PENGURUSAN PENGELUARAN LESEN MENGAMBIL HASIL HUTAN
7. LATAR BELAKANG
7.1 Kerajaan Negeri Sembilan mempunyai keluasan tanah seluas 664,591 hektar di
mana 165,971 hektar atau 25% daripadanya adalah merupakan kawasan berhutan.
Mengikut Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan tahun 2004, seluas
162,075 hektar atau 97.6% daripada keluasan kawasan berhutan ini adalah Hutan
Simpanan Kekal. Baki kawasan berhutan seluas 3,896 hektar atau 2.4% merupakan tanah
Kerajaan dan tanah berimilik.
7.2 Kawasan Hutan Simpanan Kekal di Negeri Sembilan telah mula diwartakan sejak
tahun 1906, bertujuan untuk menentukan pemegangan jaminan (security of tenure).
Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (Jabatan) adalah bertanggungjawab mentadbir,
mengurus dan membangunkan kawasan berhutan terutama kawasan Hutan Simpanan
Kekal dengan keluasan yang mencukupi secara berkekalan. Aktiviti utama Jabatan adalah
mengurus pengeluaran lesen, mengawal aktiviti pembalakan serta memastikan
pembangunan semula sektor perhutanan. Pada tahun 2005 dan 2006, Kerajaan Negeri
telah meluluskan 3 kawasan pengusahasilan di Hutan Simpanan Kekal yang mana ianya
merupakan kelulusan terhadap permohonan yang diterima pada tahun-tahun sebelumnya.
7.3 Sektor perhutanan merupakan salah satu penyumbang hasil kepada Kerajaan
Negeri Sembilan. Hasil sumber hutan yang dikutip oleh Jabatan pada tahun 2005
berjumlah RM2.89 juta dan meningkat kepada RM5.41 juta pada tahun 2006. Hasil ini
merangkumi kutipan lesen, royalti, premium dan denda kesalahan hutan.
8. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Objektif pengauditan adalah untuk menentukan sama ada pengurusan pengeluaran
Lesen Mengambil Hasil Hutan iaitu pengeluaran kayu balak dari kawasan pengusahasilan
adalah cekap dan berkesan. Pengauditan ini juga adalah untuk menentukan sama ada
sasaran kup tebangan tahunan seluas tidak melebihi 2,460 hektar setahun yang telah
ditetapkan oleh Majlis Perhutanan Negara bagi mencapai Pengurusan Hutan Secara
Berkekalan telah dicapai ataupun sebaliknya.
58
9. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN
Pemilihan aktiviti ini sebagai kajian Audit adalah berasaskan kutipan hasil tahunan yang
tinggi yang diterima oleh Kerajaan Negeri dan juga melibatkan kepentingan awam.
Pengauditan adalah meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap
pengurusan pengeluaran Lesen Mengambil Hasil Hutan di Hutan Simpanan Kekal oleh
Jabatan untuk tempoh dua tahun iaitu 2005 hingga 2006. Kaedah pengauditan yang
dijalankan adalah dengan menyemak fail, rekod dan dokumen lesen berkaitan di Ibu
Pejabat Perhutanan Negeri dan di Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur, Kuala
Pilah. Selain itu, temu bual dengan Pegawai Perhutanan yang terlibat dalam proses
pengeluaran lesen dan juga lawatan ke kawasan pengusahasilan dilakukan bersama
Pegawai Perhutanan.
10. PENEMUAN AUDIT
10.1 PERANCANGAN
Perancangan yang baik boleh membantu Jabatan semasa melaksanakan
tanggungjawabnya bagi mencapai objektif sesuatu program atau aktiviti. Perancangan
yang dibuat oleh Jabatan bagi memastikan pengeluaran Lesen Mengambil Hasil Hutan
dilaksanakan dengan lancar berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan yang
berkuatkuasa seperti berikut:
10.1.1 Dasar Kerajaan Negeri
Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk mentadbir, mengurus dan membangunkan
kawasan hutan terutama Hutan Simpanan Kekal dengan keluasan yang mencukupi
dan berkekalan. Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Kerajaan Negeri menerima
pakai Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992). Kerajaan Negeri telah
meluluskan kaedah yang dinamakan Kaedah-Kaedah Hutan (Negeri Sembilan) 1992
yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 1991 untuk menjalankan kuasa yang diberi di
bawah seksyen 111, Akta Perhutanan Negara 1984. Dasar perhutanan yang diterima
pakai akan dapat memantapkan pengurusan dan amalan perhutanan secara teratur
sejajar dengan konsep Pengurusan Hutan Secara Berkekalan. Antara aspek penting
yang digariskan pada Dasar Perhutanan Negara ialah:
a) Mengisytiharkan kawasan yang mencukupi dan strategik sebagai Hutan Simpanan
Kekal di seluruh negara berasaskan konsep penggunaan tanah yang rasional.
Hutan Simpanan Kekal diklasifikasikan di bawah 4 fungsi utama dan akan diurus
sebagai:
59
i) Hutan Perlindungan
Untuk memastikan kestabilan iklim dan keadaan fizikal negara, pengawalan
sumber air, kesuburan tanah, kualiti alam sekitar, pemeliharaan kepelbagaian
biologi, mengurangkan kerosakan akibat banjir, hakisan kepada sungai dan
tanah pertanian.
ii) Hutan Berhasil
Untuk bekalan hasil hutan berterusan pada kadar yang munasabah untuk
keperluan pertanian, domestik, perindustrian dan eksport.
iii) Hutan Lipur
Untuk mengekalkan sejumlah kawasan yang mencukupi sebagai tempat
rekreasi, eko-pelancongan dan untuk menambah kesedaran masyarakat
mengenai sektor perhutanan.
iv) Hutan Penyelidikan Dan Pendidikan
Untuk menjalankan penyelidikan, pendidikan dan pemeliharaan kepelbagaian
biologi.
b) Menguruskan Hutan Simpanan Kekal agar dapat memaksimumkan faedah sosial,
ekonomi dan alam sekitar bagi kepentingan negara sejajar dengan prinsip
Pengurusan Hutan Secara Berkekalan.
10.1.2 Undang-Undang Dan Peraturan
Aktiviti penguatkuasaan undang-undang dan peraturan memainkan peranan penting
bagi memastikan pengurusan sumber hutan yang berkesan dan berkekalan.
Penguatkuasaan adalah bertujuan untuk mencegah dan membanteras kesalahan yang
dilakukan di kawasan Hutan Simpanan Kekal, Lesen Mengambil Hasil Hutan, premis
industri berasaskan kayu dan juga semasa pemindahan hasil hutan. Secara khususnya
aktiviti ini ialah untuk menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993),
Kaedah-Kaedah Hutan 1989 dan Kaedah-Kaedah Hutan (Negeri Sembilan) 1992.
Jabatan menguatkuasakan dan mengguna pakai syarat dan ketetapan yang termaktub
mengikut akta berkenaan. Selain itu, Jabatan juga melaksanakan fungsinya
berpandukan Piagam Pelanggan, Manual Perhutanan Tahun 2003 yang dikeluarkan
oleh Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dokumen MS ISO
9001:2000 di bawah bidang Pengurusan Pengeluaran Kayu Secara Berkekalan Bagi
Hutan Darat Asli Di Hutan Simpanan Kekal dan Malaysia Criteria And Indicator 2002.
60
10.1.3 Sasaran Pengeluaran Lesen Mengambil Hasil Hutan
Pengusahasilan hutan merupakan aktiviti mengambil dan mengeluarkan hasil hutan.
Pengusahasilan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal merupakan satu aktiviti yang
perlu dilaksanakan dalam sistem pengurusan hutan dengan cara menebang dan
mengeluarkan kayu yang cukup saiz dan matang untuk keperluan industri berasaskan
kayu. Pengusahasilan ini dibuat melalui sistem tebangan memilih dengan meninggalkan
dirian yang mencukupi untuk tebangan di pusingan berikutnya. Pembukaan kawasan
pengusahasilan di Hutan Simpanan Kekal ditentukan berdasarkan Rancangan
Pengurusan Hutan iaitu rancangan untuk tempoh setiap 10 tahun yang disediakan oleh
Jabatan. Pada masa ini rancangan yang berkuat kuasa adalah antara tahun 1996
hingga 2005 dan akan dibukukan dengan teratur. Rancangan Pengurusan Hutan ini
disediakan untuk memastikan segala aktiviti pengusahasilan hutan di Hutan Simpanan
Kekal dijalankan secara terancang mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Berdasarkan rancangan ini Kerajaan Negeri akan menghadkan pengeluaran kawasan
pengusahasilan hutan. Jumlah Lesen Mengambil Hasil Hutan yang dikeluarkan oleh
Jabatan adalah tertakluk kepada kelulusan kawasan oleh Kerajaan Negeri berdasarkan
kepada catuan tebangan tahunan yang diputuskan oleh Majlis Perhutanan Negara.
Pembatasan kup tebangan seluas tidak melebihi 2,460 hektar setahun bertujuan untuk
mencapai Pengurusan Hutan Secara Berkekalan bagi hutan darat dalam Hutan
Simpanan Kekal. Tempoh pembukaan kawasan pengusahasilan dipilih berdasarkan
kawasan yang telah cukup pusingan selama 30 tahun mengikut Sistem Pengurusan
Memilih. Ini bermakna apabila genap tempoh selama 30 tahun, kawasan berkenaan
boleh diusahasilkan semula. Bagi menjamin keluasan kawasan hutan untuk tujuan
Pengurusan Hutan Secara Berkekalan, Kerajaan Negeri telah mula mewartakan
kawasan Hutan Simpanan Kekal bagi seluruh Negeri Sembilan semenjak tahun 1906.
Taburan kawasan Hutan Simpanan Kekal di seluruh Negeri Sembilan pada tahun 2006
adalah seperti di Peta 1.
61
Peta 1
Kawasan Hutan Simpanan Kekal Negeri Sembilan
Sumber: Rekod Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
10.1.4 Proses Mengeluarkan Lesen Mengambil Hasil Hutan
Pengusahasilan hutan dari sesuatu kawasan Hutan Simpanan Kekal adalah melalui
kelulusan kawasan oleh Kerajaan Negeri dan pemprosesan lesen dilakukan oleh
Jabatan. Individu atau syarikat yang ingin memohon sesuatu kawasan pengusahasilan
hutan perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi melayakkan mereka
memohon Lesen Mengambil Hasil Hutan. Kaedah pendaftaran sebagai pengusaha
pembalakan dan permohonan sesuatu kawasan pengusahasilan hutan adalah seperti
berikut:
a) Pendaftaran Sebagai Pengusaha Pembalakan
Permohonan Lesen Mengambil Hasil Hutan oleh orang perseorangan atau syarikat
adalah bertujuan untuk mendapatkan suatu kawasan pengusahasilan. Setiap
pemohon hendaklah mendaftar dengan Jabatan sebagai pengusaha pembalakan
sebagaimana ditetapkan mengikut Kaedah 28 Kaedah-Kaedah Hutan 1989,
Kaedah 31 Kaedah-Kaedah Hutan (Negeri Sembilan) 1992 dan Perenggan 3 Bab
13 Manual Perhutanan Tahun 2003. Pemohon hendaklah mendaftar dengan cara
62
mengisi Borang H yang boleh didapati di Jabatan. Permohonan sebagai pengusaha
pembalakan yang telah diluluskan oleh Jabatan akan diberi Sijil Pendaftaran
Pengusaha dan tempoh kuatkuasa pendaftaran adalah selama satu tahun.
Bagaimanapun, tempoh ini boleh dilanjutkan oleh Pengarah Perhutanan Negeri.
Hanya pemohon yang telah diluluskan pendaftarannya dengan Jabatan sebagai
pengusaha pembalakan sahaja yang layak memohon Lesen Mengambil Hasil
Hutan. Pendaftaran pengusaha pembalakan adalah bertujuan untuk mengadakan,
menyimpan dan menyelenggara rekod individu atau syarikat yang terlibat dengan
aktiviti pengusahasilan hutan. Selain itu, Jabatan juga boleh menentu dan
memastikan hanya individu atau syarikat yang layak sahaja yang menjalankan
aktiviti pengusahasilan hutan. Setelah pendaftaran sebagai pengusaha
pembalakan diluluskan oleh Jabatan maka individu atau syarikat berkenaan adalah
layak memohon sesuatu kawasan pengusahasilan hutan.
b) Kuasa Meluluskan Lesen Mengambil Hasil Hutan
Lesen Mengambil Hasil Hutan (Borang 1) adalah merupakan dokumen rasmi yang
dikeluarkan oleh Jabatan kepada pengusaha untuk memberi kebenaran
mengeluarkan hasil hutan. Kelulusan pengeluaran lesen ini adalah tertakluk kepada
Akta Perhutanan Negara 1984 seperti berikut:
i) Pengambilan hasil hutan dari kawasan Hutan Simpanan Kekal adalah dengan
kelulusan Kerajaan Negeri melalui pengeluaran Lesen Mengambil Hasil Hutan
sebagaimana dinyatakan pada Jadual Pertama, Akta Perhutanan Negara 1984.
Hasil hutan yang boleh dikeluarkan melalui lesen ini ialah seperti kayu bulat,
kayu jaras, kayu api dan semua jenis rotan.
ii) Setelah diberi kelulusan oleh Kerajaan Negeri, Lesen Mengambil Hasil Hutan
akan dikeluarkan oleh Pengarah Perhutanan Negeri. Seksyen 21(1) Akta
Perhutanan Negara 1984 menetapkan lesen ini dikeluarkan bagi tempoh
selama 12 bulan dan Seksyen 22(1) akta yang sama juga memberi kuasa
kepada Pengarah Perhutanan Negeri untuk memperbaharui lesen untuk
tempoh tidak melebihi 6 bulan.
iii) Seksyen 22(3) Akta Perhutanan Negara 1984 memberi kuasa kepada
Pengarah Perhutanan Negeri untuk mengubah, memotong atau menambah
syarat dalam Lesen Mengambil Hasil Hutan apabila memperbaharui lesen.
iv) Seksyen 23 Akta yang sama melarang lesen dipindah milik atau diserah hak
melainkan dengan kebenaran Kerajaan Negeri.
v) Seksyen 27 Akta Perhutanan Negara 1984 memberi kuasa kepada Pengarah
Perhutanan Negeri untuk menggantung atau membatalkan lesen.
63
c) Proses Permohonan Lesen Mengambil Hasil Hutan
Permohonan Lesen Mengambil Hasil Hutan adalah berkaitan dengan permohonan
oleh pengusaha pembalakan suatu kawasan pengusahasilan hutan di kawasan
Hutan Simpanan Kekal atau tanah milik Kerajaan. Pemohon hendaklah
mengemukakan satu surat permohonan kepada Jabatan. Seterusnya Jabatan akan
memproses serta menyediakan kertas pertimbangan dan mengemukakan
permohonan berkenaan kepada Kerajaan Negeri untuk kelulusan. Setelah
permohonan berkenaan diluluskan, Jabatan akan mengambil tindakan susulan iaitu
mengarahkan Pegawai Hutan Daerah untuk memeriksa kompartmen yang telah
diluluskan itu. Sebelum dokumen lesen berkenaan dikeluarkan, beberapa proses
untuk tujuan penyediaan kawasan dan pemeriksaan isi kandungan hutan harus
dilakukan oleh Jabatan dan laporan akan disediakan. Laporan yang disediakan
adalah seperti berikut:
i) Laporan Pegawai Renjer Hutan
Kawasan yang dimohon akan diperiksa bagi mendapatkan maklumat mengenai
kedudukan dan keadaan kawasan. Satu bancian bagi tujuan untuk penyediaan
kawasan dan siasatan isi kandungan hutan akan dilakukan terhadap kawasan
tersebut. Laporan Pegawai Renjer Hutan hendaklah mengandungi perkara
berikut:
• Lokasi kawasan diluluskan.
• Keluasan kawasan.
• Status tanah sama ada tanah Hutan Simpanan Kekal, tanah Kerajaan,
tanah berimilik, tanah lesen pendudukan sementara, tanah lombong atau
tanah rizab.
• Kelas hutan sama ada Hutan Simpanan Kekal di bawah perolehan
berkekalan, hutan tadahan air, hutan simpanan, hutan dara dan
sebagainya.
• Taburan dan anggaran kasar isi hutan.
• Keadaan kawasan atau topografi.
• Kesan pengusahasilan yang dijangkakan terhadap persekitaran.
• Jalan pengeluaran.
• Balai Pemeriksaan Hutan berhampiran.
• Perkara lain seperti intake bekalan air, kawasan penempatan Orang Asli,
kawasan kajian dan perkara lain yang terdapat dalam kawasan
permohonan.
64
• Pelan yang menunjukkan secara kasar kawasan berhasil dan tidak berhasil
seperti belukar, resam dan sebagainya.
• Ulasan dan pandangan Pegawai Renjer Hutan.
ii) Laporan Pegawai Hutan Daerah
Laporan siasatan kawasan pengusahasilan hutan yang disediakan oleh
Pegawai Renjer Hutan akan dikemukakan kepada Pegawai Hutan Daerah
untuk semakan. Berdasarkan kepada laporan yang dikemukakan, Pegawai
Hutan Daerah akan menyemak dan seterusnya menyediakan dan
mengemukakan laporan kepada Pengarah Perhutanan Negeri. Biasanya
kandungan laporan berkenaan adalah sama seperti laporan yang disediakan
oleh Pegawai Renjer Hutan kecuali beberapa tambahan seperti berikut:
• Sejarah kompartmen.
• Dokumen berkaitan tanah Kerajaan, tanah berimilik, tanah lesen
pendudukan sementara, tanah lombong atau tanah rizab.
iii) Semakan Oleh Pengarah Perhutanan Negeri
Pengarah Perhutanan Negeri apabila menerima laporan pemeriksaan dan
ulasan daripada Pegawai Hutan Daerah akan meneliti laporan berkenaan dan
mengambil tindakan seperti berikut:
• Memberi kelulusan dengan syarat tertentu bagi kawasan yang mana
Pengarah Perhutanan Negeri mempunyai kuasa untuk memberi kelulusan.
• Mengemukakan permohonan berkenaan kepada Kerajaan Negeri untuk
pertimbangan bagi kawasan yang memerlukan kelulusan Kerajaan Negeri
atau mengeluarkan tender membalak. atau
• Menolak permohonan jika kawasan yang dimohon tidak sesuai untuk
diusahasilkan.
d) Tempoh Memproses Lesen
Setiap permohonan Lesen Mengambil Hasil Hutan yang diterima oleh Jabatan
daripada pemohon memerlukan suatu tempoh masa tertentu untuk diproses.
Permohonan Lesen Mengambil Hasil Hutan diproses melalui beberapa peringkat
iaitu di peringkat kelulusan oleh Kerajaan Negeri, peringkat Jabatan dan Pejabat
Hutan Daerah. Proses yang dilakukan oleh Jabatan berpandu kepada Dokumen
MS ISO 9001:2000 di bawah bidang Pengurusan Pengeluaran Kayu Secara
Berkekalan Bagi Hutan Darat Asli Di Hutan Simpanan Kekal dan juga Piagam
65
Pelanggan. Piagam Pelanggan Jabatan telah menetapkan tempoh memproses
permohonan adalah tidak melebihi 6 bulan dari tarikh kelulusan diberi oleh
Kerajaan Negeri setelah semua syarat kelulusan dipatuhi oleh pemohon.
e) Penentuan Sempadan Kawasan Lesen
Penentuan sempadan kawasan lesen merupakan aktiviti penting untuk menetapkan
kedudukan sempadan dan keluasan sesuatu kompartmen atau subkompartmen
yang sedia ada berasaskan peta topo di kawasan Hutan Simpanan Kekal sebelum
sesuatu aktiviti dijalankan. Penandaan sempadan kawasan kerja yang betul adalah
penting untuk mengelak berlakunya pertindihan kawasan, kekeliruan, perubahan
sempadan, komplikasi perundangan, kerugian hasil oleh Kerajaan serta
memudahkan pengawasan, pembersihan dan pengesahan sempadan kawasan
lesen. Penandaan sempadan bertujuan untuk menetapkan dengan lebih terperinci
sempadan kawasan dan kandungannya. Ia juga dapat membantu Jabatan
menentukan had pengeluaran dan dirian yang tinggal. Kerja penentuan sempadan
kawasan lesen akan dilaksanakan oleh Pejabat Hutan Daerah setelah menerima
surat kelulusan dan bayaran telah dibuat oleh pemegang lesen seperti berikut:
i) Kerja penentuan sempadan kawasan lesen akan dijalankan oleh Pegawai
Hutan Daerah setelah menerima sesalinan surat kelulusan daripada Pengarah
Perhutanan Negeri serta butiran bayaran yang telah dijelaskan oleh pemegang
lesen mengikut Kaedah-Kaedah Hutan (Negeri Sembilan) 1992. Bayaran
tersebut ialah:
• Premium iaitu sejumlah RM750 sehektar bayaran untuk hutan dara/terpulih
dan sejumlah RM500 sehektar untuk hutan sudah di balak yang dikenakan
mengikut Jadual Ketiga (1) Kaedah 23 Kaedah-Kaedah Hutan (Negeri
Sembilan) 1992.
• Deposit iaitu satu akaun amanah yang mana daripadanya kadar royalti kayu
balak yang belum diproses akan dikenakan. Bayaran royalti balak akan
dihitung mengikut jenis kayu dan meter padu kayu bulat atau bergergaji.
Jumlah deposit ini akan ditambah oleh pemegang lesen apabila ia
berkurangan untuk menampung bayaran royalti seterusnya.
• Bayaran Lesen Mengambil Hasil Hutan yang dikenakan sejumlah RM100
setahun atau sebahagiannya dan kadar yang dikenakan adalah mengikut
Jadual Keempat (2) Kaedah 23 Kaedah-Kaedah Hutan (Negeri Sembilan)
1992.
66
• Bayaran pengukuran dan penandaan sempadan yang dikenakan adalah
sejumlah RM3 sehektar dan kadar yang dikenakan adalah mengikut Jadual
Keempat (8) Kaedah 23 Kaedah-Kaedah Hutan (Negeri Sembilan) 1992.
• Bayaran-bayaran lain (jika ada).
ii) Pembersihan dan pengesahan sempadan akan dibuat terhadap kawasan kerja
yang sempadannya telah di tanda dan disahkan serta telah dijalankan Inventori
Hutan Sebelum Tebangan dan penandaan pokok. Inventori Hutan Sebelum
Tebangan yang dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang tepat
dan kemas kini berkaitan dengan isi kandungan atau sumber hutan.
iii) Pembersihan dan pengesahan sempadan akan dijalankan bersama oleh
Pegawai Renjer Hutan dan pemegang lesen dengan sempadan dibuat selebar
tidak kurang daripada 2 meter. Pokok berdiameter 5 sentimeter ke bawah
hendaklah dipotong rapat ke paras tanah.
iv) Selepas berpuas hati dengan kerja pembersihan sempadan tersebut, Pegawai
Renjer Hutan hendaklah menyediakan sebanyak 11 salinan Sijil Akuan
Pembersihan dan Pengesahan Sempadan oleh pemegang lesen dan
kontraktor pembalakan.
v) Pelukis Pelan di Pejabat Hutan Daerah hendaklah menyediakan sebanyak 10
salinan Pelan Kawasan Lesen dengan maklumat penting seperti tajuk pelan,
arah utara, skala pelan, daerah hutan, Hutan Simpanan Kekal, nombor
kompartmen dan sebagainya.
f) Inventori Hutan Sebelum Tebangan
Apabila suatu kawasan pengusahasilan hutan diluluskan oleh Kerajaan Negeri
maka Jabatan akan menyediakan Laporan Isi Hutan. Satu bancian yang
dinamakan Inventori Hutan Sebelum Tebangan akan dilakukan terhadap kawasan
tersebut. Inventori ini dijalankan selepas sempadan kawasan kerja siap di tanda
oleh pasukan yang membuat pengesahan sempadan berkenaan. Ia bertujuan
untuk mengumpul maklumat yang tepat mengenai stok, keadaan, taburan semua
pokok besar, lain-lain kandungan hutan serta maklumat rupa bumi kawasan hutan
bagi menentukan had pengeluaran dan dirian yang tinggal. Bancian ini juga
bertujuan untuk mengenal pasti pokok balak yang matang dan kumpulan jenis kayu
yang dibenarkan untuk ditebang dalam sesuatu kawasan pengusahasilan hutan.
g) Penandaan Pokok
Penandaan pokok dijalankan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal selepas had
batas tebangan ditentukan. Buku penandaan pokok dan kawalan pengeluaran kayu
yang disediakan selepas selesai kerja penandaan pokok akan diedarkan kepada
67
Pengarah Perhutanan Negeri, Pegawai Renjer Hutan, Pegawai di Balai
Pemeriksaan Hutan dan pemegang lesen sebelum pengusahasilan hutan
dijalankan. Aktiviti penandaan pokok dijalankan pada 2 peringkat iaitu:
i) Peringkat pertama melibatkan kerja penandaan pokok tebangan, pokok ibu,
pokok perlindungan dan sempadan zon penampan alur air.
ii) Peringkat kedua pula melibatkan kerja penandaan pokok jalan, pokok matau
dan pokok kongsi yang dijalankan selepas kelarian Garis-L jalan tuju, tapak
matau utama dan tapak kongsi siap dibina.
10.1.5 Dokumen Lesen
Dokumen lesen iaitu Borang 1 akan disediakan oleh Pegawai Hutan Daerah setelah
semua syarat, peraturan dan kerja berkaitan sebagaimana ditetapkan dalam Bab 13
Manual Perhutanan Tahun 2003 dipatuhi dan dikemukakan kepada Pengarah
Perhutanan Negeri untuk semakan dan ditandatangani. Borang 1 (Hutan 01/86) adalah
Lesen Mengambil Hasil Hutan yang mengandungi syarat utama dan syarat tambahan
yang ditetapkan oleh Pengarah Perhutanan Negeri untuk tujuan mengambil hasil hutan
seperti ditetapkan di Jadual Pertama Akta Perhutanan Negara 1984. Pada lesen
tersebut dinyatakan syarat lesen, syarat tambahan, jadual, Sijil Penandaan Dan
Pengesahan Sempadan, Sijil Akuan Pembersihan Dan Pengesahan Sempadan Oleh
Pemegang Lesen, Kontraktor Dan Pegawai Renjer Hutan serta Peta Kawasan
Pengusahasilan. Antara syarat utama yang mesti dipatuhi oleh pengusaha pembalakan
yang telah diluluskan kawasan pengusahasilan sebelum lesen dikeluarkan ialah:
a) Deposit Bagi Menjamin Bayaran
Mengikut seksyen 75(1), Akta Perhutanan Negara 1984, sebelum sesuatu Lesen
Mengambil Hasil Hutan dikeluarkan, pemegang lesen dikehendaki mendepositkan
sejumlah wang yang ditetapkan bagi menjamin pematuhan ke atas syarat lesen.
Pengarah Perhutanan Negeri boleh meminta pemegang lesen mendepositkan
dengan serta merta suatu jumlah wang tambahan atau mengadakan deposit baru
bagi menggantikan deposit yang dibuat sebelumnya. Kadar deposit bagi kawasan
balak secara tender adalah sebanyak 10% daripada bayaran premium, manakala
kawasan balak secara kurniaan adalah mengikut budi bicara Pengarah Perhutanan
Negeri. Kadar deposit adalah di antara RM1,000 hingga RM15,000.
b) Perihal Hasil Hutan
Setiap lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan kepada pemegang lesen mestilah
mencatatkan had meter padu pengeluaran daripada kawasan pengusahasilan
68
hutan selama tempoh lesen berkuatkuasa. Ia bertujuan untuk memudahkan
Jabatan membuat pemantauan pengeluaran dan juga pengiraan royalti atau nilai
kayu yang akan dikenakan kepada pemegang lesen.
c) Sijil Penandaan Dan Pengesahan Sempadan
Penandaan sempadan kawasan kerja merupakan aktiviti penting yang mesti
dilaksanakan oleh Pegawai Hutan Daerah bertujuan untuk menentukan kedudukan
sempadan dan keluasan sesuatu kompartmen di dalam Hutan Simpanan Kekal
sebelum sesuatu aktiviti dijalankan. Penandaan dan pengesahan sempadan ini
adalah untuk perancangan pengurusan, pengusahasilan dan pembangunan semula
hutan. Selain itu, kawasan kerja yang telah ditanda akan digunakan untuk
pelaksanaan aktiviti Inventori Hutan Sebelum Tebangan, penandaan pokok,
pengusahasilan hutan, Inventori Hutan Selepas Tebangan dan rawatan silvikultur.
Sijil Penandaan Dan Pengesahan Sempadan akan dikeluarkan apabila semua
kerja berkaitan dengan pengesahan sempadan selesai dilaksanakan oleh Pejabat
Hutan Daerah. Sijil berkenaan akan dijadikan sebagai sebahagian daripada
kandungan dokumen lesen.
10.1.6 Keperluan Guna Tenaga Dan Latihan
Struktur organisasi yang baik, pegawai yang mencukupi serta latihan yang berterusan
adalah perlu untuk memantapkan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan
ke arah mencapai objektif Jabatan. Bagi mencapai matlamat ini, Jabatan membuat
perancangan berikut:
a) Struktur Pengurusan
Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan diketuai oleh Pengarah Perhutanan Negeri
Gred G52. Pentadbiran Jabatan terbahagi kepada 2 Pejabat Pentadbiran Hutan
Daerah iaitu Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur di Kuala Pilah dan
Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat di Seremban. Pengarah Perhutanan
Negeri juga bertanggungjawab terhadap pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri
Melaka. Di peringkat Ibu Pejabat, aktivitinya dilaksanakan oleh 6 bahagian iaitu
Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan, Bahagian Operasi Dan Penguatkuasaan,
Bahagian Silvikultur Dan Perlindungan, Bahagian Perancangan Dan Pengurusan,
Bahagian Perindustrian Dan Pengusahasilan dan Bahagian Ladang Hutan. Setiap
bahagian mempunyai tanggungjawab sama ada secara langsung atau tidak
langsung bagi aktiviti pengurusan pengeluaran lesen. Keperluan tenaga manusia
merupakan aspek penting yang akan diberi perhatian untuk melaksanakan semua
aktiviti yang telah dirancang oleh Jabatan. Bagi memantapkan lagi peranan dan
69
tanggungjawab Jabatan, rancangan penstrukturan semula akan dibuat untuk
menampung keperluan tenaga manusia di masa hadapan. Kedudukan struktur
pengurusan Jabatan ditunjukkan pada Carta Organisasi Jabatan seperti di Carta 5.
Carta 5
Carta Organisasi Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
Sumber: Rekod Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
b) Latihan
Latihan adalah aktiviti pembelajaran dan pengajaran bagi tujuan meningkatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran berkaitan tugas serta tanggungjawab pegawai
Jabatan. Selain latihan secara formal, latihan semasa berkhidmat juga membantu
pegawai meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Selain itu, pendedahan
kepada teknologi serta maklumat terkini berkaitan dengan bidang perhutanan
membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan berkesan.
Menyedari kepentingan latihan, Jabatan merancang menganjurkan kursus bagi
pegawainya seperti Kursus Induksi, Kursus Pra Penempatan dan Kursus Teknikal
Perhutanan. Kursus yang dirancang meliputi aspek pengenalan pokok, daun, isi
kayu, mensurasi hutan dan Balai Pemeriksaan Hutan. Semua kursus berkenaan
akan diberi kepada pegawai Jabatan terutamanya yang baru dilantik. Fokus utama
adalah kepada Pegawai Perhutanan dan Pekerja Hutan.
70
10.1.7 Keperluan Peralatan Dan Logistik
Jabatan Perhutanan Negeri memerlukan peralatan, kenderaan dan kemudahan lain
bagi menjalankan operasi hariannya. Pada masa ini Jabatan mempunyai sebanyak 16
buah kenderaan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4 buah kenderaan ditempatkan
di Ibu Pejabat dan selebihnya di Pejabat Hutan Daerah. Kenderaan yang
diperuntukkan kepada Pejabat Hutan Daerah juga diedarkan kepada Pejabat Renjer di
seluruh daerah. Selain itu Jabatan juga memerlukan peralatan dan kemudahan lain
untuk menjalankan kerja di luar pejabat seperti premetik kompas, diameter tape, papan
tanda sekatan jalan raya, tangga, kerusi dan meja lipat, teropong, tukul tanda dan
peralatan perkhemahan.
10.1.8 Keperluan Kewangan
Peruntukan kewangan yang mencukupi diperlukan bagi memastikan sesuatu aktiviti
atau program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. Peruntukan yang
dimohon oleh Jabatan di bawah aktiviti Pentadbiran Am Dan Kewangan, Pembangunan
Hutan dan Penguatkuasaan yang mana peranannya saling berkaitan dalam proses
pengeluaran lesen dan pemantauan adalah untuk membiayai elaun perjalanan pegawai
serta kos penyenggaraan kenderaan, mesin dan komputer serta bekalan. Selain itu,
Jabatan juga ada memohon peruntukan untuk pembelian aset. Anggaran peruntukan
Jabatan bagi tempoh 2004 hingga 2006 adalah seperti di Jadual 21.
Jadual 21
Anggaran Peruntukan Bagi Tempoh 2004 Hingga 2006
Peruntukan
Bil. Butiran 2004
(RM)
2005
(RM)
2006
(RM)
1. Tuntutan Perjalanan 287,000 283,000 277,000
2. Penyenggaraan Dan 442,700 534,500 570,500
Pembaikan Serta Bekalan
3. Aset - - 40,000
Jumlah 729,700 817,500 887,500
Sumber: Rekod Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
Jabatan merancang anggaran peruntukan sejumlah RM729,700 pada tahun 2004,
RM817,500 pada tahun 2005 dan RM887,500 pada tahun 2006. Sejumlah RM442,700
pada tahun 2004, RM534,500 pada tahun 2005 dan RM570,500 pada tahun 2006
dimohon oleh Jabatan bertujuan untuk membiayai kos pembaikan dan penyenggaraan
kenderaan, mesin serta komputer dan pembelian bahan api. Manakala sejumlah
RM287,000 pada tahun 2004, RM283,000 pada tahun 2005 dan RM277,000 pada
tahun 2006 dimohon bagi menampung perbelanjaan elaun tuntutan perjalanan pegawai.
Jabatan juga merancang memperuntukkan sejumlah RM40,000 pada tahun 2006 bagi
71
pembelian peralatan komputer untuk kegunaan Pejabat Hutan Daerah bertujuan
melancarkan lagi tugas pengurusan pengeluaran lesen.
10.1.9 Kaedah Pemantauan
Setiap program atau aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan memerlukan kaedah
pengawasan atau pemantauan yang berkesan oleh Jabatan agar aktiviti yang
dilaksanakan itu mematuhi peraturan yang ditetapkan. Jabatan merancang
memantapkan kaedah pemantauan yang sedia ada seperti berikut:
a) Penyediaan Laporan
Mengikut Manual Perhutanan Tahun 2003, Jabatan dikehendaki menyediakan dan
mengemukakan beberapa jenis laporan bulanan. Laporan-laporan yang perlu
disediakan adalah seperti berikut:
i) Laporan Shuttle iaitu laporan suku tahunan lesen pembalakan disediakan oleh
Jabatan dan perlu dikemukakan ke Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia selewat-lewatnya pada penghujung bulan, bulan
berikutnya.
ii) Laporan Ringkasan Pas Pemindahan yang disediakan di peringkat Pejabat
Hutan Daerah.
iii) Laporan Bulanan Pemeriksaan Kawasan Pengusahasilan (Borang A, B, C dan
D) yang disediakan di peringkat Pejabat Hutan Daerah.
iv) Borang Kawalan Tebangan disediakan di peringkat Pejabat Hutan Daerah.
v) Laporan Penandaan (Sempadan) disediakan di peringkat Pejabat Hutan
Daerah.
b) Pemantauan Di Kawasan Hutan
Selain daripada laporan bulanan yang perlu disediakan oleh Pegawai Hutan
Daerah, pemantauan juga dilakukan oleh Pegawai Renjer Hutan di Pusat
Pengumpulan, Pusat Ikatan dan di lokasi tebangan dengan membuat lawatan
secara berkala di kawasan pengusahasilan untuk menentukan semua syarat lesen
dipatuhi.
Pada pandangan Audit, Jabatan mempunyai perancangan pengurusan pengeluaran
Lesen Mengambil Hasil Hutan yang baik kerana Jabatan ada menyediakan satu garis
panduan atau peraturan berkaitan dengan kaedah pengurusan pengeluaran Lesen
Mengambil Hasil Hutan. Bagaimanapun, satu rekod berkaitan dengan permohonan
oleh individu atau syarikat untuk mendapatkan kawasan pengusahasilan, jumlah
72
kompartmen yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan juga jumlah Lesen
Mengambil Hasil Hutan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan perlu diselenggara
untuk tujuan rujukan.
10.2 PELAKSANAAN
Bagi memastikan pengurusan pengeluaran Lesen Mengambil Hasil Hutan dilaksanakan
dengan cekap dan berkesan serta mematuhi peraturan yang ditetapkan, Jabatan perlu
melaksanakan aktiviti selaras dengan peraturan yang sedia ada. Pengurusan pengeluaran
Lesen Mengambil Hasil Hutan oleh Jabatan melibatkan proses seperti permohonan
kompartmen oleh pengusaha, kelulusan oleh Kerajaan Negeri, bayaran lesen, deposit,
royalti dan seterusnya aktiviti di peringkat Pejabat Hutan Daerah seperti penandaan
sempadan kawasan kerja, pembersihan kawasan lesen dan memastikan syarat lesen
dipatuhi. Semakan Audit mendapati perkara berikut:
10.2.1 Dasar Kerajaan Negeri
Bagi melaksanakan tanggungjawab mentadbir, mengurus dan membangunkan
kawasan hutan terutama Hutan Simpanan Kekal dengan keluasan yang mencukupi dan
berkekalan, Kerajaan Negeri menerima pakai Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan
1992) mulai tahun 1979. Dasar perhutanan yang diterima pakai dapat memantapkan
pengurusan dan amalan perhutanan secara teratur sejajar dengan konsep Pengurusan
Hutan Secara Berkekalan untuk menjamin pengekalan kawasan hutan yang mencukupi
sebagai kawasan Hutan Simpanan Kekal. Semakan Audit terhadap fail, rekod, buletin,
laporan, taklimat dan perbincangan dengan pegawai Jabatan yang terlibat dengan
program ini mendapati bahawa dasar Kerajaan Negeri berkaitan dengan aktiviti
pengusahasilan hutan adalah selaras dengan Dasar Perhutanan Negara yang diguna
pakai oleh Kerajaan Persekutuan.
Pada pendapat Audit, Jabatan telah mematuhi dasar Kerajaan Negeri berkaitan
pengurusan pengeluaran Lesen Mengambil Hasil Hutan dengan baik.
10.2.2 Undang-Undang Dan Peraturan
Penguatkuasaan undang-undang adalah penting bagi memastikan pengurusan sumber
hutan yang berkesan dan berkekalan. Ia bertujuan untuk mencegah dan membanteras
kesalahan yang dilakukan bukan sahaja di kawasan hutan, pematuhan terhadap syarat
Lesen Mengambil Hasil Hutan, premis industri berasaskan kayu tetapi juga semasa
pemindahan hasil hutan. Jabatan telah menjalankan tanggungjawabnya menguruskan
aktiviti perhutanan Negeri mengikut undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
73
Berdasarkan kepada semakan Audit, perbincangan dan taklimat yang diberi oleh
pegawai Jabatan mendapati bahawa Jabatan telah mengguna pakai dan
menguatkuasakan syarat dan ketetapan yang termaktub mengikut Akta Perhutanan
Negara 1984 (Pindaan 1993) dan Kaedah-Kaedah Hutan (Negeri Sembilan) 1992 yang
berkuatkuasa mulai 1 Januari 1991. Jabatan juga melaksanakan fungsinya
berpandukan Piagam Pelanggan, Manual Perhutanan Tahun 2003 yang dikeluarkan
oleh Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Dokumen MS ISO
9001:2000 di bawah bidang Pengurusan Pengeluaran Kayu Secara Berkekalan Bagi
Hutan Darat Asli Di Hutan Simpanan Kekal dan Malaysia Criteria And Indicator 2002
untuk menambah baik kaedah pengeluaran Lesen Mengambil Hasil Hutan.
Pada pendapat Audit, Jabatan telah mematuhi dan mengguna pakai semua
undang-undang dan peraturan berkaitan dengan pengurusan pengeluaran Lesen
Mengambil Hasil Hutan dengan baik.
10.2.3 Pencapaian Pengeluaran Lesen Mengambil Hasil Hutan
Pengusahasilan iaitu aktiviti mengambil dan mengeluarkan hasil hutan dalam kawasan
Hutan Simpanan Kekal perlu dilaksanakan dalam sistem pengurusan hutan dengan
menebang dan mengeluarkan kayu yang cukup saiz dan matang untuk keperluan
industri berasaskan kayu. Lesen Mengambil Hasil Hutan perlu dikeluarkan kepada
pengusaha untuk memberi kebenaran mengeluarkan hasil hutan setelah mendapat
kelulusan Kerajaan Negeri. Semakan Audit terhadap pencapaian pengeluaran lesen ini
mendapati perkara seperti berikut:
a) Rancangan Pengurusan Hutan
Pengusahasilan hutan dibuat melalui sistem tebangan memilih dengan cara
meninggalkan dirian yang mencukupi untuk tebangan di pusingan berikutnya.
Pembukaan kawasan pembalakan di Hutan Simpanan Kekal ditentukan melalui
Rancangan Pengurusan Hutan iaitu berdasarkan kepada dokumen Rancangan
Mengusaha Hutan untuk tempoh setiap 10 tahun. Rancangan sedia ada yang
digunakan adalah untuk tempoh antara tahun 1996 hingga 2005 dan dibukukan
dengan teratur. Rancangan ini telah tamat tempohnya pada tahun 2005. Pada 20
September 2005, Jabatan telah mengemukakan permohonan kepada Pegawai
Kewangan Negeri untuk melantik juru perunding secara rundingan terus bagi kerja
penyediaan Rancangan Pengurusan Hutan bagi tempoh 2006 hingga 2015.
Pegawai Kewangan Negeri melalui suratnya bertarikh 11 Oktober 2005 telah
memberi kelulusan terhadap permohonan tersebut. Syarikat Forestcare Sdn. Bhd.
(FCSB) telah dilantik dengan kos berjumlah RM246,960 dan dibayar mengikut
74
kemajuan kerja yang dilaksanakan oleh juru perunding berkenaan. Rancangan
Pengurusan Hutan disediakan bertujuan untuk memastikan segala aktiviti
pengusahasilan hutan di Hutan Simpanan Kekal dijalankan secara terancang
mengikut garis panduan yang ditetapkan. Berdasarkan rancangan ini, Jabatan
menghadkan pengeluaran Lesen Mengambil Hasil Hutan tertakluk kepada catuan
tebangan tahunan yang diputuskan oleh Majlis Perhutanan Negara dengan
keluasan kup tebangan tidak melebihi 2,460 hektar setahun. Pembatasan kup
tebangan ini bertujuan untuk mencapai Pengurusan Hutan Secara Berkekalan bagi
hutan darat di dalam Hutan Simpanan Kekal. Pembukaan kawasan pengusahasilan
dipilih berdasarkan kawasan yang telah cukup pusingan 30 tahun mengikut Sistem
Pengurusan Memilih. Bagi menjamin keluasan kawasan hutan untuk tujuan
Pengurusan Hutan Secara Berkekalan, Kerajaan Negeri telah mengekalkan
kawasan Hutan Simpanan Kekal bagi seluruh Negeri Sembilan.
Pada pendapat Audit, Jabatan telah menyediakan Rancangan Pengurusan
Hutan dengan baik di mana kawasan yang telah cukup pusingan 30 tahun
mengikut Sistem Pengurusan Memilih sahaja yang dikeluarkan lesen untuk
diusahasilkan.
b) Permohonan Kawasan Pengusahasilan
Pengeluaran Lesen Mengambil Hasil Hutan adalah berdasarkan kepada keluasan
kup tebangan tahunan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Perhutanan
Negara iaitu tidak melebihi 2,460 hektar setahun. Bagi tempoh 2005 hingga 2006,
sebanyak 3 Lesen Mengambil Hasil Hutan dengan keluasan 394.37 hektar telah
diluluskan oleh Kerajaan Negeri di kawasan Hutan Simpanan Kekal. Manakala
sebanyak 89 permohonan kawasan pengusahasilan telah diterima daripada orang
perseorangan atau syarikat. Bagaimanapun, semua permohonan berkenaan belum
mendapat kelulusan Kerajaan Negeri sehingga akhir tahun 2006. Pihak Audit
dimaklumkan oleh Jabatan bahawa kelulusan Lesen Mengambil Hasil Hutan
bagi permohonan tahun 2004 hingga 2006 dibekukan untuk sementara waktu
oleh Kerajaan Negeri. Jumlah permohonan individu/syarikat yang diterima pada
tahun 2005 sebanyak 14 dan tahun 2006 sebanyak 75 permohonan.
Analisis Audit menunjukkan hanya 16% sahaja daripada sasaran pengeluaran
Lesen Mengambil Hasil Hutan mengikut kup tebangan iaitu seluas 2,460 hektar
setahun sebagaimana ditentukan oleh Majlis Perhutanan Negara tercapai
sepanjang tempoh 2005 hingga 2006. Manakala sebanyak 89 permohonan yang
diterima pada tahun 2005 dan 2006 masih belum diproses oleh Jabatan.
75
Pada pendapat Audit, pengurusan permohonan kawasan pengusahasilan
oleh Jabatan adalah baik tetapi tidak diproses sepenuhnya kerana dasar
Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk membekukan kelulusan
permohonan lesen bagi tempoh tahun 2004 hingga 2006.
c) Kutipan Hasil
Hasil yang dikutip oleh Jabatan daripada aktiviti pengusahasilan hutan adalah salah
satu penyumbang hasil kepada Kerajaan Negeri. Semakan Audit mendapati pada
tahun 2005, Jabatan telah mengutip hasil daripada bayaran premium, cukai, tukul
besi membalak, denda dan hukuman yang lain berjumlah RM2.89 juta. Manakala
sehingga akhir tahun 2006, kutipan hasil oleh Jabatan adalah berjumlah RM5.41
juta. Hasil yang dikutip pada tahun 2006 bertambah sebanyak RM2.52 juta atau
87.2% berbanding kutipan yang dibuat pada tahun 2005. Faktor yang menyumbang
kepada pertambahan kutipan hasil adalah disebabkan tindakan penguatkuasaan
oleh Jabatan terhadap pelanggaran syarat lesen dan peningkatan pampasan, ganti
rugi dan denda yang dikenakan kepada pihak berkenaan terhadap kesalahan hutan
yang dilakukan. Kutipan denda dan hukuman yang lain yang dikenakan terhadap
pengusaha telah meningkat sejumlah RM1.90 juta atau 655.2% daripada
RM292,777 pada tahun 2005 kepada RM2.19 juta pada tahun 2006. Manakala
kutipan cukai keluaran hasil hutan atau royalti, tukul besi membalak dan bayaran
premium untuk tempoh yang sama juga telah bertambah sejumlah RM622,849
atau 23.8% daripada RM2.60 juta kepada RM3.22 juta bagi tahun 2005 dan 2006
seperti di Jadual 22.
Bil.
Jadual 22
Kutipan Hasil Bagi Tahun 2005 Dan 2006
Hasil Dikutip
Hasil
2005 2006
Perbezaan
Bertambah/
(Kurang)
(RM) (RM) (RM)
1. Cukai Keluaran Hasil Hutan 2,105,691 2,224,600 118,909
2. Tukul Besi Membalak 3,200 3,900 700
3. Premium 492,833 996,073 503,240
4. Denda/Hukuman Yang Lain 292,777 2,189,572 1,896,795
Jumlah 2,894,501 5,414,145 2,519,644
Sumber: Rekod Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
Pada pendapat Audit, kutipan hasil Jabatan adalah baik kerana Jabatan
masih dapat meningkatkan kutipan hasil tahunan walaupun Kerajaan Negeri
telah mengurangkan keluasan kup tebangan tahunan.
76
10.2.4 Proses Mengeluarkan Lesen Mengambil Hasil Hutan
Lesen Mengambil Hasil Hutan adalah merupakan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh
Jabatan kepada pengusaha untuk memberi kebenaran mengeluarkan hasil hutan
setelah kelulusan diberikan oleh Kerajaan Negeri. Seksyen 21(1) Akta Perhutanan
Negara 1984 menyatakan lesen ini berkuatkuasa untuk tempoh 12 bulan dan Seksyen
22(1) akta yang sama memberi kuasa kepada Pengarah Perhutanan Negeri untuk
memperbaharui lesen ini bagi tempoh tidak melebihi 6 bulan. Individu atau syarikat
yang ingin memohon sesuatu kawasan pengusahasilan hutan disyaratkan mendaftar
dengan Jabatan sebagai pengusaha pembalakan terlebih dahulu. Semakan Audit
terhadap kaedah pendaftaran sebagai pengusaha pembalakan dan memohon sesuatu
kawasan pengusahasilan hutan mendapati perkara berikut:
a) Pendaftaran Sebagai Pengusaha Pembalakan
Pengambilan hasil hutan dari sesuatu kawasan Hutan Simpanan Kekal mestilah
mendapat kelulusan dari Kerajaan Negeri dan lesen dikeluarkan oleh Jabatan.
Setiap individu atau syarikat adalah layak untuk memohon kawasan pengusahasilan
hutan dan seterusnya mendapat Lesen Mengambil Hasil Hutan sekiranya mereka
mendaftar sebagai pengusaha pembalakan dengan Jabatan dengan mengisi
Borang H sebagaimana ditetapkan di Kaedah 31 Kaedah-Kaedah Hutan (Negeri
Sembilan) 1992 dan Perenggan 3 Bab 13 Manual Perhutanan Tahun 2003. Sijil
Pendaftaran Pengusaha akan dikeluarkan untuk permohonan sebagai pengusaha
pembalakan yang diluluskan dan tempoh kuatkuasa pendaftaran adalah selama
satu tahun. Bagaimanapun, tempoh ini boleh dilanjutkan oleh Pengarah Perhutanan
Negeri. Semakan Audit bagi tahun 2005 hingga 2006 mendapati sebanyak 202
individu dan syarikat telah mendaftar dengan Jabatan sebagai pengusaha
pembalakan iaitu sebanyak 113 pengusaha pada tahun 2005 dan berkurangan
kepada 89 pengusaha pada tahun 2006.
Pada pendapat Audit, pengurusan pendaftaran sebagai pengusaha
pembalakan adalah baik kerana pendaftaran individu atau syarikat sebagai
pengusaha pembalakan dengan Jabatan telah dilaksanakan mengikut
peraturan yang ditetapkan.
b) Kuasa Meluluskan Lesen Mengambil Hasil Hutan
Lesen Mengambil Hasil Hutan adalah merupakan dokumen rasmi yang dikeluarkan
oleh Jabatan kepada pengusaha untuk memberi kebenaran mengeluarkan hasil
hutan. Kelulusan pengeluaran lesen ini adalah tertakluk kepada Akta Perhutanan
Negara 1984 dan Kaedah-Kaedah Hutan (Negeri Sembilan) 1992. Semakan Audit
77
mendapati bahawa semua Lesen Mengambil Hasil Hutan telah diluluskan oleh
Kerajaan Negeri.
Pada pendapat Audit, kelulusan pengeluaran Lesen Mengambil Hasil Hutan
adalah baik kerana lesen telah dikeluarkan oleh pihak yang diberi kuasa
mengikut peraturan ditetapkan.
c) Proses Permohonan Lesen Mengambil Hasil Hutan
Permohonan Lesen Mengambil Hasil Hutan oleh pengusaha suatu kawasan
pengusahasilan hutan di kawasan Hutan Simpanan Kekal atau tanah milik
Kerajaan dibuat dengan mengemukakan surat permohonan kepada Jabatan. Pihak
Jabatan mengemukakan permohonan berkenaan kepada Kerajaan Negeri untuk
pertimbangan dan kelulusan. Setelah permohonan berkenaan diluluskan oleh
Kerajaan Negeri, pemohon dikehendaki membayar kepada Jabatan bayaran
premium, deposit, fi lesen, fi pengukuran dan penandaan sempadan serta bayaran
lain jika ada. Beberapa proses penyediaan kawasan dan pemeriksaan isi
kandungan hutan dilakukan dan laporan disediakan sebelum lesen dikeluarkan
oleh Jabatan. Proses penyediaan kawasan dan pemeriksaan isi kandungan hutan
disediakan oleh Pejabat Hutan Daerah. Semakan Audit terhadap pengeluaran 3
Lesen Mengambil Hasil Hutan mendapati bahawa syarat seperti bayaran yang
dinyatakan telah dipatuhi dan semua bayaran yang dikenakan dijelaskan oleh
pengusaha pembalakan mengikut masa yang ditetapkan.
Pada pendapat Audit, proses permohonan Lesen Mengambil Hasil Hutan
adalah baik kerana kaedah permohonan dan syarat yang ditetapkan mengikut
Akta dan Kaedah Hutan Negeri telah dipatuhi.
d) Kelewatan Memproses Lesen
Kerja penentuan sempadan kawasan lesen dilaksanakan oleh Pejabat Hutan
Daerah setelah syarat kelulusan dipatuhi dan bayaran dijelaskan oleh pengusaha.
Mengikut Piagam Pelanggan Jabatan, Lesen Mengambil Hasil Hutan akan
dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi 6 bulan dari tarikh kelulusan diberi setelah
semua syarat kelulusan dipatuhi. Semakan Audit terhadap proses pengeluaran
lesen mendapati pemeriksaan kawasan dan semakan yang dilaksanakan oleh
Pegawai Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur, Kuala Pilah memakan masa
melebihi 6 bulan sebelum lesen boleh disediakan dan dikeluarkan kepada
pemohon. Bagaimanapun, pihak Audit dimaklumkan bahawa Jabatan telah
78
menyediakan kerangka Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang turut mengambil kira
penilaian semula tempoh masa untuk pengeluaran lesen.
Kesemua 3 Lesen Mengambil Hasil Hutan lewat dikeluarkan oleh Jabatan melebihi
6 bulan seperti ditunjukkan di Jadual 23.
Bil.
Nama
Pengusaha
1. Intelligent
Response
Sdn. Bhd.
2. Lambaian
Seroja
Sdn. Bhd.
3.
Seri NS
Trading
Sdn. Bhd.
Jadual 23
Tempoh Mengeluarkan Lesen Melebihi 6 Bulan
Tarikh
Kompartmen/
Kawasan
Kompartmen
46, Hutan
Simpan Pasoh
Kompartmen
97, Hutan
Simpan Pasoh
Kompartmen
6, Hutan
Simpan
Senaling Inas
Kelulusan
Kerajaan
Negeri
Sumber: Rekod Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
Surat Kelulusan
Diterima
(a)
Lesen
Sepatutnya
Dikeluarkan
(b)
Lesen
Sebenarnya
Dikeluarkan
(c)
Tempoh
Kelewatan
Sebenar
(Bulan)
(b-c)
26.9.2003 26.9.2003 25. 3.2004 8. 8. 2006 28
14.3.2003 14.3.2003 13.9.2003 10. 3. 2006 29
15.7.2005 15.7.2005 14.1.2006 11.10.2006 9
Faktor kelewatan pengeluaran lesen ini adalah seperti berikut:
i) Pengesahan sempadan kawasan kerja siap di tanda.
ii) Bancian yang dinamakan Inventori Hutan Sebelum Tebangan bertujuan untuk
mengumpul maklumat yang tepat mengenai stok, taburan semua pokok
besar, lain-lain kandungan hutan serta maklumat rupa bumi kawasan hutan
bagi menentukan had pengeluaran dan dirian yang tinggal serta menyediakan
tempat mengumpul atau matau.
iii) Kelulusan penggunaan Jalan Tuju yang memerlukan kelulusan Unit
Kejuruteraan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Pada pendapat Audit, proses pengeluaran Lesen Mengambil Hasil Hutan
adalah tidak memuaskan kerana tidak mematuhi Piagam Pelanggan Jabatan
iaitu tidak melebihi 6 bulan di mana berlaku kelewatan antara 9 hingga 29
bulan.
e) Penentuan Sempadan Kawasan Lesen
Penentuan sempadan kawasan lesen merupakan aktiviti penting untuk menetapkan
kedudukan sempadan dan keluasan sesuatu kompartmen atau subkompartmen
yang sedia ada berasaskan peta topo di kawasan Hutan Simpanan Kekal dan
79
dilakukan sebelum sesuatu aktiviti dijalankan. Penentuan sempadan kawasan kerja
yang betul adalah penting untuk mengelak berlakunya pertindihan kawasan,
kekeliruan, perubahan sempadan, komplikasi perundangan, kerugian hasil oleh
Kerajaan serta memudahkan pengawasan, pembersihan dan pengesahan
sempadan kawasan lesen. Ia bertujuan untuk menetapkan dengan lebih terperinci
sempadan kawasan dan kandungannya. Ia juga dapat membantu Jabatan
menentukan had pengeluaran dan dirian yang tinggal. Kerja penentuan sempadan
kawasan lesen dilaksanakan oleh Pejabat Hutan Daerah setelah menerima surat
kelulusan dan bayaran dibuat oleh pemegang lesen. Semakan dan lawatan Audit
ke Hutan Simpan Senaling, Inas pada 30 November 2006 mendapati kerja
penentuan sempadan kawasan lesen telah dilaksanakan mengikut peraturan dan
garis panduan yang ditetapkan.
Pada pendapat Audit, kerja penentuan sempadan kawasan lesen adalah baik
kerana telah dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan dalam Manual
Perhutanan Tahun 2003.
f) Inventori Hutan Sebelum Tebangan
Jabatan telah mengambil tindakan menyediakan Laporan Isi Hutan bagi kawasan
yang telah diluluskan apabila sesuatu kawasan pengusahasilan hutan diluluskan
oleh Kerajaan Negeri kepada pengusaha. Semakan dan lawatan Audit pada 30
November 2006 juga mendapati Jabatan ada menjalankan bancian yang
dinamakan Inventori Hutan Sebelum Tebangan di kawasan yang telah diluluskan
oleh Kerajaan Negeri. Inventori ini dijalankan selepas sempadan kawasan kerja
siap ditanda oleh pasukan yang membuat pengesahan sempadan berkenaan.
Semua maklumat mengenai kandungan kawasan berkenaan ada direkodkan.
Pada pendapat Audit, Laporan Isi Hutan dan Inventori Hutan Sebelum
Tebangan telah disediakan dengan baik oleh Jabatan seperti yang ditetapkan.
g) Penandaan Pokok
Penandaan Pokok telah dijalankan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal selepas
had batas tebangan ditentukan. Buku penandaan pokok dan kawalan pengeluaran
kayu yang disediakan selepas kerja penandaan pokok selesai ada diedarkan
kepada Pengarah Perhutanan Negeri, Pegawai Renjer Hutan, Pegawai di Balai
Pemeriksaan Hutan dan pemegang lesen sebelum pengusahasilan hutan
dijalankan. Lawatan Audit ke lokasi pengusahasilan hutan di Kompartmen 6, Hutan
80
Simpan Senaling Inas, Kuala Pilah mendapati kerja pengesahan sempadan dan
penandaan pokok ada dilakukan seperti ditunjukkan di Foto 31 hingga Foto 37.
Foto 31
Papan Tanda Dipasang Di Jalan Tuju Melintasi Sempadan Lesen
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 30 November 2006
Lokasi: Hutan Simpan Senaling Inas, Kuala Pilah
Foto 32
Pokok Di Tanda Dengan 2 Gelang Cat Merah
Sebagai Sempadan Kompartmen
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 30 November 2006
Lokasi: Hutan Simpan Senaling Inas, Kuala Pilah
81
Foto 33
Pokok Di Tanda Dengan 3 Gelang Cat Merah
Sebagai Sempadan Luar Hutan Simpanan
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 30 November 2006
Lokasi: Hutan Simpan Senaling Inas, Kuala Pilah
Foto 34
Balai Pemeriksaan Hutan Sementara
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 30 November 2006
Lokasi: Matau Utama Atas Tanah Milik Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Pilah
82
Foto 35
Matau/Kongsi Sebagai Tempat Pengumpulan Kayu Balak
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 30 November 2006
Lokasi: Hutan Simpan Senaling Inas, Kuala Pilah
Foto 36
Tukul Tanda Hasil Milik Jabatan Untuk Mengecap Permukaan Kayu Balak
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 30 November 2006
Lokasi: Hutan Simpan Senaling Inas, Kuala Pilah
83
Foto 37
Permukaan Kayu Balak Yang Telah Ditanda/Tagging
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 30 November 2006
Lokasi: Hutan Simpan Senaling Inas, Kuala Pilah
Pada pendapat Audit, proses pengesahan sempadan kerja dan penandaan
pokok yang dilakukan oleh Pejabat Hutan Daerah di kawasan pengusahasilan
hutan adalah baik kerana kerja yang dilakukan telah mematuhi kaedah dan
peraturan yang berkuatkuasa.
10.2.5 Dokumen Lesen
Dokumen Lesen Mengambil Hasil Hutan telah disediakan oleh Pegawai Hutan Daerah
setelah semua syarat, peraturan dan kerja berkaitan sebagaimana ditetapkan dalam
Bab 13 Manual Perhutanan Tahun 2003 dipatuhi dan dikemukakan kepada Pengarah
Perhutanan Negeri untuk semakan dan ditandatangani. Dokumen lesen ini
mengandungi syarat utama dan syarat tambahan yang ditetapkan oleh Pengarah
Perhutanan Negeri untuk tujuan mengambil hasil hutan seperti ditetapkan di Jadual
Pertama Akta Perhutanan Negara 1984. Semakan Audit mendapati bahawa dokumen
Lesen Mengambil Hasil Hutan mengandungi syarat lesen, syarat tambahan, jadual, Sijil
Penandaan Dan Pengesahan Sempadan, Sijil Akuan Pembersihan Dan Pengesahan
Sempadan Oleh Pemegang Lesen, Kontraktor Dan Pegawai Renjer Hutan serta Peta
Kawasan Pengusahasilan.
Pada pendapat Audit, penyediaan dokumen lesen adalah baik kerana kandungan
dokumen Lesen Mengambil Hasil Hutan adalah lengkap sebagaimana ditetapkan
dalam Manual Perhutanan Tahun 2003.
84
a) Deposit Bagi Menjamin Bayaran
Mengikut seksyen 75(1), Akta Perhutanan Negara 1984, sebelum sesuatu Lesen
Mengambil Hasil Hutan dikeluarkan, pemegang lesen dikehendaki mendepositkan
sejumlah wang yang ditetapkan bagi menjamin pematuhan ke atas syarat lesen.
Pengarah Perhutanan Negeri juga boleh meminta pemegang lesen mendepositkan
dengan serta merta suatu jumlah wang tambahan atau mengadakan deposit baru
bagi menggantikan deposit yang dibuat sebelumnya. Kadar deposit bagi kawasan
balak secara tender adalah sebanyak 10% daripada bayaran premium, manakala
kawasan balak secara kurniaan adalah mengikut budi bicara Pengarah Perhutanan
Negeri. Kadar deposit adalah di antara RM1,000 hingga RM15,000. Semakan Audit
mendapati deposit bagi menjamin bayaran ada dikemukakan oleh pengusaha
sebelum kerja dimulakan bagi menjamin pematuhan ke atas syarat lesen seperti
kehendak seksyen 75(1), Akta Perhutanan Negara 1984.
Pada pendapat Audit, pengurusan deposit bagi menjamin bayaran adalah
baik kerana pengusaha telah mengemukakan deposit sebagaimana
ditetapkan dalam syarat lesen.
b) Perihal Hasil Hutan
Setiap lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan kepada pemegang lesen mestilah
mencatatkan had meter padu pengeluaran daripada kawasan pengusahasilan
hutan selama tempoh lesen berkuatkuasa. Ia bertujuan untuk memudahkan
Jabatan membuat pemantauan pengeluaran dan juga pengiraan royalti atau nilai
kayu yang akan dikenakan kepada pemegang lesen. Semakan Audit mendapati
setiap lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan ada mencatatkan had meter padu
pengeluaran daripada kawasan pengusahasilan hutan selama tempoh lesen
berkuatkuasa.
Pada pendapat Audit, penyediaan Perihal Hasil Hutan adalah baik kerana
setiap lesen yang dikeluarkan ada menyatakan had meter padu pengeluaran.
c) Sijil Penandaan Dan Pengesahan Sempadan
Penandaan sempadan kawasan kerja dilaksanakan oleh Pegawai Hutan Daerah
bertujuan untuk menentukan kedudukan sempadan dan keluasan sesuatu
kompartmen di dalam Hutan Simpanan sebelum sesuatu aktiviti dijalankan untuk
perancangan pengurusan, pengusahasilan dan pembangunan semula hutan.
Kawasan kerja yang telah ditanda digunakan untuk pelaksanaan aktiviti Inventori
Hutan Sebelum Tebangan, penandaan pokok, pengusahasilan hutan, Inventori
85
Hutan Selepas Tebangan dan rawatan silvikultur. Semakan Audit mendapati Sijil
Penandaan dan Pengesahan Sempadan ada disediakan apabila semua kerja
bersangkutan dengan pengesahan sempadan selesai dilaksanakan oleh Pejabat
Hutan Daerah dan ia dijadikan sebagai sebahagian daripada kandungan dokumen
lesen.
Pada pendapat Audit, kerja penandaan sempadan dan pengesahan sempadan
telah dilakukan dengan baik dan sijil perakuan juga disediakan.
10.2.6 Guna Tenaga Dan Latihan
Struktur organisasi yang baik, pegawai yang mencukupi serta latihan yang berterusan
adalah perlu untuk memantapkan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan ke
arah mencapai objektif Jabatan. Semakan Audit mendapati perkara berikut:
a) Struktur Pengurusan
Pada tahun 2006, Jabatan telah diluluskan sebanyak 315 perjawatan dan daripada
jumlah tersebut, sebanyak 7 jawatan merupakan jawatan Kumpulan Pengurusan
Dan Profesional dan bakinya sebanyak 308 jawatan adalah jawatan Kumpulan
Sokongan. Sebanyak 283 jawatan sahaja daripada jumlah perjawatan yang
diluluskan telah diisi dan baki 32 jawatan masih kosong. Sebanyak 6 jawatan yang
telah diisi merupakan jawatan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional dan bakinya
sebanyak 277 jawatan adalah jawatan Kumpulan Sokongan. Kedudukan
perjawatan bagi tahun 2006 adalah seperti di Jadual 24.
86
Jadual 24
Kedudukan Perjawatan Bagi Tahun 2006
Bil. Nama Jawatan Gred Diluluskan Diisi Tidak Diisi
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
Pemelihara Hutan (Pengarah)
Pemelihara Hutan (KUP)
Pemelihara Hutan
Pemelihara Hutan
Penolong Pemelihara Hutan
Penolong Pegawai Tadbir
Renjer Hutan
Renjer Hutan
Pembantu Tadbir (W)
Pembantu Tadbir (P/O)
Pembantu Tadbir (W)
Pembantu Tadbir (P/O)
Pelukis Pelan
Pembantu Tadbir (Jurutaip)
Pembantu Am Rendah
Penghantar Notis
Pemandu Kenderaan Bermotor
Pekerja Rendah Awam (Khas)
Pengawas Hutan
Pengawas Hutan
G52
G48
G44
G41
G27
N27
G22
G17
W22
N22
W17
N17
J17
N11
N1
N3
R3
R3
G14
G11
1
1
2
3
3
1
1
7
1
2
8
6
3
4
3
2
16
147
12
92
1
1
1
3
3
0
1
6
1
2
8
6
2
4
3
2
16
146
12
65
Jumlah 315 283 32
Sumber: Rekod Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
0
0
1
0
0
1
0
1
0
0
0
0
1
0
0
0
0
1
0
27
Jabatan diketuai oleh Pengarah Perhutanan Negeri Gred G52. Pentadbiran
Jabatan terbahagi kepada 2 Pejabat Pentadbiran Hutan Daerah iaitu Pejabat Hutan
Daerah Negeri Sembilan Timur di Kuala Pilah dan Pejabat Hutan Daerah Negeri
Sembilan Barat di Seremban. Pengarah Perhutanan Negeri juga bertanggungjawab
terhadap pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Di peringkat Ibu Pejabat,
aktivitinya dilaksanakan oleh 6 bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran Dan
Kewangan, Bahagian Operasi Dan Penguatkuasaan, Bahagian Silvikultur Dan
Perlindungan, Bahagian Perancangan Dan Pengurusan, Bahagian Perindustrian
Dan Pengusahasilan dan Bahagian Ladang Hutan. Setiap bahagian mempunyai
tanggungjawab sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi aktiviti
pengurusan pengeluaran Lesen Mengambil Hasil Hutan. Carta 6 menunjukkan
kedudukan struktur pengurusan Jabatan.
87
Carta 6
Carta Organisasi Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
Sumber: Rekod Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
Pada tahun 2006, Jabatan ada mengemukakan cadangan penstrukturan semula
kepada Kerajaan Negeri untuk kelulusan dengan tambahan sebanyak 14 jawatan
Kumpulan Pengurusan Dan Profesional dan 192 jawatan Kumpulan Sokongan.
Cadangan penstrukturan semula Jabatan dibuat setelah mengambil kira beban
tugas dan kepentingan serta skop sektor perhutanan yang semakin meningkat.
Justifikasi penstrukturan semula Jabatan adalah seperti berikut:
i) Pengurusan Sumber Hutan Secara Intensif.
ii) Pengeluaran Perkhidmatan Hutan.
iii) Pengurusan Kawasan Tadahan Air.
iv) Pemeliharaan Kepelbagaian Hayat.
v) Pemeliharaan Sumber Tertentu.
vi) Eko-Pelancongan Dan Hutan Lipur.
vii) Perhutanan Tani (Agroforestry).
viii) IT dan K-Perhutanan.
ix) Pelaksanaan Kriteria, Petunjuk dan Aktiviti Pengurusan Hutan Secara
Berkekalan atau MC&I.
x) Pelaksanaan MS ISO 9000.
xi) Pengemaskinian Pentadbiran Peringkat Daerah.
88
Sehingga tarikh pengauditan, tidak ada maklum balas atau ulasan daripada
Kerajaan Negeri diterima berkaitan dengan permohonan penstrukturan semula
Jabatan.
Pada pendapat Audit, setelah mengambil kira beban tugas dan kepentingan
serta skop sektor perhutanan yang semakin meningkat maka cadangan
penstrukturan semula Jabatan adalah baik dan wajar diberi pertimbangan
segera oleh Kerajaan Negeri.
b) Latihan
Latihan adalah aktiviti pembelajaran dan pengajaran bagi tujuan meningkatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran berkaitan tugas serta tanggungjawab setiap pegawai.
Selain latihan secara formal, latihan semasa berkhidmat juga membantu pegawai
Jabatan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di samping pendedahan
kepada teknologi serta maklumat terkini berkaitan perhutanan untuk membolehkan
mereka melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan berkesan. Menyedari hakikat
kepentingan latihan, Jabatan telah melaksanakan kursus bagi pegawainya seperti
Kursus Induksi, Kursus Pra Penempatan dan Kursus Teknikal Perhutanan. Kursus
yang dirancang meliputi aspek pengenalan pokok, daun, isi kayu dan mensurasi
hutan. Fokus utama adalah kepada Pegawai Perhutanan dan Pengawas Hutan
Gred G11 dan Pekerja Rendah Awam Khas Gred R3 yang terlibat secara langsung
dalam aktiviti perhutanan. Pada tahun 2006, Jabatan telah menganjurkan sebanyak
37 kursus untuk dihadiri oleh semua peringkat pegawai. Bagaimanapun, semakan
Audit mendapati seramai 51 orang Pengawas Hutan Gred G14 dan G11, 88 orang
Pekerja Rendah Awam Khas Gred R3 dan 14 orang Pemandu Kenderaan
Bermotor Gred R3 tidak menghadiri sebarang kursus. Manakala pegawai yang lain
ada menghadiri kursus tetapi tidak memenuhi standard yang ditetapkan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu tidak kurang daripada 7 hari setahun.
Pada pendapat Audit, latihan yang diberi kepada pegawai adalah tidak
memuaskan kerana ramai pegawai tidak menghadiri kursus atau latihan.
10.2.7 Peralatan Dan Logistik
Kemudahan seperti kenderaan dan peralatan perhutanan yang mencukupi dapat
membantu melancarkan lagi pelaksanaan tugas harian. Semakan Audit mendapati
kenderaan yang sedia ada tidak mencukupi dan peralatan kerja luar seperti tukul tanda
telah uzur keadaannya. Di samping itu, kenderaan juga selalu mengalami kerosakan
89
disebabkan penggunaannya yang terlalu kerap dan lasak. Kos penggunaan bahan dan
penyenggaraan kenderaan keseluruhannya termasuk kenderaan di daerah bagi tahun
2006 adalah berjumlah RM572,909. Manakala sejumlah RM40,000 telah dibelanjakan
untuk membeli 7 unit komputer dan 3 unit mesin fotostat. Selain daripada kenderaan,
Jabatan juga memerlukan peralatan dan kemudahan lain yang lebih baik untuk
menjalankan kerja di luar pejabat seperti premetik kompas, diameter tape, papan tanda
sekatan jalan raya, tangga, kerusi dan meja lipat, teropong, tukul tanda dan peralatan
perkhemahan. Kenderaan yang rosak dan tukul tanda yang telah uzur keadaannya
adalah seperti ditunjukkan di Foto 38 dan Foto 39.
Foto 38
Tukul Tanda Lama Untuk Dilupuskan
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 15 Januari 2007
Lokasi: Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri
90
Foto 39
Kenderaan Pacuan Empat Roda Yang Rosak Belum Dilupuskan
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 15 Januari 2007
Lokasi: Pejabat Renjer Hutan Seremban
Pada pendapat Audit, pengurusan peralatan dan logistik tidak memuaskan
kerana peralatan, kemudahan dan kelengkapan yang telah uzur keadaannya
masih tidak diganti dengan yang baru.
10.2.8 Prestasi Kewangan
Peruntukan kewangan yang mencukupi adalah penting supaya aktiviti atau program
yang dirancang dapat dilaksanakan. Jumlah perbelanjaan sebenar Jabatan bagi tahun
2004 hingga 2006 adalah seperti di Jadual 25.
Jadual 25
Perbelanjaan Sebenar Jabatan Bagi Tempoh 2004 Hingga 2006
Perbelanjaan
Bil. Butiran 2004
(RM)
2005
(RM)
2006
(RM)
1. Tuntutan Perjalanan 275,419 234,579 275,707
2.
Penyenggaraan Dan Pembaikan
Serta Bekalan
408,084 511,167 572,909
3. Aset - - 40,000
Jumlah 683,503 745,746 888,616
Sumber: Rekod Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
Analisis Audit menunjukkan pada tahun 2004, Jabatan telah membelanjakan sejumlah
RM683,503 atau 93.7% daripada peruntukan yang diterima, pada tahun 2005 pula
sejumlah RM745,746 atau 91.2% dan pada tahun 2006 sejumlah RM888,616 atau
100% telah dibelanjakan. Semakan Audit mendapati pada tahun 2004 Jabatan telah
membelanjakan sejumlah RM408,084 atau 92.2% daripada peruntukan yang diterima
91
dan pada tahun 2005 pula sejumlah RM511,167 atau 95.6% untuk menampung kos
pembelian bahan api, penyenggaraan dan pembaikan. Manakala pada tahun 2006,
Jabatan telah membelanjakan sejumlah RM572,909 atau 100.4% daripada peruntukan
yang diterima untuk menampung kos pembelian bahan api, penyenggaraan dan
pembaikan. Jabatan telah membuat pindah peruntukan sejumlah RM2,409 bagi
menampung perbelanjaan tersebut. Sejumlah RM275,419 atau 96% daripada
peruntukan yang diterima pada tahun 2004, sejumlah RM234,579 atau 82.9% pada
tahun 2005 dan sejumlah RM275,707 atau 99.5% pada tahun 2006 pula telah
dibelanjakan untuk menampung elaun tuntutan perjalanan. Manakala sejumlah
RM40,000 peruntukan yang diterima pada tahun 2006 telah dibelanjakan untuk
pembelian 7 unit komputer serta 3 unit mesin fotostat.
Pada pendapat Audit, pengurusan kewangan Jabatan tidak memuaskan kerana
peruntukan yang diterima oleh Jabatan adalah tidak mencukupi untuk
menampung perbelanjaan operasi.
Pada pendapat Audit, pelaksanaan pengurusan pengeluaran Lesen Mengambil Hasil
Hutan adalah baik dan mengikut peraturan serta undang-undang yang berkuatkuasa.
Bagaimanapun, berlaku kelewatan dalam proses penyediaan kawasan lesen yang
menyebabkan lesen lewat dikeluarkan antara 9 hingga 29 bulan. Melalui pemantauan
dan penguatkuasaan oleh Jabatan telah dapat meningkatkan kutipan hasil dengan
mengenakan ganti rugi, pampasan dan denda terhadap kesalahan hutan yang
dilakukan oleh pihak berkenaan.
10.3 PEMANTAUAN
Pemantauan yang berterusan dan menyeluruh terutama berkaitan dengan pematuhan
syarat lesen oleh pengusaha adalah penting untuk menjamin tidak ada berlaku
penyelewengan atau pelanggaran syarat lesen. Pemantauan yang dilakukan adalah
seperti berikut:
10.3.1 Pemantauan Di Peringkat Jabatan
Pemantauan terhadap pematuhan syarat-syarat lesen dilaksanakan oleh Bahagian
Penguatkuasaan Ibu Pejabat dan Pejabat Hutan Daerah di kawasan pengusahasilan
hutan. Pegawai Bahagian Penguatkuasaan dari semasa ke semasa melakukan
pemeriksaan bagi memastikan peraturan dipatuhi. Semakan Audit terhadap rekod dan
laporan yang disediakan oleh Bahagian Penguatkuasaan mendapati bahawa program
atau aktiviti pemantauan yang dilaksanakan oleh Jabatan adalah menjurus kepada
92
kaedah pengawasan di kawasan pembalakan dan pematuhan oleh pengusaha
terhadap syarat lesen. Pemantauan dan peningkatan penguatkuasaan oleh Jabatan
membolehkan ganti rugi, pampasan dan denda kesalahan hutan yang dikutip meningkat
sejumlah RM1.90 juta atau 655.2% menjadi RM2.19 juta pada tahun 2006 berbanding
RM292,777 pada tahun 2005. Jabatan juga ada menyediakan laporan bulanan
berkaitan dengan keluaran hasil hutan, jumlah kutipan cukai atau royalti balak dan juga
premium yang dikutip daripada pengusaha. Suatu laporan yang dinamakan Laporan
Shuttle disediakan setiap bulan oleh Jabatan dan dikemukakan pada setiap akhir bulan,
bulan berikutnya ke Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Selain itu,
Jabatan juga menerima beberapa laporan bulanan daripada Pejabat Hutan Daerah.
10.3.2 Pemantauan Oleh Pejabat Hutan Daerah
Selain daripada laporan bulanan yang perlu disediakan oleh Jabatan, Pegawai Hutan
Daerah juga melaksanakan tugas pemantauan dan penguatkuasaan syarat lesen di
kawasan pengusahasilan hutan. Pegawai Renjer Hutan dan Pengawas Hutan membuat
pemeriksaan pengeluaran balak di Balai Pemeriksaan Hutan. Lawatan dan
pemeriksaan fizikal juga dilakukan oleh Pegawai Renjer Hutan di lokasi tebangan. Hasil
daripada pemeriksaan itu, suatu laporan disediakan dan dikemukakan ke Jabatan.
Laporan yang dikemukakan adalah seperti berikut:
a) Laporan Suku Tahun Kesalahan Hutan.
b) Laporan Sekatan Jalan Raya.
c) Laporan Ringkasan Pas Pemindahan.
d) Laporan Bulanan Pemeriksaan Kawasan Pengusahasilan.
e) Borang Kawalan Tebangan.
Pada pendapat Audit, Bahagian Penguatkuasaan di Jabatan dan Pejabat Hutan
Daerah telah melaksanakan tugas pemantauan terhadap pematuhan syarat-syarat
lesen oleh pengusaha dan kesalahan hutan oleh pihak berkenaan dengan baik.
Pegawai Bahagian Penguatkuasaan dan Pejabat Hutan Daerah telah dari semasa ke
semasa melakukan pemeriksaan bagi memastikan peraturan dipatuhi oleh
pengusaha dan telah menyediakan laporan yang diperlukan mengikut tempoh yang
telah ditetapkan.
93
11. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT
Pada keseluruhannya, pengurusan pengeluaran Lesen Mengambil Hasil Hutan
adalah baik kerana dilaksanakan mengikut kaedah dan peraturan yang berkuatkuasa.
Bagaimanapun, tempoh proses pengeluaran lesen adalah terlalu lama iaitu di antara 9
hingga 29 bulan berbanding tempoh yang ditetapkan dalam Piagam Pelanggan Jabatan
iaitu tidak melebihi 6 bulan. Pada tahun 2006 hanya seluas 394.37 hektar atau 16% sahaja
daripada sasaran kup tebangan tahunan di Hutan Simpanan Kekal seluas tidak melebihi
2,460 hektar sebagaimana ditetapkan oleh Majlis Perhutanan Negara yang diluluskan oleh
Kerajaan Negeri. Oleh itu, Jabatan tidak dapat menyumbang kepada peningkatan hasil
Kerajaan Negeri melalui kutipan hasil daripada kawasan pengusahasilan hutan yang boleh
diluluskan pada tahun berkenaan. Manakala aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan
syarat lesen oleh Jabatan telah meningkatkan kutipan hasil melalui ganti rugi, pampasan
dan denda kesalahan hutan yang dikenakan kepada pihak berkenaan. Adalah disyorkan
Kerajaan Negeri atau Jabatan Perhutanan Negeri mengambil tindakan seperti berikut:
a) Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk meningkatkan jumlah keluasan kawasan
pengusahasilan hutan yang diluluskan kerana keluasan kawasan yang diluluskan pada
tahun 2006 adalah rendah dibandingkan dengan keluasan dibenarkan oleh Majlis
Perhutanan Negara iaitu seluas tidak melebihi 2,460 hektar selaras dengan prinsip
Pengurusan Hutan Secara Berkekalan.
b) Jabatan menilai semula tempoh pengeluaran lesen yang terlalu lama iaitu antara 9
hingga 29 bulan.
c) Jabatan menawarkan kawasan pengusahasilan secara tender agar mendapat tawaran
harga tertinggi daripada pengusaha kerana pada masa ini kawasan pengusahasilan
hutan diluluskan oleh Kerajaan Negeri secara pemberian.
d) Bagi memantapkan lagi fungsi Jabatan, adalah wajar penstrukturan semula
dipertimbangkan segera dengan mengambil kira justifikasi dan peranan Jabatan di
masa hadapan.
94
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
PENSWASTAAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PELUPUSAN SISA PEPEJAL
12. LATAR BELAKANG
12.1 Majlis Perbandaran Nilai (Majlis) suatu ketika dulu dikenali sebagai Majlis Daerah
Seremban (MDS). MDS ditubuhkan pada 1 Januari 1979 melalui penyusunan semula ke
atas 6 Penguasa Tempatan di Negeri Sembilan selaras dengan kehendak Seksyen 3(a)
dan 3(b), Akta Kerajaan Tempatan 1976. Sebanyak 6 Penguasa Tempatan yang
dimaksudkan adalah seperti berikut:
a) Majlis Tempatan Pajam (1957).
b) Majlis Tempatan Mantin (1958).
c) Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Rantau (1959).
d) Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Nilai (1959).
e) Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Broga (1959).
f) Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Labu (1959).
MDS telah diberi kenaikan taraf kepada Majlis Perbandaran Nilai (Majlis) pada 2 Februari
2002. Keluasan kawasan Majlis ialah 784 km persegi. Majlis telah dipertanggungjawabkan
untuk mentadbir 8 buah Mukim yang terdapat di dalam Daerah Seremban. Antara Mukim
yang berada di bawah pentadbiran Majlis pada masa ini ialah Mukim Setul, Mukim Labu,
Mukim Rantau, Mukim Lenggeng, Mukim Pantai, sebahagian Mukim Rasah, sebahagian
Mukim Ampangan dan sebahagian Mukim Seremban. Jumlah penduduk di kawasan Majlis
pada masa ini adalah seramai 133,462 orang.
12.2 Sebelum pengurusan pembersihan diswastakan, Majlis bertanggungjawab
sepenuhnya bagi memberi perkhidmatan pembersihan terhadap kawasan operasinya.
Majlis menggunakan perkhidmatan kontraktor yang berpengalaman dan mempunyai
kelengkapan yang mencukupi bagi tujuan tersebut. Pengurusan pembersihan di Majlis
mula diswastakan pada tahun 2003 dengan arahan daripada Kementerian Perumahan
Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertujuan untuk meningkatkan kecekapan kerja
pembersihan dan pelupusan sisa pepejal selaras dengan pembangunan yang pesat di
kawasan Majlis. KPKT telah melantik Syarikat Konsortium Conseec Gali Sdn. Bhd. untuk
menjalankan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan. Konsortium ini telah
menubuhkan Southern Waste Management Sdn. Bhd. (SWM) untuk melaksanakan kerja
pembersihan dan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan. Pengurusan sisa pepejal
95
dan pembersihan mula diswastakan pada 2 Januari 2003 susulan daripada persetujuan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan pada 2 Oktober 2002.
12.3 Surat perjanjian antara Majlis dengan SWM telah ditandatangani pada 31 Disember
2002. Pembahagian kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal adalah mengikut
pembahagian kawasan. Perjanjian interim ini melibatkan kadar serta kawasan liputan dan
ia perlu diperbaharui setiap tahun. Di Negeri Sembilan, Unit Perumahan Dan Kerajaan
Tempatan (UPKT) adalah Penyelaras bagi projek ini. Manakala bagi kawasan Majlis,
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Kesihatan adalah Penyelaras projek ini. UPKT
memantau prestasi projek ini melalui Laporan Pemantauan yang dikemukakan oleh semua
Pihak Berkuasa Tempatan kepadanya setiap bulan. Perkhidmatan yang diberikan oleh
SWM ialah mengutip sampah serta melupuskannya, memotong rumput serta
membersihkan longkang.
13. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Objektif pengauditan adalah bagi menentukan sama ada perkhidmatan pembersihan
yang diberikan oleh syarikat telah dilaksanakan dengan teratur, cekap dan berkesan bagi
memastikan kawasan Perbandaran berada dalam keadaan bersih serta menjamin
keselesaan dan ketenteraman penduduk serta penswastaan perkhidmatan ini mencapai
matlamatnya.
14. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN
Pengauditan yang dilaksanakan ini meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan
pemantauan yang telah dilakukan oleh Majlis bagi tujuan pembersihan melalui kaedah
penswastaan. Skop pengauditan meliputi perkhidmatan yang diberikan bagi tempoh
selama 3 tahun iaitu dari tahun 2004 hingga 2006. Kaedah pengauditan telah dilakukan
dengan menyemak rekod, fail dan dokumen seperti minit mesyuarat, aduan awam, baucar
bayaran, jadual kerja dan sebagainya di Majlis. Lawatan Audit juga dilakukan di 40 lokasi
yang menerima perkhidmatan pembersihan bagi menentukan sama ada pembersihan di
lokasi tersebut telah dilakukan dengan baik. Selain itu, temu bual dengan pegawai Majlis
dan orang awam serta soal selidik telah diedarkan kepada orang awam.
96
15. PENEMUAN AUDIT
15.1 PERANCANGAN
Perancangan merupakan perkara penting yang perlu disediakan terlebih dahulu sebelum
sesuatu aktiviti atau projek dilaksanakan. Antara perkara penting yang perlu dititikberatkan
semasa merancang sesuatu aktiviti atau projek ialah penentuan matlamat projek,
anggaran kos, komponen projek, tempoh yang terlibat dan perancangan tenaga kerja.
Aspek perancangan penswastaan pembersihan Majlis adalah seperti berikut:
15.1.1 Dasar Penswastaan Negara
Dasar Penswastaan Negara (DPN) adalah satu dasar untuk memberi satu pendekatan
bagi mencapai pembangunan nasional. Ia adalah merupakan pelengkap kepada Dasar
Persyarikatan Malaysia yang menekankan kepada peranan lebih kukuh terhadap sektor
swasta sebagai jentera pertumbuhan ekonomi negara. Dasar ini mencerminkan
tanggungjawab Kerajaan untuk mengurangkan saiz penglibatan dan penyertaan
Kerajaan dalam sektor ekonomi dan memberi peluang kepada kuasa pasaran untuk
menguasai, mengawal dan menentukan kegiatan ekonomi, seterusnya menyumbang
kepada pembangunan negara. DPN menggariskan 4 matlamat utama iaitu untuk
meningkatkan pertumbuhan ekonomi, mengurangkan beban pentadbiran dan
kewangan Kerajaan, meningkatkan kecekapan dan produktiviti serta membantu
mempercepatkan pencapaian Dasar Pembangunan Nasional. DPN mendefinisikan
penswastaan sebagai proses pemindahan aktiviti dan fungsi kepada sektor swasta di
mana aktiviti dan fungsi tersebut dahulunya adalah merupakan tanggungjawab sektor
awam. Pengertian ini boleh diaplikasikan kepada entiti yang dimiliki oleh Kerajaan dan
projek baru yang pada lazimnya dijalankan oleh sektor awam. Ketika DPN
diperkenalkan, negara sedang mengharungi zaman kemelesetan ekonomi. Pada ketika
itu, Kerajaan berpendapat bidang dan aktiviti berbentuk komersial dan ekonomi amat
sesuai dijalankan oleh pihak swasta kerana objektif organisasi swasta adalah
keuntungan, manakala agensi awam lebih menekankan kepentingan sosial. Oleh itu,
DPN telah diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Sembilan.
Berdasarkan kepada dasar ini, salah satu aktiviti yang dikenal pasti untuk diswastakan
ialah perkhidmatan pembersihan di Majlis.
15.1.2 Penswastaan Aktiviti Pengurusan Dan Pelupusan Sisa Pepejal
Jabatan Kerajaan Tempatan di bawah KPKT berfungsi menyediakan pelan dan
perancangan di peringkat kebangsaan. Ini termasuklah merancang kemudahan
infrastruktur dan kewangan untuk disalurkan kepada PBT. Jemaah Menteri akan
97
membuat keputusan supaya penswastaan pengurusan dan pelupusan sisa pepejal ini
dilaksanakan sebagai satu projek untuk seluruh Negara sebagaimana yang dijalankan
terhadap penswastaan pembetungan. Tujuan penswastaan ini adalah untuk
meningkatkan kecekapan dalam kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal selaras
dengan pembangunan yang begitu pesat di seluruh Negara. Jemaah Menteri juga telah
memutuskan untuk menswastakan pengurusan sisa pepejal ke seluruh Negara
mengikut kawasan/wilayah termasuk kawasan Selatan merangkumi negeri Melaka,
Negeri Sembilan dan Johor yang telah diswastakan kepada Konsortium Conseec Gali
Sdn. Bhd. Konsortium ini telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu Southern Waste
Management Sdn. Bhd. (SWM) khusus untuk melaksanakan kerja pembersihan dan
pelupusan sampah. Perkhidmatan yang perlu dilaksanakan oleh SWM merangkumi
semua aspek pengurusan dan pelupusan sisa pepejal. Dasar Majlis akan meliputi
pungutan sisa-sisa domestik, kebun, komersial, industri, pembersihan jalan,
pemotongan rumput, pembersihan longkang serta sisa pembinaan.
Perjanjian penswastaan tidak menetapkan tempoh peralihan. Perjanjian perlu
diperbaharui setiap 12 bulan sehingga satu dasar baru diputuskan oleh Kerajaan.
Perjanjian penswastaan ini telah ditandatangani dan mula berkuat kuasa pada 2 Januari
2003. Sepanjang tempoh peralihan ini, Majlis perlu merancang dengan teliti jumlah
kenderaan dan loji yang akan dipindah milik kepada syarikat konsesi, bilangan
kakitangan yang diberi opsyen dan bilangan kontrak yang sedang berkuat kuasa untuk
diserah hak kepada SWM. Perkara yang perlu dirancang adalah seperti berikut:
a) Pemindahan Aset
Bilangan serta nilai kenderaan dan loji milik Majlis yang akan dipindahkan perlu
dikenal pasti. Syarikat konsesi juga dikehendaki membuat bayaran nominal
terhadap nilai aset yang diambil alih itu sebaik sahaja menandatangani perjanjian.
Syarikat konsesi perlu membayar RM1,000 bagi setiap aset yang berusia kurang
dari 5 tahun dan RM500 bagi setiap aset yang berusia melebihi 5 tahun. Sementara
itu kenderaan tersebut akan dinilai mengikut nilaian semasa perjanjian
ditandatangani. Baki nilaian iaitu setelah ditolak bayaran nominal akan dijelaskan
apabila Perjanjian Konsesi Penswastaan Negara berkuat kuasa.
b) Opsyen Kepada Kakitangan Majlis
Kakitangan Majlis yang terlibat secara langsung dengan kerja pembersihan dan
pelupusan sisa pepejal dianggarkan seramai 109 orang. Pihak Majlis membuat
perancangan dengan mengenal pasti pegawai dan kakitangannya yang akan diberi
opsyen sebelum berkhidmat dengan SWM dengan mengambil kira aspek penting
98
seperti gaji, pinjaman, pencen dan sebagainya bagi melancarkan urusan
pemindahan tersebut mengikut syarat yang telah ditetapkan.
15.1.3 Undang-undang Dan Peraturan
Penubuhan Majlis Perbandaran Nilai berteraskan kepada Akta Kerajaan Tempatan
1976 (Akta 171). Mengikut Seksyen 72 (a) Akta 171, PBT mempunyai kuasa untuk
mengadakan, menyenggara dan menjalankan perkhidmatan pembersihan bagi
membuang dan menghapuskan kotoran, sampah bangkai binatang, segala jenis
sampah sarap dan cecair buangan. Seksyen 73 pula memberi kuasa kepada Majlis dari
semasa ke semasa membuat, meminda atau membatalkan undang-undang kecil untuk
melaksanakan peruntukan Akta ini dengan cara lebih baik. Khususnya terhadap perkara
seperti berikut:
a) Untuk mengadakan, menyenggara dan memaksa penggunaan apa-apa
perkhidmatan bagi membuang, menghapus ataupun mengurus najis manusia,
kotoran sampah, bangkai binatang dan segala jenis sampah sarap, cecair buangan
serta menghendaki empunya dan penduduk premis melaksanakan pembuangan,
penghapusan atau segala urusan yang berkaitan dengan teratur dan terkawal.
b) Untuk memelihara tempat awam supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan
bebas dari kekotoran atau sampah sarap dan melarang apa-apa kekotoran,
sampah sarap, kaca, tin atau bekas-bekas lain dibuang ke dalam sungai.
c) Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap
Majlis adalah seperti berikut:
i) Menghendaki penduduk setiap rumah menyedia dan menyenggarakan tong
sampah bertutup rapat tidak lebih satu meter pada isi padunya. Kesemua
sampah sarap isi rumah hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastik yang
mana hendaklah diikat kuat sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah.
ii) Sebarang kaca yang pecah, tin dan benda yang tajam tepinya
hendaklah dibungkus dengan elok dan dimasukkan ke dalam bekas guna
habis yang berasingan serta diletakkan berdekatan dengan tong sampah.
iii) Tong sampah rumah yang berkenaan boleh diletakkan di sebelah luar pagar, di
lorong belakang atau di mana-mana tempat lain yang sesuai di dalam kawasan
rumah.
iv) Sampah bagi rumah atau bangunan bertingkat/pangsa, pelongsor sampah
perlu disediakan oleh pihak Pengurusan Bangunan. Sampah sarap taman boleh
dipungut oleh Majlis dengan dikenakan bayaran. Mengikut Undang-undang
tersebut, tiada seseorang pun boleh mengais atau menyelongkar,
99
menumpahkan atau menyelerakkan apa-apa jua isi kandungan mana-mana
tong sampah. Undang-undang kecil ini pula menghendaki bahan-bahan binaan,
arang batu bakar, barang mudah terbakar atau bahan letupan tidak boleh
dibuang dalam tong sampah rumah atau mana-mana tong lain yang disediakan
untuk mengisi sampah. Bahan tersebut perlu dilupuskan mengikut cara yang
diperuntukkan bagi membuang bahan buangan perindustrian. Kadar bayaran
yang kena di bawah Undang-undang Kecil ini adalah seperti di Jadual 26.
Jadual 26
Kadar Bayaran Kutipan Sampah
Bil. Jenis Sampah Sarap Bayaran Yang Kena Dibayar
1. Sampah Dalam Tong Sampah Percuma
2. Sampah Kebun
3. Sampah Pukal
4. Sampah Sisa Binaan
Sumber: Rekod Southern Waste Management Sdn. Bhd.
RM30 satu lori 1 tan/kurang ½ muatan
atau
RM50 satu lori 1 tan/melebihi ½ muatan
atau
RM115 satu trip Lori RoRo
Yang Dipertua atau mana-mana pegawai Majlis yang diberi kuasa oleh Yang
Dipertua boleh mengenakan kompaun mana-mana kesalahan yang dinyatakan
dalam Undang-undang Kecil di atas. Notis denda yang dikenakan bagi setiap
kesalahan yang dilakukan itu tidak melebihi RM500 kepada pesalah-pesalah
yang melakukan kesalahan yang dinyatakan di dalam undang-undang di atas.
15.1.4 Kajian Kemungkinan Penswastaan
Sebelum sesuatu projek dimulakan, kajian awal perlu diadakan terlebih dahulu untuk
menentukan sama ada sesuatu projek adalah berdaya maju. Hasil daripada kajian
kemungkinan akan menentukan sama ada projek penswastaan ini berdaya maju dan
sesuai dilaksanakan atau tidak.
15.1.5 Guna Tenaga
Guna tenaga perlu disediakan bagi menjamin aktiviti yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan teratur.
a) Peringkat Majlis
Majlis dipertanggungjawabkan untuk menyenggara kawasan pentadbirannya
supaya berada dalam keadaan bersih dan selesa seperti yang ditetapkan di bawah
Seksyen 73 dan 102 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Seksyen 130, Ordinan
100
Kesihatan Awam 1960. Bagi mematuhi kehendak undang-undang berkenaan, Majlis
telah menetapkan fungsi pembersihan seperti berikut:
i) Melaksanakan kerja-kerja memungut dan melupuskan sisa pepejal serta
pembersihan am iaitu mengangkat sampah sarap, memotong rumput dan
membersihkan parit.
ii) Mengurus dan menyelia kenderaan pengangkutan sisa pepejal.
iii) Menyelia dan mengawasi kerja kontrak pengangkutan dan pelupusan sisa
pepejal.
iv) Menyenggara tempat pelupusan sisa pepejal.
Jabatan yang bertanggungjawab mengawal selia kerja pembersihan dan pelupusan
sisa pepejal yang dilaksanakan oleh SWM adalah Jabatan Perkhidmatan Bandar Dan
Kesihatan. Carta Organisasi Jabatan ini adalah seperti di Carta 7, manakala Unit yang
bertanggungjawab secara langsung pula adalah Unit Kawal Selia di bawah Bahagian
Kebersihan Bandar Dan Kesihatan. Bahagian ini diketuai oleh seorang Penolong
Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32 dan dibantu oleh dua orang Penolong
Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 di mana seorang daripadanya
bertanggungjawab mengetuai Unit Kawal Selia dan seorang lagi mengetuai Unit Vektor.
Unit Kawal Selia juga bertanggungjawab menyelia serta memantau semua aktiviti
berkaitan pembersihan dan pelupusan sisa pepejal yang dilakukan oleh SWM. Carta
Organisasi Unit Kawal Selia adalah seperti di Carta 8.
101
Carta 7
Carta Organisasi Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
Dan Kesihatan Majlis Perbandaran Nilai
Pegawai Tadbir (N41)
(En. Kamarulzaman Bin
Bahaman)
Penolong Pegawai
Kesihatan Persekitaran
(PPKP U36)
(Kosong)
Bahagian Kebersihan Bandar
Dan Kesihatan (PPKP U32)
(Kosong)
Bahagian Perlesenan
(PPKP U32)
(En. Rohani Bin Jantan)
Unit Kawal Selia
(PPKP U29)
(En. M.Lotffee Bin
Abdullah)
Unit Vektor
(PPKP U29)
(Kosong)
Unit Tred/Sanitasi
(PPKP U29)
1. En. Haniff Bin
Hassan
2. (Kosong)
Unit Gerai/Penjaja/
Sanitasi (PPKP U29)
1. (Kosong)
2. (Kosong)
Sumber: Rekod Majlis Perbandaran Nilai
102
Carta 8
Carta Organisasi Unit Kawal Selia Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan
Kesihatan Majlis Perbandaran Nilai
Unit Kawal Selia
PPKP U29
En. M. Lotffee b. Abdullah
PT N17
Pn.Sy. Norma bt Syed Nawawi
PBK N14
PBK N14
En.Nordin M.Nor ( kosong )
Kaw. Mantin Unit Khas Kaw. Nilai Kaw. Sg.Gadut Kaw. Rantau
PB N11 PB N11 PB N11 PB N11 PB N11
En. Naszuan En. Jamaluddin En. A. Nazree ( kosong ) En. Zainal
Pemandu R3
Pemandu R3
2 orang (t) Keb. D. Labu - 1org
1 orang (k)
PRA R1 PRA R1 PRA R1 PRA R1 PRA R1
T.Awam N3 - 1
org(k) Pej. Caw - 2 orang Pej MAJLIS - 3 org (t) Pkn. TTJ - 1 org (t) D.Rantau - 1org (k)
Pasar T.Semarak - Bengkel - 2 orang (k) - 2 org (k) - 1 org (k)
1 orang (k) U.Rumput - 1 org (t) Psr Cempaka - 1 org (k) Pasar TSJ - 1 org (k)
Terminal Nilai - 1 org (k)
- 3 org (k)
U. Lgkang - 1 org (t)
- 5 org(k)
U.S.Pepejal - 1 org(t)
- 2 org(k)
U.Khemah - 1 org (t)
- 5 org (k)
Sumber: Rekod Majlis Perbandaran Nilai
b) Peringkat SWM
SWM Cawangan Nilai yang terletak di Daerah Mantin, Negeri Sembilan
mempunyai seramai 50 anggota yang terdiri daripada pelbagai bahagian
termasuk pihak pengurusan. Anggota yang terlibat dengan kerja pembersihan
dan pelupusan sampah adalah seramai 45 orang. Mereka diketuai oleh seorang
Pentadbir Cawangan dan dibantu oleh seorang kerani dan 3 orang penyelia.
Anggota kerja SWM yang akan terlibat secara langsung dan tidak langsung
103
dalam aktiviti pembersihan dan pelupusan sisa pepejal kawasan Majlis adalah
seperti di Carta 9.
Carta 9
Carta Organisasi SWM Cawangan Nilai
PENOLONG PENGURUS KAWASAN
PERKHIDMATAN
En. Tam Leong Fon
PENTADBIR CAWANGAN
En. Nazri Bin Abu Bakar
PENTADBIRAN & NTC
KERANI
UNIT SELIA
KONTRAKTOR
UNIT SISA
PEPEJAL
UNIT KEBERSIHAN
AM
UNIT SISA
PEPEJAL/KEBERSIHAN AM
(RANTAU & NILAI SELATAN)
PENYELIA
PENYELIA
PENYELIA
PENYELIA
4 KONTRAKTOR
PEKERJA RENDAH
AM
12 ORANG
PEMANDU
6 ORANG
UNIT SAPU JALAN
PEKERJA RENDAH AM
9 ORANG
PEKERJA RENDAH
AM
21 ORANG
PEMANDU
2 ORANG
UNIT POTONG RUMPUT
PEKERJA RENDAH AM
8 ORANG
UNIT PEMBERSIHAN
LONGKANG
PEKERJA RENDAH AM
9 ORANG
PEMANDU BACKHOE
1 ORANG
Sumber: Rekod Majlis Perbandaran Nilai
15.1.6 Prosedur Kerja
Tugas penyeliaan kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal perlu ada Prosedur
Kerja bagi menjelaskan tanggungjawab, etika dan amalan kerja yang perlu dipatuhi oleh
setiap pekerja yang terlibat dengan pengendalian pengutipan dan pelupusan sisa
pepejal.
15.1.7 Rancangan Kerja Tahunan
Rancangan Kerja Tahunan Majlis tertumpu kepada pemantauan terhadap kerja
pembersihan dan pelupusan sisa pepejal akan dilaksanakan oleh SWM. Dalam tempoh
peralihan, perancangan untuk memperbaiki prestasi pembersihan kawasan Majlis akan
dirancang. Majlis akan melantik pegawai perhubungan awam untuk menerima dan
memberi tahu aduan yang diterima, melantik pegawai khas pasukan petugas bagi
104
melakukan siasatan ke atas semua aduan, mengadakan program gerak tumpu serta
Program Kitar Semula. Selain itu, SWM akan mengemukakan kepada Majlis Program
Kerja Tahunan, di mana ia akan memberitahu aktiviti yang dirancang dan jadual
pelaksanaannya. Program Kerja Tahunan menjadi asas untuk memastikan bahawa
kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Pihak Majlis akan melakukan pemantauan terhadap kerja pembersihan oleh SWM
berpandukan kepada Program Kerja tersebut.
15.1.8 Prestasi Kerja SWM
Prestasi kerja SWM akan diukur dan dianalisis semasa pegawai Majlis melakukan tugas
penyeliaan dan pemantauan. Pegawai Majlis akan membuat laporan setiap hari
kepada Ketua Bahagian hasil daripada lawatan kawasan yang dilakukan.
15.1.9 Bayaran Perkhidmatan Kepada SWM
Bayaran bagi kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal akan dibuat secara
bulanan mengikut kadar yang telah ditetapkan iaitu RM364,995 sebulan atau RM4.38
juta setahun. Kadar tersebut dipersetujui oleh kedua-dua pihak melalui perjanjian
penswastaan yang telah ditandatangani pada 31 Disember 2002. Kadar bayaran ini
akan meningkat dari semasa ke semasa kerana terdapat pertambahan kawasan baru
kesan daripada pembangunan pesat di sekitar kawasan operasi Majlis Perbandaran
Nilai.
15.1.10 Kaedah Pelaksanaan
Selain daripada kerja-kerja pembersihan di kawasan yang dinyatakan dalam surat
perjanjian penswastaan yang ditandatangani pada 31 Disember 2002, Majlis juga akan
menawarkan kerja kepada SWM dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Carta 10
menerangkan tatacara tawaran kerja yang dimaksudkan.
105
Carta 10
Proses Tawaran Kerja Kepada SWM
MULA
MULA
Pemaju mohon
perkhidmatan
Aduan awam
mengenai sampah
Pengawas Bandar buat
semakan/siasatan
Pengawas Bandar laporkan
kepada PPKP hasil
semakan/siasatan
PPKP = Penolong Pegawai
Kesihatan Persekitaran
PPKP arahkan Unit Khas
buat kerja-kerja pembersihan
dikawasan berkenaan
sehingga ditawarkan kepada
SWM
Surat Tawaran dikeluarkan
Kepada SWM untuk
Kerja-kerja pembersihan
Surat Tawaran kepada SWM
dikeluarkan pada 1 Januari
dan 1 Jun setiap tahun.
Kepada
SWM
SURAT TAWARAN
Fail
TAMAT
Sumber: Rekod Majlis Perbandaran Nilai
Mengikut surat perjanjian penswastaan antara Majlis dengan SWM, kaedah
pelaksanaan penswastaan adalah meliputi aktiviti berikut:
a) Pungutan Dan Pelupusan Sisa Pepejal
i) Pungutan dan pelupusan sisa pepejal yang dijalankan oleh SWM adalah meliputi
semua jenis rumah, kedai, rumah perniagaan, pejabat, pasar malam, tanah
lapang, tong sampah RORO, tong sampah bergerak, premis, bangunan dan
tempat yang diarahkan oleh Majlis.
106
ii) Semasa kerja mengangkut, SWM hendaklah memastikan tidak ada sisa pepejal
yang tercicir, bocor, tumpah, tiris dan sebagainya di mana-mana jalan dan jalan
raya awam yang dilaluinya.
iii) Pemungutan dan pelupusan sisa pepejal akan dilakukan mengikut jadual dan
kekerapan pelaksanaannya adalah seperti di Jadual 27.
Jadual 27
Pemungutan Dan Pelupusan Sisa Pepejal
Bil. Jenis Premis Kekerapan Memungut
1. Kawasan perumahan termasuk sekolah 3 kali seminggu
dan kuarters
2. Kawasan bandar (Pekan, pusat bandar,
pasar awam dan premis perniagaan)
6 kali seminggu
3. Pasar malam dan pasar ramadan 1 kali pada hari yang sama selepas
sesi perniagaan tamat
Sumber: Surat Perjanjian Penswastaan
iv) Semasa kerja pemungutan dan pelupusan sisa pepejal dilakukan, SWM
hendaklah memastikan tiada sebarang gangguan atau halangan kepada orang
awam. Sisa pepejal tidak dibenarkan dilonggokkan sebelum dipunggah ke
dalam lori.
b) Pengurusan Dan Penjagaan Tapak Pelupusan
Tapak pelupusan bagi kawasan Majlis adalah di Pajam. Majlis akan menyewakan
tapak ini untuk diuruskan oleh sebuah syarikat. Setiap kenderaan yang memasuki
tapak pelupusan ini untuk membuang sampah akan dikenakan bayaran. Surat
perjanjian penswastaan yang ditandatangani antara Majlis dengan SWM memberi
kebenaran kepada SWM untuk memasuki tapak pelupusan ini bagi maksud
membuang sampah dengan percuma. Bagaimanapun, SWM dikehendaki mematuhi
undang-undang, ordinan, perundangan kecil dan peraturan yang dikuatkuasakan
oleh PBT serta menggunakan tapak pelupusan dengan tujuan untuk menjalankan
aktiviti yang dibenarkan oleh Majlis.
c) Pembersihan Longkang, Jalan Dan Jalan Utama
i) Pembersihan Longkang
Pembersihan longkang bermaksud pembersihan kesemua parit termasuk parit
di tepi jalan, parit sempadan dan parit lorong belakang daripada sisa pepejal,
rumput dan lain-lain pokok menjalar. Kekerapan bagi kerja pembersihan
longkang adalah sebulan sekali.
107
ii) Pembersihan Jalan Dan Jalan Utama
Pembersihan jalan dan jalan utama bermaksud membersihkan kesemua
permukaan jalan yang disenggarakan oleh Majlis termasuk bahu jalan,
pembahagi jalan dan lorong belakang daripada sisa pepejal. Kerja pembersihan
ini akan dilakukan setiap hari kecuali hari Ahad dan kelepasan am di kawasan
pusat bandar dan pekan. Semua sisa pepejal di tempat awam, hadapan dan
belakang kedai akan disapu dan dibersihkan.
d) Pembersihan Pasar Awam, Pasar Malam Dan Pasar Perayaan
i) Pembersihan Di Pasar Awam
Kebersihan Pasar Awam akan dijalankan sehingga semua bahagian pasar
bebas dari sisa pepejal setiap masa. Kerja tersebut akan dilakukan di semua
pasar awam milik Majlis. Kerja-kerja pembersihan dan melupuskan sisa pepejal
akan dijalankan setiap hari kecuali hari Ahad dan kelepasan am. Pelupusan
akan meliputi bidang kerja seperti di Jadual 28.
Jadual 28
Kerja-kerja Pembersihan Dan Pelupusan Sisa Pepejal Di Pasar Awam
Bil. Bidang Kerja Kekerapan
1. Memungut dan membuang sampah. 1 kali sehari
2. Membersihkan parit dan longkang di dalam dan di 1 kali sehari
sekeliling pasar.
3. Mengeluarkan pasir dan lain-lain kotoran dalam parit 1 kali sebulan
dan longkang.
4. Menyapu sampah di dalam dan luar kawasan pasar. 1 kali sehari
5. Membasuh lantai pasar. 1 kali sehari
6. Membersihkan siling pasar. 1 kali sebulan
7. Memotong rumput yang terdapat di dalam kawasan 1 kali sebulan
pasar.
Sumber: Rekod Majlis Perbandaran Nilai
ii) Pembersihan Di Pasar Malam Dan Pasar Perayaan
Semua bahagian tapak pasar malam dan pasar perayaan hendaklah
dibersihkan daripada sisa pepejal setiap kali selepas urusan perniagaan tamat.
Kerja tersebut akan dijalankan di semua kawasan pasar malam dan pasar
perayaan yang beroperasi di kawasan Majlis. Bidang kerja yang akan
dilaksanakan adalah seperti di Jadual 29.
108
Bil.
Jadual 29
Kerja-kerja Pembersihan Dan Pelupusan Sisa Pepejal
Di Pasar Malam Dan Pasar Perayaan
Bidang Kerja
1. Melupuskan sisa pepejal selepas aktiviti perniagaan pasar malam selesai
dan kerja perlu diselesaikan pada malam tersebut juga.
2. Menyapu dan memungut sisa pepejal di dalam dan sekeliling pasar malam
perlu dilakukan oleh penganjur yang berkenaan pada setiap kali selepas
aktiviti pasar malam dijalankan.
3. Sisa pepejal yang dikumpulkan akan dilupuskan pada malam tersebut juga.
Sumber: Rekod Majlis Perbandaran Nilai
e) Pembersihan Sisa Pepejal Yang Dibuang Secara Haram (Sampah Dilonggok)
Di Atas Jalan Awam Dan Tempat Awam
i) Pihak SWM bertanggungjawab membersihkan sisa pepejal (tidak termasuk
sampah binaan dan industri) yang dibuang secara haram di semua jalan dan
tempat awam dengan kekerapan satu kali seminggu.
ii) SWM memasang papan tanda yang bersesuaian untuk menghalang orang awam
membuang sisa pepejal di atas jalan awam dan tempat awam.
f) Pemotongan Rumput
i) Pemotongan rumput bermaksud pemotongan semua jenis rumput dan semak
samun di sepanjang bahu jalan dan tebing jalan, parit longkang di rizab jalan,
bulatan pembahagi jalan, padang permainan (yang tidak termasuk di dalam
skop kerja Jabatan Landskap, Rekreasi dan Taman).
ii) Rumput akan dipotong dengan pendek, cermat dan kemas serta ditinggalkan
setinggi 2 inci daripada paras tanah.
iii) Semua rumput yang telah dipotong dan sisa pepejal yang bertaburan setelah
rumput dipotong akan dikumpulkan dan dilupuskan di tapak pelupusan.
iv) Memastikan setiap masa supaya sisa pepejal yang diangkut tidak tercicir,
tertumpah atau boleh memberi gangguan kepada orang awam.
v) Semua kerja pemotongan rumput akan dijalankan setiap bulan.
15.1.11 Keperluan Kewangan
Bagi membuat pembayaran terhadap aktiviti pembersihan dan pelupusan sisa pepejal
ini, Majlis telah merancang peruntukan khusus bagi membayar perkhidmatan syarikat
dan juga kontraktor lain yang menjalankan tugas pembersihan dan pelupusan sisa
pepejal. Bagi tempoh 2004 hingga 2006, Majlis telah memperuntukkan sejumlah
RM19.72 juta untuk kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal. Peruntukan
kewangan yang diperlukan meningkat setiap tahun iaitu RM6.15 juta pada tahun 2004,
sejumlah RM6.38 juta pada tahun 2005 dan RM7.19 juta pada tahun 2006.
109
15.1.12 Publisiti Kesedaran Awam
Tanggungjawab untuk menjaga kebersihan persekitaran akan menjadi tanggungjawab
bersama Pihak Berkuasa Tempatan dan penduduk tempatan. Oleh itu, Majlis
bertanggungjawab memainkan peranan yang amat penting untuk mewujudkan
kesedaran awam terhadap kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran secara
berterusan. Aktiviti yang dirancang termasuklah mengadakan gerak tumpu, kempen
cintai alam sekitar, penerangan kesedaran kepada orang awam dan program kitar
semula. Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Unit Vektor dan Syarikat
SWM Sdn. Bhd.
15.1.13 Kaedah Pemantauan
Setiap program atau aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan memerlukan kaedah
pengawasan atau pemantauan yang sewajarnya agar aktiviti yang dilaksanakan itu
mematuhi peraturan yang ditetapkan serta berjalan lancar seperti yang dirancang.
Majlis merancang memantapkan kaedah pemantauan yang sedia ada seperti berikut:
a) Jadual Pelaksanaan Kerja
SWM akan menyediakan jadual pelaksanaan kerja bagi pungutan sisa pepejal, sapu
jalan, potong rumput serta pembersihan longkang. Jadual ini akan diserahkan
kepada Majlis satu minggu sebelum bulan berikutnya bermula.
b) Pengawasan Oleh Pihak Majlis
Berpandukan kepada jadual pelaksanaan kerja yang disediakan oleh SWM setiap
bulan, Pegawai Majlis akan melakukan rondaan di sekitar kawasan di bawah
seliaannya untuk memastikan kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal di zon
akan dilaksanakan dengan teratur serta mengikut jadual. Satu laporan mengenai
tahap kebersihan kawasan perlu dikemukakan kepada Bahagian Kebersihan Bandar
setiap kali lawatan dilakukan. Sekiranya SWM tidak melaksanakan kerja
pembersihan yang dijadualkan, Majlis akan mengeluarkan Notice To Correct (NTC)
kepada SWM bagi menyempurnakan tugas berkenaan dalam tempoh 24 jam
daripada waktu NTC tersebut dikeluarkan. Sekiranya selepas tempoh ini kerja yang
dimaksudkan tidak disempurnakan, Majlis akan mengeluarkan Notice To Back-up
(NTB). Apabila NTB dikeluarkan, Majlis akan menyempurnakan kerja yang
tertangguh itu dan SWM akan dipertanggungjawabkan membiayai kos yang
ditanggung oleh Majlis dengan mengurangkan bayaran yang akan dibayar kepada
SWM. Carta Alir Proses Penyeliaan Kerja Pembersihan adalah seperti di Carta 11.
110
Carta 11
Proses Penyelian Kerja Pembersihan
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Kesihatan
Majlis Perbandaran Nilai
MULA
Pengawas Bandar buat
pemantauan di kawasan
perkhidmatan
Pada hari yang
dijadualkan
Ya
Kerja-kerja
telah
dilaksanakan?
Tidak
Pengawas Bandar buat
susulan
Sehari selepas hari
yang dijadualkan
Tidak
TAMAT
Ya
Kerja-kerja
telah
dilaksanakan?
Tidak
Buat rakaman gambar
serta keluarkan NTC
NTC = Notice To Correct
A
Pengawas Bandar siasat
sama ada kerja
pembaikan telah dilakukan
Selepas tempoh 24 jam
dari waktu NTC
dikeluarkan
Ya
Kerja-kerja
telah
dilaksana?
Tidak
Keluarkan NTB
NTB = Notice To Backup
Majlis lakukan kerja
pembersihan
TAMAT
Sumber: Rekod Majlis Perbandaran Nilai
111
c) Aduan
Semua aduan awam yang diterima oleh Majlis akan direkod dalam Daftar Aduan
Awam dan dimaklumkan dengan segera kepada Bahagian Kebersihan Bandar Dan
Kesihatan khususnya Unit Kawal Selia. Carta alir bagi tindakan terhadap aduan
awam adalah seperti di Carta 12.
Carta 12
Proses Tindakan Terhadap Aduan Awam
MULA
Terima aduan
dan rujuk kepada PPKP
PPKP arahkan Pengawas
Bandar
atau PKA siasat kebenaran
aduan
PKA = Pembantu
Kesihatan Awam
Aduan
benar?
Tidak
Tutup kes
Ya
Dapatkan butiran aduan dan
buat
rakaman gambar
TAMAT
Buat laporan dan rujuk
kepada PPKP
Kerja perlu
dibuat
oleh SWM?
Tidak
Jika berkenaan semak
samun atas tanah milik
awam, dapatkan maklumat
pemilik dan keluarkan
NOTIS KACAU GANGGU
Seksyen 82
Akta Kerajaan Tempatan
Ya
A
Proses
Pengeluaran NTC
Panjangkan aduan ke
Jabatan berkenaan
TAMAT
Sumber:Rekod Majlis Perbandaran Nilai
d) Penguatkuasaan
Majlis perlu memastikan penguatkuasaan dibuat menurut undang-undang dan
peraturan yang ditetapkan. Bilangan anggota penguat kuasa yang mencukupi
112
amatlah penting dan pihak yang melaksanakan keseluruhan melupuskan sisa
pepejal di tempat yang tidak sepatutnya hendaklah diambil tindakan sewajarnya.
Pada pandangan Audit, pengurusan pembersihan dan pelupusan sisa pepejal di
kawasan Majlis Perbandaran Nilai telah dirancang dengan baik.
15.2 PELAKSANAAN
Bagi mencapai matlamat sesuatu program penswastaan pembersihan dan pelupusan sisa
pepejal, aspek pelaksanaan hendaklah mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Semakan Audit terhadap pelaksanaan program ini mendapati:
15.2.1 Dasar Penswastaan Negara
Bagi mencapai matlamat Dasar Penswastaan Negara (DPN), pada tahun 2003 PBT di
Negeri Sembilan telah mula menswastakan kerja pengurusan sisa pepejal dan
pembersihan kepada SWM. Ini bertujuan untuk mengurangkan beban pentadbiran dan
kewangan Kerajaan Negeri di samping dapat menumpukan perhatian terhadap
kepentingan sosial serta meningkatkan kecekapan kerja pembersihan dan pelupusan
sisa pepejal.
Pada pendapat Audit, pihak Majlis telah mematuhi Dasar Penswastaan Negara
dengan melaksanakan penswastaan dan pelupusan sisa pepejal.
15.2.2 Penswastaan Aktiviti Pengurusan Dan Pelupusan Sisa Pepejal
Kedudukan perkara yang telah dilaksanakan oleh Majlis dalam tempoh peralihan adalah
seperti berikut:
a) Pemindahan Aset
i) Majlis telah menyerahkan 5 buah lori compactor miliknya kepada SWM.
Maklumat kenderaan tersebut adalah seperti di Jadual 30.
Jadual 30
Senarai Kenderaan Majlis Yang Diserahkan Kepada SWM
Bil. No. Pendaftaran
Tahun
Diperbuat
Model
1. NAC 4534 1990 Isuzu NPR
2. NAH 1446 1993 Isuzu MRP59P
3. NAL 302 1994 Isuzu FTR12F
4. NAL 3959 1994 Isuzu FTR12F
5. NAL 2468 1994 Isuzu FTR12F
Sumber: Rekod Majlis Perbandaran Nilai
113
Lima buah kenderaan model Isuzu ini telah berusia antara 12 hingga 16 tahun.
SWM telah membayar kepada Majlis sejumlah RM2,500 pada masa perjanjian
ditandatangani bagi kelima-lima kenderaan yang diserahkan kepada SWM iaitu
RM500 bagi setiap kenderaan. Bakinya berdasarkan kepada nilaian yang dibuat
oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), akan dijelaskan apabila penswastaan sepenuhnya
berkuat kuasa. Pihak Majlis memaklumkan bahawa JKR telah membuat penilaian
terhadap kesemua kenderaan ini tetapi laporan penilaian tersebut tidak
dikemukakan untuk pengauditan. Oleh yang demikian, baki yang perlu dijelaskan
oleh SWM tidak dapat dikenal pasti. Selain daripada kenderaan jenis compactor,
tiada aset lain yang diserahkan oleh Majlis kepada SWM. Foto 40 menunjukkan
antara kenderaan Majlis yang diserahkan kepada SWM.
Foto 40
Kenderaan Majlis Yang Diserahkan Kepada SWM
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 2 November 2006
Lokasi: Depoh Kenderaan SWM, Seremban 2
ii) Semakan Audit telah dilakukan pada 2 November 2006 bersama pegawai
Majlis ke pejabat SWM Negeri Sembilan, mendapati 4 daripada 5 kenderaan ini
telah ditukar milik kepada SWM manakala satu unit kenderaan masih dalam
proses pertukaran hak milik.
Pada pendapat Audit, proses pemindahan aset oleh Majlis kepada SWM tidak
teratur. Jabatan Audit tidak dapat mengesahkan penilaian yang dibuat oleh
Jabatan Kerja Raya kerana dokumen penilaian tidak dikemukakan sebagai
bukti.
114
) Opsyen Kepada Kakitangan Majlis
Perjanjian penswastaan pembersihan dan pelupusan sisa pepejal telah
memperuntukkan kaedah pengambilan perkhidmatan kakitangan Majlis yang sedia
ada. Kakitangan yang terlibat diberi opsyen untuk berkhidmat dengan syarikat
konsesi atau bersara. Semakan Audit mendapati, opsyen ini berkuat kuasa pada 2
Januari 2003 dan telah dilaksanakan sepenuhnya. Seramai 51 orang kakitangan
Majlis pelbagai gred telah membuat pilihan untuk berkhidmat dengan syarikat
konsesi.
Pada pendapat Audit, opsyen kakitangan Majlis telah dibuat dengan teratur
dan memuaskan. Pekerja berpuas hati dengan tawaran yang diberi.
15.2.3 Undang-undang Dan Peraturan
Undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan kerja pembersihan dan
pelupusan sisa pepejal yang tertakluk di bawah perjanjian antara pihak Majlis dengan
SWM telah dipatuhi. SWM juga telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan
pelupusan sisa pepejal mengikut peraturan dan Undang-undang Kecil Majlis.
Bagaimanapun, lawatan Audit ke beberapa lokasi di sekitar kawasan operasi Majlis
mendapati beberapa peraturan yang ditetapkan dalam Undang-undang Kecil
Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (Majlis Daerah Seremban)
1991 tidak dipatuhi oleh orang awam. Antara ketidakpatuhan yang diperhatikan adalah
seperti berikut:
a) Seksyen 3(1) Undang-undang Kecil berkenaan menghendaki penghuni setiap
premis menyediakan dan menyenggara tong sampah. Lawatan Audit ke Medan
Selera SK, Taman Desa Jasmin mendapati tong sampah di Medan Selera ini tidak
disediakan. Sampah di Medan Selera ini telah dimasukkan dalam plastik dan
dilonggokkan di tepi jalan untuk dikutip oleh SWM. Majlis telah mengeluarkan notis
berkenaan kesalahan ini pada April 2006. Bagaimanapun penghuni Medan Selera
ini tidak menghiraukan notis tersebut. Lawatan Audit ke lokasi berkenaan pada 12
Julai 2006 mendapati tong sampah masih tidak disediakan. Foto 41 dan Foto 42
menunjukkan keadaan sampah yang dilonggokkan di sekitar kawasan Medan
Selera ini.
115
Foto 41
Sampah Yang Dilonggokkan Di Tepi Jalan
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 12 Julai 2006
Lokasi: Medan Selera SK, Taman Desa Jasmin
Foto 42
Sampah Yang Dilonggokkan Di Tepi Jalan
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 12 Julai 2006
Lokasi: Medan Selera SK, Taman Desa Jasmin
b) Seksyen 9 Undang-undang Kecil berkenaan melarang bahan buangan dibakar pada
masa yang tidak munasabah atau di tempat-tempat yang mungkin menyebabkan
kacau ganggu atau kegusaran kepada mana-mana jiran atau orang ramai.
Lawatan ke Kolej Lagenda Jati di Mantin pada 12 Julai 2006 mendapati
pembakaran sampah telah dilakukan dalam tong sampah yang disediakan di
kawasan Kolej tersebut seperti yang ditunjukkan di Foto 43.
116
Foto 43
Sampah Yang Dibakar Dalam Tong Sampah
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 12 Julai 2006
Lokasi: Kolej Lagenda Jati
Perlakuan seperti ini boleh menjejas jangka hayat tong sampah berkenaan.
Oleh itu, pengguna di sekitar kawasan ini hendaklah menjaga harta benda
awam dengan baik agar ia nya dapat digunakan dalam jangka hayat yang
maksimum.
Pada pendapat Audit, Majlis telah menerima pakai undang-undang dan prosedur
berkenaan pemungutan, pembuangan dan pelupusan sampah dengan
memuaskan. Walau bagaimanapun, orang awam juga patut dididik supaya
menjaga harta benda awam dengan baik.
15.2.4 Kajian Kemungkinan Penswastaan
Majlis tidak menjalankan kajian kemungkinan mengenai kesesuaian pelaksanaan projek
penswastaan sisa pepejal di kawasannya. Memandangkan masalah pengurusan sisa
pepejal sangat mendesak di beberapa buah negeri pada waktu itu, Jawatankuasa
Penswastaan memperakukan kepada Kerajaan supaya kajian kemungkinan
penswastaan tidak perlu dijalankan.
Pihak Audit berpendapat, Majlis tidak menjalankan kajian kemungkinan kerana
menerima pakai keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri.
117
15.2.5 Guna Tenaga
a) Peringkat Majlis
Unit Kawal Selia, Bahagian Kebersihan Bandar Dan Kesihatan yang diletakkan di
bawah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Kesihatan bertanggungjawab
secara langsung di peringkat Majlis terhadap pengurusan serta pemantauan kerjakerja
pembersihan. Unit ini dianggotai seramai 58 kakitangan yang terdiri daripada
seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, seorang Pembantu
Tadbir Gred N17, dua orang Pengawas Bandar Kanan Gred N14, lima orang
Pengawas Bandar Gred N11, lima orang Pemandu Gred R3 dan 43 orang Pekerja
Rendah Awam Gred R1. Lima orang Pengawas Bandar bertanggungjawab
menyelia empat kawasan iaitu Kawasan Mantin, Kawasan Nilai, Kawasan Sungai
Gadut dan Kawasan Rantau, manakala seorang lagi Pengawas Bandar mengetuai
Unit Khas. Unit Khas bertanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja back-up
sekiranya SWM gagal melaksanakan kerja-kerja pembersihan dengan sempurna
dan menangani aduan awam.
b) Peringkat SWM
Bagi melaksanakan aktiviti pemungutan sisa pepejal secara langsung, seramai 50
orang pekerja SWM telah dilantik. Mereka diketuai oleh seorang Pentadbir
Cawangan dibantu oleh seorang kerani dan 4 orang Penyelia. Seramai 68 orang
pekerja am telah diambil bekerja di mana 9 orang daripadanya menjawat jawatan
pemandu. Keempat-empat Penyelia ini diberi tugas untuk mengetuai Unit Selia
Kontraktor, Unit Sisa Pepejal, Unit Kebersihan Am dan Unit Sisa Pepejal Dan
Kebersihan Am bagi Mukim Rantau dan Nilai Selatan. Unit Selia Kontraktor
bertanggungjawab menyelia 4 kontraktor yang menjalankan tugas bagi pihak SWM
melakukan kerja-kerja pembersihan. 4 kontraktor yang dilantik adalah Nilai Bersih
Sdn. Bhd., Nilai Landskap Sdn. Bhd., Pancaran Muara Sdn. Bhd. dan Perniagaan
Ain. Unit Sisa Pepejal bertanggungjawab untuk memungut sampah serta
melupuskannya, manakala Unit Kebersihan Am bertanggungjawab untuk
melakukan pembersihan jalan, memotong rumput serta membersihkan longkang.
Bagi Unit Sisa Pepejal Dan Kebersihan Am bagi Mukim Rantau dan Nilai Selatan
pula bertanggungjawab bagi kerja-kerja pembersihan serta pelupusan sisa pepejal
di Mukim tersebut.
Pada pendapat Audit, pengurusan guna tenaga oleh Majlis dan SWM adalah
tidak memuaskan kerana guna tenaga yang sedia ada tidak mencukupi bagi
melaksanakan kerja-kerja perkhidmatan serta pemantauan.
118
15.2.6 Prosedur Kerja
Semakan Audit menunjukkan prosedur kerja secara bertulis tidak disediakan oleh
Majlis. Bagaimanapun, tatacara kerja bagi menyelia pengurusan perkhidmatan sisa
pepejal oleh SWM ada diamalkan oleh kakitangan Majlis.
Pada pendapat Audit, tatacara kerja Majlis mengenai penyeliaan pengurusan
perkhidmatan sisa pepejal adalah tidak memuaskan kerana tiada prosedur kerja
bertulis disediakan.
15.2.7 Rancangan Kerja Tahunan
Pada setiap bulan SWM ada menyediakan perancangan kerja bagi setiap aktiviti seperti
jadual pungutan sisa pepejal, jadual pemotongan rumput, jadual pembersihan jalan di
pusat bandar dan pekan serta jadual pembersihan longkang di kawasan tertentu.
Rancangan kerja ini telah diserahkan kepada Majlis seminggu sebelum bermula bulan
berikutnya.
Pada pendapat Audit, SWM telah menyediakan Rancangan Kerja Tahunan
dengan baik dan telah dikemukakan kepada Majlis setiap bulan.
15.2.8 Prestasi Kerja SWM
a) Majlis memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh SWM berpandukan kepada Jadual
Kerja yang dikemukakan setiap bulan. Hasil daripada pemantauan yang dilakukan,
Majlis kerap mengeluarkan Notice To Correct (NTC) kerana kerja-kerja tidak
dilaksanakan mengikut jadual atau kerja-kerja tidak dilaksanakan dengan sempurna.
Bilangan NTC yang dikeluarkan meningkat setiap tahun. Apabila NTC dikeluarkan,
SWM diberi tempoh selama 24 jam untuk menyempurnakan tugasan mereka.
Sekiranya kerja-kerja masih tidak dijalankan, Notice To Backup (NTB) akan
dikeluarkan pada hari berikutnya setelah NTC dikeluarkan. Apabila NTB
dikeluarkan, Majlis akan menyempurnakan kerja-kerja tersebut. Segala kos yang
terlibat bagi menyempurnakan tugasan tersebut ditolak daripada bayaran yang
dituntut oleh SWM. Bilangan NTC dan NTB yang telah dikeluarkan pada tahun
2004 hingga 2006 adalah seperti di Jadual 31.
119
Jadual 31
Jumlah NTC Dan NTB Yang Dikeluarkan Bagi Tempoh 2004 Hingga 2005
Bilangan NTC
Bilangan NTB
Tahun
Sampah Rumput Longkang Jumlah Sampah Rumput Longkang Jumlah
2004 470 48 43 561 6 0 0 6
2005 759 22 75 856 2 0 0 2
2006 148 42 81 271 10 2 3 15
Sumber: Majlis Perbandaran Nilai
Berdasarkan jadual di atas, analisis Audit mendapati bilangan NTC yang
dikeluarkan pada tahun 2006 berkurangan sebanyak 68.4% berbanding dengan
NTC yang dikeluarkan pada tahun 2005. Pengurangan ini adalah disebabkan oleh
perkara seperti berikut:
i) SWM telah mengambil alih kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal
daripada Syarikat Pancaran Muara (M) Sdn. Bhd. kerana syarikat ini dikatakan
yang menjadi punca masalah yang menyebabkan NTC sering dikeluarkan.
ii) Pada tahun 2006 Majlis hanya mempunyai 3 orang Pengawas Bandar daripada
5 jawatan yang ada bagi melaksanakan kerja-kerja pemantauan. Kekurangan
ini telah menjejaskan prestasi pemantauan.
b) Prestasi SWM juga diukur dengan menilai tahap kepuasan pelanggan iaitu
penduduk sekitar kawasan Perbandaran Nilai yang menerima perkhidmatan SWM.
Sebanyak 140 borang soal selidik Audit telah diedarkan kepada 140 penduduk di 39
lokasi. Borang soal selidik Audit tersebut telah menilai kualiti perkhidmatan kutipan
sampah, pembersihan parit dan longkang dan pemotongan rumput. Analisis Audit
adalah seperti di Jadual 32.
120
Jadual 32
Ringkasan Hasil Responden Terhadap Borang Soal Selidik
Bil. Perkara Hasil Responden
1. Perkhidmatan Kutipan Sampah
Kekerapan mengutip sampah dalam
seminggu.
Sampah yang bertaburan sekeliling
tong sampah dan atas jalan dikutip.
Semua jenis sampah dikutip.
2. Pembersihan Parit dan Longkang
Pembersihan parit dan longkang ada
dilakukan.
Kekerapan pembersihan parit dan
longkang dilakukan.
Pasir dan sampah lodak dalam
parit/longkang dibersihkan dan dikutip.
3. Pemotongan Rumput
Pemotongan rumput atas bahu jalan
dilakukan.
Kekerapan pemotongan rumput
dilakukan dalam sebulan.
Rumput yang telah dipotong disapu dan
dikutip dengan sempurna.
Sumber: Rekod Jabatan Audit Negara
55.7% mengatakan “Sampah dikutip 3 kali
seminggu” manakala 44.3% mengatakan “1-2
kali seminggu”.
68.6% mengatakan “Sampah tersebut
dibersihkan” dan 31.4% mengatakan “Ia tidak
dibersihkan”.
87.1% mengatakan “Semua jenis sampah
dikutip” dan 12.9% mengatakan “Tidak”.
85.7% menjawab “Ya” dan 14.3% mengatakan
“Tidak”.
69.3% menjawab “Kurang dari 1 kali sebulan”
dan 30.7% mengatakan “1-2 kali sebulan”.
55.7% menjawab “Tidak” dan 44.3%
mengatakan “Ya”.
90.7% menjawab “Ya” dan 9.3% mengatakan
“Tidak”.
45.7% menjawab “Kurang dari 1 kali sebulan”
dan 54.3% mengatakan “1-2 kali sebulan”.
68.6% menjawab “Tidak” dan 31.4%
mengatakan “Ya”.
Hasil responden juga ditunjukkan dalam bentuk carta seperti di Carta 13 hingga
Carta 15.
Carta 13
Peratusan Respon Soal Selidik Mengenai Kutipan Sampah
Peratusan
100
80
87.1
1-2 Kali Seminggu
3 Kali Seminggu
Ya
Tidak
60
68.6
40
44.3
55.7
20
31.4
Carta 14
12.9
0
Kekerapan Kutip
Sampah
Sampah Bertaburan
Dikutip
Semua Jenis Sampah
Dikutip
121
Carta 14
Peratusan Respon Soal Selidik Mengenai Pembersihan Parit Dan Longkang
Peratusan
100
1 Kali Sebulan
Kurang dari 1 Kali Sebulan
80
Ya
Tidak
60
85.7
69.3
40
47.3
55.7
20
14.3
30.7
0
Pembersihan Parit
Dilakukan
Kekerapan Dalam
Sebulan
Pasir Dan Lodak
Dibersihkan
Carta 15
Peratusan Respon Soal Selidik Mengenai Pemotongan Rumput
Peratusan
100
1 Kali Sebulan
2 Kali Sebulan
80
60
90.7
Kurang dari 1 Kali Sebulan
Ya
Tidak
68.6
40
20
0
9.3
Rumput Di Bahu Jln
Dipotong
35.7
18.3
45.7
Kekerapan Potong
Rumput Dalam
Sebulan
31.4
Sampah Rumput
Dibersihkan
Majlis memainkan peranannya bagi memastikan perkhidmatan pembersihan
disempurnakan tanpa mengira kos yang terpaksa ditanggung olehnya. Semakan
Audit terhadap Daftar Aduan menunjukkan bilangan aduan awam terus meningkat
setiap tahun sebagaimana statistik aduan awam di Jadual 33.
122
Jadual 33
Statistik Aduan Awam Bagi Tahun 2004 Hingga 2006
Bil. Jenis Kerja 2004 2005 2006
1. Kutipan Sampah 111 138 154
2. Pemotongan Rumput 20 11 26
3. Pembersihan Parit dan Longkang 50 63 69
Sumber: Rekod Majlis Perbandaran Nilai
Jumlah 181 212 249
Statistik di atas menunjukkan aduan awam semakin meningkat setiap tahun dan
aduan masalah kutipan sampah adalah paling tinggi setiap tahun.
Pada pendapat Audit, kekerapan NTC dikeluarkan serta peningkatan aduan
awam menunjukkan prestasi SWM tidak memuaskan dan tidak mencapai
tahap yang diharapkan.
15.2.9 Bayaran Perkhidmatan Kepada SWM
Mengikut surat perjanjian yang telah dimeterai pada 31 Disember 2002, Majlis perlu
membayar RM364,995 setiap bulan atau RM4.38 juta setahun kepada SWM. Jumlah
bayaran ini meningkat dari tahun ke tahun kerana pertambahan kerja bagi kawasan
baru. Jumlah bayaran kepada SWM bagi tahun 2004 hingga 2006 adalah seperti di
Jadual 34.
Jadual 34
Bayaran Perkhidmatan Kepada SWM
Perkara
2004 2005 2006
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
Bayaran perkhidmatan mengikut
7.42 7.42 7.42
Perjanjian Interim
Bayaran perkhidmatan bagi kerja
tambahan/kawasan baru
2.50 4.48 4.54
Jumlah Tuntutan SWM 9.92 11.90 11.96
Jumlah pemotongan disebabkan Majlis
melakukan kerja-kerja back-up
Bayaran yang telah dijelaskan kepada
SWM
0.18 0.50 0.60
9.74 5.61 0.00
Bayaran Tertunggak 0.00 5.79 11.36
Sumber: Rekod Majlis Perbandaran Nilai
Sehingga Disember 2006, sejumlah RM17.15 juta bayaran kepada SWM belum
dijelaskan oleh Majlis. Kegagalan Majlis untuk membayar kos perkhidmatan kepada
SWM adalah disebabkan kemampuan Majlis sangat terhad. Analisis terhadap
perbelanjaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dibandingkan dengan
123
jumlah Hasil Cukai Taksiran Majlis bagi tahun 2004 hingga 2006 adalah seperti di
Jadual 35.
Jadual 35
Peratusan Perbelanjaan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
Berbanding Dengan Hasil Cukai Taksiran Majlis
Perkara
2004 2005 2006
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
Jumlah Hasil Cukai Taksiran 15.69 18.07 20.10
Perbelanjaan Pengurusan Sisa Pepejal dan 9.74 11.40 11.36
Pembersihan Awam
Peratusan Perbelanjaan Pengurusan Sisa 62.1% 63.1% 56.5%
Pepejal dan Pembersihan Awam berbanding
dengan Jumlah Hasil Cukai Taksiran
Sumber: Rekod Majlis Perbandaran Nilai
Jadual di atas menunjukkan perbelanjaan bagi Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam adalah antara 56.5% hingga 63.1% daripada jumlah keseluruhan
hasil Cukai Taksiran Majlis. Sehingga tarikh laporan ini, Majlis belum menjelaskan bil
bagi tahun 2006. Majlis sentiasa membuat bayaran setiap bulan kepada SWM, tetapi
bayaran yang dibuat kurang daripada bil yang dikemukakan kerana keupayaan
kewangan Majlis sangat terhad. Sehingga kini Majlis masih membayar bil bagi tahun
2005. Pada tahun 2007, Majlis mengambil pendekatan untuk membayar bil tahun
semasa di samping membayar bil yang tertunggak sekiranya ada kemampuan. Majlis
juga sedang mempertingkatkan usaha untuk mengutip hasil terutama hasil yang
tertunggak. Tunggakan Hasil Cukai Taksiran Majlis pada akhir tahun 2005 berjumlah
RM25.19 juta iaitu meningkat sebanyak RM5.30 juta atau 26.7% berbanding dengan
RM19.89 juta pada tahun 2004.
Majlis juga mengambil langkah untuk mengurangkan kos perkhidmatan yang dibayar
kepada SWM. Antara langkah yang diambil adalah menyerahkan perkhidmatan kutipan
sampah sahaja kepada SWM bagi kawasan baru, manakala kerja-kerja pemotongan
rumput serta pembersihan longkang dilakukan sendiri oleh Majlis.
Pada pendapat Audit, tunggakan bayaran perkhidmatan kepada SWM adalah
disebabkan Majlis tidak berkemampuan menjelaskan kesemua tuntutan SWM.
Perbelanjaan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan adalah merupakan 56.5%
hingga 63.1% daripada jumlah Hasil Cukai Taksiran Majlis. Pada masa kini, Majlis
sedang berusaha gigih untuk mengutip hasil yang tertunggak bagi memperbaiki
masalah aliran tunai. Pihak Majlis juga ada memohon bantuan kewangan dari
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Sehingga kini Majlis belum
menerima bantuan tersebut.
124
15.2.10 Kaedah Pelaksanaan
Jadual 1 Surat Perjanjian yang ditandatangani oleh Majlis dan SWM menyenaraikan 9
aktiviti Majlis yang dilaksanakan sebelum tarikh perjanjian berkuat kuasa. Perenggan 9
Surat Perjanjian yang sama menyatakan Konsortium dikehendaki melaksanakan semua
aktiviti yang disenaraikan di Jadual 1 seperti berikut:
• Memungut serta melupuskan sisa pepejal.
• Mengurus serta menyenggara tapak pelupusan.
• Membersihkan jalan awam dan longkang.
• Membersihkan pasar dan tapak pasar malam.
• Membersihkan longgokan sisa pepejal yang tidak mengikut peraturan.
• Membekal serta menyenggara bekas untuk kegunaan awam, bekas sisa pepejal
secara berpusat dan di tempat pungutan.
• Memotong rumput di kawasan yang ditetapkan.
• Memungut sisa pepejal di jalan besar.
• Lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal yang diarahkan
oleh Majlis kepada Konsortium dari semasa ke semasa.
a) Pungutan Dan Pelupusan Sisa Pepejal
Mengikut jadual perancangan, SWM akan memungut serta melupuskan sisa
pepejal 3 kali seminggu. Hasil lawatan Audit menunjukkan terdapat 7 kes di mana
pihak SWM tidak melaksanakan tugasnya mengikut jadual. SWM sepatutnya
mengutip semua jenis sampah sarap seperti yang didefinisikan dalam Jadual 4
surat perjanjian serta membersihkan kawasan sekitar tempat pembuangan sisa
pepejal. Surat perjanjian mendefinisikan sisa pepejal seperti berikut:
“Sisa pepejal adalah termasuk apa-apa bahan, cecair, pepejal atau bahan buangan
seperti kaca, tin cat, simen, besi, karton, kertas, bakul, tin, bekas, botol, kotak
rokok, puntung rokok, batu bata, bahan binaan, cebisan besi, tayar yang telah
digunakan, bangkai binatang, cebisan makanan, kayu, papan, sampah dalam
bekas kecil sisa pepejal buangan, sampah taman termasuk dahan yang jatuh atau
patah, ranting dan pelepah palma serta lain-lain bahan buangan.”
Perkara-perkara berikut diperhatikan hasil daripada lawatan ke beberapa lokasi di
sekitar kawasan Majlis:
125
i) Sampah di Sekolah Kebangsaan Pusat Mantin, Mantin tidak dikutip. Foto 44
menunjukkan keadaan sampah di lokasi ini.
Foto 44
Timbunan Sampah Yang Berulat Dan Berbau Busuk
Kerana Lama Tidak Dikutip
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 13 November 2006
Lokasi: Sekolah Kebangsaan Pusat Mantin, Mantin
ii) Sampah bertaburan di sekeliling tong sampah yang disediakan. Mengikut
jadual kerja SWM, sampah di lokasi ini dikutip pada 12 Julai 2006. Lawatan
Audit pada 12 Julai 2006 menunjukkan sampah belum dikutip seperti di Foto
45.
Foto 45
Longgokan Sampah Tidak Dikutip Pada 12 Julai 2006
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh:12 Julai 2006
Lokasi: Taman Desa
126
iii) SWM tidak mengutip sampah pukal yang dibuang di tempat buangan yang
dikhaskan di kawasan perumahan.
Foto 46
Longgokan Sampah Sarap Yang Tidak Dikutip
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 12 Julai 2006
Lokasi: Flat Taman Desa
Foto 47
Sampah Sarap Yang Tidak Dikutip
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 12 Julai 2006
Lokasi: Apartmen Nilai Perdana
iv) Pihak SWM tidak membersihkan kawasan sekitar tempat pembuangan
sampah setelah sampah sarap dikutip.
127
Foto 48
Sampah Yang Tidak Dibersihkan Selepas Dikutip
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 12 Julai 2006
Lokasi: Flat Taman Desa
v) Kawasan di sekitar tempat pembuangan sampah telah dibersihkan oleh pekerja
SWM setelah sampah dikutip.
vi) Sampah yang dibuang bukan di tempat pembuangan sampah tidak dikutip oleh
pekerja SWM.
Foto 49
Keadaan Di Sekitar Tong Sampah Yang Bersih
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 12 Julai 2006
Lokasi: Flat Taman Bukit Inai
128
Foto 50
Sampah Sarap Yang Tidak Dikutip Oleh SWM
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 12 Julai 2006
Lokasi: Taman Desa Jasmmin B
Foto 51
Sampah Yang Dibuang Merata Oleh Penduduk Sekitar
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 14 Julai 2006
Lokasi: Taman Pinggiran Senawang
Pihak Audit berpendapat kerja pungutan dan pelupusan sisa pepejal adalah
tidak memuaskan.
b) Pengurusan Dan Penyenggaraan Tapak Pelupusan
Majlis telah menawarkan kontrak kerja tapak pelupusan sampah di Pajam kepada
Syarikat Nilai Bersih Sdn. Bhd. yang dahulunya dikenali sebagai Usaha Murni
Enterprise. Syarikat perlu memberi sumbangan kepada Majlis sejumlah RM5,000
129
sebulan. Setiap kenderaan yang memasuki tapak ini untuk membuang sampah
dikenakan bayaran dengan kadar yang dinyatakan di Jadual 36. Bayaran ini
menjadi sumber hasil syarikat dan syarikat akan menggunakannya untuk membiayai
kos menyenggara tapak pelupusan.
Jadual 36
Kadar Bayaran Bagi Pembuangan Sampah
Di Tapak Pelupusan Pajam
Bil. Jenis Kenderaan Kadar Bayaran
1. Kenderaan Beroda 4 RM15 untuk satu trip
2. Kenderaan Beroda 6 RM20 untuk satu trip
3. Kenderaan Beroda 10 RM30 untuk satu trip
Sumber: Rekod Nilai Bersih Sdn. Bhd.
Foto 52 dan Foto 53 menunjukkan keadaan sampah yang telah memenuhi
tapak pelupusan di Pajam serta aktiviti yang berlaku di tapak pelupusan
tersebut. Majlis memaklumkan tapak pelupusan ini akan ditutup kerana telah
penuh dan tapak pelupusan baru akan dibuka di Perhentian Tinggi, Rembau.
Foto 52
Kenderaan Membawa Sampah Memasuki
Tapak Pelupusan Di Pajam
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 2 November 2006
Lokasi: Tapak Pelupusan Sampah Di Pajam
130
Foto 53
Pekerja Sedang Memilih Bahan Buangan Untuk Dikitar Semula
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 2 November 2006
Lokasi: Tapak Pelupusan Sampah Di Pajam
Pihak Audit berpendapat tempat pelupusan sampah yang disediakan telah
diuruskan dengan baik.
c) Pembersihan Longkang Dan Jalan
Surat Perjanjian tidak menyebut spesifikasi bagi kerja-kerja pembersihan longkang.
Kerja-kerja pembersihan longkang yang sempurna bermula dari mengeluarkan
sampah sarap serta pasir yang terdapat di dalamnya serta membuangkannya di
tempat pelupusan.
i) Pembersihan Longkang
Semakan Audit menunjukkan kerja-kerja pembersihan longkang dibuat sebulan
sekali. Sampah sarap dalam longkang dikeluarkan dan diletakkan di tepi
longkang sebelum diangkat untuk dibuang mengikut peraturan. Namun terdapat
kes di Taman Asoka, Mantin sampah serta pasir yang dikaup dan dibiarkan di
tepi longkang tanpa dilupuskan sebagaimana yang sepatutnya. Akibat daripada
kecuaian ini pasir serta sampah tersebut masuk semula ke dalam longkang.
Selain itu terdapat juga longkang yang telah lama tidak dibersihkan di Rumah
Pangsa Semarak 2 mengakibatkan longkang tersumbat dan rumput tumbuh
memenuhi kawasan longkang. Lawatan Audit juga mendapati terdapat
longkang pecah yang sepatutnya diperbaiki agar air dapat mengalir dan tidak
tersumbat. Foto 54 hingga Foto 57 menunjukkan keadaan di beberapa lokasi
yang dilawati di sekitar kawasan Majlis.
131
Foto 54
Sampah Yang Dibiarkan Setelah Dikeluarkan Dari Longkang
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 12 Julai 2006
Lokasi: Taman Asoka, Mantin
Foto 55
Longkang Yang Tidak Dibersihkan Serta Ditumbuhi Rumput
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 12 Julai 2006
Lokasi: Taman Asoka, Mantin
132
Foto 56
Longkang Tersumbat dan Dipenuhi Sampah
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 14 November 2006
Lokasi: Flat Semarak 2
Foto 57
Longkang Pecah, Tersumbat, Kotor dan Terbiar
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh:14 November 2006
Lokasi: Flat Semarak 2
Pada pendapat Audit kerja pembersihan longkang tidak dilaksanakan dengan
baik kerana terdapat longkang-longkang yang kotor dan tersumbat.
ii) Pembersihan Jalan
Pembersihan jalan dan bahu jalan bermaksud membersihkan kesemua
permukaan jalan, bahu jalan, pembahagi jalan dan lorong-lorong belakang
133
termasuk kerb daripada sisa pepejal. Mengikut perjanjian pihak SWM
bertanggungjawab membersihkan jalan di kawasan pekan dan bandar.
Lawatan Audit ke lokasi di Pekan Rantau mendapati kawasan tersebut telah
disenggarakan dengan memuaskan.
Foto 58
Kerja-Kerja Pembersihan Jalan Di Rantau
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 14 November 2006
Lokasi: Rantau
Pada Pendapat Audit kerja-kerja pembersihan jalan telah dilakukan
dengan baik.
d) Pembersihan Pasar Awam, Pasar Malam Dan Pasar Perayaan
i) Pembersihan Di Pasar Awam
Semua kerja pembersihan di pasar awam telah dilakukan mengikut jadual.
SWM membuat kerja-kerja pembersihan di Pasar Awam Mantin dan Rantau
manakala Majlis bertanggungjawab untuk membersihkan Pasar Awam Nilai,
Pasar Awam Taman Desa Cempaka dan juga Pasar Awam Seremban
Jaya.
ii) Pembersihan Di Pasar Malam Dan Pasar Perayaan
Sampah di tapak pasar malam serta pasar perayaan (Pasar Ramadhan)
dibersihkan setiap kali selepas tamat waktu perniagaan ataupun selewatlewatnya
pada pagi esoknya. Lawatan Audit ke tapak Pasar Malam Taman
Semarak dan Taman Tuanku Jaafar pada pagi Rabu 4 April 2007
mendapati kawasan tapak perniagaan yang berlangsung pada petang dan
134
malam Selasa 3 April 2007 sedang dibersihkan. Foto 59 menunjukkan
pekerja Majlis sedang membasuh tapak gerai ikan dan sayur.
Foto 59
Kerja-kerja Pembersihan Tapak Pasar Malam Taman Tuanku Jaafar
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 4 April 2007
Lokasi: Tapak Pasar Malam Taman Tuanku Jaafar
Foto 60
Kerja-kerja Pembersihan Tapak Pasar Malam Taman Semarak
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 4 April 2007
Lokasi: Tapak Pasar Malam Taman Semarak
e) Pembersihan Longgokan Sisa Pepejal Yang Tidak Mengikut Peraturan
Lawatan Audit ke beberapa lokasi mendapati sisa pepejal dibuang di merata
tempat tidak di tempat yang dikhaskan. Pihak SWM pula tidak mengangkat sisa
135
pepejal tersebut. Akibatnya longgokan sisa domestik ini menjadi kawasan
pembiakan lalat, tempat tersebut menjadi kotor dan berbau busuk. Walaupun
Majlis telah mengeluarkan arahan kepada pihak SWM untuk melakukan kerja
pembersihan namun tidak ada tindakan diambil. Bagi mengatasi masalah
pencemaran ini, Majlis kerap menjalankan operasi pembersihan. Bagaimanapun,
setakat ini Majlis tidak mengenakan caj kepada SWM bagi kerja-kerja
pembersihan sedemikian. Jadual Satu Surat Perjanjian menghendaki SWM
mengutip semua jenis sisa pepejal termasuk sisa pepejal yang dibuang secara
haram.
Foto 61
Sampah Yang Dibuang Merata Tempat
Oleh Penduduk Sekitar Kawasan Perumahan
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 14 Julai 2006
Lokasi: Taman Pinggiran Senawang
Pihak Audit berpendapat kerja pembersihan sisa pepejal yang dibuang secara
haram tidak dibuat dengan baik.
f) Penyenggaraan Bekas Sisa Pepejal Untuk Kegunaan Awam, Secara
Berpusat dan Di Tempat Pungutan
Mengikut Surat Perjanjian yang ditandatangani pada 31 Disember 2002, SWM
dikehendaki membekal serta menyenggara bekas untuk mengumpul sisa
pepejal bagi kegunaan awam secara berpusat atau di tempat pungutan.
Sekiranya ada antara bekas sisa pepejal yang rosak, SWM hendaklah
menggantikannya. Lawatan Audit ke Kuarters KLIA pada 4 April 2007
mendapati tiga bekas sisa pepejal yang telah rosak dan pecah seperti yang
ditunjukkan di Foto 62 dan Foto 63 belum diganti oleh SWM.
136
Foto 62
Tong Sampah Yang Telah Pecah Masih Digunakan
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 4 April 2007
Lokasi: Kelompok 6 Kuarters KLIA
Foto 63
Tong Sampah Yang Telah Pecah Masih Digunakan
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 4 April 2007
Lokasi: Kelompok 6 Kuarters KLIA
g) Pemotongan Rumput
SWM ada melaksanakan aktiviti memotong rumput. Mengikut jadual kerja
pemotongan rumput, ia dilakukan 2 kali sebulan. Bagaimanapun, Surat
Perjanjian tidak menjelaskan spesifikasi kerja bagi pemotongan rumput. Oleh
yang demikian, kebanyakan kerja pemotongan rumput dilakukan mengikut
kesesuaian pelakunya. Rumput yang telah dipotong tidak dipungut dan
137
dilupuskan. Di kawasan yang dilaksanakan oleh kontraktor SWM adalah jauh
lebih bersih daripada kerja-kerja yang dilaksanakan sendiri oleh SWM.
Lawatan Audit ke dua oleh pasukan Audit ke Batang Benar dan Taman Kuala
Sawah mendapati rumput yang telah dipotong dibiarkan bertaburan dan tidak
dipungut seperti di Foto 64. Bagaimanapun, terdapat kawasan yang telah
dibersihkan seperti di Persada Murni, Bandar Enstek seperti di Foto 65.
Foto 64
Rumput Yang Telah Dipotong Tetapi Tidak Dibersihkan
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 15 November 2006
Lokasi: Taman Kuala Sawah
Foto 65
Kawasan Lapang Yang Rumputnya Telah Dipotong
Dan Dibersihkan Menceriakan Kawasan Taman Perumahan
Sumber: Jabatan Audit Negara
Tarikh: 12 November 2006
Lokasi: Persada Murni, Bandar Enstek
138
h) Pungutan Sisa Pepejal Di Jalan Besar
SWM juga dikehendaki memungut sisa pepejal yang terdapat atas jalan besar.
Aktiviti ini dilakukan dengan berjalan kaki atau berbasikal di sepanjang jalan besar
yang disenggarakan oleh Majlis. Sambil berjalan pekerja SWM atau kontraktor
yang dilantik olehnya akan mengutip apa-apa sisa pepejal yang ditemui untuk
dilupuskan. Diperhatikan jalan besar di sekitar Bandar Nilai bersih seperti di Foto
66.
Foto 66
Kawasan Sekitar Jalan Besar Di Bandar Nilai Kelihatan Bersih
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 7 Disember 2006
Lokasi: Bandar Nilai
i) Kawalan Penyakit
Bagi memastikan pelupusan sisa pepejal di Daerah Nilai adalah antara punca
merebaknya penyakit berjangkit, pihak Audit telah menghubungi Pejabat
Kesihatan Seremban untuk mendapatkan statistik penyakit cerit-berit, denggi
serta malaria bagi tahun 2004, 2005 dan 2006. Daripada statistik yang
diperoleh, jumlah penyakit berkenaan di Daerah Nilai sepanjang tempoh
tersebut adalah seperti di Jadual 37.
Jadual 37
Statistik Penyakit Cerit-berit, Denggi Dan Malaria Di Daerah Nilai
Bagi Tempoh 2004 Hingga 2006
Tahun Cerit-Berit Denggi Malaria
2004 825 340 2
2005 2,890 164 2
2006 1975 200 6
Sumber: Rekod Pejabat Kesihatan Seremban
139
Daripada statistik ini, diperhatikan terdapat beberapa kes bagi 3 jenis penyakit
tersebut di atas di Daerah Nilai sepanjang tempoh 2004 hingga 2006 yang boleh
dianggap masih tinggi. Penyakit denggi dan malaria adalah penyakit berjangkit
yang disebarkan oleh nyamuk manakala cerit-berit boleh disebabkan oleh lalat.
Statistik ini secara tidak langsung memberikan gambaran tentang tahap tidak
keberkesanan perkhidmatan pungutan sisa pepejal serta pembersihan longkang
yang kurang memuaskan di Daerah Nilai yang telah diswastakan.
Pada pendapat Audit, kerja-kerja pembersihan rumput yang telah dipotong tidak
dilakukan dengan baik. Surat perjanjian yang ditandatangani tidak menjelaskan
spesifikasi bagi kerja-kerja pelupusan sisa pepejal, pembersihan longkang serta
pemotongan rumput. Tanpa spesifikasi ini adalah sukar bagi pegawai Majlis
untuk mengukur tahap kecekapan dan keberkesanan kerja yang dilaksanakan
oleh SWM. Keadaan persekitaran yang kotor dan air longkang yang bertakung
boleh menjadikan tempat tersebut sebagai kawasan pembiakan nyamuk, tikus
serta lalat. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya wabak penyakit.
15.2.11 Prestasi Kewangan
Majlis perlu menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk membuat
bayaran kepada SWM walaupun pengurusan dan pelupusan sisa pepejal telah
diswastakan. Peruntukan kewangan dan perbelanjaan Majlis bagi tempoh 2004 hingga
2006 seperti di Jadual 38.
Jadual 38
Pembayaran Oleh Majlis Kepada SWM
Bagi Perkhidmatan Pelupusan Sisa Pepejal
Bagi Tempoh 2004 Hingga 2006
Tahun
Peruntukan
(RM Juta)
Perbelanjaan
(RM Juta)
Peratus
Kenaikan
(%)
2004 6.15 9.92 61.3
2005 6.38 11.91 86.7
2006 7.19 11.96 66.4
Sumber: Rekod Majlis Perbandaran Nilai
Pada pendapat Audit, pengurusan peruntukan perbelanjaan pelupusan sisa
pepejal yang disediakan tidak memuaskan. Majlis kekurangan peruntukan antara
61.3% pada tahun 2004, 86.7% pada tahun 2005 dan 66.4% pada tahun 2006.
Tunggakan pembayaran kepada SWM telah sedikit sebanyak mempengaruhi
keberkesanan Majlis dalam menguatkuasakan Perjanjian Konsesi untuk
mendapat keadaan yang lebih baik.
140
15.2.12 Publisiti Kesedaran Awam
Aktiviti untuk menyedarkan orang ramai tentang pentingnya kebersihan adalah dengan
mengadakan aktiviti gerak tumpu atau gotong royong. Contohnya, penyebaran ini
dibuat di masjid, surau dan balai raya di mana ramai orang berkumpul. Bagaimanapun,
sambutan orang awam untuk menjayakan aktiviti ini masih kurang memuaskan.
Penyebaran terhadap program gerak tumpu kurang meluas dan kurang berkesan.
Papan tanda mengenai larangan membuang sampah dan denda yang akan dikenakan
juga ada dipasang di sekitar kawasan Majlis. Sikap orang awam yang tidak
menitikberatkan hal berkaitan kebersihan alam sekitar menyukarkan kakitangan SWM
dan Majlis menjalankan tugas dengan berkesan. Temu bual Audit dengan kakitangan
SWM dan Majlis mendapati beberapa faktor yang mengganggu kutipan sisa pepejal
dibuat dengan teratur adalah seperti berikut:
a) Sikap orang awam yang tidak membungkus sampah domestik sebelum
memasukkan ke dalam tong sampah.
b) Sikap orang awam yang tidak memasukkan sampah di dalam tong sampah yang
disediakan, sebaliknya meletakkan sampah di luar/sekitar tong sampah atau rumah
sampah.
c) Sikap orang awam yang membuang sampah terus ke dalam sungai, parit dan
longkang.
d) Tong sampah tidak disediakan oleh Jawatankuasa Perumahan, pemilik rumah atau
pemaju perumahan. Ini menyebabkan penduduk melonggokkan sampah di merata
tempat atau disangkut pada pagar dan pokok.
Foto 67 hingga Foto 69 menunjukkan keadaan yang kurang menyenangkan akibat
daripada ketidaksedaran orang ramai terhadap betapa pentingnya menjaga kebersihan
alam sekitar.
141
Foto 67
Penghuni Rumah Pangsa Tidak Membuang Sampah
Di Tempat Yang Disediakan
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 14 November 2006
Lokasi: Blok A Flat Semarak 2
Foto 68
Pemilik Premis Tidak Menyediakan Tong Sampah
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 14 November 2006
Lokasi: Taman Desa Jasmine
142
Foto 69
Pemilik Premis Tidak Menyediakan Tong Sampah
Sumber: Foto Jabatan Audit Negara
Tarikh: 14 November 2006
Lokasi: Taman Semarak 2
Antara usaha yang telah dijalankan oleh pihak Majlis bagi memberi kesedaran kepada
orang ramai mengenai kebersihan kawasan sekitar adalah dengan mengadakan kerja
gotong-royong serta ceramah di balai raya.
Pada pendapat Audit, sikap orang awam yang tidak bertanggungjawab telah
mengakibatkan kualiti kebersihan alam sekitar dan kawasan sekeliling telah
terjejas. Tugas memberi kesedaran kepada orang awam oleh Majlis melalui media
atau kempen terhadap kebersihan adalah satu usaha yang baik untuk menjamin
alam sekitar yang sihat.
Secara keseluruhannya, pada pendapat Audit pelaksanaan Penswastaan
Perkhidmatan Pembersihan Dan Pelupusan Sisa Pepejal di kawasan Majlis adalah
tidak memuaskan.
15.3 PEMANTAUAN
Pemantauan atau penyeliaan yang rapi dapat memastikan pembersihan dan pelupusan
sisa pepejal dilaksanakan oleh SWM mengikut perancangan. Melalui pemantauan yang
berterusan, tindakan segera boleh diambil terhadap masalah yang timbul dari masa ke
semasa.
143
a) Jadual Pelaksanaan Kerja
SWM ada menyediakan Jadual kerja bagi semua kerja pembersihan iaitu mengutip
sampah, memotong rumput dan membersihkan longkang. Jadual Kerja ini
dikemukakan kepada Majlis seminggu sebelum bermula bulan berikut. Sehingga kini,
SWM sentiasa membekalkan kepada Majlis jadual kerja bagi setiap bulan. Kaedah ini
telah memudahkan Majlis melakukan kerja-kerja pemantauan. Berpandukan kepada
jadual kerja ini, pegawai Majlis membuat pemeriksaan bagi memastikan semua kerja
yang dijadualkan telah dilaksanakan dengan teratur dan sempurna.
b) Pengawasan Oleh Pihak Majlis
Majlis mempunyai 4 orang Pengawas Bandar yang dilantik bagi melakukan kerja-kerja
pemantauan. Sekiranya terdapat kerja-kerja yang tidak dilakukan mengikut jadual,
misalnya semasa Pengawas Bandar membuat rondaan pada sebelah pagi dan
mendapati sampah di sesuatu lokasi itu patut dikutip semalam, Majlis akan
mengeluarkan NTC kepada SWM dan meminta kerja pembersihan segera dilakukan.
Pihak SWM diberi notis 24 jam untuk melaksanakannya. Selepas tamat tempoh 24
jam Pengawas Bandar yang bertanggungjawab mengawasi kawasan tersebut akan
membuat rondaan sekali lagi dan sekiranya kerja pembersihan masih tidak dilakukan,
Majlis akan mengeluarkan NTB. Melalui NTB ini, pihak Majlis akan mengarahkan
pekerja Majlis untuk melaksanakan kerja pembersihan dan SWM akan dikenakan caj
bagi tenaga kerja yang telah digunakan.
Unit Kawal Selia di bawah Bahagian Kebersihan Bandar Dan Kesihatan
bertanggungjawab sepenuhnya memantau kerja pembersihan dan pelupusan sisa
pepejal yang dilaksanakan oleh SWM. Tujuan penubuhan Unit ini adalah untuk
memastikan kebersihan keseluruhan kawasan di bawah pentadbiran Majlis sentiasa
bersih. Tugas yang dipertanggungjawabkan adalah bagi mengawasi kerja-kerja
pembersihan seperti berikut:
i) Memungut dan melupuskan sampah.
ii) Pembersihan parit/longkang.
iii) Memotong rumput .
iv) Menyapu jalan dalam kawasan bandar dan pekan.
Unit Kawal Selia ada menyediakan Borang Pemantauan secara harian dan mingguan.
Dalam Borang ini ada mencatatkan jadual kerja yang akan dilaksanakan oleh SWM
dan ada juga ruang untuk Majlis merekodkan sama ada kerja tersebut telah
dilaksanakan atau tidak. Dalam Laporan Prestasi Mingguan SWM ada merekodkan
144
ilangan aduan awam yang diterima, bilangan NTC dan NTB yang dikeluarkan.
Bagaimanapun, semakan Audit mendapati Majlis tidak menguatkuasakan
penggunaan borang ini.
Di samping menjalankan tugas sebagai penyelia, kakitangan di Unit ini juga
melaksanakan kerja memungut sisa pepejal sekiranya SWM tidak melaksanakannya
dan apabila menerima aduan dari penduduk. Selain itu, kakitangan Bahagian ini
dikehendaki memotong rumput di semua jalan protokol, kawasan lapang dan taman
permainan yang mana kerja tersebut tidak termasuk dalam jadual kerja yang terdapat
di dalam surat perjanjian dengan SWM.
c) Aduan
Semua aduan awam yang diterima oleh Majlis direkodkan dalam Daftar Aduan Awam
dan dimaklumkan dengan segera kepada Bahagian Kebersihan Bandar Dan
Kesihatan khususnya Unit Kawal Selia. Unit ini bertindak segera untuk mengatasi
masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh pihak awam. Pengawas dari Bahagian ini
segera menyiasat. Sekiranya aduan tersebut didapati benar, NTC dikeluarkan dan
pihak SWM dikehendaki bertindak terhadap aduan tersebut dalam tempoh 24 jam.
Semakan Audit mendapati Majlis telah melantik seorang Pegawai Perhubungan
Awam bagi menerima aduan yang diterima melalui telefon ataupun penduduk datang
sendiri. Segala aduan direkodkan di dalam daftar khas untuk memudahkan Majlis
memantau serta mengambil tindakan. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
juga telah menubuhkan Unit Pengaduan Awam pada Mei 2006. Bagaimanapun,
sehingga tarikh laporan ditulis, Unit ini belum menerima apa-apa aduan berkaitan
pengurusan sampah.
d) Penguatkuasaan
Penguatkuasaan amat penting untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap
tanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar. Menurut Undang-undang Kecil
berkaitan, orang awam yang melanggar kesalahan Undang-undang kecil boleh
dikenakan denda tidak melebihi RM500. Bagi memastikan aktiviti penguatkuasaan
dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan, bilangan Pegawai Penguat Kuasa
yang mencukupi adalah diperlukan. Pada tahun 2006, Majlis merancang untuk
pengambilan jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa. Walau bagaimanapun,
penguatkuasaan terhadap kesalahan membuang sampah tidak mengikut peraturan
dan jarang dapat dilaksanakan. Pelaku kesalahan tidak dilihat dan tiada bukti nyata
yang dapat disabitkan. Namun begitu, Majlis ada mengeluarkan surat teguran kepada
pemilik premis supaya menyediakan tong sampah.
145
Pada pendapat Audit, pemantauan oleh Majlis terhadap kerja pembersihan dan
pelupusan sisa pepejal yang dijalankan oleh SWM tidak berkesan. Antara faktor
yang menjejaskan prestasi ini adalah kekurangan tenaga kerja untuk
melaksanakannya. Pihak Audit juga berpendapat 5 orang Pengawas Bandar tidak
mencukupi bagi melakukan kerja-kerja pengawasan terhadap kawasan operasi
Majlis yang seluas 784 km persegi. Selain itu, penggunaan Borang Pemantauan
serta Laporan Prestasi secara harian dan mingguan ini amat baik dari sudut
pengurusan pentadbiran.
16. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT
Usaha Kerajaan dan PBT menswastakan aktiviti pengurusan dan pelupusan sisa
pepejal di Majlis Perbandaran Nilai adalah baik dan bersesuaian dengan Dasar
Penswastaan Negara. Projek penswastaan ini seharusnya menjadikan aktiviti pembersihan
dan pelupusan sisa pepejal dilaksanakan dengan cara yang lebih cekap dan sistematik.
Bagaimanapun, penswastaan pembersihan dan pelupusan sisa pepejal di kawasan Majlis
tidak mencapai objektif yang ditetapkan kerana SWM tidak mematuhi syarat perjanjian
yang ditetapkan. Beberapa fasal dalam surat perjanjian yang ditandatangani tidak
dinyatakan dengan jelas. Hasrat Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan kerja
pembersihan dan pelupusan sisa pepejal serta menampil kawasan persekitaran yang
bersih dan sihat tidak tercapai. Kebersihan di beberapa lokasi masih tidak terurus. Pihak
Majlis juga memerlukan tenaga kerja yang lebih untuk memantau serta melaksanakan
kerja yang tidak dibuat oleh SWM. Oleh yang demikian, Majlis terpaksa melantik 27 orang
Pekerja Rendah Awam yang bekerja secara kontrak bagi menampung beban kerja yang
tidak dilaksanakan oleh SWM.
Pihak Audit mengesyorkan Majlis mengambil tindakan seperti berikut:
a) Majlis berusaha untuk menjelaskan tuntutan SWM mengikut jadual yang sehingga kini
tertunggak berjumlah RM17 juta. Majlis boleh mendapatkan peruntukan dari sumber
lain seperti bantuan Kerajaan bagi menampung kekurangan kewangan untuk
membayar tuntutan SWM.
b) Majlis memohon kepada Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan semula
penswastaan pengurusan sisa pepejal.
c) SWM hendaklah memperbaiki mutu perkhidmatannya memandangkan jumlah aduan
awam semakin meningkat.
d) SWM juga perlu menambah bilangan pekerja serta kenderaan bagi mengangkut
sampah.
146
e) SWM hendaklah menjalankan pemantauan secara sistematik terhadap kerja-kerja
yang dijalankan dari segi Quality Control.
f) Majlis mempertingkatkan kempen kesedaran awam tentang kebersihan dan
pengurusan alam sekitar.
g) Majlis hendaklah mengemukakan denda kepada SWM sekiranya tidak dapat
menyempurnakan kerja mengikut syarat dan jadual yang ditetapkan dalam perjanjian
penswastaan.
h) Pihak Majlis hendaklah memberikan tumpuan penyeliaan di kawasan persekitaran
Bandar Nilai agar kebersihan dapat dikekalkan.
i) Majlis perlu memantau semua kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal setiap
masa. Tenaga kerja juga perlu ditambah untuk memastikan Majlis dapat memantau
kerja yang dijalankan oleh SWM.
j) Majlis perlu menilai sama ada kenderaan yang dimiliki oleh SWM mencukupi untuk
kerja pembersihan kawasan.
k) Surat Perjanjian antara Majlis dan SWM perlu diperbaharui serta ditandatangani bagi
sesuatu tempoh perkhidmatan.
147
BAHAGIAN II
PERKARA AM
BAHAGIAN II
PERKARA AM
17. PENDAHULUAN
Bagi memastikan tindakan pembetulan diambil oleh Jabatan dan Agensi Negeri
terhadap perkara yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang lalu,
pemeriksaan susulan telah dijalankan di Jabatan/Agensi berkenaan. Hasil daripada
pemeriksaan itu dilaporkan dalam Bahagian ini di bawah tajuk berikut:
i) Kedudukan Masa Kini Perkara Yang Dibangkitkan Dalam Laporan Ketua Audit Negara
Tahun 2005.
ii) Perkara Yang Dibangkitkan Dalam Laporan Ketua Audit Negara Yang Masih Belum
Selesai.
18. KEDUDUKAN MASA KINI PERKARA YANG DIBANGKITKAN DALAM LAPORAN
KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2005
18.1 PEJABAT DAERAH DAN TANAH PORT DICKSON
Pengurusan Hasil Cukai Tanah
Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson telah mengutip hasil berjumlah RM21.19 juta
pada tahun 2005. Hak milik yang dikeluarkan bagi seluruh Daerah Port Dickson adalah
berjumlah 46,304 yang terdiri dari 18,177 hak milik didaftar di Pejabat Tanah Port Dickson
dan sebanyak 27,857 didaftarkan di Pejabat Pendaftar. Adalah didapati peraturan
mengenai hapus kira cukai dan tunggakan cukai tidak dipatuhi bagi hapus kira cukai selain
daripada Seksyen 100 Kanun Tanah Negara. Hapus kira sejumlah RM1.38 juta oleh
Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson tidak mendapat kelulusan Pegawai Kewangan
Negeri. Selain itu, Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer bagi mendaftarkan hak milik
tanah dan sistem kutipan hasil berkomputer iaitu LaRis tidak berintegrasi antara satu
dengan yang lain menyebabkan terdapat hak milik yang bertindan dan juga berlaku
perbezaan maklumat di kedua sistem ini. Akibatnya kedudukan sebenar tunggakan cukai
tanah berjumlah RM6.35 juta tidak dapat dipastikan.
148
Kedudukan Masa Kini
Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan secara proaktif dengan memperkenalkan
Sistem Hasil Tanah Berkomputer (SIHATNS) di semua Pejabat Tanah. Dengan sistem
yang baru ini maklumat cukai tanah bagi pengeluaran bil boleh diambil daripada maklumat
pendaftaran hak milik tanah. Dengan ini tidak lagi berlaku pertindihan maklumat antara
pendaftaran hak milik dan maklumat kutipan cukai tanah. Bil bagi cukai tanah bagi tahun
2007 telah dikeluarkan melalui sistem yang baru ini. Pejabat juga telah mengambil
tindakan memohon kelulusan untuk hapus kira tunggakan cukai kepada Pejabat
Kewangan Negeri dan keputusan mengenainya masih belum diperolehi.
Pada pandangan Audit, Pejabat Kewangan Negeri tidak seharusnya mengambil
masa yang lama untuk memutuskan permohonan hapus kira ini.
18.2 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
Projek Tebatan Banjir
Pada RMK-8, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM20.30 juta kepada
Jabatan Pengairan Dan Saliran untuk melaksanakan Projek Tebatan Banjir. Hanya
sejumlah RM6.10 juta atau 30% dapat dibelanjakan untuk melaksanakan 2 projek dan
sejumlah RM2.30 juta dibayar kepada juru perunding. Pada keseluruhannya projek yang
dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada penduduk sekitar.
Kedudukan Masa kini
Dalam RMK-9, Jabatan sedang melaksanakan sebanyak 3 Projek Tebatan Banjir termasuk
sebahagian lagi Projek Tebatan Banjir Pekan Gemas Fasa 2 yang tidak dapat
dilaksanakan pada RMK-8, manakala 5 lagi dalam proses kajian oleh juru perunding.
Jabatan berharap dapat mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti apabila semua
projek tebatan banjir dapat dijalankan.
18.3 YAYASAN NEGERI SEMBILAN
Pengurusan Projek Panchor Jaya Usaha Sama Yayasan Dengan Syarikat Swasta
Matlamat Yayasan bergiat dalam usaha sama adalah untuk mendapat keuntungan bagi
mengisi Kumpulan Wang Yayasan untuk membiayai belanja mengurus dan pinjaman
kepada pelajar dan membangunkan kawasan tersebut. Antara projek usaha sama
Yayasan dengan syarikat swasta adalah Projek Perumahan di Panchor Jaya Seremban.
Dalam projek ini Yayasan akan memperoleh 2% atas harga jualan setiap unit rumah dan
149
lot-lot yang dijual. Selain itu, syarikat juga bersetuju untuk membayar kepada Yayasan
dengan nilai tunai berjumlah RM400,000 kerana tidak membina asrama pelajar
sebagaimana yang dijanjikan. Keseluruhan pulangan tunai yang sepatutnya diterima oleh
Yayasan adalah berjumlah RM2.18 juta. Bagaimanapun sehingga kini bayaran yang telah
diterima oleh Yayasan adalah RM1.50 juta dan baki berjumlah RM1.08 juta belum diterima
hingga kini. Selain itu, Yayasan juga diberi saham syarikat berkenaan berjumlah 25%.
Kedudukan Masa Kini
Yayasan sedang mengambil tindakan untuk menuntut tunggakan berjumlah RM1.08 juta
daripada syarikat berkenaan dengan membuat perjanjian baru. Bagaimanapun, didapati
Perjanjian Penyelesaian Baki Tertunggak Antara Yayasan dengan Taman Ekar Sdn. Bhd.
dan Federal Resources Sdn. Bhd. masih lagi di peringkat draf.
Pada pandangan Audit, Yayasan tidak seharusnya mengambil masa yang lama
untuk menyelesaikan isu tunggakan dan perjanjian baru.
18.4 MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN
Pengurusan Harta Tanah
Aktiviti utama pengurusan hartanah Majlis adalah membina serta menyewakan premis
kediaman, ruang dan tapak perniagaan, menyediakan kemudahan tempat rekreasi dan
riadah. Majlis juga ada melaksanakan projek usaha sama dengan pihak swasta.
Sebahagian besar bangunan Majlis dibina atas tanah Kerajaan Negeri. Pengurusan
hartanah Majlis dilaksanakan berasaskan fungsi Jabatan yang secara langsung mengawal
dan menguruskan hartanah tersebut.
Kedudukan Masa Kini
Tindakan positif telah diambil dengan meningkatkan usaha untuk mengutip hasil sewa.
Majlis juga telah berusaha memohon hak milik tanah daripada Kerajaan Negeri dan masih
menunggu jawapan. Hartanah Majlis masih diuruskan oleh Jabatan-jabatan mengikut
fungsi masing-masing. Majlis sedang berusaha mewujudkan satu Unit untuk menguruskan
semua hartanahnya.
150
19. PERKARA YANG DIBANGKITKAN DALAM LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
YANG MASIH BELUM SELESAI
Semakan juga telah dibuat terhadap perkara yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua
Audit Negara tahun 2004 dan sebelumnya untuk menentukan tindakan susulan telah
diambil terhadap perkara yang dibangkitkan. Pada keseluruhannya tindakan susulan
terhadap perkara berbangkit telah diambil oleh Jabatan/Agensi berkenaan.
20. PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI AKTIVITI
DAN KAJIAN KHAS JABATAN/AGENSI
Perkara 107(2) Perlembagaan Persekutuan menghendaki Laporan Ketua Audit Negara
mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Aktiviti Dan Kajian Khas
Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri hendaklah dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri.
Laporan Ketua Audit Negara mengenai Aktiviti dan Kajian Khas Jabatan/Agensi Kerajaan
Negeri Sembilan Tahun 2005 telah dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri pada 4
Disember 2006.
21. MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI
Pada tahun 2006, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri (Jawatankuasa) telah
selesai memeriksa Laporan Ketua Audit Negara mengenai Aktiviti dan Kajian Khas bagi
tahun 2003 dan 2004. Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri bagi tahun
2003 dan 2004 telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri pada 4 Disember 2006.
Sepanjang tahun 2006, Jawatankuasa telah mengadakan mesyuarat sebanyak 8 kali bagi
membincangkan Laporan Ketua Audit Negara tahun 2003 dan 2004. Selain itu, ahli
Jawatankuasa juga ada membuat lawatan kerja ke lokasi yang dibincangkan semasa
mesyuarat untuk melihat situasi sebenar. Perkara yang dibincangkan oleh Jawatankuasa
semasa mesyuarat adalah seperti di Jadual 39.
Sehingga laporan ini dibuat, Jawatankuasa ini belum lagi membincangkan Laporan
Ketua Audit Negara bagi tahun 2005 yang telah pun di bentang ke Dewan Undangan
Negeri pada 4 Disember 2006.
151
Jadual 39
Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri Sembilan
Berkaitan Aktiviti Dan Kajian Khas Jabatan/Agensi Sepanjang Tahun 2006
Tarikh Jabatan / Agensi Perkara
19.1.2006 Mesyuarat Jawatankuasa Merancang tarikh mesyuarat sepanjang tahun dan
16.2.2006 Pejabat Daerah Dan Tanah
Jempol
16.3.2006 Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam
membincangkan perkara serta Jabatan/Agensi yang
akan dipanggil untuk pemeriksaan.
Laporan Tahun 2004
Pengurusan Pengeluaran Bahan Batuan
Laporan Tahun 2003
Projek Pembinaan Masjid
18.5.2006 Jabatan Kerja Raya Negeri Laporan Tahun 2004
13.7.2006 Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan
2.8.2006 Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan
8.8.2006 Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan
9.8.2006 Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan
Sumber: Rekod Jabatan Audit Cawangan Negeri Sembilan
Program Mengganti Jambatan Di Jalan Negeri
Penjualan Saham MAINS Dalam Syarikat Bangka
Hulu kepada TH Plantations Sdn. Bhd.
Penjualan Saham MAINS Dalam Syarikat Bangka
Hulu kepada TH Plantations Sdn. Bhd.
Penjualan Saham MAINS Dalam Syarikat Bangka
Hulu kepada TH Plantations Sdn. Bhd.
Lawatan kerja ahli-ahli Jawatankuasa ke Ladang
Bangka Hulu.
152
PENUTUP
PENUTUP
Pada prinsipnya, Kerajaan Negeri telah mewujudkan dasar, undang-undang dan
peraturan yang mencukupi untuk memastikan pelaksanaan aktiviti dan program dibuat
dengan cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Sungguhpun
demikian, secara keseluruhannya pengauditan terhadap aktiviti Jabatan dan Agensi
Kerajaan Negeri masih wujud kelemahan dari segi perancangan, pelaksanaan dan
pemantauan. Tahap pencapaian aktiviti dan program masih belum tercapai kerana masih
terdapat kelemahan yang ketara jika dibandingkan dengan teguran yang terkandung dalam
Laporan-laporan Ketua Audit Negara yang melaporkan isu-isu berhubung dengan
kelemahan pengurusan perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan disebabkan
kelemahan pemantauan yang tidak konsisten, peruntukan kewangan yang tidak
mencukupi, kekurangan guna tenaga dan latihan serta tiada budaya penyenggaraan telah
menyebabkan berlakunya pembaziran wang awam.
Sungguhpun pihak yang berkenaan telah mengambil tindakan yang sewajarnya
terhadap teguran pihak Audit namun masih ada sebahagian daripadanya yang masih
belum ditangani. Pegawai pengawal adalah disyorkan menjalankan siasatan dan
pemeriksaan menyeluruh bagi menentukan sama ada kelemahan yang sama juga berlaku
di tempat lain atau bahagian lain yang tidak diaudit dan seterusnya mengambil tindakan
pembetulan sewajarnya.
JABATAN AUDIT NEGARA
Putrajaya
22 Mei 2007
153