laporan ketua audit negara badan berkanun persekutuan tahun 2005

audit.gov.my

laporan ketua audit negara badan berkanun persekutuan tahun 2005

LAPORAN

KETUA AUDIT NEGARA

BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

TAHUN 2005

Pengesahan Penyata Kewangan Dan Prestasi Kewangan

JABATAN AUDIT NEGARA

MALAYSIA


KATA PENDAHULUAN


KATA PENDAHULUAN

1. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240)

menghendaki setiap Badan Berkanun Persekutuan mengemukakan penyata kewangan

tahunan kepada Ketua Audit Negara untuk diaudit. Seterusnya Menteri berkenaan

hendaklah membentangkan di Parlimen dengan seberapa segera penyata kewangan

yang telah diaudit berserta Laporan Tahunan Badan Berkanun Persekutuan. Bagi

memenuhi peruntukan Akta ini dan Akta Audit 1957, Jabatan Audit Negara telah

menjalankan pengauditan terhadap penyata kewangan Badan Berkanun Persekutuan

untuk memberi pendapat sama ada penyata kewangan Badan Berkanun Persekutuan

bagi tahun berkenaan menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama

serta rekod perakaunan berkaitan telah diselenggara dengan teratur dan kemas kini.

2. Pada tahun 2006, sebanyak 112 penyata kewangan Badan Berkanun

Persekutuan bagi tahun kewangan 2005 perlu diaudit oleh Ketua Audit Negara

mengikut Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240).

Daripada 112 penyata kewangan tahun 2005 yang telah diaudit, 105 telah diberi Sijil

Tanpa Teguran, 6 Sijil Berteguran dan satu Sijil Adverse. Sijil Berteguran dikeluarkan

kerana Badan Berkanun Persekutuan berkenaan tidak mematuhi piawaian perakaunan,

undang-undang dan peraturan tertentu semasa menyediakan penyata kewangan dan

rekod berkaitan tidak lengkap dan teratur. Satu Badan Berkanun Persekutuan diberi Sijil

Adverse kerana penyata kewangan tidak disediakan mengikut piawaian perakaunan

dan mengandungi kesilapan/ketinggalan yang material menyebabkan penyata

kewangan tidak memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan

kewangannya.

3. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai Badan

Berkanun Persekutuan yang telah memberikan kerjasama kepada pegawai saya

sepanjang pengauditan dijalankan. Saya juga ingin melahirkan penghargaan dan terima

kasih kepada pegawai saya yang telah berusaha gigih serta memberikan sepenuh

komitmen untuk menyiapkan laporan ini.

( TAN SRI DATO’ SETIA HAJI AMBRIN BIN BUANG )

Ketua Audit Negara

Malaysia

Putrajaya

8 Disember 2006

iii


PENGENALAN

xv


PENGENALAN

1. Badan Berkanun Persekutuan ditubuhkan bertujuan untuk melaksanakan dasar

Kerajaan melalui program dan aktiviti yang ditetapkan secara profesional dan berkesan.

Mengikut tafsiran Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta

240), Badan Berkanun Persekutuan adalah sebuah pertubuhan yang diperbadankan

mengikut undang-undang Persekutuan. Badan Berkanun Persekutuan merupakan

badan atau agensi Kerajaan Malaysia yang diperbadankan oleh undang-undang

penubuhan bagi maksud Kerajaan Persekutuan tetapi tidak termasuk Pihak Berkuasa

Tempatan atau perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.

2. Setiap Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan adalah tertakluk kepada

akta tubuh atau akta subsidiari yang memperbadankannya di bawah akta induk dan

berfungsi mengikut tujuan penubuhannya. Ia mempunyai kuasa autonomi seperti yang

ditetapkan oleh akta tubuhnya. Namun, Lembaga Pengarah perlu diwujudkan untuk

melaksanakan fungsi, pentadbiran, pengurusan dan aktivitinya. Lembaga Pengarah

mempunyai kuasa untuk membuat keputusan mengenai aspek pentadbiran dan

pengurusan Badan Berkanun Persekutuan. Ahli Lembaga Pengarah adalah terdiri

daripada wakil Perbendaharaan, Kementerian berkenaan, pegawai kerajaan dan ahli

korporat yang mempunyai kemahiran berkaitan aktiviti Badan Berkanun Persekutuan.

Pelantikan dan penamatan keahlian Lembaga Pengarah adalah di bawah bidang kuasa

Menteri berkenaan. Setiap Badan Berkanun Persekutuan diletakkan di bawah Menteri

yang bertanggungjawab seperti yang ditetapkan oleh akta tubuh atau mengikut

Ministerial Functions Act 1969 (Akta 2) pindaan tahun 1999. Bidang kuasa sesebuah

Badan Berkanun Persekutuan adalah luas dan antaranya boleh membuat pinjaman,

memberi pinjaman, melabur, menubuhkan syarikat subsidiari, kumpulan wang, akaun

amanah dan melaksanakan program atau aktiviti tertakluk kepada akta tubuhnya.

Sebahagian Badan Berkanun Persekutuan bergantung kepada geran kerajaan untuk

melaksanakan aktivitinya manakala sebahagian lagi membiayai operasinya daripada

sumber pendapatan janaan sendiri.

3. Badan Berkanun Persekutuan boleh menggubal peraturan kewangan, sistem dan

prosedur sendiri serta menetapkan polisi perakaunan selagi tidak bercanggah dengan

piawaian perakaunan yang diterima umum. Badan Berkanun Persekutuan adalah tidak

tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan dan sebarang pekeliling kerajaan kecuali

yang khusus berkaitannya. Penyata kewangan Badan Berkanun Persekutuan disedia

berdasarkan asas akruan bagi setiap tahun kewangan berakhir 31 Disember kecuali

satu Badan Berkanun Persekutuan yang berakhir 30 Jun. Akta Badan Berkanun (Akta

dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240) menghendaki Badan Berkanun Persekutuan

vii


mengemukakan penyata kewangan kepada Ketua Audit Negara untuk diaudit dalam

tempoh 6 bulan selepas berakhir tahun kewangan berkenaan. Akta yang sama juga

memperuntukkan pengauditan penyata kewangan Badan Berkanun Persekutuan

adalah tertakluk kepada Akta Audit 1957. Badan Berkanun Persekutuan dikehendaki

mengemukakan penyata kewangan yang telah diaudit berserta laporan aktivitinya

kepada Menteri dalam tempoh sebulan selepas pengesahan Audit. Menteri berkenaan

pula perlu memastikan laporan tersebut dibentangkan di Parlimen dengan segera.

4. Sehingga kini, sebanyak 102 Badan Berkanun Persekutuan ditubuhkan untuk

melaksanakan fungsi sebagaimana ia diperbadankan. Senarai Badan Berkanun

Persekutuan berkenaan adalah seperti di Lampiran A.

viii


PENYATA KEWANGAN


1. PENDAHULUAN

PENYATA KEWANGAN

1. PENDAHULUAN

1.1 Pada tahun 2006, sebanyak 102 Badan Berkanun Persekutuan perlu diaudit

oleh Ketua Audit Negara mengikut Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan

Tahunan) 1980 (Akta 240). Selain itu, Ketua Audit Negara juga mengaudit

11 Kumpulan Wang. Pada bulan Ogos tahun 1999, Jemaah Menteri telah memberi

pengecualian kepada Perbadanan Padang Golf Subang daripada menyedia dan

membentangkan penyata kewangan serta laporan aktivitinya bagi tahun 1968 hingga

1999 kerana ia akan dibubarkan. Sehingga kini, didapati proses tersebut masih belum

selesai. Perbadanan dinasihat memohon pengecualian Jemaah Menteri daripada

menyedia dan membentangkan penyata kewangan serta laporan aktivitinya bagi

tahun 2000 hingga 2006. Setakat 31 Disember 2006, Jabatan Audit Negara

dikehendaki mengaudit 112 penyata kewangan Badan Berkanun Persekutuan.

1.2 Sebanyak 4 Badan Berkanun Persekutuan baru ditubuhkan pada tahun 2006

iaitu Universiti Darul Iman Malaysia, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran,

Universiti Malaysia Kelantan dan Lembaga Pelabuhan Melaka. Universiti Darul Iman

Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 (Akta

30) telah mula beroperasi pada 1 Januari 2006. Manakala, Perbadanan Tabung

Pembangunan Kemahiran telah ditubuhkan di bawah Akta Tabung Pembangunan

Kemahiran 2004 (Akta 640) pada 1 Jun 2006. Universiti Malaysia Kelantan pula telah

mula beroperasi pada 1 September 2006 dengan pengambilan pelajar bagi tahun

pertama akan bermula pada sesi 2007/2008. Lembaga Pelabuhan Melaka telah

diwujudkan berikutan peluasan fungsi oleh Lembaga Pelabuhan Kelang seperti yang

dinyatakan dalam Kelang Port Authority (Extension of Function to Port Melaka) Order

1983, Port Authorities Act, 1963 setelah mendapat kelulusan Kementerian

Pengangkutan pada 12 September 2004. Bagaimanapun, Lembaga Pelabuhan

Melaka hanya menyediakan penyata kewangan secara berasingan mulai tahun

kewangan 2006.

1.3 Jabatan Audit Negara mengaudit 19 daripada 112 penyata kewangan. Manakala

baki 93 penyata kewangan diaudit oleh firma audit swasta yang dilantik oleh Ketua

Audit Negara. Pelantikan firma audit swasta dibuat mengikut peruntukan Seksyen 7(3)

Akta Audit 1957 yang memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara melantik manamana

pihak yang berkebolehan untuk menjalankan pengauditan bagi pihak beliau.

Syarat pelaksanaan pengauditan ini telah ditetapkan melalui perjanjian yang

dimeterai.

3


1.4 Bagi memastikan firma audit swasta menjalankan pengauditan berkualiti serta

mematuhi piawaian perakaunan dan pengauditan yang diluluskan, Jabatan Audit

Negara telah mengeluarkan Prosedur Kualiti dan Arahan Kerja Badan Berkanun

Persekutuan yang antaranya menetapkan panduan penyediaan Memorandum

Rancangan Audit, pemantauan pengauditan yang dilaksanakan oleh firma audit

swasta, proses semakan semula kertas kerja dan penyediaan Sijil Ketua Audit

Negara.

2. PENYERAHAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240) menghendaki

setiap Badan Berkanun Persekutuan mengemukakan penyata kewangan tahunan

kepada Ketua Audit Negara untuk diaudit tidak lewat dari 30 Jun tahun berikutnya. Bagi

mempercepatkan penyediaan dan pembentangan penyata kewangan di Parlimen,

Perbendaharaan Malaysia telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan

15 Tahun 1994 yang menghendaki penyata kewangan Badan Berkanun Persekutuan

dikemukakan tidak lewat dari 30 April tahun berikutnya. Ini bersesuaian dengan hasrat

Kerajaan untuk membentangkan Penyata Kewangan pada tahun yang sama. Selaras

dengan pekeliling ini, Jabatan Audit Negara telah menetapkan penyata kewangan

disahkan dalam tempoh 4 bulan selepas tarikh penerimaan penyata kewangan tersebut.

Sebanyak 89 penyata kewangan telah diterima sebelum 30 April 2006, manakala

22 Badan Berkanun Persekutuan mengemukakan penyata kewangan sebelum 30 Jun

2006 dan satu selepas 30 Jun 2006. Badan Berkanun Persekutuan yang lewat

mengemukakan penyata kewangan telah memohon lanjutan masa daripada

Perbendaharaan Malaysia kecuali Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, Kumpulan

Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja Dan Yang Dipertua Negeri, Lembaga

Pelabuhan Johor, Lembaga Pelabuhan Johor Tanjong Pelepas, Universiti Utara

Malaysia dan Perbadanan Putrajaya. Butirannya adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 1

BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN YANG LEWAT

MENGEMUKAKAN PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN 2005

NAMA AGENSI

TARIKH

MENGEMUKAKAN

PENYATA

KEWANGAN

TEMPOH

KELEWATAN

(HARI)

SEBAB

KELEWATAN

LGM Properties 03.05.2006 2

Maktab Kerjasama Malaysia 05.05.2006 4

Kelewatan mendapatkan tandatangan

Ahli Lembaga Pengarah

Kelewatan mendapatkan tandatangan

Pengarah

Lembaga Kemajuan Ikan

Malaysia

05.05.2006 4 Masalah gangguan sistem SAGA

Universiti Utara Malaysia 05.05.2006 4

Lembaga Pelabuhan Johor 08.05.2006 7

Kesilapan penghantaran penyata

kewangan

Kelewatan mendapatkan tandatangan

Pengerusi Lembaga Pengarah

4


NAMA AGENSI

Lembaga Pelabuhan Johor

Tanjong Pelepas

Lembaga Kemajuan

Pertanian Kemubu

Lembaga Perindustrian

Nanas Malaysia

Lembaga Kemajuan Tanah

Persekutuan

Kumpulan Wang Biasiswa

Pengajian Tinggi Raja-Raja

Dan Yang Dipertua Negeri

Yayasan Tunku Abdul

Rahman

Kolej Universiti Kejuruteraan

Teknologi Malaysia

Kolej Universiti Teknikal

Kebangsaan Malaysia

Perbadanan Stadium

Merdeka

Kolej Universiti Institut

Teknologi Tun Hussein Onn

Kolej Universiti Islam

Malaysia

Lembaga Pembangunan

Langkawi

TARIKH

MENGEMUKAKAN

PENYATA

KEWANGAN

TEMPOH

KELEWATAN

(HARI)

08.05.2006 7

10.05.2006 9

10.05.2006 9

14.05.2006 13

15.05.2006 14

19.05.2006 18

22.05.2006 21

29.05.2006 28

29.05.2006 28

29.05.2006 28

30.05.2006 29

30.05.2006 29

RRIM Consult Corporation 01.06.2006 31

Perbadanan Aset Keretapi 06.06.2006 36

Perbadanan Kemajuan Filem

Nasional Malaysia

Lembaga Kemajuan Johor

Tenggara

12.06.2006 42

28.06.2006 58

Perbadanan Putrajaya 30.06.2006 60

Majlis Agama Islam Wilayah

Persekutuan

SEBAB

KELEWATAN

Kelewatan mendapatkan tandatangan

Pengerusi Lembaga Pengarah

Kelewatan mendapatkan tandatangan

Pengerusi Lembaga Pengarah

Kelewatan mendapatkan tandatangan

Ahli Lembaga Pengarah

Kelewatan syarikat subsidiari

mengemukakan penyata kewangan

Kelewatan mendapatkan tandatangan

Pengerusi Pemegang Amanah

Kelewatan mendapatkan tandatangan

Pengerusi Lembaga Pengarah

Dalam proses pelantikan Pengerusi

Lembaga Pengarah yang baru

Dalam proses pelantikan Pengerusi

Lembaga Pengarah yang baru

Dalam proses pelantikan Pengerusi

Lembaga Pengarah yang baru

Kelewatan pengauditan syarikat

subsidiari

Masalah dalam penggunaan sistem

baru

Kelewatan mendapatkan tandatangan

Ahli Lembaga Pengarah

Membuat pelarasan kepada penyata

kewangan

Masalah dalam penggunaan sistem

SAGA yang baru

Masalah penyatuan dengan syarikat

subsidiari

Kelewatan pengauditan syarikat

subsidiari

Tidak menerima pakai Pekeliling

Perbendaharaan Bilangan 15 Tahun

1994

28 07.2006 88 Kelewatan melantik akauntan baru

2.1 PERSIJILAN PENYATA KEWANGAN

Berdasarkan kepada pengauditan terhadap 112 penyata kewangan Badan Berkanun

Persekutuan bagi tahun kewangan 2005, 105 penyata kewangan telah diberi Sijil

Tanpa Teguran, 6 Sijil Berteguran dan satu Sijil Adverse. Kedudukan jenis sijil yang

dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara berdasarkan pengauditan penyata kewangan

Badan Berkanun Persekutuan bagi tahun 2003 hingga 2005 adalah seperti di jadual

berikut:

5


JADUAL 2

KEDUDUKAN JENIS SIJIL YANG DIKELUARKAN

BAGI PENYATA KEWANGAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

JENIS SIJIL

TAHUN

2003 2004 2005

Tanpa Teguran

107

107

105

Berteguran

4

4

6

Adverse

-

-

1

JUMLAH 111 111 112

Selaras dengan piawaian pengauditan yang diluluskan, Sijil Ketua Audit Negara yang

dikeluarkan dibahagi kepada 4 jenis seperti berikut:

2.1.1 Sijil Tanpa Teguran apabila penyata kewangan memberi gambaran yang

benar dan saksama;

2.1.2 Sijil Berteguran apabila kesan sebarang perbezaan pendapat dengan

pengurusan atau kekangan terhadap skop adalah tidak begitu material dan

menyeluruh untuk mengeluarkan sijil adverse ataupun disclaimer;

2.1.3 Sijil Adverse apabila kesan perbezaan pendapat adalah material dan

menyeluruh terhadap penyata kewangan, mewujudkan kekeliruan ataupun

ketidaksempurnaan penyata kewangan dan seterusnya tidak memberi gambaran

benar dan saksama; dan

2.1.4 Sijil Disclaimer apabila kesan yang mungkin timbul oleh kekangan

terhadap skop adalah material dan menyeluruh menyebabkan bukti audit tidak

mencukupi untuk memberi pendapat terhadap penyata kewangan.

Sijil Berteguran yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara terhadap 6 penyata

kewangan antaranya menyentuh perkara berikut:

a. Pematuhan Kepada Piawaian Perakaunan

Badan Berkanun Persekutuan dikehendaki menyediakan penyata kewangan

mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan bagi memberikan gambaran

yang benar dan saksama. Mulai tahun kewangan 1999, piawaian yang perlu

dipatuhi adalah piawaian yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan

Malaysia. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda telah tidak mengambil kira

penjejasan nilai yang berjumlah RM1.65 juta terhadap pendahuluan kepada

syarikat subsidiari. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia tidak

memperuntukkan rosot nilai berjumlah RM1.86 juta terhadap pelaburannya yang

mengalami kerugian. Di samping itu, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam

Malaysia juga tidak membuat peruntukan hutang ragu secara spesifik walaupun

6


keupayaan pembayaran balik pembiayaan pelaburan Al Mudharabah oleh salah

satu institusi milik penuhnya adalah diragui.

b. Penyelenggaraan Rekod Perakaunan

Tanggungjawab utama Akauntan sesebuah Badan Berkanun Persekutuan ialah

menyelenggara rekod perakaunan manakala Lembaga Pengarah dan Ketua

Eksekutif bertanggungjawab menentukan rekod berkenaan diselenggara dengan

lengkap dan teratur. Pihak Audit mendapati rekod harta tetap Perbadanan Aset

Keretapi tidak diselenggara dengan lengkap menyebabkan perbezaan antara

jumlah di lejar am dan daftar harta tetap sejumlah RM8.32 bilion. Di samping itu,

pembayaran berjumlah RM125.67 juta oleh Kerajaan bagi pihak Perbadanan

Aset Keretapi tidak dapat disahkan disebabkan perbezaan sejumlah RM648.19

juta dengan jadual pembayaran kerja dalam pelaksanaan yang disediakan oleh

Keretapi Tanah Melayu Berhad. Ketepatan nilai hartanah, loji dan peralatan

Maktab Kerjasama Malaysia tidak dapat disahkan kerana daftar harta tetap tidak

diselenggara dengan memuaskan, peralatan komputer yang sedang dalam

proses pelupusan masih dinyatakan dalam daftar harta tetap dan kos sebuah

kenderaan berjumlah RM195,000 tidak diambil kira dalam penyata kewangan

tahun 2005.

Sijil Adverse dikeluarkan terhadap penyata kewangan Majlis Agama Islam Wilayah

Persekutuan kerana ia tidak disediakan mengikut piawaian perakaunan dan

mengandungi kesilapan/ketinggalan material yang menyebabkan penyata

kewangan tidak dapat menunjukkan gambaran yang benar dan saksama

mengenai kedudukan kewangannya. Antara kesilapan/ketinggalan tersebut

adalah seperti berikut:

a. Butiran bagi tunai dan kesetaraan tunai pada 31 Disember 2005 telah diubah

bagi menyediakan Penyata Aliran Tunai yang seimbang.

b. Jumlah baki awal hartanah, loji dan peralatan yang dibawa ke tahun 2005

berbeza dengan baki akhir tahun 2004 yang telah diaudit.

c. Pelarasan berjumlah RM26.24 juta yang dibuat dalam Penyata Perubahan Ekuiti

tidak mempunyai dokumen sokongan yang lengkap.

2.2 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN DI PARLIMEN

Mengikut Seksyen 7 Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta

240), setiap Badan Berkanun Persekutuan dikehendaki mengemukakan penyata

kewangan bersama Laporan Aktiviti kepada Menteri bagi tempoh satu bulan selepas

menerima penyata kewangan yang telah diaudit. Menteri kemudiannya dikehendaki

membentangkan penyata tersebut di Parlimen dengan segera. Sehingga bulan

7


November 2006, hanya 14 penyata kewangan bagi tahun 2005 telah

dibentangkan manakala sebanyak 87 penyata kewangan lagi masih belum

dibentangkan di Parlimen walaupun Sijil Ketua Audit Negara bagi penyata

kewangan tahun berkenaan telahpun dikeluarkan. Butiran Badan Berkanun

Persekutuan yang berkaitan adalah seperti di Lampiran B.

3. PRESTASI KEWANGAN

Analisis prestasi kewangan Badan Berkanun Persekutuan yang merangkumi prestasi

secara menyeluruh, penggunaan geran pembangunan dan syarikat subsidiari

dilaporkan seperti berikut:

3.1 PRESTASI KEWANGAN SECARA MENYELURUH

Analisis prestasi kewangan Badan Berkanun Persekutuan adalah berdasarkan

penyata kewangan 101 Badan Berkanun Persekutuan tahun 2005 termasuk Bank

Kerjasama Rakyat Malaysia. Prestasi kewangan Badan Berkanun Persekutuan

dilapor mengikut Kementerian berdasarkan analisis pendapatan, prestasi pemberian

geran, pendapatan janaan sendiri, lebihan/(kurangan) pendapatan, kumpulan wang

terkumpul, aset dan liabiliti serta tanggungan luar jangka. Di samping itu, prestasi

113 syarikat subsidiari milik 34 Badan Berkanun Persekutuan turut dilaporkan.

Perubahan angka perbandingan juga telah dibuat untuk mengambil kira pelarasan

tahun lepas oleh Badan Berkanun Persekutuan yang berkaitan. Analisis Badan

Berkanun Persekutuan mengikut kementerian pada tahun 2005 adalah seperti di

jadual berikut:

JADUAL 3

ANALISIS BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

MENGIKUT KEMENTERIAN PADA TAHUN 2005

KEMENTERIAN

BILANGAN BBP

Pengajian Tinggi 20

Pertanian dan Industri Asas Tani 10

Kewangan 10

Pengangkutan 9

Perusahaan Perladangan dan Komoditi 7

Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah 6

Jabatan Perdana Menteri 6

Pertahanan 4

Perdagangan Antarabangsa dan Industri 4

Sumber Asli dan Alam Sekitar 4

Pembangunan Usahawan dan Koperasi 3

Pelajaran 3

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan 3

Belia dan Sukan 2

Kerja Raya 2

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 2

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2

Penerangan 1

Sumber Manusia 1

Pelancongan 1

Tenaga, Air dan Komunikasi 1

JUMLAH 101

8


RM (Bilion)

3.1.1 Analisis Pendapatan

3.1.1.1 Pada tahun 2005, pendapatan Badan Berkanun Persekutuan

berjumlah RM45.64 bilion. Ini menunjukkan peningkatan sejumlah RM6.68

bilion atau 17.1% berbanding RM38.96 bilion pada tahun 2004. Daripada

jumlah pendapatan tersebut, pendapatan janaan sendiri merangkumi

sejumlah RM38.17 bilion atau 83.6% berbanding geran mengurus sejumlah

RM7.47 bilion atau 16.4%. Carta di bawah menunjukkan pendapatan Badan

Berkanun Persekutuan mengikut kategori pada tahun 2004 dan 2005.

CARTA 1

PENDAPATAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

MENGIKUT KATEGORI PADA TAHUN 2004 DAN 2005

50.00

45.00

40.00

35.00

30.00

25.00

20.00

15.00

10.00

5.00

0.00

Janaan Sendiri

7.47

6.08

38.17

32.88

2004 2005

Tahun

Geran Mengurus

3.1.1.2 Pada tahun 2005, Badan Berkanun Persekutuan di bawah

Kementerian Kewangan memperolehi pendapatan tertinggi sejumlah

RM25.80 bilion, diikuti oleh Badan Berkanun Persekutuan di bawah

Kementerian Pengajian Tinggi sejumlah RM6.11 bilion, Jabatan Perdana

Menteri sejumlah RM3.48 bilion dan Kementerian Pembangunan Usahawan

Dan Koperasi sejumlah RM2.63 bilion. Badan Berkanun Persekutuan di

bawah kementerian lain merangkumi RM7.62 bilion daripada jumlah

keseluruhan pendapatan Badan Berkanun Persekutuan pada tahun 2005.

Butiran lanjut adalah seperti di carta berikut:

9


RM (Bilion)

CARTA 2

PENDAPATAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

MENGIKUT KEMENTERIAN PADA TAHUN 2004 DAN 2005

30.00

25.80

25.00

21.03

20.00

15.00

10.00

5.00

5.05

6.11

3.32 3.48 2.28 2.63 7.28 7.62

0.00

Kewangan Pengajian Tinggi Jabatan Perdana

M enteri

Tahun 2004 Tahun 2005

Kementerian

Pembangunan

Usahawan Dan

Koperasi

Lain-lain

3.1.1.3 Peningkatan pendapatan yang diperolehi Badan Berkanun

Persekutuan di bawah Kementerian Kewangan adalah berjumlah RM4.77

bilion atau 22.6% manakala Badan Berkanun Persekutuan di bawah

Kementerian Pengajian Tinggi memperolehi peningkatan sejumlah RM1.06

bilion atau 21%. Badan Berkanun Persekutuan di bawah Jabatan Perdana

Menteri hanya memperolehi peningkatan sejumlah RM157.88 juta atau 4.7%

dan Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan

Usahawan Dan Koperasi sejumlah RM341.16 juta atau 14.9%. Badan

Berkanun Persekutuan di bawah kementerian lain menunjukkan peningkatan

sejumlah RM350.34 juta atau 4.8%.

3.1.2 Geran Mengurus

3.1.2.1 Geran mengurus diberikan oleh Kerajaan kepada Badan

Berkanun Persekutuan sebagai bantuan untuk melaksanakan program dan

aktiviti yang dirancang. Ini termasuk bagi membiayai gaji dan elaun pegawai

10


RM (Bilion)

(Bilion)

Badan Berkanun Persekutuan serta menampung kos operasi lain seperti

utiliti, pengangkutan dan pentadbiran.

3.1.2.2 Pada tahun 2005, geran mengurus yang diterima oleh Badan

Berkanun Persekutuan adalah berjumlah RM7.47 bilion iaitu peningkatan

sejumlah RM1.43 bilion atau 23.7% berbanding RM6.04 bilion pada tahun

2004. Pada keseluruhannya, penerimaan geran mengurus oleh Badan

Berkanun Persekutuan tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Badan

Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi menerima

geran mengurus tertinggi berjumlah RM4.43 bilion. Ini diikuti oleh Badan

Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kewangan berjumlah

RM689.41 juta, Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

berjumlah RM634.35 juta dan seterusnya Kementerian Pertanian Dan

Industri Asas Tani sejumlah RM470.60 juta. Badan Berkanun Persekutuan di

bawah kementerian lain menerima geran mengurus sejumlah RM1.25 bilion.

Butiran adalah seperti di carta berikut:

CARTA 3

GERAN MENGURUS BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN MENGIKUT

KEMENTERIAN PADA TAHUN 2004 DAN 2005

4.50

4.43

4.00

3.50

3.41

3.00

2.50

2.00

1.50

1.00

0.55 0.69 0.57 0.63 0.39 0.47 1.11 1.25

0.50

0.00

Pengajian Tinggi Kewangan Pembangunan

Usahawan Dan

Koperasi

Tahun 2004 Tahun 2005

Kementerian

Pertanian Dan Industri

Tani

Lain-lain

11


3.1.2.3 Berdasarkan carta 3, Badan Berkanun Persekutuan di bawah

Kementerian Pengajian Tinggi mencatatkan peningkatan penerimaan geran

mengurus tertinggi sejumlah RM1.02 bilion atau 29.9% yang meliputi

sebanyak 71.3% daripada jumlah peningkatan keseluruhan penerimaan

geran mengurus pada tahun 2005. Badan Berkanun Persekutuan di bawah

Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Kementerian

Kewangan, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani serta kementerian

lain mencatatkan peningkatan sejumlah RM418.63 juta atau 29.2%.

3.1.2.4 Analisis mendapati Majlis Amanah Rakyat merupakan penerima

geran mengurus tertinggi sejumlah RM1.47 bilion pada tahun 2005. Daripada

jumlah tersebut, sejumlah RM634.35 juta atau 43.2% digunakan untuk

membiayai operasinya. Manakala baki sejumlah RM840.73 juta diagihkan

untuk membiayai Program Penganjuran Pelajaran dan Program Double

Session Institut Kemahiran Malaysia. Ini diikuti oleh Universiti Teknologi

MARA sejumlah RM1.04 bilion, Lembaga Hasil Dalam Negeri sejumlah

RM684.93 juta dan Universiti Kebangsaan Malaysia berjumlah RM549.16

juta.

3.1.2.5 Badan Berkanun Persekutuan yang menerima tambahan geran

mengurus tertinggi pada tahun 2005 adalah Universiti Teknologi MARA

sejumlah RM289.11 juta, diikuti oleh Majlis Amanah Rakyat sejumlah

RM437.63 juta, Pusat Perubatan Universiti Malaya sejumlah RM151.99 juta

dan Lembaga Hasil Dalam Negeri sejumlah RM146.81 juta.

3.1.2.6 Pada tahun 2005, hanya Badan Berkanun Persekutuan di bawah

Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Perdana Menteri menerima geran

mengurus yang lebih rendah berbanding tahun lepas. Badan Berkanun

Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan menerima geran

mengurus sejumlah RM198.81 juta berbanding RM215.76 juta pada tahun

2004 dengan penurunan sejumlah RM16.95 juta atau 7.9%. Manakala

Badan Berkanun Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri menerima

geran mengurus sejumlah RM6.82 juta berbanding RM12.43 juta pada tahun

2004 dengan penurunan sejumlah RM5.61 juta atau 45.1%.

3.1.2.7 Seperti pada tahun 2004, Badan Berkanun Persekutuan di bawah

Kementerian Tenaga, Air Dan Komunikasi, Kementerian Kerja Raya,

Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri

Dan Hal Ehwal Pengguna tidak menerima sebarang geran mengurus

daripada Kerajaan pada tahun 2005.

12


RM (Bilion)

(Bilion)

3.1.2.8 Pada keseluruhannya, Badan Berkanun Persekutuan masih

bergantung kepada geran daripada Kerajaan untuk menampung kos

operasi dan melaksanakan aktiviti yang dirancang. Daripada 101 Badan

Berkanun Persekutuan, sebanyak 59 Badan Berkanun Persekutuan

menerima geran mengurus daripada Kerajaan yang merangkumi 16.4%

daripada jumlah pendapatan keseluruhan Badan Berkanun

Persekutuan. Manakala sebanyak 42 Badan Berkanun Persekutuan

yang lain tidak menerima geran mengurus daripada Kerajaan pada

tahun 2005.

3.1.3 Pendapatan Janaan Sendiri

3.1.3.1 Pendapatan janaan sendiri merupakan hasil yang diperolehi

daripada aktiviti seperti pelaburan dalam syarikat subsidiari, ekuiti, sekuriti,

bon, pengurus dana, simpanan tetap, pemberian pinjaman, yuran pengajian,

jualan produk pertanian dan perkhidmatan. Sebilangan kecil Badan

Berkanun

Persekutuan menerima sumbangan daripada agensi bukan

Kerajaan. Carta berikut menunjukkan pendapatan janaan sendiri oleh Badan

Berkanun Persekutuan mengikut kementerian pada tahun 2004 dan 2005.

CARTA 4

PENDAPATAN JANAAN SENDIRI OLEH BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

MENGIKUT KEMENTERIAN PADA TAHUN 2004 DAN 2005

30.00

25.11

25.00

20.49

20.00

15.00

10.00

5.00

0.00

Kewa nga n

3.31

Ja b a ta n

Perd a na

Menteri

3.47

Sumb er

Ma nusia

1.88

1.69

1.78

1.64

Penga jia n

Tinggi

5.71

La in-la in

6.02

Tahun 2005

Tahun 2004

Kementerian

13


3.1.3.2 Penyumbang pendapatan janaan sendiri tertinggi adalah Badan

Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kewangan yang menjana

sejumlah RM25.11 bilion pada tahun 2005 yang mana merangkumi 65.8%

daripada jumlah keseluruhan pendapatan janaan sendiri Badan Berkanun

Persekutuan. Ini diikuti oleh Badan Berkanun Persekutuan di bawah Jabatan

Perdana Menteri berjumlah RM3.47 bilion, Kementerian Sumber Manusia

berjumlah RM1.88 bilion dan Kementerian Pengajian Tinggi berjumlah

RM1.69 bilion. Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian

Pelajaran, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertanian Dan Industri

Asas Tani, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Kementerian Belia

Dan Sukan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Kementerian

Pelancongan dan Kementerian Penerangan memperolehi pendapatan

sejumlah RM6.02 bilion.

3.1.3.3 Pada tahun 2005, sebanyak 6 Badan Berkanun Persekutuan

memperolehi pendapatan janaan sendiri melebihi RM1 bilion iaitu Kumpulan

Wang Simpanan Pekerja berjumlah RM13.11 bilion, Bank Negara Malaysia

berjumlah RM10.93 bilion, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

berjumlah RM2.17 bilion, Pertubuhan Keselamatan Sosial berjumlah RM1.87

bilion, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia berjumlah RM1.71 bilion dan

Lembaga Tabung Haji sejumlah RM1.02 bilion.

3.1.4 Analisis Lebihan/(Kurangan) Pendapatan

3.1.4.1 Pada keseluruhannya, Badan Berkanun Persekutuan

memperolehi lebihan pendapatan sejumlah RM19.72 bilion pada tahun 2005

iaitu peningkatan sejumlah RM4.06 bilion atau 25.9% berbanding RM15.66

bilion pada tahun sebelumnya. Pada tahun 2005, sebanyak 70 Badan

Berkanun Persekutuan memperolehi keuntungan sejumlah RM20.09 bilion

berbanding 54 Badan Berkanun Persekutuan yang memperolehi keuntungan

sejumlah RM17.12 bilion pada tahun 2004. Manakala 31 Badan Berkanun

Persekutuan mengalami kerugian sejumlah RM369.11 juta berbanding 46

Badan Berkanun Persekutuan dengan kerugian sejumlah RM1.46 bilion

pada tahun 2004. Jadual 4 menunjukkan prestasi lebihan/(kurangan)

pendapatan Badan Berkanun Persekutuan pada tahun 2004 dan 2005.

14


JADUAL 4

PRESTASI LEBIHAN/(KURANGAN) PENDAPATAN BADAN BERKANUN

PERSEKUTUAN PADA TAHUN 2004 DAN 2005

TAHUN

BADAN BERKANUN

PERSEKUTUAN YANG

MEMPEROLEHI

LEBIHAN PENDAPATAN

BADAN BERKANUN

PERSEKUTUAN YANG

MENGALAMI

KURANGAN

PENDAPATAN

LEBIHAN

PENDAPATAN

KESELURUHAN

JUMLAH

BIL.

JUMLAH

BIL.

JUMLAH

BIL.

(RM JUTA)

(RM JUTA)

(RM JUTA)

2004 17,121.40 54 1,461.55 46 15,659.85 100

2005 20,089.56 70 369.11 31 19,720.45 101

VARIANS 2,968.16 17.3% 1,092.44 74.7% 4,060.60 25.9%

3.1.4.2 Prestasi Badan Berkanun Persekutuan mengikut Kementerian

menunjukkan Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian

Kewangan memperolehi lebihan pendapatan tertinggi berjumlah RM15.91

bilion atau 80.7% daripada jumlah keseluruhan lebihan pendapatan. Ini

diikuti oleh Badan Berkanun Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri

berjumlah RM948.93 juta, Kementerian Sumber Manusia berjumlah

RM861.72 juta dan Kementerian Pengajian Tinggi berjumlah RM516.99 juta.

Butiran lanjut adalah seperti di carta berikut:

15


RM (Bilion)

(Bilion)

CARTA 5

LEBIHAN/(KURANGAN) PENDAPATAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

MENGIKUT KEMENTERIAN PADA TAHUN 2004 DAN 2005

15.91

16.00

14.00

12.48

12.00

10.00

8.00

6.00

4.00

2.00

0.00

(2.00)

Kewa nga n

0.93

Ja b a ta n

Perd a na

Menteri

0.95

0.84

Sumb er

Ma nusia

0.86

(0.13)

Penga jia n

Tinggi

0.52 1.48

1.54

Lain-lain

Tahun 2005

Tahun 2004

Kementerian

3.1.4.3 Analisis selanjutnya mendapati Badan Berkanun Persekutuan di

bawah Kementerian Kewangan mencatatkan peningkatan lebihan

pendapatan paling ketara sejumlah RM3.43 bilion menjadi RM15.91 bilion

berbanding RM12.48 bilion pada tahun 2004. Ini disebabkan oleh

peningkatan lebihan pendapatan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

sejumlah RM1.59 bilion menjadi RM11.89 bilion dan Bank Negara Malaysia

sejumlah RM783.72 juta menjadi RM3.56 bilion pada tahun 2005.

3.1.4.4 Manakala Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian

Pengangkutan mencatatkan penurunan lebihan pendapatan dengan ketara

berjumlah RM206.01 juta atau 46.4% menjadi RM238.01 juta berbanding

RM444.02 juta pada tahun 2004. Ini disebabkan oleh penurunan lebihan

pendapatan yang ketara oleh Perbadanan Aset Keretapi sejumlah RM160.92

juta atau 45.6% menjadi RM192.31 juta berbanding RM353.23 juta pada

tahun 2004. Selain itu, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan yang

diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri juga mengalami penurunan

lebihan pendapatan sejumlah RM91.98 juta menjadi RM324.90 juta

berbanding RM416.89 juta pada tahun 2004.

16


RM (Bilion)

3.1.4.5 Pada keseluruhannya, prestasi kewangan Badan Berkanun

Persekutuan pada tahun 2005 adalah baik dengan peningkatan

pendapatan sejumlah RM6.68 bilion atau 17.1% menjadi RM45.64 bilion.

Peningkatan ini disumbangkan oleh pendapatan janaan sendiri

sejumlah RM38.17 bilion atau 83.6% daripada jumlah pendapatan

Badan Berkanun Persekutuan. Bagaimanapun, sebanyak 31 Badan

Berkanun Persekutuan yang mengalami kerugian berbanding 46 Badan

Berkanun Persekutuan pada tahun 2004.

3.1.5 Analisis Kumpulan Wang Terkumpul

3.1.5.1 Kumpulan wang terkumpul Badan Berkanun Persekutuan pada

tahun 2005 adalah berjumlah RM121.48 bilion iaitu penurunan sejumlah

RM8.69 bilion atau 6.7% berbanding RM130.17 bilion pada tahun 2004.

Kumpulan wang terkumpul ini terdiri daripada modal berbayar, rizab am,

lebihan/(kurangan) pendapatan semasa dan yang dibawa dari tahun

sebelumnya. Ini tidak mengambil kira kumpulan wang lain seperti Kumpulan

Wang Pinjaman Kenderaan, Kumpulan Wang Pinjaman Komputer dan

Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan. Carta berikut menunjukkan jumlah

kumpulan wang terkumpul Badan Berkanun Persekutuan mengikut

kementerian pada tahun 2004 berbanding tahun 2005.

CARTA 6

KUMPULAN WANG TERKUMPUL BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

MENGIKUT KEMENTERIAN PADA TAHUN 2004 DAN 2005

60.00

53.80

50.00

40.30

40.00

30.00

20.00

23.19

25.31

17.57 17.84

11.96 12.82 23.65

25.21

10.00

0.00

Kewangan

Tahun 2004 Tahun 2005

Jabatan Perdana

M enteri

Pengajian Tinggi Sumber M anusia Lain-lain

Kementerian

17


3.1.5.2 Berdasarkan carta 6, Badan Berkanun Persekutuan di bawah

Kementerian Kewangan mempunyai kumpulan wang terkumpul yang

tertinggi berjumlah RM40.30 bilion, diikuti oleh Badan Berkanun Persekutuan

di bawah Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM25.31 bilion, Kementerian

Pengajian Tinggi berjumlah RM17.84 bilion dan Kementerian Sumber

Manusia berjumlah RM12.82 bilion.

3.1.5.3 Bagaimanapun, Badan Berkanun Persekutuan di bawah

Kementerian Kewangan mencatatkan penurunan paling ketara sejumlah

RM13.50 bilion atau 25.1%. Ini disebabkan penurunan kumpulan wang

terkumpul Bank Negara Malaysia sejumlah RM13.45 bilion atau 26%

menjadi RM38.21 bilion berikutan perubahan ketara dalam kadar pertukaran

asing hasil daripada penilaian semula aset luar negara. Selain itu, Badan

Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kerja Raya mencatatkan

penurunan sejumlah RM87.30 juta menjadi RM619.10 juta, Kementerian

Pertahanan sejumlah RM55.71 juta menjadi RM1.20 bilion dan Kementerian

Sumber Asli Dan Alam Sekitar sejumlah RM6.30 juta menjadi RM227.83 juta

pada tahun 2005.

3.1.5.4 Badan Berkanun Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri

menunjukkan peningkatan sejumlah RM2.13 bilion atau 9.2% menjadi

RM25.31 bilion. Ini disebabkan peningkatan kumpulan wang terkumpul

Lembaga Tabung Haji sejumlah RM1.26 bilion atau 10.1% menjadi RM13.68

bilion.

3.1.5.5 Sehingga 31 Disember 2005, sebanyak 3 Badan Berkanun

Persekutuan masih mengalami defisit kumpulan wang terkumpul berbanding

4 Badan Berkanun Persekutuan pada tahun 2004. Badan Berkanun

Persekutuan tersebut adalah Bank Pertanian Malaysia berjumlah RM673.45

juta, Lembaga Lebuhraya Malaysia berjumlah RM63.80 juta dan Lembaga

Kemajuan Kelantan Selatan berjumlah RM57.83 juta. Daripada 3 Badan

Berkanun Persekutuan tersebut, Bank Pertanian Malaysia menunjukkan

pengurangan defisit kumpulan wang terkumpul sejumlah RM69.02 juta dan

Lembaga Lebuhraya Malaysia sejumlah RM959,455 berbanding tahun 2004.

Bagaimanapun, kedudukan kumpulan wang terkumpul Lembaga Kemajuan

Kelantan Selatan terus merosot sejumlah RM13.16 juta berbanding tahun

lepas. Kedudukan ini boleh menjejaskan usaha berterusan Badan Berkanun

Persekutuan tersebut jika usaha untuk meningkatkan prestasi kewangan

tidak diambil segera.

18


3.1.6 Analisis Aset

3.1.6.1 Aset Badan Berkanun Persekutuan merupakan aset tetap dan

semasa yang terdiri daripada hartanah dan peralatan, pelaburan syarikat

subsidiari dan bersekutu, penghutang, tunai dan simpanan tetap.

3.1.6.2 Pada tahun 2005, aset Badan Berkanun Persekutuan telah

mencatat peningkatan sejumlah RM51.23 bilion atau 7.7% menjadi

RM712.74 bilion berbanding RM661.51 bilion pada tahun 2004. Kedudukan

aset Badan Berkanun Persekutuan mengikut kementerian ditunjukkan di

carta berikut:

CARTA 7

PERATUSAN ASET BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

MENGIKUT KEMENTERIAN

4%

4% 4% 7%

Kewangan

Pembangunan Usahawan

dan Koperasi

Pengajian Tinggi

Jabatan Perdana M enteri

81%

Kementerian Lain

3.1.6.3 Berdasarkan carta 7, sebanyak 80.6% merupakan aset Badan

Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kewangan berjumlah

RM574.64 bilion diikuti oleh Kementerian Pembangunan Usahawan Dan

Koperasi sebanyak 4.4% yang berjumlah RM32.06 bilion. Nilai aset tertinggi

yang dimiliki oleh Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian

Kewangan adalah Bank Negara Malaysia berjumlah RM295.43 bilion diikuti

oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berjumlah RM263.80 bilion.

3.1.6.4 Aset utama Badan Berkanun Persekutuan adalah merupakan

pelaburan, wang tunai dan simpanan tetap. Pelaburan Badan Berkanun

Persekutuan pula terdiri daripada pelaburan ekuiti, pasaran wang, hartanah,

bon, Sekuriti Kerajaan Malaysia serta pemberian pinjaman. Berdasarkan

analisis, pelaburan Badan Berkanun Persekutuan adalah berjumlah

RM537.47 bilion atau 75.4% daripada jumlah keseluruhan aset. Ini

menunjukkan peningkatan pelaburan sejumlah RM67.12 bilion atau 14.3%

berbanding RM470.35 bilion pada tahun 2004. Carta berikut menunjukkan

pelaburan mengikut kementerian:

19


CARTA 8

PERATUSAN PELABURAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

MENGIKUT KEMENTERIAN

2% 2%1%1%

Kewangan

Jabatan Perdana M enteri

Sumber M anusia

Pembangunan Usahawan

94%

Kementerian Lain

3.1.6.5 Pada tahun 2005, Badan Berkanun Persekutuan di bawah

Kementerian Kewangan mempunyai pelaburan tertinggi berjumlah

RM506.08 bilion atau 94.1% daripada jumlah keseluruhan pelaburan Badan

Berkanun Persekutuan. Di bawah Kementerian Kewangan, Bank Negara

Malaysia mempunyai pelaburan tertinggi berjumlah RM256.20 bilion diikuti

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berjumlah RM241.86 bilion.

3.1.6.6 Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan

Perladangan Dan Komoditi telah menunjukkan peningkatan pelaburan yang

ketara sejumlah RM48.51 juta atau 67.8% menjadi RM120.06 juta

berbanding RM71.55 juta pada tahun 2004. Peningkatan ini adalah daripada

pelaburan dalam bon oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

3.1.6.7 Komponen aset kedua tertinggi yang dimiliki oleh Badan

Berkanun Persekutuan adalah wang tunai dan simpanan tetap berjumlah

RM78.19 bilion yang mewakili 11% daripada jumlah aset. Bagaimanapun,

wang tunai dan simpanan tetap telah menunjukkan penurunan yang ketara

berjumlah RM33.72 bilion atau 30.1% berbanding RM111.91 bilion pada

tahun 2004. Kedudukan wang tunai dan simpanan tetap mengikut

kementerian adalah seperti di carta berikut:

CARTA 9

PERATUSAN WANG TUNAI DAN SIMPANAN TETAP

BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN MENGIKUT KEMENTERIAN

6%

5%

11%

Kewangan

Jabatan Perdana M enteri

8%

Pengajian Tinggi

Pembangunan Usahawan

dan Koperasi

Kementerian Lain

70%

20


3.1.6.8 Berdasarkan carta 9, Badan Berkanun Persekutuan di bawah

Kementerian Kewangan memiliki wang tunai dan simpanan tetap yang

tertinggi iaitu RM54.48 bilion atau 69.6%. Bank Negara Malaysia merupakan

pemegang wang tunai dan simpanan tetap tertinggi berjumlah RM35.94

bilion diikuti oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berjumlah RM16.76

bilion. Bagaimanapun, Bank Negara Malaysia telah menunjukkan penurunan

wang tunai dan simpanan tetap yang ketara iaitu RM27.29 bilion atau 43.2%

menjadi RM35.94 bilion berbanding RM63.23 bilion pada tahun 2004.

3.1.6.9 Selain itu, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia di

bawah Kementerian Pelancongan telah menunjukkan peningkatan tunai dan

simpanan tetap yang ketara melebihi 100% iaitu meningkat sejumlah

RM99.95 juta menjadi RM164.29 juta berbanding RM64.34 juta pada tahun

2004.

3.1.7 Analisis Liabiliti

3.1.7.1 Liabiliti jangka panjang dan jangka pendek Badan Berkanun

Persekutuan adalah terdiri daripada komponen utama seperti pinjaman,

overdraf, pemiutang, deposit dan pendahuluan. Pada tahun 2005, liabiliti

Badan Berkanun Persekutuan meningkat sejumlah RM33.44 bilion atau

11.7% daripada RM286.95 bilion pada tahun 2004 menjadi RM320.39 bilion.

Kedudukan liabiliti Badan Berkanun Persekutuan mengikut kementerian

ditunjukkan di carta berikut:

CARTA 10

PERATUSAN LIABILITI BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

MENGIKUT KEMENTERIAN

9%

2% 2% 3%

Kewangan

Pembangunan Usahawan dan

Koperasi

Pengajian Tinggi

Pertanian dan Industri Asas Tani

84%

Kementerian Lain

3.1.7.2 Berdasarkan carta 10, Kementerian Kewangan mempunyai liabiliti

tertinggi berjumlah RM271.49 bilion atau 84.5% daripada jumlah keseluruhan

liabiliti Badan Berkanun Persekutuan. Daripada jumlah tersebut, Bank

Negara Malaysia mempunyai liabiliti tertinggi sejumlah RM257.22 bilion yang

21


antaranya terdiri daripada deposit oleh bank perdagangan, syarikat

kewangan dan bank saudagar, deposit oleh Kerajaan Malaysia dan deposit

lain.

3.1.7.3 Selain itu, Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian

Pelancongan iaitu Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia telah

mengalami peningkatan liabiliti yang ketara melebihi 100% iaitu sejumlah

RM75.20 juta menjadi RM149.09 juta berbanding RM73.89 juta pada tahun

2004. Punca peningkatan liabiliti disebabkan oleh pelbagai pemiutang yang

belum dijelaskan setakat 31 Disember 2005.

3.1.7.4 Penurunan ketara jumlah liabiliti ditunjukkan oleh Lembaga Letrik

Sabah di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi yang menurun

sejumlah RM42.35 juta atau 91.8% menjadi RM3.76 juta berbanding

RM46.11 juta pada tahun 2004. Ini disebabkan Lembaga telah membuat

pembayaran kepada Sabah Electricity Sdn. Bhd. bagi Konsesi Sambungtara

Labuan Beaufort.

3.1.7.5 Berdasarkan analisis, pinjaman oleh Badan Berkanun

Persekutuan berjumlah RM11.94 bilion iaitu 3.7% daripada jumlah liabiliti

pada tahun 2005. Pinjaman ini telah mencatatkan peningkatan sejumlah

RM4.89 bilion atau 69.4% berbanding RM7.05 bilion pada tahun

sebelumnya. Analisis menunjukkan hanya 26 daripada 101 Badan Berkanun

Persekutuan mempunyai pinjaman setakat 31 Disember 2005. Carta berikut

menunjukkan pinjaman oleh Badan Berkanun Persekutuan mengikut

kementerian:

CARTA 11

PERATUSAN PINJAMAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

MENGIKUT KEMENTERIAN

8%

4%

9%

48%

Pengajian Tinggi

Pengangkutan

Kerja Raya

Pertanian dan Industri Asas Tani

31%

Kementerian Lain

3.1.7.6 Berdasarkan carta 11, Badan Berkanun Persekutuan di bawah

Kementerian Pengajian Tinggi mempunyai pinjaman tertinggi berjumlah

RM5.64 bilion atau 47.5%, diikuti oleh Kementerian Pengangkutan sejumlah

22


RM3.72 bilion atau 31.1% dan Kementerian Kerja Raya sejumlah RM921.21

juta atau 7.7%.

3.1.7.7 Pada tahun 2005, peningkatan pinjaman yang ketara ditunjukkan

oleh Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan

dan Kementerian Pengajian Tinggi dengan peningkatan melebihi 100%. Bagi

Kementerian Pengangkutan, pinjaman telah meningkat sejumlah RM2 bilion

menjadi RM3.72 bilion berbanding RM1.72 bilion pada tahun 2004. Punca

utama peningkatan adalah disebabkan Lembaga Pelabuhan Kelang perlu

membayar balik kos perolehan tanah dan perbelanjaan pembangunan

kawasan perdagangan bebas cukai kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. dalam

tempoh 15 tahun pada kadar 7.5% setahun atas baki kos tanah. Selain itu,

bagi Kementerian Pengajian Tinggi, jumlah pinjaman meningkat sejumlah

RM2.99 bilion menjadi RM5.64 bilion berbanding RM2.65 bilion pada tahun

sebelumnya. Punca utama peningkatan adalah disebabkan pinjaman

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) telah meningkat

sejumlah RM3 bilion menjadi RM5.50 bilion berbanding RM2.50 bilion pada

tahun 2004. Pinjaman PTPTN adalah terdiri daripada Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja berjumlah RM5 bilion dan Kumpulan Wang Amanah

Pencen berjumlah RM0.50 bilion.

3.1.7.8 Selain itu, sebanyak 3 Badan Berkanun Persekutuan telah

menjelaskan semua pinjaman pada tahun 2005 iaitu Lembaga Jurukur

Tanah Semenanjung Malaysia (Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar)

berjumlah RM2.49 juta, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

Malaysia (Kementerian Kerja Raya) berjumlah RM4 juta dan Lembaga Letrik

Sabah (Kementerian Tenaga, Air Dan Komunikasi) berjumlah RM8.03 juta.

3.1.8 Analisis Tanggungan Luar Jangka

3.1.8.1 Setakat 31 Disember 2005, sebanyak 17 daripada 101 Badan

Berkanun Persekutuan mempunyai tanggungan luar jangka berjumlah

RM9.39 bilion dengan penurunan sejumlah RM1.31 bilion atau 12.2%

berbanding RM10.70 bilion pada tahun 2004. Bank Negara Malaysia

mempunyai tanggungan luar jangka tertinggi berjumlah RM7.04 bilion diikuti

oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) berjumlah RM1.27

bilion dan Bank Simpanan Nasional berjumlah RM524.78 juta.

3.1.8.2 Tanggungan luar jangka Bank Negara Malaysia merupakan

kewajipan membayar sepenuhnya jumlah kuota Malaysia di Tabung

Kewangan Antarabangsa berjumlah RM6.98 bilion dan bayaran terhadap

bahagian yang belum matang berjumlah RM65.23 juta bagi 3,000 unit saham

yang dipegang di Bank For International Settlement. Sebahagian besar

tanggungan luar jangka PERDA disebabkan oleh tuntutan pihak ketiga

23


terhadap kegagalan PERDA untuk melaksanakan projek penswastaan.

Tanggungan luar jangka bagi Bank Simpanan Nasional merupakan pinjaman

yang telah diluluskan tetapi masih belum dikeluarkan pada tahun 2005.

Butiran lanjut mengenai 6 Badan Berkanun Persekutuan yang mempunyai

tanggungan luar jangka tertinggi adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 5

TANGGUNGAN LUAR JANGKA BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

NAMA AGENSI

2004

(RM Juta)

2005

(RM Juta)

Bank Negara Malaysia 5,841.79 7,042.96

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1,269.89 1,267.19

Bank Simpanan Nasional 188.98 524.78

Majlis Amanah Rakyat 357.08 357.64

Lembaga Lebuhraya Malaysia 57.41 83.43

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia 32.59 39.67

JUMLAH 7,747.74 9,315.67

3.2 PRESTASI PENGGUNAAN GERAN PEMBANGUNAN

Pada tahun 2005, sebanyak 47 daripada 101 Badan Berkanun Persekutuan telah

menerima geran pembangunan berjumlah RM3.52 bilion. Jumlah ini meningkat

berbanding tahun 2004 yang mana 54 daripada 100 Badan Berkanun Persekutuan

tersebut telah menerima geran pembangunan berjumlah RM2.75 bilion setelah

mengambil kira pelarasan tahun lepas. Analisis prestasi penggunaan geran

pembangunan dibuat terhadap Badan Berkanun Persekutuan di bawah 4

Kementerian iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi,

Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

serta Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi. Analisis menunjukkan

perkara berikut:

3.2.1 Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

Program pembangunan yang dijalankan oleh Badan Berkanun Persekutuan di

bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi merangkumi

pendidikan dan pembangunan usahawan luar bandar, latihan serta pendidikan

kepada koperasi seluruh negara.

Pada tahun 2005, geran pembangunan yang diterima oleh Badan Berkanun

Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

berjumlah RM909.45 juta. Perbelanjaan sebenar bagi program pembangunan

Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian ini berjumlah RM181.12

juta. Manakala Majlis Amanah Rakyat telah menerima geran tertinggi berjumlah

RM908.61 juta pada tahun 2005 untuk membiayai aktiviti pelajaran menengah,

latihan kemahiran, pendidikan profesional, bimbingan usahawan, bangunan

perniagaan dan pengangkutan. Baki geran yang masih belum dibelanja untuk

24


projek pembangunan yang belum selesai berjumlah RM6.68 bilion sehingga

akhir tahun 2005.

3.2.2 Kementerian Pengajian Tinggi

Geran pembangunan yang disalur kepada Badan Berkanun Persekutuan di

bawah Kementerian Pengajian Tinggi adalah untuk melaksana projek

pembinaan kampus tetap universiti, menaik taraf bangunan, membaik pulih

peralatan, membeli kelengkapan pendidikan, peralatan makmal, penyelidikan

dan meningkatkan rangkaian komunikasi maklumat. Geran pembangunan yang

diterima oleh semua Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian

Pengajian Tinggi pada tahun 2005 berjumlah RM929.51 juta berbanding tahun

2004 sejumlah RM677.77 juta iaitu peningkatan RM251.74 juta atau 37.1%.

Universiti Malaysia Sarawak merupakan penerima geran pembangunan tertinggi

bagi tahun 2005 iaitu berjumlah RM320.87 juta berbanding RM168.61 juta pada

tahun 2004. Penerimaan geran ini adalah khusus untuk pembangunan kampus,

kemudahan peralatan pengajaran dan penyelidikan. Perbelanjaan sebenar bagi

program pembangunan Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian ini

berjumlah RM329.60 juta. Daripada jumlah tersebut, Universiti Teknologi MARA

membelanjakan RM98.51 juta iaitu perbelanjaan tertinggi di bawah Kementerian

Pengajian Tinggi. Analisis menunjukkan perbelanjaan geran pembangunan

Universiti Teknologi MARA adalah khusus untuk perkembangan prasarana,

pembangunan sistem dan pembelian aset. Baki geran pembangunan

keseluruhan Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengajian

Tinggi pada akhir tahun 2005 berjumlah RM8.49 bilion.

3.2.3 Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

Program pembangunan yang dijalankan oleh Badan Berkanun Persekutuan di

bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ialah antaranya

memajukan masyarakat luar bandar dalam semua bidang sosio ekonomi melalui

usaha pembangunan manusia dan ekonomi dengan tumpuan kepada

peningkatan taraf hidup. Selain itu, program tersebut juga meliputi

pembangunan industri, perumahan dan kemudahan infrastruktur.

Geran pembangunan yang diterima oleh semua Badan Berkanun Persekutuan

di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah pada tahun 2005

berjumlah RM54.45 juta berbanding RM199.81 juta pada tahun sebelumnya.

Pada tahun 2005, Badan Berkanun Persekutuan yang menerima geran tertinggi

adalah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) berjumlah RM13.54

juta. Geran ini diterima bagi melaksanakan projek pembangunan perumahan,

pembayaran faedah atas pinjaman Kerajaan Persekutuan, projek komersial dan

program pembangunan kawasan bandar dan luar bandar. (PERDA telah diletak

25


di bawah tanggungjawab Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana

Menteri mulai 15 Ogos 2005).

Pada tahun 2005, perbelanjaan sebenar bagi program pembangunan Badan

Berkanun Persekutuan di bawah kementerian ini berjumlah RM73.91 juta. Baki

geran pembangunan bagi semua Badan Berkanun Persekutuan di bawah

kementerian ini berjumlah RM599.66 juta pada akhir tahun 2005 belum

dibelanjakan sepenuhnya disebabkan projek yang dirancang di bawah program

pembangunan belum selesai dilaksanakan.

3.2.4 Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

Program pembangunan yang dilaksanakan oleh Badan Berkanun Persekutuan

di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi antaranya

mempromosi dan meningkatkan industri getah dan tembakau.

Pada tahun 2005, Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian

Perusahaan Perladangan Dan Komoditi hanya menerima geran pembangunan

sejumlah RM54.02 juta berbanding RM73.84 juta pada tahun 2004. Daripada

jumlah tersebut, Lembaga Tembakau Negara menerima geran tertinggi iaitu

sejumlah RM25.53 juta. Manakala jumlah perbelanjaan pembangunan Badan

Berkanun Persekutuan di Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

berjumlah RM45.93 juta. Perbelanjaan geran pembangunan tertinggi dibuat oleh

Lembaga Tembakau Negara berjumlah RM26.29 juta antaranya bagi tujuan

program pengairan dan perparitan, pembangunan pengawetan/penanam

pengawet, hutan tani dan penyuburan tanah. Baki geran pembangunan bagi

Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan

Dan Komoditi pada akhir tahun 2005 berjumlah RM264.80 juta.

3.3 PRESTASI SYARIKAT SUBSIDIARI

3.3.1 Pada tahun 2005, secara keseluruhannya sebanyak 34 Badan

Berkanun Persekutuan telah melabur dalam 113 syarikat subsidiari dengan

pegangan ekuiti melebihi 51% berbanding 116 syarikat subsidiari pada tahun

2004. Sebanyak 54 daripada 113 syarikat subsidiari telah mencatat keuntungan

berjumlah RM839.90 juta pada tahun 2005. Keuntungan syarikat subsidiari ini

telah meningkat sejumlah RM67.94 juta atau 8.8% berbanding RM771.96 juta

pada tahun 2004. Manakala 42 syarikat subsidiari telah mengalami kerugian

berjumlah RM83.97 juta pada tahun 2005 berbanding kerugian pada tahun 2004

berjumlah RM74.20 juta bagi 49 syarikat subsidiari. Kedudukan syarikat

subsidiari yang mengalami keuntungan dan kerugian pada tahun 2004 dan 2005

adalah seperti di jadual berikut:

26


JADUAL 6

KEUNTUNGAN DAN KERUGIAN SYARIKAT SUBSIDIARI

TAHUN

BILANGAN

KEUNTUNGAN

JUMLAH

(RM Juta)

BILANGAN

KERUGIAN

JUMLAH

(RM Juta)

2004 56 771.96 49 74.20

2005 54 839.90 42 83.97

3.3.2 Berdasarkan analisis terhadap 113 syarikat subsidiari pada

tahun 2005, sebanyak 85 syarikat subsidiari adalah aktif dari segi operasi,

satu baru ditubuhkan, 10 telah berhenti operasi dan 17 tidak aktif.

3.4 RUMUSAN

Pada tahun 2005, prestasi kewangan Badan Berkanun Persekutuan secara

keseluruhannya adalah baik. Pendapatan Badan Berkanun Persekutuan

berjumlah RM45.64 bilion meningkat sejumlah RM6.68 bilion atau 17.1%

berbanding RM38.96 tahun 2004. Sebahagian besar peningkatan ini merupakan

pendapatan janaan sendiri iaitu RM38.17 bilion atau 83.6% daripada jumlah

pendapatan pada tahun 2005. Begitu juga aset Badan Berkanun Persekutuan

telah mencatat peningkatan sejumlah RM51.23 bilion atau 7.7% menjadi

RM712.74 bilion berbanding RM661.51 bilion pada tahun 2004. Bagaimanapun,

liabiliti Badan Berkanun Persekutuan telah meningkat sejumlah RM33.44 bilion

atau 11.7% menjadi RM320.39 bilion berbanding RM286.95 bilion pada tahun

2004.

Bagi prestasi penggunaan geran pembangunan di bawah 4 Kementerian,

analisis mendapati Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

menerima geran tertinggi melalui Majlis Amanah Rakyat berjumlah RM908.61

juta. Pada 31 Disember 2005, baki kumpulan wang pembangunan untuk 4

kementerian tersebut adalah berjumlah RM16.03 bilion. Baki kumpulan wang

pembangunan yang tinggi ini adalah disebabkan oleh aset yang dibeli masih

belum dilunaskan sepenuhnya mengikut jangka hayat aset berkenaan dan

projek pembangunan yang belum selesai, terbengkalai atau belum dimulakan.

Di samping itu, prestasi syarikat subsidiari Badan Berkanun Persekutuan adalah

lebih baik berbanding tahun sebelumnya dengan keuntungan meningkat

sejumlah RM67.94 juta menjadi RM839.90 juta pada tahun 2005.

Bagaimanapun, 42 syarikat subsidiari telah mengalami kerugian pada tahun

2005 yang berjumlah RM83.97 juta berbanding 49 syarikat subsidiari dengan

kerugian berjumlah RM74.20 juta pada tahun 2004.

27


PENUTUP

31


PENUTUP

Tahun 2006 merupakan tahun pertama penyediaan laporan secara berasingan iaitu

Laporan Pengesahan Penyata Kewangan Dan Prestasi Kewangan dan Laporan Aktiviti

Badan Berkanun Persekutuan. Laporan Pengesahan Penyata Kewangan Dan Prestasi

Kewangan adalah untuk melaporkan kedudukan terkini mengenai penyerahan dan

pengesahan penyata kewangan Badan Berkanun Persekutuan pada tahun pengauditan

yang sama. Berdasarkan penyata kewangan yang diaudit, analisis dapat dibuat

terhadap prestasi kewangan Badan Berkanun Persekutuan.

Pada keseluruhannya, prestasi penyediaan penyata kewangan oleh Badan Berkanun

Persekutuan adalah baik. Sehubungan itu, semua Ketua Eksekutif Badan Berkanun

Persekutuan perlu memastikan penyata kewangan disediakan mengikut piawaian

perakaunan yang diluluskan bagi memberi gambaran yang benar dan saksama

mengenai kedudukan kewangan Badan Berkanun Persekutuan.

JABATAN AUDIT NEGARA

Putrajaya

8 Disember 2006

31


LAMPIRAN A

SENARAI BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN


LAMPIRAN A

SENARAI KEMENTERIAN, BADAN BERKANUN DAN KUMPULAN WANG PERSEKUTUAN

A

JABATAN PERDANA MENTERI

1 LEMBAGA TABUNG HAJI (LTH)

2 MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

3 KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA

DAN YANG DIPERTUA-YANG DIPERTUA NEGERI

(BIASISWA RAJA-RAJA)

4 PERBADANAN PUTRAJAYA

5 LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA)

6 SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM)

7 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)

B

KEMENTERIAN PERTAHANAN

8 LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT)

9 PERBADANAN PERWIRA NIAGA MALAYSIA (PERNAMA)

10 PERBADANAN PERWIRA HARTA MALAYSIA (PPHM)

11 PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA

(PERHEBAT)

C

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

12 PERBADANAN ASET KERETAPI (PAK)

13 LEMBAGA PELABUHAN KELANG (LPK)

14 SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG (SPPP)

15 LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN (LPKUANTAN)

16 LEMBAGA PELABUHAN JOHOR (LPJOHOR)

17 LEMBAGA PELABUHAN BINTULU, SARAWAK (LPB)

18 LEMBAGA PELABUHAN KEMAMAN (LP KEMAMAN)

19 LEMBAGA PELABUHAN JOHOR TANJONG PELEPAS

(LPJOHOR-TG. PELEPAS)

20 SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG - TELUK EWA

(SPPP - TELUK EWA)

35


LAMPIRAN A

D

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

21 AKADEMI SAINS MALAYSIA (ASM)

22 LEMBAGA PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN TIMAH (TIMAH)

23 LEMBAGA JURUKUR TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA (JURUKUR)

24 LEMBAGA PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN PERHUTANAN

MALAYSIA (FRIM)

E

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

25 LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA

(LPPKN)

26 LEMBAGA WAKAF ORANG-ORANG HINDU PULAU PINANG

(WAKAF HINDU)

F

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

27 PERBADANAN PRODUKTIVITI NEGARA (NPC)

28 LEMBAGA KEMAJUAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (MIDA)

29 PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA

(MATRADE)

30 PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

(SMIDEC)

G

KEMENTERIAN KEWANGAN

31 BANK NEGARA MALAYSIA (BNM)

32 KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

33 BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

34 LEMBAGA TOTALISATOR MALAYSIA (LTM)

35 YAYASAN TUN RAZAK (YTR)

36 LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LADA)

37 INSTITUT AKAUNTAN MALAYSIA (MIA)

38 LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN

(LOFSA)

39 LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN)

40 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM)

36


LAMPIRAN A

H

KEMENTERIAN PENERANGAN

41 PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)

I

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

42 PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PERKESO)

J

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

43 LEMBAGA GETAH MALAYSIA (LGM)

44 LGM PROPERTIES

45 LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOB)

46 LEMBAGA TEMBAKAU NEGARA (LTN)

47 LEMBAGA KOKO MALAYSIA (KOKO)

48 RRIM CONSULT CORPORATION

49 LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (KAYU)

K

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

50 BANK PERTANIAN MALAYSIA (BPM)

51 LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM)

52 LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG (LPP)

53 LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA)

54 LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA (MADA)

55 YAYASAN PELAJARAN PERSATUAN PELADANG DAN

PERTUBUHAN PELADANG MADA (YP MADA)

56 LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU (KADA)

57 JEMAAH PEMASARAN LADA HITAM (JPLH)

58 INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA

(MARDI)

59 LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (NANAS)

L

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI

60 LEMBAGA LETRIK SABAH (LLS)

37


LAMPIRAN A

M

KEMENTERIAN KERJA RAYA

61 LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (LLM)

62 LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)

N

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

63 MAJLIS SUKAN NEGARA (MSN)

64 PERBADANAN STADIUM MERDEKA (PSM)

65 PERBADANAN PADANG GOLF SUBANG

O

KEMENTERIAN PELANCONGAN

66 LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA (TDC)

P

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

67 MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

68 BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (BANK RAKYAT)

69 MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA (MKM)

Q

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

70 YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN (YTAR)

71 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

72 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

73 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

74 UNIVERSITI MALAYA (UM)

75 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

76 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

77 PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM)

78 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

79 UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)

80 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

81 LEMBAGA AKREDITASI NEGARA (LAN)

82 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

38


LAMPIRAN A

83 PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

84 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA (KUIM)

85 KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN (KUiTTHO)

86 KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA (KUTKM)

87 KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI MALAYSIA (KUSTEM)

88 KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN TEKNOLOGI MALAYSIA (KUKTEM)

89 KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA (KUKUM)

R

KEMENTERIAN PELAJARAN

90 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

91 KUMPULAN WANG SIMPANAN GURU-GURU (KWSG)

92 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)

S

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

93 PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

PERUSAHAAN GETAH (RISDA)

94 LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH)

95 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)

96 LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

97 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (KESEDAR)

T

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

98 SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

99 PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (PHIM)

U

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN

100 LEMBAGA AMANAH BALAI SENI LUKIS NEGARA (SENI LUKIS)

101 PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)

102 PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA (KRAFTANGAN)

39


LAMPIRAN A

KUMPULAN WANG

1 YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YPEIM)

2 KUMPULAN WANG AMANAH NEGARA (KWAN)

3 AKAUN KEBAJIKAN KAKITANGAN BANK NEGARA MALAYSIA (SWA)

4 TABUNG AMANAH PENCEN BRITISH-BORNEO (TAPBB)

5 KUMPULAN WANG JUBLI PERAK PULAU PINANG DAN

SEBERANG PRAI (JUBLI PERAK)

6 KUMPULAN WANG SKIM JAMINAN INSURANS AM - AWAM (KWSJIA)

7 AKAUN DEPOSIT INSURANS (ADI)

8 INDUSTRIAL ADJUSTMENT FUND (IAF)

9 KUMPULAN WANG SKIM JAMINAN INSURANS HAYAT (KWSJIH)

10 KUMPULANWANG PENCEN BALU DAN ANAK YATIM SABAH (BALU SABAH)

11 KUMPULANWANG PENCEN BALU DAN ANAK YATIM SARAWAK (BALU SARAWAK)

40


LAMPIRAN B

PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN

BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN DI PARLIMEN

KEDUDUKAN SETAKAT BULAN NOVEMBER 2006


LAMPIRAN B

PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN DI PARLIMEN

KEDUDUKAN SETAKAT BULAN NOVEMBER 2006

BADAN BERKANUN

BILANGAN

AKAUN

YANG

TERLIBAT

PENYATA

KEWANGAN

TAHUNAN

YANG

BELUM

DIBENTANG

A

JABATAN PERDANA MENTERI

1 KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI RAJA- 1 2005

RAJA DAN YANG DIPERTUA - YANG DIPERTUA NEGERI

(BIASISWA RAJA-RAJA)

2 PERBADANAN PUTRAJAYA 1 2005

3 LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA) 1 2005

4 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA) 1 2005

B

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

5 PERBADANAN ASET KERETAPI (PAK) 1 2005

6 LEMBAGA PELABUHAN KELANG (LPK) 1 2005

7 SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG (SPPP) 1 2005

8 LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN (LP KUANTAN) 1 2005

9 LEMBAGA PELABUHAN JOHOR (LP JOHOR) 1 2005

10 LEMBAGA PELABUHAN BINTULU, SARAWAK (LPB) 1 2005

11 LEMBAGA PELABUHAN KEMAMAN (LP KEMAMAN) 1 2005

12 LEMBAGA PELABUHAN JOHOR TANJONG PELEPAS 1 2005

(LP JOHOR-TG. PELEPAS)

13 SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG-TELUK EWA 1 2005

(SPPP – TELUK EWA)

C

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

14 LEMBAGA PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN TIMAH (TIMAH) 1 2005

15 LEMBAGA JURUKUR TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA 1 2005

(JURUKUR)

16 LEMBAGA PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN 1 2005

PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)

D

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

17 LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA 1 2005

NEGARA (LPPKN)

18 LEMBAGA WAKAF ORANG-ORANG HINDU PULAU PINANG 1 2005

(WAKAF HINDU)

E

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

19 PERBADANAN PRODUKTIVITI NEGARA (NPC) 1 2005

20 LEMBAGA KEMAJUAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (MIDA) 1 2005

21 PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR 1 2005

MALAYSIA (MATRADE)

22 PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN 1 2005

SEDERHANA (SMIDEC)

43


LAMPIRAN B

F

KEMENTERIAN KEWANGAN

BADAN BERKANUN

BILANGAN

AKAUN

YANG

TERLIBAT

PENYATA

KEWANGAN

TAHUNAN

YANG

BELUM

DIBENTANG

23 LEMBAGA TOTALISATOR MALAYSIA (LTM) 1 2005

24 YAYASAN TUN RAZAK (YTR) 1 2005

25 LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LADA) 1 2005

26 LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN) 1 2005

G

KEMENTERIAN PENERANGAN

27 PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA) 1 2005

H

I

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

28 PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1 2005

(PERKESO)

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

29 LEMBAGA GETAH MALAYSIA (LGM) 1 2005

30 LGM PROPERTIES 1 2005

31 LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOB) 1 2005

32 LEMBAGA TEMBAKAU NEGARA (LTN) 1 2005

33 LEMBAGA KOKO MALAYSIA (KOKO) 1 2005

34 RRIM CONSULT CORPORATION 1 2005

35 LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (KAYU) 1 2005

J

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

36 BANK PERTANIAN MALAYSIA (BPM) 1 2005

37 LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM) 1 2005

38 LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG (LPP) 1 2005

39 LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN

(FAMA)

1 2005

40 LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA (MADA) 1 2005

41 YAYASAN PELAJARAN PERSATUAN PELADANG DAN 1 2005

PERTUBUHAN PELADANG MADA (YP MADA)

42 LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU (KADA) 1 2005

43 JEMAAH PEMASARAN LADA HITAM (JPLH) 1 2005

44 INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN 1 2005

MALAYSIA (MARDI)

45 LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (NANAS) 1 2005

K

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI

46 LEMBAGA LETRIK SABAH (LLS) 1 2005

L

KEMENTERIAN KERJA RAYA

47 LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (LLM) 1 2005

48 LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN 1 2005

MALAYSIA (CIDB)

44


LAMPIRAN B

BADAN BERKANUN

BILANGAN

AKAUN

YANG

TERLIBAT

PENYATA

KEWANGAN

TAHUNAN

YANG

BELUM

DIBENTANG

M

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

49 MAJLIS SUKAN NEGARA (MSN) 1 2005

50 PERBADANAN STADIUM MERDEKA (PSM) 1 2005

N

KEMENTERIAN PELANCONGAN

51 LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA

(TDC)

1 2005

O

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

52 MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) 1 2005

53 YAYASAN PELAJARAN MARA (YPM) 1 2005

54 MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA (MKM) 1 2005

P

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

55 YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN (YTAR) 1 2005

56 UNIVERSITI TEKNOLGI MARA (UiTM) 1 2005

57 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) 1 2005

58 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) 1 2005

59 UNIVERSITI MALAYA (UM) 1 2005

60 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) 1 2005

61 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) 1 2005

62 PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM) 1 2005

63 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) 1 2005

64 UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) 1 2005

65 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) 1 2005

66 LEMBAGA AKREDITASI NEGARA (LAN) 1 2005

67 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 1 2005

68 PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1 2005

(PTPTN)

70 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA (KUIM) 1 2005

71 KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN 1 2005

(KUiTTHO)

72 KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI KEBANGSAAN MALAYSIA 1 2005

(KUTKM)

73 KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI MALAYSIA

(KUSTEM)

74 KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN TEKNOLOGI

MALAYSIA (KUKTEM)

75 KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA

(KUKUM)

1 2005

1 2005

1 2005

45


LAMPIRAN B

Q

KEMENTERIAN PELAJARAN

76 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) 1 2005

77 KUMPULAN WANG SIMPANAN GURU-GURU (KWSG) 1 2005

78 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM) 1 2005

R

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

79 PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL 1 2005

PERUSAHAAN GETAH (RISDA)

80 LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH 1 2005

(KETENGAH)

81 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA) 1 2005

82 LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) 1 2005

83 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (KESEDAR) 1 2005

S

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL

PENGGUNA

84 PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (PHIM) 1 2005

T

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN

85 LEMBAGA AMANAH BALAI SENI LUKIS NEGARA 1 2005

(SENI LUKIS)

86 PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA 1 2005

(FINAS)

87 PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA 1 2005

(KRAFTANGAN)

JUMLAH 87

46

More magazines by this user
Similar magazines