02.06.2015 Views

ucapan ketua audit negara sempena minggu kolokium pengurusan ...

ucapan ketua audit negara sempena minggu kolokium pengurusan ...

ucapan ketua audit negara sempena minggu kolokium pengurusan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA

SEMPENA MINGGU KOLOKIUM PENGURUSAN KEWANGAN

ANJURAN BERSAMA

BAHAGIAN AUDIT DALAM & SIASATAN AM

DAN

BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PERTAHANAN

4 APRIL 2011

Alhamdulillahhirabbil alamin

Wabihi nastain

Yang Berusaha Saudara/Saudari Pengacara Majlis

YB Menteri Pertahanan Malaysia - Dato’Seri Dr. Zahid Hamidi

YBhg Datuk Dr. KSU

YBhg Jen. Tan Sri Panglima Angkatan Tentera Malaysia

YBhg Panglima Tentera Darat/Udara/Laut

Timbalan-Timbalan KSU

Ketua-Ketua Bahagian

Ketua-Ketua Staf Markas ATM

Timbalan-Timbalan Panglima Perkhidmatan

Dato’-Dato’, Tuan-Tuan, Puan-Puan yang saya hormati sekalian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia

Terlebih dahulu ingin saya sampaikan penghormatan dan tabik seluruh warga audit

di atas segala jasa pengorbanan angkatan tentera kita dan warga Mindef yang banyak

berjasa terhadap keamanan dan keselamatan negara. Bersyukur kita ke hadrat Allah

SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua, kita sama-sama dapat

berhimpun pada pagi ini bagi menjayakan “Kolokium Pengurusan Kewangan” yang

dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan. Saya ingin merakamkan jutaan terima

kasih kepada Kementerian Pertahanan di atas penghormatan yang diberikan kepada

saya untuk berucap di hadapan barisan kepimpinan tertinggi Mindef yang

bertemakan kecemerlangan dalam pengurusan kewangan. Sekalung tahniah kepada

jawatankuasa penganjur kolokium ini atas daya usaha mereka memberi fokus

kepada perkongsian maklumat dan pengalaman serta meningkatkan kemahiran bagi

memantapkan lagi akauntabiliti dan integriti di kalangan warga Mindef sekalian.

2. 1 Mindef 1 Integriti 1 Akauntabiliti iaitu satu tajuk atau tema yang menarik

bagi kolokium ini namun ia mungkin dipandang remeh oleh sesetengah pihak dan

mungkin juga kurang menarik bagi para hadirin sekalian sekiranya pendekatan saya

1

pada pagi ini berbentuk theoretical atau rhetoric. Namun bagi saya kolokium ini

melambangkan keprihatinan dan kepekaan warga Mindef terhadap prinsip-prinsip

integriti dan akauntabiliti dalam urusan mereka menerima dan membelanjakan

wang awam dan bermuhasabah ke arah mencemerlangkan pengurusan kewangan

pada keseluruhannya.

3. Sebagai penjawat awam amnya, setiap warga Mindef dituntut untuk

mengamalkan budaya kerja cemerlang dalam kerja seharian mereka. Inti pati

budaya kerja cemerlang ini bagi saya ialah bekerja dengan cepat, tepat, mesra dan

berintegriti, iaitu sentiasa mementingkan kepentingan negara dan pasukan melebihi

kepentingan diri sendiri. Saya percaya kepimpinan Mindef sentiasa menekankan

peri mustahaknya prinsip-prinsip akauntabiliti dan integriti diterapkan dan

diamalkan setiap masa tanpa mengira tinggi rendah pangkat seseorang pekerja itu.

Dengan itu saya percaya mudahlah tadbir urus atau good governance dibudayakan

sekali gus menjamin persepsi Kerajaan, masyarakat, media dan pihak-pihak yang lain

terhadap Mindef sentiasa positif, dihargai dan disanjung.

4. Dalam konteks pengurusan kewangan ini dan berasaskan pengauditan

kewangan dan pengauditan prestasi bagi 5 tahun kebelakangan ini saya dapat

merumuskan beberapa persepsi terhadap Mindef yang ada hubung kait dengan

objektif kolokium hari ini:-

i. Mindef adalah antara Kementerian yang paling banyak sekali

membelanjakan wang awam.

ii.

iii.

Mindef sentiasa kekurangan peruntukan setiap tahun mungkin kerana

komitmen perbelanjaan yang tinggi.

Sebahagian besar perbelanjaan Mindef, selain pembayaran gaji dan elaun

ialah perolehan bagi aset dan bekalan.

iv. Berbanding Kementerian lain sebahagian perolehan pula adalah

menerusi rundingan terus. Pada saya ini tidak ada masalah asalkan

pembekal perform ikut spesifikasi dan terma kontrak dan jika gagal

dikenakan denda yang sewajarnya. Namun begitu dasar Kerajaan

sekarang ialah memberi keutamaan kepada tender terbuka atau tender

terhad.

v. Sebahagian kontraktor dan pembekal Mindef terdiri dari bekas atau

mantan pegawai kanan Mindef. Ini mungkin merupakan cabaran kepada

pegawai-pegawai yang menguruskan sebut harga atau tender Mindef.

2

vi.

Dari segi pengurusan kewangan, anggota beruniform pun terlibat dalam

pengurusan kewangan, termasuk perolehan sungguhpun ini bukan ’core

business’ mereka. Macam juga di Kementerian Pelajaran guru-guru pun

terlibat dengan pengurusan kewangan sungguhpun dikatakan

membebankan mereka. Pada saya sesiapapun boleh buat kerja-kerja

kewangan asalkan mereka telah benar-benar menjalani latihan praktikal

yang secukupnya bagi memastikan mereka kompeten atau tahu buat

kerja.

5. Berbicara tentang kecemerlangan pengurusan kewangan, saya tahu akhirakhir

ini pihak pengurusan Mindef telah bekerja kuat untuk memperkasakan daya

urus dan pengurusan kewangan yang wajar diberi perhatian ialah meraih 4 bintang

di bawah sistem penarafan Indeks Akauntabilitinya bagi tahun 2010. Saya kira

pemantapan yang wajar diberi perhatian ialah dari segi setiap elemen kawalan

seperti kawalan pengurusan, kawalan bajet, kawalan terimaan, kawalan

perbelanjaan, kawalan akaun amanah dan deposit serta kawalan aset dan inventori.

6. Indeks akauntabiliti ini telah mula diperkenalkan pada tahun 2009. Ia

mengukur pencapaian kementerian/agensi Kerajaan dari segi pematuhan kepada

dasar, peraturan dan prosedur kewangan Kerajaan. Ia membolehkan benchmarking

atau perbandingan dibuat dari setahun ke setahun dan antara kementerian/agensi.

7. Saya percaya pihak pengurusan Mindef sudah pun tahu aspek manakah yang

memerlukan tindakan pembetulan. Antaranya ialah kawalan terimaan seperti

kawalan dalaman pengurusan hasil, kelewatan penyerahan akaun bulanan ke pejabat

perakaunan dan peningkatan Akaun Belum Terima melebihi RM10 juta. Bagi

kawalan perbelanjaan pula perhatian perlu diberi kepada perolehan serta

pembayaran di bawah AP 59 di mana pada tahun 2009 berjumlah RM32.62 juta.

Selain itu, bagi pengurusan aset dan inventori, pekeliling Kerajaan yang berkenaan

wajarlah dipatuhi supaya tidak lagi timbul itu rekod-rekod aset dan inventori yang

tidak diselenggara dengan lengkap dan kemas kini, termasuk aset yang tidak dilabel

bagi mewujudkan pengenalan Hak Kerajaan Malaysia dan nombor siri pendaftaran.

8. Apabila sudah tahu di mana kita lemah, adalah mudah untuk mengambil

langkah-langkah pembetulan yang sewajarnya. Tindakan-tindakan pembetulan ini

seharusnya di pantau dengan rapi oleh Jawatankuasa Kewangan dan Akaun dan

Jawatankuasa Audit dan ditentukan deadline dan pegawai yang dipertanggungjawab

bagi penyelesaian. Yang hendak dielakkan sudah pasti kesilapan-kesilapan dan

kelalaian yang berulang.

3

9. Pada saya mendapat 4 bintang dalam Indeks Akauntabiliti bagi Mindef adalah

sesuatu yang bukan mustahil boleh dicapai. Jika Kementerian lain boleh, kenapa

pula Mindef tidak boleh? Bahkan jika Mindef mendapat 4 bintang, ianya lebih

istimewa sebab Mindef ini menguruskan wang awam yang besar sekali jumlahnya.

Saya percaya berkat komitmen semua pihak di Mindef, peluang Mindef untuk

mendapat 4 bintang adalah cerah. Tunggulah bulan 9 atau bulan 10 tahun ini,

barulah diumumkan. Pada saya pencapaian 4 bintang bukanlah segala-galanya. Tapi

ia merupakan manifestasi bahawasanya akauntabiliti dan integriti organisasi adalah

pada tahap cemerlang. Saya cuma berharap, kecemerlangan ini bukan saja

dibudayakan di peringkat ibu pejabat Mindef sahaja tetapi di ke semua PTJ Mindef di

mana jua ianya berada. Di sinilah saya melihat peranan penting BADSA supaya

langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian ini untuk memperbaiki lagi

pengurusan kewangan dipantau secara berkesan akan pelaksanaannya semoga

penambahbaikan yang dibuat adalah menyeluruh dan sustainable. Mindef ini

memang terkenal akan disiplin yang tinggi, maka kita harap disiplin yang tinggi juga

ditunjukkan dalam pengurusan kewangan di ke semua PTJ dan tidak ada kompromi

terhadap sebarang bentuk penyelewengan yang melanggar peraturan-peraturan

kewangan yang telah ditetapkan.

10. Izinkan saya komen sedikit tentang apakah punca utama sesuatu kesilapan

atau kelalaian itu berlaku. Pertama adalah soal kompetensi iaitu tahu buat kerja -

Financial knowhow. Maklumlah Mindef, macam juga lain-lain Kementerian, biasalah

mengalami pertukaran warga kerja, ada yang baru masuk kerja, ada yang berpindah,

ada yang bersara. Ini berlaku secara berterusan. Jadi timbul soal kontinuiti. Tidak

siapa pun yang akan mahir dalam pengurusan kewangan jika dia tidak dilatih

secukupnya dan secara sistematik. Pihak atasan tidak dapat banyak membantu jika

dia tidak pernah diberi pendedahan dalam hal ini dan biasanya akan bergantung

pada orang bawah tentang selok belok kewangan. Kedua ialah soal ketelitian atau

diligence. Gejala terlepas pandang tidak akan berlaku jika kita teliti dalam kerja kita.

Rajin dan teliti adalah nilai-nilai integriti yang mesti ada pada semua orang yang

menguruskan kewangan. Kalau semua warga kerja kewangan rajin menguruskan fail

meja dan SOP masing-masing, tidak timbullah soal terlepas pandang. Sepatutnya

pada awal tahun elok diadakan pemeriksaan ke atas masing-masing punya fail meja

& SOP. Jika ini dipastikan, saya percaya tidak timbul soal tak tahu buat kerja atau

terlepas pandang.

11. Ketiga ialah faktor semakan. Integriti dalam pengurusan kewangan menuntut

supaya sistem kawalan dalam (internal control) dan sistem check & balance sentiasa

dioperationalisekan. Dalam hal ini fungsi semakan amatlah penting. Financial

4

management cannot be a one-man show. Kalau ada semakan yang konsisten, tentu

boleh elakkan amalan-amalan yang tak sihat dalam pengurusan kewangan. Dalam

pengalaman kami, apabila kami buat semakan barulah pihak atasan sedar tentang

apa yang berlaku. Jadi persoalan yang timbul di sini ialah kenapa semakan yang

sepatutnya dibuat, tidak dibuat. Semakan dan penyeliaan adalah antara fungsi

pengurusan yang terpenting. Diharap Ketua-ketua PTJ Mindef dapat ambil ingatan

terhadap perkara ini.

12. Sebenarnya sistem kewangan Kerajaan kita telah lama wujud dan

dimantapkan dari semasa ke semasa bagi menerapkan nilai-nilai akauntabiliti dan

integriti. Apa yang menjadi masalah di sana sini dalam perkhidmatan awam kita

tidak lain ialah the human factor yang berkisar kepada isu-isu kompentensi,

ketelitian dan penyemakan kerja yang saya nyatakan tadi.

13. Faktor manusia (human factor) yang dimaksudkan mungkin antara

penyebabnya adalah, apabila tenaga kerja sering berubah, career path pekerja tidak

stabil, bekerja secara kontrak dan pegawai-pegawai atasan tidak berupaya

membimbing dalam hal-hal kewangan. Tetapi soal kompetensi pekerja wajar

ditangani dengan serius dengan memastikan mereka yang ada kaitan dengan

pengurusan kewangan mengikuti kursus-kursus dan latihan-latihan seperti yang

diadakan pada hari ini secara berterusan sama ada secara formal atau on the job

training. Jikalau tidak/kurang kompetensi, solusinya adalah dengan mengadakan

kursus-kursus refresher secara berterusan. Secara formal atau pun tidak, atau

dapatkan bantuan dari pihak-pihak yang boleh membantu. Kalau sistem kewangan

kita yang kurang mantap, contohnya dari segi S.O.P. atau manual-manual

pengurusan, dapatkanlah khidmat nasihat daripada pakar-pakar perakaunan, dan

sekiranya kelemahan berpunca dari sistem dan prosedur, lakukanlah sesuatu untuk

memantapkan sistem dan prosedur tersebut supaya masalah-masalah yang telah

lama membelenggu kita dapat diselesaikan once and for all.

14. Selepas bercakap tentang pengurusan kewangan, izinkan saya beralih kepada

pengurusan program dan projek Mindef dilihat dari sudut value for money yang

akhir-akhir ini kerap disentuh oleh PM kita. Wang awam adalah satu tanggungjawab

yang diamanahkan kepada setiap penjawat awam yang diberi kuasa untuk

menerima, menyimpan dan berbelanja yang mana tanggungjawab ini mesti

disempurnakan dengan penuh jujur, berhemat dan kompeten agar tidak berlaku

perkara-perkara negatif seperti pembaziran, pemborosan dan penyelewengan

sambil dapat mencapai objektif sesuatu program, projek atau aktiviti yang

dilaksanakan. Seperti yang diketahui umum setiap tahun, laporan KAN

mendedahkan pelbagai kelemahan dalam pengurusan wang awam yang sewajarnya

5

diatasi secara konsisten supaya tidak menular dan menjejaskan imej perkhidmatan

awam di mata rakyat. Reality check yang dijalankan oleh juruaudit yang kadangkala

menonjolkan kelemahan pengurusan program/projek sesebuah jabatan atau agensi

Kerajaan seharuslah disusuli dengan tindakan proaktif agar kelemahan yang biasa

segera dibetulkan dan selepas diperbetulkan hendaklah dibiasakan sebagai amalan

budaya kerja yang cemerlang. Oleh kerana pengauditan dibuat secara sampling, kita

sebenarnya tidak tahu sejauh mana kelemahan ini telah menular dan adakah ia

merupakan ‘tip of the iceberg’. Apa yang jelas ia tidak memberikan imej

perkhidmatan awam yang baik di mata masyarakat.

15. Seperti yang kita sedia maklum, sememangnya banyak projek-projek

pembinaan dan pembekalan yang diuruskan oleh Mindef dan semua ini

sememangnya memakan belanja yang besar di samping menggunakan sumbersumber

seperti manusia dan teknologi. Setiap program dan projek Mindef

mempunyai objektif-objektif tertentu dan perlu dilaksanakan secara ekonomi, cekap

dan berkesan. Prinsip-prinsip value for money dalam melaksanakan program atau

projek perlu sentiasa dipertimbangkan manfaat atau faedahnya kepada kumpulan

sasaran yang diutamakan. Seharusnyalah, program/projek ini dirancang dan

dilaksanakan sebegitu rupa supaya tidak timbul isu pembaziran, pemborosan dan

penyelewengan yang boleh menyebabkan public controversy.

16. Berdasarkan laporan-laporan Audit prestasi yang lepas-lepas banyak

pengajaran yang kita boleh ambil tentang cara-cara bagaimana sesuatu

program/projek itu boleh dirancang, dilaksanakan dan dipantau dengan lebih baik

supaya terdapat value for money dan menepati objektif asal sesuatu program/projek

itu, sama ada dalam aspek pembinaan, pembekalan mahupun penyelenggaraan.

Mengapakah misalnya projek-projek pembinaan Mindef selalu lewat disiapkan,

mengalami cost escalation yang serius dan masalah kualiti pembinaan yang juga

serius. Adakah semua ini disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dapat

dielakkan atau ia mencerminkan ketidakupayaan pihak-pihak yang berwajib dalam

menyelia dengan berkesan kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor, konsultan

atau vendor. Bagaimana pula berkesannya koordinasi dan komunikasi Mindef

dengan agensi-agensi pusat seperti JKR, Perbendaharaan dan EPU.

17. Dari pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN, kelemahan ketara yang

menyentuh prinsip-prinsip integriti dan akauntabiliti sebenarnya adalah berkisar

kepada kapasiti Mindef untuk menguruskan projek termasuk pengurusan kontrak.

Apabila kerajaan meluluskan sesuatu program atau projek, sudah tentu kita ingin

melihat program/projek disiapkan mengikut jadual tanpa melibatkan peningkatan

kos yang mendadak dan mutu kerja mengikut spesifikasi kontrak. Kerja-kerja yang

6

dilaksanakan oleh kontraktor dan konsultan, hendaklah dipantau secara rapi dan

teliti kerana kemungkinan berlakunya amalan-amalan tidak sihat di kalangan

kontraktor/konsultan yang sentiasa cuba untuk memaksimumkan keuntungan.

Sekiranya terjadi, ini akan menimbulkan pelbagai masalah dan memerlukan

tambahan kewangan di pihak kerajaan. Akibatnya projek lewat siap/terbengkalai,

kos meningkat, kualiti kerja yang rendah, kos maintenance tinggi dan seribu satu

masalah lain yang timbul kesan dari kerja-kerja yang tidak dipantau di peringkat

awal.

18. Seperti yang saya sebutkan pada awal tadi keperluan untuk menambah aset

dan bekalan oleh Mindef sentiasa meningkat dan keupayaan Kerajaan untuk

memenuhi ke semua permintaan ini adalah sangat terhad. Mana-mana penjimatan

yang boleh dilakukan hendaklah dibuat. Mana-mana perbelanjaan yang tidak begitu

penting, yang boleh dielakkan supaya dana yang mencukupi dapat menampung

penyelenggaraan dan kesiapsiagaan aset-aset Mindef yang sebegitu banyak. Dalam

kajian audit mengenai penyelenggaraan aset-aset Mindef didapati salah satu faktor

kenapa penyelenggaraan tidak dapat dibuat secara optimum ialah faktor kekurangan

peruntukan.

19. Melihat ke hadapan sambil mengambil iktibar daripada pengalaman lampau,

wajarlah projek-projek pembangunan Mindef dirancang dan dilaksanakan menerusi

sistem value management untuk memastikan kaedah pelaksanaan yang dipilih

adalah berlandaskan prinsip value for money yang mengambil kira aspek-aspek

penyenggaraan dalam tempuh hayat sesuatu projek. Berdasarkan penggunaan value

management dalam pelaksanaan beberapa projek pembangunan di bawah Rolling

Pelan Pertama RMK 10 telah pun menunjukkan penjimatan yang signifikan.

20. Selain daripada itu, faktor pemilihan kontraktor, vendor atau pembekal bagi

projek-projek Mindef haruslah dibuat dengan lebih teliti lagi dengan mengambil kira

track record mereka. Pada masa-masa yang lepas, tidak dapat dinafikan Mindef

mengalami banyak masalah disebabkan kerenah kontraktor-kontraktor yang

bermasalah, sama ada yang menerusi tender atau tidak melalui tender.

21. Dalam hal ini saya berpendapat sesiapa pun yang memperoleh projek Mindef,

ia hendaklah dinilai mengikut prestasi sebenar dan mesti mematuhi semua termaterma

yang terkandung dalam kontrak. Projek scoping amatlah penting sekali dan

VO-VO hendaklah diminimumkan dan LAD dikenakan bagi kes-kes yang jelas

didapati kontraktor tidak perform. Bagi projek-projek yang besar kosnya, amalan

pre-Q amatlah wajar.

7

22. Bagi kontraktor-kontraktor yang perform pula, sewajarlah mereka ini

dipertimbangkan untuk di senarai pendek bagi projek-projek yang lain.

23. Akhirnya, sukalah saya nyatakan bahawa Kerajaan telah banyak membuat

penambahbaikan-penambahbaikan dalam perolehan dan pengurusan projek

Kerajaan. Yang pentingnya langkah-langkah ini dilaksanakan dengan penuh

semangat akauntabiliti dan integriti oleh mereka yang diamanahkan di Mindef, sekali

gus mengubah segala persepsi negatif terhadap pengurusan kewangan di

Kementerian ini.

Sekian.

Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Bin Buang

Ketua Audit Negara

8

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!