pelan strategik teknologi maklumat (pstm) jabatan audit negara ...

audit.gov.my

pelan strategik teknologi maklumat (pstm) jabatan audit negara ...

PELAN STRATEGIK

TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM)

JABATAN AUDIT NEGARA

2011-2015

RINGKASAN EKSEKUTIF


PELAN STRATEGIK

TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM)

JABATAN AUDIT NEGARA

2011-2015

RINGKASAN EKSEKUTIF


ISI KANDUNGAN

KATA ALUAN KETUA AUDIT NEGARA ........................................................................................ iii

KATA ALUAN KETUA PEGAWAI MAKLUMAT .............................................................................. iv

KATA PENGANTAR ..................................................................................................................... v

PENGENALAN ........................................................................................................................... 1

PENDEKATAN PELAKSANAAN PSTM JAN .................................................................................. 2

VISI, MISI DAN TERAS OBJEKTIF JAN ......................................................................................... 3

VISI, MISI DAN TERAS STRATEGIK ICT JAN ................................................................................ 4

PEMETAAN INISIATIF STRATEGIK ICT JAN DENGAN RANGKA KERJA ICT SEKTOR AWAM .......... 5

PELAN TINDAKAN ..................................................................................................................... 6

PELAN PELAKSANAAN .............................................................................................................. 13

FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL ..................................................................................................... 14

PENUTUP .................................................................................................................................. 15

i

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JABATAN AUDIT NEGARA 2011-2015


KATA ALUAN KETUA AUDIT NEGARA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan

izinNYA, Jabatan Audit Negara (JAN) telah berjaya melaksanakan Pelan Strategik

Teknologi Maklumat (PSTM) bagi tempoh 2011 - 2015.

Saya juga ingin merakamkan setinggitinggi

tahniah dan syabas kepada Pasukan

Pembangunan PSTM JAN dan semua warga

JAN yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam membangunkan Dokumen

PSTM JAN ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan

di atas bimbingan dan kerjasama Pasukan

Perunding ICT Sektor Awam, MAMPU yang

telah membolehkan Dokumen PSTM JAN 2011-

2015 dibangunkan secara dalaman (in-house).

Pelan ini diharapkan menjadi pemangkin

rangka kerja ICT JAN dalam menyokong visi ICT

Sektor Awam, sekaligus menyumbang kepada usaha pencapaian wawasan negara.

Akhir kata, saya berharap perancangan bagi setiap program ICT PSTM JAN 2011-2015 ini

dapat dilaksanakan secara cekap dan tersusun bagi menyokong visi, misi serta objektif

JAN.

Sekian , terima kasih.

YBhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Bin Buang

Ketua Audit Negara

iii

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JABATAN AUDIT NEGARA 2011-2015


KATA ALUAN KETUA PEGAWAI MAKLUMAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saya lafazkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana Dokumen Pelan Strategik

Teknologi Maklumat Jabatan Audit Negara (PSTM JAN) bagi tahun 2011-2015

telah berjaya disediakan. Sebagai CIO JAN, saya merakamkan setinggi tahniah

dan terima kasih di atas segala usaha dan komitmen daripada semua pihak yang

terlibat dalam penghasilan dokumen ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada Pasukan

Perunding ICT Sektor Awam MAMPU.

Terdapat empat (4) Teras Strategik ICT JAN yang

telah dikenal pasti iaitu Pemantapan Tadbir Urus

ICT JAN, Pengukuhan Aplikasi Dan Perkongsian

Maklumat, Pengukuhan Infrastruktur Dan

Keselamatan ICT serta Pengukuhan Pembudayaan

Dan Pengurusan Perubahan Dalam ICT.

Sebagai sebuah jabatan contoh, JAN seharusnya

mampu menjadi pemangkin yang dapat memacu

perubahan dalam pengurusan tadbir urus sektor

awam berteraskan ICT melalui inisiatif serta

program-program yang telah dirancang dalam

PSTM JAN 2011-2015 ini.

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada seluruh warga JAN terutamanya mereka yang

terlibat secara langsung dalam pelaksanaan projek PSTM ini.

Sekian , terima kasih.

YBhg. Dato’ Haji Anwari bin Suri

Ketua Pegawai Maklumat

Jabatan Audit Negara

iv

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JABATAN AUDIT NEGARA 2011-2015


KATA PENGANTAR

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam

1 Malaysia.

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T.

di atas limpah kurnia dan izinNya jua, Projek

Pembangunan Pelan Strategik Teknologi Maklumat

Jabatan Audit Negara bagi tempoh 2011-2015

telah dapat disiapkan. Terima kasih saya rakamkan

kepada Pasukan Perunding Pengurusan Strategik

ICT yang membantu Jabatan Audit Negara (JAN)

dalam menghasilkan Pelan Strategik Teknologi

Maklumat (PSTM) atau ICT Strategic Planning

(ISP). Kerjasama ini amatlah dihargai dan ia

selaras dengan proses mentransformasikan Sektor

Awam, di mana kerjasama dan penggunaan

kepakaran dalaman agensi sektor awam ke

arah untuk membantu dalam peningkatan

perkhidmatan sistem penyampaiannya.

Sesungguhnya “sekiranya kita gagal untuk merancang bermakna kita merancang

untuk gagal”. PSTM merupakan satu perancangan jangka sederhana JAN dengan

meletakkan ICT sebagai tunggak kejayaan organisasi. Perancangan ini seharusnya

ditadbir urus dengan baik serta memerlukan kepada tindakan yang jitu. Justeru

itu, semua pihak khususnya warga JAN sewajarnya melibatkan diri mereka bagi

menjayakannya.

Sesungguhnya, bagi mencapai sasaran PSTM ini, setiap daripada kita perlu

bijak merancang dan menyumbang kekuatan sedia ada. Sumber yang meliputi

tenaga kerja, pengalaman, kemahiran dan kewangan yang perlu dioptimumkan

penggunaannya. Sebarang kekangan hasrat menjayakan PSTM ini seperti isu seperti

bajet dan kekurangan sumber manusia hendaklah dicari jalan penyelesaian yang

terbaik. Kejayaan terletak kepada kebijaksanaan pengurusan sumber sedia ada

untuk pelaksanaan PSTM ini. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan jutaan

terima kasih kepada Pasukan Perunding ICT dan tahniah kepada semua pihak

yang terlibat di atas kejayaan menghasilkan PSTM JAN 2011-2015.

Sekian, terima kasih.

Y.Hamdan Bin Mohd. Dom

Pengurus Projek PSTM JAN 2011-2015

v

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JABATAN AUDIT NEGARA 2011-2015


PENGENALAN

Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) dibangunkan berdasarkan kepada Surat Pekeliling

Am Bilangan 4/2004 MAMPU dan keperluan semasa Jabatan Audit Negara (JAN) dalam

membantu mempertingkatkan pelaksanaan bisnesnya. Objektif PSTM JAN 2011-2015 ini

adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti visi, misi dan teras strategik ICT JAN;

ii. Menentukan inisiatif strategik ICT; dan

iii. Merancang pelan tindakan dan pelaksanaan bagi program-program berkaitan dalam

menyokong setiap objektif setiap teras strategik ICT.

PSTM JAN ini disediakan bertujuan membantu jabatan menghadapi isu serta cabaran masa

kini dan akan datang. Pelan ini bersesuaian dengan peranan Bahagian Teknologi Maklumat

(BTM) selaku penyumbang kecemerlangan organisasi dalam aspek ICT dalam membantu

JAN melaksanakan dasar dengan berhemah, cekap dan berkesan.

PSTM bagi tempoh 2011-2015 ini disediakan setelah berakhirnya tempoh PSTM 2006 -2010

dengan pengubahsuaian terhadap Visi, Misi dan Teras Strategik ICT Jabatan mengikut

perkembangan semasa.

PSTM JAN 2011-2015 ini telah dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan PSTM JAN yang

terdiri daripada warga kerja JAN di semua peringkat dengan kerjasama Pasukan Perunding

ICT Sektor Awam, MAMPU bermula pada 28 Julai 2010 dan siap pada Disember 2010.

Beberapa siri perbincangan dan bengkel telah diadakan sepanjang tempoh tersebut bagi

mengumpul maklumat yang diperlukan sehinggalah ia siap sepenuhnya.

1

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JABATAN AUDIT NEGARA 2011-2015


PENDEKATAN PELAKSANAAN PSTM JAN

Analisa

Persekitaran

Bisnes & ICT

Pembangunan

Strategi ICT

Pembangunan

Pelan

Pelaksanaan

Isu &

Cabaran

Analisa

Jurang

Peluang

ICT

Senario

Semasa

Empat (4) Teras

Strategik ICT :

1. Pemantapan

Tadbir Urus ICT

JAN;

2. Pengukuhan

Aplikasi Dan

Perkongsian

Maklumat;

3. Pengukuhan

Infrastruktur Dan

Keselamatan ICT;

dan

4. Pengukuhan

Pembudayaan

Dan Pengurusan

Perubahan

Dalam ICT.

Fokus Utama

1. Tadbir Urus

2. Aplikasi

3. Infrastruktur

4. Modal Insan

2

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JABATAN AUDIT NEGARA 2011-2015


VISI, MISI DAN OBJEKTIF JAN

VISI

•Untuk menjadi penyumbang utama ke arah kecemerlangan pengurusan

kewangan dan meningkatkan tadbir urus sektor awam menjelang tahun 2020.

MISI

•Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas serta mengemukakan

laporan seimbang kepada Parlimen dan Badan Perundangan Negeri ke arah

meningkatkan tadbir urus sektor awam.

Objektif

•Menyediakan laporan audit yang berkualiti dan timely untuk dikemukakan kepada

Parlimen/Dewan Undangan Negeri;

•Melaksanakan aktiviti pengauditan dan penyediaan laporan secara bebas dan

seimbang;

•Memenuhi keperluan dan harapan daripada stakeholders dan auditi;

•Menguruskan aktiviti audit dengan cekap dan berkesan; dan

•Menjadi Jabatan contoh.

3

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JABATAN AUDIT NEGARA 2011-2015


VISI, MISI DAN TERAS STRATEGIK ICT JAN

VISI ICT

Peneraju Utama

Pengauditan Sektor

Awam Yang Berkualiti

Berteraskan ICT

Menjelang Tahun 2020

MISI ICT

Memantapkan ICT

Ke Arah

Transformasi

Pengauditan Yang

Lebih Efisien Dan

Efektif.

4

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JABATAN AUDIT NEGARA 2011-2015


PEMETAAN INISIATIF STRATEGIK ICT JAN DENGAN

RANGKA KERJA ICT SEKTOR AWAM

PENERAJU UTAMA PENGAUDITAN

SEKTOR AWAM YANG BERKUALITI DENGAN BERTERASKAN ICT MENJELANG TAHUN 2020

MEMANTAPKAN ICT KE ARAH TRANSFORMASI PENGAUDITAN YANG LEBIH

EFISIEN DAN EFEKTIF

1. Portal/Intranet

2. Sistem Helpdesk

GATEWAY

1. Pengukuhan aplikasi pengauditan sedia ada.

2. Pengukuhan aplikasi pengurusan sedia ada.

3. Pembangunan Aplikasi Baru

4. Pengukuhan integrasi antara aplikasi

APLIKASI

1. Pengukuhan perkongsian pengetahuan

KNOWLEDGE BANK

Infrastruktur & Keselamatan ICT

1. Penambahbaikan dan penyelenggaraan infrastruktur

ICT sedia ada.

2. Pengukuhan dan peningkatan tahap keselamatan ICT.

3. Pemantauan dan peningkatan kawalan terhadap

penyalahgunaan kemudahan ICT.

4. Peningkatan tahap keupayaan Pusat Data menangani

bencana.

Tadbir Urus ICT

1. Pemantapan dan Penyediaan Polisi dan Prosedur ICT

Jabatan Audit Negara.

2. Pemantapan dan Pengwujudan Jawatankuasa Berkaitan

ICT.

3. Pemantauan dan Penguatkuasaan Polisi dan

Jawatankuasa ICT JAN.

PENGGERAK PERSEKITARAN

Kompetensi & Pembudayaan ICT

1. Peningkatan pengetahuan dan kemahiran ICT warga

JAN.

2. Pembudayaan ICT secara menyeluruh.

3. Pengiktirafan Anugerah ICT peringkat Jabatan dan

Sektor Awam.

5

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JABATAN AUDIT NEGARA 2011-2015


PELAN TINDAKAN

Berpandukan empat (4) teras strategik ICT yang telah dibentuk, sebanyak 16 inisiatif ICT

dan 37 program ICT telah dikenal pasti. Inisiatif ini adalah selari dengan perancangan

pelaksanaan ICT untuk mengatasi isu ICT semasa dan pemacu ke arah kecemerlangan

sistem penyampaian JAN berteraskan ICT.

Inisiatif dan program ICT serta Petunjuk Prestasi Utama (KPI) mengikut teras adalah

seperti jadual berikut.

TERAS 1

INISIATIF PROGRAM SASARAN

Pemantapan dan

Penyediaan Polisi

dan Prosedur ICT

Jabatan Audit

Negara

Pemantapan

Struktur

Pengurusan ICT

dan Imej Korporat

JAN

Pemantapan dan

Pengwujudan

Jawatankuasa

Berkaitan ICT

Pemantauan dan

Penguatkuasaan

Polisi dan

Jawatankuasa ICT

JAN

Penyediaan dan Semakan Semula

Polisi dan Prosedur Infrastruktur

ICT

Penyediaan dan Semakan Semula

Polisi dan Prosedur Pembangunan

Modal Insan ICT

Polisi Pengurusan Rekod

Elektronik JAN

Polisi Akauntabiliti dan Kerahsiaan

Maklumat Digital Stakeholder

Kajian Semula Struktur Organisasi

dan Fungsi Pengurusan ICT sedia

ada

Pengukuhan Imej Korporat

Manual Penggunaan Sumber

Maklumat (MPSM)

Kajian Semula Peranan dan

Keahlian Jawatankuasa Berkaitan

ICT

Pengwujudan Jawatankuasa ICT

baru

Garis Panduan Pemantauan dan

Penguatkuasaan ICT

Pemantauan dan Penguatkuasaan

ICT

Polisi ICT

SOP ICT

Polisi Pembangunan Modal Insan ICT

SOP Polisi Pembangunan Modal Insan ICT

Polisi Pengurusan Rekod Elektronik JAN

Garis Panduan Pengurusan Rekod Elektronik JAN

Polisi Akauntabiliti dan Kerahsiaan Digital Stakeholder

Garis Panduan Akauntabiliti dan Kerahsiaan Digital

Kertas Penstrukturan Organisasi dan Fungsi

Pengurusan ICT JAN

Garis Panduan Penggunaan ICT Dalam Penjenamaan

JAN

Manual Penggunaan Sumber Maklumat ICT

Kertas Cadangan Penubuhan Jawatankuasa Baru untuk

kelulusan

Laporan Semakan Jawatankuasa sedia ada

Penubuhan Jawatankuasa

Draf Garis Panduan Pemantauan dan Penguatkuasaan

untuk kelulusan

Garis Panduan Pemantauan dan Penguatkuasaan yang

diluluskan

Laporan Pemantauan Tahunan

Pengukuhan BTM Pengukuhan BTM Kajian Kepuasan Pengguna Terhadap BTM

Laporan Kajian

6

Kertas Cadangan Pengukuhan BTM

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JABATAN AUDIT NEGARA 2011-2015


TERAS 2

INISIATIF PROGRAM SASARAN

Pengukuhan

aplikasi

pengauditan sedia

ada

Penambahbaikan aplikasi

pengauditan

• eARAS

Satu laporan kajian dan kertas cadangan peningkatan

aplikasi yang diluluskan

Proses penyediaan sebut harga sehingga pelantikan

syarikat pembekal

Penambahbaikan dijalankan secara outsource

• eSPP

Satu laporan kajian dan kertas cadangan peningkatan

aplikasi yang diluluskan

Proses penyediaan sebut harga sehingga pelantikan

syarikat pembekal

Penambahbaikan dijalankan secara outsource

Peluasan aplikasi pengauditan • eARAS

Satu laporan kajian dan kertas cadangan perluasan

diluluskan

Perluasan sehingga 30% UAD

Perluasan sehingga 60% UAD

Perluasan sehingga 100% UAD

• eSPP

Satu laporan kajian dan kertas cadangan perluasan

diluluskan

Perluasan sehingga 30% UAD

Perluasan sehingga 60% UAD

Perluasan sehingga 100% UAD

7

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JABATAN AUDIT NEGARA 2011-2015


TERAS 2

INISIATIF PROGRAM SASARAN

Pengukuhan

aplikasi

pengurusan sedia

ada

Pengukuhan

aplikasi

pengurusan sedia

ada

Pembangunan

aplikasi baru

Penambahbaikan aplikasi

pengurusan

Penambahbaikan aplikasi

pengurusan

Aplikasi Enterprise

• Business Intelligence

• Document Management

System (DMS)

• Portal

Satu laporan kajian dan kertas cadangan peningkatan

aplikasi yang diluluskan

Proses penyediaan sebut harga sehingga pelantikan

syarikat pembekal

Penambahbaikan dijalankan secara outsource

• ePeperiksaan

Satu laporan kajian dan kertas cadangan peningkatan

aplikasi yang diluluskan

Pemilihan syarikat pembekal

Penambahbaikan dijalankan secara outsource

• eKenderaan

Satu laporan kajian dan kertas cadangan peningkatan

aplikasi yang diluluskan.

Proses penyediaan sebut harga sehingga pelantikan

syarikat pembekal

Penambahbaikan dijalankan secara outsource.

• SISFAN

Satu laporan kajian dan kertas cadangan peningkatan

aplikasi yang diluluskan

Pemilihan syarikat pembekal

Penambahbaikan dijalankan secara outsource

Fasa 1 :

Satu laporan kajian dan kertas cadangan peningkatan

aplikasi yang diluluskan

Proses penyediaan sebut harga sehingga pelantikan

syarikat pembekal

Pembangunan dijalankan secara outsource

Fasa 2 :

Satu laporan kajian dan kertas cadangan peningkatan

aplikasi yang diluluskan

Proses penyediaan sebut harga sehingga pelantikan

syarikat pembekal

Pembangunan dijalankan secara outsource

8

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JABATAN AUDIT NEGARA 2011-2015


TERAS 2

INISIATIF PROGRAM SASARAN

Aplikasi Pengurusan Pentadbiran • Sistem Pengurusan Latihan Bersepadu (SPLB)

Satu laporan kajian dan kertas cadangan pembangunan

aplikasi yang diluluskan

Proses penyediaan sebut harga sehingga pelantikan

syarikat pembekal

Pembangunan dijalankan secara outsource

• Sistem Helpdesk

Satu laporan kajian dan kertas cadangan pembangunan

aplikasi yang diluluskan

Pembangunan dijalankan secara dalaman

9

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JABATAN AUDIT NEGARA 2011-2015


TERAS 3

INISIATIF PROGRAM SASARAN

Penambahbaikan

dan

penyelenggaraan

infrastruktur ICT

sedia ada

Kajian keperluan infrastruktur ICT • Perkakasan

Laporan keperluan perkakasan diluluskan

• Perisian

Laporan keperluan perisian diluluskan

• Migrasi IPv4 kepada IPv6

Laporan migrasi IPv6 diluluskan

• Wireless broadband

Laporan keperluan Wireless broadband diluluskan

• RFID tagging system

Laporan keperluan RFID system diluluskan

• Pusat Data Teknologi Hijau

Laporan keperluan Pusat Data Teknologi Hijau

diluluskan

• Rangkaian

Laporan keperluan rangkaian diluluskan

Pelaksanaan hasil kajian

keperluan infrastruktur ICT

• Perkakasan

Perolehan perkakasan selesai dilaksanakan

Pengukuhan dan

peningkatan tahap

keselamatan ICT

Perlaksanaan penyelenggaraan ICT

secara berjadual

Pelaksanaan Security Posture

Assessment dan Network Audit (SPA)

Kajian ancaman keselamatan dan

penilaian risiko (HiLRA)

Penilaian risiko terhadap

keselamatan maklumat dan

infrastruktur ICT secara berkala

(MyRAM)

• Perisian

Perolehan perisian selesai dilaksanakan

• Migrasi IPv4 kepada IPv6

Migrasi selesai dilaksanakan

• Wireless broadband

Perolehan Wireless Broadband selesai dilaksanakan

• RFID tagging system

Perolehan RFID selesai dilaksanakan

• Pusat Data Teknologi Hijau

Implimentasi Pusat Data Teknologi Hijau selesai

• Rangkaian

Perolehan Rangkaian selesai

Proses penyelenggaraan mengikut standard ISO yang telah

ditetapkan.

Laporan perlaksanaan SPA dibentang

Laporan penemuan HiLRA dibentang

Laporan penemuan MyRAM dibentang

10

Pelaksanaan SOP backup dan restore

Laporan Tahunan disediakan

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JABATAN AUDIT NEGARA 2011-2015


TERAS 3

INISIATIF PROGRAM SASARAN

Pemantauan

dan peningkatan

kawalan terhadap

penyalahgunaan

kemudahan ICT

Peningkatan tahap

keupayaan Pusat

Data menangani

bencana

Penyediaan tools untuk

pemantauan penyalahgunaan

kemudahan ICT

• Content filtering system

• Client agent

• Physical Intrusion Detection

Mewujudkan Pelan Pemulihan

Bencana

Mewujudkan Pusat Pemulihan

Bencana

Perolehan selesai

Laporan penyalahgunaan disediakan

Pelan Pemulihan Bencana dibentang dan diluluskan.

Laporan Tahunan Pusat Pemulihan Bencana.

11

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JABATAN AUDIT NEGARA 2011-2015


TERAS 4

INISIATIF PROGRAM SASARAN

Peningkatan

pengetahuan dan

kemahiran ICT

warga JAN

Pembangunan Pelan Latihan ICT

2011-2015

• Kursus ICT untuk pegawai

teknikal

• Kursus ICT untuk pegawai

bukan teknikal

• Kursus untuk jurulatih ICT

Pelaksanaan program latihan ICT

• Kursus ICT untuk pegawai

teknikal

• Kursus ICT untuk pegawai

bukan teknikal

• Kursus untuk jurulatih ICT

Satu (1) pelan latihan ICT 2011-2015 yang diluluskan

1 kalendar (20 kursus) latihan ICT dan diluluskan

Pelaksanaan kursus ICT yang dirancang keseluruhannya

minimum 90% setiap tahun

Kehadiran peserta minimum 80% bagi setiap kursus

Satu (1) laporan penilaian pegawai selepas kursus dan

cadangan penambahbaikan kursus.

Pembudayaan ICT

secara menyeluruh

Pengiktirafan

Anugerah ICT

peringkat Jabatan

dan Sektor Awam

Kerjasama dengan agensi

kerajaan , swasta dan luar negara

Program promosi sistem ICT JAN

Hari Inovasi ICT

Anugerah Inovasi ICT JAN

Program pensijilan dan

pengiktirafan pegawai teknikal ICT

dan juruaudit ICT

Sekurang-kurangnya 15% daripada kakitangan JAN

mengikuti pembelajaran secara e-learning

Sekurang-kurangnya dua (2) orang pegawai tamat

program sangkutan

Sekurang-kurangnya 10 orang pegawai mengikuti

program twinning

Sekurang-kurangnya 10 orang pegawai tamat program

cross fertilization

Pelaksanaan 3 program promosi setiap tahun

Satu (1) laporan kajian impak dan cadangan

penambahbaikan kepada sistem-sistem tersebut serta

kelulusan pihak pengurusan atasan

Penganjuran Hari Inovasi ICT

Menyertai minimum satu (1) program Anugerah

Inovasi ICT dan layak ke peringkat akhir

Pengiktirafan dan pensijilan profesional ICT dalam

Bidang teknikal – 5 orang

Pakar Juruaudit ICT – 10 orang

Pengiktirafan dan pensijilan profesional ICT dalam

Bidang teknikal – 10 orang

Pakar Juruaudit ICT – 20 orang

12

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JABATAN AUDIT NEGARA 2011-2015


PELAN PELAKSANAAN

Strategik Pelaksanaan PSTM JAN yang mengandungi keseluruhan inisiatif ICT digambar

seperti rajah di bawah.

13

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JABATAN AUDIT NEGARA 2011-2015


FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL

Faktor Kritikal ik Kejayaan merupakan salah satu kriteria i penting dalam memastikan

kejayaan pelaksanaan PSTM JAN. Berdasarkan kepada pelan tindakan yang telah dihasilkan,

maka terdapat beberapa faktor utama yang telah dikenal pasti yang akan menentukan

keberkesanan pelaksanaan setiap program dan inisiatif PSTM. Faktor-faktor tersebut adalah

seperti yang ditunjukkan pada rajah berikut:

FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL

Kerjasama

daripada pihak

yang terbabit

Pengurusan

Projek yang

Cekap

Kewangan

Kesediaan

Pengurusan

Perubahan

Kemahiran dan

Keupayaan

Personel ICT

Kelulusan

Jawatankuasa

14

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JABATAN AUDIT NEGARA 2011-2015


PENUTUP

Pelan Strategik Teknologi Maklumat JAN (2011 – 2015) adalah merupakan satu dokumen

blue print bagi JAN untuk membangun dan mengoptimumkan (optimise) penggunaan

ICT dalam mencapai hala tuju dan objektif strategiknya. Pelan strategik ini hendaklah

dipantau dari masa ke semasa dan dikaji semula jika perlu, supaya ICT akan terus menjadi

pemangkin kepada JAN dalam mencapai hasrat menjadi peneraju utama pengauditan

sektor awam berteraskan ICT.

15

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JABATAN AUDIT NEGARA 2011-2015


DICETAK OLEH

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD

KUALA LUMPUR, 2011

www.printnasional.com.my

email: cservice@printnasional.com.my

Tel.: 03-92366894 Faks: 03-92224773

JD002557

More magazines by this user
Similar magazines