buletin ppk edisi 3- 2010 - kpwkm

kpwkm.gov.my

buletin ppk edisi 3- 2010 - kpwkm

Buletin

Edisi 3 :15 APRIL 2010 — 15 julai 2010

MEMBUDAYAKAN

INOVASI DAN KREATIVITI

ahun 2010 diisytiharkan sebagai tahun inovasi

T dan kreativiti yang dikenali sebagai Malaysia

Inovatif 2010. Ia adalah seiring dengan hasrat Y.A.B.

Perdana Menteri untuk melakukan perubahan

melalui inovasi secara menyeluruh untuk membawa

negara ke tahap yang lebih maju.

Dalam konteks Perkhidmatan Awam, inovasi adalah

cetusan idea yang kreatif dalam mana-mana aspek

kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan

produktiviti penyampaian perkhidmatan. Inovasi

boleh merangkumi perubahan sistem, prosedur,

kaedah atau cara kerja yang berupaya menambah

nilai output semasa serta membawa transformasi

dan perubahan kepada amalan sedia ada. Inovasi

adalah bersifat menyeluruh dan boleh dilakukan

dalam pelbagai aspek.

Program Pengupayaan Kendiri KPWKM

“Bersama Mencipta Kegemilangan”

http://www.kpwkm.gov.my/ppk

Dari perspektif pengurusan, inovasi boleh

dilaksanakan dalam pelbagai aspek termasuk

pengurusan pelanggan, budaya kerja, pengurusan

strategik dan kepimpinan organisasi, sumber

manusia, kewangan dan aset, teknologi maklumat

dan komunikasi (ICT) serta pengurusan projek

pembangunan.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, peranan

Ketua Jabatan dan pekerja adalah sama penting.

Ketua Jabatan perlu menyediakan mekanisme bagi

menggalakan budaya inovasi. Ia boleh dilakukan

melalui kempen, pameran, seminar, ceramah,

pertandingan dan sebagainya. Cadangan dan idea

dalaman atau luaran (pelanggan) boleh diperhalusi

melalui Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

Manakala mereka yang berjaya menghasilkan

inovasi perlu diberi pengiktirafan.

Pihak pekerja pula, perlu bersedia dari segi mental

dan fizikal. Mereka perlu berfikiran kritis dan

konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab dan

amanah. Mereka mesti berfikir di luar kotak dengan

mencari penyelesaian-penyelesaian kreatif dan

inovatif.

“Tabung Urin Mesra Pelanggan”

Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, Perak

umah Seri Kenangan (RSK) Ulu Kinta, Perak

R telah memenangi pertandingan inovasi pada

Karnival Malaysia Inovatif 2010 Zon Utara pada 27

hingga 28 Februari 2010 dalam kategori Komuniti.

Kejayaan ini membolehkan, RSK Ulu Kinta layak

secara automatik menyertai Pertandingan Inovasi

Karnival Malaysia Inovatif 2010 Peringkat

Kebangsaan mewakili Zon Utara.

“Tabung Urin Mesra Pelanggan” merupakan alat

yang memiliki rekabentuk yang ringkas, beroda serta

mudah alih. Ia bersifat mesra pelanggan kerana

boleh dikendalikan sendiri oleh OKU (Orang Kurang

Upaya) tanpa bantuan orang lain. Alat ini direka

khas untuk kegunaan pesakit lelaki atau OKU atau

pesakit terlantar yang tidak berupaya hendak ke

tandas.

Alat ini boleh digunakan di rumah, hospital atau

institusi kebajikan masyarakat seperti rumah orang

tua atau rumah ihsan yang menempatkan penghuni

yang kurang upaya serta tidak boleh menguruskan

diri sendiri atau sakit melarat.

■Hak Cipta Terpelihara


Kursus

Induksi Khusus

KPWKM

MUTIARA KATA

“JANGANLAH kita lambatkan apa yang

kita boleh selesaikan saat ini kepada

detik, minit, jam, hari, minggu, bulan

mahupun tahun yang berikutnya”

(Datuk Seri Najib Tun Razak)

Kursus

Bina

Insan

KPWKM

Kursus

Pengurusan

Tatatertib

KPWKM

Bengkel

Perkhidmatan

Psikologi

KPWKM

Bengkel

Pementoran

KPWKM

Mesyuarat

AKRAB, KPWKM

Sila kemukakan cadangan atau pertanyaan kepada:

URUS SETIA PROGRAM PENGUPAYAAN KENDIRI

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat

Aras 6, Wisma Sime Darby

Jalan Raja Laut

50350 Kuala Lumpur

Lawatan Sambil Belajar

ke Bengkel Daya Sungai

Petani, Kedah

Tel : 03-2614 3114/3194/3193

Faks : 03-2698 6078

E-mel : ppk@kpwkm.gov.my

http://www.kpwkm.gov.my/ppk

Diterbitkan oleh: Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

More magazines by this user
Similar magazines