14.06.2015 Views

Usul Persidangan MPBN & MBM - Majlis Perundingan Belia Negara

Usul Persidangan MPBN & MBM - Majlis Perundingan Belia Negara

Usul Persidangan MPBN & MBM - Majlis Perundingan Belia Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Transform your PDFs into Flipbooks and boost your revenue!

Leverage SEO-optimized Flipbooks, powerful backlinks, and multimedia content to professionally showcase your products and significantly increase your reach.

USUL PERSIDANGAN

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGERI &

MAJLIS BELIA MALAYSIA

Oleh :

SEKRETARIAT MPBN

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

TARIKH PELAKSANAAN PERSIDANGAN

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGERI

TAHUN 2010

BIL. NEGERI MPBNg SIDANG LAPORAN

1. Perlis 30 Nov II

2. Kedah 5 Mei I

3. Pulau Pinang 6 Mei I

4. Perak 16 Okt I

5. Selangor 26 Mei I

6. Negeri Sembilan 27 Julai I

7. Melaka 2 Sept I

8. Johor 9 Mei I

9. Pahang 28 Mei I

10. Terengganu 11 Mei I

11. Kelantan 9 Mei I Ditunda

12. Sabah 9 Nov II

13. W.P. Kuala Lumpur 7 Ogos I

14. W.P. Labuan 20 Ogos I

STATISTIK USUL PERSIDANGAN

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGERI

TAHUN 2010

BIL JENIS USUL JUMLAH

1. Ekonomi 3

2. Pemberian Bantuan 2

3. Dasar / Polisi 4

4. Sukan 1

5. Program dan Pertubuhan Belia 1

6. Menangani Isu dan Gejala Sosial 1

7. Promosi & Media 2

JUMLAH 14

1. Ekonomi

BIL. PERKARA / ISU MPBNg

1.

Mencadangkan penyediaan lebih banyak prasarana sebagai ruang/premis khas

untuk belia mengembangkan potensi mereka dalam bidang keusahawanan

berasaskan keperluan setempat. Contohnya kiosk/gerai-gerai untuk usahawan

belia dengan mengenakan kadar yang paling minimum.

Sabah

2.

Majlis Perundingan Belia Negeri Perak mencadangkan agar kerajaan

mencairkan kembali bantuan pinjaman kepada belia seperti projek Skim Tabung

Ekonomi Belia (STEB) dan projek Bantuan Usahawan Muda (BUM) supaya

belia-belia terus mendapat manfaat daripada program-program pembangunan

ushawan dan pertanian ini.

Perak

3.

MPBN Perak juga mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan peluangpeluang

ekonomi secara ‘sustainablity’ kepada belia/pertubuhan belia bagi

memastikan belia dapat menjana pendapatan belia /persatuan belia sendiri

supaya nanti persatuan belia akan ada dana sendiri untuk melaksana program

di samping akan dapat menaikkan imej belia di mata masyarakat dan pemimpin

Negara. Usahawan Muda juga memerlukan mentor daripada Government

Link Company (GLC) untuk membantu dalam bidang keusahawanan.

Perak

2. Pemberian Bantuan

BIL. PERKARA / ISU MPBNg

1.

Majlis Perundingan Belia Negeri Melaka mencadangkan agar bantuan

pengupayaan pertubuhan belia sebanyak RM 3,000.00 diwujudkan kembali

dan diubah kepada geran tahunan untuk setiap pertubuhan di peringkat

cawangan. Mereka juga berharap bantuan pengupayaan sebanyak RM

5,000.00 dapat diberikan kepada badan gabungan di peringkat daerah

manakala RM 10,000.00 bagi persatuan peringkat negeri. Bantuan tersebut

adalah bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak persatuan belia

diwujudkan dan persatuan dapat melaksanakan aktiviti yang bersesuaian

dengan kehendak ahli mereka. Walaubagaimanpun sekiranya bantuan

pengupayaan seperti jumlah di atas tidak dapat dipenuhi sekurangkurangnya

tetap ada bantuan diberikan sebagai geran tahunan.

Melaka

2.

Majlis Perundingan Belia Negeri Melaka memohon agar bantuan kewangan

pentadbiran majlis belia daerah yang diberi oleh Kementerian Belia Dan

Sukan Malaysia sebanyak RM20,000.00 dinaikkan kepada RM50,000.00 bagi

meningkatkan lagi hal ehwal pentadbiran seiring dengan perubahan zaman.

Melaka

3. Dasar / Polisi

BIL. PERKARA / ISU MPBNg

1.

Majlis Perundingan Belia Negeri Perak mencadangkan agar pihak Kerajaan

mengurangkan pengeluaran permit kepada pekerja asing dalam bidang

professional, separa mahir ataupun sektor tenaga buruh bagi menggalakkan

majikan memberi peluang kepada pekerja tempatan terutamanya golongan

belia yang berkelayakan serta menggesa majikan menawarkan skim gaji

yang berpatutan dan realistik kepada belia negara ini.

Majlis Perundingan Belia Negeri Melaka mencadangkan agar jabatan

kerajaan selain Jabatan Belia dan Sukan dapat memberi kebenaran Cuti

Tanpa Rekod kepada semua ahli belia yang ditawarkan mengikuti kursus

modal insan.

Perak

2.

Mencadangkan agar pihak Kementerian Sumber Manusia untuk menggubal

satu peraturan yang selaras dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

supaya golongan belia yang bekerja dengan sektor swasta mendapat

pelepasan ataupun Cuti Tanpa Rekod (CTR) bagi menyertai programprogram

yang dianjurkan.

Melaka/Perak

SAMB : Dasar/Polisi

3.

Pada masa ini isu pendaftaran SPR khususnya golongan belia menjadi isu

besar kerana ramai dikalangan belia masih tidak mempunyai kesedaran

untuk mendaftar sebagai pengundi dan menunaikan tanggungjawab mereka

sebagai warganegara walaupun pihak kerajaan telah mengadakan pelbagai

kempen ke arah itu. Sehubungan dengan itu, Majlis Perundingan Belia

Negeri Melaka mencadangkan agar para belia yang telah mencapai usia 18

tahun secara automatik didaftarkan sebagai pengundi bagi

mempermudahkan urusan daftar mengundi.

Melaka

4.

Untuk melahirkan pekerja-pekerja mahir, dicadangkan agar Sekolah

Vokasional dibuka kepada murid-murid bermula daripada tingkatan satu.

Perlis

4. Sukan

BIL. PERKARA / ISU MPBNg

1.

Majlis Perundingan Belia Negeri Melaka mencadangkan kepada

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia supaya Gelanggang Rakyat dapat

dibina bagi setiap persatuan belia untuk memudahkan mereka menjalankan

aktiviti dan mencadangkan agar Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dapat memberi

kerjasama di dalam mewujudkan gelanggang-gelanggang sukan di

kampung-kampung dengan dikenali sebagai ‘gelanggang rakyat’ dan

’gelanggang perpaduan’ bagi tujuan membendung gejala yang tidak sihat di

kalangan belia contohnya seperti ’Gelanggang Pelbagai Guna’ yang

diwujudkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.

Melaka

5. Program dan Pertubuhan Belia

BIL. PERKARA / ISU MPBNg

1.

Menyarankan agar memperbanyakkan program-program berbentuk

patriotisme di kalangan belia memandangkan generasi muda masa kini

kurang kepekaan terhadap semangat patroitisme dan kenegaraan. Saranan

juga kepada pihak berkuasa (Polis, PBT, Majlis Bandaran dsb..) supaya

menguatkuasakan undang-undang kecil supaya premis-premis perniagaan

yang besar seperti pasaraya mengibarkan bendera Kebangsaan dan negeri

setiap kali menyambut hari kemerdekaan negara dan mengenakan denda

sekiranya tidak akur kepada arahan ini.

Mencadangkan supaya kerajaan (KBS) menawarkan lebih banyak programprogram

belia seperti PJKN, Belia Bestari, Program Kepimpinan,

dsb..kepada MBN/MBD melalui pemberian peruntukan secara terus kepada

Persatuan tanpa ada sekatan daripada JBS/PBSD bagi memberi peluang

secara total kepada persatuan melaksana program belia.

Perak

6. Menangani Isu dan Gejala Sosial

BIL. PERKARA / ISU MPBNg

1.

Menggesa supaya kerajaan memantau laman sembang yang begitu

popular sekarang seperti facebook, twiter, dsb...supaya tidak mengganggu

produktiviti dan mutu kerja belia di dalam sektor pekerjaan.

Walaubagaimanapun Majlis tidak menghalang aktiviti laman sosial ini

secara total kerana ada juga kebaikannya sekiranya ianya diguna secara

berhemah pastinya akan menguntungkan belia itu sendiri.

Perak

7. Promosi & Media

BIL. PERKARA / ISU MPBNg

1.

Mencadangkan agar pihak media cetak/elektronik lebih banyak

menayangkan/memaparkan cerita/artikel berbentuk patriotisme bagi

menggalak belia lebih cintakan Negara.

Perak

2.

Menggesa supaya kerajaan menyekat/mengawal bahan-bahan pornografi

dan hiburan yang keterlaluan bagi membendung kerosakan akhlak belia di

negeri ini dan lebih memaparkan ikon-ikon yang berlatar belakang agama

demi mengekalkan jatidiri belia di masa hadapan.

Perak

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!