09.07.2015 Views

Penguasa Kastam, Gred W41 - SPA Malaysia

Penguasa Kastam, Gred W41 - SPA Malaysia

Penguasa Kastam, Gred W41 - SPA Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PANDUAN PEPEERIKSAANMEMASUKI PERKHIDMATANPENGUASA KASTAMGRED W41BAHAGIANPEPERIKSAANSURUHANJAYAPERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

KANDUNGANMuka SuratPendahuluan 2Panduan Umum 2 - 3Sukatan Peperiksaan 3Seksyen A – Pengetahuan Am 3 - 4Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah 5 - 10Seksyen C – Esei Bahasa Melayu 10Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris 11Panduan Menjawab Soalan 11-12Penutup 121

PENDAHULUANPeperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calonmengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan danpengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan.Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyaiskop yang luas.Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agarsesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penguasa Kastam, Gred W41.Peperiksaan ini melibatkan empat (4) kertas berasingan. Calon-calon perlumenunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baikdipamerkan pada satu (1) kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurangmemuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, makaprestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidakmemfokuskan kepada kertas tertentu sahaja.Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut.Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh SuruhanjayaPerkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ‘Assesment Centre’ akan ditemu duga.PANDUAN UMUM1. Pada hari peperiksaan calon perlu membawa:i) Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.ii) Kad Pengenalaniii) Alat tulis; pensel 2B, pen, pembaris, pemadam dan peralatan lain yangdifikirkan perlu.2. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.3. Calon perlu berada di tempat duduk lima belas (15) minit sebelum peperiksaandimulakan.4. Calon dilarang berkomunikasi dengan calon-calon lain. Sila angkat tangan jikaada masalah atau pertanyaan.5. Calon hanya boleh meninggalkan pusat peperiksaan tiga puluh (30) minitselepas peperiksaan dimulakan.2

6. Jawapan hendaklah dibuat dalam:i) Kertas OMR - bagi Seksyen A dan Bii) Kertas Tulis – bagi Seksyen C dan D7. Nombor Kad Pengenalan pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalamSurat Panggilan Menduduki Peperiksaan.8. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah tidak dibenarkan.9. Calon mesti berpakaian kemas, sopan, dan tidak menjolok mata.10. Penggunaan mesin kira adalah tidak dibenarkan.SUKATAN PEPERIKSAAN1. Ujian ini mengandungi dua seksyen iaitu:i) Seksyen A – Pengetahuan Amii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalahiii) Seksyen C – Esei Bahasa Melayuiv) Seksyen D – Esei Bahasa InggerisMasa : 40 MinitBilangan Soalan : 50SEKSYEN A – PENGETAHUAN AMTujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yangberlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secaraumum berkaitan dengan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dankewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat &komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidangsukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa.3

Contoh Soalan:1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia terletak di bawahABCDKementerian Kewangan.Kementerian Dalam Negeri.Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.Jawapan: A2. Manakah antara berikut yang telah diwartakan sebagai Pulau Bebas Cukai?IIIIIIIVABCDPulau PerhentianPulau LangkawiPulau TiomanLabuanI dan IIIII dan IVI, II dan IIIII, III dan IVJawapan: D4

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAHMasa : 45 MinitBilangan Soalan : 40Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakanitem-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:i) Kemahiran Menggunakan LogikDalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiranberfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapanyang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.Contoh Soalan:1. Urutan yang terakhir ialah rajahABCDJawapan: C5

2. Apakah nilai paling sesuai bagi A?942 47 A126421804 45A 2B 3C 4D 5Jawapan: BTeknik menjawab:94 / 47 = 2180 / 45 = 4126 / 42 = AA = 36

ii)Kemahiran Menginterpretasi DataCalon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yangmenggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisadata-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.Contoh Soalan:1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negarayang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah meningkat sebanyak40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 2/3 berbanding bulansebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan danpelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.ABCD160 orang200 orang400 orang560 orangJawapan: A7

Teknik menjawab:Pelancong luar negara = 40/100 x 400= 160= 160 + 400= 560Pelancong tempatan = 2/3 x 600= 400Beza pelancong Bulan April = 560 – 400 = 1602. Rajah di bawah menunjukkan bilangan kamera digital yang dijual pada tahun2007 dan 2008. Sebanyak 290 kamera digital telah dijual dari tahun 2007hingga 2010 dengan nisbah pada tahun 2009:2010 adalah 3:4.2007200820092010mewakili 15 kameraBilangan kamera digital yang dijual dalam tahun 2010 ialahA 30B 60C 80D 140Jawapan: CTeknik menjawab:Jumlah kamera digital yang dijual= 290 buahJumlah kamera digital pada tahun 07/08 = 150 buahJumlah kamera digital pada tahun 09/10 = 290 - 150= 140 buahOleh yg demikian,3:4 = 140 buah1 buah = 140/7 = 20dan 4 buah = 4x 20 = 80 buahOleh itu jualan kamera digital pada tahun 2010 ialah sebanyak 80 buah.8

iii)Konsep MatematikKonsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri.Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang matematikdi peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi merekamenjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain, kerana soalan yangdikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaranTingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).Contoh Soalan:1. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4daripada keluasan petak A.Sekiranya lebar petak B adalah 7 meter, hitung keluasan petak B.A 105m 2B 125m 2C 230m 2D 245m 2Jawapan: ATeknik menjawab:Petak C= 1/4 daripada keluasan bilik APetak C = 1/4 * (10 * 10)= 25 m 2Panjang Petak B= panjang petak A + panjang petak C= 10 + 5= 15 mLuas petak B = 15 * 7 = 105 m 29

2. Setiap bulan, David membelanjakan 10% daripada gajinya bagi membayar kadkredit berjumlah RM100. Jika sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 20%,berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi kad kreditnya?ABCDRM100RM120RM160RM200Jawapan: BTeknik Menjawab:10% daripada jumlah gaji = RM100100% gaji = 100/20 x RM100 = RM1,00020% kenaikan gaji = 20/100 x RM1,000= RM200= RM200 + RM1,000= RM1,200Bil kad kredit baru= 10% x RM1,200= RM120SEKSYEN C – ESEI BAHASA MELAYUMasa : 1 jamBilangan Soalan : Tiga (3) soalan pilih satu (1)Panjang esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentangsesuatu masalah. Contohnya: “Cara-cara untuk menyelesaikan masalah kesesakanlalu lintas di Kuala Lumpur.”Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas,teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti calondalam penguasaan Bahasa Melayu.10

SEKSYEN D – ESEI BAHASA INGGERISMasa : 1 jamBilangan Soalan : Tiga (3) soalan pilih satu (1)Panjang esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalampenguasaan Bahasa Inggeris. Contohnya: “Electronic Government in Malaysia.”Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas,teratur dan munasabah.PANDUAN MENJAWAB SOALANNasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.Soalan Objektif(Soalan-soalan di dalam Seksyen A dan B)a. Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan iniadalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan jugameliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian, terdapat beberapasoalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab keranaberada di luar bidang pengkhususan. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidakboleh dijawab, calon dinasihatkan agar tidak membuang masa dan terusmenjawab soalan-soalan berikutnya. Apabila masa mengizinkan, kembalikepada soalan tersebut.b. Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan di mana empat (4) opsyen jawapandikemukakan dan calon perlu memilih satu (1). Jawapan yang dikehendakibukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca danmengkaji kesemua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalahjawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yangdifikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantudalam proses pemilihan jawapan yang tepat.c. Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diprosesmenggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B11

sahaja. Jika alat tulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira keranakomputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan,jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borangyang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.Soalan Esei(Soalan-soalan di dalam Seksyen C dan D)a. Soalan-soalan esei terdapat di dalam dua (2) seksyen iaitu Seksyen C (EseiBahasa Melayu) dan Seksyen D (Esei Bahasa Inggeris). Bagi setiap seksyen,calon perlu memilih satu (1) daripada tiga (3) soalan yang dikemukakan.b. Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam bagi menjawab setiap esei. Bilanganperkataan bagi penulisan Esei Bahasa Melayu dan Esei Bahasa Inggerisadalah tidak dihadkan. Calon diberi masa panjang adalah untuk menggalakkanpenulisan esei yang bernas, teratur, teknik persembahan serta susunanperkataan yang terbaik. Tulisan perlu kemas dan calon digalakkanmenggunakan gaya bahasa yang bervariasi, di samping penggunaan kosakata yang luas dan tepat. Calon-calon juga seharusnya dapat mengemukakanidea-idea dengan jelas dan matang serta disertakan contoh yang tepat dansesuai. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menggunakan sekurangkurangnyasepuluh (10) minit untuk merancang, membuat rangka jawapan dansebagainya sebelum menulis esei.PENUTUPCalon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jikalulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Hal ini bermakna peluanguntuk dipertimbangkan ke jawatan Penguasa Kastam, Gred W41 adalah lebih baik.‘Selamat Maju Jaya’Bahagian Peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia12

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!