negeri johor - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

negeri johor - Jabatan Audit Negara

LAPORANKETUA AUDIT NEGARALAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2008 NEGERI JOHORPENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERIDAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSINEGERI JOHORTAHUN 2008Dewan Undangan Negeri JohorJABATAN AUDIT NEGARAMALAYSIA


LAPORANKETUA AUDIT NEGARAPENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DANPENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSINEGERI JOHORTAHUN 2008JABATAN AUDIT NEGARAMALAYSIA


KANDUNGAN


PERKARAMUKA SURATBAHAGIAN V - PENYERAHAN, PENGESAHAN, PEMBENTANGANPENYATA KEWANGAN DAN PRESTASI KEWANGANAGENSI NEGERIPendahuluan 63Pengauditan Penyata Kewangan 63Kedudukan Penyerahan Penyata Kewangan 64Pengesahan Penyata Kewangan 65Pembentangan Penyata Kewangan 66Prestasi Kewangan 68Rumusan Dan Syor Audit 71BAHAGIAN VI - PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARADAN MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRARAYA NEGERIPembentangan Laporan Ketua Audit Negara MengenaiPenyata Kewangan 75Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Raya Negeri 75PENUTUP 79LAMPIRANI Sijil Ketua Audit Negara 83II Lembaran Imbangan 84III Penyata Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai 85IV Penyata Akaun Memorandum 86V Penyata Akaun Hasil Disatukan 87VI Nota Kepada Penyata Kewangan 88iv iv


KATA PENDAHULUAN1. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendakiKetua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan dan mengemukakan Laporanmengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang MahaMulia Sultan Johor. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menitahkan supayaLaporan itu dibentangkan di Parlimen manakala Duli Yang Maha Mulia Sultan Johormenitahkan untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Johor. Bagi memenuhitanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah menjalankan 2 kaedah pengauditan sepertiberikut:1.1 Pengauditan Penyata Kewangan – Pengauditan ini bertujuan untuk memberipendapat sama ada Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berkenaanmenggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta rekod perakaunanmengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. Jabatan Audit Negarajuga telah membuat analisis terhadap penyata kewangan sama ada kedudukan KewanganKerajaan Negeri sangat baik, baik, memuaskan atau tidak memuaskan.1.2 Pelaksanaan Sistem Penarafan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti PengurusanKewangan Jabatan/Agensi – Mulai tahun 2007, Jabatan Audit Negara telahmemperkenalkan Indeks Akauntabiliti (AI) bertujuan untuk membuat penilaian secaraobjektif terhadap pengauditan pengurusan kewangan Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeribagi mengukur dan menambah baik kawalan pengurusan kewangan yang cemerlang.Indeks Akauntabiliti diberi penarafan berdasarkan kepada tahap pematuhan terhadapperaturan-peraturan kewangan berhubung dengan kawalan pengurusan, terimaan,perbelanjaan, akaun amanah/ kumpulan wang amanah /deposit, aset, pinjaman, pelaburandan penyediaan Penyata Kewangan. Dengan pelaksanaan Indeks Akauntabiliti ini bolehmembantu mewujudkan budaya kerja berasaskan amalan terbaik. Selain itu, budaya“membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul” bukan sahaja dapatmempertingkatkan kecemerlangan pengurusan kewangan Jabatan malah aspek integriti,keutuhan dan akauntabiliti yang ditekankan oleh Kerajaan akan dapat dicapai.2. Laporan saya mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan PengurusanKewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2008 disediakan hasil daripada pengauditanyang dijalankan di Pejabat Kewangan Negeri dan 19 Jabatan/Agensi Negeri sepanjangtahun 2008. Bagi tujuan pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Tahun 2008,pengauditan terhadap sistem perakaunan dan dokumen yang berkaitan denganpembayaran dan terimaan telah dijalankan di Pejabat Perbendaharaan Negeri.vii vii


3. Laporan ini dibahagikan kepada enam Bahagian seperti berikut:Bahagian I - Pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor Bagi TahunBerakhir 31 Disember 2008Bahagian II - Analisis Kewangan Kerajaan NegeriBahagian III - Rancangan Pembangunan Kerajaan NegeriBahagian IV - Pencapaian Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi NegeriBahagian V - Penyerahan, Pengesahan, Pembentangan Penyata Kewangan DanPrestasi Kewangan Agensi NegeriBahagian VI - Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Dan MesyuaratJawatankuasa Kira-kira Raya Negeri4. Di samping memenuhi kehendak perundangan, saya berharap laporan ini dapatdijadikan sebagai salah satu asas untuk memperbaiki segala kelemahan, usahapenambahbaikan dan meningkatkan akauntabiliti serta integriti dalam pengurusan wangawam. Ini penting untuk menjamin setiap Ringgit Malaysia yang dipungut dan dibelanjakanakan dapat menyumbang kepada pembangunan dan keselesaan hidup rakyat.5. Pada pendapat saya, prestasi kewangan Kerajaan Negeri dan tahap pencapaianpengurusan kewangan Jabatan/Agensi Negeri boleh dipertingkatkan sekiranya semua pihakyang terlibat mempunyai lima perkara yang diringkaskan sebagai SIKAP iaitu:a) SUPERVISION – Penyeliaan yang rapi diberi kepada kerja yang diserahkan kepadapegawai bawahan. Ketua Jabatan perlu memastikan garis panduan yang jelas danterperinci disediakan sebagai rujukan penjawat awam menjalankan tugas mereka.Penjawat awam perlu melaporkan kemajuan kerja mereka secara berkala.b) INTEREST – Setiap penjawat awam perlu melaksanakan tugas mereka dengan penuhminat dan dedikasi supaya kualiti sistem penyampaian dapat dipertingkatkan.c) KNOWLEDGE – Setiap penjawat awam mempunyai pengetahuan yang cukup dalambidang tugas masing-masing. Bagi tujuan ini, program latihan yang berterusan perludilaksanakan.d) ATTITUDE – Setiap penjawat awam perlu mempunyai pandangan holistik dalammelaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan penuh komitmen.Tidak ada sikap sambil lewa.e) PROCEDURE – Sifat jujur dan amanah, tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukanserta berakhlak mulia.viii viii


6. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai Jabatan/AgensiNegeri yang telah memberikan kerjasama kepada pegawai saya sepanjang pengauditandijalankan. Saya juga ingin melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pegawaisaya yang telah berusaha gigih serta memberikan sepenuh komitmen untuk menyiapkanLaporan ini.Putrajaya16 Jun 2009ix ix


INTI SARI LAPORAN


INTI SARI LAPORANBAHAGIAN I -PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI JOHORBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 20081. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor menunjukkan suatu gambaran yang benardan saksama terhadap kedudukan kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31Disember 2008. Semua butiran dalam Lembaran Imbangan dan Penyata AkaunMemorandum telah disertakan dengan dokumen sokongan yang mencukupi.BAHAGIAN II- ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI2. Analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Johor pada akhirtahun 2008 adalah pada tahap memuaskan. Kedudukan defisit Akaun Hasil Disatukan pada31 Disember 2008 telah bertambah sejumlah RM70.35 juta atau 21% menjadikan RM405.37juta berbanding baki defisit berjumlah RM335.02 juta pada tahun 2007. Manakala KumpulanWang Disatukan Kerajaan Negeri mengalami penurunan RM59.03 juta atau 22.7% kepadaRM201.53 juta berbanding RM260.56 juta pada tahun 2007. Kecairan tunai semasaKerajaan Negeri adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa. HasilKerajaan Negeri pada tahun 2008 telah meningkat sejumlah RM32.76 juta atau 4.2%berbanding tahun 2007 iaitu daripada sejumlah RM779.60 juta menjadi RM812.36 juta.Perbelanjaan juga telah meningkat sejumlah RM107.63 juta atau 13.9% menjadiRM882.71 juta pada tahun 2008 berbanding RM775.08 juta pada tahun 2007. KerajaanNegeri perlu mengekalkan perbelanjaan secara berhemat tanpa menjejaskan mutuperkhidmatan dan pembangunan ekonomi Negeri serta berusaha menambahkan sumberpendapatan. Selain itu, tindakan yang lebih berkesan perlu diambil untuk mengutiptunggakan hasil kerana jumlah tunggakan hasil pada tahun 2008 berjumlah RM156.18 jutameningkat sejumlah RM2.71 juta atau 1.8% berbanding RM153.47 juta pada tahun 2007.Tindakan tegas menuntut tunggakan pinjaman daripada Agensi-agensi Negeri yangberjumlah RM601.61 juta juga hendaklah diambil.BAHAGIAN III - RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI3. Di bawah RMKe-9 atau pada tahun 2008, sebanyak 10,560 projek telah dirancanguntuk dilaksanakan oleh 13 Jabatan. Pada keseluruhannya, sebanyak 9,717 projek atau92.0% daripada 10,560 projek yang diluluskan telah dilaksanakan. Baki sebanyak 444projek masih belum mula dan dalam proses perancangan, 56 projek atau 0.5% projek tidakmengikut jadual dan 343 atau 3.3% projek mengikut jadual. Sejumlah RM194.67 juta atau90.9% daripada RM214.05 juta yang diperuntukkan untuk tahun 2008 telah dibelanjakanoleh 14 Jabatan berkenaan. Untuk tempoh tiga tahun sehingga tahun 2008 sejumlahRM581.12 juta telah dibelanjakan daripada peruntukan sejumlah RM650.92 juta melibatkan27,278 projek siap dilaksanakan berbanding 28,945 projek yang dirancang.xiiixiii


BAHAGIAN IV - PENCAPAIAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSINEGERI4. Pencapaian pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri Johor pada tahun 2008secara keseluruhannya adalah baik. Hasil daripada pengauditan yang telah dijalankan padatahun 2008 adalah didapati pencapaian pengurusan kewangan di dua Jabatan/AgensiNegeri adalah sangat baik dan 16 Jabatan/Agensi Negeri adalah pada tahap baik manakalasatu Agensi Negeri adalah pada tahap memuaskan. Ini menunjukkan peningkatanpencapaian pengurusan kewangan di mana dua Jabatan/Agensi Negeri yang diaudit adalahpada tahap sangat baik berbanding satu Jabatan/Agensi Negeri pada tahun 2007. Manakala16 Jabatan/Agensi Negeri yang diaudit pada tahun 2008 adalah pada tahap baik berbandingtiga Jabatan/Agensi Negeri pada tahun sebelumnya. Sementara itu, pencapaian pengurusankewangan pada tahap memuaskan telah menurun daripada empat Jabatan/Agensi Negeripada tahun 2007 kepada satu Jabatan/Agensi Negeri pada tahun 2008. Jabatan/AgensiNegeri boleh mempertingkatkan pengurusan kewangan ke tahap yang lebih baik jikalangkah-langkah penambahbaikan dijalankan secara berterusan melalui penglibatanPegawai Pengawal/Ketua Jabatan secara langsung dengan mengambil tindakan ke ataskelemahan-kelemahan yang telah dibangkitkan serta memastikan kelemahan yang samatidak berulang.BAHAGIAN V - PENYERAHAN, PENGESAHAN, PEMBENTANGAN PENYATAKEWANGAN DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI5. Penyerahan penyata kewangan bagi tahun 2008 Agensi Kerajaan Negeri, PihakBerkuasa Tempatan dan Majlis Agama Islam telah bertambah baik di mana 20 atau 71.4%daripada 28 Agensi Negeri telah mengemukakan penyata kewangan bagi tahun 2008sehingga 31 Mei 2009. Jabatan Audit Negara telah mengesahkan sebanyak 28 PenyataKewangan tahun 2007 iaitu 12 penyata kewangan Badan Berkanun Negeri, 15 penyatakewangan Pihak Berkuasa Tempatan dan satu penyata kewangan Majlis Agama IslamNegeri sehingga 31 Mei 2009. Berdasarkan jumlah tersebut, sebanyak 20 akaun telah diberiSijil Tanpa Teguran, tujuh Sijil Berteguran dan satu Sijil Bertentangan berbanding denganPenyata Kewangan tahun 2006, di mana sebanyak 21 akaun telah diberi Sijil TanpaTeguran, lima Sijil Berteguran dan satu Sijil Penafian. Bagaimanapun, kepentinganpembentangan penyata kewangan yang telah disahkan di Dewan Undangan Negerisebagaimana kehendak undang-undang perlu diambil perhatian. Sehingga awal Jun 2009,sebanyak 66 penyata kewangan melibatkan sembilan Agensi Negeri yang telah disahkanmasih belum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri. Bagi prestasi kewangan AgensiNegeri, lapan agensi yang mengalami defisit dan kekurangan aset semasa bersih perlumempertingkatkan prestasi kewangannya supaya pendapatan yang diperoleh dapatmenampung perbelanjaan mengurus dan menanggung liabiliti semasa. Selain itu, PihakBerkuasa Tempatan perlu memastikan tunggakan cukai taksiran dapat dikurangkan denganmengambil tindakan lebih tegas terhadap mereka yang gagal membayar cukai taksirandalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mengambil tindakan penguatkuasaan danundang-undang.xivxiv


BAHAGIAN VI - PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DANMESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA RAYA NEGERI6. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri JohorTahun 2007 telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri pada 21 November 2008.Bagaimanapun Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri tidak bermesyuarat sepanjangtahun 2008. Mesyuarat hanya diadakan pada awal Januari 2009 yang telah membincangkanLaporan Ketua Audit Negara Tahun 2005 berkaitan pengurusan kewangan serta aktiviti dankajian khas Jabatan dan Agensi Negeri. Sehingga kini, mesyuarat belum membincangkanLaporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Tahun 2006dan 2007.xvxv


BAHAGIAN IPENGESAHAN PENYATA KEWANGANKERAJAAN NEGERI JOHORBAGI TAHUN BERAKHIR31 DISEMBER 2008


BAHAGIAN IPENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI JOHORBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 20081. PENDAHULUAN1.1 Seksyen 16(1) Akta Acara Kewangan, 1957 menghendaki Pihak Berkuasa KewanganNegeri menyediakan Penyata Kewangan secepat mungkin selepas penutupan akaun bagitahun berkenaan. Penyata tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua Audit Negaradalam tempoh tujuh bulan selepas berakhirnya tahun kewangan berkenaan untuk diauditseperti diperuntukkan di bawah Seksyen 9 Akta Audit, 1957.1.2 Selaras dengan peruntukan undang-undang tersebut, Pegawai Kewangan Negeri telahmengemukakan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor bagi tahun berakhir 31Disember 2008 kepada Jabatan Audit Negara pada 13 Mac 2009. Penyata tersebutmelaporkan semua urus niaga kewangan asas tunai bagi tahun 2008 yang berkaitan dengansumber dan penggunaan wang awam. Penyata tersebut mengandungi Lembaran Imbangan,Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Akaun Memorandum dan NotaKepada Penyata Kewangan.1.2.1 Lembaran Imbangan menunjukkan jumlah wang tunai dan pelaburan yang dipegangbagi ketiga-tiga Akaun Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, AkaunAmanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Selaras dengan asas perakaunan tunaiubahsuai yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri, hanya pelaburan yang dipegang bagimaksud amanah tertentu dilaporkan dalam Lembaran Imbangan. Manakala pelaburan laindilaporkan dalam Penyata Akaun Memorandum.1.2.2 Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai menunjukkan penerimaan danbayaran bagi tahun 2008. Terimaan adalah terdiri daripada hasil, pinjaman, terimaan modaldan terimaan lain seperti amanah dan deposit. Pembayaran pula adalah untuk membiayaiperbelanjaan mengurus, pembangunan, modal dan bayaran balik pinjaman.1.2.3 Penyata Akaun Memorandum adalah akaun yang menunjukkan aset dantanggungan Kerajaan Negeri yang tidak ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan. AsetKerajaan Negeri merangkumi Pinjaman Boleh Dituntut, Pelaburan dan Wang DepositBerkanun dan Tunggakan Hasil. Manakala tanggungan Kerajaan Negeri pula terdiridaripada Hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan.3


2. OBJEKTIF DAN KAEDAH PENGAUDITAN2.1 Pengauditan terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir31 Disember 2008 adalah untuk memberi pendapat sama ada penyata itu menggambarkankedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan yang berkaitantelah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.2.2 Pengauditan terhadap sistem perakaunan dan dokumen dijalankan secara berterusansepanjang tahun 2008. Teguran Audit mengenainya telah dibangkitkan dengan pihakPerbendaharaan Negeri Johor dan Jabatan-jabatan Negeri melalui pemerhatian Auditsebaik sahaja sesuatu pengauditan selesai dijalankan.3. PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI JOHOR BAGITAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2008Pengauditan Penyata Kewangan telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 danberpandukan piawaian pengauditan yang diluluskan. Akta dan piawaian tersebutmenghendaki pengauditan dirancang dan dilaksanakan bagi mendapat kepastian yangmunasabah sama ada Penyata Kewangan adalah bebas daripada kesilapan danketinggalan yang ketara. Pengauditan itu termasuk memeriksa rekod secara semak uji,menyemak bukti yang menyokong angka dan memastikan penzahiran yang mencukupidalam persembahan Penyata Kewangan. Persembahan Penyata Kewangan KerajaanNegeri Johor bagi tahun 2008 adalah selaras dengan Piawaian Perakaunan Kerajaan. PadaPendapat Audit, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor pada keseluruhannyamenunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewanganKerajaan Negeri Johor bagi tahun berakhir 31 Disember 2008 dan rekodperakaunannya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. Sijil Ketua AuditNegara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor yang disertakan bersamadengan Lembaran Imbangan, Penyata Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai, PenyataAkaun Memorandum, Penyata Akaun Hasil Disatukan dan Nota Kepada Penyata Kewanganadalah seperti di Lampiran I hingga Lampiran VI.4


BAHAGIAN IIANALISIS KEWANGAN KERAJAANNEGERI


BAHAGIAN IIANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI4. ANALISIS KEWANGANJabatan Audit Negara di samping mengesahkan Penyata Kewangan Kerajaan NegeriTahun 2008, juga membuat analisis terhadap data kewangan bagi menentukan tahapprestasi kewangan Kerajaan Negeri. Analisis dijalankan berdasarkan Penyata Wang Tunai,Penyata Pelaburan, Penyata Akaun Hasil Disatukan, Penyata Akaun Pinjaman Disatukan,Penyata Akaun Amanah Disatukan, Penyata Akaun Memorandum Aset, Penyata AkaunMemorandum Liabiliti dan Nota Kepada Akaun Penyata Kewangan.4.1 KEDUDUKAN KEWANGAN KERAJAAN NEGERI4.1.1 Mengikut Lembaran Imbangan, jumlah Kumpulan Wang Disatukan pada akhir tahun2008 adalah berjumlah RM201.53 juta. Jumlah tersebut terdiri daripada aset berbentukwang tunai sejumlah RM36.37 juta dan pelaburan berjumlah RM165.16 juta. KedudukanKumpulan Wang Disatukan bagi tahun 2008 berbanding tahun 2007 adalah seperti diJadual 4.1.Jadual 4.1Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Pada Tahun 2008 Berbanding Tahun 2007Peningkatan/Tahun(Penurunan)Bil.Butiran2007 2008(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (%)1. Akaun Hasil Disatukan (335.02) (405.37) (70.35) (21.0)2. Akaun Pinjaman Disatukan 5.15 6.47 1.32 25.63. Akaun Amanah Disatukan terdiri 590.43 600.43 10.00 1.7daripada:a) Kumpulan Wang Amanah 168.78 142.91 (25.87) (15.3)Kerajaan(i) Kumpulan Wang Pembangunan 0.57 (0.01) (0.58) (101.8)(ii) Pelbagai Kumpulan Wang168.21 142.92 (25.29) (15.0)Amanah Kerajaanb) Kumpulan Wang Amanah Awam 187.33 237.72 50.39 26.9c) Akaun Wang Deposit 234.32 219.80 (14.52) (6.2)Jumlah 260.56 201.53 (59.03) (22.7)Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor4.1.2 Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan bagi tahun 2004 hingga 2008 adalah sepertidi Jadual 4.2.7


Jadual 4.2Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Bagi Tahun 2004 Hingga 2008TahunBil.Butiran2004(RM Juta)2005(RM Juta)2006(RM Juta)2007(RM Juta)2008(RM Juta)1. Akaun Hasil Disatukan (307.17) (346.66) (339.53) (335.02) (405.37)2. Akaun Pinjaman Disatukan 4.73 4.66 5.15 5.15 6.47Akaun Amanah Disatukan3. terdiri daripada: 417.85 438.26 598.02 590.43 600.43a) Kumpulan Wang AmanahKerajaan 223.05 224.29 140.37 168.78 142.91i) Kumpulan WangPembangunan 1.43 1.55 0.39 0.57 (0.01)ii) Pelbagai Kumpulan WangAmanah Kerajaan 221.62 222.74 139.98 168.21 142.92b) Kumpulan Wang AmanahAwam69.56 71.02 86.79 187.33 237.72c) Akaun Wang Deposit 125.24 142.95 370.86 234.32 219.80Jumlah 115.41 96.26 263.64 260.56 201.53Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor4.1.3 Analisis Audit mendapati kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeritelah mengalami penurunan sejumlah RM59.03 juta atau 22.7% iaitu daripada RM260.56juta pada tahun 2007 menjadi RM201.53 juta pada tahun 2008. Penurunan ini antara laindisebabkan oleh baki defisit Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2008 telahbertambah sejumlah RM70.35 juta atau 21% menjadi RM405.37 juta berbanding baki defisitberjumlah RM335.02 juta pada tahun 2007. 4.1.4 Analisis Nisbah Semasa adalah untuk mengukur kedudukan kecairan tunai KerajaanNegeri dalam membiayai jumlah Tanggungan Semasa. Sekiranya nisbah yang dihasilkanmelebihi dari 1, maka ini menunjukkan tanda yang positif dari segi kedudukan kecairan tunaisesebuah Kerajaan Negeri. Analisis Nisbah Semasa pada tahun 2008 mendapati NisbahSemasa Kerajaan Negeri Johor kurang dari 1. Nisbah yang diperoleh menunjukkan bahawakecairan tunai Kerajaan Negeri adalah rendah kerana aset semasa tidak dapat menampungjumlah tanggungan semasa.4.2 WANG TUNAI4.2.1 Wang tunai merupakan aset yang terdiri daripada wang tunai dalam bank, wangtunai dalam perjalanan dan wang tunai dalam tangan. Wang tunai dalam bank terdiridaripada baki akaun semasa dan baki akaun lain yang dikhaskan untuk tujuan tertentu danwang tunai dalam perjalanan ialah wang tunai yang belum dibankkan serta wang tunai yangbelum diambil kira dalam buku tunai. Manakala wang dalam tangan terdiri daripada PanjarWang Runcit.4.2.2 Analisis perbandingan kedudukan wang tunai bagi tahun 2007 dan 2008menunjukkan penurunan berjumlah RM64.04 juta atau 63.8% menjadi RM36.37 juta padatahun 2008 berbanding RM100.41 juta pada tahun 2007. Penurunan tunai ini adalahdisebabkan Kerajaan Negeri telah mengeluarkan wang tunai untuk menanggungperbelanjaan mengurus yang meningkat sejumlah RM107.63 juta pada tahun 2008.8


Perbandingan kedudukan wang tunai bagi tahun2008 berbanding 2007 adalah seperti diJadual 4.3.Jadual 4.3Baki Wang Tunai Pada Tahun 2008 Berbanding 2007TahunPeningkatan/(Penurunan)Bil.Butiran2007 2008(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (%)1. Wang Tunai Dalam Bank97.04 31.84 (65.20) (67.2)2. Wang Tunai Dalam Perjalanan1.32 2.50 1.1889.43. Panjar Wang Runcit2.05 2.03 (0.02) (1.0)Jumlah100.41 36.37 (64.04) (63.8)Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor4.2.3 Baki wang tunai bagitahun 2004 hingga 2008 adalah seperti di Jadual 4.4 danCarta 4.1.Jadual 4.4Baki Wang Tunai Bagi Tahun2004 Hingga 2008TahunBil.Butiran2004 200520062007 2008(RMJuta) (RMJuta) (RMJuta) (RMJuta) (RMJuta)1. Wang Tunai Dalam Bank 40.9913.80 88.55 97.04 31.842. Wang Tunai Dalam Perjalanan1.95 1.99 2.73 1.32 2.503. Panjar Wang Runcit2.17 2.17 2.05 2.05 2.03Jumlah45.11 17.96 93.33 100.41 36.37Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri JohorCarta 4.1Kedudukan Wang Tunai Bagi Tahun 2004 Hingga 2008(RM Juta)100908070605040302010040.991.952.1713.81.992.1788.552.732.0597.041.322.0531.842.52.0320042005 2006 2007 2008TahunSumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri JohorWang TunaiDalam BankWang TunaiDalam PerjalananPanjar WangRuncit4.3 PELABURANMengikut Seksyen 8, Akta Acara Kewangan 1957 Kerajaan Negeri dibenarkan melaburdalam deposit di bank dan pelaburan lain yang dibenarkan. Pelaburan terdiri daripadapelaburan Kumpulan Wang Amanah dan Pelaburan Am. PelaburanKumpulanWangAmanah adalah pelaburan yang dibuat daripada Kumpulan Wang Amanah selaras dengan9


Seksyen 10, Akta Acara Kewangan 1957, Arahan Amanah selaras dengan Seksyen 9, AktaAcara Kewangan 1957 dan juga peraturan yang dikuatkuasakan. Manakala Pelaburan Amadalah pelaburan yang dibuat daripada lebihan Kumpulan Wang Hasil Disatukan danpelaburan lain daripada Kumpulan Wang Amanah. Pada akhir tahun 2008 pelaburan Kerajaan Negeri adalah merupakan simpanantetap berjumlah RM165.16 juta berbanding tahun 2007 berjumlah RM160.15 juta yangdiuruskan oleh Bendahari Negeri. Analisis perbandingan kedudukan pelaburan bagi tahun2007 dan 2008 menunjukkan peningkatan berjumlah RM5.01 juta atau 3.1% pada tahun2008. Analisis perbandingan kedudukan pelaburan bagi tahun 2008 berbanding 2007 adalahseperti di . 1. Pelaburan Am 160.00 165.00 5.00 3.12. Pelaburan Kumpulan WangAmanah 0.15 0.16 0.01 6.7 Analisis perbandingan kedudukan pelaburan bagi tahun 2004 hingga 2008menunjukkan pelaburan telah meningkat dengan ketara pada tahun 2006 berbanding tahun2005 sebanyak 117.5% atau RM92.01 juta iaitu daripada RM78.30 juta kepada RM170.31juta. Ini kerana jumlah simpanan tetap yang ditunjukkan sebagai wang tunai sebelum initelah diakaunkan dalam penyata pelaburan mulai tahun 2006. Pada tahun 2007, pelaburanKerajaan Negeri mengalami sedikit penurunan tetapi meningkat semula pada tahun 2008dengan sejumlah RM5.01 juta. Peningkatan pelaburan pada tahun 2008 disebabkanlangkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Johor untuk melaburkan semulasebahagian simpanan tetap dan faedahnya untuk mengukuhkan kedudukan wang tunaiKerajaan Negeri. Baki pelaburan bagi tahun 2004 hingga 2008 seperti di dan. 1. Pelaburan Am 70.00 78.00 170.00 160.00 165.002. Pelaburan KumpulanWang Amanah 0.30 0.30 0.31 0.15 0.16 10


Bil.Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2008berjumlah RM812.36 juta iaitu meningkat sejumlah RM32.76 juta atau 4.2% berbandingtahun 2007 berjumlah RM779.60 juta. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh kutipanHasil Bukan Cukai telah meningkat sejumlah RM48.18 juta atau 15.8%. Komponenutama Hasil Bukan Cukai adalah pungutan hasil Perkhidmatan dan BayaranPerkhidmatan Pejabat Tanah dan Perolehan Daripada Pelaburan telah meningkatsejumlah RM29.96 juta atau 33.3% menjadi RM120.03 juta pada tahun 2008 berbandingtahun 2007 berjumlah RM90.07 juta. Jumlah pungutan hasil mengikut kategori bagitahun 2008 berbanding 2007 adalah seperti di Jadual 4.8.Jadual 4.8Pungutan Hasil Pada Tahun 2008 Berbanding 2007TahunPeningkatan/(Pengurangan)Bil. Kategori Hasil 2007 2008(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (%)1. Hasil Cukai 226.26 226.58 0.32 0.12. Hasil Bukan Cukai 305.45 353.63 48.18 15.83. Terimaan Bukan Hasil 247.89 232.15 (15.74) (6.3)Jumlah 779.60 812.36 32.76 4.2Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johorb) Analisis Audit mendapati 73 butiran hasil mengalami peningkatan berjumlah RM538.55juta dan 55 butiran hasil mengalami penurunan berjumlah RM273.81 juta.i) Lima butiran hasil yang mengalami peningkatan yang ketara bagi tahun 2008berbanding tahun 2007 adalah seperti di Jadual 4.9.Butiran Hasil1. BayaranPerkhidmatanKepada PejabatTanah2007(RM Juta)Jadual 4.9Peningkatan Yang Ketara Pungutan HasilPada Tahun 2008 Berbanding 2007TahunPeningkatan2008(RM Juta) (RM Juta) (%)Punca Peningkatan64.07 76.97 12.90 20.1 Pertambahan permohonan tanah.2. Permit GalianDan BahanBatuan3. PendapatanDari Projek-ProjekPenswastaan34.06 42.85 8.79 25.8 Kelulusan pengeluaran permitbertambah.9.43 20.79 11.36 120.5 Unit Perancang Ekonomi Negeriberjaya meningkatkan pendapatandari projek-projek penswastaankepada Kerajaan Negeri.Antaranya ialah:i) Bayaran ansuran dan premiumkurniaan tanah bagi pembeliantanah dan Bangunan Terminal &Pasar Awam Larkin di JohorBahru.ii) Pembangunan Hotel, Emporium,Kedai/Pejabat dan Gerai diKluang.iii) Bayaran sewa bulanan, pajakandan bayaran pendahuluan jualbeli bangunan.12


Bil.Butiran Hasil2007(RM Juta)TahunPeningkatan2008(RM Juta) (RM Juta) (%)Punca Peningkatan4. PremiumPerhutanan7.91 16.65 8.74 110.5 Bayaran Premium bagi kawasanpembalakan.5. Bayaran0.00 10.00 10.00 100.0 Syarikat Air Johor Holdings Sdn.PenggunaanBhd. telah membuat bayaranTanah Danpenggunaan tanah danInfrastrukturinfrastruktur.Oleh SAJHoldings Sdn.Bhd.Jumlah 115.47 167.26 51.79 44.9Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri JohorBil.ii) Manakala lima butiran hasil mengalami penurunan yang ketara pada tahun 2008berbanding 2007 adalah seperti di Jadual 4.10.Butiran Hasil1. Pemberian GeranUntuk MembiayaiAnsuran BayaranBalik Pinjaman BagiProjek Bekalan AirLuar Bandar2. Pelbagai PemberianDan Caruman3. Pungutan BalikBayaran LebihanPada Tahun-tahunLepas4. Sumbangan SaliranUntuk RancanganPerumahan DanPerindustrianJadual 4.10Penurunan Yang Ketara Pungutan HasilPada Tahun 2008 Berbanding Tahun 2007Tahun2007(RM Juta)Tahun2008(RM Juta)13Penurunan(%)Punca Penurunan(RM Juta)43.65 4.50 39.15 89.7 Penguranganbayaran pinjaman AirLuar Bandar yang dioff set dengan geranberjumlah RM4.5juta.43.91 23.05 20.86 47.5 Kerajaan Negerihanya menerimaRM23.05 jutadaripada RM46.05juta bagi hasilpampasan tanahprojek CIQ, pemajuGerbang SelatanBersepadu.3.56 1.09 2.47 69.4 Pengurangantransaksiperbelanjaan Ampada tahun-tahunlepas.10.04 8.05 1.99 19.8 PenguranganKurniaan Tanah baruuntuk rancanganperumahan danperindustrian.5. Cukai Perhutanan 5.86 4.06 1.80 30.7 Pengurangan keranapengawalan kawasanpembalakan yangdibuka untuk tenderdan kenaikanpremium tanah.Jumlah 107.02 40.75 66.27 61.9Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri JohorHasil Kerajaan Negeri merupakan sumber utama yang akan digunakan bagi tujuanperbelanjaan mengurus dan pembangunan. Trend kutipan hasil bagi tahun 2004 hingga2008 adalah seperti di Jadual 4.11 dan Carta 4.3.


Jadual 4.111Kutipan Hasil Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2004Hingga 2008TahunBil. Kategori Hasil 2004 2005200620072008(RM Juta)(RM Juta)(RM Juta) (RM Juta) (RMJuta)1. Hasil Cukai156.58 166. .12 221.52 226.26 226.582. Hasil Bukan Cukai393.89 269. .50 246.78 305.45 353.633. Terimaan Bukan Hasil 224.09 181. .56 224.92 247.89 232.15Jumlah774.56 617. .18 693.22 779.60 812.36Sumber:Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor400350Carta 4.3Kutipan Hasil Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2004Hingga 2008(RM Juta)30025020015010050Hasil CukaiHasil BukanCukaiTerimaan BukanHasil02004 2005 2006 2007 2008TahunSumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri JohorHasil Kerajaan Negeri merupakan sumber utama yang akan digunakan bagi tujuanperbelanjaan mengurus dan pembangunan. Bagi tempoh 2004 hingga 2008, penyumbangutama hasil Kerajaan Negeri adalah daripada Cukai Tanah Berulang, Premiumm GeranTanah, Bayaran Perkhidmatan Kepada Pejabat Tanah, Permit Galian DanBahan Batu sertaCukai Perhutanan. Butiran hasil ini telahmenyumbang sejumlah RM467. 84 juta atau57.5%daripada jumlah hasil tahun 2008 yang berjumlah RM812.36 juta. Butiran terperinci 5penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri bagi tahun 2004 hingga 2008adalah seperti diJadual 4.12 dan Carta 4.4.Jadual 4.12Penyumbang Utamaa Hasil Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2004 Hingga 2008TahunBil. Butiran Hasil2004200520062007 2008(RMJuta) (RMJuta) (RMJuta) (RMJuta) (RMJuta)1. Cukai Tanah Berulang141.14 151.40 203.44 209.92 209.922. Premium Geran Tanah199.75 109.69 73.16 133.19 134.043. Bayaran Perkhidmatan KepadaPejabat Tanah57.78 58.26 55.61 64.07 76.974. Permit GalianDan Bahan Batu 13.34 21.30 19.77 34.06 42.855. Cukai Perhutanan4.87 3.45 5.44 5.86 4.06Jumlah416.88 344.10 357.42 447.10 467.84Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor14


Carta 4.4Penyumbang Utama Hasil Kerajaan NegeriBagi Tahun 2004 Hingga 2008250199.75203.44209.92209.92200Cukai Tanah Berulang(RM Juta)15010050141.1457.7813 . 344.87151.4109.6958.2621 . 33.4573.1655 61.19.775.44133.1964.0734.065.86134.0476.9742.854.06Premium Geran TanahBayaran PerkhidmatanKepada Pejabat TanahPermit Galian Dan Bahan BatuCukai PerhutananSumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor4.4.2020042005Perbelanjaan Mengurus20062007 2008TahunPerbelanjaan mengurus terdiri daripadaa bayaran Emolumen,Perkhidmatan Dan Bekalan,Aset, Pemberian Dan Kenaan BayaranTetap serta Perbelanjaan Lain.Peruntukan asalyang diluluskan bagi perbelanjaan mengurus tahun 2008berjumlah RM749.94 juta.Peruntukan ini telah ditambahsejumlah RM218.37 juta menjadi RM968.31 juta. Peruntukanperbelanjaan mengurus ini telah meningkat sejumlah RM135.82 juta atau 16.3% menjadiRM968.31 juta pada tahun 2008 berbanding peruntukan tahun 2007 berjumlah RM832.49juta. Daripada jumlah RM968.31 juta ini, sejumlah RM882.71 juta atau 91.2%telahdibelanjakan. Pada keseluruhannya, perbelanjaanmengurus Kerajaan Negeri Johor telahmeningkat sejumlah RM107. 63 juta atau 13.9% iaitu daripada RM775.08 juta pada tahun2007 menjadi RM882.71 juta pada tahun 2008. Kedudukan perbelanjaan mengurusKerajaan Negeri bagi tahun 2008 berbanding 2007mengikut maksud perbelanjaann adalahseperti di Jadual 4.13.Jadual 4.13Perbelanjaann MengurusPada Tahun 2008 Berbanding 2007Peningkatan/Tahun(Pengurangan)Bil.Maksud Perbelanjaan20072008(RM Juta)(RMJuta) (RMJuta) (%)1. Emolumen249.88 296.5646.68 18.72. Perkhidmatan Dan Bekalan203.35 234.9031.55 15.53. Aset6.009.51 3.51 58.54. Pemberian Dan Kenaan Bayaran Tetap 313.94 340.2326.29 8.45. Perbelanjaann Lain1.911.51 (0.40) (20.9)Jumlah775.08 882.71 107.6313.9Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johora) Semakan Audit mendapati lima perbelanjaanmenunjukkan peningkatan yangketaraantara RM6.11 juta hingga RM40.81 juta. Perbelanjaaan bagi PeruntukanKepada15


Bil.Kumpulan Wang Terkanun mencatat peningkatan tertinggi iaitu sejumlah RM40.81 jutaatau 24.7% menjadi RM206 juta pada tahun 2008 berbanding RM165.19 juta pada tahun2007. Peningkatan ini disebabkan bayaran kepada kontraktor yang melaksanakanProjek Nusajaya. Butiran perbelanjaan yang terlibat adalah seperti di Jadual 4.14.Jadual 4.14Peningkatan Yang Ketara Perbelanjaan Pada Tahun 2008 Berbanding Tahun 2007PeningkatanTahunMaksudPuncaPerbelanjaanPeningkatan2007 2008(RM Juta) (%)(RM Juta) (RM Juta)1. Pemberian DanKenaan BayaranTetap - PeruntukanKepada KumpulanWang Terkanun2. Emolumen -Pejabat PendidikanAgama3. Emolumen -Jabatan Kerja Raya4. Perkhidmatan DanBekalan -Jabatan PengairanDan Saliran165.19 206.00 40.81 24.7 Bayaran kepadaKontraktor bagiPusatPentadbiran BaruNegeri Johor diNusajaya.97.64 113.17 15.53 15.9 Pertambahanjawatan, bayaranimbuhan tahunandan bayarankhas prestasi.100.57 106.68 6.11 6.1 Pertambahanjawatan, bayaranimbuhantahunan, bayarankhas prestasi danelaun kerja lebihmasa.53.21 68.89 15.68 29.5 Mengambil alihmenyelenggara28 batang anaksungai daripadaMajlis BandarayaJohor Bahru.5. Pemberian DanKenaan Bayaran –PejabatPerbendaharaanNegeri31.26 52.66 21.40 68.5 Bayaran kepadaPemaju PusatPentadbiran BaruNegeri Johor diNusajaya,bayaranpampasan skimSaham PekebunKecil dan PesertaFelcra TebingRuntuh keranapengambilanbalik tanah.Jumlah 447.87 547.40 99.53 22.2Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johorb) Analisis selanjutnya mendapati lima perbelanjaan yang lain menunjukkan penurunanantara RM0.08 juta hingga RM44.35 juta. Penurunan ketara perbelanjaan tahun 2008berbanding 2007 adalah seperti di Jadual 4.15.16


Bil.Jadual 4.15Penurunan Yang Ketara Perbelanjaan Pada Tahun 2008 Berbanding Tahun 2007MaksudPerbelanjaan1. Pemberian DanKenaan BayaranTetap – BayaranKerana HutangKerajaan2. Emolumen DanPerkhidmatandan Bekalan -DewanUndanganNegeri3. Aset - JabatanMufti4. Emolumen DanPerkhidmatanDan Bekalan -Pejabat DaerahMuar5. Pemberian DanKenaan BayaranTetap - PejabatSetiausahaKerajaan NegeriTahunPenurunanPunca2007 2008Penurunan(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (%)60.02 15.67 44.35 73.9 Penguranganbayaran hutangKerajaan Negerikepada KerajaanPersekutuan.8.91 8.37 0.54 6.1 Penguranganlawatan ke luarNegara.1.65 1.56 0.09 5.5 Penguranganpembelian bagibarang-barangperalatan falaq.4.73 4.64 0.09 1.9 Penguranganbayaran gajikerana terdapatkakitanganbersara.0.25 0.17 0.08 32.0 Pengurangan kesMahkamah bagibayaranpampasandaripadaKerajaan Negerikepada orangawam.Jumlah 75.56 30.41 45.15 59.8c) Kedudukan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri bagi tahun 2004 hingga 2008adalah seperti di Jadual 4.16 dan Carta 4.5.Jadual 4.16Kedudukan Perbelanjaan Mengurus Bagi Tahun 2004 Hingga 2008Bil.TahunMaksud2004 2005 2006 2007 2008Perbelanjaan(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)1. Emolumen 215.22 216.63 234.10 249.88 296.562. Perkhidmatan Dan 183.96 200.68 203.86 203.35 234.90Bekalan3. Pemberian Dan 214.60 222.24 239.83 313.94 340.23Kenaan BayaranTetap4. Aset Dan7.57 17.12 8.30 7.91 11.02Perbelanjaan LainJumlah 621.35 656.67 686.09 775.08 882.7117


Carta 4.5Kedudukan Perbelanjaan MengurusBagi Tahun 2004 hingga 20083503000250Emolumen2000150100050Perkhidmatandan BekalanPemberian DanKenaanBayaran TetapAset DanPerbelanjaanLain020042005 2006 20072008d) Analisis Audit terhadap trend perbelanjaan bagi lima tahun mendapati perbelanjaanmengurus telah meningkat setiap tahun di mana peningkatan yang ketara adalah bagiperbelanjaan Emolumen dan Pemberian Dan Kenaan Bayaran Tetap. Pada tahun 2008,perbelanjaan Emolumen telah meningkat sejumlah RM46.68 juta atau 18.7% menjadiRM296.56 jutaberbanding sejumlah RM249.88 juta pada tahun 2007. Antaraa sebabutama peningkatan perbelanjaan ini adalah pertambahanperbelanjaan Emolumen bagiJabatan Pendidikan Agama berikutan pertambahan jawatan lantikan baru hasil daripenstrukturansemula danpembayaran Imbuhan Tahunann Dan Bayaran Khas Prestasi2008 (Bonus) kepada anggota perkhidmatan. Sementarapeningkatan bagi PemberianDanKenaan Bayaran Tetap adalah disebabkan pembayaran kepada projekPusatPentadbiran Baru Kerajaan Negeri Johor danbayaran pampasanpengambilan baliktanah Skim Saham Pekebun Kecil dan Peserta Felcra Tebing Runtuh, GelangPatah,Johor.4.4.3 Prestasi Kewangan Akaun Hasil DisatukanAnalisiss terhadap prestasi kewangan Akaun Hasil Disatukan mengambil kira perbandinganantara hasil dengan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri bagi tempoh perakaunansemasaa dan tahun sebelumnya untuk mengukursurplus atau defisit bagi Akaun HasilDisatukan. Pada tahun 2008, Akaun Hasil Disatukan KerajaanNegeri telah mencatadefisitsejumlah RM70.35juta berbanding tahun 2007 mencatat surplus pendapatan RM4.52 jutaseperti di Jadual 4.17.18


Jadual 4.17Prestasi Kewangan Akaun Hasil Disatukan Pada Tahun 2008 Berbanding 2007TahunPeningkatan/Bil.Perihal2007 2008 (Penurunan) (%)(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)1 Hasil 779.60 812.36 32.76 4.22. Perbelanjaan Mengurus 775.08 882.71 107.63 13.9Jumlah 4.52 (70.35) (74.87) (16.6)Manakala analisis perbandingan surplus/defisit pendapatan bagi tahun 2004 hingga 2008menunjukkan lebihan pendapatan bagi tiga tahun iaitu tahun 2004, 2006 dan 2007 seperti diJadual 4.18.Jadual 4.18Prestasi Hasil Berbanding Perbelanjaan MengurusBagi Tahun 2004 Hingga 2008TahunBil. Perkara2004(RM Juta)2005(RM Juta)2006(RM Juta)2007(RM Juta)2008(RM Juta)1. Hasil 774.56 617.18 693.22 779.60 812.362.PerbelanjaanMengurus621.35 656.67 686.09 775.08 882.71Jumlah 153.21 (39.49) 7.13 4.52 (70.35)4.5 AKAUN PINJAMAN DISATUKANAkaun Pinjaman Disatukan ditubuhkan mengikut kehendak Seksyen 7(b), Akta AcaraKewangan 1957. Akaun ini digunakan untuk mengakaunkan semua pinjaman yang diterimadaripada Kerajaan Persekutuan, bayaran balik pinjaman dan pindahan penerimaanpinjaman ke Akaun Kumpulan Wang Pembangunan atau Kumpulan Wang Lain yangberkaitan.4.5.1 Pada akhir tahun 2008, baki Akaun Pinjaman Disatukan telah meningkat sejumlahRM1.32 juta atau 25.6% menjadi RM6.47 juta berbanding baki pada akhir tahun 2007 yangberjumlah RM5.15 juta. Peningkatan ini disebabkan pada tahun 2008 Kerajaan Negeri Johortelah menerima pinjaman baru daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM182.11 juta.Selepas membiayai bayaran projek Perumahan Awam Kos Rendah dan enam projek baruberjumlah RM180.79 juta, akaun ini mempunyai baki berjumlah RM6.47 juta. Kedudukanbaki Akaun Pinjaman Disatukan bagi tahun 2007 dan 2008 adalah seperti di Jadual 4.19.Jadual 4.19Akaun Pinjaman Disatukan Pada Tahun 2008 Berbanding 2007TahunPeningkatan/Pinjaman2007 2008 (Penurunan)(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (%)Baki 1 Januari 5.15 5.15 0.00 0Terimaan 0.00 182.11 182.11 100Bayaran 0.00 180.79 180.79 100Baki Pada 31 Disember 5.15 6.47 1.32 25.619


4.5.2 Kerajaan Negeri telah menerima enam pinjaman baru berjumlah RM182.11 juta padatahun 2008. Sejumlah RM17.11 juta adalah untuk lima projek Perbadanan Johor iaitu bagiMenaik Taraf Premis KOMTAR, Projek Kawasan Perindustrian Kulai dan Kluang 2, TanjungLangsat serta Tebrau II dan III. Manakala sejumlah RM165 juta adalah untuk dibayarkepada Johor Special Water Sdn. Bhd. sebagai bayaran kerana Kerajaan Negerimenangguhkan tuntutan kenaikan kadar tarif air. Butiran berkaitan adalah seperti diJadual 4.20.Jadual 4.20Pinjaman Yang Diterima Oleh Kerajaan Negeri Pada Tahun 2008Jumlah Bil. ProjekBil.Butiran Pinjaman(RM Juta) Terlibat1. Johor Special Water Sdn. Bhd. 165.00 12. Projek Perbadanan Johor 17.11 5Jumlah 182.11 64.5.3 Kedudukan baki Akaun Pinjaman Disatukan bagi tahun 2004 hingga 2008 adalahseperti di Jadual 4.21.Bil.PinjamanJadual 4.21Kedudukan Baki Akaun Pinjaman DisatukanBagi Tahun 2004 Hingga 2008Tahun2004(RM Juta)2005(RM Juta)2006(RM Juta)2007(RM Juta)2008(RM Juta)1. Perumahan AwamKos Rendah3.52 3.46 3.95 3.95 0.002. Pelbagai 1.20 1.20 1.20 1.20 6.47Jumlah 4.72 4.66 5.15 5.15 6.474.5.4 Analisis Audit terhadap trend baki Akaun Pinjaman Disatukan bagi lima tahunmendapati akaun ini mempunyai baki setiap tahun. Pada tahun 2008, akaun ini masihmempunyai baki berjumlah RM6.47 juta. Mengikut Piawaian Perakaunan Kerajaan Bil. 5,Akaun Pinjaman Disatukan pada akhir sesuatu tahun kewangan, seharusnya tidak berbakidi mana pinjaman yang diterima dipindahkan ke Akaun Kumpulan Wang Pembangunan atauKumpulan Wang lain yang berkaitan.4.6 AKAUN AMANAH DISATUKAN4.6.1 Akaun Amanah Disatukan adalah sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukanyang diwujudkan di bawah Seksyen 7(c) Akta Acara Kewangan 1957 dan terbahagi kepadatiga kumpulan wang iaitu Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan Wang AmanahAwam dan Akaun Wang Deposit. Semua penerimaan dan pembayaran wang amanahdiakaunkan mengikut kehendak Arahan Amanah dan Surat Cara Amanah di bawah Seksyen9 dan Seksyen 10 Akta Acara Kewangan 1957. Akaun ini mengakaunkan semua wangyang diterima sebagai amanah dan digunakan mengikut terma-terma amanah tersebut.20


4.6.2 Kumpulan Wang Amanah KerajaanKumpulan Wang Amanah Kerajaan ditubuhkan di bawah peruntukan Seksyen 10, AktaAcara Kewangan 1957 untuk maksud tertentu. Kumpulan Wang ini adalah kumpulan wangpusingan yang mana pembayaran dari kumpulan wang ini tidak boleh melebihi hadperuntukan yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Baki Kumpulan Wang AmanahKerajaan pada akhir tahun 2008 berjumlah RM142.91 juta berbanding pada akhir tahun2007 berjumlah RM168.21 juta iaitu penurunan sejumlah RM25.87 juta atau 15.3%.a) Kumpulan Wang PembangunanKumpulan Wang Pembangunan ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan WangPembangunan (Akta 70 Tahun 1966) dan diperakaunkan dalam Penyata KumpulanWang Pembangunan. Sumber kewangan bagi Kumpulan Wang ini terdiri daripadacaruman Akaun Hasil, terimaan pemberian daripada Kerajaan Persekutuan danpindahan daripada Akaun Pinjaman. Kumpulan Wang Pembangunan ini hanya bolehdibelanjakan bagi maksud yang ditentukan oleh Akta tersebut. Analisis Audit terhadapKumpulan Wang Pembangunan mendapati perkara seperti berikut:i) Pada akhir tahun 2008, Kumpulan Wang Pembangunan telah mencatatkan defisitsejumlah RM0.58 juta berbanding surplus sejumlah RM0.19 juta pada tahun 2007.Dengan defisit ini, baki Kumpulan Wang Pembangunan pada akhir tahun 2008menyusut menjadi defisit RM0.01 juta berbanding tahun 2007 dengan surplussejumlah RM0.57 juta. Kedudukan baki Kumpulan Wang Pembangunan pada tahun2008 berbanding 2007 adalah seperti di Jadual 4.22.PerkaraJadual 4.22Kedudukan Baki Kumpulan Wang PembangunanPada Tahun 2008 Berbanding 20072007(RM Juta)TahunPeningkatan/(Penurunan)2008(RM Juta) (RM Juta) (%)Baki Pada 1Januari0.38 0.57 0.19 50.0Terimaan 194.69 194.09 (0.60) (0.3)Perbelanjaan 194.50 194.67 0.17 0.1Baki Pada 310.57 (0.01) (0.58) (101.8)Disemberii) Peruntukan Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2008 berjumlah RM214.05juta adalah terdiri daripada sumber langsung. Daripada jumlah peruntukan 2008,sejumlah RM194.67 juta atau 90.9% telah dibelanjakan. Ini menunjukkanperbelanjaan Kumpulan Wang Pembangunan meningkat sejumlah RM0.17 juta atau0.1% iaitu daripada RM194.50 juta pada tahun 2007 kepada RM194.67 juta padatahun 2008. iii) Analisis Audit seterusnya terhadap perbelanjaan sebenar dengan peruntukan tahun2008 mendapati sembilan daripada 14 jabatan telah membelanjakan melebihi 80%daripada peruntukan yang diluluskan. Jabatan berkenaan ialah Jabatan Pengairandan Saliran, Jabatan Landskap Negeri, Jabatan Pertanian, Kerajaan Tempatan,Pejabat Menteri Besar, Jabatan Haiwan, Jabatan Agama, Jabatan Kerja Raya dan21


Pejabat Perhutanan. Kedudukan perbelanjaan berbanding peruntukan tahun 2008adalah seperti di Jadual 4.23.Jadual 4.23Kedudukan Perbelanjaan Pembangunan Berbanding Peruntukan Tahun 2008BakiBil. Jabatan Peruntukan Perbelanjaan Peruntukan (%)(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)1. Jabatan Pengairan DanSaliran19.90 19.66 0.24 98.82. Jabatan Landskap 1.70 1.68 0.02 98.83. Jabatan Pertanian 9.50 9.16 0.34 96.44. Pejabat SetiausahaKerajaan (KerajaanTempatan)7.63 7.18 0.45 94.15. Pejabat Menteri Besar 89.50 83.81 5.69 93.66. Jabatan Haiwan 9.00 8.25 0.75 91.77. Jabatan Agama 20.27 18.14 2.13 89.58. Jabatan Kerja Raya 33.95 29.86 4.09 87.99. Pejabat Perhutanan 5.19 4.47 0.72 86.110. Pejabat Daerah Dan Tanah 11.50 9.19 2.31 79.911. Jabatan Perikanan 0.51 0.40 0.11 78.412. Pejabat SetiausahaKerajaan (Perumahan)13. Majlis TindakanPelancongan14. Pejabat PerbendaharaanNegeri(Wang Cadangan BelanjaMengejut)2.40 1.54 0.86 64.22.50 1.33 1.17 53.20.50 0.00 0.50 0.0Jumlah 214.05 194.67 19.38 90.9iv) Analisis terhadap anggaran peruntukan dan perbelanjaan sebenar bagi tahun 2008mendapati lima projek pembangunan bagi tiga jabatan tidak dibelanjakan langsung.Projek berkaitan ialah Wang Cadangan Belanja Mengejut berjumlah RM500,000,membina bangunan pejabat Jabatan Kerja Raya Kluang berjumlah RM100,000, kerjapenyiasatan tapak dan kerja ukur serta bayaran akhir berjumlah RM100,000 danpembinaan jeti perikanan berjumlah RM100,000. v) Analisis Audit mendapati perbelanjaan tiga Jabatan menunjukkan peningkatan ketaraantara 20% hingga 101.5% pada tahun 2008 berbanding tahun 2007. MajlisTindakan Pelancongan telah menunjukkan peningkatan perbelanjaan bagi ProgramPenggalakan Pelancongan pada tahun 2008 berjumlah RM1.33 juta atau 101.5%daripada perbelanjaan tahun 2007 yang berjumlah RM0.66 juta. Jabatan Pertanianpula menunjukkan peningkatan perbelanjaan bagi maksud Projek PembangunanIndustri Makanan, Program Pembangunan Usahawan Asas Tani dan KemudahanKompleks Pertanian dengan jumlah perbelanjaan RM6.39 juta atau 69% daripadajumlah perbelanjaan berjumlah RM9.16 juta. Bagi Jabatan Landskap Negeri Johorpula, sejumlah RM0.95 juta atau 56.6% daripada jumlah perbelanjaan berjumlahRM1.68 juta telah dibelanjakan bagi program pengindahan. Butiran lanjut adalahseperti di Jadual 4.24.22


Bil.Jadual 4.24Peningkatan Perbelanjaan Pembangunan Yang KetaraPada Tahun 2007 Berbanding Tahun 2008PerbelanjaanPeningkatanJabatan2007 2008 Perbelanjaan(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (%)1. Majlis Tindakan Pelancongan 0.66 1.33 0.67 101.52. Jabatan Pertanian 7.31 9.16 1.85 25.33. Jabatan Landskap 1.40 1.68 0.28 20.0vi) Analisis Audit mendapati perbelanjaan pembangunan di tiga Jabatan/Pejabat telahmengalami penurunan iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri CawanganPerumahan, Jabatan Kerja Raya dan Pejabat Daerah Dan Tanah denganmenunjukkan penurunan antara 14.3% hingga 28.4% pada tahun 2008 berbandingtahun 2007. Antara sebab penurunan perbelanjaan pembangunan bagi tiga Jabatanberkenaan kerana tidak semua projek yang dirancang dapat dilaksanakan. Butiranlanjut adalah seperti di Jadual 4.25.Bil.Jadual 4.25Penurunan Perbelanjaan Pembangunan Tiga JabatanPada Tahun 2008 Berbanding Tahun 2007Jabatan1. Pejabat Setiausaha KerajaanNegeri Cawangan PerumahanPerbelanjaan2007(RM Juta)Penurunan2008 Perbelanjaan(RM Juta) (RM Juta) (%)2.15 1.54 0.61 28.42. Jabatan Kerja Raya 38.56 29.86 8.70 22.63. Pejabat Daerah Dan Tanah 10.73 9.19 1.54 14.4b) Pelbagai Kumpulan Wang Amanah KerajaanPenyata Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan terdiri daripada AkaunPinjaman, Akaun Penyelesaian, Akaun Perniagaan, Pelbagai Kumpulan Wang,Kumpulan Wang Luar Jangka dan Akaun Kena Bayar. Pada akhir tahun 2008, bakiKumpulan Wang ini menurun sejumlah RM25.29 juta atau 15% kepadaRM142.92 juta berbanding RM168.21 juta pada tahun 2007. Kedudukan bakiPelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan bagi tahun 2008 berbanding 2007adalah seperti di Jadual 4.26.23


Jadual 4.26Kedudukan Baki Pelbagai Kumpulan Wang Amanah KerajaanPada Tahun 2008 Berbanding 2007TahunPeningkatan/(Penurunan) (%)Bil.Perihal2007 2008(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)1. Akaun Pinjaman 0.33 55.17 4.84 9.62. Akaun Penyelesaian 9.25 9.86 0.61 6.63. Akaun Perniagaan 0.84 0.85 0.01 1.24. Pelbagai Kumpulan Wang 11.72 11.72 0.00 0.05. Kumpulan Wang LuarJangka 0.50 0.50 0.00 0.06. Akaun Kena Bayar 95.57 64.82 (30.75) (32.2)Jumlah 168.21 142.92 (25.29) (15.0)c) Akaun Kena BayarAkaun Kena Bayar diwujudkan bagi menyelesaikan tanggungan Kerajaan Negerikepada pembekal barangan dan perkhidmatan yang diperolehi oleh Kerajaansehingga 31 Disember sesuatu tahun dan bayarannya dibuat pada bulan Januaritahun berikutnya. Pada tahun 2008, jumlah Akaun Kena Bayar telah menurunsejumlah RM30.75 juta atau 32.2% menjadi RM64.82 juta berbanding RM95.57 jutapada tahun 2007. Ini adalah disebabkan penurunan jumlah bayaran PerkhidmatanDan Bekalan pada tempoh Akaun Kena Bayar.Sebanyak 45 Jabatan terlibat dalam pembayaran Akaun Kena Bayar. Empatdaripada 45 Jabatan yang menunjukkan jumlah bayaran Akaun Kena Bayar tertinggiialah Jabatan Pengairan Dan Saliran berjumlah RM9.90 juta, Jabatan Kerja Rayaberjumlah RM8.99 juta, Jabatan Agama berjumlah RM7.22 juta dan UnitPerkhidmatan Komputer Negeri berjumlah RM5.71 juta. Walaupun JabatanPengairan dan Saliran serta Jabatan Kerja Raya mencatatkan jumlah bayaran AkaunKena Bayar tertinggi, ia menunjukkan pengurangan bayaran pada tahun 2008berbanding tahun 2007. Manakala bayaran Akaun Kena Bayar bagi Unit SainsTeknologi Dan ICT Negeri meningkat sejumlah RM4.20 juta pada tahun 2008 keranabayaran Projek Pembangunan Kerajaan Elektronik Negeri Johor Fasa Dua dan bagiJabatan Agama pula bayaran meningkat kerana pembelian aset dan alatkelengkapan dibuat pada penghujung tahun. Perbelanjaan Akaun Kena Bayar bagi 4Jabatan yang terlibat pada tahun 2008 berbanding 2007 adalah seperti diJadual 4.27.Jadual 4.27Akaun Kena Bayar Tertinggi Untuk Empat JabatanPada Tahun 2008 Berbanding 2007Tahun Tahun Peningkatan/Bil.Jabatan2007 2008 (Penurunan)(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (%)1. Jabatan Pengairan dan Saliran 13.97 9.90 (4.07) (29.1)2. Jabatan Kerja Raya 27.40 8.99 (18.41) (67.2)3. Jabatan Agama 6.10 7.22 1.12 18.44. Unit Sains Teknologi Dan ICTNegeri1.51 5.71 4.20 278.1Jumlah 48.98 31.82 (17.16) (35.0)24


Manakala analisis perbandingan AKB bagi tempoh lima tahun menunjukkan peningkatanbagi tahun 2005 dan 2007 dan penurunan bagi tahun 2004, 2006 dan 2008 seperti diJadual 4.28.Jadual 4.28Kedudukan Akaun Kena Bayar Bagi Tahun 2004 Hingga 2008TahunPerkara2004(RM Juta)2005(RM Juta)2006(RM Juta)2007(RM Juta)2008(RM Juta)Akaun Kena Bayar 78.00 98.71 79.77 95.57 64.82Jumlah 78.00 98.71 79.77 95.57 64.824.6.3 Kumpulan Wang Amanah AwamKumpulan Wang Amanah Awam ditubuhkan di bawah Seksyen 9, Akta Acara Kewangan1957 iaitu terdiri daripada Kumpulan Wang Amanah Khas yang dipegang oleh KerajaanNegeri dan wang amanah yang diterima bagi maksud tertentu. Sumber kewanganKumpulan Wang Amanah Awam adalah terimaan daripada orang awam yang diamanahkankepada Kerajaan Negeri bagi tujuan tertentu. Pengurusan akaun ini perlu dibuat mengikutArahan Amanah yang diluluskan oleh Perbendaharaan Negeri.a) Akaun Wang Amanah AwamKerajaan Negeri Johor mempunyai 43 Akaun Wang Amanah Awam yang dikendalikanoleh 16 Jabatan Negeri. Sebanyak 23 Penyata Terimaan Dan Bayaran Akaun Amanahbagi tahun berakhir 31 Disember 2008 telah dikemukakan untuk pengauditan.Bagaimanapun, 20 lagi Penyata Terimaan dan Bayaran belum dikemukakan untukdiaudit. Semakan Audit mendapati enam daripada 43 Akaun Wang Amanah Awamtersebut tidak aktif melebihi lima tahun adalah seperti di Jadual 4.29.Jadual 4.29Akaun Wang Amanah Awam Yang Tidak AktifBaki PadaTidak AktifBil. Kumpulan Wang Amanah31 Dis. 2008 CatatanSejak Tahun(RM)1. Akaun Amanah WangSimpanan Rumah OrangorangTua Johor Bahru2. Akaun Amanah UntukMembina Masjid Pontian3. Akaun Amanah RumahOrang Tua Pusat Bina DiriMersing4. Akaun Amanah BayaranPerunding ProgramPenswastaan5. Akaun Amanah Untuk ProjekPembangunan Daerah Muar6. Akaun Amanah untukJabatan Pelancongan NegeriJohor1992 1,2061992 32,5201993 4,701Akaun ini akanditutup.Akaun ini akanditutup.Akaun ini akanditutup.1997 290,001 Akaun inimasihdiperlukan olehPejabat UPEN.1999 (4,797) Tindakanhapus kiraakan diambil.2003 213,908 DalamtindakanPejabat SUK.25


Semakan Audit juga dijalankan terhadap lima akaun amanah lain dan mendapati perkaraseperti berikut:i) Akaun Amanah Kerja-kerja Untuk Pemborong dan Pihak SwastaAkaun Amanah Kerja-kerja Untuk Pemborong dan Pihak Swasta diwujudkanbertujuan untuk menampung kos bagi kerja-kerja baik pulih yang dikendalikan dibawah pengawasan Jabatan Kerja Raya yang mana ia tidak dapat dijalankandengan sempurna oleh pihak Pemborong dan Swasta. Akaun ini dikawal olehPengarah Jabatan Kerja Raya dan berkuat kuasa mulai 1 Julai 1993. Baki AkaunAmanah ini pada akhir tahun 2008 menurun sejumlah RM0.02 juta atau 1.3% iaitudaripada RM1.49 juta pada tahun 2007 menjadi RM1.47 juta pada tahun 2008.ii) Akaun Amanah Projek Penyelidikan Di Bawah Satelit BioteknologiAkaun Amanah Projek Penyelidikan Di Bawah Satelit Bioteknologi ditubuhkanbertujuan untuk mengakaun segala terimaan dan perbelanjaan bagi PenyelidikanSatelit Bioteknologi. Akaun ini diuruskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Johordan telah berkuat kuasa mulai 1 Disember 2005. Sumber kewangan akaun iniberupa terimaan dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia dan lainlainterimaan yang diluluskan oleh Pegawai Kewangan Negeri dari semasa kesemasa. Baki akaun ini pada akhir tahun 2008 menunjukkan penurunan sebanyakRM0.36 juta atau 92.3% menjadi RM0.03 juta pada tahun 2008 berbanding bakipada tahun 2007 iaitu RM0.39 juta.iii) Akaun Amanah Pusat Latihan Khidmat NegaraAkaun Amanah Pusat Latihan Khidmat Negara ditubuhkan untuk menerima danmengakaun terimaan wang daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara untukperbelanjaan Khidmat Komuniti Program Latihan Khidmat Negara. Akaun ini telahberkuat kuasa mulai 1 Januari 2006 dan dikawal oleh Setiausaha Kerajaan Johor.Segala terimaan dan bayaran bagi maksud akaun ini hendaklah diperakaunkan olehBendahari Negeri Johor. Baki akaun ini pada akhir tahun 2008 adalah berjumlahRM0.19 juta berbanding baki pada tahun 2007 berjumlah RM0.21 juta. Akaun initelah menunjukkan penurunan sebanyak RM0.02 juta atau 9.5%.iv) Akaun Amanah Muzium DiRaja Abu Bakar, Istana Besar JohorAkaun Amanah Muzium DiRaja Abu Bakar, Istana Besar Johor berkuat kuasa mulai1 Oktober 1992. Ia diwujudkan bertujuan untuk menyimpan baki wang sumbanganbagi Pertandingan Melukis Perdana 1992 dan juga sumbangan wang bagipertandingan-pertandingan lain yang dianjurkan oleh Muzium DiRaja Abu BakarIstana Besar Johor. Segala terimaan dan bayaran bagi maksud akaun ini hendaklahdiperakaun oleh Bendahari Negeri. Baki akaun ini pada akhir tahun 2008 adalahberjumlah RM0.16 juta berbanding baki pada tahun 2007 berjumlah RM0.15 juta.Akaun ini telah menunjukkan penurunan sebanyak RM0.01 juta atau 6.7%.26


v) Akaun Amanah Pembelian Rumah Kos Rendah Caruman KWSPAkaun Amanah Pembelian Rumah Kos Rendah Caruman KWSP ini telah ditubuhkanbertujuan untuk memberi kemudahan kepada penjawat awam sebagai pembelirumah Rumah Awam Kos Rendah Kerajaan mengeluarkan caruman KWSP bagimenampung kekurangan jumlah pinjaman yang diperoleh dengan harga rumah yangdibeli. Akaun amanah ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 1998 dan dikawal olehKetua Penolong Setiausaha Cawangan Perumahan Negeri. Baki akaun ini padaakhir tahun 2008 adalah sama dengan baki pada akhir tahun 2007 iaitu RM2.86 jutakerana tiada sumbangan diterima atau perbelanjaan yang dibuat pada tahun 2008.b) Akaun Amanah Penyenggaraan Jalan-jalan NegeriAkaun Amanah Penyenggaraan Jalan-jalan Negeri ditubuhkan di bawah Seksyen 9 AktaAcara Kewangan 1957. Sumber kewangan akaun amanah ini adalah daripadapemberian Kerajaan Persekutuan. Akaun amanah ini digunakan khusus bagi membiayaiprogram penyenggaraan semua jalan raya Negeri.Baki Kumpulan Wang Penyenggaraan Jalan-jalan Negeri pada akhir tahun 2008 adalahberjumlah RM185.04 juta berbanding baki berjumlah RM109.84 juta pada akhir tahun2007 iaitu peningkatan sejumlah RM75.20 juta atau 68.5%. Kedudukan baki KumpulanWang Amanah Penyenggaraan Jalan-jalan Negeri bagi tahun 2004 hingga 2008 adalahseperti di Jadual 4.30.Jadual 4.30Kedudukan Baki Kumpulan Wang Penyenggaraan Jalan-jalan NegeriBagi Tahun 2004 Hingga 2008Bil. Butiran2004 2005 2006 2007 2008(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)1. Baki Pada 1 Januari 38.35 39.98 43.66 57.95 109.842. Jumlah Terimaan 74.56 76.27 98.17 172.26 237.513. Jumlah Perbelanjaan 72.93 72.59 83.88 120.37 162.31Baki AkhirPada 31 Disember39.98 43.66 57.95 109.84 185.044.6.4 Akaun Wang DepositWang Deposit merupakan wang yang diterima khusus bagi sesuatu maksud di bawahundang-undang tertentu atau perjanjian yang dipegang untuk satu jangka masa tertentu.Wang deposit akan dibayar balik kepada pendeposit setelah maksudnya tercapai. AnalisisAudit terhadap Akaun Wang Deposit mendapati perkara seperti berikut:i) Pada akhir tahun 2008, Kerajaan Negeri mempunyai 18 jenis deposit yangdiselenggarakan oleh 40 Jabatan melalui 99 akaun deposit yang berbaki RM219.80juta. Baki deposit telah menurun sejumlah RM14.52 juta atau 6.2% menjadiRM219.80 juta pada tahun 2008 berbanding tahun 2007 yang berjumlah RM234.32juta. Analisis Audit mendapati penurunan yang ketara ialah bagi deposit tanah yangmenurun sejumlah RM10.94 juta menjadi RM170.41 juta pada tahun 2008berbanding tahun 2007 berjumlah RM181.35 juta. Penurunan ini disebabkanpembayaran balik kepada pendeposit oleh Pejabat Tanah Johor Bahru yangmelibatkan pemulangan deposit pengambilan balik tanah, pengeluaran bahan batudan kelulusan tapak perumahan serta tanah berkelompok telah berkurangan pada27


tahun 2008. Kedudukan baki deposit pada tahun 2008 berbanding tahun 2007adalah seperti di Jadual 4.31.Jadual 4.31Kedudukan Baki Deposit Pada Tahun 2008 Berbanding Tahun 2007Tahun 2007 Tahun 2008 Peningkatan/Bil. Jenis Deposit(Penurunan)(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)1. Tanah 181.35 170.41 (10.94)2. Wang Jaminan Pelaksanaan 16.28 15.09 (1.19)3. Am Jabatan 13.70 14.04 0.344. Pampasan Perpindahan 8.50 7.11 (1.39)5. Hiburan 4.11 4.43 0.326. Bon Jamin Mahkamah 4.05 3.98 (0.07)7. Wang Ganti Rugi 1.86 1.47 (0.39)8. Sewa Rumah 1.10 1.13 0.039. Tender 0.19 0.21 0.0210. Sistem Kultur Laut 0.66 0.99 0.3311. Projek Gerbang Selatan 0.40 0.40 0.0012. Cagaran 0.17 0.22 0.0513. Simpanan Untuk Kelong 0.12 0.12 0.0014. Cagaran Kantin 0.10 0.09 (0.01)15. Pelarasan Perbendaharaan* 0.08 0.08 0.0016. Perusahaan Pukat Tunda 0.02 0.02 0.0017. Pajak Gadai 0.13 0.01 (0.12)18. Pelarasan Jabatan Hutan* 1.50 0.00 (1.50)Jumlah 234.32 219.80 (14.52) ii) Kedudukan baki deposit bagi tahun 2004 hingga 2008 adalah seperti di Jadual 4.32.Jadual 4.32Kedudukan Baki Deposit Bagi Tahun 2004 Hingga 2008Bil. Jenis Deposit2004 2005 2006 2007 2008(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)1. Tanah 83.61 104.52 325.38 181.35 170.412. Wang JaminanPelaksanaan 13.54 11.53 13.03 16.28 15.093. Am Jabatan 11.25 11.65 12.38 13.70 14.044. Pampasan Perpindahan 2.49 1.00 6.88 8.50 7.115. Hiburan 2.77 3.34 3.64 4.11 4.436. Bon Jamin Mahkamah 3.89 3.78 3.96 4.05 3.987. Wang Ganti Rugi 1.76 1.85 1.86 1.86 1.478. Sewa Rumah 0.91 1.00 1.07 1.10 1.139. Tender 1.40 1.70 1.07 0.19 0.2110. Sistem Kultur Laut 0.45 0.51 0.60 0.66 0.9911. Projek Gerbang Selatan 0.39 0.40 0.39 0.40 0.4012. Cagaran 0.16 0.18 0.14 0.17 0.2213. Simpanan Untuk Kelong 0.12 0.12 0.12 0.12 0.1214. Cagaran Kantin 0.03 0.05 0.06 0.10 0.0915.PelarasanPerbendaharaan* 1.59 1.03 0.08 0.08 0.0816. Perusahaan Pukat Tunda 0.02 0.02 0.02 0.02 0.0217. Pajak Gadai 0.16 0.16 0.16 0.13 0.0118. Cagaran Sewa Bangunan 0.00 0.00 0.02 0.00 0.0019. Pelarasan Jabatan Hutan* 0.70 0.11 0.00 1.50 0.00Jumlah 125.24 142.95 370.86 234.32 219.8028


iii) Analisis Audit mendapati kedudukan baki Akaun Wang Deposit untuk lima tahunmenunjukkan pada tahun 2004 hingga 2006, baki deposit tanah telah meningkatantara RM20.91 juta hingga RM220.86 juta. Ini disebabkan bertambahnya kelulusanpermohonan pengambilan balik tanah, pengeluaran bahan batu dan tapakperumahan. Bagaimanapun, pada tahun 2007 dan 2008, deposit tanah telahmengalami penurunan seperti di Jadual 4.32 di atas.4.7 PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN WANG TUNAI4.7.1 Penyata Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai disediakan selaras dengankehendak Piawaian Perakaunan Kerajaan Bil. 2 yang telah berkuat kuasa mulai tahunkewangan 2005. Penyata ini menunjukkan aliran masuk dan keluar tunai serta kesetaraantunai. Aliran masuk terimaan terdiri daripada terimaan hasil, pinjaman, modal dan amanahlain. Aliran keluar pula terdiri daripada perbelanjaan mengurus, pembangunan, modal,pengeluaran pinjaman dan bayaran amanah lain. Analisis Audit menunjukkan sumber danaKerajaan Negeri pada tahun 2008 berjumlah RM4.99 bilion terdiri daripada terimaan hasil,pinjaman dan terimaan modal. Sejumlah RM5.05 bilion telah digunakan untuk pembayaranbagi perbelanjaan mengurus, pembangunan, modal serta amanah dan deposit. Pada akhirtahun 2008, baki wang tunai telah menurun sejumlah RM64.04 juta atau 63.8% iaitudaripada RM100.41 juta pada tahun 2007 menjadi RM36.37 juta pada tahun 2008.4.7.2 Pada tahun 2008, aliran masuk tunai Kerajaan Negeri meningkat sejumlahRM612.29 juta atau 14% menjadi RM4.99 bilion berbanding RM4.37 bilion pada tahun2007. Aliran masuk tunai yang tertinggi adalah daripada terimaan lain iaitu sejumlah RM3.96bilion.4.7.3 Aliran keluar tunai pada tahun 2008 juga meningkat sejumlah RM683.42 juta atau15.6% menjadi RM5.05 bilion berbanding RM4.37 bilion pada tahun 2007. Aliran keluartertinggi adalah daripada bayaran amanah berjumlah RM3.79 bilion atau 75% daripadakeseluruhan aliran keluar wang tunai berjumlah RM5.05 bilion.4.7.4 Penerimaan dan pembayaran wang tunai Kerajaan Negeri pada tahun 2008berbanding tahun 2007 adalah seperti di Jadual 4.33.Jadual 4.33Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai Kerajaan NegeriPada Tahun 2008 Berbanding Tahun 2007Bil.ButiranTahun 2007 Tahun 2008 Peningkatan/(Penurunan)(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (%)1. Terimaan 4,374.18 4,986.48 612.29 14.0Hasil Cukai 226.26 226.57 0.31 0.1Hasil Bukan Cukai 305.45 353.63 48.18 15.8Terimaan Bukan Hasil 247.89 232.15 (15.74) (6.3)Pinjaman Dalam Negeri 0.00 182.11 182.11 100.0Modal 31.69 30.09 (1.60) (5.0)Terimaan Lain 3,562.89 3,961.92 399.03 11.22. Bayaran 4,367.10 5,050.52 683.42 15.6Perbelanjaan Mengurus 775.08 882.71 107.63 13.9Perbelanjaan Pembangunan 194.50 194.67 0.17 0.1Bayaran Pinjaman 0 180.79 180.79 100.0Bayaran Amanah 3,397.52 3,792.35 394.83 11.6Tambahan/(Kurangan) Wang Tunai 7.08 (64.04) (71.12) (1,004.4)Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor29


4.8 AKAUN MEMORANDUMPenyata Akaun Memorandum adalah penyata yang menunjukkan aset dantanggungan Kerajaan yang tidak dinyatakan dalam Lembaran Imbangan. Penyata ini terdiridaripada Penyata Akaun Memorandum Aset dan Penyata Akaun Memorandum Liabiliti.Penyata Akaun Memorandum Aset menunjukkan kedudukan pinjaman boleh dituntut,pelaburan dan tunggakan hasil. Manakala Penyata Akaun Liabiliti menunjukkan kedudukanhutang awam dalam negeri.4.8.1 Pinjaman Boleh DituntutPinjaman Boleh Dituntut adalah merupakan pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Negerikepada Agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan yang menggunakan sumber Kerajaan Negeriatau pinjaman yang diperoleh daripada Kerajaan Persekutuan.a) Semakan Audit mendapati baki pinjaman boleh dituntut pada akhir tahun 2008meningkat sejumlah RM176.23 juta atau 26.2% iaitu daripada RM672.70 juta pada tahun2007 menjadi RM848.93 juta pada tahun 2008. Ia terdiri daripada baki pinjaman SyarikatAir Johor Holdings Sdn. Bhd. berjumlah RM597.50 juta, Perbadanan Johor berjumlahRM83.73 juta, Pihak Berkuasa Tempatan berjumlah RM5.46 juta dan Yayasan PelajaranJohor berjumlah RM2.52 juta dan pinjaman lain iaitu Johor Special Water Sdn. Bhd.berjumlah RM159.72 juta. Pada tahun 2008, Kerajaan Negeri menerima bayaran balikpinjaman berjumlah RM0.60 juta iaitu daripada Majlis Perbandaran Muar berjumlahRM0.10 juta dan Yayasan Pelajaran Johor berjumlah RM0.50 juta. Semakan Audit jugamendapati tiga Agensi Negeri mempunyai tunggakan bayaran balik berjumlah RM601.61juta pada akhir tahun 2008. Kedudukan baki pinjaman boleh dituntut dan tunggakanbayaran balik pada tahun 2008 adalah seperti di Jadual 4.34.Bil.Nama AgensiJadual 4.34Baki Pinjaman Boleh Dituntut Dan Tunggakan Bayaran BalikPada Tahun 2008BakiPinjamanPada1 Jan 2008PinjamanDiberiPadaTahun2008(RM Juta)30BayaranBalikBakiPinjamanPada31 Dis 2008TunggakanBayaran BalikPokok +Faedah(RM Juta)(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)1. Syarikat Air JohorHoldings Sdn. Bhd. 597.50 0.00 0.00 597.50 511.822. Perbadanan Johor 66.62 17.11 0.00 83.73 87.593. Pihak BerkuasaTempatan 5.56 0.00 0.10 5.46 0.004. Yayasan PelajaranJohor 3.02 0.00 0.50 2.52 2.205. Pinjaman Lain:Johor SpecialWater Sdn. Bhd. 0.00 159.72 0.00 159.72 0.00Jumlah 672.70 176.83 0.60 848.93 601.61Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johorb) Kedudukan baki pinjaman boleh dituntut oleh Kerajaan Negeri bagi tempoh lima tahuniaitu bagi tahun 2004 hingga 2008 adalah seperti di Jadual 4.35.


Bil.AgensiJadual 4.35Baki Pinjaman Boleh Dituntut Oleh Kerajaan NegeriBagi Tahun 2004 Hingga 20082004(RM Juta)2005(RM Juta)Tahun2006(RM Juta)2007(RM Juta)2008(RM Juta)1. Syarikat Air JohorHolding Sdn. Bhd. 655.11 636.64 636.64 597.50 597.502. Perbadanan Johor 72.61 70.65 68.69 66.62 83.733. Pihak BerkuasaTempatan 5.86 5.86 5.76 5.56 5.464. Yayasan PelajaranJohor 3.92 3.52 3.42 3.02 2.525. Pinjaman Lain:Johor Special WaterSdn. Bhd. 0.00 0.00 0.00 0.00 159.72Jumlah 737.50 716.67 714.51 672.70 848.934.8.2 Pelaburana) Pelaburan saham yang dilaporkan di Penyata Akaun Memorandum Pelaburan padaakhir tahun 2008 adalah berjumlah RM428.62 juta. Pelaburan ini terdiri daripadapelaburan saham bersih dalam Tabung Amanah Warisan Negeri Johor berjumlahRM326.62 juta, Syarikat Air Johor Sdn. Bhd. berjumlah RM100 juta, SyarikatPermodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd. berjumlah RM1 juta dan Kumpulan PrasaranaRakyat Johor Sdn. Bhd. berjumlah RM1 juta. Analisis Audit menunjukkan pelaburanini menurun sejumlah RM17.93 juta atau 4% berbanding baki berjumlah RM446.55juta pada tahun 2007. Ini terutamanya disebabkan pelaburan saham bersih dalamTabung Amanah Warisan Negeri Johor telah menurun berjumlah RM17.93 juta atau5.2% menjadi RM326.62 juta pada tahun 2008 berbanding sejumlah RM344.55 jutapada tahun 2007. Kedudukan pelaburan Kerajaan Negeri Johor mengikut AkaunMemorandum Pelaburan pada tahun 2008 berbanding 2007 adalah seperti di Jadual4.36.Jadual 4.36Kedudukan Pelaburan Pada Tahun 2008 Berbanding 2007TahunPenurunanBil.Pelaburan2007 2008(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (%)1. Tabung Amanah Warisan NegeriJohor 344.55 326.62 17.93 5.22. Syarikat Air Johor Sdn. Bhd. 100.00 100.00 0.00 0.03. Syarikat Permodalan Darul Ta’zim 1.00 1.00 0.00 0.04. Kumpulan Prasarana Rakyat Johor 1.00 1.00 0.00 0.0Jumlah 446.55 428.62 17.93 4.0b) Kedudukan Pelaburan Kerajaan Negeri mengikut Penyata Akaun MemorandumPelaburan bagi tahun 2004 hingga 2008 adalah seperti di Jadual 4.37.31


Bil.Jadual 4.37Kedudukan Pelaburan Bagi Tahun 2004 Hingga 2008TahunPelaburan2004 2005 2006(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)2007(RM Juta)2008(RM Juta)1. Tabung Amanah WarisanNegeri Johor 303.00 308.06 321.65 344.55 326.622. Syarikat Air Johor Sdn. Bhd. 100.00 100.00 100.00 100.00 100.003. Syarikat Permodalan DarulTa’zim 1.00 1.00 1.00 1.00 1.004. Kumpulan Prasarana RakyatJohor 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00Jumlah 405.00 410.06 423.65 446.55 428.62Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri JohorJadual 4.37 di atas menunjukkan hanya pelaburan dalam Tabung Amanah Warisan NegeriJohor (Tabung) telah meningkat pada tahun 2004 hingga 2007 berbanding tiga pelaburanyang lain. Bagaimanapun, pada tahun 2008 kedudukan pelaburan telah berkurangansejumlah RM17.93 juta menjadi RM326.62 juta. Penurunan ini disebabkan nilai pelaburanjangka pendek menurun dengan ketara. Sehingga akhir tahun 2008, Tabung masihmengalami kerugian terkumpul berjumlah RM45.85 juta sehingga tahun 2007 dan RM15.96juta bagi tahun 2008. Ini menyebabkan pelaburan asal Kerajaan Negeri Johor berjumlahRM390.40 juta dalam Tabung ini telah merosot menjadi RM326.62 juta pada akhir tahun2008 dengan mengambil kira kerugian terkumpul Tabung yang berjumlah RM61.81 juta.4.8.3 Tunggakan HasilPeraturan mengenai tunggakan hasil dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 89, yangmenghendaki setiap Pegawai Pengawal menghantar suatu penyata mengenai apa-apa hasilyang sepatutnya diterima pada 31 Disember kepada Perbendaharaan Negeri dengansalinannya kepada Jabatan Audit Negara. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 1986juga menjelaskan dasar dan tatacara Akaun Belum Terima di mana tunggakan hasil adalahsebahagian daripadanya. Selain itu, Surat Arahan Bagi Penutupan Akaun Negeri iaitumelalui Pekeliling Kewangan Negeri Johor Bil. 6 Tahun 2008 telah menetapkan kewajipanmengemukakan Penyata Tunggakan Hasil 2008.a) Berdasarkan Penyata Tunggakan Hasil yang dikemukakan oleh Ketua Jabatan kepadaPejabat Perbendaharaan Negeri, tunggakan hasil bagi 38 pemungut hasil adalahberjumlah RM156.18 juta pada akhir tahun 2008. Semakan Audit mendapatisebahagian besar daripada tunggakan hasil tersebut merupakan hasil Pejabat Tanah,Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Cawangan Perumahan dan Unit PerancangEkonomi Negeri yang berjumlah RM138.63 juta atau 88.8% daripada keseluruhanjumlah tunggakan hasil tahun 2008. Tunggakan tersebut menunjukkan peningkatansejumlah RM2.71 juta atau 1.8% berbanding tunggakan hasil tahun 2007 yangberjumlah RM153.47 juta. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh masalahkewangan yang dihadapi oleh pemaju perumahan dan pengusaha ladang sertabayaran proses bagi Projek Penswastaan yang tidak dijelaskan oleh pengusahapusat peranginan atas alasan kegawatan ekonomi. Kedudukan tunggakan hasil32


Kerajaan Negeri pada tahun 2008 berbanding tahun 2007 adalah seperti di.1. Cukai Tanah2. SewaDan Sewa BeliRumah3. Hasil Penswastaan4. Hasil Lain76.9642.1117.6216.7879.1842.4417.0117.552.222 2.90.80.333(0.61) (3.5)0.777 4.6Analisistunggakan hasil Kerajaan Negeri bagi tempoh lima tahun iaitu bagi tahun2004 hingga 2008 adalah seperti didan .1.2.3.4.Cukai TanahSewa DanSewaBeli RumahHasilPenswastaanHasil Lain81.1639.638.123.64137.6840.8416.179.6973.2141.2514.1712.5876.9642.1117.6216.7879.1842.4417.0117.5533


4.8.4 Hutang Awam Kerajaan Negeria) Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa menerima pinjaman daripada KerajaanPersekutuan bagi membiayai projek pembangunannya. Pada akhir tahun 2008, bakihutang Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM1.01 bilion berbanding RM841.13 jutapada tahun 2007 iaitu meningkat sejumlah RM173.57 juta atau 20.6%. Peningkatan iniadalah disebabkan pada tahun 2008 Kerajaan Negeri menerima enam pinjaman baruiaitu Projek Johor Special Water Sdn. Bhd. berjumlah RM165 juta dan lima ProjekPerbadanan Johor iaitu Projek Menaik Taraf Premis KOMTAR, Projek KawasanPerindustrian Kulai, Tebrau II dan III, Kluang 2 dan Tanjung Langsat yang berjumlahRM17.11 juta, menjadikan jumlah keseluruhannya RM182.11 juta. Manakala bakitunggakan bayaran balik Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan menurunsejumlah RM5.43 juta atau 0.4% menjadi RM691.92 juta pada akhir tahun 2008berbanding baki berjumlah RM697.35 juta pada akhir tahun 2007. Penurunan ini adalahdisebabkan Kerajaan Negeri telah dapat menjelaskan sejumlah RM15.67 juta daripadatunggakan bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2008.Kedudukan Hutang Kerajaan Negeri pada tahun 2008 berbanding pada tahun 2007adalah seperti di Jadual 4.40.Bil.Jadual 4.40Kedudukan Hutang Kerajaan Negeri Dengan Kerajaan PersekutuanPada Tahun 2008 Berbanding Tahun 2007Jenis Hutang2007(RM Juta)34TahunPeningkatan/2008(Penurunan)(RM Juta) (RM Juta) (%)1.Projek Perumahan Awam KosRendah84.80 77.36 (7.44) (8.8)2. Projek Bekalan Air 633.88 633.88 0.00 0.03. Projek Perbadanan Johor 35.39 52.50 17.11 48.34. Pinjaman Lain 87.06 250.96 163.90 188.3Jumlah 841.13 1,014.70 173.57 20.6Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johorb) Analisis Audit mendapati kedudukan baki Hutang Kerajaan Negeri bagi tahun 2004hingga 2007 menunjukkan penurunan pada setiap tahun. Ini kerana pada tahun-tahuntersebut Kerajaan Negeri telah menjelaskan sebahagian hutangnya kepada KerajaanPersekutuan. Bagaimanapun, pada tahun 2008 baki Hutang Kerajaan Negeri meningkatsemula sejumlah RM173.57 juta menjadi RM1.01 bilion kerana Kerajaan Negeri menerimaenam pinjaman baru yang berjumlah RM182.11 juta. Kedudukan Hutang Kerajaan Negeribagi tempoh lima tahun iaitu bagi tahun 2004 hingga 2008 adalah seperti di Jadual 4.41 danCarta 4.7.Jadual 4.41Kedudukan Hutang Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2004 Hingga 2008TahunBil. Nama Agensi2004(RM Juta)2005(RM Juta)2006(RM Juta)2007(RM Juta)1. Projek Perumahan Awam2008(RM Juta)96.27 101.45 93.40 84.80 77.36Kos Rendah2. Projek Bekalan Air 696.00 677.53 677.53 633.88 633.883. Projek Perbadanan Johor 68.18 38.99 37.03 35.39 52.504. Pinjaman Lain 72.60 91.82 88.14 87.06 250.96Jumlah 933.05 909.79 896.10 841.13 1,014.70Sumber : Rekod Perbendaharaan Negeri


Carta 4.7Kedudukan Baki Hutang Kerajaan NegeriBagi Tahun 2004 Hingga 2008700600696677.53677.53633.88633.88500400300250.96Projek PerumahanAwam Kos RendahProjek BekalanAir20010096.2768.1872.6101.4538.9991.8293.437.0388.1484.835.3987.0677.3652.5Projek PerbadananJohorPinjaman Lain02004 2005 2006 2007 20084.9 RUMUSAN DAN SYORAUDIT4.9.1 Pada keseluruhannya, analisis Audit terhadap kedudukan kewangan KerajaanNegeri Johor adalah beradaa pada tahap memuaskan. Kecairan tunai semasa KerajaanNegeri pada tahun2008 adalah rendah kerana asetsemasa tidak dapat menampungjumlahtanggungan semasa. Selain itu, pada tahun 2008penurunan pelaburan saham sejumlahRM17.93 juta menjadi RM428.62 juta berbandingtahun 2007 berjumlah RM446.55 jutaadalah lebih besar berbanding peningkatan pelaburan dalam simpanan tetap sejumlahRM5.01juta. Manakala syarikat Kerajaan Negeri pula tidak membayar sebarang dividen.Pada tahun 2008, walaupun jumlah kutipan hasil mencatatkan peningkatan sejumlahRM32.76 juta, Kerajaan Negeri telah mengakhiri tahun kewangan yangberakhir pada 31Disember 2008 dengan defisit Akaun Hasil Disatukan sejumlah RM70.35 juta atau 21%menjadikan defisitterkumpul meningkatkepada RM405.37 juta berbanding RM335.02 jutapada tahun 2007. Jumlah tunggakanhasil padaa tahun 2008 berjumlah RM156.18 jutameningkat sejumlah RM2.71 juta atau 1.8% berbanding RM153.47 juta pada tahun 2007.Manakala jumlah tunggakan pinjaman Agensi-agennsi Negeri berjumlah RM601.61 juta padatahun 2008.4.9.2 Kerajaan Negeri perlumempertingkatdan memperkukuhkanlagi prestasikewangannya supaya sumber pendapatan yang diperolehi dapat menampung perbelanjaanmengurus dan menanggung tanggungann semasa. Kerajaan Negeri perlu juga mengekalkanperbelanjaan secara berhemat tanpa menjejaskann mutu perkhidmatandan pembangunanekonomi Negeri. Selain itu, tindakan yang lebih berkesan perlu diambil untuk mengutiptunggakan hasil yang meningkat setiaptahun dan mengambil tindakan tegas menuntuttunggakan pinjaman daripadaa Agensi-agensi Negeri.35


BAHAGIAN IIIRANCANGAN PEMBANGUNANKERAJAAN NEGERI


BAHAGIAN IIIRANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI5. PENCAPAIAN PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN RANCANGANMALAYSIA KESEMBILAN5.1 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) Negeri Johor untuk tempoh lima tahunbermula pada tahun 2006 hingga 2010. Rancangan ini digubal bagi menjelaskan strategi,program dan projek yang akan dilaksanakan untuk mencapai objektif pembangunan NegeriJohor. Ia adalah signifikan ke arah menggerakkan Negeri Johor mencapai status negerimaju pada tahun 2020.5.2 Bagi menjayakan RMKe-9, siling peruntukan yang telah diluluskan oleh KerajaanNegeri berjumlah RM1,372.69 juta untuk diagihkan kepada 14 jabatan bagi pelaksanaanprojek yang dirancang. Tiga daripada 14 jabatan yang menerima peruntukan tertinggiadalah Jabatan Kerja Raya berjumlah RM386.30 juta atau 28.1%, Pejabat Menteri Besarberjumlah RM309.64 juta atau 22.6% dan Jabatan Agama berjumlah RM216.50 juta atau15.8%. Prestasi perbelanjaan pembangunan di bawah RMKe-9 sehingga akhir tahun 2008adalah seperti di Jadual 5.1.Bil.Jadual 5.1Pencapaian Perbelanjaan Pembangunan Di Bawah RMKe-9Sehingga 31 Disember 2008Jabatan39PeruntukanRMKe-9PerbelanjaanSehingga 31Disember2008(RM Juta)Pencapaian(RM Juta)(%)1. Jabatan Kerja Raya 386.30 119.22 30.92. Pejabat Menteri Besar 309.64 217.98 70.43. Pejabat Agama 216.50 62.62 28.94. Jabatan Pengairan Dan Saliran 128.00 57.17 44.75. Pejabat Daerah Dan Tanah 87.00 30.85 35.56. Jabatan Haiwan 57.20 21.11 36.97. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri47.00 22.17 47.2(Kerajaan Tempatan)8. Jabatan Pertanian 45.50 24.21 53.29. Jabatan Perhutanan 41.50 11.98 28.910. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri29.00 5.03 17.3(Perumahan)11. Majlis Tindakan Pelancongan 15.00 3.37 22.512. Jabatan Landskap 7.50 4.19 55.913. Jabatan Perikanan 2.05 1.22 59.514. Pejabat Perbendaharaan Negeri0.50 0.00 0.00(Wang Cadangan Belanja Mengejut)Jumlah 1,372.69 581.12 42.35.3 Analisis Audit menunjukkan prestasi perbelanjaan pembangunan RMKe-9 adalahantara 17.3% hingga 70.4%. Secara keseluruhannya, prestasi perbelanjaan pembangunanRMKe-9 adalah pada tahap 42.3% di mana sejumlah RM581.12 juta daripada RM1,372.69juta telah dibelanjakan pada akhir tahun 2008.


5.4 Pada tahun 2008, sebanyak 10,560 projek telah dirancang untuk dilaksanakan. Padakeseluruhannya, sebanyak 9,717 projek atau 92% daripada keseluruhan 10,560 projek telahsiap dilaksanakan. Daripada baki 843 projek, sejumlah 444 projek masih dalam prosesperancangan, 56 projek lewat jadual dan 343 projek berjalan mengikut jadual. Projek yangbelum dimulakan berada pada pelbagai peringkat seperti kerja-kerja perancangan tanah,kerja ukur dan proses penyediaan tender. Pencapaian pelaksanaan projek sehingga akhirtahun 2008 adalah seperti di Jadual 5.2.Jadual 5.2Status Pelaksanaan Projek RMKe-9 Bagi Tahun 2008Bil. Jabatan/PejabatBilangan Projek FizikalDalam Lewat Ikut Belum ProjekPerancangan Jadual Jadual Mula Siap Jumlah1. Jabatan Perikanan - 1 - - 1 22. Jabatan Pertanian - - - - 7 73. Jabatan Pengairan dan - - 32 - 1 33Saliran4. Jabatan Perkhidmatan - 2 19 - - 21Haiwan5. Pejabat SetiausahaKerajaan Negeri- - - - 7 7(Kerajaan Tempatan)6. Pejabat SetiausahaKerajaan Negeri3 - - 1 5 9(Perumahan)7. Pejabat Menteri Besar - - - 199 9,217 9,4168. Pejabat Daerah 43 21 285 124 423 8969. Jabatan Perhutanan - - - - 14 1410. Jabatan Agama 58 18 5 - 7 8811. Jabatan Kerja Raya 12 2 2 - 5 2112. Jabatan Landskap - - - - 13 1313. Majlis Tindakan4 12 - - 17 33PelanconganJumlah 120 56 343 324 9,717 10,5605.5 Analisis Audit mendapati sebanyak 28,945 projek telah dirancang untuk pelaksanaanpada tahun 2006 hingga 2008. Daripadanya, sebanyak 27,278 projek atau 94.2% telah siapdilaksanakan, 246 projek atau 0.8% dalam perancangan, 450 projek atau 1.6% mengikutjadual dan 362 projek atau 1.3% lewat jadual. Manakala 609 projek atau 2.1% projek belummula. Pencapaian RMKe-9 bagi tahun 2006 hingga 2008 adalah seperti di Jadual 5.3.Jadual 5.3Pencapaian Pelaksanaan Projek RMKe-9Bagi Tahun 2006 Hingga 2008Bil. Status Projek Bilangan Projek (%)1. Projek Telah Siap 27,278 94.22. Projek Dalam Perancangan 246 0.83. Projek Mengikut Jadual 450 1.64. Projek Lewat Jadual 362 1.35. Projek Belum Mula 609 2.1Jumlah 28,945 10040


5.6 RUMUSANPada keseluruhannya, pencapaian perbelanjaan RMKe-9 belum dapat dinilaisepenuhnya kerana tahun 2008 adalah tahun ketiga RMKe-9 dilaksanakan. Pada akhirtahun 2008 sejumlah RM581.12 juta atau 42.3% daripada RM1,372.69 juta yangdiperuntukkan bagi 14 jabatan telah dibelanjakan. Manakala sebanyak 27,278 projek atau94.2% telah siap dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun sehingga tahun 2008.41


BAHAGIAN IVPENCAPAIAN PENGURUSANKEWANGAN JABATAN/AGENSINEGERI


BAHAGIAN IVPENCAPAIAN PENGURUSAN KEWANGANJABATAN/AGENSI NEGERI6. PELAKSANAAN INDEKS AKAUNTABILITI (AI)6.1 Seksyen 15(A) Akta Acara Kewangan, 1957 dan Arahan Perbendaharaan telahmenetapkan tugas dan tanggungjawab Pegawai Pengawal di sesebuahKementerian/Jabatan bagi menjamin wujudnya akauntabiliti pengurusan kewanganKerajaan. Antara lain, Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab untuk menentukanbahawa peruntukan kewangan dan sumber lain yang secukupnya diperoleh, diguna dandiperakaunkan mengikut peraturan kewangan.6.2 Selaras dengan Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Audit1957, setiap tahun Jabatan Audit Negara telah menjalankan pengauditan terhadap PenyataKewangan Kerajaan Negeri, pematuhan kepada undang-undang dan peraturan kewanganserta aktiviti Jabatan/Agensi Negeri dan mengemukakan laporan mengenainya untukdibentangkan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.6.3 Bagi memenuhi kehendak undang-undang yang tersebut di atas, setiap tahun JabatanAudit Negara telah menjalankan pengauditan terhadap pengurusan kewangan diJabatan/Agensi Negeri untuk menentukan tahap pematuhan terhadap undang-undang danperaturan yang berkaitan. Berdasarkan kepada pengauditan tersebut, didapati bahawamasih ada Jabatan/Agensi Negeri yang tidak serius dalam meningkatkan prestasipengurusan kewangan walaupun telah diberi teguran oleh Jabatan Audit Negara berulangkali. Ini dapat digambarkan daripada kelemahan-kelemahan yang dibangkitkan setiap tahunyang mana ia adalah berkisar kepada isu-isu yang sama.6.4 Sebagai satu usaha untuk meningkatkan tahap motivasi Jabatan/Agensi Negeri agarlebih gigih memperbaiki, mempertingkat dan memperkasakan prestasi pengurusankewangan masing-masing pada masa akan datang, Jabatan Audit Negara telahmemutuskan untuk melaksanakan sistem penarafan berdasarkan indeks akauntabiliti.Jabatan/Agensi Negeri yang diberi tahap penarafan yang cemerlang boleh dijadikan sebagaitanda aras/role model kepada Jabatan/Agensi Negeri yang lain.6.5 Melalui pelaksanaan sistem penarafan ini, setiap pematuhan terhadap peraturankewangan bagi 6 aspek kawalan utama diberikan markah. Aspek tersebut ialah kawalanpengurusan, kawalan bajet, kawalan terimaan, kawalan perbelanjaan, pengurusanKumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah dan deposit serta pengurusan aset, inventori danstor. Bagi Pejabat Kewangan Negeri dan Agensi Negeri, kawalan tambahan iaitu terhadappengurusan pelaburan, pengurusan pinjaman dan pengurusan penyata kewangan turutdinilai. Secara umumnya, sesuatu Jabatan/Agensi Negeri diberi tahap prestasi pengurusankewangan berdasarkan markah keseluruhan seperti di Jadual 6.1.45


MarkahKeseluruhan(%)Jadual 6.1Tahap Prestasi Pengurusan KewanganTahap90 - 100 Sangat BaikPenarafan70 - 89 Baik50 - 69 Memuaskan49 ke bawah Tidak Memuaskan6.6 OBJEKTIF PENGAUDITANBagi membolehkan penarafan diberi terhadap tahap pengurusan kewanganJabatan/Agensi Negeri, pengauditan dijalankan adalah untuk menentukan sama ada:a) Wujudnya struktur dan sistem pengurusan kewangan yang berkesan;b) Wujudnya sistem kawalan dalaman yang berkesan terhadap pungutan hasil,perbelanjaan serta pengurusan akaun amanah, aset dan inventori;c) Pengurusan kewangan mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan; dand) Rekod yang berkaitan diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini.6.7 SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN6.7.1 Pengauditan telah dijalankan di 19 Jabatan Negeri/Pejabat Kewangan danPerbendaharaan Negeri serta Agensi Negeri yang terdiri daripada Pihak BerkuasaTempatan, Badan Berkanun Negeri dan Majlis Agama Islam. Pada tahun 2008, pemilihan 10Jabatan Negeri dan enam Agensi Negeri adalah berdasarkan pusingan manakalapengauditan setiap tahun dilaksanakan terhadap tiga Jabatan/Agensi Negeri iaitu PejabatKewangan Negeri dan Perbendaharaan Negeri Johor, Perbadanan Johor dan Majlis AgamaIslam Negeri Johor.6.7.2 Pengauditan telah dijalankan dengan memberi tumpuan terhadap enam aspekkawalan utama iaitu kawalan pengurusan, kawalan bajet, kawalan terimaan, kawalanperbelanjaan, pengurusan Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah dan deposit sertapengurusan aset, inventori dan stor. Selain itu, pengauditan terhadap pengurusanpelaburan, pengurusan pinjaman dan pengurusan penyata kewangan dilaksanakan diPejabat Kewangan Negeri dan Perbadanan Johor.6.7.3 Bagi menilai tahap kawalan yang telah diwujudkan bagi setiap aspek kawalan utamayang tersebut di atas, pengauditan telah dijalankan dengan menyemak rekod dan dokumenkewangan bagi tahun 2008 di peringkat Ibu Pejabat Jabatan/Agensi Negeri. Selain itu,46


semakan juga dibuat terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Tahun 2008 danPenyata Kewangan Agensi Negeri Tahun 2007 dan 2008 bagi menentukan kedudukanprestasi pengurusan kewangan Jabatan/Agensi Negeri secara menyeluruh.6.8 JENIS KAWALAN6.8.1 Kawalan PengurusanBagi menentukan sama ada struktur pengurusan kewangan yang berkesan telahdiwujudkan, semakan Audit telah dijalankan terhadap empat aspek utama kawalanpengurusan iaitu struktur organisasi, sistem dan prosedur, keberkesanan Unit Audit Dalamdan jawatankuasa yang diwujudkan serta pengurusan sumber manusia seperti berikut:a) Struktur OrganisasiBagi mewujudkan suatu struktur organisasi yang berkesan, Jabatan/Agensi Negerihendaklah memastikan pematuhan terhadap peraturan seperti berikut atau peraturan yangtelah ditetapkan oleh Agensi Negeri.i) Carta organisasi disediakan dengan lengkap dan kemas kini seperti mana yangditetapkan di dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8 Tahun 1991;ii) Surat penurunan kuasa disediakan dengan lengkap dan sentiasa dikemaskinikan.Had-had kuasa dan tugas-tugas pegawai yang menjalankan tanggungjawab jugaperlu dinyatakan dengan jelas. Seksyen 15A(2) Akta Prosedur Kewangan, ArahanPerbendaharaan (AP) 11, AP 69 dan AP 101 adalah berkaitan;iii) Kehendak Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8 Tahun 1991 dipatuhi.Pekeliling tersebut menetapkan Senarai Tugas bagi setiap pegawai perlu disediakandengan lengkap dan jelas menunjukkan hubungan kerja antara penyelia denganpegawai bawahan serta rakan sejawat dalam organisasi yang sama. Senarai tugasini juga perlu sentiasa dikemaskinikan; daniv) Kehendak Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007 dipatuhi. Selaras denganpekeliling tersebut, perancangan dan pelaksanaan pusingan kerja mengikut tempohyang sesuai dalam pelbagai bidang tugas perlu dilaksanakan bagi membangunkansumber manusia berpotensi serta berupaya menyumbang kepada kecemerlanganorganisasi.b) Sistem Dan ProsedurBagi memastikan sistem dan prosedur yang teratur telah diwujudkan, Jabatan/Agensi Negerihendaklah memastikan:i) Manual Prosedur Kerja disediakan dengan lengkap, kemas kini dan dikaji semulasecara berterusan. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8 Tahun 1991adalah berkaitan;ii) Fail Meja bagi setiap jawatan disediakan dengan lengkap, kemas kini dan memilikikesemua 14 ciri-ciri asas Fail Meja yang ditetapkan. Pekeliling KemajuanPentadbiran Awam Bil. 8 Tahun 1991 adalah berkaitan;47


iii) Pemeriksaan mengejut (seperti mana yang ditetapkan di bawah ArahanPerbendaharaan 309) dijalankan secara berkala (tidak kurang dari sekali dalamenam bulan) terhadap peti besi, peti wang tunai, laci atau bekas-bekas lain yangdiguna untuk menyimpan wang, setem atau barang-barang lain yang berharga. Hasilpemeriksaan itu hendaklah direkodkan dengan lengkap untuk memudahkan rujukan;daniv) Garis Panduan Pengurusan Kewangan Dan Akaun dan Dokumen Kualiti yangdisediakan oleh Agensi Negeri adalah lengkap dan kemas kini.c) Jawatankuasa Kewangan Dan Unit Audit DalamKerajaan menetapkan pelbagai jawatankuasa berkaitan hal kewangan ditubuhkan diperingkat Jabatan/Agensi Negeri. Fungsi dan tanggungjawab jawatankuasa tersebut telahditetapkan melalui surat pekeliling, arahan, garis panduan yang dikeluarkan dari semasa kesemasa. Bagi memastikan jawatankuasa-jawatankuasa yang telah diwujudkan berfungsidengan berkesan, Kerajaan telah juga mengeluarkan Panduan Pengurusan Mesyuarat DanUrusan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerajaan melalui Pekeliling Kemajuan PentadbiranAwam Bil. 2 Tahun 1991. Panduan ini menetapkan dengan jelas peranan Pengerusi danurus setia dalam sesuatu mesyuarat bagi memastikan keberkesanan jawatankuasa yangtelah diwujudkan. Antara jawatankuasa/unit yang perlu diwujudkan bagi memantapkan tahappengurusan kewangan adalah seperti berikut:i) Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan AkaunJawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA) ditubuhkan di setiap pusattanggungjawab supaya dapat memantapkan lagi pengurusan kewangan dan akaunagensi-agensi Kerajaan. Seperti mana yang ditetapkan dalam PekelilingPerbendaharaan Bil. 10 Tahun 2008, Jabatan/Agensi Negeri hendaklah memastikanseorang Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa dilantik, bermesyuarat setiap tigabulan, membincangkan perkara yang telah ditetapkan dan mengemukakan LaporanSuku Tahun dengan lengkap kepada pihak berkuasa berkenaan dalam tempoh yangditetapkan.ii) Jawatankuasa Keutuhan PengurusanSelaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 1998 dan Siri 2 No. 1Tahun 2000, Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) hendaklah ditubuhkan diperingkat Kementerian dan Jabatan bagi tujuan mewujudkan pentadbiran Kerajaandan perkhidmatan awam yang cekap, berdisiplin serta berintegriti. Antara lainnya,Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan hendaklah melantik ahli-ahlijawatankuasa dan mempengerusikan mesyuarat berkenaan, bermesyuarat setiaptiga bulan, membincangkan perkara yang telah ditetapkan, menyediakan LaporanSuku Tahun dengan lengkap dan seterusnya mengemukakannya kepada pihakberkuasa berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.iii) Unit Audit DalamPekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004 yang juga diguna pakai oleh KerajaanNegeri menghendaki Unit Audit Dalam (UAD) ditubuhkan di Jabatan/Agensi Negeri48


untuk membantu Ketua Jabatan memantapkan lagi prestasi pengurusan danmemastikan pencapaian objektif organisasi secara cekap dan berhemat. Bagimelaksanakan fungsinya, UAD adalah bertanggungjawab menyediakan RancanganTahunan Audit Dalam, mengemukakan Rancangan Tahunan Audit Dalam kepadapengurusan atasan/Lembaga Pengarah masing-masing selewat-lewatnya pada 31Januari, membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat JawatankuasaPengurusan Kewangan Dan Akaun dan mengemukakan Laporan Tahunan AuditDalam kepada pengurusan atasan/Lembaga Pengarah selewat-lewatnya pada 31Mac tahun berikutnya. Manakala tanggungjawab Ketua Jabatan adalah mengkaji danmeluluskan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam, memastikantindakan susulan diambil terhadap pemerhatian/Laporan Audit Dalam danmemastikan anggota UAD mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran yangdiperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka secara berkesan.d) Pengurusan Sumber ManusiaBagi memastikan pengurusan kewangan dikendalikan dengan baik, setiapJabatan/Agensi Negeri hendaklah menguruskan sumber manusianya dengan cekapseperti menentukan bilangan jawatan dan gred yang sesuai, jawatan diisi sepenuhnyadan latihan dalam bidang kewangan diberi kepada mereka yang terlibat. Jabatan/AgensiNegeri juga dikehendaki memberi pengiktirafan kepada kakitangannya yang cemerlangdan sebaliknya mengambil tindakan tatatertib/surcaj terhadap mereka yang didapatigagal/cuai melaksanakan tanggungjawab yang telah ditetapkan.6.8.2 Kawalan BajetBagi menentukan sama ada Jabatan/Agensi telah menguruskan bajet dan peruntukannyadengan cekap, berhemat dan mengikut peraturan, semakan Audit telah dijalankan terhadaplima aspek utama kawalan bajet iaitu penyediaan bajet, pengagihan peruntukan, kelulusanpindah/tambah peruntukan, pemantauan kemajuan/prestasi bajet dan pelaporanmengenainya seperti berikut:a) Penyediaan BajetPeraturan kewangan mengenai penyediaan bajet oleh setiap Jabatan/Agensi Negeridikeluarkan melalui Surat Pekeliling Kewangan Negeri Bil. 1 Tahun 2007 mengenaiPengurusan Bajet 2007. Selain itu, Arahan Perbendaharaan 29 hingga 46 jugamenetapkan peraturan penyediaan anggaran hasil dan perbelanjaan. Antaralainnya, peraturan kewangan mengenai penyediaan bajet menetapkan perkara-perkaramengenai justifikasi setiap anggaran yang disediakan, ketepatan anggaran, prosedurkelulusan bajet di peringkat Jabatan/Agensi Negeri serta tempoh yang ditetapkan untukmengemukakan bajet dan Perjanjian Program kepada Pegawai Kewangan Negeri.b) Pengagihan PeruntukanPekeliling Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 2007 antara lainnya menetapkan bahawaPegawai Pengawal perlu mengagihkan peruntukan kepada pemegang-pemegang warantertentu sebaik sahaja Waran Am diterima. Mengikut AP 94 pula, pemegang waranperuntukan tersebut boleh mengagihkan waran peruntukan/waran peruntukan kecil49


kepada pegawai yang berkenaan di mana perlu. Pengagihan waran ini perlu direkodkandengan lengkap dan kemas kini.c) Kelulusan Pindah/Tambahan PeruntukanPeraturan kewangan mengenai pindah/tambah peruntukan antaranya menetapkanWaran Pindah Peruntukan hendaklah ditandatangani oleh Pegawai Pengawal sendiriatau bagi pihaknya oleh mana-mana pegawai bawahannya yang diberi kuasa secarabertulis. Semua pindah peruntukan hendaklah dibuat dalam tahun kewangan berkenaandan semua Waran Pindah Peruntukan yang dikeluarkan hendaklah disampaikan kepadaPegawai Kewangan Negeri atau wakilnya tidak lewat dari 31 Disember bagi tahunkewangan berkenaan. Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan perlulah sentiasa mengawasidan mengemas kini akaun serta memastikan pindah peruntukan dikemaskinikan dalamBuku Vot supaya kawalan perbelanjaan dapat diuruskan dengan berkesan. Peraturanjuga menetapkan pindahan kepada butiran yang telah dikurangkan melalui pindahperuntukan atau pengurangan kepada butiran yang telah ditambah melalui pindahperuntukan adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan daripada PegawaiKewangan Negeri terlebih dahulu.d) Pemantauan Kemajuan/Prestasi BajetPeraturan kewangan menghendaki Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan memantaupelaksanaan projek pembangunan dengan rapi bagi memastikan ia dilaksanakanmengikut jadual. Bagi tujuan ini, Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan hendaklahmemastikan data mengenai peruntukan dan perbelanjaan projek bagi setiap tahun diisidan sentiasa dikemas kini dalam Sistem Pemantauan Projek II atau kaedah lain yangditerima pakai, impak setiap aktiviti dinilai sekurang-kurangnya sekali dalam masa limatahun dan memastikan perbelanjaan tidak melebihi peruntukan yang telah diluluskan.e) PelaporanPegawai Pengawal dikehendaki menyediakan beberapa jenis laporan seperti LaporanPerbelanjaan Dan Tanggungan serta laporan untuk Buku Anggaran BelanjawanProgram Dan Prestasi. Laporan-laporan ini perlu dikemukakan kepada PegawaiKewangan Negeri dalam tempoh yang ditetapkan. Pegawai Pengawal juga dikehendakimengemukakan laporan mengenai keperluan aliran wang tunai yang disahkan olehnyakepada Pegawai Kewangan Negeri. Bagi Ketua Jabatan yang bukan PegawaiPengawal, laporan-laporan berkenaan akan dikemukakan kepada Pegawai Pengawalberkenaan untuk disatukan.6.8.3 Kawalan TerimaanBagi menentukan sama ada segala terimaan telah dikendalikan mengikut peraturan dandiakaunkan dengan sempurna, semakan Audit telah dijalankan terhadap lima aspek utamakawalan terimaan yang meliputi kawalan borang hasil, penerimaan wang, kemasukanpungutan ke bank, kawalan perakaunan terimaan/hasil dan penyediaan Akaun BelumTerima seperti berikut:50


a) Kawalan Borang HasilKawalan terhadap borang-borang hasil seperti buku resit adalah penting untukmemastikan ia tidak disalahgunakan.b) Penerimaan WangSetiap Jabatan/Agensi Negeri perlu memastikan pegawainya yangdipertanggungjawabkan dengan urusan penerimaan wang mematuhi peraturankewangan yang berkaitan. Semakan Audit telah dijalankan terhadap empat aspekkawalan dalaman yang ditetapkan oleh Arahan Perbendaharaan bagi penerimaan wangiaitu dari segi kebenaran/kelulusan menerima wang, ciri-ciri keselamatan semasamenerima kutipan, kawalan penerimaan melalui mel dan penerimaan wang di kaunter.c) Kemasukan Pungutan Ke BankArahan Perbendaharaan telah menetapkan peraturan mengenai kemasukan wangpungutan ke bank bagi memastikan ketepatan dan keselamatan wang berkenaan.Antaranya adalah mengenai penetapan tempoh memasukkan wang ke bank, kawalankeselamatan penghantaran wang dan penyelenggaraan rekod mengenainya, semakanoleh pegawai bertanggungjawab terhadap slip kemasukan wang ke bank dankeselamatan wang yang tidak sempat dimasukkan ke bank.d) Kawalan Perakaunan Terimaan/HasilBagi memastikan peraturan mengenai perakaunan terimaan/hasil yang ditetapkan dalamArahan Perbendaharaan dipatuhi, semakan Audit telah dijalankan terhadap penyerahanAkaun Tunai Bulanan kepada Perbendaharaan Negeri; ketepatan penyediaan PenyataPenyesuaian Hasil Bulanan dan ketepatan Buku Tunai yang diselenggarakan olehJabatan-jabatan Negeri. Bagi Agensi Negeri yang mempunyai Garis PanduanPengurusan Kewangan Dan Akaun atau Dokumen Kualiti, semakan Audit juga telahdijalankan terhadap pematuhan peraturan kawalan perakaunan terimaan/hasil yangtelah ditetapkan.e) Akaun Belum TerimaDasar dan tatacara bagi menyelenggara dan melaporkan Akaun Belum Terima (ABT)ditetapkan oleh Kerajaan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2008 danbeberapa Arahan Perbendaharaan. Antara peraturan yang ditetapkan mengenaipengurusan ABT adalah penyediaan Penyata Tunggakan Hasil atau Penyata AkaunBelum Terima yang lengkap dan kemas kini; penyerahan Penyata Akaun Belum Terimakepada Perbendaharaan Negeri dalam tempoh ditetapkan dan tindakan susulan diambilterhadap jumlah terimaan/hasil yang tertunggak.6.8.4 Kawalan PerbelanjaanBagi menentukan sama ada semua perbelanjaan mengurus dan pembangunan telah dibuatmengikut peraturan yang ditetapkan dan diperakaunkan dengan tepat, semakan Audit telahdijalankan terhadap tiga aspek utama kawalan perbelanjaan iaitu perakaunan, pengurusanperolehan dan pengurusan bayaran seperti berikut:51


a) PerakaunanSemakan Audit telah dibuat untuk menentukan sejauh mana Buku Vot dan PenyataPenyesuaian Perbelanjaan diselenggarakan oleh Jabatan/Agensi Negeri mengikutperaturan yang ditetapkan di dalam Pekeliling dan Arahan Perbendaharaan yangberkaitan atau peraturan kewangan yang ditetapkan oleh Agensi Negeri.b) Pengurusan PerolehanSetiap tahun, Jabatan/Agensi Negeri membelanjakan jutaan ringgit untuk tujuanperolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja. Bagi menentukan sejauh mana pengurusanperolehan Jabatan/Agensi Negeri telah mematuhi peraturan yang berkaitan, semakanAudit telah dibuat terhadap pengurusan pembelian terus, sebut harga, tender, kontrakdan kontrak pusat.c) Pengurusan BayaranSemakan Audit telah dijalankan terhadap kawalan dalaman bagi proses bayaran,kesempurnaan bayaran yang memerlukan kelulusan khas, penyediaan danpenyimpanan daftar/rekod pembayaran dan Daftar Bil, bayaran pukal serta panjar wangruncit.6.8.5 Pengurusan Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah Dan DepositPengurusan dan kawalan terhadap kumpulan wang amanah/akaun amanah dan depositadalah penting untuk menentukan ia diurus dengan teratur, mengikut pekeliling dan arahanamanah yang ditetapkan serta di akaun dengan betul dan kemas kini. Semakan Audit telahdijalankan terhadap pengurusan kumpulan wang seperti berikut:a) Kumpulan Wang Amanah/Akaun AmanahTatacara pengurusan akaun amanah ditetapkan melalui Surat PekelilingPerbendaharaan Bil. 18 Tahun 2001. Semakan Audit telah dijalankan terhadappengendalian Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah di Jabatan/Agensi Negeri darisegi penyediaan dan penyerahan Penyata Tahunan untuk diaudit serta kesempurnaanrekod perakaunan/penyata penyesuaian akaun/transaksi akaun.b) Pengurusan Kumpulan Wang PinjamanJabatan/Agensi Negeri perlu menguruskan kumpulan wang pinjaman dan pendahuluandiri/pelbagai mengikut Pekeliling/Surat Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan sepertiberikut:i) Pinjaman kenderaan hendaklah diuruskan berdasarkan peraturan yang ditetapkandalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 dan 8 Tahun 1993;ii) Pinjaman komputer hendaklah diuruskan berdasarkan peraturan yang ditetapkandalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 1992;iii) Pendahuluan diri hendaklah diuruskan berdasarkan peraturan yang ditetapkan dalamSurat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1993; daniv) Pendahuluan pelbagai hendaklah diuruskan berdasarkan peraturan yang ditetapkandalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 13 Tahun 1990.52


c) Pengurusan Akaun DepositTatacara dan pengurusan akaun deposit ditetapkan melalui Arahan Perbendaharaan156 hingga 163.6.8.6 Pengurusan Aset Dan StorAset dan inventori yang diperoleh untuk kegunaan pejabat perlu direkodkan, dikawal dandipantau dengan sempurna bagi mengelakkan dari berlakunya pembaziran danpenyalahgunaannya. Sehubungan ini, semakan Audit telah dijalankan untuk menilai tahappematuhan Jabatan/Agensi Negeri kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan dalamPekeliling/Surat Pekeliling Perbendaharaan yang berkenaan dan Tatacara Pengurusan Storberhubung dengan perkara-perkara berikut:a) Kawalan UmumMengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007, Pegawai Pengawal hendaklahmewujudkan Unit Pengurusan Aset yang antaranya bertanggungjawab untuk menguruspelantikan Pegawai Pemeriksa, Lembaga Pemeriksa dan Jawatankuasa Penyiasat. Unittersebut juga diberi tanggungjawab menjadi Urus Setia kepada JawatankuasaPengurusan Aset Alih Kerajaan yang diwujudkan, menguruskan pelupusan, kehilangandan hapus kira aset serta menyelaras penyediaan laporan mengenainya. Selain itu,Pegawai Pengawal juga hendaklah melantik seorang Pegawai Aset secara bertulis bagisetiap pusat tanggungjawab di bawahnya dan memastikan Pegawai Aset di peringkatIbu Pejabat diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan AsetAlih Kerajaan.b) PenerimaanMengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007, seorang Pegawai Penerimahendaklah diberi kuasa untuk menerima dan mengesahkan aset yang diperoleh. Antaralainnya, tanggungjawab seseorang Pegawai Penerima adalah memastikan aset/bekalanpejabat diterima menepati spesifikasi, kualiti dan kuantiti yang telah ditetapkan sebelumpengesahan penerimaannya. Bagi membolehkan Pegawai Penerima membuat rujukan,sesalinan dokumen kontrak hendaklah disimpan oleh pegawai ini. Bagi penerimaanbekalan pejabat pula, Borang Terima Barang perlu disahkan dan direkodkan dalamKad Kawalan Stok dan Kad Petak. Borang Laporan Penerimaan Aset Alih Kerajaanhendaklah disediakan, disahkan dan dihantar dengan serta merta kepada agenpenghantaran atau syarikat pembekal. Aset hendaklah diterima berserta Surat Jaminandan manual penggunaan/penyenggaraannya.c) PendaftaranPekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 menetapkan aset perlu didaftarkan dalamtempoh dua minggu dari tarikh pengesahan penerimaan. Aset tersebut juga perludilabelkan dengan tanda Hak Kerajaan dan nombor siri pendaftaran.53


d) Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan AsetBagi memastikan penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan aset diurus dengan baik,setiap Jabatan/Agensi Negeri hendaklah memastikan peraturan-peraturan seperti berikutyang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan yang berkenaan dipatuhi:i) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 menetapkan aset diguna hanya bagitujuan rasmi sahaja dan mengikut tujuan asal perolehannya. Setiap aset hendaklahdikendalikan oleh pegawai yang mahir dan berkelayakan, pengeluaran/penggunaannya direkodkan dengan teratur serta kerosakan aset dilaporkan denganmenggunakan borang yang ditetapkan. Aset juga perlu disimpan di tempat yangselamat dan sesuai serta sentiasa di bawah kawalan pegawai yangbertanggungjawab;ii) Pekeliling tersebut juga menghendaki sekurang-kurangnya dua PegawaiPemeriksa/Lembaga Verifikasi Stok dilantik secara bertulis. Pemeriksaan asetdilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun dan verifikasi stok dilaksanakanmengikut tempoh yang ditetapkan. Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan LaporanPemeriksaan Inventori disediakan dengan lengkap dan dikemukakan kepada KetuaJabatan dan seterusnya kepada Perbendaharaan Negeri di mana berkenaan;iii) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1980 menetapkan penggunaan kenderaanJabatan dikawal dengan melantik seorang Pegawai Pengangkutan yangbertanggungjawab meluluskan kegunaan kenderaan dan menyediakan fail sejarahbagi setiap kenderaan, menyelenggarakan Buku Log dengan lengkap dan kemas kiniserta menyediakan Cerakinan Bulanan Penggunaan Bahan Api setiap bulan bagimengawal kegunaan bahan api;iv) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1996 pula menetapkan penggunaankenderaan pegawai Gred JUSA dikawal dengan teratur di mana pembelian minyaksetahun tidak melebihi had yang ditetapkan/diluluskan;v) Selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 1999, Kad IndenMinyak perlu dikawal dengan teratur melalui penyelenggaraan Buku RekodPergerakan Kad Inden yang lengkap dan kemas kini. Penyata pembelian ataupenyata kad perlu disemak sebelum bayaran dilakukan; danvi) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 1999 menetapkan kad elektronik bagipembayaran tol dikawal dengan teratur dan rekod berhubung denganpenggunaannya diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini.e) Penyenggaraan AsetBagi memastikan aset disenggarakan dengan baik, setiap Jabatan/Agensi Negerihendaklah memastikan:i) Senarai aset yang memerlukan penyenggaraan disediakan dengan lengkap dankemas kini; jadual penyenggaraan disediakan dan dilaksanakan seperti dirancang;penyenggaraan direkodkan dengan betul dan lengkap; program penyenggaraandinilai dan penyenggaraan aset oleh pihak swasta diselia dan dipantau bagimemastikan syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian dipatuhi. PekelilingPerbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 adalah berkaitan; dan54


ii) Kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1980 dipatuhi. Pekeliling inimenetapkan kenderaan perlu disenggarakan secara berjadual manakala kospenyenggaraan dan pembaikan perlu direkodkan dalam fail kenderaan dan DaftarHarta Modal. Kenderaan juga hendaklah disimpan dengan selamat.f) PelupusanBagi memastikan pelupusan aset diuruskan dengan teratur dan selaras denganPekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007, setiap Jabatan/Agensi Negeri hendaklahmemastikan:i) Lembaga Pemeriksa dilantik untuk tempoh tidak melebihi dua tahun. LembagaPemeriksa perlu menyediakan jadual pemeriksaan dan ia perlu dilaksanakan dalamtempoh satu bulan dari tarikh arahan dikeluarkan. Laporan Lembaga Pemeriksahendaklah disediakan dan ditandatangani. Lembaga Pemeriksa juga perlumengesyorkan kaedah pelupusan yang sesuai;ii) Perakuan pelupusan aset mekanikal, teknikal, elektrikal dan elektronik disediakanoleh Jabatan/Pegawai Teknikal berkaitan. Manakala perakuan pelupusan aset itudisahkan oleh dua pegawai yang mempunyai tiga tahun pengalaman dan tidakterlibat dengan pengurusan aset berkenaan; daniii) Kaedah pelupusan aset dibuat dengan teratur dan ia dilaksanakan dalam tempohtiga bulan dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan. Sijil Penyaksian Pemusnahan AsetAlih Kerajaan dan Sijil Pelupusan Aset disediakan dan dikemukakan kepada pihakyang meluluskannya. Seterusnya, rekod aset yang telah diluluskan pelupusan ituperlu dikemaskinikan.g) Kehilangan Dan Hapus KiraBagi memastikan kehilangan dan hapus kira aset diuruskan dengan teratur dan selarasdengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007, setiap Jabatan/Agensi Negerihendaklah memastikan:i) Kehilangan aset dilaporkan kepada Ketua Jabatan dengan serta merta dan laporanpolis dibuat dalam tempoh 24 jam dari waktu kehilangan. Ketua Pejabat menyediaLaporan Awal dan dikemukakan kepada Pegawai Pengawal dan Pegawai KewanganNegeri dalam tempoh dua hari bekerja. Sesalinan Laporan Awal dikemukakankepada Pegawai Pengawal, Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Audit Negaraatau wakil tempatan Ketua Audit Negara; danii) Jawatankuasa Penyiasat dilantik secara bertulis oleh Pegawai Pengawal dalamtempoh dua minggu dari tarikh Laporan Awal disediakan. Laporan Akhir disediakandalam tempoh dua bulan dari tarikh lantikan jawatankuasa tersebut walaupunLaporan Hasil Penyiasatan Polis belum diperoleh. Laporan Akhir yang lengkaphendaklah dikemukakan kepada pihak yang menerima Laporan Awal. Laporan iniperlu dikemukakan dalam tempoh empat bulan dari tarikh Laporan Awal dihantar.55


6.8.7 Pengurusan PelaburanPelaburan merupakan tindakan melabur dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadarpulangan yang dikehendaki dengan menyedari sepenuhnya risiko yang terbabit. Pelaburanyang dibuat hendaklah mengikut peraturan yang berkaitan. Rekod perlu diselenggarakandengan lengkap dan kemas kini bagi memudahkan kawalan dan pemantauan. Antaraelemen kawalan yang perlu diwujudkan adalah penubuhan Jawatankuasa Pelaburan yangberfungsi menguruskan pelaburan Agensi. Antara perkara yang perlu diberi perhatianadalah kuasa melabur, had pelaburan, sasaran pelaburan dan pemantauan pelaburan.6.8.8 Pengurusan PinjamanPinjaman dibuat bagi membiayai pelbagai projek untuk pembangunan ekonomi negeri,menampung perbelanjaan dan meningkatkan taraf pembangunan serta kemajuanpenduduk. Pinjaman tersebut hendaklah digunakan mengikut maksud pinjaman dipohon.Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah kuasa untuk meminjam, penyelenggaraanrekod pinjaman yang lengkap dan kemas kini, perjanjian pinjaman disediakan danmekanisme kawalan serta pemantauan pinjaman.6.8.9 Penyata KewanganPekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2007 menghendaki Agensi Negeri mengemukakanPenyata Kewangan kepada Ketua Audit Negara tidak lewat dari 30 April setiap tahun. Inimembolehkan penyata kewangan dan laporan tahunan Agensi Negeri dibentangkan diDewan Undangan Negeri pada tahun yang sama dan tidak lewat dari 31 Disember setiaptahun. Pekeliling ini bertujuan untuk meningkatkan akauntabiliti dan tadbir urus yang baik diJabatan Kewangan Negeri dan Agensi Negeri. Di samping itu, pembentangan awalmembolehkan menilai prestasi Agensi Negeri yang lebih jelas, lengkap danrelevan.6.9 TAHAP PENCAPAIAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSI NEGERIHasil daripada pengauditan yang telah dijalankan mendapati pencapaian pengurusankewangan di Perbadanan Johor dan Majlis Perbandaran Batu Pahat adalah pada tahapsangat baik atau empat bintang dan 16 Jabatan/Agensi Negeri adalah pada tahap baik atautiga bintang. Manakala prestasi pengurusan kewangan Majlis Agama Islam Negeri Johoradalah pada tahap memuaskan atau dua bintang. Ini menunjukkan peningkatan pencapaianpengurusan kewangan di mana dua Jabatan/Agensi Negeri yang diaudit adalah pada tahapsangat baik berbanding satu Jabatan/Agensi Negeri pada tahun 2007. Manakala 16Jabatan/Agensi Negeri yang diaudit pada tahun 2008 adalah pada tahap baik berbandingtiga Jabatan/Agensi Negeri pada tahun sebelumnya. Sementara itu, pencapaian pengurusankewangan tahap memuaskan telah menurun daripada empat Jabatan/Agensi Negeri padatahun 2007 kepada satu Jabatan/Agensi Negeri pada tahun 2008. Tahap pencapaianpengurusan kewangan Jabatan/Agensi Negeri adalah seperti di Carta 6.1.56


Carta 6.1Tahap Pencapaian Pengurusan Kewangan Jabatan/AgensiNegeri Pada Tahun 2008Jabatan/Agensi NegeriPerbadanan JohorMajlis Perbandaran Batu PahatMajlisPerbandaran Pasir GudangJabatan Perhutanan Negeri JohorPerbadanan Islam Negeri JohorPejabat Daerah Johor BahruPejabat Kewangan Negeri JohorMajlis Daerah PontianPejabat Tanah LedangPejabat Tanah SegamatMajlis Daerah Kota TinggiPejabat Daerah SegamatPejabatTanah KluangPejabat Daerah Kulai JayaPejabat Daerah Kota TinggiMajlis Daerah LabisPejabat Daerah Batu PahatPejabat Daerah MersingMajlisAgama Islam Negeri Johor94.490.287.287.284.284.083.180.179.678.578.378.177.575.874.770.970.970.165.30.020.040.0 60.0Markah (%)80.0100.0Sangat BaikBaikMemuaskanSumber: Jabatan Audit NegaraAdalah didapati pencapaianpengurusan kewangan Perbadanan Johor dan Majlis AgamaIslam Negeri Johor telah menunjukkann peningkatan berbanding pencapaian pada tahun2007. Penarafan Perbadanann Johor danMajlis PerbandaranBatu Pahat pada tahun 2008adalah pada tahapsangat baik disebabkan penambahbaikansecara menyeluruh terhadapkawalanpengurusan, terimaan, perbelanjaan serta pengurusan pelaburan dan pinjaman.Manakala pencapaian pengurusan kewangan Majlis Agama Islam Negeri Johor kekal ditahap memuaskan. Sungguhpun tahapprestasi Majlis Agama Islam Negeri Johor padatahun 2008 tidak berubah, Majlis Agama Islam Negeri Johor telah menunjukkan peningkatandari segi peratusan pemarkahan meliputi kawalan hasil, perbelanjaan dan beberapa aspekkawalandalaman yang telah dipertingkatkan. Kedudukan tahap pencapaian adalahsepertidi Cartaa 6.2.57


Carta 6.2Tahap Pencapaian PengurusanKewangan BerdasarkanIndeks AkauntabilitiPerbadanan Johor DanMajlis Agama Islam Negeri JohorBagi Tahun2007 Berbanding 2008100. 092.1 94.4Markah (%)80. 060. 040. 050.265.32007200820. 00. 0Perbadanan Johor Majlis Agama Islam Negeri JohorAgensiSumber:Jabatan Audit NegaraSecara keseluruhannya, didapati Majlis Agama Islam Negeri Johor tidak menyelenggarakanrekod kewangan dengan lengkap dankemas kini.Selain itu, Tatacara PengurusanKewangan Majlis Agama Islam Negeri Johor tidak dikemaskinikan mengikut keperluansemasa dan tidak selaras dengan peraturan kerajaan. Bagi aspek kawalan bajet, tambahperuntukan telah dibuat tanpa mendapat kelulusan daripada Pegawai Kewangan Negeri.Majlis Agama Islam Negeri Johor juga tidak menyelenggarakan Daftar Bil, Daftar Mel, DaftarCek Tak Laku, Daftar Kontrak serta Daftar Deposit (Wang Cagaran) dan menguruskan asetberpandukan pekeliling yang ditetapkan.6.10 RUMUSAN DAN SYOR AUDITSecara umumnya, pencapaian pengurusankewangan di 19 Jabatan/Agensi Negeriyang diaudit adalah baik. Bagaimanapun, pencapaiannya masih boleh dipertingkatkan lagisekiranyaPegawaiPengawal/KetuaJabatan bukan sahaja mengambiltindakanmemperbetulkankelemahan-kelemahan preventive bagi memastikan kelemahan yang sama tidak berulang.Bagi memantapkan lagi pencapaian pengurusann kewangan, pertimbangan perlu diberiyang telah dibangkitkan oleh pihak Audit, bahkanjuga mengambil tindakankepada perkara-perkara berikut:a) Di peringkat Jabatan/Agensi Negeri, Jawatankuasa Pengurusan Kewangan DanAkaun(JPKA) antara lainnya telah dipertanggungjawabkan untuk membincangkan isu-isu yangdibangkitkanoleh pihak Audit. Bagaimanapun, adalah didapati JPKA tidak berupayauntukmembincangkanisu-isu tersebutsecara mendalamkerana PekelilingPerbendaharaan Bil. 10 Tahun 2008 telah menetapkanpelbagai perkara yang perludibincangkan oleh jawatankuasa ini. Bagi membolehkan isu-isu yang dibangkitkan olehpihak Audit dapat dibincangkan dengan lebih fokus, Pegawai Pengawal hendaklahmewujudkan satu Jawatankuasa Audit yang dipertanggungjawabkanuntuk memastikantindakan-tindakan corrective dan preventive diambil. Tindakan corrective adalah untukmemastikan kelemahan-kelemahanyang dibangkitkan dapat diperbetulkan. Manakala58


tindakan adalah bagi memastikan kelemahan yang sama tidak berulang.Jawatankuasa Audit hendaklah melaporkan hasil perbincangannya kepada JPKA. Pegawai Pengawal hendaklah memastikan jawatankuasa-jawatankuasa yang telahdiwujudkan seperti Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Kerajaan berfungsi denganberkesan dengan mematuhi Panduan Pengurusan Mesyuarat Dan UrusanJawatankuasa-jawatankuasa Kerajaan yang dikeluarkan melalui Pekeliling KemajuanPentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 1991. Memandangkan pengauditan terhadap pengurusan kewangan yang dijalankan olehJabatan Audit Negara bagi tujuan memberi penarafan adalah terhad kepada beberapapusat tanggungjawab (PTJ) sahaja, Pegawai Pengawal patut mengarahkan Unit AuditDalam menjalankan pengauditan di Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang lain untukmemastikan sama ada kelemahan yang sama juga berlaku di PTJ berkenaan. Pegawai Pengawal perlu memastikan Unit Audit Dalam (UAD) berfungsi dengan lebihcekap dan berkesan. UAD hendaklah diberi kebebasan untuk melaksanakanpengauditan dan melaporkan penemuannya. Setiap proses kerja pengauditan mestimempunyai mekanisme yang boleh menjamin kualiti dan integritinya. Bagi memperbaiki tahap pengurusan kewangan, penglibatan Pegawai Pengawal/KetuaJabatan perlu dipertingkatkan lagi. Mereka perlu terlibat secara dalam urusantersebut. Mengemas kini Surat Penurunan Kuasa, Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja. Pemeriksaan mengejut dilakukan secara berkala seperti yang ditetapkan oleh ArahanPerbendaharaan 309. Aset hendaklah diuruskan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007.59


BAHAGIAN VPENYERAHAN, PENGESAHAN,PEMBENTANGAN PENYATAKEWANGAN DAN PRESTASIKEWANGAN AGENSI NEGERI


BAHAGIAN VPENYERAHAN, PENGESAHAN, PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN DANPRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI7. PENDAHULUANMengikut Akta Audit 1957, Ketua Audit Negara mempunyai kuasa untuk mengauditPenyata Kewangan Agensi Negeri iaitu Badan Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam danPihak Berkuasa Tempatan. Pengauditan dilaksanakan bagi mengesah dan memastikanpenyata kewangan adalah bebas daripada kesalahan dan ketinggalan yang material sertamemberi pendapat sama ada penyata itu menggambarkan kedudukan yang benar dansaksama dengan berpandukan Akta dan Piawaian yang diluluskan.7.1 PENGAUDITAN PENYATA KEWANGANSelaras dengan Seksyen 5(c) Akta Audit 1957, Jabatan Audit Negara melaksanakanpengauditan terhadap penyata kewangan Agensi Kerajaan Negeri bagi memastikan segalaakaun serta rekod kewangan diselenggara dengan teratur dan kemas kini. Sehingga akhirtahun 2008, terdapat 12 Badan Berkanun Negeri, 15 Pihak Berkuasa Tempatan dansatu Majlis Agama Islam di Negeri Johor tertakluk di bawah pengauditan penyata kewanganoleh Jabatan Audit Negara. Bagaimanapun penyata kewangan 10 Badan Berkanun Negeridan 14 Pihak Berkuasa Tempatan diaudit oleh Firma Audit Swasta yang dilantik oleh KetuaAudit Negara. Pelantikan Firma Audit Swasta adalah di bawah kuasa Ketua Audit Negarasebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 7(3) Akta Audit 1957.Bagi penyata kewangan yang diaudit oleh Firma Audit Swasta, Jabatan Audit Negaraakan memantau sebelum, semasa dan selepas pengauditan dilaksanakan bagi memastikania selaras dengan arahan yang ditetapkan. Sebelum pengauditan dilaksanakan, Firma AuditSwasta dikehendaki menyediakan Memorandum Perancangan Audit dengan menyatakanantaranya pendekatan Audit, tempoh pengauditan dan pasukan Audit yang terlibat. Melaluimemorandum ini, Jabatan Audit Negara dapat memastikan Firma Audit Swasta mempunyaipendekatan dan liputan Audit yang mencukupi untuk melaksanakan pengauditan dalamtempoh yang ditetapkan.Lawatan ke pejabat Agensi semasa pengauditan dilaksanakan oleh Firma AuditSwasta juga dilakukan bagi memastikan pasukan Audit yang terlibat terdiri daripadapegawai yang berkelayakan sebagaimana yang dinyatakan dalam MemorandumPerancangan Audit. Semasa lawatan, pihak Firma Audit Swasta boleh berbincang denganpihak Jabatan Audit Negara mengenai perkara berbangkit semasa pengauditandilaksanakan. Perbincangan ini membolehkan perkara berbangkit yang kurang materialdapat diselesaikan. Pada akhir pengauditan, Firma Audit Swasta dikehendakimengemukakan penemuan audit berserta fail kerja, laporan terperinci dan laporan juruauditmengenai penyata kewangan yang diaudit. Fail kerja akan disemak untuk memastikanperkara material dibangkitkan dan bukti audit adalah mencukupi serta memuaskan. Setiap63


akhir tahun, prestasi semua Firma Audit Swasta akan dinilai dan diambil kira dalammembuat keputusan untuk ditawarkan bagi pengauditan penyata kewangan seterusnya.7.2 KEDUDUKAN PENYERAHAN PENYATA KEWANGANPenyata kewangan hendaklah diserahkan kepada Jabatan Audit Negara mengikut tempohyang ditetapkan berdasarkan kepada Akta dan Enakmen yang berkaitan. Padakeseluruhannya, penyerahan penyata kewangan oleh Agensi adalah bertambah baik dimana 20 penyata kewangan tahun 2008 telah diserahkan kepada Jabatan Audit Negarasehingga 31 Mei 2009. Daripada jumlah tersebut, 14 adalah daripada Pihak BerkuasaTempatan manakala enam daripada Badan Berkanun Negeri. Kedudukan penyerahanpenyata kewangan sehingga 31 Mei 2009 bagi Badan Berkanun Negeri, Majlis Agama IslamNegeri dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti di Jadual 7.1 dan Jadual 7.2.Jadual 7.1Kedudukan Penyerahan Penyata Kewangan Badan Berkanun NegeriDan Majlis Agama Islam Sehingga 31 Mei 2009Bil.Badan Berkanun Negeri Dan MajlisAgama IslamPenyataKewanganYang TerakhirDiakuiPenyataKewanganYang SedangDiauditPenyataKewanganBelumDiterimaA. Badan Berkanun Negeri1. Perbadanan Johor 2008 - -2Tabung Pembangunan Masjid Dan2008 - -Amal Jariah Johor3. Yayasan Pelajaran Johor 2007 - 20084. Perbadanan Islam Johor 2007 2008 -5. Lembaga Kumpulan Wang Amanah 2007 2008 -Orang Islam Negeri Johor6. Yayasan Warisan Negeri 2007 - 20087. Taman Ibrahim Muar 2007 2008 -8. Perbadanan Perpustakaan Awam2007 - 2008Johor9. Yayasan Pembangunan Keluarga2007 - 2008Darul Ta'zim10. Perbadanan Stadium Johor 2007 - 200811. Perbadanan Taman Negara Johor2007 2008 -12. Perbadanan Bioteknologi Dan2007 - 2008Biodiversiti Negeri JohorB. Majlis Agama Islam1. Majlis Agama Islam Negeri Johor 2007 - 2008Sumber: Rekod Jabatan Audit Negeri64


Jadual 7.2Kedudukan Penyerahan Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Sehingga 31 Mei 2009Bil.Pihak Berkuasa TempatanPenyataKewanganYang TerakhirDiakuiPenyataKewanganYang SedangDiauditPenyataKewanganBelumDiterima1. Majlis Perbandaran Pasir Gudang 2008 - -2. Majlis Daerah Pontian 2008 - -3. Majlis Perbandaran Muar 2007 2008 -4. Majlis Perbandaran Kluang 2007 2008 -5. Majlis Perbandaran Johor Bahru2007 2008 -Tengah6. Majlis Perbandaran Kulai 2007 2008 -7. Majlis Perbandaran Batu Pahat 2007 2008 -8. Majlis Daerah Kota Tinggi 2007 2008 -9. Majlis Daerah Yong Peng 2007 2008 -10. Majlis Daerah Segamat 2007 2008 -11. Majlis Daerah Labis 2007 2008 -12. Majlis Daerah Mersing 2007 2008 -13. Majlis Daerah Simpang Renggam 2007 2008 -14. Majlis Daerah Tangkak 2007 2008 -15. Majlis Bandaraya Johor Bahru 2007 - 2008Sumber: Rekod Jabatan Audit Negara7.3 PENGESAHAN PENYATA KEWANGANSehingga 31 Mei 2009, Jabatan Audit Negara telah mengesahkan sebanyak 28Penyata Kewangan tahun 2007 iaitu 12 penyata kewangan Badan Berkanun Negeri, 15penyata kewangan Pihak Berkuasa Tempatan dan satu penyata kewangan Majlis AgamaIslam Negeri. Berdasarkan jumlah tersebut, sebanyak 20 akaun telah diberi Sijil TanpaTeguran, tujuh Sijil Berteguran dan satu Sijil Bertentangan berbanding dengan PenyataKewangan tahun 2006, di mana sebanyak 21 akaun telah diberi Sijil Tanpa Teguran, limaSijil Berteguran dan satu Sijil Penafian. Maklumat lanjut mengenai kedudukan jenis sijil yangdikeluarkan oleh Ketua Audit Negara bagi pengauditan Penyata Kewangan Badan BerkanunNegeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Agama Islam adalah seperti di Jadual 7.3.Jadual 7.3Kedudukan Jenis Sijil Yang Dikeluarkan Bagi Penyata KewanganAgensi Negeri Pada Tahun 2007 Berbanding 2006Bil.AgensiJenis Sijil2006 2007A. Badan Berkanun Negeri1. Yayasan Warisan Negeri Berteguran Berteguran2.Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Tanpa Teguran Berteguran3. Perbadanan Islam Johor Tanpa Teguran Tanpa Teguran4. Yayasan Pembangunan KeluargaTanpa Teguran BerteguranDarul Ta'zim5. Perbadanan Johor Tanpa Teguran Tanpa Teguran6. Lembaga Kumpulan Wang Amanah Orang Islam Negeri Tanpa Teguran Tanpa TeguranJohor7. Taman Ibrahim Muar Tanpa Teguran Tanpa Teguran8. Perbadanan Stadium Johor Tanpa Teguran Tanpa Teguran9. Perbadanan Taman Negara Johor Berteguran Tanpa Teguran10. Yayasan Pelajaran Johor Penafian Bertentangan11. Tabung Pembangunan Masjid DanTanpa Teguran Tanpa TeguranAmal Jariah Johor12. Perbadanan Bioteknologi Dan Biodiversiti Negeri Johor - Tanpa Teguran65


Bil.AgensiJenis Sijil2006 2007B. Pihak Berkuasa Tempatan1. Majlis Perbandaran Kluang Berteguran Berteguran2. Majlis Perbandaran Muar Berteguran Tanpa Teguran3. Majlis Daerah Labis Tanpa Teguran Berteguran4. Majlis Bandaraya Johor Bahru Tanpa Teguran Berteguran5. Majlis Perbandaran Kulai Berteguran Tanpa Teguran5. Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah Tanpa Teguran Tanpa Teguran7. Majlis Perbandaran Batu Pahat Tanpa Teguran Tanpa Teguran8. Majlis Perbandaran Pasir Gudang Tanpa Teguran Tanpa Teguran9. Majlis Daerah Yong Peng Tanpa Teguran Tanpa Teguran10. Majlis Daerah Segamat Tanpa Teguran Tanpa Teguran11. Majlis Daerah Kota Tinggi Tanpa Teguran Tanpa Teguran12. Majlis Daerah Pontian Tanpa Teguran Tanpa Teguran13. Majlis Daerah Simpang Renggam Tanpa Teguran Berteguran14. Majlis Daerah Tangkak Tanpa Teguran Tanpa Teguran15. Majlis Daerah Mersing Tanpa Teguran Tanpa TeguranC. Majlis Agama Islam1. Majlis Agama Islam Negeri Johor Tanpa Teguran Tanpa TeguranSumber: Rekod Jabatan Audit NegaraPenyata kewangan disahkan dengan Sijil Berteguran apabila terdapat isu yang menjejaskanpengesahan Audit terhadap angka di penyata kewangan sama ada dari aspek pematuhankepada piawaian perakaunan, pematuhan undang-undang dan peraturan kewangan sertakelemahan penyelenggaraan rekod kewangan dan perakaunan. Antara isu yangdibangkitkan adalah seperti berikut:a) Dokumen sokongan tidak diselenggarakan dengan lengkap untuk mengesahkan bakipenghutang, pemiutang, wang tunai dan wang amanah;b) Peruntukan hutang ragu tidak dibuat ke atas hutang yang diragui dan berkemungkinantidak dapat dikutip;c) Nilai aset tidak dapat disahkan kerana ketiadaan senarai dan dokumen lengkap; dand) Pengiraan fizikal tidak dilakukan terhadap inventori bagi memastikan baki inventoribersamaan dengan daftar.7.4 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGANPerkara 107(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Laporan Auditmengenai penyata kewangan yang telah disahkan hendaklah dibentangkan di DewanUndangan Negeri. Sehingga 31 Mei 2009, sebanyak 66 penyata kewangan Agensi yangtelah disahkan tetapi belum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri. Sebanyak 55daripadanya adalah penyata kewangan bagi sembilan Badan Berkanun Negeri dan MajlisAgama Islam Negeri masih belum dibentangkan. Daripada jumlah tersebut, dua BadanBerkanun Negeri masih belum membentangkan penyata kewangan antara tahun 1989hingga 2007. Antara sebabnya adalah kegagalan Agensi berkenaan menyediakan kertaskerja untuk dikemukakan kepada Pejabat Jurutulis untuk dibentangkan di Dewan UndanganNegeri. Manakala 11 penyata kewangan bagi 10 Pihak Berkuasa Tempatan yang telahdisahkan masih belum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri. Maklumat terperincimengenai pembentangan penyata kewangan yang telah disahkan di Dewan UndanganNegeri bagi Agensi Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri adalah seperti di Jadual 7.4 danPihak Berkuasa Tempatan di Jadual 7.5.66


Jadual 7.4Pembentangan Penyata Kewangan Agensi Negeri Dan Majlis Agama IslamNegeri Yang Telah Disahkan Di Dewan Undangan Negeri Sehingga 31 Mei 2009Bil.Agensi Negeri Dan Majlis AgamaIslamPenyataKewanganTerakhirDibentangkanPenyataKewanganBelumDibentangkanTarikhPenyataKewanganDisahkan1. Perbadanan Johor 2007 2008 29.04.20092. Yayasan Pelajaran Johor 2006 2007 23.01.20093. Perbadanan Islam Johor 2007 - -4. Lembaga Kumpulan Wang Amanah 2007 - -Orang Islam Negeri Johor5. Yayasan Warisan Negeri - 1992-199319941995199619971998199920002001-20032004-2005200620076. Perbadanan Perpustakaan AwamJohor7. Yayasan Pembangunan KeluargaDarul Ta'zim1998 199920002001-20022003-20042005200620072006 2004200729.11.199616.09.199601.03.199703.05.200026.10.200105.11.200328.04.200426.05.200508.12.200516.04.200711.03.200831.12.200820.08.200212.10.200416.02.200529.12.200618.06.200726.10.200731.10.200822.11.200629.01.20098. Perbadanan Stadium Johor - 1989-19961997-199920002001-200220032004-20052006200719.06.200330.07.200401.11.200429.11.200420.09.200605.01.200726.12.200720.10.20089. Perbadanan Taman Negara Johor 2007 - -10. Tabung Pembangunan Masjid Dan2005 2006Amal Jariah Johor200726.12.200727.08.20082008 12.05.2009- 2007 04.12.200811. Perbadanan Bioteknologi DanBiodiversiti Negeri Johor12. Majlis Agama Islam Negeri Johor 2005 200220062007Jumlah Keseluruhan 55Sumber: Rekod Jabatan Audit Negara08.08.200527.08.200805.03.200967


Jadual 7.5Pembentangan Penyata Kewangan Pihak Berkuasa TempatanYang Telah Disahkan Di Dewan Undangan Negeri Sehingga 31 Mei 2009Bil.Pihak Berkuasa TempatanPenyataKewanganTerakhirDibentangkanPenyataKewanganBelumDibentangkanTarikhPenyataKewanganDisahkan1. Majlis Bandaraya Johor Baru 2006 2007 09.04.20092. Majlis Perbandaran Batu Pahat 2007 - -3. Majlis Perbandaran Muar 2006 2007 09.12.20084. Majlis Perbandaran Kluang 2006 2007 30.12.20085. Majlis Perbandaran Johor Bahru2006 2007 03.11.2008Tengah6. Majlis Perbandaran Kulai 2005 2006200703.02.200921.05.20097. Majlis Perbandaran Pasir Gudang 2007 2008 30.04.20098. Majlis Daerah Kota Tinggi 2007 - -9. Majlis Daerah Yong Peng 2007 - -10. Majlis Daerah Segamat 2007 - -11. Majlis Daerah Labis 2006 2007 03.12.200812. Majlis Daerah Pontian 2007 2008 16.04.200913. Majlis Daerah Simpang Renggam 2006 2007 19.12.200814. Majlis Daerah Tangkak 2007 - -15. Majlis Daerah Mersing 2006 2007 05.12.2008Jumlah Keseluruhan 11Sumber: Rekod Jabatan Audit Negara7.5 PRESTASI KEWANGAN7.5.1 Kedudukan Kewangan Agensi NegeriAnalisis kedudukan kewangan Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatanadalah berdasarkan kepada penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2007.Jabatan Audit Negara telah mengesahkan penyata kewangan tahun 2007 bagi 12 BadanBerkanun Negeri dan 15 Pihak Berkuasa Tempatan.7.5.2 Badan Berkanun NegeriKedudukan kewangan bagi Badan Berkanun Negeri berdasarkan kepada penyatakewangan tahun 2007 yang telah disahkan adalah seperti di Jadual 7.6.68


Jadual 7.6Kedudukan Kewangan Badan Berkanun NegeriBagi Tahun Berakhir 31 Disember 2007Penyata PendapatanLembaran ImbanganAgensi Negeri Pendapatan Perbelanjaan Surplus/ Aset Liabiliti NisbahBil.(Defisit) Semasa Semasa Kecairan(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)1. Perbadanan Johor 704.00 578.00 126.00 1,424.00 973.00 1.46:12. Yayasan Pelajaran 14.36 34.91 (20.55) 39.06 19.23 2.03:1Johor3. Perbadanan Islam 3.99 3.49 0.50 15.49 1.24 12.49:1Johor4. Lembaga Kumpulan 2.38 2.73 (0.35) 5.98 0.67 8.93:1Wang AmanahOrang Islam NegeriJohor5. Yayasan Warisan 10.87 8.71 2.16 6.33 1.79 3.54:1Negeri6. Taman Ibrahim Muar 0.004 0.01 (0.006) 0.04 0.22 0.18:17. Perbadanan5.79 6.07 (0.28) 1.43 0.66 2.17:1Perpustakaan Awam8. Yayasan3.98 4.21 (0.23) 0.46 0.01 46:1PembangunanKeluarga DarulTakzim9. Perbadanan Stadium 0.57 0.76 (0.19) 0.23 0.37 0.62:1Johor10. Perbadanan Taman 4.70 7.71 (3.01) 3.66 4.13 0.89:1Negara Johor11. Tabung0.51 0.38 0.13 1.54 0.0009 1,711:1PembangunanMasjid Dan AmalJariah Johor12. Perbadanan4.49 5.15 (0.66) 1.52 5.87 0.26:1Bioteknologi DanBiodiversiti NegeriJohorSumber: Rekod Jabatan Audit NegaraMerujuk kepada Jadual 7.6 di atas, empat Badan Berkanun Negeri mencatatkan surpluspada tahun 2007 manakala lapan Agensi yang lain memperoleh defisit. Perbadanan Johormencatatkan surplus tertinggi iaitu sejumlah RM126 juta manakala Tabung PembangunanMasjid mencatat surplus terendah sejumlah RM0.13 juta. Taman Ibrahim Muar mengalamidefisit terendah berbanding tujuh Badan Berkanun Negeri yang lain iaitu sejumlahRM0.006 juta. Secara keseluruhannya, prestasi kewangan Badan Berkanun Negerimencatatkan penurunan yang ketara berbanding tahun 2006 kecuali Perbadanan Johor,Perbadanan Islam Johor dan Taman Ibrahim Muar. Pada tahun 2007, Perbadanan Johormencatatkan surplus sejumlah RM126 juta meningkat RM11 juta berbanding surplus tahun2006 berjumlah RM115 juta. Manakala Perbadanan Islam mencatatkan surplus sejumlahRM0.50 juta pada tahun 2007 meningkat RM1.24 juta berbanding defisit tahun 2006berjumlah RM0.74 juta. Sesebuah Agensi dikategorikan mempunyai kedudukan yang kukuhdan berkemampuan untuk membayar hutang semasa sekiranya nisbah kecairan adalah 2:1.Lapan Badan Berkanun Negeri mempunyai lebihan aset semasa berbanding liabiliti semasamanakala empat Badan Berkanun Negeri iaitu Perbadanan Bioteknologi dan BiodiverisitiNegeri Johor, Taman Ibrahim Muar, Perbadanan Stadium Johor dan Perbadanan Taman69


Negara Johor mempunyai kurang keupayaan untuk menampung liabiliti semasa di manamasing-masing memperoleh nisbah kecairan kurang daripada 1.7.5.3 Pihak Berkuasa TempatanKedudukan kewangan Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan kepada penyata kewangantahun 2007 yang telah disahkan adalah seperti di Jadual 7.7.Jadual 7.7Kedudukan Kewangan Pihak Berkuasa TempatanBagi Tahun Berakhir 31 Disember 2007Penyata PendapatanLembaran ImbanganPihak Berkuasa Pendapatan Perbelanjaan Surplus/ Aset Liabiliti NisbahBil. Tempatan(Defisit) Semasa Semasa Kecairan(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)1. Majlis BandarayaJohor Bahru157.26 151.50 5.76 142.60 61.77 2.31:12. Majlis PerbandaranBatu Pahat37.18 34.51 2.67 40.23 15.38 2.61:13. Majlis PerbandaranMuar29.25 23.52 5.73 26.32 18.10 1.45:14. Majlis PerbandaranKluang29.33 21.85 7.48 30.02 10.81 2.78:15. Majlis PerbandaranJohor Bahru Tengah94.94 83.48 11.46 157.77 45.33 3.48:16. Majlis PerbandaranKulai44.26 44.05 0.21 32.37 14.65 2.21:17. Majlis PerbandaranPasir Gudang64.26 56.41 7.85 35.38 37.46 0.94:18. Majlis Daerah KotaTinggi11.66 11.71 (0.05) 27.52 6.86 4.01:19. Majlis Daerah YongPeng10.61 8.96 1.65 19.17 7.03 2.73:110. Majlis DaerahSegamat17.85 16.70 1.15 16.45 9.28 1.77:111. Majlis Daerah Labis 10.26 10.15 0.11 2.78 3.11 0.89:112. Majlis DaerahPontian27.82 21.96 5.86 22.23 7.84 2.84:113. Majlis DaerahSimpang Renggam7.74 5.38 2.36 7.57 2.43 3.12:114. Majlis DaerahTangkak8.59 6.93 1.66 10.02 5.16 1.94:115. Majlis DaerahMersing5.69 5.26 0.43 5.34 2.43 2.20:1Sumber: Rekod Jabatan Audit NegaraJadual 7.7 di atas menunjukkan hanya satu Pihak Berkuasa Tempatan sahaja telahmencatatkan defisit pada tahun 2007 manakala 14 Pihak Berkuasa Tempatan yang laintelah mencatatkan surplus. Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah mencatat surplustertinggi sejumlah RM11.46 juta berbanding Majlis Daerah Labis yang mencatat surplusterendah sejumlah RM0.11 juta. Majlis Daerah Kota Tinggi mengalami defisit sejumlah RM0.05 juta. Kesemua Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai lebihan aset semasa berbandingdengan liabiliti semasa kecuali Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Majlis Daerah Labisyang masing-masing memperoleh nisbah kecairan 0.94:1 dan 0.89:1. Ini menunjukkan 13Pihak Berkuasa Tempatan berkeupayaan untuk menanggung liabiliti semasanya denganmencairkan aset semasa yang ada di mana nisbah kecairan adalah antara 1.45 hingga 4.01.70


7.5.4 Tunggakan Cukai Taksiran Pihak Berkuasa TempatanJabatan Audit Negara telah membuat analisis terhadap tunggakan hasil cukai taksiran PihakBerkuasa Tempatan bagi tahun 2006 dan 2007 seperti di Jadual 7.8.Jadual 7.8Tunggakan Hasil Cukai Taksiran Pada 31 Disember 2006 Dan 31 Disember 2007Bil. Pihak Berkuasa Tempatan 2006(RM Juta)2007(RM Juta)Peningkatan/(Penurunan)(RM Juta)Peningkatan/(Penurunan)(%)1. Majlis Bandaraya Johor Bahru 70.99 76.61 5.62 7.92. Majlis Perbandaran Kluang 7.52 9.04 1.52 20.23. Majlis Perbandaran Muar 5.25 5.70 0.45 8.64. Majlis Daerah Labis 0.46 0.66 0.20 43.55. Majlis Daerah Mersing 0.66 0.76 0.10 15.26. Majlis Daerah Tangkak 1.20 1.23 0.03 2.57. Majlis Daerah Segamat 3.86 3.88 0.02 0.58. Majlis Perbandaran Batu Pahat 16.86 15.20 (1.66) (9.9)9. Majlis Perbandaran Kulai 20.37 19.10 (1.27) (6.2)10. Majlis Daerah Pontian 4.09 2.95 (1.14) (27.9)11. Majlis Daerah Kota Tinggi 3.64 2.79 (0.85) (23.4)12. Majlis Perbandaran Johor Bahru 32.04 31.36 (0.68) (2.1)Tengah13. Majlis Perbandaran Pasir Gudang 11.69 11.02 (0.67) (5.7)14. Majlis Daerah Yong Peng 5.89 5.28 (0.61) (10.4)15. Majlis Daerah Simpang Renggam 0.70 0.44 (0.26) (37.1)Jumlah 185.22 186.02 0.80 0.4Sumber: Rekod Jabatan Audit NegaraBerdasarkan kepada Jadual 7.8 di atas, tunggakan hasil bagi 15 Pihak Berkuasa Tempatantelah meningkat sejumlah RM0.80 juta atau 0.4% daripada RM185.22 juta pada tahun 2006menjadi RM186.02 juta pada tahun 2007. Analisis Audit menunjukkan tujuh PihakBerkuasa Tempatan mencatat peningkatan tunggakan cukai taksiran antara RM0.02 jutahingga RM5.62 juta. Manakala lapan Pihak Berkuasa Tempatan yang lain mencatatpengurangan tunggakan hasil antara RM0.26 juta hingga RM1.66 juta. Peningkatan jumlahtunggakan cukai taksiran yang paling tinggi adalah Majlis Bandaraya Johor Bahru denganRM5.62 juta atau 7.9%. Peningkatan ini disebabkan oleh terdapat rumah kediaman danpremis perniagaan yang kosong dan tidak berpenghuni tidak menjelaskan cukai taksirankepada Majlis. Manakala penurunan tunggakan cukai taksiran yang paling tinggi adalahMajlis Perbandaran Batu Pahat iaitu RM1.66 juta atau 9.8%.7.6 RUMUSAN DAN SYOR AUDITPada keseluruhannya, persijilan penyata kewangan Agensi Kerajaan Negeri adalahbaik kerana kesemua penyata kewangan bagi tahun 2007 telah disahkan manakalakedudukan penyerahan penyata kewangan adalah bertambah baik di mana 20 daripada 28Agensi telah menyerahkan penyata kewangan tahun 2008 kepada Jabatan Audit Negarasehingga 31 Mei 2009. Bagaimanapun, pembentangan penyata kewangan, prestasikewangan semasa dan tunggakan cukai taksiran adalah kurang memuaskan. Bagi71


penambahbaikan kepada perkara yang dibangkitkan, Agensi Kerajaan Negeri disyorkanuntuk mengambil langkah berikut:a) Penyata kewangan yang telah disahkan hendaklah dibentangkan di Dewan UndanganNegeri mengikut Akta dan Enakmen yang ditetapkan;b) Agensi yang mengalami defisit dan kekurangan aset semasa bersih perlumempertingkatkan prestasi kewangannya supaya pendapatan yang diperoleh dapatmenampung perbelanjaan mengurus dan menanggung liabilti semasa; danc) Pihak Berkuasa Tempatan perlu memastikan tunggakan cukai taksiran dapatdikurangkan dengan mengambil tindakan lebih tegas terhadap mereka yang gagalmembayar cukai taksiran dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mengambiltindakan penguatkuasaan dan undang-undang.72


BAHAGIAN VIPEMBENTANGAN LAPORAN KETUAAUDIT NEGARA DAN MESYUARATJAWATANKUASA KIRA-KIRA RAYANEGERI


BAHAGIAN VIPEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DAN MESYUARATJAWATANKUASA KIRA-KIRA RAYA NEGERI8. PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATAKEWANGANPerkara 107(2) Perlembagaan Persekutuan menghendaki Laporan Ketua Audit Negaramengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dibentangkan dalam Dewan UndanganNegeri. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan dan PengurusanKewangan Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Johor Tahun 2007 telah dibentangkan dalamDewan Undangan Negeri pada 21 November 2008.8.1. MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA RAYA NEGERIPada tahun 2008, Jawatankuasa Kira-kira Raya Negeri Johor tidak bersidang untukmemeriksa Laporan Ketua Audit Negara. Bagaimanapun, Jawatankuasa telah bermesyuaratpada 20 Januari 2009 membincangkan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai PengurusanKewangan serta Aktiviti dan Kajian Khas Jabatan/Agensi Negeri bagi tahun 2005.Jawatankuasa juga telah menjemput Ketua-ketua Jabatan yang berkenaan supaya memberipenjelasan terhadap perkara yang dilaporkan. Setakat bulan Mei 2009, jawatankuasa belumlagi bermesyuarat bagi membincangkan Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2006 dan2007 yang telah pun dibentangkan di Dewan Undangan Negeri. Selaras dengan perananJawatankuasa untuk memastikan wujudnya akauntabiliti awam, Jawatankuasa hendaklahdari semasa ke semasa mengadakan mesyuarat dengan lebih kerap bagi membincangkanLaporan Ketua Audit Negara dan memastikan syor-syor Jawatankuasa diambil tindakan olehKetua Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri. Butiran ringkas perkara yang dibincangkan olehJawatankuasa semasa mesyuarat adalah seperti di Jadual 9.1.75


Jadual 9.1Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Raya Negeri Johor Pada 20 Januari 2009Bil. Jabatan/Agensi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 20051. Yayasan Warisan Johor Pengurusan KewanganJawatankuasa bersetuju supaya YayasanWarisan Johor mengambil tindakan:i) Mengemaskinikan carta organisasiii) Mengemaskinikan Penyata KewanganTahun 2005 sehingga kiniiii) Tempoh kontrak bagi jawatan kontrakditetapkan tidak kurang lima tahun ataumencadangkan supaya mengikat kontrakdengan anak syarikat YWJ agarkakitangan kontrak ini tidak sering tukarkerja/berhentiiv) Tunggakan bayaran deposit bagi sewakedai dibuat mengikut prosedur untukdihapus kira2. Majlis Daerah Mersing Pengurusan KewanganJawatankuasa bersetuju supaya MajlisDaerah Mersing mengambil tindakan:i) Menghantar laporan terkini cartaorganisasiii) Menghantar laporan terkini wangamanah dan deposit yang tidak dituntutserta tindakan mewartakan bagi wangyang tidak dituntut lebih daripada 4/5tahun3. Majlis Daerah Tangkak Pengurusan KewanganJawatankuasa bersetuju supaya MajlisDaerah Tangkak mengambil tindakan:i) Meminta kebenaran Pegawai KewanganNegeri supaya seorang kakitangansahaja yang menandatangani resitkawalan hasilii) Laporan terperinci terkini pewartaanwang deposit yang tidak dituntut melebihitiga tahuniii) Aset yang dibeli hendaklah siap dicopkanhak milik Majlis Daerah TangkakSumber: Rekod Jabatan Audit Negara76


PENUTUP


PENUTUPPelaksanaan Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan yang dilaksanakan buat kali keduapada tahun 2008 telah menunjukkan pencapaian pengurusan kewangan Jabatan/AgensiNegeri yang bertambah baik namun masih berlaku beberapa kelemahan seperti yangdilaporkan.Kelemahan dalam penyediaan penyata kewangan Agensi Negeri dan pengurusankewangan yang dilaporkan dalam Laporan ini menggambarkan bahawa tahap akauntabilitipengurusan wang awam masih perlu dipertingkatkan. Langkah pembetulan perlu diambilbagi memastikan wujudnya akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan.Antara faktor utama yang menyebabkan wujudnya kelemahan dalam penyediaan penyatakewangan dan pengurusan kewangan adalah ketiadaan penyeliaan yang rapi dan latihanyang bersesuaian tidak diberi kepada pegawai. Oleh itu, adalah disyorkan PegawaiPengawal yang terlibat mematuhi piawaian perakaunan dan prosedur kewangan, menyeliakerja yang dilaksanakan oleh pegawai, menyediakan prosedur kerja yang lengkap danmengadakan program latihan/kursus yang berterusan kepada pegawai yang terlibat dalampengurusan kewangan agar mereka dapat meningkatkan pengetahuan dan kompetensidalam melaksanakan tugas.Memandangkan pengauditan yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara adalahberdasarkan pensampelan dan skop tertentu, Pegawai Pengawal yang terlibat juga perlumengaturkan supaya pemeriksaan secara menyeluruh dijalankan untuk menentukan samaada kelemahan yang sama juga berlaku di bahagian lain yang tidak diaudit dan seterusnyamengambil tindakan pembetulan.JABATAN AUDIT NEGARAPutrajaya16 Jun 200979


LAMPIRAN


83Lampiran I


84Lampiran II


85Lampiran III


86Lampiran IV


87Lampiran V

More magazines by this user
Similar magazines