Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

townplan.gov.my

Inisiatif 7 : Cadangan Aktiviti Pengecualian Kebenaran Merancang

TUJUAN GARIS PANDUANSumber : Inisiatif Transformasi : Pengalaman MAMPU Memperkasa Organisasi, 2010


KONSEP DELIGHTING THE CUSTOMER


Sumber : Pelan Strategik MAMPU 2008 -2012TERAS STRATEGIK MAMPU


MAKSUD KEBENARAN MERANCANG Subseksyen 2(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa1976 (Akta 172) mentafsirkan kebenaran merancangsebagai kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpasyarat untuk menjalankan pemajuan Subseksyen 19(1) memperuntukkan tiada seorang pun,selain pihak berkuasa tempatan (PBT), boleh memulakan,mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuanmelainkan jika kebenaran merancang berkenaan denganpemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah seksyen22 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24(3) Pada amnya kebenaran merancang adalah proseduryang mana pemohon perlu mengemukakan dokumen danmaklumat kepada PBPT untuk mendapat kebenaranmerancang sepertimana yang diperuntukkan di bawahseksyen 21A [ Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) ] danseksyen 21B (Pelan Susunatur)


AKTIVITI DIKECUALIKAN KEBENARAN MERANCANGAkta 172 telah menggariskan aktiviti-aktiviti yang tidak memerlukankebenaran merancang seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen19(2)a. Aktiviti Penyenggaraan, pengelokan dan pengubahan Dalaman SesuatuBangunanb. Aktiviti Penyenggaraan Projek-Projek Infrastruktur dan Utiliti oleh PihakBerkuasa yang ditubuhkan oleh Undang-Undang.c. Korekan Telaga untuk Tujuan Pertaniand. Penggunaan Tanah atau Bangunan bagi Tempoh Tidak Lebih DaripadaSatu Bulane. Pembinaan Bangunan Sementaraf. Pembinaan atau Penggunaan Bangunan dan Tanah dalam PerkaranganRumahg. Perubahan Secara Material Kepada Tanah atau Bangunan yang TelahMendapat Pengecualian Kebenaran Merancang daripada Pihak BerkuasaNegeri (PBN).h. Aktiviti Pembangunan Dalam Kawasan Pertanian


PENDIRIAN, PEROBOHAN, PENDIRIAN SEMULA ATAUPENGUBAHAN SATU UNIT RUMAH KEDIAMAN SESEBUAHCiri-ciri:i) pembangunan rumah sesebuah yang dicadangkan terletakdalam plot yang telah mendapat kebenaran merancang diperingkat pelan susun atur/ pelan induk dan telah memilikisuratan hak milik yang sah; atauii) sekiranya tiada kebenaran merancang di peringkat susun atur,pemajuan hendaklah terletak di dalam kawasan yang di zonkansebagai kawasan perumahan dan tidak termasuk sebagaikawasan warisan atau kawasan alam sekitar yang sensitifdalam suatu rancangan tempatan. Syarat nyata tanah tersebutadalah kediaman. Telah ada jalan masuk/ akses ke tapak danurusan perihal tanah telah diselesaikan;iii) tidak melibatkan kerja-kerja pemotongan bukit danpenambunan tanah (cut and fill) kecuali kerja pembersihantapak; daniv) ketinggian satu unit rumah sesebuah yang baru tersebut tidakmelebihi 3 tingkat.


PENDIRIAN, PEROBOHAN, PENDIRIAN SEMULA ATAUPENGUBAHAN SATU UNIT BANGUNAN INDUSTRI RINGANSESEBUAHDefinisi :i. Pendirian bermaksud membina satu unit bangunan industriringan setingkat sesebuah yang baru.ii. Perobohan bermaksud meroboh bangunan industri ringansetingkat sesebuah sedia ada.iii. Pendirian semula bermaksud mendiri semula satu unitbangunan industri ringan setingkat sesebuah yang baru diatas plot yang sama.iv. Pengubahan bangunan industri ringan sesebuah bermaksud;- penambahan ruang lantai, tidak termasuk tambahanketinggian,- pengubahsuaian rupa di sebelah luar termasuk struktur diluar bangunan seperti tembok, pagar, rumah pengawalserta tempat letak kenderaan berbumbung.


PENDIRIAN, PEROBOHAN, PENDIRIAN SEMULA ATAUPENGUBAHAN SATU UNIT BANGUNAN INDUSTRI RINGANSESEBUAHCiri-ciri:i Industri ringan mengikut klasifikasi di dalam Guidelines ForSiting and Zoning of Industries, Jabatan Alam Sekitar (JAS);ii. telah mendapat kebenaran merancang di peringkat pelan susunatur/ pelan induk, perihal tanah telah diselesaikan dan telahmemiliki suratan hak milik yang sah;iii. plot pemajuan tidak melebihi 1 ekar;iv. ketinggian bangunan industri ringan sesebuah yang baruadalah tidak melebihi 1 tingkat;v. tidak melibatkan kerja-kerja pemotongan bukit danpenambunan tanah (cut and fill) kecuali kerja pembersihantapak;vi. kawasan tersebut telah mempunyai kemudahan infrastrukturyang lengkap dan sedia untuk disambungkan ke tapakcadangan pemajuan; danvii. bagi pendirian semula dan pengubahan bangunan industri,penambahan ruang lantai tidak melebihi 500 kaki persegi dantidak melibatkan penambahan ketinggian bangunan.


PENDIRIAN, PEROBOHAN, PENDIRIAN SEMULA ATAUPENGUBAHAN SUATU BANGUNAN HARTA BERSAMADALAM KAWASAN PERUMAHAN STRATADefinisi :i. Pendirian bermaksud membina bangunan gunasama yang baru.ii. Perobohan bermaksud meroboh bangunan gunasama sedia ada.iii. Pendirian semula bermaksud mendiri semulabangunan guna sama yang baru denganmengekalkan kegunaan di atas tapak yang asal.iv. Pengubahan bangunan guna sama bermaksud;- penambahan ruang lantai, tidak termasuktambahan ketinggian.- pengubahsuaian rupa di sebelah luar.


PENDIRIAN, PEROBOHAN, PENDIRIAN SEMULA ATAUPENGUBAHAN SUATU BANGUNAN HARTA BERSAMADALAM KAWASAN PERUMAHAN STRATACiri-ciri:i. pemajuan adalah di atas tapak yang telahditentukan dalam pelan susun atur mengikutkelulusan kebenaran merancang terdahulu;ii. pembangunan tidak mengubah jalan masuk daninfrastruktur sedia ada;iii. pengubahan hendaklah dalam lingkungan tapaksedia ada dan mengekalkan kegunaan yang asalmengikut kelulusan terdahulu;iv. pengubahsuaian melibatkan penambahan ruanglantai, tidak termasuk tambahan ketinggian; danv. mendapat pengesahan badan pengurusanperumahan strata tersebut atas persetujuanpemunya petak.


PENGUBAHAN UNTUK MENAIK TARAF DANMEMBAIKPULIH FASAD BANGUNANPengecualian yang diberikan TIDAK termasuk:-i. bangunan yang ditetapkan sebagai bangunanwarisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan (Akta645);ii. bangunan warisan yang perlu di kekalkanmengikut Rancangan Tempatan;iii. bangunan yang tertakluk kepada inventoribangunan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT)yang perlu dikekalkan;iv. bangunan yang ditetapkan oleh PBT sebagaibangunan yang memerlukan kawalan fasad; danv. pengubahan struktur bangunan.


PENDIRIAN, PEROBOHAN, PENDIRIAN SEMULA ATAUPENGUBAHAN SUATU BANGUNAN UTILITIDefinisi :i. Pendirian bermaksud membina bangunan utilitiyang baru.ii. Perobohan bermaksud meroboh bangunan utilitisedia ada.iii. Pendirian semula bermaksud mendiri semulabangunan utiliti yang baru dengan mengekalkankegunaan di atas tapak yang asal.iv. Pengubahan bermaksud menaik taraf bangunanutiliti tanpa melibatkan penambahan bebanantahap keupayaan utiliti tersebut keranapenambahan bebanan memerlukan anjakan zonpenampan yang mencukupi.


PENDIRIAN, PEROBOHAN, PENDIRIAN SEMULA ATAUPENGUBAHAN SUATU BANGUNAN UTILITICiri-ciri:i. pengecualian yang diberi melibatkan pemajuanbangunan utiliti di atas tapak yang telah ditentukandalam pelan susun atur mengikut kelulusankebenaran merancang terdahulu;ii. pemajuan bangunan utiliti adalah selaras dengansyarat-syarat kebenaran merancang;iii. pengubahan atau pendirian semula tidak melibatkanpenambahan bebanan tahap keupayaan utiliti dantidak memerlukan tambahan zon penampan; daniv. Tanah telah diberi hak milik ke atas penyediaperkhidmatan (service provider) dan syarat nyatatanah adalah untuk kegunaan utiliti tersebut.


CARTA ALIR AKTIVITI YANG TERTAKLUK KEPADAPENGECUALIAN KEBENARAN MERANCANG (ExPA)


LANGKAH 1PROSES MENGEMUKAKAN PERMOHONAN1. Urus setia Pusat Setempat semasa menerima permohonan akanmenyemak dokumen bagi permohonan berdasarkan kepadasenarai semak pelan bangunan yang sedia ada.2. Urus setia Pusat Setempat akan :-i. mendaftar penerimaan permohonan;ii. menerima bayaran atau bukti bayaran memproses dan fipermohonan;iii. memasukkan maklumat ke dalam Portal OSC/Sistem OSCOnline; daniv. mengeluarkan akuan penerimaan permohonan kepadapemohon.3. Sekiranya didapati permohonan yang dikemukakan adalahpermohonan ExPA, Urus setia Pusat Setempat akanmengedarkan kepada Jabatan Perancang PBT perkara berikut:-i. Salinan Borang A (Perakuan Pelan-pelan Bangunan/Struktur)ii. Borang ExPA berserta dokumen/ pelan yang ditetapkan.


PROSES MENGEMUKAKAN PERMOHONANLANGKAH 2Terdapat 3 jabatan teknikal dalaman dan luaranyang akan terlibat dalam memproses dan memberiulasan iaitu :1. JABATAN BANGUNAN PBT- URUSAN MEMPROSESPERMOHONAN PELAN BANGUNAN TERTAKLUKKEPADA PROSES KELULUSAN SEDIA ADA.2. JABATAN KEJURUTERAAN PBT- URUSANMEMBERI ULASAN DARI ASPEK KEJURUTERAAN.3. JABATAN BOMBA- URUSAN MEMBERI ULASANKEHENDAK-KEHENDAK MENENTANGKEBAKARAN.


PROSES MENGEMUKAKAN PERMOHONANLANGKAH 2 : Edaran kepada Jabatan Perancang PBTJabatan Perancang PBT di dalam menerima permohonanhendaklah melaksanakan langkah-langkah seperti berikut :i. Membuka fail dan menyemak rekod kelulusan kebenaranmerancang (KM) terdahulu;ii. Menyemak fail KM terdahulu jika berkaitan untukmengesahkan pematuhan syarat-syarat KM terdahulu/menyemak pematuhan kepada Rancangan Tempatan (RT)(sekiranya permohonan tiada kebenaran merancang diperingkat susun atur);iii. Menyemak dan mengesahkan pemajuan adalah mematuhiciri-ciri pengecualian kebenaran merancang seperti BorangExPA ;daniv. Menyediakan kertas ulasan kepada Mesyuarat J/K OSC danmenyerahkan satu salinan kepada Jabatan Bangunan PBT.


PROSES MENGEMUKAKAN PERMOHONANLANGKAH 3: PERTIMBANGANKELULUSAN OLEH MESYUARATJAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC)Bagi kelulusan pelan bangunan yangtertakluk kepada ExPA hendaklah :i. mematuhi ciri-ciri ExPA; danii. mematuhi syarat-syarat teknikal pelanbangunan.


PROSES MENGEMUKAKAN PERMOHONANLANGKAH 4 : PENGELUARAN KEPUTUSANPERMOHONAN PELAN BANGUNAN KEPADAPEMOHONJabatan Bangunan akan mengeluarkan suratkelulusan/penolakan permohonan kepada pemohon:i. sekiranya permohonan diluluskan hendaklahdisertakan dengan syarat-syarat yang perludipatuhi; atauii. sekiranya permohonan ditolak disebabkan tidakmenepati ciri-ciri ExPA, pemohon perlumengemukakan permohonan kebenaranmerancang.


PERANAN ORANG MENGEMUKAKAN PERMOHONAN (PSP)Permohonan pelan bangunan bagi pemajuan yang dikecualikandaripada kebenaran merancang perlu dikemukakan olehperunding yang berkelayakan iaitu sama ada arkitek ataupelukis pelan berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia(LAM).Peranan PSPa. membuat perakuan bahawa permohonan menepati ciri-ciriExPA dan bertanggungjawab terhadap maklumat yangdiberikan;b. mengemukakan pelan bangunan dan dokumen-dokumenberkaitan kepada PBT untuk kelulusan;c. mengemukakan dokumen dan pelan-pelan lain sepertidiarahkan oleh PBT; dand. mengambil tanggungjawab terhadap sebarang pemasalahanyang timbul selepas pelaksanaan.


BORANG EXPA


BORANG EXPA


BORANG EXPA


BORANG EXPA


PELAKSANAAN INISIATIF 7Cadangan pindaan Akta PerancanganBandar dan Desa 1976 (Akta 172) dibawah subseksyen 19(2)(g).


Sekian, terima kasih.

More magazines by this user
Similar magazines