ECER: Program Latihan dan Penempatan Pekerja

ecerdc.com.my

ECER: Program Latihan dan Penempatan Pekerja

ECER: Program Latihan dan Penempatan Pekerja

Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi

Program Latihan Kemahiran | Program Penempatan Graduan |

Program Pekerja Kontrak dan Sementara

Maklumat Untuk Majikan


Latar Belakang

Dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9), pembangunan wilayah ekonomi koridor sentiasa

menjadi antara fokus utama kerajaan untuk meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti

hidup rakyat serta mencapai pembangunan sosioekonomi yang seimbang. Baru-baru ini,

kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi sebanyak RM7 billion dan

sebahagian dari dana tersebut adalah untuk Dana Program Latihan Kemahiran Koridor

Pertumbuhan.

Dalam keadaan krisis ekonomi masa kini, kerajaan amat

prihatin dengan keperitan yang dihadapi oleh pelbagai

golongan seperti pekerja yang diberhentikan, dan juga

siswazah yang menganggur. Menurut statistik kajian,

sehingga kini kadar pengangguran di ECER adalah

seramai 6,600 orang sementara 7,000 orang lagi dikhuatiri

menghadapi risiko kehilangan mata pencarian. Dan buat

masa ini, seramai 18,000 orang sedang mencari pekerjaan di ECER.

Maka dengan penyediaan dana ini, pelbagai program latihan

akan dilaksanakan untuk golongan sasaran yang telah

dikenalpasti dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran

mengikut keperluan industri, mengurangkan kadar

pengangguran melalui proses “employability” yang

membolehkan pelatih mendapat pekerjaan serta menambah

bilangan usahawan yang berjaya.


Objektif Program

• Menyediakan Program Pembangunan Latihan yang teratur dan tersusun untuk tenaga kerja

yang terlibat seperti siswazah menganggur, pekerja yang diberhentikan dan pekerja yang bakal

mengalami risiko diberhentikan

• Menyediakan kaedah “employability” jangka pendek atau panjang kepada siswazah

menganggur dan pekerja yang diberhentikan

• Menyediakan program latihan untuk memenuhi keperluan tenaga separa mahir dan mahir di

ECER khususnya untuk memenuhi keperluan kluster fokus di ECER

• Meningkatkan kualiti pembangunan modal insan ke arah menyediakan “kelompok pekerja

terlatih dan berkemahiran” di dalam memenuhi keperluan industri di ECER


Program-Program

Pembangunan Modal Insan ECER

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN

Terdapat tiga kategori program latihan yang ditawarkan, iaitu:

i. Latihan Pra-Pekerjaan

Matlamat utama program latihan ini adalah untuk memberikan peluang kepada para lepasan

sekolah dan siswazah (graduan) mengikuti program latihan dan meneruskan kerjaya ke syarikat

atau sektor yang bersesuaian.

Program latihan adalah selama 6 bulan sebelum mereka ditempatkan untuk bekerja dengan

majikan-majikan yang terpilih mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Program latihan dalam

kelas dan penempatan latihan sangkutan akan meningkatkan kemahiran personaliti, kemahiran

mengurus dan teknikal serta menimba pengalaman bekerja bersama majikan yang dipilih.

Peserta program yang layak adalah terdiri daripada:

• Warganegara Malaysia

• Anak kelahiran ECER

• Untuk lepasan sekolah, kelulusan minima ialah Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) dan Pemegang Sijil, Diploma dan Ijazah yang

diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan

badan-badan ikhtisas

• Umur tidak lebih dari 28 tahun dari tarikh pendaftaran

• Jika pernah bekerja, pengalaman bekerja kurang dari 6 bulan

• Komited untuk bekerja dengan majikan yang dipilih di ECER


ii. Latihan Kemahiran Semula

Program latihan ini memberi peluang kepada golongan pekerja yang bakal diberhentikan atau telah

diberhentikan bekerja dengan majikan yang menawarkan pekerjaan sambilan atau kontrak. Sekiranya

pekerja tersebut masih bekerja, program latihan ini memberikan fleksibiliti kepada majikan dengan

menawarkan peluang kepada kakitangan terbabit mengikuti latihan secara kontrak atau sambilan

tanpa memberhenti pekerja tersebut. Kakitangan yang mengikuti latihan akan menjalankan

tanggungjawab kepada majikan dalam tempoh masa bekerja tertentu, yang dipersetujui berbanding

seorang kakitangan sepenuh masa. Program seumpama ini memberi peluang kepada majikan yang

berminat bersama-sama menyokong program pembangunan modal insan.

Dalam ertikata lain, program latihan ini juga memberi peluang kepada pekerja yang masih bekerja

untuk mengikuti latihan kemahiran tertentu untuk tempoh masa yang dipersetujui oleh majikan.

Program yang dilalui oleh pekerja akan membantu proses penambahbaikan ke arah menjadikan

mereka pekerja produktif.

Peserta program yang layak adalah terdiri daripada:

• Warganegara Malaysia

• Anak kelahiran ECER

• Umur di antara 18 - 45 tahun

• Sekiranya masih bekerja, mereka haruslah bekerja atau menjalankan pekerjaan

di ECER

Pekerja yang telah diberhentikan atau bakal menghadapi risiko diberhentikan

Pekerja yang bekerja secara kontrak atau sambilan dengan majikan

Pekerja yang menghadapi risiko gaji dikurangkan akibat pengurangan tempoh

jam bekerja atau dipaksa mengambil cuti tanpa gaji

Pekerja yang komited untuk meningkatkan kemahiran


iii. Latihan Keusahawanan

Program ini melibatkan pelbagai golongan masyarakat termasuk graduan, lepasan sekolah,

kakitangan yang masih bekerja atau telah diberhentikan kerja, dan juga kakitangan yang bakal

menghadapi risiko diberhentikan. Program ini terbuka kepada semua golongan masyarakat yang

berminat menceburi bidang keusahawanan. Program yang dirancang akan membantu memupuk

daya saing dan daya maju peserta dan meningkatkan kemahiran teknikal dan pengurusan.

Peserta program yang layak adalah terdiri daripada:

• Warganegara Malaysia

• Anak kelahiran ECER

• Umur di antara 25 – 40 tahun

• Berminat dan komited dalam bidang keusahawanan

• Memulakan perniagaan di ECER selepas tamat program

Faedah-faedah Yang Diperolehi Oleh Syarikat / Majikan Yang Mengikuti

Program Yang Ditawarkan

• Majikan berpeluang membenarkan kakitangan mereka mengikuti program-program latihan

di ECER

• Majikan berpeluang mendapatkan khidmat pekerja-pekerja yang berkemahiran mengikut

keperluan majikan

• Majikan mempunyai pilihan untuk mengekalkan pekerja-pekerja yang berdaya maju selepas

tempoh perjanjian


PROGRAM PENEMPATAN GRADUAN

Matlamat utama program latihan ini adalah untuk memberikan peluang kepada para siswazah (graduan) meneruskan

kerjaya ke syarikat atau sektor yang bersesuaian dengan kursus yang diikuti di universiti. Kekurangan pengalaman

kerja adalah antara faktor utama yang menyukarkan graduan-graduan baru untuk mendapat pekerjaan. Oleh itu,

program penempatan graduan adalah khusus untuk menyediakan peluang mendapat tempat dan menimba

pengalaman bekerja di syarikat-syarikat di ECER. Di bawah skim ini, para peserta akan dibiayai bersama oleh

ECERDC dan syarikat yang menyertai program.

Tempoh program ini adalah selama 12 bulan dan di akhir tempoh program, para peserta bakal berpeluang diserap

masuk oleh syarikat tersebut atau mendapat tempat bekerja di syarikat-syarikat yang lain.

Di antara syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

• Warganegara Malaysia

• Pemegang ijazah yang diiktiraf (disahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan badan-badan ikhtisas)

• Umur tidak lebih dari 28 tahun dari tarikh pendaftaran

• Anak kelahiran ECER

Bulan Pertama Hingga Ketiga

Faedah-faedah Yang Diperolehi Oleh Syarikat /

Majikan Yang Mengikuti Program Yang Ditawarkan

Pertama

Bulan

Kedua

Ketiga

Antara faedah-faedah yang bakal diperolehi adalah seperti berikut:

• Majikan terpilih akan terlibat dalam satu program kombinasi di

1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3

*75% Gaji bulanan bermula dari Bulan PERTAMA

hingga KETIGA akan ditanggung oleh ECERDC

4

antara pekerjaan dan latihan untuk selama 9 bulan. Manakala sementara baki 25% lagi ditanggung oleh majikan.

pekerja akan menerima gaji bulanan berjadual mengikut

Bulan Keempat Hingga Keenam

program latihan yang tersusun dan waktu bekerja seperti di

Bulan

sebelah

• Majikan akan menanggung kos gaji dan perbelanjaan pekerja

Keempat

Kelima

Keenam

yang lebih minimum secara berjadual melalui program ini

• Majikan berpeluang meneruskan kontrak selepas tempoh

program dengan cara membayar gaji penuh kepada para

1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

graduan

Bulan Ketujuh Hingga Kesembilan

• Majikan terpilih berpeluang menerima bilangan graduan yang

Bulan

mencukupi untuk bekerja

• Majikan berpeluang mendapatkan khidmat pekerja-pekerja yang

Ketujuh

Kelapan Kesembilan

berkemahiran

1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

Setelah tamat program latihan ini, pekerja akan diserapkan bekerja

ke syarikat pilihan selama tempoh 2 tahun.

Bekerja Latihan

*Minggu Minggu Minggu Minggu *Minggu Minggu Minggu Minggu *Minggu Minggu Minggu Minggu

*Minggu Minggu Minggu Minggu *Minggu Minggu Minggu Minggu *Minggu Minggu Minggu Minggu

*50% Gaji bulanan bermula dari Bulan KEEMPAT hingga

KEENAM akan ditanggung oleh ECERDC sementara

baki 50% lagi ditanggung oleh majikan.

*Minggu Minggu Minggu Minggu *Minggu Minggu Minggu Minggu *Minggu Minggu Minggu Minggu

*25% Gaji bulanan bermula dari Bulan KETUJUH hingga

KESEMBILAN akan ditanggung oleh ECERDC sementara

baki 75% lagi ditanggung oleh majikan.


PROGRAM PEKERJA KONTRAK DAN SEMENTARA

Adalah difahamkan bahawa di dalam keadaan krisis ekonomi, terdapat pelbagai langkah yang

diambil oleh majikan / syarikat-syarikat untuk mengurangkan kos operasi termasuk mengurangkan

bilangan pekerja. Maka, program ini adalah mensasarkan golongan pekerja yang diberhentikan dan

juga golongan yang tidak bekerja dengan mengenal pasti setiap peluang pekerjaan walaupun

secara sementara atau kontrak.

ECERDC akan menggalakkan inisiatif “job matching” di kalangan majikan dan pekerja dimana

pekerja mungkin boleh ditempatkan di dalam 2 syarikat yang berbeza berdasarkan keperluan

tempoh operasi syarikat tersebut.

Sasaran utama program latihan ini ialah:

• Golongan pegawai yang tidak bekerja

Pekerja sambilan

Pekerja tanpa kemahiran; dan

• Golongan suri rumah

Di antara syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

• Warganegara Malaysia

• Anak kelahiran ECER

Pekerja yang bakal menghadapi risiko diberhentikan atau penganggur sepenuh masa

• Umur minimum ialah 18 tahun dari tarikh pendaftaran

• Boleh bekerja dengan waktu bekerja yang fleksibel

• Boleh bekerja dengan serta merta jika diperlukan

Faedah-faedah Yang Diperolehi Oleh Syarikat / Majikan Yang Mengikuti

Program Yang Ditawarkan

• Majikan boleh mengambil masuk pekerja-pekerja kontrak dan sementara yang telah mengikuti

program dengan segera

• Majikan berpeluang untuk mengambil lebih dari satu pekerja dengan bayaran kos perbandingan

seorang pekerja sepenuh masa

Program ini membantu membuka lebih pilihan kepada majikan untuk memilih pekerja mengikut

keperluan majikan

• Hasil program ini, majikan yang mengambil pekerja-pekerja kontrak dan sementara yang terlatih

berupaya meningkatkan produktiviti keseluruhan syarikat


SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN SYARIKAT / MAJIKAN UNTUK MENYERTAI

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Antara syarat dan kriteria pemilihan syarikat atau majikan adalah seperti berikut:

• Syarikat atau majikan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat/Pendaftar Syarikat dan beroperasi

di Wilayah ECER

• Beroperasi di dalam salah satu kluster ekonomi termasuklah sektor Perkhidmatan, Pendidikan,

Pertanian, Minyak, Gas & Petrokimia, Pembuatan dan Pelancongan; dan

• Mampu menyediakan peluang pekerjaan jangka panjang, kontrak / sementara

• Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun

• Kemampuan syarikat atau majikan untuk membayar gaji pekerja yang diambil

(untuk maklumat lanjut, sila hubungi sekretariat ECERDC)


Senarai Kursus Yang Ditawarkan

Antara kursus-kursus yang akan dilaksanakan:

1. Mekanik Kenderaan

2. Pembuatan Perabot

3. Mekanik Industri

4. Pembuatan Pakaian Lelaki

5. Juruteknik Elektrik

6. Pembuatan Pakaian Wanita

7. Juruteknik Industri

8. Jahitan Asas

9. Juruteknik Pengkomputeran

10. Pemesin Am

11. Juruteknik Elektronik

12. Pelukis Pelan

13. Juruteknik Kenderaan

14. Penyembur Cat Automotif

15. Juruteknik Perpaipan

16. Juruteknik Kenderaan Bermotor

17. Menggunting Rambut

18. Juruteknik Pemasangan

19. Juruestetik

20. Juruteknik Pengetuk Kenderaan

21. Juruteknik Sistem Komputer

22. Fabrikasi - Struktur Keluli

23. Mekanik Teknologi Elektronik Radio dan Video

24. Juruteknik - Logam

25. Jurukecantikan

26. Penyediaan Makanan & Minuman

27. Juruteknik Penyejuk Bekuan dan Penyaman Udara

28. Pramusaji

29. Perkomputeran - Pengaturcaraan

30. Penyelia Pengemasan

31. Perkomputeran - Animasi

32. Pengurusan Hotel

33. Perkomputeran - Asas Membaiki Komputer

34. Pemandu Pelancong

35. Perkomputeran - Sistem Maklumat

36. Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat

37. Perkomputeran - Sistem Pengkomputeran

38. Penyelia Pengawasan Hotel

39. Perkomputeran - Multimedia

40. Pengurusan Kaunter Hadapan

41. Perkomputeran - Visual

42. Kursus Masakan

43. Penyelenggaraan Enjin Marin

44. Pengurusan Bilik

45. Pembuatan Kapal Layar Tradisional

46. Hot Cooking

47. Aplikasi CAD/CAM

48. Masakan Contemporary

49. Elektrikal dan Elektronik Untuk Industri

50. Masakan Cina

51. Mekanik Kenderaan Motor

52. Masakan Malaysia

53. Kursus Jurulatih Kecergasan

54. Pembantu Penyedia Makanan

55. Kursus Pembantu Klinik

56. Pembantu Penyedia Pastri

57. Kursus Pekerja Pemulihan Perubatan

58. Skil Operasi dan Teknik Hotel (Hotel Operation and Skilled

Training - HOST)

59. Kursus Komunikasi Optik Fiber dan Teknologi Fotonik

60. Kerani Operasi Pelancongan

61. Kursus Keselamatan Rangkaian dan Pengurusan Server

62. CISCO Persijilan Network Associate

63. Kursus Komunikasi Mudah Alih Tanpa Wayar

64. Robotik dan Otomasi (Robotic and Automation)

65. Kursus Teknologi Komunikasi Jalur Lebar

66. Multimedia dan Rekabentuk Grafik

67. Jurukimpal Arka Logam

68. Teknologi Computer Numerical Controlled (CNC)

69. Juruteknik Arka Tungsten Gas

70. Air dan Analisa Air Kumbahan (Water & Water Waste Analyse)

71. Juruteknik Elektronik Industri

72. Rekabentuk Industri

73. Jurubina Bangunan

74. Pengawalan Industri Motor

75. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu

76. Ujian Ketidakmusnahan (Non-Destruction Test)

77. Pengurusan Binaan dan Struktur

78. Proses Keselamatan dan Kesihatan Mesin/Kilang (Plant Process

Safety & Health)


79. Penyeliaan/Pemeriksaan Kimpalan

80. Proses Alatan dan Teknologi (Instrumental & Technology

Process)

81. Latihan Industri Mesin

82. Fiber Optik dan Rangkaian Telekomunikasi Mudah-Alih

(Fibre-Optic & Mobile Network Telecommunications)

83. Teknologi Penapisan Kimia

84. Asas Jahitan Pakaian Lelaki dan Wanita

85. Komunikasi Data Tanpa Wayar

86. Asas Mencanting Batik

87. Teknologi Pembangunan Pengisian Kreatif

88. Gunting Rambut Lelaki

89. Teknologi Kimpalan

90. Kursus Otomotif

91. INTAS - Inforana Tourism Apprentice Scheme

92. Asas dan Baik Pulih Komputer

93. NEGE - New Generation Entrepreneur

94. Pembangunan Dan Rekabentuk Sistem Elektronik

95. Jurutera Kualiti Berdaftar (Certified Quality Engineer)

96. Peningkatan Kemahiran didalam Bidang Automasi

Perindustrian

97. Pembangunan dan Kejuruteraan Produk

98. Teknologi Kimpalan dan Kemahiran Pengujian Tanpa

Musnah

99. Otomotif Sederhana dan Besar Rekabentuk Die

100. Kemahiran Rekabentuk Acuan dan Die

101. Radio Frequency Identification System Design (RFID)

102. Kemahiran Teknologi Pemprosesan Plastik dan Pembuatan

Produk Plastik

103. Program Rekabentuk Otomasi untuk Industri Minyak dan

Gas

104. Fabrikasi dan Pembuatan Produk Gentian Kaca

105. Kursus Asas Jahitan

106. Pembangunan Rekabentuk dan Inovasi Produk

107. Kursus Kenderaan Bermotor

108. Pembangunan Produk Logam Menggunakan Teknologi

Powder Metallurgy

109. Latihan Cadastral Data Servier (CDS)

110. Kemahiran Pembuatan Produk Tembaga Yang Berinovatif

Melalui Proses Kasting Logam (Invesment Casting)

111. Kursus Bahasa Inggeris

112. Teknologi Pembuatan Produk-produk Detergen dan

Bahan Pencuci

113. Pembantu Ukur Tanah

114. Teknologi Pembuatan Produk-Produk Kosmetik dan

Toiletri

115. Asas Perakaunan dan Pengurusan Kewangan

116. Kemahiran Teknologi Seramik dan Pembuatan

Produk-Produk Seramik

117. Asas Asuhan Kanak-Kanak

118. Program Penjenamaan Teknologi Pembungkusan dan

Pemasaran Produk

119. Supervisory Management Development Program for

Diploma Holders


Pendaftaran

Peserta yang berminat boleh:

• Memuat turun Borang Pendaftaran dari www.ecerdc.com.my

• mendapat Borang Pendaftaran dari pejabat-pejabat Majlis Pembangunan ECER

(ECERDC)

Borang Pendaftaran yang lengkap boleh dikembalikan melalui salah satu cara berikut:

• E-mel : secretariat@ecerdc.com.my

• Faks : +603 2035 0020

• Serah Tangan : di salah satu daripada pejabat Majlis Pembangunan ECER

(ECERDC) berikut:

Majlis Pembangunan ECER

Pejabat Kuala Lumpur

Aras 69, Menara 2, Menara Kembar PETRONAS, 50088 Kuala Lumpur

Tel : +603 2035 0000

Pejabat Negeri Kelantan

Tingkat Bawah dan Mezanin, Lot 137 & Lot 138, Bangunan Sutera Inn Prima, Jalan Dusun Muda

Off Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Tel : +609 746 0021

Pejabat Negeri Terengganu

Tingkat Bawah dan Satu, 100 B, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Tel : +609 746 0021

Pejabat Negeri Pahang

B8002, Sri Kuantan Square, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang

Tel : +609 746 0021

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Majlis Pembangunan ECER (ECERDC)

Tel : +603 2035 0021/22

Faks : +603 2035 0020

E-mel : secretariat@ecerdc.com.my


BORANG PENDAFTARAN MAJIKAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM LATIHAN

KEMAHIRAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI DI ECER

A. Inginkan pekerja yang terlatih dan berkemahiran di dalam bidang berikut:

Agrikultur/Pertanian Pelancongan

Nyatakan Nyatakan

Pembuatan Perkhidmatan

Nyatakan Nyatakan

Lain-lain

Nyatakan

B. Ingin terlibat dalam kategori program berikut:

1. Latihan mempertingkatkan kemahiran pekerja sedia ada 3. Skim dual-latihan sambil bekerja

2. Program penempatan graduan 4. Inginkan pekerja kontrak / sambilan

1.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT

1.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT

Nama syarikat

Alamat penuh tempat letaknya perusahaan

Tarikh perusahaan dimulakan

Jenis industri

No. Pendaftaran KWSP

No. Pendaftaran Syarikat

1.2 PENDAFTARAN SYARIKAT

Tempat penubuhan

No. Pendaftaran Syarikat (ROC/ROB/Permit No)

Sila kepilkan salinan perakuan pendaftaran perniagaan atau perbadanan

Tahun perniagaan atau syarikat didaftarkan

Jenis pemilikan (Tandakan √ dalam petak yang sesuai).

Milik Tunggal Syarikat Awam Berhad

Perkongsian Lain-lain

Syarikat Sendirian Berhad

No. Cukai Pendapatan

1.3 MAKLUMAT PEMUNYA / PEKONGSI PERNIAGAAN / PENGARAH URUSAN

Nama

No. Kad Pengenalan / No.Passport

Alamat surat-menyurat

Alamat tetap

Poskod Negeri

No. Telefon No. Faksimili

Pegawai untuk dihubungi

No. Telefon Bimbit Alamat E-mel

1.4 LATAR BELAKANG KEWANGAN/PEKERJA

Modal berbayar Jumlah bilangan pekerja sekarang Jumlah bilangan pekerja pada bulan terdahulu

2.0 AKTIVITI PERNIAGAAN

1.

2.

3.

4.

5.

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)

Aras 69, Menara 2, Menara Kembar PETRONAS, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia

Talian Am: +603 2035 0021/22 Faks: +603 2035 0020

E-mel: secretariat@ecerdc.com.my Laman Web: www.ecerdc.com.my

Aktiviti Perniagaan

Peratus Sumbangan Kepada Pendapatan Tahunan


3.0 PERJAWATAN UTAMA

PENGURUSAN KANAN DAN ATASAN

Nama Jawatan No.KP / No.Pasport Warganegara Pengalaman Kerja Pengkhususan

4.0 MAKLUMAT PEKERJA

Penglibatan Pengurusan Eksekutif Kerani Pekerja Am

Bumiputera

Bukan Bumiputera

Tenaga Asing

Jumlah

5.0 KEUNTUNGAN DAN PENDAPATAN TAHUNAN

Profesional Pentadbiran Kanan Baru Pentadbiran

Tahun Pendapatan Keuntungan

2006

2007

2008

6.0 PENGAKUAN

Saya bersetuju / tidak bersetuju* mendaftarkan syarikat saya untuk menyertai Program Pembangunan Modal Insan di bawah Pakej Rangsangan

Ekonomi di ECERDC.

Saya dengan ini mengaku bahawa maklumat yang diberikan di atas adalah benar dan lengkap.

Tarikh

Jawatan

Tandatangan majikan / wakil majikan*

Nama

(Cop rasmi majikan) (Huruf besar)

Borang pendaftaran ini hanyalah bertujuan untuk simpanan data ECERDC sahaja. Penyerahan borang pendaftaran ini tidak pada bila-bila masa bertindak sebagai suatu penerimaan atau apa-apa tawaran untuk sebarang perlantikan oleh ECERDC.

Pihak sekretariat mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak pendaftaran ini.

More magazines by this user
Similar magazines