10.07.2015 Views

risalah data keselamatan kimia - Petron

risalah data keselamatan kimia - Petron

risalah data keselamatan kimia - Petron

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Nama Produk: DIESEL / GASOIL MALAYSIATarikh Semakan: 15 May 2012Halaman 1 dari 11______________________________________________________________________________________________________________________RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIABAHAGIAN 1PRODUK BAHAN KIMIA DAN PENGENALAN SYARIKATRisalah Data Keselamatan Kimia ini mematuhi peraturan di Malaysia berdasarkan tarikh semakan yang tercatat di atas.PRODUKNama Produk: DIESEL / GASOILKeterangan Produk: Hidrokarbon dan Bahan TambahKod Produk: 708437Kegunaan Yang Dibenarkan:Bahan api enjin dieselNama DagangAUTOMOTIVE DIESELDIESELSYNERGY DIESELNama DagangAUTOMOTIVE DIESEL OILGAS OILPENGENALAN SYARIKATPembekal:Petron Subsidiaries in MalaysiaMenara I&P, Tower 1,No. 46, Jalan Dungun, Damansara Heights,50490 Kuala Lumpur, MalaysiaNombor Telefon Pembekal +603 2082 8400BAHAGIAN 2KOMPOSISI / MAKLUMAT RAMUANBahan ini dikawal selia sebagai bahan sediaan.Bahan atau Bahan Kompleks Berbahaya Boleh LaporNama CAS# Kepekatan*Bahan api, diesel 68334-30-5 > 99%* Semua kepekatan dinyatakan sebagai peratus berat, kecuali ramuan berkenaan adalah gas. Kepekatan gasdinyatakan sebagai peratus isipadu.NOTA: Komposisi mungkin mengandungi sehingga 0.5% bahan tambah prestasi dan/atau pewarna.BAHAGIAN 3CIRI FIZIKAL DAN KIMIACiri fizik dan kimia yang biasa diberikan di bawah. Rujuk kepada Pembekal dalam Bahagian 1 untukmendapatkan data tambahan.MAKLUMAT AMKeadaan Fizikal:Cecair

Nama Produk: DIESEL / GASOIL MALAYSIATarikh Semakan: 15 May 2012Halaman 2 dari 11______________________________________________________________________________________________________________________Bentuk: JernihWarna: Kuning PucatBau: Petroleum/PelarutAmbang Bau: Tidak ditentukanMAKLUMAT KESIHATAN, KESELAMATAN, DAN ALAM SEKITAR YANG PENTINGKetumpatan Relatif (pada 15 C): 0.84Takat Kilat [Kaedah]: >62C (144F) [ASTM D-93]Had Mudah Menyala (Anggaran peratus isi padu di udara): LEL: 0.5 UEL: 5.0Suhu Pengautocucuhan: >250°C (482°F)Takat Didih / Julat: 160C (320F) - 390C (734F)Ketumpatan Wap (Udara = 1): 5 pada 101 kPaTekanan Wap: 0.3 kPa (2.25 mm Hg) pada 20 CKadar Penyejatan (n-butil asetat = 1): < 0.1pH: Tidak BerkenaanLog Pow (n-Oktanol/Pekali Sekatan Air): Tidak ditentukanKeterlarutan dalam Air: Sedikit sahaja.Kelikatan: 2 cSt (2 mm2/sec) pada 40 C - 4.5 cSt (4.5 mm2/sec) pada 40 CSifat-Sifat Mengoksida: Lihat Seksyen Pengenalpastian Bahaya.MAKLUMAT LAINTakat Beku:Takat Lebur:Takat Tuang:Tidak ditentukanTidak Berkenaan< 12°C (54°F)BAHAGIAN 4PENGENALPASTIAN BAHAYABahan ini dianggap sebagai berbahaya menurut garis panduan pengawalseliaan (lihat Bahagian 15 (C)SDS)BAHAYA FIZIKAL / KIMIABahan boleh membentuk wap yang amat mudah terbakar. Wap yang berkumpul boleh terbakar danmeletup jika dinyalakan. Bahan boleh menimbun cas statik yang boleh menyebabkan pencucuhan.BAHAYA KEPADA KESIHATANKemungkinan risiko kesan tak berbalik Memudaratkan jika dihidu. Merengsa kepada kulit. Memudaratkan:boleh menyebabkan kerosakan paru-paru jika ditelan. Dalam keadaan kebersihan diri yang buruk dan jikaterkena bahan secara berpanjangan dan berulang, beberapa sebatian polisiklik aromatik dipercayai merupakanpenyebab kanser kulit pada manusia. Boleh merengsakan mata, hidung, tekak dan paru-paru. Bolehmenyebabkan depresi sistem saraf pusat. Suntikan tekanan tinggi di bawah kulit boleh menyebabkabkerosakan serius.BAHAYA KEPADA ALAM SEKITARToksik kepada organisma akuatik, boleh menyebabkan kesan buruk jangka panjang dalam persekitaranakuatik.NOTA: Bahan ini tidak boleh digunakan untuk apa-apa tujuan lain tanpa nasihat pakar, selain penggunaannya dalamBahagian 1. Kajian kesihatan menunjukkan bahawa pendedahan bahan kimia boleh mendatangkan risiko kepadakesihatan manusia yang mungkin berbeza antara seorang dengan yang lain.

Nama Produk: DIESEL / GASOIL MALAYSIATarikh Semakan: 15 May 2012Halaman 3 dari 11______________________________________________________________________________________________________________________BAHAGIAN 5LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMASTERSEDUTAlihkan mangsa untuk mengelakkan daripada terdedah terlalu lama. Bagi mereka yang memberikan bantuan,elakkan diri sendiri atau orang lain daripada terdedah kepada produk. Gunakan perlindungan pernafasan yangmencukupi. Jika berlaku kerengsaan pada saluran pernafasan, pening, loya atau mangsa tidak sedarkan diri,segera dapatkan bantuan perubatan. Jika pernafasan terhenti, berikan bantuan pengalihudaraan dengan alatmekanikal atau resusitasi mulut ke mulut.TERKENA KULITTanggalkan pakaian yang tercemar. Lap hingga kering kulit yang terdedah kepada bahan dan cuci denganpencuci tangan tanpa air dan selepas itu basuh-basuh bersih-bersih dengan sabun dan air. Bagi mereka yangmemberikan bantuan, elakkan diri sendiri atau orang lain daripada terkena bahan selanjutnya. Pakai sarungtangan tak telus. Basuh pakaian yang tercemar secara berasingan sebelum dipakai semula. Buang pakaianyang tercemar yang tidak boleh dibasuh. Jika produk disuntik ke dalam atau di bawah kulit, atau ke dalammana-mana bahagian badan, tanpa mengira rupa atau saiz luka, orang itu hendaklah diperiksa semula olehpakar perubatan dengan segera sebagai kes kecemasan pembedahan. Walaupun simptom awal daripadasuntikan tekanan tinggi mungkin minimum atau tiada, rawatan pembedahan awal dalam tempoh beberapa jampertama boleh mengurangkan tahap kecederaan utama dengan ketara.TERKENA MATAJirus bersih-bersih dengan air. Jika berlaku kerengsaan, dapatkan bantuan perubatan.TERTELANSegera dapatkan rawatan perubatan. Jangan paksa mangsa muntah.CATATAN UNTUK DOKTORJika tertelan, bahan mungkin disedut ke dalam paru-paru dan menyebabkan pneumonitis kimia. Rawat dengansewajarnya.KEADAAN PERUBATAN PRAWUJUD YANG MUNGKIN SEMAKIN TERUK AKIBAT PENDEDAHANPelarut Hidrokarbon/Hidrokarbon Petroleum - Terkena kulit boleh memburukkan dermatitis yang sedia ada.BAHAGIAN 6LANGKAH-LANGKAH MEMADAM KEBAKARANBAHAN PEMADAM APIBahan Pemadam Api yang Sesuai:: Gunakan kabus air, buih, bahan kimia kering atau karbon dioksida(CO2) untuk memadam kebakaran.Media Pemadam yang Tidak Wajar: Pancutan Air TerusMEMADAM KEBAKARANArahan Memadam Kebakaran:: Pindahkan orang daripada kawasan berkenaan. Jangan biarkan air lariandaripada kawalan kebakaran atau pencairan memasuki anak sungai, pembetung atau bekalan air minum.Pemadam kebakaran hendaklah menggunakan kelengkapan pelindung yang standard, dan di kawasan tertutup,pakai alat pernafasan serba lengkap (SCBA). Gunakan semburan air bagi menyejukkan permukaan yangterdedah kepada kebakaran dan bagi melindungi pekerja.

Nama Produk: DIESEL / GASOIL MALAYSIATarikh Semakan: 15 May 2012Halaman 4 dari 11______________________________________________________________________________________________________________________Bahaya Kebakaran yang Luar Biasa: Bahan berbahaya. Ahli bomba dan penyelamat kebakaran hendaklahmenggunakan kelengkapan pelindung yang dinyatakan dalam Bahagian 9.Hasil Pembakaran Berbahaya:Oksida dari karbonAsap, Wasap, Aldehid, Oksida sulfur, Produk penguraian tak lengkap,SIFAT-SIFAT MUDAH MENYALATakat Kilat [Kaedah]: >62C (144F) [ASTM D-93]Had Mudah Menyala (Anggaran peratus isi padu di udara): LEL: 0.5 UEL: 5.0Suhu Pengautocucuhan: >250°C (482°F)BAHAGIAN 7LANGKAH-LANGKAH PENGAWALAN PEMBEBASAN TIDAKSENGAJAPROSEDUR PEMBERITAHUANSekiranya berlaku tumpahan atau pelepasan yang tidak disengajakan, maklumkan kepada pihak berkuasayang berkenaan menurut semua peraturan terpakai.LANGKAH-LANGKAH PERLINDUNGANHindarkan daripada terkena bahan tumpah. Penduduk di kawasan sekitar dan di bawah arah tiupan anginharus diberi amaran atau dipindahkan jika perlu kerana ketoksikan atau kemudahnyalaan bahan. LihatBahagian 6 untuk maklumat memadam kebakaran. Lihat Seksyen Pengenalpastian Bahaya untuk BahayaUtama. Lihat Bahagian 5 untuk Langkah Pertolongan Cemas. Lihat Bahagian 8 untuk nasihat minimakeperluan kelengkapan pelindung diri. Kelengkapan pelindungan diri tambahan mungkin diperluka, bergantungkeadaan spesifik dan/atau pertimbangan pakar dari tindakbalas kecemasan. Bagi anggota bantuankecemasan: Perlindungan pernafasan: Alat pernafasan separa muka atau seluruh muka dengan penapis waporganik dan H2S atau Alat Pernafasan Serba Lengkap (SCBA) boleh digunakan apabila perlu, bergantungkepada saiz tumpahan dan tahap pendedahan yang mungkin berlaku. Jika pendedahan tidak dapat dicirikansepenuhnya atau atmosfera yang rendah oksigen dijangka boleh berlaku, SCBA adalah disyorkan. Sarungtangan kerja yang tahan hidrokarbon aromatik adalah disarankan. Catatan: sarung tangan yang diperbuatdaripada polivinil asetat (PVA) tidak kalis air dan tidak sesuai untuk digunakan semasa kecemasan. Gogalkimia adalah disyorkan jika ada kemungkinan terpercik atau terkena pada mata. Tumpahan kecil: Pakaiankerja antistatik yang biasa lazimnya memadai. Tumpahan besar: sut pelindung tubuh lengkap yang diperbuatdaripada bahan yang tahan kimia dan antistatik adalah disyorkan.PENGURUSAN TUMPAHANTumpahan Tanah: Buang semua sumber pencucuhan (dilarang merokok, jauhkan suar, percikan api, ataunyalaan dari kawasan sekitar). Hentikan bocoran jika dapat melakukannya tanpa risiko. Semua peralatanyang digunakan semasa mengendalikan produk mestilah dibumikan. Jangan sentuh atau berjalan melaluibahan yang tertumpah. Jangan biarkan tumpahan memasuki jalan air, pembetung, aras bawah tanah ataukawasan tertutup. Busa penyekat wap boleh digunakan untuk mengurangkan wap. Serap atau tutupdengan tanah kering, pasir atau bahan lain yang tidak boleh terbakar, dan pindahkan ke dalam bekas.Gunakan alat bersih yang tidak mengeluarkan percikan api untuk mengumpulkan bahan yang terserap.Tumpahan Besar: Semburan air mungkin mengurangkan wap; tetapi mungkin tidak mencegah pencucuhandalam ruang tertutup. Tumpahan Kecil: Serap dengan tanah, pasir atau bahan tidak terbakar yang lain danpindahkan ke dalam bekas supaya kemudian dapat dilupuskan.

Nama Produk: DIESEL / GASOIL MALAYSIATarikh Semakan: 15 May 2012Halaman 5 dari 11______________________________________________________________________________________________________________________Tumpahan Air: Hentikan bocoran jika dapat melakukannya tanpa risiko. Kepung tumpahan serta mertadengan menggunakan bum. Perkapalan lain harus diberi amaran. Hapuskan daripada permukaan dengancara menyiring atau menggunakan zat penyerap yang sesuai. Minta nasihat seorang pakar sebelummenggunakan bahan penyebar.Saranan bagi tumpahan dalam air dan tumpahan di darat adalah berdasarkan senario tumpahan yang palingmungkin bagi bahan ini; walau bagaimanapun, keadaan geografi, angin, suhu, (dan dalam keadaan tumpahandalam air) arah gelombang dan arus serta kelajuan mungkin banyak mempengaruhi tindakan sewajarnya yangpatut diambil. Untuk tujuan ini, sila rujuk pakar tempatan. Perhatian: Peraturan tempatan mungkin menetapkanatau mengehadkan tindakan yang patut diambil.LANGKAH PERLINDUNGAN ALAM SEKITARTumpahan Besar: Bina benteng jauh dari kawasan tumpahan cecair supaya tumpahan dapat dikumpulkan dandilupuskan kemudian. Jangan biarkan tumpahan memasuki jalan air, pembetung, aras bawah tanah ataukawasan tertutup.BAHAGIAN 8PENGENDALIAN DAN PENYIMPANANPENANGANANHindarkan semua sentuhan diri. Tidak boleh digunakan sebagai pelarut cucian atau bahan api bukan jenteralain. Untuk digunakan sebagai bahan api jentera sahaja. Meletakkan bahan api di dalam bekas yang tidakdiluluskan adalah berbahaya dan/atau menyalahi undang-undang. Jangan isi bekas dengan bahan semasabekas di dalam kenderaan. Elektrik statik boleh mencucuhkan wap dan menyebabkan kebakaran. Letakkanbekas di atas tanah semasa mengisi dan pastikan muncung menyentuh bekas. Jangan gunakan alat elektrik(termasuk tetapi tidak terhad kepada telefon selular, komputer, kalkulator, alat kelui atau alat elektrik lain dansebagainya) di mana-mana kawasan atau sekitar mana-mana kawasan pengendalian atau penyimpananbahan api melainkan alat tersebut pada asasnya disahkan selamat oleh agensi pengujian kebangsaan yangdiluluskan dan mematuhi piawaian keselamatan yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturankebangsaan dan/atau tempatan. Elakkan berlakunya tumpahan kecil dan kebocoran untuk mengelakkanbahaya tergelincir. Jangan sedut melalui mulut. Bahan boleh mengumpul cas statik yang boleh menyebabkanpencucuhan. Apabila bahan dikendali secara pukal, percikan elektrik boleh menyalakan sebarang wappembakar dari cecair atau sisa (contoh semasa operasi perubahan-pemunggahan). Gunakan pencantumandan/atau prosedur pembumian yang betul. Bagaimana pencantuman dan pembumian tidak akan menhapuskanbahaya dari pengumpulan statik. Dapatkan nasihat dari pihak piawaan tempatan yang berkenaan untuknasihat.Rujukan tambahan termasuk dari American Petroleum Institute 2003 ( "Protection Against IgnitionArising out of Static, Lightning and Stray Currents") atau National Fire Protection Agency 77 ("RecommendedPractice on Static Electricity) atau CENELEC CLC/TR 50404 ("Electrostatic - Code of Practice for theavoidance of hazard due to static electricity").Pengumpul Statik: Bahan ini adalah pengumpul statik. Cecair pada asasnya tidak mengalirkan elektrik,pengumpul statik jika pengalirannya adalah dibawah 100 pS/m (100x10E-12 Siemens per meter segi), dandianggap sebagai separa mengalir, pengumpulan statik jika pengalirannya adalah kurang dari 10,000 pS/m.Samaada cecair tidak mengalir letrik atau separa, langkah berjaga jaganya adalah sama. Beberapa faktor,sebagai contoh suhu cecair, kehadiran bahan cemar, additif anti-statik dan penurasan boleh mempengaruhipengaliran dalam cecair.PENYIMPANANPemilihan bekas, sebagai contoh bekas penyimpanan, mungkin memberi kesan pengumpulan statik dan

Nama Produk: DIESEL / GASOIL MALAYSIATarikh Semakan: 15 May 2012Halaman 6 dari 11______________________________________________________________________________________________________________________penghapusahan. Bekas hendaklah ditutup. Kendalikan bekas dengan berhati-hati. Buka bekas perlahan-lahanuntuk mengawal pelepasan tekanan yang mungkin berlaku. Simpan bahan di tempat yang dingin dan baikpengalihan udaranya. Bekas harus dinyahcaskan ke bumi dengan tatacara yang sewajarnya. Bekaspenyimpanan tetap, bekas pemindahan dan peralatan berkaitan harus dibumikan dan dirangkaikan demimencegah penimbunan cas statik.BAHAGIAN 9KAWALAN PENDEDAHAN / PERLINDUNGAN DIRINILAI HAD PENDEDAHANHad pendedahan/piawaian (Nota: Had pendedahan tidak boleh ditambah)Nama Bahan Bentuk Had / Piawai Catatan Sumber TahunBAHAN API, DIESEL [jumlahhidrokarb, wap]Pecahandan wapyangbolehdihiduTWA 100 mg/m3 Kulit ACGIH 2010CATATAN: Had/piawai yang ditunjukkan adalah sebagai panduan sahaja. Patuhi peraturan yang berkenaan.KAWALAN KEJURUTERAANTahap perlindungan dan jenis kawalan yang perlu akan berbeza-beza mengikut keadaan pendedahan yangmungkin berlaku. Langkah kawalan yang perlu dipertimbangkan:Gunakan peralatan pengudaraan kalis ledakan supaya sentiasa berada di bawah had pendedahan.PERLINDUNGAN DIRIPemilihan kelengkapan pelindung diri berbeza-beza mengikut keadaan pendedahan yang mungkin berlakuseperti penggunaan, prosedur pengendalian, kepekatan dan pengalihudaraan. Maklumat pemilihankelengkapan pelindung untuk digunakan dengan bahan ini, seperti yang diberikan di bawah, adalahberdasarkan penggunaan biasa yang ditetapkan.Perlindungan Pernafasan: Jika kawalan kejuruteraan tidak dapat mengekalkan tahap kepekatan bahancemar bawaan udara pada tahap yang sesuai untuk melindungi kesihatan pekerja, maka alat pernafasan yangdiluluskan mungkin sesuai digunakan. Pemilihan, penggunaan dan penyenggaraan alat pernafasan mestilahmenurut keperluan kawal selia, jika berkaitan. Jenis alat pernafasan yang akan dipertimbangkan bagi bahan initermasuk:Bahan turas jenis A.,Bahan penapis Jenis P.Bagi tahap kepekatan bawaan udara yang tinggi, gunakan alat pernafasan bekalan udara yang diluluskan,yang dikendalikan dalam mod tekanan positif. Alat pernafasan bekalan udara dengan botol pelepasan mungkinsesuai apabila paras oksigen tidak mencukupi, ciri amaran gas/wap tidak berfungsi dengan baik, atau jikakeupayaan/pengkadaran penapis penulenan udara melebihi had yang ditetapkan.Perlindungan Tangan: Sebarang maklumat tertentu yang diberikan tentang sarung tangan adalahberdasarkan maklumat yang diterbitkan dan data pengeluar sarung tangan.Sarung tangan yang bersesuaian

Nama Produk: DIESEL / GASOIL MALAYSIATarikh Semakan: 15 May 2012Halaman 7 dari 11______________________________________________________________________________________________________________________dan ketentuan waktu lusuh bergantung kepada penggunaannya. Hubungi pembuat sarung tangan untukmendapat nasihat tertentu tentang pemilihan sarung tangan dan waktu lusuh untuk keadaan penggunaan anda.Periksa dan tukar sarung tangan lusuh dan rosak. Jenis sarung tangan yang perlu dipertimbangkan termasuk:Sarung tangan kalis bahan kimia disarankan. Jika produk mungkin terkena lengan bawah, pakaisarung tangan gauntlet. Nitril,VitonPerlindungan Mata:Jika boleh terkena bahan, disyorkan memakai gogal kimia.Perlindungan Kulit dan Tubuh: Sebarang maklumat khusus yang diberikan tentang pakaian adalahberdasarkan maklumat yang diterbitkan atau data pengilang. Jenis pakaian yang akan dipertimbangkan bagibahan ini termasuk:Pakaian kalis bahan kimia/minyak disarankan.Langkah Kebersihan Khusus: Sentiasa patuhi langkah kebersihan diri yang baik seperti membasuh tanganselepas mengendalikan bahan dan sebelum makan, minum dan/atau menghisap rokok. Sentiasa basuhpakaian kerja dan kelengkapan pelindung untuk menanggalkan bahan cemar. Buang pakaian dan kasut yangtercemar yang tidak boleh dibersihkan. Amalkan prosedur penyelenggaraan yang baik.KAWALAN ALAM SEKITARRujuk Bahagian 7, 8, 12, 13.BAHAGIAN 10KESTABILAN DAN KEREAKTIFANKESTABILAN: Bahan ini stabil dalam keadaan biasa.KEADAAN YANG PERLU DIELAKKAN: Nyalaan terbuka dan punca pencucuhan tenaga tinggi.BAHAN YANG PERLU DIELAKKAN:Halogen, Asid kuat, Bes Keras, Bahan pengoksida yang kuatPRODUK PENGURAIAN BERBAHAYA: Bahan tidak mengurai pada suhu ambien.Pempolimeran Berbahaya: Tidak akan berlaku.BAHAGIAN 11MAKLUMAT TOKSIKOLOGIKETOKSIKAN AKUTLaluan PendedahanPenyedutanKetoksikan (Tikus): LC50 > 4000mg/m3Kerengsaan: Data diperolehTertelanKetoksikan (Tikus): LD50 > 5000 mg/kgKesimpulan / CatatanSederhana toksik. Berdasarkan data ujian dari bahan yang serupastrukturnya.Suhu tinggi atau tindakan mekanikal boleh membentuk wap, kabutatau wasap yang boleh merengsakan mata, hidung, tekak atauparu-paru. Berdasarkan data ujian dari bahan yang serupastrukturnya.Ketoksikan yang minimum. Boleh menyebabkan kerosakan yang

Nama Produk: DIESEL / GASOIL MALAYSIATarikh Semakan: 15 May 2012Halaman 8 dari 11______________________________________________________________________________________________________________________sedikit hingga teruk pada paru-paru. Berdasarkan data ujian daribahan yang serupa strukturnya.KulitKetoksikan (Arnab): LD50 > 5000 mg/kg Ketoksikan yang minimum. Berdasarkan data ujian dari bahanyang serupa strukturnya.Kerengsaan (Arnab): Data diperoleh Merengsa kulit. Berdasarkan data ujian dari bahan yang serupastrukturnya.MataKerengsaan (Arnab): Data diperolehBoleh menyebabkan sedikit ketidakselesaan pada mata dalamtempoh yang singkat. Berdasarkan data ujian dari bahan yangserupa strukturnya.KESAN KRONIK / LAINUntuk produk ini sendiri:Kepekatan wap yang melepasi tahap pendedahan yang disarankan merengsakan mata dan saluranpernafasan, boleh menyebabkan sakit kepala dan pening, anestetik dan boleh memberikan kesan terhadapsistem saraf pusat yang lain. Sedikit amaun cecair yang termasuk ke paru-paru semasa pernafasan ataupemuntahan boleh menyebabkan pneumonitis kimia atau pulmonary edema.Bahan api diesel: Menyebabkan barah dalam ujian haiwan. Menyebabkan mutasi in vitro. Pendedahan dermisberulang pada kepekatan tinggi kepada haiwan ujian menyebabkan saiz seperindukan dan berat seperindukanberkurang, dan erapan semula janin bertambah pada dos toksik maternal. Pendedahan dermis pada kepekatantinggi menyebabkan kerengsaan kulit yang teruk dengan kehilangan berat dan berlaku beberapa kematian.Pendedahan akibat tersedut pada kepekatan tinggi menyebabkan kerengsaan pada saluran pernafasan ,perubahan paru-paru/penyusupan/pengumpulan, dan fungsi paru-paru berkurang. Wasap ekzos diesel:Karsinogen dalam ujian haiwan. Pendedahan penyedutan ekzos selama 2 tahun pada haiwan ujianmengakibatkan tumor paru-paru dan limfoma. Ekstrak zarahan mengakibatkan tumor kulit pada haiwan ujian.Menyebabkan mutasi in vitro.Maklumat tambahan boleh disediakan jika diminta.Pengelasan IARC:Ramuan berikut disebut dalam senarai di bawah: Tiada.--MENCARI SENARAI PENGAWALSELIAAN--1 = IARC 1 2 = IARC 2A 3 = IARC 2BBAHAGIAN 12MAKLUMAT EKOLOGIMaklumat yang diberikan adalah berdasarkan data yang terdapat bagi bahan, komponen bahan dan bahan yangserupa.KETOKSIKAN EKOLOGIBahan -- Dijangka toksik kepada organisma akuatik. Boleh menyebabkan kesan buruk jangka panjangkepada alam sekitar akuatik.

Nama Produk: DIESEL / GASOIL MALAYSIATarikh Semakan: 15 May 2012Halaman 9 dari 11______________________________________________________________________________________________________________________MOBILITIKomponen lebih mudah meruap -- Sangat meruap, akan mengalami pemisahan dengan pesatnya kepadaudara. Dijangka tidak menyekat di dalam endapan dan pepejal air buangan.Komponen berat molekul tinggi -- Keterlarutan dan apungan yang rendah, dan dijangka berpindah dari airke darat. Dijangka mengalami pemisahan kepada enapan dan pepejal air sisa buangan.KETERUSAN DAN KETERDEGRADASIKANKebiorosotan:Bahan -- Dijangka terbiodegradasikan secara inherenPengoksidaan Atmosfera:Komponen lebih mudah meruap -- Dijangka merosot dengan pesatnya dalam udaraBAHAGIAN 13MAKLUMAT PELUPUSANSaranan pelupusan berdasarkan bahan yang dibekalkan. Pelupusan mestilah menurut undang-undang dan peraturanyang pada sesuatu masa, dan ciri bahan pada masa pelupusan.SARANAN PELUPUSANProduk ini sesuai dibakar di dalam loji pembakar bertutup dan terkawal untuk mendapatkan nilai bahan apinyaatau dilupuskan secara pembakaran yang diselia pada suhu yang sangat tinggi bagi mengelakkanpembentukan produk pembakaran yang tidak dikehendaki.Amaran Bekas Kosong Amaran Bekas Kosong (jika berkenaan) : Bekas yang kosong mungkin mengandungi sisaproduk dan mungkin berbahaya. Jangan cuba mengisi semula atau membersihkan bekas tanpa arahan yang wajar.Dram kosong harus disalirkan isinya hingga habis dan disimpan dengan selamat hingga dipulihkan atau dilupuskandengan sewajarnya. Bekas kosong harus dibawa untuk kitar semula, pemulihan, atau pelupusan melalui kontraktorberlesen atau yang memiliki kelayakan sesuai dan sejajar dengan peraturan kerajaan. JANGAN KENAKANTEKANAN, POTONG, KIMPAL, PATERI KERAS, PATERI, GERUDI, CANAI, ATAU DEDAHKAN BEKAS SEDEMIKIANKEPADA HABA, API, BUNGA API, ELEKTRIK STATIK, ATAU SUMBER PENCUCUHAN LAIN. BEKAS BOLEHMELETUP DAN MENYEBABKAN KECEDERAAN ATAU KEMATIAN.BAHAGIAN 14MAKLUMAT PENGANGKUTANDARATNama Pengangkutan Bahan (Proper Shipping Name):CECAIR, N.O.S. (Bahan api, diesel)Kelas Bahaya: 9Kod Hazchem: 3ZBAHAN MEMBAHAYAKAN ALAM SEKITAR,

Nama Produk: DIESEL / GASOIL MALAYSIATarikh Semakan: 15 May 2012Halaman 10 dari 11______________________________________________________________________________________________________________________Nombor UN: 3082Kelas Pembungkusan (PG): IIILabel: 9, Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan (EHS)LAUT (IMDG)Nama Pengangkutan Bahan (Proper Shipping Name): BAHAN MEMBAHAYAKAN ALAM SEKITAR,CECAIR, N.O.S. (Bahan api, diesel)Kelas dan Bahagian Bahaya: 9Nombor EMS: F-A, S-FNombor UN: 3082Kelas Pembungkusan (PG): IIIBahan Pencemar Laut: YaLabel: 9Nama Dokumen Pengangkutan: UN3082, BAHAN MEMBAHAYAKAN ALAM SEKITAR, CECAIR, N.O.S.(BAHAN API DISEL), 9, PG III (60 C c.c.), BAHAN CEMAR MARINUDARA (IATA)Nama Pengangkutan Bahan (Proper Shipping Name): BAHAN MEMBAHAYAKAN ALAM SEKITAR,CECAIR, N.O.S. (Bahan api, diesel)Kelas dan Bahagian Bahaya: 9Nombor UN: 3082Kelas Pembungkusan (PG): IIILabel: 9, Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan (EHS)Nama Dokumen Pengangkutan: UN3082, BAHAN MEMBAHAYAKAN ALAM SEKITAR, CECAIR, N.O.S.(BAHAN API DISEL), 9, PG IIIBAHAGIAN 15MAKLUMAT KAWAL SELIABahan ini berbahaya seperti yang ditetapkan oleh Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya).KLASIFIKASI:Kategori 3 Karsinogen. Memudaratkan. Merengsa.PELABELANSifat risiko khusus: R20; Memudaratkan melalui penyedutan. R38; Merengsa kepada kulit. R40;Kemungkinan risiko kesan tak berbalikNasihat Keselamatan: S2; Jauhkan daripada kanak-kanak S36/37; Pakailah pakaian perlindungan dansarung tangan yang sesuai. S61; Elakkan daripada melepaskan ke persekitaran. Rujuk kepada arahankhas/risalah data keselamatan. S62; Jika tertelan, jangan paksa mangsa muntah:segera dapatkan nasihatperubatan dan tunjukkan bekas atau label ini.Mengandungi: Bahan api, dieselKEDUDUKAN KAWAL SELIA SERTA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BERKENAAN

Nama Produk: DIESEL / GASOIL MALAYSIATarikh Semakan: 15 May 2012Halaman 11 dari 11______________________________________________________________________________________________________________________Mematuhi persyaratan inventori kimia negara/rantauan yang berikut:IECSC, EINECSDSL, PICCS, AICS, KECI, TSCA,BAHAGIAN 16MAKLUMAT LAINN/D = Tidak ditentukan, N/A = Tidak berkenaanRISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA INI MENGANDUNGI SEMAKAN BERIKUT::Tiada maklumat semakan boleh diperolehi.-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Maklumat dan cadangan yang terkandung di sini adalah berdasarkan data dan sumber yang tepat dan betul yang bolehdipercayai dan Petron tidak membuat sebarang jaminan tersurat atau tersirat mengenai ketepatan maklumat ataukesesuaian cadangan yang terkandung di dalam MSDS ini. Anda adalah bertanggungjawab untuk menghubungi Petronuntuk memastikan bahawa dokumen ini adalah yang terkini daripada Petron. Maklumat dan cadangan yang diberikanadalah untuk pertimbangan dan penelitian pengguna. Pengguna adalah bertanggungjawab sepenuhnya untukmemastikan sendiri bahawa produk adalah sesuai untuk tujuan kegunaan dan untuk memastikan pengendalian danpenggunaan produk dengan selamat. Jika pengguna membungkus semula produk ini, pengguna adalahbertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat tentang kesihatan, keselamatan dan maklumat lain yang perluadalah disertakan bersama dengan dan/atau pada bekas tersebut. Amaran dan prosedur pengendalian selamat yangsewajarnya perlu diberikan kepada pengendali dan pengguna. Dilarang sama sekali membuat apa-apapengubahsuaian pada dokumen ini. Petron tidak akan menerima apa-apa tanggungjawab dan menafikan kesemualiabiliti untuk apa-apa kesan mudarat akibat daripada pembelian, penjualan semula, kegunaan, pendedahan ataupelupusan produk tersebut. Pengguna harus mematuhi semua undang-undang dan peraturan-peraturan tempatan.Tidak dibenarkan, melainkan setakat yang diperlukan oleh undang-undang, menerbitkan semula atau menyiarkansemula, keseluruhan atau sebahagiannya, dokumen ini. Perkataan "Petron" digunakan sebagai rujukan, dan bolehmerujuk kepada mana-mana satu atau lebih Petron Corporation, Petron Oil & Gas International Sdn Bhd ataumana-mana anggota gabungan yang memegang apa-apa kepentingan secara langsung atau tidak langsung. Dalamapa keadaan sekalipun, Petron atau pembekalnya adalah tidak bertanggungjawab untuk apa-apa kehilangankeuntungan secara langsung atau tidak langsung atau untuk apa-apa kerosakan khas, secara tidak langsung atauberbangkit, dan tanggungan liabiliti Petron terhadap mana-mana tuntutan ke atas kerosakan yang timbul atau berkaitandengan penjualan, penghantaran atau penggunaan produk yang dibeli adalah tidak melebihi harga belian produktersebut.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!