Blog 172 Edisi Ketiga - JPBD

townplan.gov.my

Blog 172 Edisi Ketiga - JPBD

Nota EditorSalam bahagia,Berjumpa lagi dalam Blog @172 edisi ketigaAkhir-akhir ini ramai pula yang memperkatakan tentang Lembaga Rayuan (LR).Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) telah menerima banyaksurat dan panggilan untuk mendapatkan khidmat nasihat atau maklumat berkenaan LR.Terdapat juga aduan-aduan perancangan yang diterima menyentuh soal LR. Perkarayang ditanya atau dibangkitkan meliputi perkara yang kami rasa sangat mudah,seperti…berapa ramaikah ahli LR? sehinggalah isu-isu yang kompleks (yang masihdipertikaikan) seperti… bolehkah bukan ahli undang-undang jadi pengerusi LR? Pihakpengurusan juga nampaknya sekarang berminat tentang LR. Mungkin sedang bersiapsedia untuk penceburan-penceburan baru agaknya.Walaupun LR tidak begitu hebat dan meluas di kesemua negeri pada masakini, namunia semakin dilaksanakan. Melihat kes-kes yang dibawa ke LR bagi negeri-negeri yangterkehadapan dalam perlaksanaannya, boleh dikatakan isu-isu yang ditimbulkan dalamkes-kes pembicaraan LR agak kompleks dan menunjukkan ‘kematangan’ baik daripihak yang merayu, pihak defenden Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) yangharus defen keputusan Kebenaran Merancang (KM) ataupun dari segi keputusan LRyang dibuat. Kadangkala keputusan yang dibuat juga boleh menimbulkan perasaanterkilan kepada pihak yang lain pula.Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengetahuanasas dan pencetus minda. Bagi yang berminat boleh terus mencari ilmu berkenaanLR. Anda boleh jadi pendaftar LR, perunding cara LR, Ahli Jawatankuasa LRataupun Pengerusi LR (ada negeri yang berura-ura mahu melantik professional dalambidang perancangan bandar sebagai Pengerusi LR. Kalau ini berjaya dilakukan, padamasa hadapan seseorang Perancang Bandar yang berkaliber bolehlah menjadiPengerusi LR.) Walau apapun, seseorang Perancang Bandar haruslah memperlengkapkandiri dari segi pengetahuan dan professionalisma berkenaan LR kerana LR akanmenjadi satu agenda utama bagi bidang perancangan bandar dan desa dalam masayang terdekat.SELAMAT MEMBACA.Sekiranya ada pendapat untuk dikongsi bersama atau inginkankhidmat nasihat perundangan, BPKSP mengalu-alukannyauntuk dimuatkan dalam edisi-edisi akan datang.HAKCIPTA TERPELIHARA 2011Bahagian Perundangan danKawal Selia Perancangan,JPBD Semenanjung Malaysia,Tingkat 15, Wisma Tun Sambanthan,Jalan Sultan Ismail,50000 Kuala Lumpur

More magazines by this user
Similar magazines