LAPORAN - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

KATA PENDAHULUAN1. Perkara 106 dan 107, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendakiKetua Audit Negara selain mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan Negeri di mana telahdilaporkan dalam Laporan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan KewanganKementerian/Jabatan/Agensi Negeri, Ketua Audit Negara juga dikehendaki mengaudit aktivitiKerajaan Negeri dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong dan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah. Seri PadukaBaginda Yang di-Pertuan Agong akan menitahkan Laporan Ketua Audit Negara untukdibentangkan di Parlimen manakala Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabahmemperkenankan untuk membentangkan Laporan Ketua Audit Negara di Dewan UndanganNegeri Sabah. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah menjalankanPengauditan Prestasi yang bertujuan untuk menilai sama ada sesuatu aktivitiKementerian/Jabatan/Syarikat Kerajaan/Agensi Negeri dilaksanakan dengan cekap, berhematdan mencapai objektif yang ditetapkan.2. Laporan saya mengenai pelaksanaan Aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi danPengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2010 adalah hasil daripada pengauditanyang dijalankan terhadap aktiviti-aktiviti tertentu yang dilaksanakan di 13 buahKementerian/Jabatan/Agensi Negeri dan 3 buah Syarikat Kerajaan Negeri. Laporan tersebutmengandungi 3 bahagian seperti berikut:Bahagian I : Aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi NegeriBahagian II : Pengurusan Syarikat Kerajaan NegeriBahagian III : Perkara Am3. Pengauditan terhadap aktiviti Kerajaan Negeri adalah untuk menilai sama ada programdan aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut tempoh yangditetapkan, tiada pembaziran dan mencapai matlamatnya. Pada umumnya, didapatiKementerian/Jabatan/Agensi dan Syarikat Kerajaan Negeri Sabah telah membuatperancangan dengan memuaskan bagi aktiviti/projek yang dijalankan. Bagaimanapun darisegi pelaksanaannya, terdapat beberapa kelemahan yang berpunca seperti kekurangansistem pengurusan maklumat, penguatkuasaan, penyeliaan yang kurang rapi dan ketiadaanpemantauan yang berkesan dan kekurangan peruntukan kewangan. Semua pegawaipengawal yang berkenaan telah dimaklumkan tentang perkara yang dilaporkan untukpengesahan mereka. Bagi menambah baik kelemahan yang dibangkitkan atau bagimengelakkan kelemahan yang sama berulang, saya telah mengemukakan sebanyak 51 syoruntuk diambil tindakan oleh Ketua Jabatan berkenaan.4. Saya berharap Laporan ini dapat dijadikan asas untuk memperbaiki segalakelemahan, memantapkan usaha penambahbaikan dan meningkatkan akauntabiliti danintegriti serta mendapat value for money bagi setiap perbelanjaan yang dibuat seperti manahasrat kerajaan. Secara tidak langsung ia akan menyumbang ke arah Program Transformasivii

More magazines by this user
Similar magazines