LAPORAN - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

Pada pendapat Audit, prestasi pembayaran adalah tidak memuaskan kerana lewatmembayar tuntutan oleh pihak kontraktor. Bayaran kepada kontraktor perludisegerakan bagi mengelak prestasi kerja kontraktor terjejas serta menjaga imejKerajaan.7.4.5. Aspek Keselamatan Di Kawasan Loji Tidak Mencukupi7.4.5.1. Aspek keselamatan di kawasan loji adalah penting untuk menjamin keselamatanorang awam dan mengelakkan kejadian kecurian peralatan loji seperti komponen controlpanel, pam dan air blower. Lawatan Audit bersama pegawai DBKK yang dijalankan antara14 Julai hingga 10 Ogos 2010 mendapati tiada penutup bagi lubang pam di dalam kawasantapak loji dan dinding pagar loji yang pecah belum dibaiki seperti di Gambar 7.10 danGambar 7.11. Orang awam bebas keluar masuk tanpa kawalan ke tapak loji yang dibinabersebelahan dengan tempat awam seperti taman permainan kanak-kanak. Selain itu,DBKK tidak menyediakan rekod mengenai kerosakan dinding pagar maka pihak Audit tidakdapat mengesahkan tempoh kerosakan.Gambar 7.10Dinding Pagar Pecah Dan Taman PermainanDi Sebelah Lokasi Loji Pengolahan KumbahanGambar 7.11Pagar Yang RosakTamanPermainanKanak-kanakSumber: Jabatan Audit NegaraLokasi: Taman Seri Baru Menggatal, Kota KinabaluTarikh: 10 Ogos 2010Sumber: Jabatan Audit NegaraLokasi: Taman Kingfisher II, Kota KinabaluTarikh: 16 Julai 20107.4.5.2. Lubang pam tiada penutup dan dinding pagar loji pecah disebabkan kejadiankecurian dan vandalisme. Selain itu, DBKK memaklumkan sesetengah dinding pagarsengaja dipecahkan oleh orang awam untuk memudahkan laluan pintas mereka. Dindingpagar loji pengolahan kumbahan yang pecah bukan sahaja menjejaskan keselamatanorang awam terutamanya kanak-kanak, malah ia turut menambahkan risiko berlakunyakejadian kecurian atau vandalisme terhadap control panel, air blower, blower house danpam seperti di Gambar 7.12 dan Gambar 7.13. DBKK dalam maklum balasnyamenyatakan bahawa tindakan pembaikan telah diambil selepas teguran Audit. Lawatansusulan Audit bersama pegawai DBKK pada 14 Januari 2011 mendapati kerosakan pagartelah dibaiki dan lubang pam ditutup seperti di Gambar 7.14 hingga Gambar 7.21.88

More magazines by this user
Similar magazines