LAPORAN - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

sebanyak 23 buah kapal dan lanca (tidak termasuk bot) berusia antara 1 hingga 41 tahunyang digunakan untuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan, menyediakan perkhidmatanpemaliman, merapat kapal, aktiviti pengangkutan serta menyediakan dan menyenggara alatalatbantuan pelayaran.5.2. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Mei hingga September 2010 di W.P Labuanserta 3 cawangan di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau melibatkan 18 buah kapal danlanca mendapati kelemahan seperti berikut:5.2.1. Sebanyak 3 daripada 18 buah kapal dan lanca tidak digunakan sepanjang tempoh 3tahun disebabkan oleh kerosakan dan tiadanya permintaan daripada pihak luar. Manakala,bagi tempoh 2008 hingga 2010, kapal dan lanca bagi tujuan penguatkuasaan di 4 cawanganJabatan hanya digunakan antara 1 hingga 24 kali.5.2.2. Kapal jenis pilot belum pernah digunakan bagi menyediakan perkhidmatan pemalimandan menyebabkan potensi hasil iaitu fi pemaliman antara RM600 hingga RM900 sehari bagisebuah kapal tidak dapat dikutip.5.2.3. Penggunaan 1 daripada 4 buah kapal dan lanca yang disemak didapati merosotkerana kapal dan lanca tersebut tidak disenggara sebagaimana dirancang menyebabkan iatidak dapat digunakan untuk melaksanakan aktiviti Jabatan.5.2.4. Penyenggaraan sebuah kapal dan lanca Jabatan pada tahun 2010 dilaksanakan olehkontraktor berhampiran dengan kawasan setinggan dan tidak berpagar.5.2.5. Kekerapan kerosakan bagi 9 buah kapal dan lanca yang berusia antara 28 hingga 37tahun menyebabkan kos penyenggaraan adalah tinggi iaitu sejumlah RM6.10 juta daripadakeseluruhan kos penyenggaraan yang berjumlah RM10.73 juta. Ini menyebabkan kecekapankapal dan lanca tersebut berada di tahap rendah.5.3. Bagi memastikan kapal dan lanca dapat digunakan dengan cekap dan berkesan,adalah disyorkan pihak Jabatan melaksanakan perkara-perkara berikut:5.3.1. Menetapkan petunjuk prestasi atau sasaran penggunaan kapal dan lanca di semuacawangan Jabatan bagi meningkatkan kecekapan pelaksanaan fungsi Jabatan.5.3.2. Membentuk pasukan pelapis dengan melatih dan memberikan kursus kepada pegawaiJabatan yang mempunyai potensi dari segi kelayakan dan pengalaman bagi menampungkekurangan pegawai Malim dan pegawai Penguat Kuasa.5.3.3. Jabatan perlu menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi kerja-kerjapenyenggaraan dan pembaikan kapal dan lanca agar ia dalam keadaan siap sedia dan bolehdigunakan secara optimum.5.3.4. Penyeliaan dan pemantauan secara berkala perlu dijalankan oleh pegawai dariBahagian Kejuruteraan Laut terhadap kerja-kerja penyenggaraan oleh kontraktor yangdilantik. Perkara ini penting bagi menjamin kualiti kerja penyenggaraan yang dilaksanakandan keselamatan aset Kerajaan.xv

More magazines by this user
Similar magazines