LAPORAN - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

5.3.5. Mengambil tindakan pelupusan terhadap kapal dan lanca yang tidak boleh digunakandan sering mengalami kerosakan atau Beyond Economic Repair bagi mengelakkan Jabatanmenanggung kos penyenggaraan yang tinggi.6. DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU- Penyenggaraan Sistem Saluran Najis6.1. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) adalah bertanggungjawab untuk menguruskerja penyenggaraan sistem saluran najis dengan teratur di kawasan pentadbirannya. DBKKtelah melantik kontraktor South Pacific Master (S) Sdn. Bhd. melalui kaedah rundingan terusuntuk melaksanakan kerja penyenggaraan mulai Januari 2008 hingga Disember 2010 dengannilai kontrak berjumlah RM15 juta. Skop kerja kontraktor adalah menjalankan kerjapenyenggaraan yang merangkumi pemeriksaan berkala, penyenggaraan berjadual, kerjapembersihan sekitar loji pengolahan kumbahan dan pembaikan terhadap paip saluran najis,manhole, rumah pam serta loji pengolahan kumbahan.6.2. Pengauditan yang dijalankan antara Mei hingga September 2010 terhadap 17daripada 55 sistem loji pengolahan kumbahan, 1 daripada 3 sistem kolam pengoksidaan dan11 daripada 99 rumah pam mendapati wujud beberapa kelemahan seperti berikut:6.2.1. Kerja penyenggaraan tidak dijalankan secara berjadual.6.2.2. Kerosakan belum diambil tindakan sejak tahun 2008.6.2.3. Arahan pembaikan lewat dikeluarkan dengan mengambil masa antara 168 hingga 191hari.6.2.4. Tuntutan kontraktor bagi tempoh Januari hingga November 2010 yang berjumlahRM2.88 juta belum dibayar walaupun tuntutan telah diterima melebihi 30 hari iaitu antara 46hingga 361 hari.6.2.5. Aspek keselamatan di kawasan loji tidak mencukupi seperti dinding pagar loji pecahdan lubang pam tidak bertutup.6.3. Bagi memastikan penyenggaraan sistem saluran najis dapat dilaksanakan dengancekap dan berkesan, adalah disyorkan DBKK dan Kerajaan Negeri mengambil tindakanseperti berikut:6.3.1. Rancangan jangka panjang bagi penyenggaraan sistem saluran najis perlu disediakandan dilaksanakan.6.3.2. Mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan di loji pengolahan kumbahan dan kolampengoksidaan bagi menjamin keselamatan penduduk sekitar.6.3.3. Mempertingkatkan pemantauan pelaksanaan kerja kontraktor.6.3.4. Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk memberi peruntukan bagi kerjapenyenggaraan dan pembaikan sistem saluran najis.xvi

More magazines by this user
Similar magazines