LAPORAN - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

BAHAGIAN IIPENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI13. PENDAHULUANSeksyen 5(1)(d) Akta Audit 1957, memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara untukmengaudit sesebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965. Syarikat yangboleh diaudit ialah syarikat yang menerima geran/pinjaman/jaminan daripada KerajaanPersekutuan atau Negeri dan di mana lebih daripada separuh modal saham berbayarnyadipegang oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau Agensi Kerajaan. Ini jugaselaras dengan Warta Kerajaan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bertarikh 17Disember 2009, di bawah perintah P.U. (A) 443 Perlembagaan Persekutuan yang dinamakanPerintah Audit (Akaun Syarikat) 2009 yang memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara untukmemeriksa, menyiasat dan mengaudit syarikat. Pada tahun 2010, Jabatan Audit Negara telahmemilih untuk mengaudit Sri Pelancongan Sabah Sdn. Bhd., Supernesa Sdn. Bhd. dan SabahAir Aviation Sdn. Bhd..LEMBAGA PELANCONGAN SABAH14. SRI PELANCONGAN SABAH SDN. BHD.14.1. LATAR BELAKANG14.1.1. Sri Pelancongan Sabah Sdn. Bhd. (SPS) adalah sebuah syarikat milik penuh LembagaPelancongan Sabah (LPS), sebuah agensi Kerajaan Negeri Sabah. Syarikat ini ditubuhkanpada 21 Oktober 1977 dengan nama Sri Pelancungan Hornbill Sdn. Bhd. sebelum ditukarkepada Sri Pelancongan Sabah Sdn. Bhd. pada 5 Januari 2001. Modal saham dibenarkanberjumlah RM2.50 juta dan modal saham berbayar berjumlah RM2.20 juta. Sejajar denganobjektif penubuhan dan konsep aktiviti syarikat yang lebih cenderung kepada sosioekonomimaka, SPS dipertanggungjawabkan untuk mempromosi Negeri Sabah melalui pelancongandan penganjuran acara serta mempromosi kraftangan dan cenderamata keluaran tempatan.Lembaga Pengarah SPS adalah seramai tiga orang iaitu seorang Pengerusi yang jugamerupakan Pengurus Besar LPS, seorang kakitangan awam dan seorang lagi adalah AhliLembaga Pengarah LPS.14.2. OBJEKTIF PENGAUDITANPengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada prestasi kewangan SPS memuaskan,pengurusan aktiviti dan kewangan serta tadbir urus korporat telah dilaksanakan denganteratur selaras dengan objektif penubuhannya.14.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITANSkop pengauditan adalah bagi tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2008 hingga 2010. Kaedahpengauditan yang dijalankan adalah meliputi semakan dan analisis penyata kewangan bagi205

More magazines by this user
Similar magazines