10.07.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

15.4. PENEMUAN AUDITPengauditan yang dijalankan antara 14 Jun 2010 hingga 1 Oktober 2010 mendapati padaumumnya prestasi kewangan Supernesa adalah kurang memuaskan. Terdapatkelemahan pengurusan dari aspek pengurusan aktiviti seperti pelantikan subkontraktor/konsultan tidak melalui jawatankuasa, pelaksanaan projek tidak mengikutjadual dan mutu kerja serta pembayaran dibuat terhadap kerja yang belumdilaksanakan. Kelemahan dalam tadbir urus pula adalah seperti Standard OperatingProcedures tidak disediakan dan pengurusan pembayaran, perolehan, sumber manusiaserta aset tidak memuaskan. Penjelasan lanjut berhubung dengan prestasi kewangan,pengurusan aktiviti dan tadbir urus Supernesa adalah seperti berikut:15.4.1. Prestasi KewanganBagi menilai prestasi kewangan Supernesa, analisis terhadap trend dan nisbah kewangantelah dijalankan terhadap butiran yang ditunjukkan pada Lembaran Imbangan serta PenyataPendapatan bagi tahun kewangan 2007 hingga 2009.15.4.1.1. Analisis TrendAnalisis trend bagi tahun 2007 hingga 2009 mendapati jumlah pendapatan telah menurundaripada sejumlah RM35.88 juta pada tahun 2007 kepada RM35.39 juta pada tahun 2008dan RM12.72 juta pada tahun 2009. Bagaimanapun, perbelanjaan juga menurun daripadaRM34.62 juta pada tahun 2007 kepada RM34.19 juta pada tahun 2008 dan RM12.71 jutapada tahun 2009. Penurunan pendapatan dan perbelanjaan yang ketara berlaku padatahun 2009 kerana pengurangan pendapatan kontrak dan project entitlement sejumlahRM22.71 juta. Supernesa telah mengalami keuntungan sebelum cukai yang menurun iaitusejumlah RM1.26 juta pada tahun 2007, RM1.20 juta pada tahun 2008 dan RM12,209pada tahun 2009. Kedudukan pendapatan dan perbelanjaan serta keuntungan/kerugianbersih adalah seperti di Jadual 15.1 dan Carta 15.1.Jadual 15.1Pendapatan, Perbelanjaan Dan Keuntungan/Kerugian SupernesaBagi Tahun Kewangan 2007 Hingga 2009TahunButiran2007(RM Juta)2008(RM Juta)2009(RM Juta)Jumlah Pendapatan 35.88 35.39 12.72Jumlah Perbelanjaan (34.62) (34.19) (12.71)Keuntungan/(Kerugian) Sebelum Cukai 1.26 1.20 0.01Cukai Pendapatan (0.02) (0.72) (0.02)Keuntungan/(Kerugian) Bersih 1.24 0.48 (0.01)Keuntungan Terkumpul 1.66 1.94 1.92Sumber: Penyata Kewangan Supernesa Bagi Tahun 2007-2009217

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!