LAPORAN - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

mengikut tempoh yang ditetapkan/jadual pelaksanaan. Peratus kerja siappada 28 Februari 2009 adalah sepatutnya 66.3% tetapi kerja siap sebenaradalah hanya 33.2% iaitu terdapat kelewatan sebanyak 522 hari. Supernesatelah membuat rayuan agar perkhidmatannya dikekalkan dengan jaminanmenaikkan sasaran peratus kerja siap sebanyak 10% dalam tempoh duabulan. Bagaimanapun, Supernesa gagal untuk mencapai sasaran yangditetapkan selepas tempoh dua bulan tamat pada 15 Ogos 2009. Oleh itu,SPNB sekali lagi telah memberi notis penamatan kepada Supernesa pada 10Disember 2009.Pada pendapat Audit, penamatan perkhidmatan Supernesa sebagai kontraktorbagi kedua-dua projek tersebut telah mengakibatkan Supernesa kehilanganpendapatan dianggarkan berjumlah RM18.12 juta.ii. Mutu Kerja Tidak MemuaskanPemaju dan kontraktor hendaklah memastikan mutu kerja projek pembinaanperumahan adalah berkualiti untuk memastikan rumah yang diserahkan kepadapembeli adalah selamat dan selesa. Semakan Audit terhadap 2 projek perumahanSPNB adalah seperti berikut: Projek Perumahan Jalan Apas, Tawau – Supernesa melalui NorishamConstruction and Development Sdn. Bhd. telah melaksanakan pembinaan projekperumahan yang terdiri daripada 271 rumah teres setingkat kos rendah, 175rumah teres setingkat kos sederhana rendah, 410 rumah teres setingkat kossederhana dan 10 rumah kedai setingkat. Bagaimanapun, sub kontraktortersebut telah menarik diri pada bulan September 2008 dan digantikan oleh LKHEnterprise Sdn. Bhd. Dua lawatan Audit ke lokasi projek perumahan yang telahdijalankan iaitu masing-masing pada 28 Oktober 2010 dan 27 Januari 2011, dimana lawatan kedua dibuat bersama pegawai teknikal mendapati seperti diGambar 15.1 hingga Gambar 15.4.223

More magazines by this user
Similar magazines