LAPORAN - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

Gambar 15.10Pembinaan Lantai/Struktur Belum Dimulakan(Type A)SebelumGambar 15.11Pembinaan Lantai/Struktur Telah Dimulakan(Type A)SelepasSumber: Jabatan Audit NegaraLokasi: Perumahan Jalan Apas, TawauTarikh: 28 Oktober 2010Sumber: Jabatan Audit NegaraLokasi: Perumahan Jalan Apas, TawauTarikh: 27 Januari 201115.4.2.2. Projek Usaha Sama Dengan Hardie Development Sdn. Bhd.a. Pada bulan Januari 2002, Kementerian Kewangan Negeri Sabah telah memberikelulusan kepada Supernesa untuk memajukan tanah milik Kerajaan Negeri seluas44.28 hektar di Menggatal, Kota Kinabalu untuk projek pembangunan perumahan.LPPB sebagai pemegang amanah tanah tersebut telah menandatangani perjanjianpembangunan dengan Supernesa pada bulan April 2003 di mana Supernesa telahbersetuju untuk mereka bentuk, membiayai, membina, mengurus, memasarkan danmenjual semua unit yang dibina di bawah projek tersebut. Supernesa telahmenandatangani perjanjian usaha sama dengan Hardie pada April 2003 untukmembangunkan projek skim perumahan di Jalan Sepanggar Bay, Menggatal, KotaKinabalu. Hardie akan bertindak sebagai pemaju dan bertanggungjawab menyiapkanprojek tersebut mengikut fasa bagi tempoh 5 hingga 8 tahun.b. Berdasarkan syarat usaha sama ini, Hardie akan memberi pulangan kepada KerajaanNegeri dalam bentuk unit rumah siap yang bernilai RM11.52 juta, Koperasi SerbagunaKakitangan Kementerian Kewangan Sabah sejumlah RM2.88 juta dan Supernesasejumlah RM6 juta seperti di Jadual 15.6.228

More magazines by this user
Similar magazines