LAPORAN - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

13.3. Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan ini dan jugamemastikan perkara yang sama tidak berulang dalam pelaksanaan projek yang lain, adalahdisyorkan agar pihak Supernesa mengambil langkah penambahbaikan seperti berikut:13.3.1. Mempertingkatkan pemantauan terhadap kerja-kerja pembinaan oleh sub kontraktordan konsultan untuk memastikan penyiapan projek mengikut tempoh yang ditetapkan danmenjamin kualiti kerja pembinaan.13.3.2. Mengenakan penalti terhadap sub kontraktor yang gagal mematuhi syarat kontrak.13.3.3. Mewujudkan Standard Operating Procedure (SOP) yang terperinci merangkumiBahagian Kewangan, Bahagian Pentadbiran Dan Sumber Manusia dan Bahagian Teknikaldan Pembangunan. SOP tersebut perlu mengandungi prosedur, proses kerja dan kuasakewangan yang diturunkan kepada Bahagian dan pegawai yang bertanggungjawab.13.3.4. Mewujudkan sistem kawalan dalaman yang berkesan bagi memastikan pengurusankewangan terutamanya kawalan perbelanjaan, pengurusan sumber manusia dan aset teratur.13.3.5. Lembaga Pengarah Supernesa dan LPPB perlu memantau secara rapi pentadbiranSupernesa agar operasi berjalan lancar dan mencapai objektif penubuhan syarikat.14. KEMENTERIAN KEWANGAN NEGERI SABAH- Sabah Air Aviation Sdn. Bhd.14.1. Sabah Air Aviation Sdn. Bhd. (Sabah Air) ditubuhkan pada tahun 1975 di bawah AktaSyarikat 1965. Sabah Air mempunyai saham dibenarkan berjumlah RM100 juta dan berbayarberjumlah RM40.87 juta. Aktiviti utama yang dijalankan oleh Sabah Air adalah dalamperkhidmatan pengangkutan udara dan penyenggaraan kapal terbang. Pengauditan yangdijalankan antara 1 Disember 2010 hingga 25 Februari 2011 mendapati, pada umumnyaSabah Air telah berupaya menyediakan perkhidmatan pengangkutan udara danpenyenggaraan kapal terbang sebagaimana objektif penubuhannya. Bagaimanapun,pendapatan Sabah Air daripada perkhidmatan pengangkutan udara dan penyenggaraankapal terbang bagi tahun 2007 hingga 2009 adalah tidak konsisten. Sabah Air mencatatkankeuntungan bersih berturut-turut bagi tahun 2007 dan 2008, manakala kerugian bersihdicatatkan pada tahun 2009.14.2. Selain itu, terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan aktiviti khususnya yangberkaitan usaha pemasaran dan penggunaan kapal terbang/helikopter menyebabkan SabahAir tidak mendapat value for money bagi perbelanjaan yang telah dibuat. Di samping itu,Standard Operating Procedures (SOP) yang disediakan adalah tidak komprehensif keranaprosedur perolehan, polisi perakaunan, penerimaan, pembayaran, pengurusan aset,pelaburan dan pinjaman tidak disediakan.14.3. Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan ini dan jugamemastikan perkara yang sama tidak berulang, adalah disyorkan agar pihak Sabah Airmengambil langkah penambahbaikan seperti berikut:xxiii

More magazines by this user
Similar magazines