LAPORAN - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

Jadual 3.2Peruntukan Dan Perbelanjaan Mengurus Bagi PenyenggaraanKenderaan Jabatan Perhutanan Negeri Sabah Tahun 2008 Hingga 20102008 2009 2010Butir(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)Jumlah(RM Juta)Peruntukan Penyenggaran Loji Dan Kenderaan * 7.28 6.41 6.10 19.79Perbelanjaan Penyenggaraan Loji DanKenderaan1.78 2.99 2.98 7.75Perbelanjaan Minyak (P.O.L) JKR 5.35 3.15 3.99 12.49Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri SabahNota: * Peruntukan merangkumi kos perolehan minyak dan penyenggaraan kenderaan (termasukgenerator).3.2. OBJEKTIF PENGAUDITANObjektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada pengurusan kenderaan Jabatan telahdilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat Jabatan.3.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITANSkop pengauditan meliputi penggunaan dan penyenggaraan kenderaan Jabatan dari tahun2008 hingga 2010. Pengauditan ini dijalankan dengan menyemak rekod/dokumen yangberkaitan dengan penggunaan dan penyenggaraan kenderaan. Temu bual dan perbincangandengan pegawai/kakitangan yang terlibat dalam tugas-tugas pengurusan kenderaan sertapemeriksaan fizikal juga dilakukan terhadap kenderaan berkaitan serta lawatan fizikal kePejabat Perhutanan Daerah (PPD) dan Bahagian Monitoring, Controlling, Enforcement andEvaluation (MCEE) Sandakan, Tawau, Kota Kinabalu dan Keningau serta Jabatan Kerja Raya(JKR). Pemilik bengkel juga ditemu bual untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.3.4. PENEMUAN AUDITPengauditan yang dijalankan antara bulan November 2010 hingga Februari 2011 mendapatipada keseluruhannya, pengurusan kenderaan Jabatan adalah memuaskan.Bagaimanapun, masih terdapat kelemahan antaranya seperti penggunaan kenderaantidak mencapai sasaran, penggunaan kenderaan berbeza dengan arahan tugas, hargaminyak JKR tanpa subsidi, kos penyenggaraan yang tinggi dan tempoh kelulusanpenyenggaraan mengambil masa lama. Penjelasan lanjut berhubung dengan perkara yangditemui adalah seperti di perenggan-perenggan berikut:3.4.1. Penggunaan Kenderaan3.4.1.1. Prestasi Penggunaan Kenderaana. Kenderaan Jabatan hendaklah digunakan sebagaimana yang telah ditetapkan bagimaksud perolehannya. Penggunaan kenderaan secara optimum akan menyumbangkepada pencapaian matlamat dan objektif Jabatan. Kenderaan yang diguna pakaihendaklah bersesuaian dengan fungsi dan aktiviti Jabatan dari segi keupayaan,keselamatan dan jangka hayat penggunaan; penempatan kenderaan hendaklahberdasarkan kepada keperluan dan rutin utama Jabatan; kenderaan beroperasimengikut jadual; dan kenderaan digunakan mengikut yang dikhususkan. Jabatan32

More magazines by this user
Similar magazines