LAPORAN - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

5.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITANSkop pengauditan meliputi pelaksanaan Projek PKLP, PINTAR dan TRANSFORMASI dibawah Projek Lembu Pedaging bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010. Bagaimanapun,maklumat-maklumat tambahan sebelum tahun 2008 ada juga digunakan dalam menilaikeberkesanan projek ini. Pengauditan dijalankan di peringkat Ibu Pejabat, Daerah Keningau,Tawau, Lahad Datu dan Ranau. Pengauditan dijalankan dengan menyemak dokumen kontrakdan fail yang berkaitan dengan projek. Temu bual dengan penternak terpilih dan pegawaiyang bertanggungjawab juga dijalankan. Selain itu, untuk tujuan pengesahan, lawatan keprojek-projek yang dipilih juga dijalankan bagi memastikan Projek Lembu Pedaging telahdilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan. Sebagai maklumat tambahan, terdapatjuga gambar-gambar yang diambil pada bulan November 2010 dimasukkan sebagai susulankepada isu-isu penemuan audit.5.4. PENEMUAN AUDITPengauditan yang dijalankan pada bulan Mei hingga Ogos 2010 mendapati secarakeseluruhannya pencapaian Projek Lembu Pedaging adalah memuaskan kerana dapatmembantu meningkatkan hasil pengeluaran daging tempatan dan seterusnyameningkatkan pendapatan penternak. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahaniaitu dari aspek perolehan ternakan di mana pencapaian hanya di antara 70.2% hingga85.3%, pengambilan penternak baru dan penternak yang dinaik taraf tidak mencapaisasaran yang ditetapkan, pembayaran balik pinjaman oleh penternak tidak memuaskaniaitu 40% bagi Projek PKLP dan PINTAR serta 37% bagi Projek TRANSFORMASI danlembu yang diagihkan kepada penternak mempunyai berat kurang dari 300kg.Penjelasan lanjut berhubung perkara yang ditemui adalah seperti berikut:5.4.1. Perolehan Ternakan5.4.1.1. Berdasarkan Cadangan Pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan(RMKe-9), Jabatan telah menetapkan sasaran tahunan iaitu bagi Projek PKLP, seramai 10penternak baru akan diagihkan antara 10 hingga 30 ekor ternakan dan 10 penternak naiktaraf akan diagihkan antara 20 hingga 50 ekor ternakan. Manakala bagi Projek PINTAR,seramai 10 penternak baru akan diagihkan antara 20 hingga 50 ekor ternakan dan 10penternak naik taraf yang akan diagihkan 50 ekor ternakan. Bagi Projek TRANSFORMASIpula, seramai 10 orang penternak sedia ada akan dinaik taraf ke peringkat semi komersial(pemilikan ternakan 50 hingga100 induk) atau komersial (pemilikan induk 100 ekor dan keatas) dan 10 orang penternak baru setiap tahun dengan agihan 10 ekor ternakan. Secarakeseluruhannya, Jabatan memerlukan sejumlah 1,500 ekor atau 500 ekor lembu setiaptahun bagi setiap projek untuk diagihkan kepada penternak yang dipilih untuk menyertaiProjek PKLP, PINTAR dan TRANSFORMASI. Sasaran dan pencapaian perolehan lembubagi tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti di Jadual 5.2.54

More magazines by this user
Similar magazines