LAPORAN - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

JABATAN PELABUHAN DAN DERMAGA6. PENGURUSAN KAPAL DAN LANCA6.1. LATAR BELAKANG6.1.1. Jabatan Pelabuhan Dan Dermaga (Jabatan) beribu pejabat di Wilayah PersekutuanLabuan (W.P Labuan) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian PembangunanInfrastruktur Negeri Sabah yang bertanggungjawab mengawal serta mengurus sistem lalulintas air yang selamat dan cekap di pelabuhan, dermaga dan sungai di Negeri Sabah.Sehingga tahun 2010, Jabatan mempunyai sebanyak 23 buah kapal dan lanca (tidaktermasuk bot) berusia antara 1 hingga 41 tahun yang diperbuat daripada besi, aluminium,kayu dan gentian kaca. Sebanyak 23 buah kapal dan lanca ditempatkan di 6 cawanganJabatan (termasuk Ibu Pejabat) iaitu 7 buah di W.P Labuan, 5 buah di Kota Kinabalu, 3 buahdi Sandakan, 3 buah di Tawau, 2 buah di Kudat, 2 buah di Lahad Datu dan 1 buah diSemporna. Selain itu, kapal dan lanca disimpan di tempat yang sesuai iaitu dilabuhkan di jeti,marina atau ditambat di boya bagi memastikan keselamatan aset Kerajaan.6.1.2. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), sebanyak 8 buah kapal danlanca telah dibina menggunakan peruntukan yang telah diluluskan iaitu sejumlah RM6.70 jutayang terdiri daripada 6 buah lanca penguatkuasaan, sebuah kapal tunda dan sebuah kapaljenis pilot. Perolehan kapal dan lanca dibuat dengan membuat panggilan secara tenderterbuka. Kapal dan lanca digunakan untuk melaksanakan fungsi-fungsi Jabatan sepertimenjalankan aktiviti penguatkuasaan, menyediakan perkhidmatan pemaliman, merapat kapal,aktiviti pengangkutan serta menyediakan dan menyenggara alat-alat bantuan pelayaran.6.1.3. Penggunaan kapal dan lanca secara optimum dan berkesan boleh menyumbangkepada peningkatan kutipan hasil. Antaranya, pungutan hasil melalui aktiviti penguatkuasaanpelesenan kapal-kapal kecil, bayaran sewa kapal dan lanca serta caj perkhidmatanpengangkutan di mana pada tahun 2008 hingga 2010, pungutan hasil Jabatan adalahsejumlah RM11.12 juta. Selain itu, peruntukan yang diluluskan bagi perbelanjaanpenyenggaraan kapal dan lanca bagi tempoh 3 tahun iaitu dari tahun 2008 hingga 2010adalah sejumlah RM11.07 juta. Manakala, perbelanjaan sebenar penyenggaraan kapal danlanca adalah sejumlah RM10.73 juta bagi tempoh yang sama. Butiran lanjut mengenai kutipanhasil, peruntukan diluluskan dan perbelanjaan sebenar bagi tempoh 3 tahun adalah seperti diJadual 6.1.67

More magazines by this user
Similar magazines