download - Lembaga Pembangunan Langkawi

lada.gov.my

download - Lembaga Pembangunan Langkawi

BuletinLADALEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWIPermata KedahEdisi 2/2011MAJLIS PENUTUPAN KARNIVALLANGKAWI GEOPARK 2011Majlis bagi menandatanganiPerjanjian Pajakan & PembangunanLANGKAWI INTERNATIONALCHARITY RIDE 2011KEJOHANAN BADMINTONPIALA LADAMenarik Di Dalam


LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWILADABuletinAssalamualaikum W.B T dan Salam Satu MalaysiaEDITORAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan inayahNya, Unit Khidmat Korporat berjayamenerbitkan eBuletin ini. Diharapkan melalui eBuletin ini ianya menjadi wadah kepada semua warga kerja LADAuntuk mengenang dan mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku dan semoga ianya dapat dijadikan sumberrujukan di masa hadapan. Keluaran kali ini banyak menyentuh aktiviti-aktiviti yang berlaku di LADA di sampingmemaparkan acara pelancongan peringkat domestik dan antarabangsa yang dianjurkan di Langkawi. Segala maklumatyang dipaparkan ini dapat dikongsi dan dimanfaat oleh semua.Sesungguhnya kejayaan setiap program yang dianjurkan adalah hasil kerjasama padu dan erat yang dizahirkan olehsetiap warga kerja LADA yang tidak pernah jemu memberikan yang terbaik bagi melahirkan hasil yang berkualiti danbermanfaat. Di harap budaya kerja sebegini dapat diteruskan dan dinikmati oleh semua dimasa hadapan. Sekian.PenaungY.BHG DATO’ AZMAN BIN UMARPenasihatA.RAHMAN BIN HJ ZAINOLEditorRAMIZI BIN HASSANSidang PengarangSYARIFFAH AEMEE DIANNA BT SYED MOHAMEDMOHAMMAD FADLI BIN ABU MANSORJUWITA BT ISMAILZUNIRAH BT OTHMANJurufotoZAMRI BIN IBRAHIMPATTAH BIN ABD WAHABAlamatLembaga Pembangunan LangkawiTingkat 5,Kompleks LADA,07000 Kuah Langkawi,Kedah Darul Aman.No Telefon04- 966 7186Fax04-9661019SidangRedaksiKANDUNGANSambutan Kebudayaan “Queen ElizabethCruise Ship”Malam Industri Pelancongan Kali-1 2011Gotong-royong KILIM 2011Gotong-royong sempena “EARTH DAY 2011”Gotong-royong PERDANA 2011 Program KaunterAduan Bergerak BersepaduGotong-royong PULAU TUBA 2011Kerajaan Beri Nafas Baru KepadaPembangunan LangkawiKejohanan Badminton PIALA LADALangkawi International Charity Ride 2011Langkawi Boling Tour 2011m/s 7Acara Karnival Geopark KENDURI RAKYAT m/s 8Majlis Penutupan Karnival Langkawi Geopark 2011 m/s 9Program Interaktif Kraf Perdanam/s 10Majlis menandatangani Perjanjian Pajakan &PembangunanMix & Mingle Tourism Industry PlayersWarna-warni Langkawim/s 3m/s 3m/s 4m/s 4m/s 5m/s 5m/s 5m/s 6m/s 6m/s 7m/s 10m/s 11m/s 112www.lada.gov.my


LADALEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWIBuletinSambutan Kebudayaan “Queen Elizabeth Cruise Ship”Langkawi, 22 Mac 2011 : Seramai lebih 2000 orang pelancong dari Eropah diraikan dalam sambutan kebudayaananjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sebaik sahaja tiba di Jeti Cruise Awana Porto Malai, Langkawidengan menaiki “Queen Elizabeth Cruise Ship” iaitu kapal yang ketiga terbesar di dunia. Ini adalah merupakan kalipertama “Queen Elizabeth Cruise Ship” singgah di sini dengan kerjasama Pacific Orient (P&O UK) melalui Opacific WorldDestination East Sdn Bhd.Program bermula pada jam 8 pagi hingga 11.30 pagi diikuti jamuan makan tengahari di Hotel Awana Porto Malai,Langkawi. Turut sama dalam sambutan kebudayaan berkenaan ialah Ahli Parlimen Langkawi, Y.B. Datuk Paduka AbuBakar Bin Taib, dan Pengurus Perancangan dan Pembangunan LADA, Dr. Noor Yazan Bin Zainol yang juga selakupenyelaras sambutan kebudayaan itu. Objektif program ini adalah bagi memberi pendedahan kepada pelancongpelancongtersebut mengenai kebudayaan masyarakat tempatan. Selain itu, mereka juga akan dibawa melawat produkprodukpelancongan di Langkawi.Siti Nur Hadis Saad, Pegawai Ehwal Ekonomi Bahagian PelanconganLADA berkata, sambutan kebudayaan ini memang wajar dilaksanakanmemandangkan jumlah statistik kedatangan pelancongasing ke Langkawi jelas menunjukkan pelancong dari Eropah adalahmerupakan penyumbang tertinggi dari segi bilangan pelancong.Justeru, pelancong Eropah merupakan salah satu pasaran utamapelancongan di Langkawi.Tinjauan mendapati, selain paluan kompang dan tariantradisional, pihak penganjur juga turut diberi peluang untukmerasai serta melihat sendiri kecantikan dan keindahan kapaltersebut apabila dijemput untuk menaiki kapal tersebut. Programtamat sekitar jam 11.30 pagi.Malam Industri PelanconganKali-1 2011Langkawi, 26 Mac 2011 : Bahagian Pelancongan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), telah menganjurkanMalam Industri Pelancongan kali yang pertama bagi tahun 2011. Program ini adalah merupakan program tahunanyang akan dianjurkan setiap 3 bulan iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan November setiap tahun bagimengumpulkan semua penggiat serta pengusaha pelancongan di Langkawi untuk sama-sama mendapat gambaranjelas berhubung status dan tahap pembangunan industri pelancongan di Langkawi dari masa ke semasa. Selain itu,program ini juga bertujuan mengeratkan hubungan diantara penggiat sertapengusaha industri pelancongan di Langkawi. Program ini juga sebenarnyadapat memberi peluang kepada semua pengusaha pelancongan bertukar-tukarpandangan serta pendapat yang secara langsung dapat mewujudkan dayausaha yang cemerlang dalam membangunkan industri pelancongan diLangkawi secara khususnya dan negara secara amnya.Pada kali ini, Restauran The Clift, Pantai Chenang menjadi lokasipilihan. Pada malam tersebut, seramai lebih 250 orang penggiat sertapengusaha industri pelancongan yang terdiri daripada pengusahapengusahahotel, pemandu pelancong, agen-agenpelancongan Langkawi telah berkumpul sertaberamah-mesra di antara satu sama lain.Y.B. Datuk Paduka Abu Bakar Bin Taib,Ahli Parlimen Langkawi danY.Bhg Dato’ Azman Bin Umar, Pengurus BesarLADA turut hadir memberi sokongan. Sambutanserta kerjasama yang diberikan oleh semuapengusaha pelancongan di Langkawi amatlahmenggalakkan. Programdiserikan lagi dengan persembahannyanyian dari adik Azzam, Naib Johan Idola Kecil 2009 yang kini dilantik sebagai DutaKereta Kabel, Langkawi.www.lada.gov.my 3


LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWILADABuletinGotong-royong KILIM 2011Langkawi 5 April 2011 : Seramai 200 Peguam Negaradan pegawai undang-undang kanan dari Singapura,Brunei Darussalam dan Malaysia berkumpul di KampungKilim, Langkawi bagi menjalankan aktiviti gotong-royong diKampung Kilim. Aktiviti ini adalah merupakan salah satu aktivitikemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak LADA bagi semuapeserta semasa mereka berada di Langkawi bagi PersediaanPersidangan “5th Annual Event of the Attorney General’sChambers of Brunei Darussalam, Malaysia, and Singapore(AEAGC) 2011”. Malaysia dipilih menjadi tuan rumah padaAEAGC 2011, dan Langkawi telah menjadi lokasi pilihan bagimesyuarat persediaan AEAGC tersebut. AEAGC kali ini jugatelah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri MohamedNazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia.Program yang bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahariitu diikuti kenduri kampung yang bertujuan menjalinkan ikatanmesra serta menampilkan budaya masyarakat Malaysia yanggemar berkerjasama dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Turutsama dalam program gotong-royong berkenaan ialah Y. Bhg.Tan Sri Gani Patail, Peguam Negara Malaysia serta PengurusUndang-undang LADA, Puan Nor Siah Bt Hj. Baharin dan KetuaPenolong Pengurus Geopark, Encik Hj. Hapiz Bin Abd. Manapyang juga selaku pengerusi jawatankuasa penyelaras gotongroyongberkenaan.Objektif program ini adalah merupakan salah satu usahabagi menjalinkan ikatan mesra di antara semua peguamdari tiga negara berbeza dan masyarakat tempatan. LADAsebagai pihak penganjur percaya program seperti ini mampumemberi kesan yang mendalam kepada semua pesertaapatah lagi peserta-peserta ini terdiri dari tiga buah negarayang berbeza budaya, pendapat dan ideologi. Pengalamanyang diterima di Langkawi khasnya dan Malaysia amnyatentu akan menjadi buah mulut atau cerita apabila merekapulang ke negara masing-masing kelak. Justeru, kerjasamaserta hubungan yang telah wujud di antara kedua belah pihakjuga mampu meningkatkan kualiti dan sistem komunikasinegara-negara terbabit.Kampung Kilim dipilih selaku lokasi programgotong-royong berikutan letaknya di laluan utama pelancongdan sering dikunjungi pelancong tempatan dan asing untukke salah satu tapak warisan Geopark iaitu, Kilim KarstGeoforest Park. Selain membersihkan kawasan kampung,penduduk turut mengecat surau, tandas dan jeti Kilim. Turuttidak ketinggalan, acara menanam 3 jenis Pokok MenpariLaut atau Pongamia Pinnata yang melambangkan 3 buahnegara turut ditanam oleh Peguam Negara Malaysia, BruneiDarussalam dan Singapura. Program tamat sekitar jam 12.30tengahari.Gotong-royong sempena “EARTH DAY 2011”Langkawi 22 April: Lebih seribu pokok ditanam sempena “Hari Bumi 2011” atau “Earth Day” di Sungai Bukit Hantu,Langkawi. Hari Bumi yang disambut seluruh masyarakat dunia pada 22 April setiap tahun adalah bertujuan meningkatkankesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Hari Bumi telah dicetuskan oleh Senator Gaylord Nelson dari AmerikaSyarikat dan pertama kali diadakan pada 22 April 1970. Kini, Hari Bumi telah diselaraskan secara global oleh Earth Day Network,dan disambut lebih daripada 175 negara setiap tahun.Justeru, bagi memastikan kesedaran masyarakat Langkawi mengenai kepentingan alam sekitar, Bahagian PelanconganLADA dan syarikat Jungewala dengan kerjasama 4 hotel terkemuka Langkawi iaitu The Andaman Resort, The Westin Resort &Spa, Sheraton Langkawi Beach Resort dan Four Points Resort telah mengambil peluang untuk menanam lebih 1000 jenis pokok diSungai Bukit Hantu termasuklah pokok Jambu, Anggur Malaysia, Pala dan lain-lain pokok.Pendedahan awal kepada pelajar sekolah mengenai kepentingan menjaga alam sekitar turut menarik penganjur untukmelibatkan pelajar sekolah sekitar Langkawi dalam program ini. Program ini juga turut mendapat kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antarabangsa. Untuk makluman, tahun 2011 telah diiktiraf sebagai Tahun Hutan Antarabangsa oleh PBB bagimeningkatkan kesedaran dan memperkukuhkan pengurusan hutan lestari, pemuliharaan dan pembangunan yang berterusan semuajenis hutan untuk kepentingan generasi sekarang dan masa hadapan.Program ini tidak hanya berakhir di sini semata-mata, kerana proses penanaman ini merupakan proses fasa pertama,terdapat beberapa fasa lagi yang akan dilaksanakan selepas ini termasuklah fasa pemantauan di mana pihak penganjur akanmemantau tanaman bagi memastikan semua pokok yang ditanam berada dalam keadaan baik. Lokasi Bukit hantu dipilih keranapihak penganjur berpendapat kawasan sekitar Bukit Hantu merupakan kawasan paling strategik memandangkan kawasan Bukithantu merupakan kawasan laluan utama pelancong untuk ke beberapa produk pelancongan termasuklah laluan utama ke AyerHangat Village, Taman Rekreasi Lubuk Semilang dan banyak lagi. Selain itu, tujuan utama lokasi dipilih adalah kerana penganjurjuga berharap pada tahun-tahun akan datang, Sungai Bukit Hantu akan menjadi sebahagian daripada “Laluan Hijau Pelancongan”atau “Green Tourism Route”di Langkawi.4www.lada.gov.my


LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWILADABuletinGOTONG-ROYONGPERDANA 2011Langkawi 2 April 2011 :Lebih 300 penduduk meyertaiprogram Gotong-royong Perdana 2011 anjuranLembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diperkarangan Masjid Aishah Kampung Sungai Menghulu disini, kelmarin. Program bermula jam 8.30 pagi hingga12.30 tengahari itu diikuti kenduri kampung perdanayang bertujuan memperkukuhkan hubungan silaturahimpenduduk. Turut sama dalam gotong-royong berkenaanialah Pengurus Besar LADA, Dato’ Azman Bin Umar, danimam Masjid Aishah, Othman Yahya yang juga selakupengerusi jawatankuasa penyelaras gotong-royong itu.Objektif program ini adalah merupakan salahsatu usaha bagi mengerat serta mengukuhkan jalinanukhwah diantara penduduk Kampung Sungai Menghuludan pihak LADA secara khususnya dan masyarakat sekitarLangkawi secara amnya. LADA sebagai pihak penganjurpercaya program seperti ini mampu memberi kesan yangmendalam kepada semua peserta dalam mewujudkankerjasama yang erat dalam menghadapi cabaran yangpelbagai. Selain itu, kerjasama serta hubungan yangtelah wujud di antara kedua belah pihak juga mampumeningkatkan kualiti dan sistem komunikasi di antarapihak LADA dan masyarakat setempat pada masa akandatang. Masjid Aishah dipilih selaku lokasi programgotong-royong berikutan letaknya di laluan utama dansering dikunjungi pelancong tempatan dan asing untukbersolat. Selain membersihkan kawasan masjid dantanah perkuburan Islam berhampiran, penduduk turutmengecat dewan makan, melebarkan jalan, memangkasdahan pokok serta menebas rumput. Program tamatsekitar jam 12.30 tengahari.Program KaunterAduan Bergerak BersepaduLangkawi 27 April - Program KaunterAduan Bergerak Bersepadu (KABB) BiroPerpaduan Awam telah berjaya dijalankandengan kerjasama LADA bertempat di Auditorium.Program bermula jam 8.30 pagi dan tamat padajam 12.30 petang. Program KABB di Langkawiini merupakan program KABB kedua dijalankanselepas KABB di Kubang Pasu Kedah.Majlis perasmian telah disempurnakanoleh Pegawai Daerah Langkawi En. Abd Aziz binHaji Abd Ghani. Terdahulu ucapan aluan telahdisampaikan oleh Pengarah BPAPPKP, En Md DinBin Jusoh mewakili Dato’ Ketua Pengarah BPA,Dato’ Tam Weng Wah. Pada majlis perasmianturut disertai Timbalan Pengurus LADA, En AbdulRahman bin Hj Zainol.Majlis turut diisi dengan sesi taklimatringkas daripada dua agensi kerajaan yangdijemput iaitu Jabatan Pendaftaran dan BankNegara Malaysia. Sebanyak 35 agensi kerajaantelah hadir membuka kaunter dan mengadakanpameran mengenai Jabatan masing-masing.Jumlah kehadiran jemputan dianggar seramai234 orang manakala jumlah aduan yang diterimaadalah sebanyak 48 aduan.Gotong-royong PULAU TUBA 2011Langkawi 6 April 2011 : Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menghantar 5 orang wakil dari bahagian Unit KhidmatKorporat untuk bersama-sama Majlis Perbandaran Langkawi, Bandaraya Pelancongan (MPLBP) dalam program Gotongroyong Pulau Tuba. Gotong-royong Pulau Tuba anjuran Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan(MPLBP)telah diadakan pada 6 April 2011 bertempat di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Tuba, Langkawi. Seramai lebih 50 orang pesertayang terdiri dari wakil jabatan dan penduduk Pulau Tuba menyertai program gotong-royong tersebut. Terdapat 2 sesi dalam programtersebut iaitu sesi pagi dan petang. Sesi pagi bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi di mana peserta perlu berhimpununtuk mendengar taklimat mengenai gotong-royong sebelum program bermula dan diikuti jamuan makan tengahari. Pendudukkampung dan wakil setiap jabatan telah dibahagikan mengikut kumpulan dan kawasan pembersihan. Ceramah mengenai kaedahpelaksanaan kitar semula serta kaedah pelaksanaan kompos turut diadakan pada sesi petang yang bermula pada jam 2.00 petanghingga 4.30 petang.Objektif program ini adalah merupakan salah satu usaha bagi membersihkan kawasan Pulau Tuba yang merupakankawasan pelancongan selain merupakan kawasan tapak geologi. Ianya juga bertujuan mewujudkan suasana persekitaran yang sihat.Program ini juga dilihat dapat mengeratkan serta mengukuhkan jalinan ukhwah diantara penduduk Kampung Pulau Tuba dan pihakberkuasa tempatan secara khususnya dan masyarakat sekitar Langkawi secara amnya selain mampu meningkatkan pengetahuanmereka mengenai kepentingan kitar semula dan faedah pelaksanaan kompos. MPLBP sebagai penganjur percaya program sepertiini mampu memberi kesan yang mendalam kepada semua peserta dalam mewujudkan hubungan kerja yang konsisten selainmampu meningkatkan kualiti dan sistem komunikasi di antara kedua belah pihak. Turut sama dalam gotong-royong berkenaanialah Pegawai Penerangan LADA, Ramizi Bin Hassan. Ramizi berkata, beliau amat berpuas hati dan gembira kerana dapat samasamamenyumbang keringat dalam program ini selain dapat menjalankan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) LADAkepada orang ramai. Beliau juga berpendapat aktiviti ini seharusnya dijadikan sebagai aktiviti tahunan. Program tamat sekitar jam04.30 petang.www.lada.gov.my 5


LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWILADABuletinKerajaan Beri Nafas Baru KepadaPembangunan LangkawiLangkawi 10 April 2011 - Kerajaan mengambil beberapa langkah untuk memberi nafas baru kepada Langkawi bagimenjana ekonomi berasas industri pelancongan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcopberkata, Kerajaan yakin Langkawi telah maju sebagai sebuah destinasi pelancongan terkenal yang menarik 2 jutapelancong dalam dan luar negeri.Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini berlaku kemuraman dan kurang menyerlah jikadibanding dengan destinasi lain seperti Bali, Hawaii dan Phuket yang nampak lebih maju, katanya pada sidang mediadi Kompleks LADA selepas menghadiri mesyuarat bagi mewujud plan asas bagi membangun Langkawi secara lebihberkesan. Mesyuarat tertutup itu turut dihadiri oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Pegawai daripelbagai Jabatan kerajaan dan Pengusaha-Pengusaha Pelancongan Langkawi. Beliau berkata, untuk tujuan itu, UnitPerancangan Ekonomi (EPU) telah diberi mandat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihatLangkawi secara menyeluruh berkaitan pembangunan pulau peranginan itu. Untuk itu, beberapaprojek dikenalpasti dan program dirancang dan kaedah untuk dilaksanakan.Katanya lagikerjasama erat Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Lembaga Pembangunan Langkawi(LADA), Kementerian Pelancongan dan Kerajaan Negeri Kedah perlu bagi menjayakanlangkah yang akan diambil.”Kita tekan aspek menjana ekonomi Langkawi yang berasaspelancongan iaitu ekopelancongan kerana Langkawimempunyai banyak kelebihan dan keunikan berbandingnegara lain kerana tidak dihebohkan”, katanya.Sebagai contoh Langkawi mempunyai 500 spesisrama-rama berbanding Australia ada 200 spesis. Tumpuandiberi untuk memperbanyakan penerbangan berjadual dansewa khas dari pelbagai destinasi dan kekerapan feri dariPulau Pinang ke Langkawi. Perkhidmatan feri penumpangLangkawi, Kuala Perlis dan Kuala Kedah akan ditingkat tahapkebersihan. “Kita akan galakan penduduk tempatan mendapatmanfaat dengan membabit diri dalam pelancongan”, katanya.KEJOHANAN BADMINTONPIALA LADALangkawi, 26 Mac 2011 : Kelab Sukan Dan KebajikanLADA dengan kerjasama Kelab Badminton Mahsuri(KBM) telah berjaya menganjurkan KejohananBadminton Piala LADA dari 24 – 26 Mac bertempat di DewanBadminton, Kompleks Sukan Langkawi. Sebanyak 20 pasukantelah menyertai Kejohanan ini yang terdiri dari pelbagaikakitangan kerajaan dan swasta.Antaranya termasuklah dari Jabatan Kastam, Polis Di Raja Malaysia, MRSM, Hospital Daerah, Taliwork, Lafage, Bank-Bank, dan Hotel. Manakala untuk kategori Wanita, sebanyak 12 pasukan pula menyertainya yang terdiri dari Kelab-Kelab BadmintonWanita Langkawi.Kejohanan Badminton Piala LADA telah bermula pada 2007 dan untuk tahun 2011 merupakan tahun ke 5 dandianjurkan dengan tujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dan mengukuhkan persahabatan serta mengeratkan tali silatul-rahimantara pemain-pemain dan penyokong-penyokong.Hadiah untuk Berpasukan Lelaki, Johan menerima RM1,000, Naib Johan – RM700, Ketiga RM300 dan Keempat RM200.Manakala untuk Berpasukan Wanita pula, Johan menerima RM400, Naib Johan RM300, Ketiga RM200 dan Keempat RM100.Pada kejohanan tersebut, Kategori Berpasukan Lelaki telah dimenangi oleh Pasukan LADA, manakala bagi Kategori BerpasukanPerempuan dimenangi oleh Pasukan Honda.Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan olehPengurus BesarLADA, Y. Bhg. Dato’ Azman Bin Umar. Dalam ucapan, beliau berharap agar para pemain yang ada dapat terusbergiat cergas dan aktif di dalam sukan ini supaya pemain yang mempunyai bakat dapat diketengahkan ke peringkat yang lebihtinggi.6www.lada.gov.my


LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWILADABuletinLANGKAWI INTERNATIONALCHARITY RIDE 2011Langkawi 12 Jun 2011 : Aktiviti motosikal berkuasatinggi akan dijadikan produk baru pelanconganLangkawi bagi menarik lebih ramai pelancongterutama dalam kalangan penunggang motosikal ke pulaubebas cukai ini. Pengarah Tourism Kedah, Roslan Othmanberkata, dengan pemilik motosikal yang terdiri daripadamereka yang berkemampuan dari segi sumber kewangan,sudah pasti mereka akan berbelanja besar di Langkawidan ia menguntungkan pulau peranginan ini. Ini jelasditunjukkan selepas kejayaan dan sambutan yang amatmenggalakkan diterima ketika penganjuran LangkawiInternational Charity Ride 2011 yang berlangsung selama2 hari bermula 10-12 Jun 2011 sempena sambutan ulangtahun keempat pengistiharan Langkawi Geopark.Sebanyak 200 motosikal dengan 250 pesertadari Singapura, Thailand dan Malaysia menyertai acaratersebut. Selain itu, peserta program juga dapat beramahmesra bersama lebih 30 anak yatim Langkawi danpenduduk sekitar. Rata-rata masyarakat Langkawi yangditemui melahirkan perasaan gembira serta berharapprogram sebegini dapat dianjurkan lagi. Aktiviti ini adalahmerupakan anjuran bersama Lembaga PembangunanLangkawi (LADA), Tourism Malaysia, Matta dan beberapaagensi kerajaan.Langkawi Bowling Tour 2011LANGKAWI 2 JULAI 2011 : Tuah badan, inilah yang dapat dikatakan apabila Mohamad Azli Azizandari Pulau Pinang apabila muncul juara pertama bagi Pertandingan 1 Malaysia Langkawi BowlingTour 2011 anjuran One Perfect Event dengan kerjasama LADA di sini semalam. Azizan yang berjayamenewaskan 98 peserta lain pada pertandingan tersebut telah merangkul hadiah sebanyak RM 1500. Azizanyang ditemui turut melahirkan perasaan gembira atas kemenangan yang diperolehi. Beliau tidak menyangkapenyertaan beliau di saat akhir akan membuahkan hasil selain menyimpan hasrat untuk menyertai kejohananyang sama pada masa akan datang bagi terus mempertahankan kejuaraan beliau, katanya ketika yang menerimahadiah daripada Timbalan Pengurus Besar Pengurusan LADA, Tuan Haji A. Rahman Zainol.Sementara itu, A. Rahman berkata, LADA akan sentiasa menyokong sebarang bentuk penganjuransukan yang dapat menarik minat masyarakat pelbagai kaum sekaligus dapat memperkukuhkan perpaduanpelbagai kaum di sini. Menurut beliau lagi, LADA juga berharap acara sedemikian yang dapat menarikpenyertaan peserta dalam dan luar Langkawi itu dapat dijadikan acara tahunan pada masa depan. Turut hadir,Ketua Penolong Pengurus Acara & Promosi Pelancongan LADA, Azmil Munif Bukhari.www.lada.gov.my 7


LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWILADABuletinKarnival GeoparkLangkawi 25 Mei 2011 : LADA mengatur lebih 10 buah acara sempena Karnival Langkawi Geopark2011 mulai 31 Mei hingga 4 Jun ini. Acara-acara itu diadakan bersempena dengan ulang tahun ke 4pengisyhtiharan Langkawi sebagai Global Geopark Network oleh UNESCO pada 2007 yang lalu. Karnivalini yang berkonsepkan “Savoring the Nature, Nurturing the Culture” membawa maksud menghayati keindahanalam semula jadi serta menerapkan nilai-nilai murni dalam aspek budaya warisan. Di antara aktiviti-aktivitiitu termasuklah kenduri rakyat, persembahan wayang kulit, guided walk, pameran, jualan, geohuntphotorace,pertandingan teh tarik, ceramah perdana, permainan rakyat, persembahan kebudayaan kanak-kanak, konvoiskuter, pertandingan motor tercantik dan pertandingan memasak.LADA berharap aktiviti yang diatur dapatmenyemarakkan lagi Langkawi Geopark yang pertama di Asia Tenggara.KENDURI RAKYATLangkawi 31 Mei 2011 : Pulau Tuba dipenuhi ribuan penduduk Langkawiapabila Karnival Langkawi Geopark 2011 membuka tirainya di PulauTuba dengan dua acara mega iaitu Kenduri Rakyat dan PersembahanWayang Kulit Seri ASUN. Acara yang pertama kali diadakan di Pulau Tubaitu ternyata menarik lebih dari 2000 orang penduduk sekitar Langkawiuntuk berkumpul bersama-sama dalam program tersebut yang dianjurkanoleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Majlis yang bermuladengan acara gotong-royong itu bermula seawal jam 11 pagi telah disertaipenduduk tempatan serta wakil-wakil agensi kerajaan. Objektif program iniadalah merupakan salah satu usaha bagi mengerat serta mengukuhkanjalinan ukhwah diantara penduduk Pulau Tuba bersama pihak LADA secarakhususnya dan masyarakat sekitar Langkawi secara amnya.Acara kenduri Rakyat yang berlangsung pada pukul 8 malampula telah dihadiri oleh Adun Kuah, YB Dato’ Ir. Nawawi Bin Ahmad, YBS. Manikumar, Exco Pelancongan Hal Ehwal Masyarakat India & Siamdan Pengurus Besar LADA, Dato’ Azman Bin Umar. Pulau Tuba dipilihselaku lokasi program adalah kerana pihak penganjur percaya PulauTuba mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan memandangkankawasan Pulau Tuba adalah merupakan kawasan yang indah dan masihlagi mengekalkan ciri-ciri ekologi yang seimbang selain turut merupakansalah satu tapak Geopark di Langkawi.Sementara itu, dalam ucapan YB Dato’ Ir. Nawawi, beliau turut melahirkan harapan agar Pulau Tuba dapat dijadikansebagai kawasan ekopelancongan pada masa hadapan kerana kini ramai pelancong terutamanya pelancong asinglebih gemar kepada pelancongan berasaskan keindahan alam semulajadi. Baliau turut berharap statusGeopark di Langkawi dapat dikekalkan dan menyeru semua masyarakat Langkawi untuk sama-samabekerjasama bersama pihak LADA bagi pengekalan status tersebut. Tanpa kerjasama daripada penduduk setempat,ternyata Langkawi tidak terkenal seperti hari ini, katanya lagi mengakhiri ucapannya.Program turut diserikan lagi dengan Persembahan Wayang Kulit ASUN yang nyata telah menghiburkan semuapengunjung yang hadir. Informasi mengenai Geopark serta isu-isu terkini telah dijadikan sebagai bahan cerita di dalampersembahan tersebut. Justeru semua yang hadir bukan sahaja terhibur malah telah memperolehi pengetahuanmengenai Geopark. Program tamat sekitar jam 11.00 malam.Karnival Langkawi Geopark 2011 merupakan aktiviti bersempena dengan ulang tahun keempat pengisyhtiharanLangkawi sebagai Global Geopark Network oleh UNESCO pada 2007 yang lalu. Ini adalah merupakan kali keduaKarnival tersebut diadakan. Pada kali ini Bahagian Geopark LADA telahmengatur lebih dari 15 acara menarik yang mensasarkan masyarakatsetempat serta pengunjung yang berkunjung ke Langkawi memandangkanKarnival ini berlangsung sepanjang cuti persekolahan. Lebih 20,000pengunjung dijangka hadir memeriahkan karnival ini yang berlangsungselama 5 hari bermula 31 Mei hingga 4 Jun 2011.8www.lada.gov.my


LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWILADABuletinMAJLIS PENUTUPAN KARNIVALLANGKAWI GEOPARK 2011Langkawi 4 Jun 2011 : Karnival Langkawi Geopark harus dijadikan sebagaiacara tahunan Langkawi. Itu adalah antara intipati ucapan YB. Dato’ DrJames Dawos Mamit dalam Majlis Penutup Karnival Langkawi Geopak disini semalam. Dawos juga berharap sistem ekologi dan alam sekitar Langkawi dapatterus dipelihara agar status Geopark dapat terus kekal di Langkawi. Karnival yangberlangsung bermula 31 Mei itu telah menutup tirainya malam tadi dengan pelbagaiacara menarik termasuklah persembahan bunga api selama tiga minit selain turutdimeriahkan dengan mini konsert yang melibatkan artis tempatan negara antaranyaartis irama asli, Noraniza Idris. Turut hadir dalam majlis tersebut , Pengurus BesarLADA, Y.Bhg Dato’ Azman Bin Umar. Semasa ditemui, Azman turut melahirkanperasaan gembira dan berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh semuapihak. Beliau turut mengucapkan terima kasih penghargaan kepada semua yangterlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan karnivalyang berlangsung selama hampir seminggu ini. Tanpa kerjasama daripada semuapihak tidak mungkin karnival ini dapat dijayakan.Hari terakhir karnival semalam menyaksikan pelbagai acara menarik seawal 9 pagi lagi sehingga lewat malam.Antaranya termasuklah acara Konvoi Motosikal yang melibatkan hampir 200 motosikal pelbagai jenis, Photorace, SepakRaga Tuju, Pertandingan Ayam Serama yang melibatkan 100 ekor ayam, Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-kanakdan Pertandingan Memasak yang berlangsung pada pagi tersebut. Manakala, pada sebelah petang acara diteruskanlagi dengan Pertandingan Gubahan, Pertandingan Teh Tarik dan Pertandingan Ukiran Ais atau Ice Carving. Sambutanyang amat menggalakkan daripada semua pengunjung telah menghangatkan suasana di Dataran Lang yang nyata telahmenarik pelabagai lapisan masyarakat untuk sama-sama meluangkan masa dengan aktiviti yang disediakan. Hadiahyang lumayan yang disediakan penganjur turut menjadi faktor penarik peserta bagi menyertai acara-acara tersebut.Tinjauan mendapati, majlis penutup Karnival Langkawi Geopark 2011 turut diserikan lagi dengan ukiran aisberbentuk tulisan “KARNIVAL LANGKAWI GEOPARK 2011” yang telah diukir oleh semua wakil-wakil tukangmasak hotel sekitar Langkawi. Ternyata usaha mereka seawal jam 6 petang membuahkan hasil apabila YB Dato’ Dr.James Dawos serta semua tetamu kenamaan turut melawat serta bergambar di ukiran tersebut. Salah seorang ketuatukang masak yang ditemui turut berbangga dengan hasil yang diperolehi walaupun mengalami beberapa kesukaransewaktu proses kerja ukiran tersebut. Ukiran ais tersebut turut menarik minat semua pengunjung yang tidak henti-hentibergambar sehingga majlis tamat. Idea pihak penganjur dalam menampilkan kelainan pada majlis penutup karnivalnyata membuahkan hasil yang mungkin tidak dapat dilupakan semua pengunjung terutamanya kepada pengunjungantarabangsa.www.lada.gov.my 9


LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWILADABuletinProgram Interaktif Kraf PerdanaLangkawi 10 Julai 2011:- Peranan dan bantuan daripada kerajaan serta agensi swasta dalam keberhasilanseni kraf tangan Malaysia yang berkualiti akan terus memajukan bidang berkenaan di mata dunia, ituadalah antara intipati ucapan Ketua Pengarah Perbadanan Kraf Tangan Malaysia, Mohd Kamil MohdAli ketika majlis perasmian Program Interaktif Kraf Perdana Bersama Pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara(PLKN) Seri Negeri, Langkawi, semalam. Majlis dirasmikan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Abu Bakar Taib.Hadir sama, Komandan PLKN Seri Negeri , Langkawi Mejar Shafiee Abd Hamid dan Pengarah Kompleks KrafLangkawi, Norizan Lob.Program yang pertama kali dianjurkan ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana memberipeluang kepada pelatih-pelatih yang terdiri daripada belia negara bagi terus memartabatkan industri kraftangan negara supaya menjadi pewaris, pelapis serta mampu menanam minat dalam diri mereka bagi terusmewarnai industri Malaysia ini agar menjadi warisan budaya terpelihara. Program ini turut mendapatkerjasama daripada agensi lain termasuklah LADA.Selain itu, Kamil berkata pencapaian dan permintaan produk kraf tangan di negara ini menarik minatpelancong termasuk penggemar seni kraf yang diiktiraf memberi impak positif terhadap perkembanganekonomi negara.Tidak mustahil juga jika kraf tangan di Langkawi menjadi salah satu sebab utama kedatanganpelancong ke sini, tambah beliau. “Menceburi bidang ini adalah satu kerjaya yang dapat menjana pendapatanyang tinggi dan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan kerana pembangunanindustri kraf itu wajar diukur melalui peningkatan bilangan usahawan dan juga saiz pasarannya”.Majlis bagi menandatanganiPerjanjian Pajakan & PembangunanLangkawi 12 Julai 2011 : Kedudukan yang strategikadalah merupakan faktor utama Syarikat PalmStar Sdn Bhd memilih tanah milik LADA untukdijadikan tapak projek Restoran Antarabangsa selain faktorkemudahan akses yang tinggi di mana berada berdekatandengan Pantai Cenang dan Pantai Tengah. Sejajar denganlangkah untuk membangunkan Pulau Langkawi sebagaidestinasi pelancongan terkemuka dunia, LADA sebagaituan tanah bersetuju untuk memajakkan tanah berkeluasan6.2 ekar di Lot 2618,2072, 59, 61, 73 Pantai Cenang, MukimKedawang, Langkawi tersebut kepada syarikat PalmStar Sdn Bhd dengan harapan agar projek tersebut dapatmemanfaatkan masyarakat sekitar Langkawi khususnyadan pelancong secara amnya.Majlis menandatangani Perjanjian Pajakan & Pembangunan RestoranAntarabangsa Pantai Cenang telah berlangsung di antara pihak LADAyang ditandatangani oleh Y.Bhg Dato’ Azman Bin Umar, PengurusBesar LADA bersama pihak Palm Star Sdn Bhd yang ditandatanganioleh Anuar Bin Mohamed, Kumpulan Ketua Pengarah Palm Star SdnBhd yang disaksikan oleh YB Dato’ Ir Hj Nawawi Bin Hj Ahmad,Ahli Lembaga Pengarah LADA juga merangkap ADUN Kuahmanakala bagi Palm StarSdn Bhd pula diwakili oleh Y.Bhg Dato’Khay Bin Ibrahim, Pengarah Urusan Palm Star Sdn Bhd.Sementara itu, Pengurus Besar LADA, Dato’ AzmanUmar berkata projek Restoran Antarabangsa dilihat berpotensiuntuk dijadikan salah satu produk baru di Langkawi. ProjekRestoran Antarabangsa dilihat mampu menjana serta meningkatkanpendapatan ekonomi masyarakat Langkawi menerusi penyediaanpeluang pekerjaan yang pelbagai selain turut memberi peluangkepada pelancong menikmati pelbagai jenis makanan. LADA jugapercaya dengan wujudnya projek sebegini, kadar pengangguranmasyarakat sekitar akan dapat dikurangkan.Menurut beliau lagi, projek ini bukan hanya melibatkanpembangunan restoran malah turut melibatkan pembangunan hoteldan pangsapuri yang mampu memberikan keselesaan yang maksimumkepada pelancong dengan menyediakan kemudahan berpusat dimana mereka dapat melancong, menginap serta menikmati pelbagaijenis makanan yang berkualiti dan semestinya bertaraf antarabangsa.Program yang berlangsung dengan jayanya itu turut dihadiri wakilmedia-media tempatan serta pengurus-pengurus bahagian LADA.Selepas sesi menandatanagani perjanjian, majlis diteruskan lagidengan sesi sidang media dan jamuan minum petang.10www.lada.gov.my


LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWILADABuletin‘Mix & Mingle TourismIndustry Players’Langkawi 10 Julai 2011:- ‘Mix & Mingle Tourism Industry Players’ yang dianjurkan oleh Bahagian Pelancongan LADA telahberlangsung dengan jayanya di Berjaya Langkawi Resort pada 9 Julai yang lepas. Program yang melibatkan hampir 250 orangpenggiat serta pengusaha industri pelancongan Langkawi ini turut dihadiri oleh wakil-wakil media tempatan. Sementara itu,Pengurus Pelancongan LADA, Rosnina Yaacob berkata, tujuan program ini diadakan adalah bagi berbincang bersama-sama semuapengusaha pelancongan mengenai status semasa serta perkembangan industri pelancongan Langkawi selain bertujuan mengeratkansilaturahim di antara semua pengusaha industri pelancongan. Menurut beliau lagi, program inib adalah merupakan program yang keduadianjurkan pada tahun 2011 dan pihaknya bercadang menganjurkan acara ini 3 kali setahun dengan lokasi yang berbeza.Program ini juga dilihat mampu membantu meningkatkan aktiviti berasaskan pelancongan serta meningkatkan kualiti produkpelancongan di Langkawi kerana dalam program ini, pihak penganjur turut menyediakan slot bagi semua pengusaha pelancongan yangingin menyampaikan idea serta pendapat mereka untuk dikongsi dan dibincangkan bersama. Selain itu, konsepnya yang santai turutmembuatkan mereka yang hadir berasa selesa dan berpuas hati dengan program tersebut.WARNA WARNI LANGKAWIwww.lada.gov.my 11


WARNA WARNI LANGKAWI

More magazines by this user
Similar magazines