Ringkasan Eksekutif - Lembaga Pembangunan Langkawi

lada.gov.my

Ringkasan Eksekutif - Lembaga Pembangunan Langkawi

- 1 -


Gugusan Kepulauan LangkawiIhsan daripada The Westin- 3 -


I. Ringkasan eksekutifLangkawi merupakan syurga pulau yang memiliki pantai yang bersih, gugusan pulau yang sunyi lagiterpencil dan kawasan perlindungan alam semula jadi yang terkenal kerana hidupan liar yang eksotik,tumbuhan tropika dan formasi batuan yang setua usia Bumi. Bagaimanapun, potensi sebenar Langkawimasih belum diserlahkan sepenuhnya. Langkawi mampu untuk memasuki senarai 10 pulau dan destinasieko-pelancongan terbaik dunia menjelang 2015.2015 –10 PULAU DAN DESTINASI EKO-PELANCONGAN TERBAIKPada 2015, Langkawi menawarkan kepada pelancongpelbagai produk tarikan, akses yang mudah danmenyeronokkan untuk mengunjungi tempat menarik disekitar pulau, menambat hati pelancong mewah melaluipelbagai aktiviti yang menghiburkan selain menawarkanpersekitaran semulajadi untuk berseronok, bersantai,menikmati makanan dan membeli-belah.Dari saat pengunjung menjejakkan kaki ke Langkawi,mereka akan merasai layanan mesra melalui perkhidmatansambutan yang cekap, pengangkutan darat yang selamatdengan caj yang berpatutan untuk pergi dan balik darihotel dan ke destinasi tarikan pelancongan.Pengunjung mempunyai pelbagai cara untuk lebihmenghargai keindahan alam semulajadi. Aktiviti alam,seperti memerhati burung di Gunung Raya dan melawathutan bakau Kilim menjadi tarikan bagi eko-pelancongdan mendedahkan pengunjung lain kepada kekayaanalam di Langkawi. Panorama Langkawi Sky Cab yangdinaik taraf dan memenuhi piawaian tinggi membolehkanpengunjung menikmati pemandangan hutan Langkawi, airterjun Machinchang dan laut biru kehijauan dari udara.Tarikan autentik seperti Pusat Interpretif Geosite, muziumhidup di Laman Padi dan Makam Mahsuri serta pesisirPantai Cenang yang berwajah baharu akan memikatpengunjung untuk tinggal lebih lama.Pelancong yang tiba dari pasaran baharu jarak jauhsering melanggani penginapan mewah di pantai baratlaut yang eksklusif. Pelancong berkeluarga dengan bajetyang sederhana pula menginap di Cenang yang telahdinaik taraf.Salah satu daripada mercu kebanggaan Langkawi adalahpiawaian dan amalan melindungi alam sekitar danbudaya yang boleh dijadikan contoh. Meskipun bukandi peringkat antarabangsa, piawaian dan amalan untukpemuliharaan dan pemeliharaan ini menjadi tanda araskebangsaan.Pendek kata, Langkawi pada tahun 2015 menjadi hosbagi lebih ramai pelancong dari pelbagai negara denganmenawarkan pengalaman menakjubkan – layanan mesra,perkhidmatan, pelbagai tarikan destinasi dan tempatpenginapan yang hebat. Selain berbangga keranamenjadi salah satu daripada 10 pulau terbaik di duniaseperti Bali dan Maldives, penduduk Langkawi turutmenikmati manfaat dari sudut ekonomi. Menjelang tahun2015, pendapatan negara kasar (PNK) pelancongan danberkaitan pelancongan di Langkawi dijangka melonjakdua kali ganda, iaitu daripada RM0.8 bilion pada tahun2010 kepada RM1.9 bilion. Peningkatan PNK ini adalahberikutan peningkatan pendapatan pelancongan dalamtempoh yang sama, iaitu daripada RM1.9 bilion kepadaRM3.8 bilion. Sebanyak 4,200 peluang pekerjaan baharudijangka diwujudkan dengan adanya lebih banyak hoteltermasuk hotel mewah, dengan nisbah pekerja berbandingtetamu yang tinggi serta tarikan baharu aru yangmenawarkanperkhidmatan berkualiti tinggi.Langkawi pasti menjadi lebih baik untuk pelancong danpenduduk tempatan.- 4 -


KINI –ASAS PELANCONGAN YANG KUKUHLangkawi mempunyai asas pelancongan kukuh dan berupayamenjana pertumbuhan tahunan yang stabil setanding dengan pesaingyang lain. Pada tahun 2010, lebih 2 juta pelancong mengunjungiLangkawi di mana separuh daripadanya adalah pelancong asingdan menjana pendapatan pelancongan sebanyak RM1.9 bilion.Hasil ini menyumbang lebih 11% daripada keseluruhan KDNKnegeri Kedah. Sektor pelancongan secara langsung atau tidaklangsung menyediakan peluang pekerjaan untuk 60% daripadajumlah penduduk pulau Langkawi. Dari tahun 2000 hingga2009, pelancongan Langkawi mengalami pertumbuhan tahunansebanyak 3.6%, seiring dengan destinasi pulau yang terkenalseperti Seychelles dan Mauritius.Sungguhpun mencatatkan pertumbuhan yang kukuh, Langkawiketinggalan dari segi perbelanjaan harian, tempoh penginapandan faktor musim berbanding destinasi pulau serantau sepertiBali dan Phuket serta destinasi antarabangsa seperti Hawaii,Mauritius dan Seychelles. Pelancong ke Langkawi kurangberbelanja dengan purata perbelanjaan harian adalah RM200lebih rendah daripada yang dicatatkan oleh pesaingnya. Selainitu, tempoh penginapan pelancong di Langkawi juga lebihpendek, iaitu secara purata 5.3 hari lebih singkat. Gabungankedua-dua faktor ini mengakibatkan kekurangan dalam potensihasil, dan keadaan ini diburukkan lagi oleh salah tanggapanmengenai cuaca buruk bermusim yang mengakibatkan Langkawimengalami musim kurang pelancong.Infrastruktur sedia ada mampu menampung pertumbuhankedatangan pelancong dari segi keluasan tanah, bekalanelektrik, air dan rawatan kumbahan yang mencukupi. Langkawiberpotensi untuk berkembang namun kekangan yang wujuddalam aspek perancangan, penyelarasan sektor dan agensiserta penguatkuasaan yang lemah dalam pelan dan peraturanpemuliharaan sedia ada perlu ditangani. Usaha yang dicurahkandalam aspek ini akan membantu memfokuskan pertumbuhanLangkawi kepada sektor pelancongan yang mampan dari segiekonomi dan persekitaran. Usaha ini merupakan sebahagiandaripada Blueprint untuk Pertumbuhan.2011 HINGGA 2015 –BLUEPRINT UNTUK PERTUMBUHANPertumbuhan sedia ada industri pelancongan adalah kompleksdan memerlukan beberapa inisiatif yang merentasi tiga tema.Produk - menerangkan titik sentuh (touch point) bagi setiappelancong daripada keperluan asas seperti penginapan dan restoranhinggalah kepada keseronokan dan hiburan yang ditawarkanoleh destinasi tarikan. Tujuh inisiatif telah dikenal pasti untukmewujudkan ikon destinasi tarikan wajib lawat, meningkatkankualiti produk sokongan serta meninggikan tahap piawaian asas.Infrastruktur - menerangkan pengalaman pelancong di Langkawibermula dari saat ketibaan hinggalah ke saat pelepasan. Empatinisiatif di bawah infrastruktur adalah bagi memastikan pelancongmenikmati pengalaman di Langkawi sebagaimana yang diingini.Pembolehdaya - mencakupi tiga inisiatif untuk meletakkan asasyang kukuh bagi industri pelancongan menerusi pembangunanmasyarakat setempat dan pemasaran.Destinasi tarikan yang menambat hati danpenginapan mewahLangkawi perlu mewujudkan beberapa tarikan yang benar-benarbertaraf dunia dan meningkatkan garis asas untuk membangunkantarikan bertaraf ikon dan produk sokongan.Antara tarikan bertaraf ikon termasuk kawasan perlindunganalam semulajadi bertaraf dunia seperti Kilim, Machinchang danDayang Bunting yang diterajui oleh Pusat Interpretasi sebagai habbagi aktiviti pelancongan dan kerja pemuliharaan. Ini dilengkapidengan dua muzium hidup yang diberikan nafas baharu iaituLaman Padi dan Makam Mahsuri yang menghidupkan semulabudaya dan mitos Langkawi. Selain itu, Pantai Cenang akandinaik taraf menjadi pantai awam untuk hiburan seisi keluarga,dilengkapi dengan aneka pilihan tempat makan, membeli-belah,hiburan dan penginapan yang baharu. Sama seperti sistempenarafan bintang yang digunakan untuk hotel, sistem penarafandan pengiktirafan bagi destinasi tarikan berperanan memberikanmaklumat kepada pelancong dan membantu memastikan jangkaanmereka dipenuhi.- 5 -


Produk pelancongan yang baharu dan lebih baik ini akandisokong oleh penyediaan penginapan mewah yang lebih banyakdan pelbagai, daripada hotel butik kepada vila sewaan sertazon perniagaan baharu dengan premis jualan, tempat makandan hiburan di bahagian barat laut Langkawi yang disasarkankepada pelancong berbelanja tinggi.Dengan pembangunan atau pembangunan semula destinasitarikan dan lebih banyak tempat penginapan, Langkawi berupayamenampung aktiviti MICE sepanjang tahun yang menyasarkanacara bersaiz kecil dan sederhana serta memberikan tumpuankepada nilai teras yang menyentuh alam semulajadi dan ekopelancongan.Infrastruktur yang lebih baik dan rangkaianpengangkutan yang lebih lancarLebih ramai pelancong akan dapat menikmati keistimewaanLangkawi dengan adanya infrastruktur yang lebih baik. Langkahpertama ke arah meningkatkan bilangan pelancong ke Langkawiadalah dengan menambah rangkaian laluan udara dari destinasiutama antarabangsa melalui penerbangan sewa khas dan laluanbaharu. Pada masa yang sama, perkhidmatan feri ke Langkawiakan ditambah baik. Inisiatif yang disasarkan kepada titik sentuhutama akan dapat memberi pelancong suatu pengalaman yangmenakjubkan apabila tiba di Langkawi. Ini menerusi peningkatanmobiliti pengangkutan darat, daripada kenderaan pengantarahinggalah kepada aspek kawalan tambang kereta sewa. Ini jugaakan membolehkan pelancong menikmati perjalanan yang selesadan memberi lebih pilihan untuk melihat sekitar Pulau Langkawi.Bagi menjaga imej bersih Pulau Langkawi, sistem pungutansampah dan penyelenggaraan tandas awam akan ditambah baik.Pasukan renjer taman yang baharu akan dibentuk bagi aktivitipenguatkuasaan dan pemuliharaan. Penggunaan dan amalanteknologi hijau yang mampan juga akan diperluaskan diseluruhPulau Langkawi.Pendapatan pelancongan sasaran dan pendapatanbukan pelancongan yang lebih tinggiKejayaan Blueprint ini bergantung kepada kejayaan inisiatiflain selain daripada produk dan infrastruktur. Pertama,pembangunan penjenamaan dan kempen pemasaranyang khusus bagi Langkawi bertunjangkan nilai terasdan dibezakan mengikut pasaran keutamaan. Seterusnya,Akademi Pelancongan yang dipacu oleh kerjasama antarasektor awam dan swasta akan melahirkan graduan yangmemenuhi keperluan industri. Selain industri pelancongan,adalah penting bagi Langkawi mempunyai kepelbagaiansumber pendapatan. Oleh itu, skim penanaman kontrakdalam bidang pertanian dan perikanan disaran untukdiperkenalkan bagi menambah pendapatan penduduktempatan yang tidak terlibat dalam industri pelancongan.Ini juga akan membantu mereka mempelbagaikan aktivitidalam menyokong industri pelancongan Langkawi.MEREALISASIKAN WAWASAN –TADBIR URUS DAN PEMANTAUAN YANGLEBIH KUKUHDilengkapi dengan khazanah alam bertaraf dunia yangmeliputi pulau yang mempesonakan, pantai yang bersihdan biodiversiti yang kaya, Langkawi telah mengalamipertumbuhan pesat sejak era 1990-an apabila usahabersepadu telah diambil untuk membangunkan pulaulegenda ini sebagai destinasi utama pelancongan. Namunbegitu, sepertimana kawasan yang sensitif ekologinya,pembangunan tersebut telah menjadikan khazanah alamLangkawi yang unik berhadapan dengan risiko kemerosotan.Tanpa intervensi tertentu, potensi industri pelanconganLangkawi berkemungkinan besar akan mengalami penurunan.Langkawi telah menetapkan matlamat yang tinggi padatahun 2015, yang dapat dicapai dengan adanya Blueprintini. Untuk memastikan penyampaian yang pantas,peneraju bagi setiap inisiatif telah dikenal pasti danbertanggungjawab ke atas petunjuk serta sasaran prestasiutama. Penyelarasan keseluruhan akan dilaksanakan olehPejabat Pengurusan Penyampaian (Delivery ManagementOffice atau DMO) di bawah LADA yang akan memantaukemajuan, menyelesaikan masalah bersama penerajuinisiatif sekiranya berlaku kelewatan dan mengemukakanlaporan bulanan kepada LADA.- 6 -

More magazines by this user
Similar magazines