Muat turun di sini - InsuranceInfo

insuranceinfo.com.my

Muat turun di sini - InsuranceInfo

-Takaful keluarga berkumpulan (majikan, kelab, persatuan dan kesatuan) – Initermasuk pelan pelajaran berkumpulan, perubatan berkumpulan, kesihatan dan ‘rider’.Jumlah minimum peserta dikehendaki untuk layak memasuki pelan ini. Anda akanmendapat perlindungan dalam bentuk manfaat kewangan sekiranya berlaku kematianatau hilang upaya kekal.• AnuitiPelan yang memberi pendapatan tetap selepas anda bersara.• Berkaitan pelaburanSebahagian daripada caruman anda akan digunakan untuk membeli unit-unit pelaburanseperti unit saham atau sekuriti pendapatan tetap. Perlindungan takaful merangkumikematian dan hilang upaya kekal.Takaful keluarga 'rider' merupakan tambahan kepada pelan takaful keluarga asas. 'Rider'memberi perlindungan sekiranya berlaku kemalangan diri dan hilang upaya, perubatan dankesihatan.Manfaat di bawah takaful keluargaSekiranya anda meninggal dunia sebelum pelan takaful anda matang, pengendali takaful akanmembayar kepada penama (wasi) anda, manfaat-manfaat berikut:Daripada AP andaAmaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya dari tarikhpenerimaan pelan takaful hingga tarikh pembayaran sebelum kematian.Daripada AKP andaJumlah perlindungan risiko atau tabarru’.Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang, anda layak untuk menerima manfaatmanfaatberikut:Daripada AP andaAmaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya.Daripada AKP andaLebihan bersih yang diperuntukkan kepada anda, jika ada.Terma dan syarat utamaMustahak bagi anda memahami terma-terma yang digunakan dalam takaful keluarga. Jika andatidak pasti dengan maksud sesuatu terma itu, anda hendaklah bertanya kepada ejen anda ataupengendali takaful. Oleh kerana sijil merupakan kontrak yang sah, maksud-maksud yangtermaktub di dalam sijil tersebut akan diguna pakai semasa tuntutan dibuat.Sebahagian daripada terma-terma penting ialah:


Caruman – Ini ialah ansuran caruman takaful anda yang dibayar kepada pengendali takaful.Anda boleh memilih untuk membayar caruman secara bulanan, suku-tahunan, separuh-tahunanataupun tahunan.Tempoh tangguh – Anda akan dibenarkan tempoh tangguh selama 30 hari untuk menjelaskanbayaran ansuran caruman takaful. Jika anda meninggal dunia semasa tempoh tangguh, ansurancaruman takaful yang belum dijelaskan akan ditolak daripada jumlah manfaat takaful anda.Tempoh matang – Anda boleh memilih sebarang tempoh matang yang sesuai untuk keperluananda. Julat tempoh ini ialah dari 10 tahun hingga 40 tahun.Ciri-ciri penting takaful keluargaSebahagian daripada ciri-ciri penting takaful keluarga ialah:• Terbuka kepada semua individu berumur antara 18 hingga 55 tahun.• Anda mempunyai pilihan tempoh matang.• Tidak ada pelucuthakan jika berlaku pembatalan• Kemudahan untuk mengeluarkan sebahagian daripada caruman.• Perkongsian lebihan dengan pengendali takaful.• Menyediakan simpanan dan pelaburan jangka panjang.PengecualianTakaful keluarga pada lazimnya tidak melindungi perkara-perkara berikut:Percubaan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri dengan sengaja sama ada semasaanda siuman atau tidak.• Jika anda melanggar undang-undang.• Jika anda memprovokasi serangan.• Jika anda berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.• Jika anda menghidap AIDS atau HIV.• Sebab-sebab lain yang dilarang oleh undang-undang Syariah.Beritahu penama (wasi) andaBeritahu penama anda tentang takaful keluarga yang anda sertai, sebarang perubahan yangtelah dibuat dan tempat di mana anda menyimpan dokumen-dokumen tersebut.Simpan dokumen-dokumen tersebut di tempat yang selamat. Letakkan maklumat-maklumat asasseperti nama pengendali takaful, jenis pelan, nombor sijil dan nama-nama penama di tempatyang berasingan.Pastikan anda memaklumkan alamat penama anda dan pertukaran, jika ada, kepada pengendalitakaful anda.Bagaimanakah saya membuat tuntutan?Pengendali takaful akan membuat pembayaran kepada anda atau penama anda, bergantungkepada terma dan syarat di dalam sijil anda. Semasa membuat tuntutan:


Maklumkan kepada pengendali takaful anda dengan segera.Untuk tuntutan matang, sediakan salinan sijil takaful keluarga.Untuk tuntutan kematian, penama anda hendaklah menyediakan dokumen-dokumen berikut:• Salinan sijil kematian yang disahkan;• Salinan kad pengenalan simati;• Sijil takaful asal;• Bukti hubungan antara orang yang membuat tuntutan dan simati; dan• Dokumen-dokumen lain yang diminta oleh pengendali takaful.Bagaimana membuat aduan dan saluran penyelesaian yang tersedia• Sekiranya anda mempunyai aduan tentang produk atau perkhidmatan pengendali takafulatau anda tidak berpuas hati dengan penolakan atau tawaran penyelesaian tuntutan,anda hendaklah terlebih dahulu menyelesaikan aduan itu dengan Unit Aduan pengendalitakaful berkenaan.• Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dicapai, andaboleh menulis sama ada kepada Biro Pengantaraan Kewangan (FMB) atau Bank NegaraMalaysia yang akan mengendalikan aduan anda secara percuma. Anda mungkin inginmerujuk kepada pegawai di Unit Aduan pengendali takaful mengenai saluran yang betuluntuk mengendalikan aduan anda.• Sekiranya anda ingin mengemukakan aduan anda kepada FMB, ianya hendaklah dibuatdalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan muktamad pengendali takaful. FMBmengendalikan pertikaian di antara pihak menuntut dan pengendali takafulnya sendiriatau pengendali takaful pihak ketiga.• FMB merupakan sebuah badan bebas yang menyediakan saluran pengendalian aduanyang cepat, mudah dan cekap bagi pengguna membuat aduan atau menyelesaikanpertikaian mereka sebagai alternatif kepada mahkamah.• Walau bagaimanapun, FMB tidak mengendalikan pertikaian yang melibatkan hargaproduk takaful dan isu pengunderaitan, kes penipuan dan kes yang telah atau sedangdirujuk kepada mahkamah.• Selain itu, aduan yang dirujuk kepada FMB adalah terhad kepada:-oooRM200,000 bagi pelan takaful motor dan kebakaranRM100,000 bagi pelan takaful yang lainRM5,000 bagi kerosakan harta pihak ketiga• Bagi kes yang bukan di bawah bidang kuasa FMB, anda boleh mengemukakan aduan itukepada BNM.Maklumat terperinci tentang cara-cara membuat aduan boleh didapati di dalam buku kecilbertajuk 'Asas-asas Insurans dan Takaful'.Perkara yang perlu dan jangan dilakukanApabila memohon untuk menyertai takaful


Untuk memastikan sijil anda sah

More magazines by this user
Similar magazines