11.07.2015 Views

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR3. PENGURUSAN PROGRAM TRANSFORMASI INDUSTRI LEMBU PEDAGING3.1 LATAR BELAKANG3.1.1 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (Jabatan) bertanggungjawabmenjayakan dasar Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu bagimemenuhi permintaan dalam negeri dan mengurangkan import daging. Penternakan lembupedaging secara kecil-kecilan masih merupakan penyumbang utama bekalan daging lembusegar di Negeri Selangor. Jabatan telah melaksanakan Program Transformasi IndustriLembu Pedaging (Program) dengan mewujudkan Skim Pinjaman Tanpa Faedah (PINTAF)bagi mempertingkatkan sistem pengurusan ternakan sedia ada supaya lebih komersial,berdaya saing dan meningkatkan pengeluaran daging lembu.3.1.2 Program ini dilaksanakan di bawah RMKe-9 (tahun 2006 hingga 2010) denganperuntukan berjumlah RM3.35 juta. Sehingga akhir tahun 2009, sejumlah RM2.52 juta atau75.2% telah dibelanjakan daripada peruntukan tersebut. Objektif Program adalah untukmeningkatkan populasi lembu pedaging daripada 19,825 ekor kepada 27,970 ekor danpengeluaran daging daripada 3,965 tan metrik kepada 5,594 tan metrik menjelang tahun2010; mentransformasikan penternak lembu pedaging kecil-kecilan kepada tahap semikomersial atau daripada semi komersial kepada komersial; dan meningkatkan pendapatanpenternak yang menerima bantuan Skim PINTAF kepada sekurang-kurangnya RM36,000setahun.3.1.3 Program ini dilaksanakan di seluruh Negeri Selangor melalui Skim PINTAF.Penternak yang terpilih dibekalkan 10 hingga 100 ekor bibit lembu pedaging (ibu lembu)bermutu. Wang cagaran sejumlah RM400 dikenakan kepada penternak untuk setiap ekorbibit yang dibekalkan. Penternak dikehendaki menyerah kepada Jabatan seekor anak lembuberumur sembilan bulan dalam tempoh dua tahun. Khidmat nasihat teknikal dan pengurusanberkaitan pemakanan, kesihatan, pembiakan ternakan serta latihan diberikan kepadapenternak oleh Jabatan. Jadual 3.1 menunjukkan pengagihan ternakan lembu PINTAF diseluruh Negeri Selangor bagi tahun 2006 hingga 2009.15

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!