Pencegahan Kemalangan di Tempat Kerja - Kementerian Kesihatan ...

moh.gov.my
  • No tags were found...

Pencegahan Kemalangan di Tempat Kerja - Kementerian Kesihatan ...

01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page viiBAB 4PENGENDALIAN KEMALANGAN, PELAPORAN &RAWATAN KECEMASAN 53 - 704.1 Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) 544.1.1 Pengenalan 544.1.2 Objektif 544.1.3 Faedah-faedah ERP 554.1.4 Langkah-langkah Mewujudkan ERP 554.2 Polisi & Kaedah Melaporkan Kemalangan,Kemalangan Nyaris Dan Insiden Merbahaya 624.3 Notifikasi Kemalangan Menurut Perundangan 634.4 Penyiasatan Kemalangan, Kemalangan NyarisDan Insiden Merbahaya 644.4.1 Definisi 644.4.2 Penyiasatan Kemalangan 644.4.3 Panduan Menjalankan Penyiasatan Kemalangan 654.4.4 Peralatan Yang Diperlukan Dalam Penyiasatan 654.4.5 Persoalan Yang Perlu Dijawab Dalam Penyiasatan 654.4.6 Tatacara Penyiasatan Kemalangan 664.5 Rawatan Kecemasan Asas 664.5.1 Apa Itu Rawatan Kecemasan? 664.5.2 Tujuan Rawatan Kecemasan 674.5.3 Keperluan Rawatan Kecemasan 674.5.4 Komponen Penting Rawatan Kecemasan 674.5.5 Menganggar Keperluan Rawatan Kecemasan 684.5.6 Langkah Asas Rawatan Kecemasan 684.5.7 Komponen Kursus Rawatan KecemasanYang Disarankan 68Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerjavii


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page viiiSENARAI RAJAH & SENARAI SEMAKNo. Rajah Senarai Rajah HalamanRajah 1a Jumlah penduduk & pekerja di Malaysia 2dalam tahun 2000 – 2002Rajah 1b Taburan pekerja mengikut kumpulan umur dalam 3tahun 2002Rajah 1c Jumlah tenaga kerja mengikut jantina dalam 3tahun 2002Rajah 1d Kadar kemalangan di kalangan pencarum 4PERKESO aktif dalam tahun 1998-2003Rajah 2a Ringkasan konsep pencegahan kemalangan 12di tempat kerjaRajah 2b Faktor-faktor berkaitan kemalangan 14 - 15di tempat kerjaRajah 2c MS1722:2003 OSH MS Guideline 18Rajah 2d Jenis sinaran 25Rajah 2e Label tanda hazard sinaran mengion (Trifoil) 27Rajah 3a Jumlah kemalangan, kematian / kecederaan 34dan kenderaan terlibat dalam kemalanganjalan raya dalam tahun 1982-2002Rajah 3b Jumlah kenderaan yang terlibat dalam 35kemalangan jalan raya dalam tahun 1990-2002Rajah 3c Faktor penyumbang kemalangan jalan raya 36Rajah 3d Peratusan bahagian badan yang tercedera 36akibat kemalangan jalan raya tahun 2003Senarai (Motosikal) Sebelum Memulakan Perjalanan 46 - 48Semak 3aSenarai (Kereta) Sebelum Memulakan Perjalanan 49 - 52Semak 3bRajah 4 Pelan Tindakan Kecemasan 57viiiGaris Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page ixSKOP & KEGUNAAN GARIS PANDUANPENGENALANGaris panduan ini memuatkan fakta penting serta konsep asas yang bolehdigunakan sebagai panduan untuk mencegah kemalangan di tempat kerja. Iadiolah dengan ringkas supaya mudah difahami dan praktikal. Nama bahanbahanrujukan berkaitan turut disertakan bagi memudahkan pembacamendapat maklumat lebih lanjut mengenai topik-topik tertentu. Diharap garispanduan ini dapat dimanfaatkan untuk mencegah kemalangan di tempat kerjakhususnya di samping meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaamnya.SKOPGaris panduan ini memberi fokus kepada aspek pencegahankemalangan yang mungkin berlaku di kalangan pekerja, iaitu:• Di dalam kawasan tempat kerja.• Di jalan raya dalam masa pergi balik kerja dan semasa bertugas.KUMPULAN SASARANMajikan dan pekerja di pelbagai sektor.KEGUNAAN GARIS PANDUAN1. Sebagai sumber maklumat bagi majikan dan pekerja untuk meningkatkanpengetahuan tentang aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan amnyaserta aspek pencegahan kemalangan khususnya.2. Sebagai garis panduan bagi majikan untuk merancang dan melaksanakanprogram keselamatan dan kesihatan pekerjaan di peringkat organisasidalam usaha mencegah kemalangan.3. Sebagai salah satu sumber maklumat bagi organisasi untuk menjalankanaktiviti promosi keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi mencegahkemalangan di tempat kerja dan di jalan raya.Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerjaix


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page xOBJEKTIF UTAMA GARIS PANDUANBab 1Memberi maklumat tentang perangkaan warga kerja serta kemalangan ditempat kerja dan prinsip-prinsip asas keselamatan/kesihatan pekerjaan.Bab 2Memberi maklumat berkenaan konsep kemalangan dan pencegahan risikokemalangan di tempat kerja bedasarkan hazard tertentu.Bab 3Memberi maklumat tentang perangkaan kemalangan jalan raya danpanduan mencegah kemalangan jalan raya di kalangan pekerja, pemandukomersial dan syarikat pengangkutan.Bab 4Memberi maklumat berkenaan pengendalian kemalangan di tempat kerjaseperti pelan tindakan kecemasan, laporan kemalangan, siasatankemalangan dan asas rawatan kecemasan.xGaris Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page xiAHLI JAWATANKUASA TEKNIKALPENYEDIAAN GARIS PANDUANPENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPATKERJA KKMPengerusiDR. SIRAJUDDIN HASHIMKetua Penolong PengarahUnit Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Kawalan PenyakitKementerian Kesihatan MalaysiaSetiausahaDR. NOR ‘AISHAH BT. ABU BAKARPenolong PengarahUnit Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Kawalan PenyakitKementerian Kesihatan MalaysiaAhli-ahli1. PROF. DR. KRISHNA GOPAL RAMPALJabatan Kesihatan Masyarakat,Fakulti Perubatan UKM2. PROF DR. ISMAIL BAHARIProgram Siswazah Pengurusan Keselamatan Industri, UKM3. DR. ABU HASAN SAMADCountry Medical Advisor & Occupational Health Manager,ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc.Pengerusi Persatuan Perubatan Pekerjaan & Persekitaran Malaysia (SOEM),Malaysia Medical Association (MMA)4. PROF MADYA DR. TENGKU ARIFF RAJA HUSSINJabatan Perubatan Masyarakat,Fakulti Perubatan USMGaris Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerjaxi


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page xii5. PROF MADYA DR. NIK HISAMUDDIN B. NIK ABD. RAHMANPakar TraumatologiJabatan Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia6. DR. FARIDAH AMINPakar Kesihatan PekerjaanJabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)7. DR. UMMI KALTHOM SHAMSUDINPakar Kesihatan PekerjaanBahagian Kesihatan Pekerjaan, Institut Kesihatan Umum8. DR. JEFFERELLI SHAMSUL BAHRINPakar Kesihatan PekerjaanBASF PETRONAS Chemicals Sdn. Bhd9. DR. MOHD FAID ABD RASHIDKetua Penolong Pengarah, JKN Negeri Sembilan10. DR. MOHD NIZAM JEMOINPensyarahJabatan Kesihatan Masyarakat (Kesihatan Pekerjaan),Fakulti Perubatan UKM11. DR. ISMAIL SALLEHKetua Penolong Pengarah, JKN Pahang12. DATO DR. ABU HASSAN ASAARI B. ABDULLAHKetua Jabatan Kecemasan & Pakar Perunding Kanan TraumatologiJabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur13. DR. ROSIDAH IBRAHIMPakar TraumatologiJabatan Kecemasan Hospital Serdang14. DR. MUHAMMAD FADHLI M. YUSOFFPenolong PengarahUnit Pencegahan Keganasan & Kecederaan,Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan MalaysiaxiiGaris Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page xiii15. DR. MOHAMMED AZMAN B. AZIZ MOHAMMEDPengurus Unit Perubatan & Pemulihan PERKESO (SOCSO)16. DR. UMARAZINA ABDUL KADIRUnit Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Kawalan PenyakitKementerian Kesihatan Malaysia17. DR. NORMADIAH JABARUnit Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Kawalan PenyakitKementerian Kesihatan Malaysia18. PN. HAJJAH MAIMUNAH BT KHALIDPengurusInstitut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)19. ASP AZMI B. ISHAKInspektor Pentadbiran TrafikCawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman20. ASP CHE AZMI B. BIDINASP Kem KomandanIbu Pejabat Polis Bukit Aman21. TN. ZAMRI B. CHE DINPenolong PesuruhjayaJabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan22. EN. ABDUL RAHIM HASHIMPegawaiJabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)23. EN. ANIS FAHMY PAUZIAssociate ConsultantMalaysia Employer Federation (MEF)24. TN. HAJI ABD HAMID B. OSMANPenolong Pegawai Kesihatan Persekitaran KananUnit Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Kesihatan MalaysiaGaris Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerjaxiii


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page xiv25. PN. HAPSAH SHAHRINPenyelia JururawatUnit Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Kesihatan Malaysia26. EN. SHARUDIN SHARIPengerusi, Malaysian Association of Safety and Health Officer (MASHO)27. EN. CHE RAMLI ISMAILMalaysian Association of Safety and Health Officer (MASHO)28. EN. ZAINAL ABIDIN YAACOBMalaysian Association of Safety and Health Officer (MASHO)29. EN. MOHD ASRI B. ZAINUDINPenolong Pegawai Kesihatan PersekitaranPejabat Kesihatan Daerah Petaling, SelangorUrusetiaEN. NOR AZHAR B. KAMALUDIN &CIK HAFSAH BT MUHAMMAD ALINAFIAHPegawai Penyelidik, Unit Kesihatan Pekerjaan,Kementerian Kesihatan MalaysiaxivGaris Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 1bab 1Prinsip Asas KeselamatanDan Kesihatan Pekerjaan


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 2BAB 1Prinsip Asas Keselamatan DanKesihatan Pekerjaan1.1 PengenalanWarga pekerja merupakan penggerak utama dalam memastikan keutuhanekonomi sesebuah negara. Setiap tahun, terdapat peningkatan dalambilangan warga kerja (Rajah 1a). Dalam tahun 2004, 10.4 juta (40.0%)daripada penduduk Malaysia adalah terdiri daripada pekerja. Majoritipekerja, iaitu hampir 60.0% berusia antara 20-39 tahun (Rajah 1b). Lebihdaripada satu pertiga daripada tenaga kerja di Malaysia kini adalah terdiridaripada golongan wanita (Rajah 1c).30PendudukPekerjaBilangan (juta)25201523.62424.62525.5109.59.79.910.210.4502000 2001 2002Tahun2003 2004Rajah 1a - Jumlah penduduk dan pekerja di Malaysia dalam tahun 2000 - 2004(Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia)2Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 335Peratus (%) Pekerja302520151031.027.821.911.555.62.30< 19 20-29 30-39 40-49 50-59 > 60Umur (tahun)Rajah 1b - Taburan pekerja mengikut kumpulan umur dalam tahun 2004(Sumber:Jabatan Perangkaan Malaysia)6.6 juta (64.0%)3.7 juta (36.0%)PerempuanLelakiRajah 1c - Jumlah tenaga kerja mengikut jantina dalam tahun 2004(Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia)Bagi memastikan pekerja dapat berfungsi dengan cemerlang, keselamatandan kesihatan pekerja perlu diutamakan di setiap tempat kerja, samada disektor pembuatan, pembangunan, pertanian, perlombongan, perikananatau pun perkhidmatan. Antara tahun 1998-2003, secara purata 153 bagisetiap 10,000 pekerja terlibat dengan kemalangan di tempat kerjamanakala 42 bagi setiap 10,000 pekerja terlibat dengan kemalangan dalamperjalanan pergi balik kerja (Rajah 1d).Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 3


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 4200Kemalangan di tempat kerjaKemalangan perjalananBilangan kes kemalangan bagisetiap 10,000 pekerja15010050158 16015439 40 4016515646 451274001997 1998 19992000Tahun2001 2002 2003 2004Rajah 1d - Kadar kemalangan di kalangan pencarum PERKESO aktif dalam tahun 1998 -2004 (Sumber : PERKESO)Kemalangan di kalangan pekerja mendatangkan implikasi serius sepertikehilangan nyawa dan kecacatan yang menelan kos yang tinggi. Sebagaicontoh, perbelanjaan pampasan yang dikeluarkan oleh PERKESO padatahun 2002 untuk faedah hilang upaya kekal akibat kemalangan di tempatkerja adalah RM119.6 juta manakala akibat kemalangan dalam perjalananpergi-balik kerja adalah berjumlah RM102.7 juta. Oleh itu, kerajaanberwawasan untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerjamelalui aktiviti-aktiviti program promosi keselamatan dan kesihatanpekerjaan, program latihan dan penguatkuasaan akta-akta serta peraturanperaturanberkaitan.4Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 51.2 Definisia) KemalanganKemalangan merupakan kejadian yang tidak diingini yang bolehmengakibatkan kecederaan, kesakitan, kematian atau kerosakankepada harta benda. (Sila juga rujuk 3.2 dan 4.4.1)b) Kemalangan Di Tempat KerjaMeliputi kemalangan yang:1. Berpunca dan terbit daripada pekerjaan yang dilakukan –Kemalangan yang melibatkan pengendalian mesin atauperalatan dan kemalangan di tempat kerja yang berpunca daripekerjaan.2. Berpunca daripada perjalanan:• Ulang-alik dari tempat kediaman ke tempat kerja setiap hari.• Dari tempat kerja ke tempat makan sewaktu rehat yangdibenarkan.• Berkaitan dengan pekerjaan.c) HazardApa-apa yang berpotensi memudaratkan pekerja samada dari segikeselamatan atau kesihatan. Hazard boleh dibahagikan kepada:• Hazard kimia – Pelarut, asid, alkali, gas, dan lain-lain.• Hazard fizikal – Elektrik, haba, bunyi bising, radiasi,debu/habuk, dan lain-lain.• Hazard biologikal – Virus, bakteria, kulat, parasit, seranggapembawa penyakit, haiwan berbisa, dan lain-lain.• Hazard ergonomik – Stesyen kerja yang tidak sesuai denganpekerja, pengendalian manual, postur kekok (awkward posture),kerja berulang, dan lain-lain.• Hazard psikososial – Kerja syif, tekanan di tempat kerja,penyalahgunaan dadah dan alkohol, gangguan seksual,keganasan, dan lain-lain.d) RisikoKebarangkalian bagi sesuatu hazard untuk menyebabkan kemudaratan.Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 5


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 61.3 Konsep Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat KerjaDalam era ini, keselamatan dan kesihatan pekerja bukan lagi dianggapsebagai elemen yang berasingan kerana ia berkait rapat antara satu samalain. Tempat kerja yang kurang selamat meningkatkan risiko kemalanganserta kecederaan yang pastinya menjejaskan kesihatan. Dalam masa yangsama, pekerja yang kurang sihat adalah lebih berisiko untuk mengalamikemalangan. Kewujudan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(OSHA) 1994 jelas menunjukkan perkaitan dan kepentingan kedua-duaelemen ini. Matlamat utama akta tersebut ialah untuk menghasilkanbudaya kerja yang selamat dan sihat di kalangan semua pekerja danmajikan di Malaysia.Keselamatan di tempat kerja adalah berkenaan pencegahan kemalangan,kecederaan atau penyakit di kalangan pekerja atau orang-orang lain yangberada di tempat kerja. Selain daripada memelihara nyawa serta kesihatanpekerja yang merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi atausyarikat, pencegahan kemalangan secara tidak langsung dapatmengurangkan kos rawatan, pampasan, kehilangan produktiviti,ketidakhadiran bekerja, kerosakan harta-benda, perkhidmatan kesihatanmasa depan, hilang upaya dan lain-lain lagi.Ringkasnya keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah penting darisudut:• Kemanusiaan dan moral;• Perundangan; dan• Kewangan.1.4 Peranan Majikan Dalam Pencegahan KemalanganMajikan atau pihak pengurusan atasan merupakan tonggak utama dalammemastikan kejayaan sesuatu program pencegahan kemalangan di tempatkerja. Ianya berkait rapat dengan pengetahuan majikan tentang aspekkeselamatan dan kesihatan di tempat kerja, sikap, komitmen, harapan danperuntukan yang sanggup dilaburkan untuk tujuan keselamatan dankesihatan. Pihak pengurusan di setiap peringkat perlu memahami tentangkepentingan pencegahan kemalangan dimana ia merupakan sebahagiandaripada tugas utama. Majikan perlulah berpengetahuan tentang aspekkeselamatan dan kesihatan pekerjaan serta mampu memantau aktivitiaktivitiyang dijalankan.6Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 7Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 jelasmenyatakan kewajipan majikan dan setiap orang yang bekerja sendiriuntuk memastikan setakat yang praktik, kesihatan, keselamatan dankebajikan semua pekerjanya semasa bekerja.Tanggungjawab Majikan• Menyediakan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan yangmerupakan pernyataan bertulis mengenai dasar am mengenaikeselamatan dan kesihatan, organisasi, perkiraan, (pelan, kaedah,latihan, dan sebagainya) langkah-langkah keselamatan dan kesihatandi tempat kerja.• Menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan bagiorganisasi yang mempunyai 40 orang pekerja atau lebih.• Menggaji atau melantik seorang pegawai yang kompeten untukbertindak sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan bagi organisasitertentu seperti yang telah ditetapkan dalam Peraturan Keselamatandan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan) 1997,atau apabila diarahkan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatandan Kesihatan Pekerjaan.• Menyediakan maklumat, arahan dan penyeliaan bagi memastikankeselamatan dan kesihatan terjamin.• Menyedia dan menyelenggara tempat dan sistem kerja supaya selamatdan sihat.• Mengatur perolehan, penggunaan, pengendalian, penyimpanan,pengangkutan dan pelupusan bahan-bahan secara selamat.• Menyediakan kemudahan kebajikan kepada pekerja seperti bilik rehatpekerja, tempat makan yang sesuai dan kemudahan kecemasan.• Mengadakan pengawasan (surveillance) perubatan untuk pekerjayang terdedah kepada hazard tertentu di tempat kerja.• Mengadakan latihan induksi dan latihan dalam perkhidmatan darimasa ke semasa.Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 7


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 8• Melaporkan kejadian kemalangan dan penyakit pekerjaan kepadapihak yang berwajib.• Menyediakan rekod-rekod keselamatan dan kesihatan.• Membekalkan kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi (PPE)yang sesuai dan berkesan.1.5 Peranan Pekerja Dalam Pencegahan KemalanganPeranan pekerja dalam pencegahan kemalangan adalah sama pentingdengan majikan. Tanpa kerjasama serta sokongan pekerja, segala langkahkeselamatan atau peraturan yang ditetapkan tidak akan dapatdipraktikkan.Segala 24 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menjelaskanbahawa pekerja turut bertanggungjawab dalam memberi perhatian yangmunasabah bagi memelihara keselamatan dan kesihatan dirinya dan oranglain semasa bekerja.Tanggungjawab Pekerja• Pekerja perlu memberi perhatian yang munasabah bagi menjagakeselamatan dirinya dan orang lain semasa bekerja.• Pekerja perlu bekerjasama serta mematuhi arahan majikan atau orangoranglain yang berkaitan.• Pekerja perlu mematuhi arahan berkaitan keselamatan dan kesihatandi tempat kerja.• Pekerja perlu menggunakan kelengkapan atau pakaian perlindunganperibadi atau apa-apa kelengkapan yang dibekalkan.8Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 91.6 Pencegahan Kemalangan dan Penyakit PekerjaanAdalah Pelaburan MenguntungkanKemalangan di tempat kerja atau masalah kesihatan yang timbul ekorandaripada kemalangan boleh menelan kos yang tinggi kepada organisasi.Pencegahan kemalangan, kecederaan dan penyakit pekerjaan bukan sahajamengurangkan kos, malah ia juga meningkatkan prestasi organisasi.Sebagai contoh:• Pekerja yang sihat adalah lebih produktif dan menghasilkan mutukerja yang lebih berkualiti.• Penurunan kemalangan dan masalah kesihatan yang berkait denganpekerjaan dapat mengurangkan cuti sakit. Seterusnya mengurangkankos dan tidak menganggu produksi.• Peralatan dan persekitaran kerja yang optimum dengan pekerjamampu meningkatkan produktiviti, kualiti dan mengurangkan risikokeselamatan serta kesihatan.• Penurunan kadar kemalangan dan masalah kesihatan yang berkaitdengan pekerjaan dapat mengurangkan kerosakan sertamengurangkan risiko menanggung kerugian.1.7 Program Keselamatan & Kesihatan Di Tempat KerjaBagi memastikan kejayaan program keselamatan dan kesihatan di tempatkerja, perancangan yang teliti, sesuai dengan tempat kerja perlu dilakukansecara sistematik. Program keselamatan dan kesihatan mengandungiaktiviti-aktiviti berikut:• Menentukan dasar keselamatan dan kesihatan yang ingin dicapai.• Mengenalpasti dan menubuhkan organisasi pengurusan program.• Menaksirkan risiko.• Melaksanakan kawalan risiko.• Menyemak, menilai dan menambahbaik secara berperingkat.Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 9


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 101.8 Rintangan Dalam Melaksanakan Program KeselamatanDan Kesihatan PekerjaanDalam melaksanakan program keselamatan dan kesihatan di tempat kerja,mungkin terdapat pelbagai rintangan yang boleh menyulitkan pelaksanaanprogram ini atau melemahkan semangat pegawai atau pekerja yangbertanggungjawab. Sebagai contoh:• Kurang sokongan dari pihak-pihak lain dalam organisasi yang bukandaripada pihak yang menguruskan keselamatan dan kesihatan.• Kurang kefahaman pihak pengurusan tentang kepentingan programkeselamatan dan kesihatan pekerjaan.• Persepsi dari pihak pengurusan bahawa program keselamatan dankesihatan pekerjaan membebankan dari segi sumber kewangan,masa, tenaga dan logistik.• Kurang komunikasi berkenaan isu keselamatan, matlamat danpencapaian.• Struktur organisasi yang mempunyi cawangan di pelbagai tempat.1.9 Cara Mengatasi Rintangan Pelaksanaan ProgramKeselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.• Mempertingkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan dankesihatan pekerjaan di kalangan pihak pengurusan dan pekerja.• Memastikan keseluruhan prestasi organisasi dan pihak pengurusanmengambilkira pencapaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan.10Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 11bab 2Pencegahan Kemalangan DiTempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 12BAB 2Pencegahan Kemalangan Di Tempat KerjaSKOPGaris panduan ini merangkumi kemalangan yang berlaku di dalamkawasan tempat kerja kecuali di jalan raya.2.1 PengenalanKemalangan adalah sesuatu yang kompleks dan berlaku tanpa dirancang,namun ia boleh dicegah. Kemalangan boleh diakibatkan oleh dua sebabutama:• Tindakan yang tidak selamat (Unsafe act)• Keadaan kerja tidak selamat (Unsafe condition)Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasipenyebab-penyebab faktor penyumbang kemalangan. Rajah 2amenerangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kemalangandengan lebih terperinci.KONSEPPENCEGAHAN KEMALANGANPERILAKUSELAMATKEADAAN KERJASELAMATPERSEKITARANRajah 2a - Ringkasan konsep pencegahan kemalangan di tempat kerja12Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 132.1.1 Perilaku Selamat Yang Perlu Diamalkan• Sentiasa mengikut protokol kerja selamat.• Menumpukan sepenuh perhatian semasa bekerja.• Mematuhi arahan keselamatan sepanjang masa.• Menyelenggara mesin dan peralatan secara sistematik.• Tidak makan, minum atau merokok semasa bekerja.• Tidak dipengaruhi alkohol atau dadah semasa bekerja.• Menghadiri latihan keselamatan dan kesihatan di tempat kerjadari masa ke semasa.• Menggunakan kelengkapan atau pakaian perlindunganperibadi yang sesuai dengan betul.2.1.2 Keadaan Kerja Selamat Yang Perlu Diwujudkan• Susun atur yang kemas.• Ruang kerja yang selesa.• Pencahayaan yang mencukupi bagi kerja yang dilakukan.• Pengalihan udara yang baik.• Bunyi bising yang terkawal.• Peralatan yang berfungsi dengan baik dan sesuai.• Peranti keselamatan pada mesin yang sesuai.• Bahan kimia berbahaya disimpan di tempat yang selamat.• Sistem penggera yang berfungsi.• Sistem pencegah kebakaran yang lengkap dan berfungsi.• Tanda-tanda amaran bahaya yang jelas dan mencukupi.• Tanda-tanda arahan keselamatan yang jelas dan mencukupi.2.1.3 Mengawal Faktor-Faktor Penyumbang KemalanganSelain daripada perilaku tidak selamat semasa kerja dan keadaankerja yang tidak selamat, faktor-faktor lain yang turut menyumbangkepada kemalangan juga perlu dikawal (Rujuk Rajah 2b).Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 13


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 14PENYEBAB KEMALANGANTINDAKAN TIDAK SELAMAT• Tidak mengikut protokol kerja selamat• Tidak menumpukan sepenuh perhatian semasa bekerja• Tidak mematuhi arahan keselamatan sepanjang masa• Tidak menyelenggara mesin dan peralatan secara sistematik• Makan, minum atau merokok semasa bekerja• Di bawah pengaruh alkohol atau dadah dalam waktu kerja• Tidak menghadiri latihan keselamatan dan kesihatanditempat kerja dari masa ke semasa• Tidak menggunakan kelengkapan atau pakaianperlindungan peribadi yang sesuai dengan betulPERSEKITARAN KERJA TIDAK SELAMAT• Susun atur yang tidak kemas• Ruang kerja yang tidak selesa• Pencahayaan yang tidak mencukupi bagi kerja yang dilakukan• Pengaliran udara yang tidak baik• Bunyi bising yang tidak terkawal• Peralatan yang tidak berfungsi dengan baik dan sesuai• Tiada kelengkapan atau pakaian keselamatan pada mesin yang sesuai• Bahan kimia berbahaya disimpan di tempat yang tidak selamat• Sistem penggera yang tidak berfungsi• Sistem pencegah kebakaran yang tidak lengkap dan tidak berfungsi• Tanda-tanda amaran bahaya yang tidak jelas dan mencukupi• Tanda-tanda arahan keselamatan yang tidak jelas dan mencukupiRajah 2b - Faktor-faktor berkaitan kemalangan di tempat kerja(Sumber: ILO Encyclopedia of Occupational Health & Safety)14Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 15JENIS KEMALANGAN• Tersepit antara objek• Terjatuh• Tergelincir• Berlanggar• Meletup• TerbakarAKIBAT• Melambatkan pengeluaran• Menjejaskan kualiti• Kerosakan• Kemusnahan harta benda• Kecacatan / Kecederaan• KematianFAKTOR PENYUMBANG KEMALANGANTINDAKANPENGURUSANKESELAMATAN• Arahan tidak lengkap• Peraturan tidakdikuatkuasakan• Keselamatan bukanmerupakan sebahagiandari tatacara kerja• Hazard yang ada tidakdikawal dengan baik• Kurang interaksi antarapihak PengurusanKeselamatan danKesihatan dengan pekerja• Peranti perlindunganperibadi tidak dibekalkan-KEADAANMENTALPEKERJA• Kurang kesedarantentang kepentingankeselamatan dankesihatan pekerjaan• Kurang kordinasi• Reaksi psiko-motorperlahan• Sikap yang kurang baik• Kurang daya tumpuan• Emosi kurang stabil• Cepat panik• Cepat baranKEADAANFIZIKALPEKERJA- • Kelesuan• Kurang dayapendengaran• Kurang dayapenglihatan• Kurang kekuatanfizikal untukmelakukan kerja• Kecacatan ataukurang upayaGaris Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 15


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 16Tindakan Pengurusan Keselamatan• Memastikan arahan lengkap.• Memastikan peraturan dikuatkuasakan.• Menentukan keselamatan merupakan sebahagian dari tatacarakerja.• Memastikan hazard yang ada dikawal dengan baik.• Meningkatkan interaksi antara pihak pengurusan keselamatandan kesihatan dengan pekerja.• Membekalkan kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadiyang sesuai.Keadaan Fizikal Pekerja• Tingkatkan kecergasan.• Mengenalpasti pekerja yang kurang upaya.Keadaan Mental Pekerja• Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatandan kesihatan pekerjaan.• Meningkatkan koordinasi.• Meningkatkan reaksi psiko-motor.• Menanamkan sikap yang baik.• Meningkatkan daya tumpuan.• Memastikan emosi stabil.• Jangan mudah panik.• Kawal kemarahan.2.2 Langkah-Langkah KawalanLangkah-langkah yang perlu diambil untuk mengenalpasti dan mengawalkemalangan termasuklah:a) Melakukan HIRA (Hazard Identification and Risk Assessment)HIRA bermaksud mengenal pasti hazard dan menaksir risiko. Iamelibatkan proses:• Mengenal pasti hazard-hazard yang terdapat di tempat kerja.• Menaksir risiko setiap hazard.• Menentu dan menyusun risiko hazard tersebut mengikutarasnya. Iaitu sama ada risiko tersebut boleh diterima tanpa apaapasyarat (risk acceptable), diterima dengan syarat kawalan16Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 17tertentu (risk acceptable with control) atau menolak hazardkerana risiko tidak boleh diterima (risk not acceptable).b) Melakukan kawalan melalui hirarkiRisiko daripada hazard hendaklah dikawal mengikut hirarki kawalanseperti berikut:• Penghapusan (Elimination)Menghapuskan hazard dari tempat atau proses kerja (misalnyatidak lagi menggunakan asbestos kerana ia boleh menyebabkanpenyakit paru-paru seperti asbestosis dan barah).• PenggantianMenggantikan hazard yang ada dengan sesuatu yang kurangberisiko (misalnya pemotong berkuasa pneumatik digunakandalam kerja memotong yang melibatkan bahan bakar bagimenggantikan pemotong yang menghasilkan percikan api).• KejuruteraanMemasukkan ciri-ciri keselamatan ke dalam peralatan, mesinatau kelengkapan pekerjaan (misalnya memasang penghadangkepada bahagian mesin yang berputar).• PentadbiranAspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan diurus oleh pihakpengurusan dan pekerja (misalnya melaksanakan tugas secarabergilir untuk mengurangkan pendedahan kepada hazard).• Kelengkapan atau Pakaian Perlindungan Peribadi (PersonalProtective Equipment, PPE)Memakai kelengkapan diri yang memberikan perlindungantambahan kepada pemakai selepas semua kaedah kawalan diatas telah diambil kira dan dilaksanakan.Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 17


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 18c) Semakan SemulaSetiap perancangan langkah keselamatan dan kesihatan yang diambilkira tidak semestinya sempurna dan sesuai pada sepanjang masa.Untuk memastikan risiko hazard sentiasa berada di tahap yang bolehditerima, maka semakan semula perancangan dan langkahkeselamatan dan kesihatan hendaklah dilakukan. Semakan semulahendaklah didorong oleh sikap pengaturan kendiri (self regulation)dan penambahbaikan secara berperingkat. Rajah 2c menunjukkansatu sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yangboleh digunakan untuk memastikan semakan semula.Rajah 2c - MS 1722:2003 Occupational Safety & Health Management SystemGuideline (Sumber: MS 1722 SIRIM)18Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 192.3 Kategori Pengurusan RisikoPengurusan risiko boleh dibahagikan kepada:a) Pengurusan Risiko Hazard Kimiab) Pengurusan Risiko Hazard Fizikalc) Pengurusan Risiko Hazard Biologid) Pengurusan Risiko Hazard Trafik Di Tempat Kerjae) Pengurusan Risiko Kebakaran Di Tempat Kerja2.4 Pengurusan Risiko Hazard KimiaBahan kimia bermaksud bahan-bahan yang bersifat racun, merengsa,memeka (sensitizer), menghakis, karsinogenik, mudah terbakar ataumudah meletup. Apabila bahan kimia ini tertumpah, terpercik, terhidu atautermakan ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada pekerja danpersekitarannya.Berikut adalah takrif bahan kimia dan bahan kimia berbahaya kepadakesihatan mengikut peraturan-peraturan:• Bahan Kimia – Sebatian atau campuran daripadanya samada asliatau tiruan tetapi tidak termasuk mikroorganisma.• Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan – Mana-mana bahankimia yang:• Disenaraikan dalam Jadual I atau II. Peraturan-PeraturanKeselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan danStandard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya KepadaKesihatan) 2000.• Mempunyai mana-mana sifat yang dikategorikan dalamBahagian B Jadual I Peraturan-Peraturan Keselamatan danKesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan PelabelanBahan Kimia Berbahaya) 1997.• Terdapat dalam takrif racun makhluk perosak di bawah AktaRacun Makhluk Perosak 1974.• Disenaraikan dalam Jadual Pertama Peraturan-peraturan KualitiAlam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989.Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 19


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 20a) Kesan-kesan Bahan Kimia Kepada Keselamatan dan Kesihatan• Kesan akut – Kesan akut adalah kesan jangka pendek yang lazimberlaku pada dos yang tinggi dan jangka masa pendek. (Cth:Menghakis kulit (corrosive), menyebabkan kerengsaan (irritant)atau memeka kulit (sensitize) selepas atau sebaik sahajaberlakunya pendedahan).• Kesan kronik – Toksik kepada sistem pernafasan, hati, ginjal,reproduktif atau saraf cth: kegagalan hati, kegagalan paru-paru.• Karsinogenik – Boleh menyebabkan barah.b) Kaedah Pengurusan Risiko Kimia:• Mengenal pasti bahan kimia berbahaya di tempat kerja denganmelakukan pemeriksaan di tempat kerja.• Mewujudkan daftar bahan kimia yang ada di tempat kerja secarakomprehensif.• Mendapatkan maklumat keselamatan dan kesihatan bahan kimiadaripada:Maklumat bahan kimia boleh didapati dari:• Daftar Bahan Kimia• Risalah Data Keselamatan Kimia (CSDS – Chemical SafetyData Sheet):• CSDS adalah dokumen yang boleh dirujuk untukmendapatkan maklumat keselamatan dan kesihatantentang satu-satu bahan kimia.• CSDS terkini bagi setiap bahan kimia wajib ada ditempat kerja.• CSDS ditulis dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggerisdan dalam bahasa-bahasa lain yang diperlukan.• Mendapatkan latihan dan mematuhi protokol kerja selamatdalam menjalankan aktiviti penggunaan bahan kimia.• Mengikuti program pendidikan dan latihan.Program pendidikan serta latihan yang efektif merupakan faktorpenting dalam memastikan bahan kimia dikendalikan secara selamat.20Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 21c) Kandungan Program Latihan Bagi Keselamatan Kimia• Kuantiti, lokasi, kaedah penggunaan, penyimpanan danpelupusan bahan kimia.• Kaedah operasi yang melibatkan pendedahan bahan kimia.• Kaedah mengenal pasti dan mengukur bahan kimia yangterbebas ke persekitaran.• Kesan bahan kimia kepada kesihatan.• Program pemantauan – tujuan dan penerangan.• Pengawasan perubatan – tujuan dan penerangan.• Tindakan susulan – sekiranya pekerja mempunyai tanda dangejala pendedahan kepada bahan kimia.• Penggunaan kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi(PPE) – fungsi, penggunaan yang betul, had penggunaan PPE.• Maklumat berkenaan bahaya kebakaran semasa mengendalikanbahan kimia tertentu, kesan akut dan langkah kecemasan.• Maksud tanda amaran dan label pada bahan kimia.• Hak pekerja – kemudahan untuk mendapatkan maklumatberkenaan bahan kimia yang dikendalikan, pengawasan perubatan.• Latihan kaedah kecemasan sekiranya terjadi kemalangan kimiaserta rawatan kecemasan.2.5 Pengurusan Risiko Hazard FizikalHazard fizikal adalah hazard yang berkaitan dengan tenaga. Hazard jenis initermasuk hazard elektrik, suhu yang keterlaluan, sinaran, kebisingan,mekanikal, tempat kerja yang tidak kemas, tidak teratur (poorhousekeeping) dan lain-lain.2.5.1 Pengurusan Risiko Hazard ElektrikKuasa elektrik boleh mencederakan dan membunuh. Ini bolehterjadi akibat daripada:• Sentuhan dengan bahan atau pendawaian elektrik yang hidupmengakibatkan renjatan elektrik, terbakar dan kebakaran.• Pendawaian dan peralatan elektrik yang rosak dan bolehmengakibatkan renjatan elektrik, terbakar dan kebakaran.• Bahan atau dawai elektrik menjadi sumber nyalaan dipersekitaran mudah terbakar atau mudah meletup. Akibatnyaberlakunya kebakaran atau letupan.Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 21


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 22Risiko kemalangan akibat daripada hazard elektrik bergantungkepada bagaimana dan di mana bahan atau wayar elektrik itudigunakan. (Cth: Kawasan yang basah dan kawasan yang sesakadalah lebih berisiko untuk terjadinya kemalangan).Akta Berkaitan: Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994;Akta Kilang dan Jentera 1967 (Dikuatkuasakan oleh JabatanKeselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) dan Akta Bekalan Elektrik1990 (Dikuatkuasakan oleh Jabatan Bekalan Elektrik).Kaedah Pencegahan Hazard Elektrik• Menggunakan peralatan elektrik yang bersesuaian dan selamat.• Menggunakan peralatan keselamatan tambahan bagi meningkatkankeselamatan sistem elektrikal.• Menjalankan penyelenggaraan berkala ke atas sistem elektrikal.• Mendapat latihan dan mematuhi protokol kerja selamat dalampenggunaan, pengendalian atau penyelenggaraan peralatan elektrikdan punca elektrik lain.• Melakukan pendawaian hanya selepas mendapat sijil kompetensiyang berkaitan.2.5.2 Pengurusan Risiko Suhu TinggiTempat kerja yang terlalu panas samada bekerja di lapangan atau didalam bangunan berhaba bukan sekadar menyebabkanketidakselesaan tetapi boleh meningkatkan risiko kemalangan akibatkekejangan otot, heat exhaustion dan maut.a) Kesan Risiko Suhu Tinggi Kepada Keselamatan danKesihatan• Ruam panas atau prickly heat: Berlaku disebabkankelenjar peluh tersumbat dan akibatnya peluh terkumpul.• Heat Cramps (Kejang otot akibat haba): Kebiasaannyaterjadi pada tangan, kaki dan bahagian perut. Biasa terjadiselepas kuat berpeluh dan tidak meminum air denganmencukupi.• Heat Syncope: Tidak sedar secara tiba-tiba. Berlakuakibat dari tekanan darah yang terlalu rendah. Selalunya22Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 23terjadi selepas menjalankan kerja berat secara berterusan.Kulit menjadi dingin dan melekit manakala denyutan nadipula lemah.• Heat Exhaustion: Tanda-tanda termasuklah kepenatan,pening, kulit yang lekit (clammy skin), kuat berpeluh,hilang selera makan, loya dan sakit pada bahagian perut.Tanda-tanda ini timbul apabila badan kehilangan terlalubanyak air ketika menjalankan aktiviti fizikal yang kuat dikawasan bersuhu tinggi.• Heat Stroke: Badan kehilangan keupayaan untukmenyejukkan diri sendiri. Akibatnya suhu badanmeningkat, nadi menjadi cepat, hilang orientasi,kebingungan, tekanan darah menurun, tidak sedar dankoma. Masalah ini memerlukan rawatan perubatan yangsegera kerana boleh menyebabkan kematian.b) Kaedah Pencegahan Risiko Suhu Tinggi• Mendapatkan latihan dan mematuhi protokol kerjaselamat berkaitan dengan pekerjaan di dalam persekitaransuhu tinggi.• Melakukan kerja pada waktu yang kurang panas sepertiawal pagi, senja, waktu malam atau pada hari-hari sejuk.• Membiasakan diri dengan kepanasan secara beransuransur(acclimatization) – waktu pekerja terdedah kepadapersekitaran kerja yang panas ditingkatkan secaraberansur-ansur. Ini memberi peluang kepada tubuh untukmenyesuaikan diri dengan persekitaran panas secaraberperingkat.• Meminum air dengan lebih kerap bagi menggantikan airyang banyak hilang melalui peluh.• Menggunakan alat pendingin udara untuk mengurangkanhazard haba dalam bangunan dan kenderaan.• Mesin-mesin yang menghasilkan haba perlu mempunyaisistem pengudaraan untuk mengurangkan hababerlebihan.• Mengurangkan masa pendedahan melalui penggiliranpekerja.• Berehat seketika antara waktu kerja di tempat sejukGaris Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 23


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 24seperti di bilik berhawa dingin atau sekurang-kurangnya ditempat teduh antara waktu kerja.• Mengelakkan daripada meminum minuman berkafeindan/ atau beralkohol kerana ia boleh menyebabkankehilangan lebih banyak air.• Mengelakkan penggunaan pakaian berwarna gelapkerana sifatnya yang menyimpan haba.2.5.3 Pengurusan Risiko Suhu Rendah KeterlaluanSuhu yang terlalu rendah boleh meningkatkan risiko kemalangandisebabkan oleh masalah kesihatan yang timbul ekoran daripadakesejukan. Mereka yang bekerja di tempat bersuhu rendah sepertitempat penyimpanan sejuk-beku dan kilang ais sering terdedahkepada masalah ini.a) Kesan Risiko Suhu Rendah Keterlaluan KepadaKeselamatan dan Kesihatan• Frostbite: Kristal ais terbentuk di sel dan tisumengakibatkan aliran darah terganggu.• Hypothermia: Suhu badan turun sehingga kurang dari35˚C.• Kecederaan pada mata: Menjadi buta akibat pembekuankornea.b) Kaedah Pencegahan Risiko Suhu Rendah Keterlaluan• Mendapatkan latihan dan mematuhi protokol kerjaselamat berkaitan dengan pekerjaan di dalam persekitaransuhu rendah keterlaluan.• Memastikan pekerja berehat di tempat yang lebih panasdengan kerap.• Membekalkan pakaian yang boleh menghalang kesejukan.24Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 252.5.4 Pengurusan Risiko SinaranSinaran terbahagi kepada dua: Sinaran mengion dan sinaran tidakmengion (Rajah 2d). Kedua-dua jenis sinaran ini bolehmendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.SinaranMengionTidak MengionZarahSinaran ElektromagnetContoh: radar, infra merahultra lembayung (UV),gelombang mikroBercasContoh: Alpha (α)Beta (β)Tidak BercasContoh: neutron (n)Contoh Sinar-Xdan Gama ( )αRajah 2d - Jenis SinaranAkta berkaitan: Penggunaan sinaran mengion dikawal oleh AktaPerlesenan Tenaga Atom 1984 dan Peraturan-Peraturan yangberkaitan dengannya. Semua jenis pekerjaan yang melibatkanpenggunaan sinaran mengion dan lain-lain yang telah ditetapkanoleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom hendaklah terlebih dahuludilesenkan.a) Kesan Risiko Sinaran Mengion Kepada Keselamatan danKesihatan• Pendedahan Akut – Pendedahan kepada dos tinggidalam tempoh masa yang singkat. Boleh menyebabkankelecuran sinaran dan maut.• Pendedahan Kronik – Pendedahan kepada dos rendahdalam tempoh masa yang panjang. Ianya terbahagikepada dua:• Kesan Somatik: Kesan kepada individu terdedah.(Cth: barah, kecacatan anak yang dikandung).• Kesan Genetik: Kesan kepada keturunan atau baka.Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 25


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 26b) Kaedah Pencegahan Risiko Sinaran Mengion• Setiap pekerjaan yang menggunakan sinaran mengion(yang dihasilkan oleh mesin sinaran atau daripadaradionuklid) hanya boleh dilakukan oleh individu yangtelah dilatih mengenai protokol kerja selamat berkaitandengan sinaran mengion.• Prinsip perlindungan sinaran mengion berikut hendaklahdigunakan di dalam semua protokol kerja selamat dansemasa bekerja:i. Perisai: Menggunakan perisai yang betul untukmelindungi diri daripada sinaran misalnya:• Zarah alfa (α ) tidak memerlukan perisai untukmengurangkan dos sinarannya sebaliknyamemerlukan kelengkapan perlindungn peribadiuntuk mencegah ia masuk ke dalam tubuh.• Zarah beta (β ) boleh dihalang dengan menggunakanperspek atau aluminium setebal 6mm• Sinar gama (γ) dan X boleh dihalang denganmenggunakan perisai yang dibuat daripadaplumbum dengan ketebalan yang sesuai.ii. Masa: Memendekkan masa dedahan kepada radiasibagi mengurangkan dos yang diterimaiii. Jarak: Menjauhkan diri dari punca sinaran untukmengurangkan dos yang diterima.• Setiap pekerjaan yang melibatkan punca sinaran mengionhendaklah dilakukan di dalam kawasan yang telahditetapkan mengikut protokol pengkelasan kawasan kerja.Kawasan kerja ini hendaklah dilabel dengan tanda hazardsinaran Trifoil (Rajah 2e).• Pekerja wanita yang hamil perlu dipindahkan ke bahagianlain yang tidak terdedah kepada sinaran mengion atauradionuklid.26Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 27Rajah 2e - Label tanda hazard sinaran mengion (Trifoil)2.5.5 Pengurusan Risiko Hazard MekanikalHazard mekanikal melibatkan dedahan anggota badan kepadabahagian mesin dan jentera yang bergerak. (Cth: hazard initermasuk hempapan, himpitan, terpotong, tikaman, tusukan danlain-lain).Perundangan yang boleh diguna pakai untuk mencegah risikohazard mekanikal adalah Akta Kilang Dan Jentera 1967 danPeraturan-Peraturan yang berkaitan dengannya.a) Kesan Risiko Hazard Mekanikal Kepada Keselamatan danKesihatanKemalangan yang berkaitan dengan hazard mekanikal inimengakibatkan cedera ringan (seperti calar dan terseliuh) ataukesan yang lebih dahsyat (seperti hilang anggota dan maut).b) Kaedah Pencegahan Risiko Hazard Mekanikal• Mendapatkan latihan dan mematuhi protokol kerjaselamat berkaitan dengan pemasangan, penggunaan,pengendalian dan penyelenggaraan mesin dan jentera.• Memastikan setiap mesin dan jentera diselenggara didalam keadaan yang selamat, bebas daripada risikohazard mekanikal dan mematuhi kehendak perundanganberkaitan.• Memastikan setiap operator mesin dan jentera yangditetapkan oleh perundangan mempunyai sijil kompetensi(cth: boiler man dan crane operator).Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 27


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 282.5.6 Pengurusan Risiko Hazard Kekemasan (Housekeeping) TempatKerjaPersekitaran tempat kerja yang tidak dijaga dengan baik sepertilantai yang licin dan tidak rata, berlubang atau retak, barang ataubahan yang bersepah di kawasan kerja boleh mengakibatkan risikohazard kekemasan tempat kerja.Akta berkaitan: Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Peraturan-Peraturannya; Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994serta Peraturan-Peraturannya.a) Kesan Risiko Hazard Kekemasan (Housekeeping) TempatKerja Kepada Keselamatan dan KesihatanKemalangan yang berkaitan dengan hazard kekemasan tempatkerja ini mengakibatkan cedera ringan akibat tergelincir atauterjatuh (seperti terseliuh) atau kesan yang lebih dahsyat(seperti patah tulang dan maut).b) Kaedah Pencegahan Risiko Hazard Kekemasan TempatKerja• Risiko hazard ini boleh diatasi dengan mengamalkankekemasan (housekeeping) yang baik.• Mengamalkan prinsip 5S (Seiri, Seito, Seisi, Seikatsu danShitsuke), iaitu semak, susun, sapu/suci, standard dandisiplin.2.5.7 Pengurusan Risiko Hazard Bunyi BisingBunyi bising adalah hazard fizikal yang boleh mengakibatkankemalangan akibat gangguan pendengaran. Pendedahan kepadabunyi yang melebihi aras 85dB(A) untuk tempoh 8 jam memerlukantindakan kawalan pendengaran.28Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 29Akta berkaitan: Peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan BunyiBising) 1989.a) Kesan Risiko Hazard Bunyi Bising Kepada Keselamatandan KesihatanBunyi bising boleh mengganggu komunikasi di antara pekerjahingga mengakibatkan kesilapan pemahaman dan seterusnyakesilapan mematuhi arahan yang diberikan. Akibatnyakemalangan boleh terjadi. Bunyi bising juga bolehmengakibatkan kehilangan pendengaran yang kekal jika dosbunyi bising melebihi had yang dibenarkan. Rujuk PeraturanKilang Dan Jentera (Pendedahan Bunyi Bising ) 1989.b) Kaedah Pencegahan Risiko Hazard Bunyi Bising• Mendapatkan latihan dan mematuhi protokol kerjaselamat yang melibatkan hazard pendedahan bunyi bisingdi dalam Program Pemuliharaan Pendengaran (HearingConservation Programme).• Memakai dan menyelenggara kelengkapan atau pakaianperlindungan peribadi yang dibekalkan oleh majikandengan betul.2.6 Pengurusan Risiko Hazard BiologiHazard biologi berpunca daripada organisma termasuk mikroorganisma(Cth: Hepatitis B dan C, HIV), haiwan (Cth: ular, tikus, nyamuk) dantumbuhan (Cth: pokok rengas) yang boleh menyebabkan kemudaratankesihatan manusia.Pekerja yang mengendalikan hazard biologi seperti spesimen darah ataubendalir tubuh berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan merbahayaseperti Hepatitis B, C atau HIV). Pekerja yang mengendalikan haiwan dansisa haiwan turut terdedah kepada risiko hazard biologi.a) Cara Pendedahan Hazard Biologi Mikroorganisma:• Terserap: Agen hazard biologi masuk melalui kulit ke dalamtubuh. (Cth: melalui luka di kulit atau melalui selaput mukus).Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 29


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 30• Tertusuk: Agen hazard biologi masuk melalui media tajam kedalam tubuh. (Cth: tercucuk jarum yang tercemar dengan darahmengandungi Hepatitis B, C atau HIV).• Termakan: Agen hazard biologi masuk ke dalam tubuh melaluimulut. (Cth: kemasukan melalui merokok, makan atau minumtanpa membersihkan tangan).• Terhidu dan tersedut Aerosol: Agen hazard biologi yangterampai di udara memasuki tubuh melalui sistem pernafasan.(Cth: virus selsema dan batuk kering (tuberkulosis)).b) Kesan Risiko Hazard Biologi Kepada Keselamatan DanKesihatanBergantung kepada jenis biohazard, mangsa boleh mengalamijangkitan penyakit, kecederaan dan maut.c) Kaedah Pencegahan Risiko Hazard Biologi• Mendapatkan maklumat mengenai bahaya hazard biologi yangditangani atau yang bakal dihadapi.• Mendapatkan latihan dan mematuhi protokol kerja selamatberkaitan dengan hazard biologi.• Sentiasa mengamalkan standard precaution dalam tugasanharian.2.7 Pengurusan Risiko Hazard Trafik Di Tempat KerjaSebahagian tempat kerja mungkin memerlukan penggunaan kenderaanbagi tujuan mengangkut barangan atau pekerja. Pergerakan kenderaanseperti trak ansun, lori, motosikal yang tidak dikawal boleh mendatangkanrisiko hazard trafik di tempat kerja.a) Kesan Risiko Hazard Trafik Di Tempat Kerja KepadaKeselamatan dan KesihatanKemalangan yang berkaitan dengan hazard ini mengakibatkan cederaringan (seperti calar atau terseliuh) atau kesan yang lebih teruk (patahtulang, hilang anggota atau maut).30Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 31b) Kaedah Pencegahan Risiko Hazard Trafik Di Tempat Kerja• Mendapatkan latihan dan mematuhi protokol kerja selamatberkaitan dengan hazard trafik di tempat kerja.• Mematuhi segala arahan trafik berkaitan dengan pengendaliankenderaan dan peraturan lalu lintas di tempat kerja.2.8 Pengurusan Risiko Kebakaran Di Tempat KerjaKebakaran akan berlaku jika terdapat keempat-empat unsur ini – oksigen,bahan bakar, haba dan tindakbalas berantai (chain reaction). Dalam usahamencegah kebakaran, kesemua unsur ini perlu dipisahkan. Oleh keranaoksigen berada di mana-mana, pencegahan kebakaran adalah lebih kepadamengawal bahan bakar dan haba atau memisahkan kedua-duanya. Tigakategori bahan yang boleh mengakibatkan kebakaran adalah:• Flammable – Mudah terbakar• Combustible – Terbakar bila terkena sumber haba• Explosive – Mudah meletup.Akta yang berkaitan adalah Peraturan-peraturan Keselamatan danKesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan KimiaBerbahaya Kepada Kesihatan) 2000 dan Akta Perkhidmatan Bomba 1988.a) Kesan Risiko Hazard Kebakaran Di Tempat Kerja KepadaKeselamatan dan KesihatanKebakaran boleh mengakibatkan kecederaan, kematian dankemusnahan harta benda.b) Kaedah Pencegahan Risiko Hazard Kebakaran Di Tempat Kerja• Mematuhi segala arahan pencegahan kebakaran yangdisediakan oleh majikan.• Jauhkan bahan-bahan mudah terbakar daripada punca api (Cth:mancis, pemetik api) atau haba.• Bersihkan tumpahan bahan mudah terbakar dengan segera.Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 31


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 32• Pastikan bekas bahan-bahan mudah terbakar dilabel denganjelas.• Simpan bahan-bahan mudah terbakar di kawasan yangmempunyai pengalihan udara yang baik.• Tidak merokok apabila berada di kawasan yang mempunyaibahan-bahan mudah terbakar.32Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 33bab 3Garis Panduan PencegahanKemalangan Di Jalan Raya


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 34BAB 2Garis Panduan Pencegahan Kemalangan di Jalan RayaSKOPGaris panduan ini merangkumi kesemua kemalangan ke atas parapekerja yang berlaku di jalan raya kecuali di dalam kawasan tempatkerja.3.1 PengenalanMenurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, kemalangan merupakansalah satu daripada lima penyebab utama kematian di Malaysia.Sebahagian besar ialah kemalangan jalan raya. Antara tahun 1982-2002terdapat peningkatan bilangan kemalangan jalan raya dan kenderaan yangterlibat dalam kemalangan. (Rajah 3a).Bilangan (Ribu)600500400300200Kenderaan Terlibat Dalam KemalanganKemalanganKematian / Kecederaan10001982 1986 1990 1994 1998 2002TahunRajah 3a - Jumlah kemalangan, kematian/kecederaan dan kenderaan terlibatdalam kemalangan jalan raya dalam tahun 1982-2002(Sumber: Polis DiRaja Malaysia 2004)34Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 35Statistik PERKESO tahun 2002 menunjukkan bahawa seramai 2 daripada1000 pekerja terlibat dalam kemalangan semasa perjalanan pergi-balikkerja. Kemalangan jalan raya bukan sahaja mengakibatkan penderitaanpesakit dan keluarga malah ia juga melibatkan kos yang tinggi. Keretamenyumbang kepada jumlah kemalangan jalan raya yang paling tinggi.(Rajah 3b).350300keretabasteksiteksilori/vanBilangan (Ribu)2502001501005001990 1993 1996 1999 2002TahunRajah 3b – Jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dalamtahun 1990-2002. (Sumber: Polis DiRaja Malaysia 2004)Tiga faktor utama yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya ialah:• Faktor manusia• Faktor kenderaan• Faktor persekitaranSebanyak 95.0% daripada kemalangan jalan raya adalah disebabkan faktormanusia, 7.0% disebabkan faktor persekitaran dan hanya 2.2%disebabkan faktor kenderaan (Polis DiRaja Malaysia 2004) (Rajah 3c).Kemalangan jalan raya boleh dielakkan dengan mengawal ketiga-tigafaktor tersebut, terutamanya faktor manusia seperti mengamalkan caramemandu atau menunggang yang berhemah, mengikut had laju yangditetapkan, tidak memandu atau menunggang secara merbahaya, tidakmemandu atau menunggang apabila merasa mengantuk atau lesu sertamemakai alat perlindungan keselamatan yang bersesuaian dengan betul.Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 35


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 36FAKTORPERSEKITARAN(7.0%)• Permukaan jalan,keadaan trafik,cuaca.FAKTOR MANUSIA(95%)• Sikap & tabiat burukMemandu laju,Memotong caramerbahaya,Memandu melulu• Kurang penglihatan• Mengantuk / lesu• Tidak memakai alatperlindungankeselamatanFAKTOR KENDERAAN(2.2%)- Kerosakan mekanikal, brek tidakberfungsi, tayar burukRajah 3c – Faktor penyumbang kemalangan jalan raya(Sumber: Polis DiRaja Malaysia 2004)Kesan kemalangan kepada anggota badan dapat dilihat pada Rajah 3d dimana dalam kes kemalangan motosikal, penunggang atau pemboncengberkemungkinan besar mengalami kecederaan di bahagian tangan/lengan,kaki/peha dan yang lebih merbahaya ialah kecederaan kepala. Oleh itupenggunaan topi keledar yang sesuai dan betul adalah penting bagimelindungi kepala sekiranya berlaku kemalangan.Rajah 3d – Bahagian badan yang tercedera akibat kemalangan jalanraya Tahun2003. (Berdasarkan Kemasukan ke Hospital-hospital Kerajaan)36Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 373.2 Definisia) Kemalangan (Berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan Raya 1997)Suatu kemalangan atau kejadian di mana kerosakan atau kecederaandilakukan terhadap mana-mana orang, harta, kenderaan, strukturatau binatang.b) Kemalangan Jalan Raya (Berdasarkan Polis DiRaja Malaysia2004)Suatu kejadian (kes) yang berlaku di jalan awam atau jalanpersendirian yang berpunca samada daripada kecuaian ataukegagalan mana-mana pihak (dari aspek pemanduan, perlakuanpenjagaan kenderaan dan jalan) atau disebabkan oleh faktorpersekitaran (tidak termasuk bencana alam) yang mengakibatkan apajua bentuk perlanggaran (termasuk kes terbabas atau perlanggaranmangsa dalam kenderaan dengan objek di dalam atau di luarkenderaan itu sendiri, dengan melibatkan sekurang-kurangnyasebuah kenderaan bergerak di mana kerosakan atau kecederaan(termasuk mati) dialami oleh mana-mana orang, harta kenderaan,struktur atau binatang yang terlibat dalam kejadian tersebut dandiadukan kepada polis.c) Jalan Raya (Berdasarkan Polis DiRaja Malaysia 2004)Apa jua bentuk laluan (jalan awam atau persendirian termasukkawasan letak kenderaan) yang mana orang awam boleh melaluinyadengan menggunakan kenderaan walaupun terdapat sekatan danperaturan oleh pihak yang mengendalikan jalan tersebut dantermasuklah bahu jalan, laluan khas pejalan kaki dan pembahagi jalan.d) Kenderaan (Berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987)Suatu struktur yang boleh bergerak, digerakkan atau digunakan bagimembawa mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhandengan permukaan bumi apabila bergerak.Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 37


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 38e) Jenis Kecederaan (Berdasarkan Polis DiRaja Malaysia 2004)Terdapat tiga kategori :• Mati – Mati akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh 30 haridari tarikh kejadian.• Cedera parah – Mengalami kecederaan akibat kemalanganjalan raya sebagaimana menurut pengertian cedera parah dibawah Seksyen 320 Kanun Keseksaan iaitu:• Hilang tenaga kelelakian• Hilang selama-lamanya salah satu mata• Hilang selama-lamanya salah satu telinga• Hilang sesuatu anggota atau sendi• Binasa atau lemah selama-lamanya daya sesuatu anggotaatau sendi• Cacat selama-lamanya kepala atau muka• Patah atau retak tulang atau selisih sendi• Kecederaan yang membahayakan nyawa, mengakibatkankesakitan tubuh yang amat sangat atau tidak bolehmenjalankan pekerjaannya yang biasa selama 20 hari• Cedera ringan - Selain mati dan cedera parah akibatkemalangan jalan raya.f) Jenis-jenis Kemalangan (Berdasarkan Polis DiRaja Malaysia2004)Terdapat 4 jenis:• Kemalangan maut – Mengakibatkan kematian kepadapengguna terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam tempoh30 hari dari tarikh kejadian.• Kemalangan parah – Mengakibatkan cedera parah kepadapengguna terlibat dalam kemalangan jalan raya, tanpa keskematian.• Kemalangan ringan – Mengakibatkan cedera ringan sahajakepada pengguna terlibat dalam kemalangan jalan raya.• Kemalangan rosak sahaja / lain-lain – Tidak melibatkankecederaan kepada pengguna terlibat dalam kemalangan jalanraya. Hanya mengakibatkan kerosakan kenderaan atau hartabenda sahaja.38Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 393.3 Panduan Untuk Pejalan Kaki1. Gunakan jejantas, lintasan zebra (zebra crossing) atau lintasan bawahtanah.2. Gunakan lorong pejalan kaki.3. Berhati-hati semasa melintas dan mematuhi panduan melintas jalan.4. Berhenti di bahu jalan sebelum melintas.5. Melintas di mana anda boleh melihat dengan jelas.6. Sebelum melintas jalan, pandang kanan, kiri dan kanan untukmelintas kenderaan yang datang.7. Sekiranya terdapat kenderaan, biarkan ia berlalu dahulu.8. Memakai pakaian yang berwarna cerah pada waktu malam.9. Berjalan menghadap arus kenderaan.3.4 Panduan Untuk Penunggang Motosikal(Rujuk Senarai Semak 3a)1. Mempunyai lesen memandu yang sah.2. Pastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik.3. Jangan menunggang motosikal apabila:• Mengantuk• Letih–lesu• Mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan rasamengantuk atau lesu. (Cth : ubat batuk dan ubat selsema)• Di bawah pengaruh alkohol atau dadah• Menghisap rokok• Menggunakan telefon bimbit4. Jangan menunggang motosikal apabila anda mempunyai masalahkesihatan yang boleh mengakibatkan anda hilang kawalan atautumpuan. (Cth : penyakit sawan (gila babi) dan penyakit mental).5. Pakai topi keledar dan pastikan talinya diikat dengan betul:• Sentiasa memakai topi keledar apabila menunggang motosikaldan pastikan tali topi keledar diikat dengan ketat walaupun andamenunggang pada jarak yang dekat.• Topi keledar yang dipakai perlulah mematuhi piawaian SIRIM.6. Gunakan baju, jeket dan topi keledar yang dilengkapi bahan pemantulcahaya atau reflective.Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 39


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 407. Jangan membawa lebih dari seorang pembonceng pada bila-bilamasa.8. Semasa menunggang:• Pastikan semua lampu berfungsi.• Nyalakan lampu depan dan belakang.• Pakai baju berwarna cerah.9. Sentiasa menggunakan lorong motosikal yang disediakan.10. Jangan menunggang melebihi had laju yang disediakan.11. Patuhi tanda-tanda jalan raya.12. Jangan menyelit-menyelit di antara kenderaan13. Jangan berhenti di bawah jejambat kecuali di tempat yang disediakan,terutama pada waktu hujan.3.5 Panduan Untuk Pemandu Kereta(Rujuk Senarai Semak 3b)1. Mempunyai lesen memandu yang sah.2. Pastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik.3. Jangan memandu kereta apabila:• Mengantuk.• Letih-lesu.• Mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan rasamengantuk atau lesu. (Cth: ubat batuk dan ubat selsema).• Di bawah pengaruh alkohol atau dadah.• Menghisap rokok.• Menggunakan telefon bimbit.4. Jangan memandu kenderaan apabila anda mempunyai masalahkesihatan yang boleh mengakibatkan anda hilang kawalan atautumpuan. (Cth : penyakit sawan (gila babi) dan penyakit mental.5. Pastikan tali pinggang keselamatan sentiasa dipakai ketika memandu.6. Sediakan alat pemadam api serta peti pertolongan cemas di dalamkereta.7. Pastikan kereta dipandu tidak melebihi had laju yang ditetapkan.8. Ketika memandu di lebuh raya, gunakan lorong yang terkanan sekalihanya untuk memotong kenderaan lain.9. Pastikan tanda-tanda jalan raya dipatuhi.10. Pastikan lampu dinyalakan pada waktu malam, waktu hujan lebat dandi persekitaran gelap.40Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 4111. Nyalakan lampu kecemasan hanya apabila berlaku kecemasan.(Cth: apabila kereta rosak atau membawa orang sakit).3.6 Panduan Untuk Syarikat Pengangkutan1. Jadikan keselamatan kenderaan sebagai salah satu polisi organisasi:• Hanya gunakan kenderaan yang telah diluluskan oleh pihakberkuasa• Kenderaan hendaklah sentiasa diselenggarakan :i) Lakukan pemeriksaan sebelum perjalanan.ii) Lakukan penyelenggaraan kenderaan yang komprehensifsecara berjadual.• Pastikan kenderaan adalah selamat dan selesa kepada pemandudan penumpang.2. Pastikan pemandu mempunyai lesen memandu yang sah dan sesuaidengan jenis kenderaan yang dipandu.3. Amalkan strategi Satu kenderaan, satu pemandu supaya pemandumerasakan kenderaan adalah miliknya (sense of ownership) dan lebihbertanggungjawab terhadap kenderaan tersebut.4. Pastikan pemandu menerima latihan memandu secukupnya danmengikuti program keselamatan pemanduan secara berkala bagimenekankan kepentingan pemanduan selamat dan berhemahsemasa bertugas.5. Pastikan tempat duduk pemandu adalah selesa serta bersesuaiandengan ukuran badan pemandu.6. Pastikan pemandu disahkan sihat (fit) oleh doktor untuk menjalankantugas-tugas pemanduan.7. Pastikan pemandu menjalani pemeriksaan kesihatan berkala untukmengesan:• Masalah penglihatan, penyakit kronik, masalah tidur (sleepdisorders) dan masalah sakit tulang dan otot (musculoskeletaldisorders) yang boleh mengakibatkan risiko kemalangan.8. Pastikan pemandu mengetahui kaedah menangani masalahmekanikal asas kenderaan yang dipandu.9. Pastikan pemandu mengetahui kaedah menangani masalah kelesuan,keletihan dan mengantuk semasa memandu. (Rujuk 3.8 PanduanUntuk Mengelakkan Rasa Mengantuk Semasa Memandu)Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 41


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 4210. Penggunaan kenderaan perlu diatur mengikut had masa seperti yangterdapat di dalam manual kaedah operasi piawaian (standardoperating procedure) organisasi.11. Pastikan rekod prestasi pemandu diselenggara dan sentiasadikemaskinikan.12. Pastikan buku log pemanduan diselenggara dan sentiasadikemaskinikan.13. Keupayaan memandu perlu dihadkan berdasarkan kebolehanmemandu individu dan berdasarkan kepada keputusan pemeriksaankesihatan.14. Pastikan pemandu sentiasa menggunakan tali pinggang keselamatanketika memandu.15. Pastikan pemandu mengikut polisi organisasi mengenai:• Masa bekerja• Masa perjalanan• Masa berhenti rehat16. Elakkan pemandu memandu di luar waktu bekerja biasa. Pastikanwaktu memandu tidak melebihi empat jam dalam satu-satu masa dantidak melebihi lapan jam sehari.17. Pastikan pemandu tidak dibebankan dengan tugas-tugas lainsehingga boleh menjejaskan keupayaan pemandu.(Cth : mengangkat barang).18. Pastikan pemandu tidak menggunakan telefon bimbit semasamemandu.19. Pastikan kenderaan berat yang membawa bahan berbahayameletakkan tanda kod bahan berbahaya di badan kenderaan,termasuk nombor telefon aduan dan kecemasan .3.7 Panduan Untuk Pemandu Komersial1. Jaga kenderaan syarikat dengan sebaik mungkin seolah-olah miliksendiri.2. Jangan mmemandu kereta apabila:• Rasa mengantuk (Rujuk 3.8 Panduan Untuk Mengelakkan RasaMengantuk Semasa Memandu).• Rasa letih-lesu• Mengambil ubat-ubatan yang mengakibatkan letih lesu danmengantuk. (Cth : ubat batuk dan ubat selsema).• Di bawah pengaruh alkohol atau dadah.42Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 433. Pastikan kenderaan mempunyai alat pemadam api yang bersesuaiandengan bahan yang dibawa.4. Pastikan terdapat peti pertolongan cemas di dalam kenderaan.5. Pastikan anda mahir mengendalikan alat-alat kelengkapan kenderaan.6. Pastikan anda sentiasa menggunakan tali pinggang keselamatansemasa memandu.7. Pastikan anda mahir dan mengetahui laluan, keadaan jalan sertalokasi tempat yang hendak dituju.8. Tumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduan dan elakkan darimakan, minum, membetulkan alatan kereta yang tidak kritikal danmenggunakan telefon bimbit semasa memandu.9. Elakkan dari memandu ketika cuaca buruk seperti waktu hujan lebatdan angin bertiup kencang.10. Segeralah berjumpa doktor jika anda mengalami masalah kesihatanketika memandu. (Cth : mengalami sakit belakang atau masalahpenglihatan).3.8 Panduan Untuk Mengelak Rasa Mengantuk SemasaMemandu1. Mempunyai jadual tidur dan tabiat tidur yang betul:• Jadikan masa untuk tidur itu suatu keutamaan.• Wujudkan dan amalkan jadual tidur yang tetap.• Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur dan elakkan darimenggunakannya untuk aktiviti lain seperti menyiapkan kerja,bersenam atau memikirkan masalah.2. Mempunyai kuantiti tidur yang cukup :• Pastikan anda mendapat tidur yang terbaik sebelum mulabertugas, sekurang-kurangnya enam jam sehari.• Sekiranya anda bertugas jauh dari rumah, cuba dapatkan tidursama banyak dengan yang diperolehi di rumah.3. Mempunyai persekitaran tidur yang sesuai dan amalkan gaya hidupsihat:• Kurangkan gangguan di bilik tidur seperti pencahayaan, suhudan bunyi yang tidak sesuai.• Elakkan dari bersenam dalam masa 2 jam sebelum tidur.• Elakkan dari mengambil makanan berlebihan, minumanberkafein atau beralkohol sebelum tidur. Jika lapar atau dahaga,Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 43


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 44minum sedikit dan ambil makanan ringan (light meal).• Amalkan pemakanan seimbang dan sentiasa bersenam.• Jika tidak dapat tidur dalam masa 30 minit, bangun dan lakukanaktiviti lain yang boleh menyebabkan anda mengantuk.4. Mengamalkan strategi tertentu jika perlu berjaga:• Berbual secara aktif, jangan sekadar mendengar.• Berhenti seketika dan lakukan aktiviti fizikal. (Cth : bangun,berjalan-jalan, melakukan aktiviti regangan (stretching) dansenaman ringan).• Ambil minuman yang menyegarkan (Cth : kopi) denganberpatutan untuk meningkatkan kesegaran dengan segera.5. Jika terlalu mengantuk, berhenti untuk tidur di tempat yang sesuaiwalaupun sekejap. Sekiranya tidur, pastikan ia tidak melebihi 45 minitpada satu–satu masa untuk mengelakkan rasa mamun atau mamaiapabila bangun dari tidur.3.9 Panduan Jika Berlaku Kecemasan1. Jika berlaku kerosakan kenderaan atau situasi kecemasan:• Letakkan kenderaan anda di tempat yang selamat seperti di bahujalan atau lorong kecemasan.• Matikan enjin.• Semasa parkir kereta di cerun, gunakan gear rendah. Tayar perludiletakkan pada posisi menyerong menghala ke arahpenghadang tepi jalan.• Tarik brek tangan.• Alihkan kunci kenderaan.• Letakkan tanda amaran AWAS di belakang kenderaan pada jarakyang sesuai.• Letakkan kon keselamatan di bahagian belakang kenderaan,pada jarak yang bersesuaian. (Kenderaan komersial perlusentiasa menyimpan kon keselamatan di dalam kenderaan).• Buat laporan polis jika berlaku kemalangan.2. Hubungi pihak yang berkenaan:• Majikan• Ambulans – 999• Polis – 99944Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 45• Bomba – 994• Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3) – 991• Jabatan Alam Sekitar• Pihak berkuasa lebuh raya3.10 Panduan Pengangkutan Bahan Berbahaya(Hazardous Material)1. Pemandu mestilah disahkan sihat (fit) untuk memandu oleh doktor.2. Latihan kecemasan berkala perlu dilakukan oleh pihak majikan.3. Pemandu perlu menerima latihan yang mencukupi berkaitan denganbahan berbahaya yang dibawa.4. Pemandu mestilah mengetahui jenis atau nama bahan berbahayayang dibawa.5. MSDS (Material Safety Data Sheet) dan Risalah Data KeselamatanBahan perlu dibawa bersama dan pemandu perlu mengetahuikegunaannya.6. Pastikan kenderaan mempunyai alat pemadam api yang bersesuaiandengan bahan berbahaya yang dibawa.7. Pastikan terdapat peti pertolongan cemas di dalam kenderaan.8. Pastikan kenderaan mempunyai tanda kod bahan berbahaya di badankenderaan, termasuk nombor telefon aduan dan kecemasan.(Cth : nombor UN atau nombor CAS)9. Pemandu mestilah tidak merokok semasa memandu.10. Menghubungi majikan dengan segera jika berlaku kecemasan untukmerujuk mengenai langkah-langkah kecemasan dan memintabantuan.11. Menghubungi pihak berkuasa dengan segera jika berlaku sebarangkebocoran atau tumpahan bahan berbahaya.Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 45


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 46SENARAI SEMAK 3A (MOTOSIKAL)Sebelum Memulakan PerjalananPASTIKAN ANDA MENGGUNAKAN SENARAI SEMAK INI SEBELUMMEMULAKAN PERJALANANPerkaraTandakan (√ )apabila sudahdiperiksaAdakah anda sudah tiduratau rehat secukupnya?Adakah anda sudahmengenal pasti jalan ataulaluan yang akan diikuti?Pastikan anda memeriksasemua bahagian motosikalyang pentingENJIN - Pastikan:a) Minyak pelincir mencukupib) Bateri berfungsi baikc) Plug motor berfungsi baik46Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 47PerkaraTandakan (√ )apabila sudahdiperiksaLAMPU - Pastikan:a) Lampu utama berfungsib) Semua lampu isyaratberfungsiTAYAR - Pastikan:a) Tekanan angin tayarhadapan dan belakangmencukupib) Tayar berbunga baikBREK - Pastikan:a) Brek tangan berfungsib) Brek kaki berfungsic) Lampu brek menyalaLAIN-LAIN - Pastikan:a) Keadaan pedalpencengkam (clutch)berfungsi baikb) Petrol mencukupic) Muatan yang tidakmelebihid) Mempunyai baju hujanGaris Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 47


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 48PerkaraTandakan (√ )apabila sudahdiperiksaPastikan anda memakaitopi keledar dengan betulsebelum memulakanperjalananPakai jaket keselamatanyang mempunyai bahanpemantul cahaya(reflective)Pastikan lampu depandan belakang sentiasadinyalakan semasadalam perjalanan48Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 49SENARAI SEMAK 3b (KERETA)Sebelum Memulakan PerjalananPASTIKAN ANDA MENGGUNAKAN SENARAI SEMAK INI SEBELUMMEMULAKAN PERJALANANPerkaraTandakan (√ )apabila sudahdiperiksaAdakah anda sudah tiduratau rehat secukupnya?Adakah anda sudahmengenal pasti jalan ataulaluan yang akan diikuti?Adakah anda sudahmemeriksa semua bahagiankenderaan yang penting?ENJIN - Pastikan:a) Minyak pelincirmencukupi?b) Bateri berfungsi baik?c) Tali kipas sempurna?d) Air radiator mencukupi?Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 49


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 50PerkaraTandakan (√ )apabila sudahdiperiksaLAMPU - Adakah:a) Lampu utama berfungsi?b) Lampu isyarat berfungsi?c) Lampu brek berfungsi?d) Lampu isyarat kecemasanberfungsi?TAYAR - Adakah:a) Tekanan anginmencukupi?b) Keadaan tayar berbungabaikc) Tayar gantian dalamkeadaan yang baik danberisi angin?BREK - Adakah:a) Minyak brek mencukupi?b) Brek tangan berfungsidengan baik?c) Brek kaki berfungsidengan dengan baik?50Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 51PerkaraTandakan (√ )apabila sudahdiperiksaPENGELAP CERMINAdakah:a) Getah pengelap dalamkeadaan baik?b) Pengelap cermin telahdipasang dengansempurna?LAIN-LAIN - Adakah:a) Hon berfungsi denganbaik?b) Cermin pandangbelakang/sisi padakedudukan yang sesuai?c) Alat bantuan kecemasandan peralatan baik pulihterdapat dalamkenderaan?d) Petrol/Diesel mencukupi?e) Adakah anda membawalesen memandu yangsah?f) Adakah anda danpenumpang sentiasamemakai tali pinggangkeledar?Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 51


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 52PerkaraTandakan (√ )apabila sudahdiperiksag) Sekiranya perlu, adakahkerusi khas bayi berada ditempat duduk yang sesuaidan mempunyai cirikeselamatan?h) Adakah anda tidakmembawa muatan yangberlebihan?52Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 53bab 4Pengedalian Kemalangan,Pelaporan & RawatanKecemasan


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 54BAB 4Pengendalian Kemalangan, Pelaporan DanRawatan Kecemasan4.1 Pelan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan,ERP)4.1.1 PengenalanPelan Tindakan Kecemasan atau Emergency Response Plan (ERP)adalah pelan tindakan yang digunakan oleh organisasi semasakecemasan. Pasukan yang bertindak mengikut ERP dikenali sebagaiPasukan Tindakan Kecemasan. Pasukan ini ditubuhkan di dalamsesebuah organisasi dan adalah bertujuan untuk menggerakkan,menjalankan dan menyelia kerja-kerja menyelamat dalammenghadapi bencana seperti kebakaran, letupan, tumpahan kimia,runtuhan dan lain-lain lagi. (Rujuk dokumen Majlis KeselamatanNegara Arahan 20 untuk maklumat lanjut berkaitan bencana). Pelanini penting untuk memastikan sebarang situasi kecemasandikendalikan sebaik mungkin dengan lebih teratur. Ini dapatmengurangkan kesan mudarat akibat daripada bencana sepertikecederaan, penyakit, kehilangan nyawa, kerosakan harta bendadan pencemaran. Akta berkaitan: Peraturan-peraturan KeselamatanDan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya KemalanganBesar Dalam Perindustrian) 1996.4.1.2 Objektif1. Untuk melindungi nyawa manusia : Dengan adanya persiapanbagi memberi rawatan awal kepada mangsa bencana.2. Untuk melindungi harta benda dan peralatan : Dengan adanyapersiapan bagi menghadkan kemusnahan sepertimemadamkan kebakaran dengan segera.3. Untuk memelihara alam sekitar : Dengan adanya persiapanbagi menghadkan pencemaran seperti menghentikankebocoran kimia dengan segera.4. Untuk mengurangkan komplikasi bencana : Denganmengembalikan operasi kerja seperti sediakala dengan segera.54Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 554.1.3 Faedah – faedah ERP• Memastikan industri atau organisasi bersedia menghadapisebarang kecemasan dengan lebih teratur.• Mengurangkan risiko kehilangan nyawa, kerosakan hartabenda dan pencemaran alam sekitar.4.1.4 Langkah- langkah Mewujudkan ERP1. LANGKAH PERTAMA:Menubuhkan Pasukan Tindakan Kecemasan (Rajah 4)a) Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Dalam PenubuhanPasukan:i) Bilangan Anggota Pasukan:Jumlah anggota Pasukan Tindakan Kecemasanadalah berdasarkan saiz organisasi, jenis operasi ataujenis industri dan kemudahan alat keselamatan yangsedia ada.ii)iii)iv)Penyertaan Dalam Pasukan:Dapatkan wakil pekerja dari setiap peringkat dan darisemua bahagian dalam suatu organisasi. Peringkatpengurusan dan pihak pekerja perlu bekerjasamadalam pasukan ini. Penyertaan menyeluruhdiperlukan dari semua bahagian seperti sumbermanusia, pamasaran, kejuruteraan, kesihatan dankeselamatan, perundangan kewangan dan lain-lain.Perlantikan Secara Rasmi:Penyertaan dalam Pasukan Tindakan Kecemasandilakukan secara lantikan melalui surat secara rasmidengan pernyataan tugas yang jelas dan komitmendari pekerja tersebut.Peruntukan Masa dan Kuasa:Anggota Pasukan Tindakan Kecemasan perlu diberikuasa untuk bertindak dan kebenaran untuk keluardari tempat bertugas sekiranya berlaku sebarangGaris Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 55


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 56kejadian bencana. Masa juga perlu diperuntukkanuntuk anggota pasukan menjalani latihan tindakankecemasan.v) Peruntukan Kewangan:Pihak organisasi perlu menyediakan peruntukan yangsewajarnya bagi tujuan latihan, peralatan,mesyuarat, elaun tambahan dan lain-lain bagipengendalian Pasukan Tindakan Kecemasan.b) Keanggotaan Pasukan Tindakan Kecemasan:• Pengurus Kecemasan• Pegawai Insiden• Pencatat Kejadian dan Tindakan• Pegawai Keselamatan• Lain-lain mengikut keperluan organisasic) Unit-Unit Lain Yang Boleh Ditubuhkan:• Unit kawalan perhubungan• Unit kawalan keselamatan• Unit kawalan sumber manusia• Unit kawalan peralatan• Unit rekod dan dokumentasiRingkasan Langkah-langkah Mewujudkan ERP• Langkah Pertama : Menubuhkan Pasukan Tindakan Kecemasan• Langkah Kedua : Mengenal Pasti Hazard, Keupayaan Dan Bantuan• Langkah Ketiga : Merangka ERP• Langkah Keempat : Pelaksanaan ERP Secara Berperingkat56Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 57KEJADIAN KECEMASANATAU BENCANAPELAN TINDAKANKECEMASANDIAKTIFKANTIDAKBERHENTIPENGARAH URUSANORGANISASI MERANGKAPPEGAWAI PENYELARASANGGOTA PASUKAN TINDAKAN KECEMASANKERJA-KERJAMENCARI DANMENYELAMATPENILAIANKEADAANSEMASAKERJA-KERJAMENGAWALKEJADIANMANGSA TERLIBATTIADAADARUJUK KEPADA PAKARUNTUK RAWATANKEJADIANTERKAWALPENILAIAN SEMULATERHADAP KESANKEJADIANPENGISYTIHARAN KEADAANTERKAWAL DAN SELAMATRajah 4 – Pelan tindakan kecemasanGaris Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 57


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 582. LANGKAH KEDUA:Mengenal Pasti Hazard, Keupayaan Dan BantuanTerdapat beberapa perkara yang perlu dikenal pasti dandilakukan terlebih dahulu sebelum merancang Pelan TindakanKecemasan (ERP) yang berkesan:Kaedah Merancang ERP:i) Kenal pasti semua hazard yang terdapat di tempat kerja,termasuklah bahan produk utama dan hasil-hasilsampingan merbahaya.ii)iii)iv)Senaraikan segala jenis kejadian kecemasan dan bencanayang berkemungkinan berlaku di tempat kerja ataumelibatkan komuniti sekitar.Semak dan kemaskini pelan-pelan keselamatan dandokumen-dokumen berkaitan yang sedia ada sepertipelan bangunan, kaedah pengosongan bangunan,kemudahan laluan keluar dan tempat berkumpul semasakecemasan.Senaraikan bilangan pekerja seperti jumlah keseluruhanpekerja, jumlah pekerja mengikut syif dan jumlah pekerjapada hari cuti am.v) Senaraikan kemudahan, peralatan dan kelengkapanmenghadapi kejadian kecemasan yang sedia ada sepertialat pemadam api, peti kecemasan, tangga keselamatan,alat penggera kebakaran, janakuasa untuk tenagaelektrik, tangki air untuk bekalan air dan alatperhubungan komunikasi radio.vi)vii)Senaraikan kelengkapan dan peralatan yang diperlukanseperti kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi,alat bantuan pernafasan dan tangga mudah alih.Senaraikan pegawai yang bertanggungjawab, alamat dannombor telefon jabatan kerajaan, bantuan dari organisasi58Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 59setempat (persatuan industri) dan lain-lain yang akandihubungi untuk mendapatkan bantuan semasa kejadiankecemasan atau bencana. Antaranya adalah:• Bilik Kawalan Pusat.• Jabatan Bomba Dan Penyelamat.• Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan KecemasanHospital.• Pasukan Polis.• Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.• Pejabat Daerah Tempatan.• Jabatan Kerja Raya,Tenaga Nasional,Jabatan BekalanAir.• Badan sukarela dan kumpulan sokongan bukankerajaan seperti Jabatan Pertahanan Awam danPersatuan Bulan Sabit.viii)Kelaskan kejadian kecemasan atau bencana yangmungkin berlaku:• Tahap I - Kejadian kecemasan atau bencana yangdapat dikendalikan dengan persiapan dankelengkapan organisasi tersebut.• Tahap II - Kejadian kecemasan atau bencana yangdapat dikendalikan dengan bantuan dari pihak luartanpa penglibatan badan kerajaan.• Tahap III - Kejadian kecemasan atau bencana yangtidak dapat dikendalikan tanpa bantuan dari pihakluar serta penglibatan badan-badan kerajaan.3. LANGKAH KETIGA:Merangka ERPSecara umumnya komponen ERP adalah seperti berikut:i) Ringkasan EksekutifMengandungi tujuan ERP, polisi semasa menghadapikecemasan, tanggungjawab anggota, peringkat-peringkatkecemasan yang boleh berlaku, lokasi-lokasiberkemungkinan terjadinya kecemasan dan bilik kawalanutama semasa menghadapi kecemasan.Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 59


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 60ii)iii)iv)Elemen Pengurusan KecemasanElemen Pengurusan Kecemasan ini adalah asas kepadakaedah kecemasan yang perlu diikuti dalam menghadapisebarang kejadian kecemasan atau bencana bagimemastikan keselamatan nyawa, harta benda danpemulihan operasi dengan segera. Ia mengandungiringkasan ERP seperti:• Hirarki arahan dan fungsi kawalan.• Saluran komunikasi.• Keselamatan nyawa.• Penjagaan harta benda.• Komunikasi kepada masyarakat.• Pengurusan logistik.• Latihan dan penyebaran maklumat.• Sumber kelengkapan dan peralatan.• Kordinasi dengan agensi perkhidmatan kecemasanlain.Kaedah Am ERPPanduan terperinci mengenai cara bertindak sewaktumenghadapi kecemasan seperti:• Analisa semasa insiden kecemasan atau bencana.• Penjagaan keselamatan pekerja atau orang awam,harta benda, peralatan, rekod-rekod organisasi danlain-lain kepentingan.• Tanggungjawab dan kaedah pengisytiharan tamatinsiden kecemasan atau bencana.• Mengembalikan operasi seperti sediakala dengansegera.• Penilaian insiden dan laporan lengkap.Kaedah Khusus ERP• Amaran kepada pekerja dan orang lain.• Perhubungan antara anggota Pasukan TindakanKecemasan dan agensi bantuan kecemasan luar.• Kaedah pengosongan bangunan dan pemeriksaanbilangan pekerja.• Mengaktifkan dan menguruskan Pusat OperasiKecemasan.• Pengurusan aktiviti–aktiviti tindakan kecemasan.60Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 61v) Dokumen Sokongan ERP• Carta organisasi, nama pegawai, alamat dan nombortelefon anggota Pasukan Tindakan Kecemasan yanglengkap.• Senarai pegawai atas panggilan yang lengkap untukdihubungi semasa berlaku sebarang kejadiankecemasan atau bencana.• Carta aliran ERP dengan panduan tindakan bagisetiap kejadian kecemasan atau bencana.• Pelan asal dan pelan tindakan pengosongan setiapbangunan dan bahagian dalam organisasi sebagairujukan semasa berlaku kejadian kecemasan.• Senarai kelengkapan yang perlu dalam ERP bersertalokasi yang lengkap.4. LANGKAH KEEMPAT:Pelaksanaan ERP Secara Berperingkati) Integrasikan ERP Sebagai Sebahagian Dari PolisiUtama Organisasi• ERP perlu dijadikan sebahagian dari kaedahkeselamatan tempat kerja.• Setiap pekerja perlu diberi peluang untuk memahamikepentingan dan keperluan ERP• Latihan berkala perlu dilakukan untuk menguji sertamemperbaiki ERP.• Penglibatan secara menyeluruh di semua peringkatpenting dalam menentukan keberkesanan ERP.• Agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, pasukansukarela dan pihak berkuasa tempatan perludilibatkan semasa latihan ERP dan perbincanganbersama perlu dijalankan selepas setiap latihan.• Masyarakat setempat perlu dimaklumkan tentangERP dan kerjasama perlu diwujudkan sekiranyaberlaku kejadian kecemasan atau bencana yangmelibatkan mereka.Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 61


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 62ii)iii)Perkenalkan ERP Kepada Organisasi Melalui SesiLatihan• Pegawai tertentu perlu dilantik bagi menyelia danmenjalankan latihan.• Ujian tahap pengetahuan asas kepada pekerjatentang bahaya, jenis-jenis hazard dan pencegahandi tempat kerja perlu diadakan.• Latihan perlu merangkumi : Kaedah-kaedahkecemasan, kaedah melapor, memberi amaran,pengosongan bangunan, berkomunikasi danpenggunaan alat-alat kelengkapan kecemasan.• Satu jadual latihan mengejut untuk mengujikeberkesanan ERP juga perlu dirancang dandijalankan dari masa ke semasa.Penilaian Semula, Kemaskini Dan PengubahsuaianERP• Lakukan audit terhadap ERP sekurang-kurangnyasekali setahun.• Kemaskini rekod-rekod seperti alamat dan nombortelefon.• Ubah suai ERP berdasarkan hazard baru yangterdapat di tempat kerja, pembaharuan teknologiatau peralatan dan maklumbalas dari latihan.• Semua perubahan perlu disampaikan kepada pekerjaterutamanya anggota Pasukan Tindakan Kecemasan.4.2 Polisi & Kaedah Melaporkan Kemalangan, KemalanganNyaris dan Insiden MerbahayaAdalah penting untuk menyediakan polisi dan kaedah bagi melaporkankemalangan, kemalangan nyaris atau insiden merbahaya. Ini akanmembantu dalam mengenal pasti faktor penyebab atau pendorong kepadakejadian tersebut supaya penambahbaikan dan tindakan susulan dapatdijalankan bagi mengelakkan kejadian yang sama.Kaedah laporan kemalangan perlu mengambil kira perkara berikut:• Apa yang perlu dilaporkan• Kepada siapa perlu dilaporkan• Bagaimana untuk melaporkan62Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 634.3 Notifikasi Kemalangan Menurut PerundanganPeraturan 10(1) di dalam Peraturan-peraturan Keselamatan dan KesihatanPekerjaan; (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya,Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 mengkehendaki setiapmajikan dan orang yang bekerja sendiri untuk merekod dan menyenggarasuatu daftar, dalam borang yang diluluskan tentang a) kemalangan dankejadian berbahaya yang telah berlaku, dan b) semua keracunan pekerjaanatau penyakit pekerjaan yang telah berlaku atau mungkin berlaku.Seksyen 32(1) dan (2), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994mewajibkan seseorang majikan untuk memberitahu Jabatan Keselamatandan Kesihatan Pekerjaan yang terdekat mengenai apa-apa kemalangan,kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yangtelah terjadi atau mungkin terjadi di tempat kerja. Peraturan- peraturanKeselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan MengenaiKemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan PenyakitPekerjaan) 2004 memperuntukkan bahawa setiap kemalangan kerja yangmelibatkan :• kematian atau• kecederaan badan yang serius (Jadual 1) atau• kejadian berbahaya ( Jadual 2) perlu dilaporkan oleh majikan kepejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang terdekatdan menghantar laporan tentang kemalangan atau kejadianberbahaya tersebut dalam masa 7 hari dengan menggunakan borangyang diluluskan.Jika terdapat kematian pekerja yang terlibat di dalam kemalangan dankematian tersebut berlaku dalam masa satu tahun dari tarikh kemalangan,majikan mesti memberitahu Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan danKesihatan Pekerjaan secara bertulis, seberapa segera diketahui; samadakemalangan tersebut telah atau tidak dilaporkan sebelum ini.Bagaimana pun, bagi orang bekerja sendiri yang merupakan pemunya ataupenghuni tempat kerja dan tercedera di tempat kerja tersebut, beliau tidakperlu memberitahu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan mengenaikemalangan tersebut dengan cara yang paling cepat yang ada. Namunbeliau hendaklah menghantar laporan tentang kemalangan atau kejadianberbahaya itu dalam masa 7 hari dengan menggunakan borang yangdiluluskan.Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 63


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 644.4 Penyiasatan Kemalangan, Kemalangan Nyaris DanInsiden Merbahaya4.4.1 Definisia) Kemalangan (sila rujuk 1.2 dan 3.2):• Definisi am: Kejadian yang tidak diingini yang bolehmengakibatkan kecederaan, kesakitan, kematian ataukerosakan kepada harta-benda.• Definisi Peraturan-peraturan Keselamatan dan KesihatanPekerjaan (Notifikasi Mengenai Kemalangan, KejadianBerbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan)2004: Suatu kejadian yang berbangkit daripada atauberkaitan dengan kerja yang mengakibatkan kecederaanmaut atau kecederaan tidak maut.b) Kemalangan nyaris: Kejadian luar jangkaan yang hampirhampirmengakibatkan kecederaan, kesakitan, kematian ataukerosakan harta-benda.c) Kemalangan besar: Suatu kejadian termasuk suatupengeluaran besar, kebakaran atau letupan akibat daripadapembangunan yang tidak terkawal dalam perjalanan suatuaktiviti industri yang menyebabkan bahaya serius kepada orangatau alam sekitar dan melibatkan bahan berbahaya.d) Insiden: Kejadian luar jangkaan yang tidak diingini danmengganggu perjalanan sesuatu tugas atau bolehmengakibatkan kecederaan atau kerosakan.4.4.2 Penyiasatan Kemalangan:Siasatan kemalangan, kemalangan nyaris dan insiden merbahayamembolehkan kita memahami bagaimana kemalangan tersebutberlaku. Ia adalah salah satu cara terbaik untuk mengelakkankemalangan berulang.Matlamat Penyiasatan Kemalangan :• Menepati kehendak undang–undang.64Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 65• Mengenal pasti mekanisma dan penyebab berlakunyakemalangan.• Mengenal pasti hazard.• Memperkenalkan kaedah yang khusus bagi mencegahberulangnya kemalangan yang sama.• Mengenal pasti keperluan latihan/pendidikan di kalanganpekerja.4.4.3 Panduan Menjalankan Penyiasatan Kemalangan• Jalankan penyiasatan secepat mungkin.• Pastikan tempat kejadian adalah selamat.• Pergi ke tempat kejadian secepat mungkin.• Pastikan individu yang tercedera telah mendapat rawatankecemasan yang diperlukan.• Dapatkan maklumat daripada saksi kemalangan.• Rekodkan kejadian dengan foto, lengkap dengan tarikh sertamasa atau lakarkan kejadian.• Lindungi bukti- bukti yang diperolehi.• Buat kesimpulan hasil siasatan.4.4.4 Peralatan Yang Diperlukan Dalam Penyiasatan• Pen dan buku nota.• Alat pengukur (measuring tape).• Bekas spesimen.• Kamera, filem.• Alat perakam suara dan kaset.• Borang laporan kemalangan.• Senarai semak.• Kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi.4.4.5 Persoalan Yang Perlu Dijawab Dalam Penyiasatan:• Siapa yang terlibat?• Apa yang berlaku?• Bila ia berlaku?• Di mana ia berlaku?• Mengapa ia boleh berlaku?• Bagaimana ia boleh berlaku?Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 65


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 664.4.6 Tatacara Penyiasatan Kemalangan• HENDAKLAH DIPASTIKAN TIADA GANGGUAN KEPADAPENYIASATAN DI TEMPAT KEMALANGAN ATAU DITEMPAT KEJADIAN BERBAHAYA.• Tiada sesiapa boleh mengalih, mengganggu atau mengusikmana-mana barang yang berkaitan dengan kejadian itu kecualisetakat yang perlu untuk :• Menyelamatkan nyawa, mengurangkan kecederaan ataupenderitaan.• Menyelenggarakan laluan orang awam atau.• Mencegah kerosakan/kehilangan kepada harta atau alamsekeliling.• Tempat kejadian kemalangan mestilah disita supaya tiada siapadapat memasuki kawasan tersebut dan mungkin bolehmengganggu perjalanan siasatan yang dilakukan. Siasatanhendaklah dibuat oleh pegawai yang diberikan kuasa sahaja.• Soal siasat kesemua yang terbabit dalam kemalangan atauinsiden tersebut untuk mengenal pasti semua penyebab.• Rujuk kaedah kerja serta piawai yang sedia ada, arahan pihakatasan, latihan, stesyen kerja, mesin, ciri-ciri keselamatan sediaada, persekitaran, cuaca dan lain-lain yang dirasakan berkaitan.• Dokumenkan semua maklumat yang diperolehi menggunakanborang laporan yang sedia ada. Laporan penyiasatan adalahsulit.• Semua laporan kemalangan, kemalangan nyaris dan insidenmerbahaya perlu dianalisa dan disemak secara berkala sertadibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan danKesihatan Pekerjaan.4.5 Rawatan Kecemasan Asas4.5.1 Apa Itu Rawatan Kecemasan?Rawatan kecemasan ialah rawatan yang diikuti dan yang dilakukansegera pada masa kejadian kemalangan, kecemasan atau penyakit.Kaedah rawatan kecemasan ini dijalankan dengan menggunakanalat-alat serta kemudahan yang sedia ada sebelum ketibaan bantuanperubatan.66Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 674.5.2 Tujuan Rawatan Kecemasan?• Mengelakkan kecederaan yang lebih serius.• Memulihkan keadaan fizikal.• Menyelamatkan nyawa.4.5.3 Keperluan Rawatan KecemasanSeksyen 25 Akta Kilang dan Jentera 1967 memperuntukkan bahawasesebuah kilang hendaklah menyediakan kotak kecemasan yangsenang dicapai atau almari yang mempunyai peralatan yangdisyorkan. Bagi premis yang mempunyai lebih daripada 150 pekerjapada sesuatu masa, sebuah bilik rawatan kecemasan mestidisediakan.Akta Kilang dan Jentera (Peraturan Keselamatan, Kesihatan danKebajikan 1970), memperuntukkan kewajipan untuk menyediakankotak atau almari kecemasan yang dilengkapi dengan peralatanseperti di dalam Jadual Keempat, peraturan yang sama. Kilang yangmempunyai pekerja melebihi 20 orang perlu mempunyai pegawaiyang terlatih di dalam rawatan kecemasan dan pegawai tersebuthendaklah sentiasa berada di tempat kerja. Nama pegawai tersebuthendaklah sentiasa dipamerkan di tempat yang jelas. (RujukGarispanduan Kemudahan Pertolongan Cemas Di Tempat Kerja,Guidelines On First-Aid Facilities In The Workplace - JabatanKeselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)4.5.4 Komponen Penting Rawatan KecemasanTiga komponen penting yang perlu disediakan bagi memulakanrawatan kecemasan adalah:-• Ahli pertolongan cemas (rujuk 4.5.3)• Peti pertolongan cemas / bilik pertolongan cemas• Peralatan pertolongan cemasGaris Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 67


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 684.5.5 Menganggar Keperluan Rawatan KecemasanKeperluan rawatan kecemasan disesuatu organisasi bergantungkepada faktor-faktor berikut:• Jumlah pekerja.• Jenis industri.• Jumlah syif kerja.• Lokasi fizikal tempat kerja.• Jarak tempat kerja dari kemudahan perubatan.4.4.6 Langkah Asas Rawatan KecemasanTerdapat 5 langkah asas rawatan kecemasan iaitu Prinsip DR ABC:• D – Danger (Bahaya): Pastikan anda tidak berada dalambahaya• R – Response (Tindakbalas): Periksa samada mangsa masihsedar atau tidak, iaitu samada mangsa boleh bertindakbalas.Sekiranya mangsa boleh bertindakbalas tidak perlu ke langkahseterusnya.• A – Airway (Salur Pernafasan): Pastikan salur pernafasantidak tersekat.• B – Breathing (Pernafasan): Tentukan samada mangsa masihbernafas atau tidak.• C – Circulation (Peredaran Darah): Periksa denyutan nadi.4.5.7 Komponen Kursus Rawatan Kecemasan Yang DisarankanKursus minimum rawatan kecemasan yang disarankan perlumerangkumi :a) Bahagian Satu – Basic Life Support1. Rantaian menyelamat (Chain of survival).2. Penyebab utama kematian.3. Pengenalan kepada sistem kardiovaskular.4. Pengenalan kepada sistem respiratori.5. Penyakit jantung koronari dan faktor risiko berkaitan.6. Teknik CPR (Cardiopulmonary resuscitation) – DR ABC.7. Sesi praktikal.8. Penilaian teori dan praktikal.68Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 69b) Bahagian Dua – Basic Trauma Life Support1. Pengenalan kepada rawatan kecemasan.2. Pengenalan asas anatomi.3. pengenalan asas rawatan kecemasan – DR ABC.4. Penilaian pesakit (Patient assessment).5. Pengurusan kecederaan tulang belakang (Spinal injury).6. Pengurusan medical shock.7. Pengurusan patah tulang (Fracture).8. Pengurusan luka.9. Sesi praktikal.10. Penilaian teori dan praktikal.Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja 69


01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page 7070Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja

More magazines by this user
Similar magazines