muat turun - Lembaga Pembangunan Langkawi

lada.gov.my
  • No tags were found...

muat turun - Lembaga Pembangunan Langkawi

BuletinLADALADALembaga Pembangunan LangkawiEDISI 2/2013 • April - Jun 2013LANGKAWI INTERNATIONALLAKSA CARNIVAL (LILAC)2013m/s 16MAJLIS PENYERAHAN BANTUANKEPADA MANGSA RIBUTDI TEMONYONGm/s 8MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIANPAJAKAN TANAHAntara LADA & Pekan Artisan Sdn.Bhdm/s 7


MEJA EDITORINFOBULETINLADALADAAssalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia,Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana izin dan kurniaNya, Unit Komunikasi Korporat (UKK) telah berjaya menerbitkan BuletinLADA, Edisi 2 (April-Jun) 2013.Diam tak diam, kita telah pun memasuki suku tahun kedua 2013. Banyakperistiwa dan aktiviti menarik yang melibatkan warga LADA telahdirakamkan. Sidang Redaksi Buletin LADA sentiasa cuba untuk memberikanliputan yang terbaik bagi memastikan Buletin LADA kali ini mempunyainilai berita yang lebih berkualiti.Pulau Langkawi memang amat sinonim sekali sebagai sebuah destinasipelancongan utama di rantau ini. Ini jelas dibuktikan dengan LaporanStatistik (Jabatan Laut dan Malaysia Airport Holdings Berhad) yangditerima pada tahun 2012, di mana Langkawi telah menerima 3.06 jutapelawat dari dalam dan luar negara. Bertitik tolak dari perkembanganpositif industri pelancongan di Langkawi, Kerajaan telah memberisuntikan dan nafas baru kepada Langkawi untuk melonjakkan industripelancongan negara. Justeru, lahirlah Blueprint Pelancongan Langkawi(BPL), 2011-2015 yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri HajiMohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysiapada 8 Disember 2011 yang lalu.Pelbagai inisiatif telah dirancang dan dilaksanakan bagi memastikanindustri pelancongan Langkawi amnya dan negara khususnya terus dapatdiperkasakan. Industri pelancongan Malaysia merupakan salah satudaripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang telah dikenalpasti oleh kerajaan sebagai salah satu bidang utama yang menyumbangkepada pencapaian ekonomi negara ini.Justeru, segala aktiviti dan program LADA kini diatur selari dengan sasaranBlueprint Pelancongan Langkawi bagi merealisasikan hasrat kerajaanuntuk menjadikan Langkawi antara 10 buah pulau terkemuka duniamenjelang 2015. Kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semuapihak terutamanya masyarakat Langkawi adalah merupakan tonggakkejayaan Langkawi pada masa depan.Pada beberapa bulan lepas, pelbagai aktiviti bersama komuniti telahdilaksanakan bagi mengeratkan hubungan di antara warga LADA danmasyarakat. Ini amat penting kerana LADA dan komuniti ibarat lagu danirama yang tidak mungkin terpisah. Begitu juga dengan pembangunan diLangkawi, ia takkan terlaksana tanpa gandingan erat LADA dan komitmensemua pihak.Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniahdan syabas kepada atlet-atlet LADA yang telah berjaya dalam SukanPersatuan Badan-Badan Berkanun (SUKANUN) Edisi ke-8 UniMAPbaru-baru ini. Sesungguhnya kejayaan tidak datang tanpa usaha dankerjasama semua. Semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong kearah pencapaian perkhidmatan yang lebih gemilang pada masa depan.Akhir kata, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalammemastikan Langkawi terus gah di persada dunia.Sekian Terima Kasih,Shariffah Aemee Dianna Bt Syed Mohamedsellynana zue jusarahthirumuhaiminSIDANG REDAKSIPenaungYBhg. Tan Sri Khalid RamliPenasihatA.Rahman Hj. ZainolDr. Yusuf IsmailKetua EditorShariffah Aemee Dianna Syed MohamedSidang PengarangSelyhazli RazalliSarah Mohamad ArsadMuhaimin FazilZunirah OthmanJuwita IsmailThiruvarselvam a/l WilryJurufotoZamri Ibrahimzamri3


INFOSELAMAT DATANGPEGAWAI BARUBULETINLADALADAUnit Undang-UndangNorul SyakilaMOHD ROSLANBah. Perancangan & PembangunanNorainiAHMAD FUADBahagian PelanconganNasriahNUSRALNurul SyuhadaJAMALUDINBahagian Sumber Manusia& Khidmat Pengurusan(BSMKP)ZulkamalHASSANHashir AimanMAT RASIDUnit Pengangkutan BSMKPMohamad FahmiSHAARIUnit Sewaaan (BSMKP)Noor AnizaMOHD AYUBMAJLISJASAMU DIKENANGMajlis Jasamu Dikenang telah diadakan pada 3 April 2013 bertempatdi One Hotel Helang, Langkawi. Majlis ini bagi mengenangjasa pegawai yang akan bersara iaitu En .Shamsuddin Bin Shuib,Mantan Pegawai Pelancongan LADA yang bersara pada 9 April2013 dan Tuan Haji Hanaffi Bin Ahmad, Mantan Timbalan KetuaPegawai Eksekutif Sektor Perancangan dan Pembangunan LADAyang telah bertukar ke Putrajaya.5


BULETINLADALADAPROGRAM TRANSFORMASI KOMUNITIPERTANDINGAN SENI SUARABURUNG MERBAH JAMBULPertandingan Seni Suara Burung Merbah Jambul telahdiadakan pada 12 April 2013 bermula jam 8.00 pagi sehingga1.00 tengahari bertempat di Taman Seri Indah, Langkawi.Pertandingan ini telah dirasmikan oleh YBhg.Tan Sri KhalidBin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif, LADA.Tujuan pertandingan ini adalah bagi mempromosikan jenamabaru Langkawi “Naturally Langkawi” dengan menampilkankepelbagaian hidupan semula jadi Langkawi yang dapatmenjadi daya tarikan pelancong.PROGRAM MAI NIAGA 3R“REUSE, REDUCE & RECYCLE”Pada 13 April 2013 yang lalu, bertempat di Dewan Homestay Kampung Wang Tok Rendong, KEDA telah berlangsungnyaprogram “Mai Niaga 3R (REUSE, REDUCE, RECYCLE) NATURALLY LANGKAWI” di bawah anjuran Unit Komunikasi Korporat,LADA. Program menjahit bag menggunakan barang terpakai ini telah menarik minat para peserta yang terdiri daripada ibutunggal, warga emas, belia dan kakitangan LADA.Program bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 5.00 petang. Para peserta diajar cara-cara membuat beg berasaskanbanner dan streamer yang terpakai oleh 2 orang tenaga pengajar yang dibawa khas daripada Mostwell Company, KualaLumpur. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Khalid Bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif LADA bertempatdi Auditorium LADA pada 14 April 2013 bersempena dengan Majlis Pelancaran Portal Pelancongan Langkawi.6


PROGRAM TRANSFORMASI KOMUNITIBULETINLADALADADari kiri ,YB. Pn. Noorsabrina, YB. Mohd. Rawi, YBhg. Tan Sri Khalid b. Ramli,YAB Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir bergambar bersama Robert Wyatt, KPEPekan Artisan Sdn. Bhd.MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIANPAJAKAN TANAHantaraLADA & Pekan Artisan Sdn. BhdMajlis ini telah diadakan pada 2 Jun 2013 bertempat di Westin LangkawiResort & Spa. Majlis menandatangani perjanjian ini telah disaksikanoleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir. LADAmenjalinkan kerjasama dengan Pekan Artisan Sdn.Bhd bagi memajukanProjek Peluasan Kawasan Oriental Village dan Pembinaan Resort Eksklusifdi Pulau Intan Besar Langkawi yang membabitkan nilai pembangunan kasarsehingga 2.4 billion. Projek ini bakal melonjakkan Langkawi, seterusnyamenjadikan Langkawi antara 10 buah pulau terkemuka di dunia.YBhg. Tan Sri Khalid bersalaman dengan Robert Wyatt, KPE Pekan Artisan Sdn.Bhd. menukar Perjanjian Pajakan Tanah sambil disaksikan oleh YAB. Dato’Paduka Mukhriz Mahathir.7


BULETINLADALADAPROGRAM TRANSFORMASI KOMUNITITAKLIMATBLUEPRINT PELANCONGAN LANGKAWI KEPADAKOMUNITI INDIA LANGKAWITaklimat Blueprint PelanconganLangkawi kepada komuniti India telahdiadakan pada 28 April 2013 bertempatdi Auditorium, LADA. Majlis ini bertujuanuntuk memberi penerangan kepadakomuniti India di Langkawi mengenaiBlueprint Pelancongan Langkawi danperanan yang boleh dimainkan olehkomuniti India bersama LADA dalammembangunkan Langkawi. Jumlahpeserta yang menghadiri program inilebih daripada 100 orang. Taklimat telahdisampaikan oleh YBhg. Tan Sri KhalidBin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif,LADA.PROGRAM PELANCARANPASAR MALAM BERWAJAH BARUPada 24 April 2013 telah berlangsungnya program Pelancaran Pasar Malam BerwajahBaru bertempat di Pasar Malam Kuah, Langkawi. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg.Tan Sri Khalid Bin Ramli ,Ketua Pegawai Eksekutif, LADA.Tujuan program ini diadakan adalah bagi memperkasakan Pasar Malam di Langkawisebagai satu produk pelancongan yang boleh dilawati oleh pelancong dalam dan luarnegara. Beberapa kemudahan asas seperti khemah, surau, dan pintu gerbang dibangunkanbagi memberi nafas baru kepada Pasar Malam di Langkawi.8


PROGRAM TRANSFORMASI KOMUNITIBENGKELMENCANTING BATIK PULAU TUBABULETINLADALADABengkel Mencanting Batik Pulau Tuba telah diadakan pada 5 dan6 April 2013 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat diDewan Chalet Mak Pah, Pulau Tuba Langkawi. Bengkel ini telahdirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Khalid Ramli, Ketua PegawaiEksekutif, LADA.Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah untuk meningkatkanbilangan usahawan yang menceburi bidang kraftangan serta bagimeningkatkan hasil pendapatan penduduk Pulau Tuba meneruspendedahan dan kemahiran dalam aspek kraftangan. Seramai 60orang penduduk Pulau Tuba telah menyertai bengkel ini.LAWATAN KERJAKETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LADAKe Pulau TubaLawatan Kerja Ketua Pegawai Eksekutif LADA ke Pulau Tuba telah diadakan pada15 April 2013 bagi mengenal pasti produk pelancongan baru yang boleh dimajukandan dibangunkan. Disamping itu, satu Majlis Penyerahan Replika Cek telah diserahkanoleh YBhg. Tan Sri Khalid Bin Ramli bagi Sumbangan Set Sistem Pembesar Suara danPeralatan Pendawaian kepada wakil Masjid Al - Fallah, Kampung Selat Bagan Nyior,Langkawi.YBhg. Tan Sri Khalid ( 6 dari kanan) menyampaikan Replika Cek kepada wakilMasjid Al-Fallah, Kampung Selat Bagan Nyior, Langkawi.9


BULETINLADAPROGRAM TRANSFORMASI KOMUNITILADAPROGRAM“NATURALLY” KOMUNITI KAMPUNGSG. MENGHULUProgram “Naturally” Komuniti telah diadakan di Padang AwamKampung Sungai Menghulu pada 1 Mei 2013. Tujuan program inidianjurkan adalah untuk mengeratkan hubungan antara komunitiLangkawi dan LADA disamping memberi peluang kepada LADA untukmemperkenalkan jenama Naturally Langkawi secara lebih berkesan.Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan yang bermula seawal jam9.00 pagi sehingga 2.00 petang.PROGRAM KUNJUNGAN MESRAKETUA KOMUNITIKE AKADEMI PELANCONGANLANGKAWIPada 16 April 2013 telah berlangsungnya ProgramKunjungan Mesra Ketua Komuniti ke Akademi PelanconganLangkawi yang dulunya dikenali sebagai Kolej Komuniti. Tujuankunjungan ini diadakan adalah bagi memberi maklumat kepadasemua ketua komuniti mengenai kursus-kursus yang ditawarkandi Akademi tersebut yang boleh disertai oleh semua masyarakatLangkawi. Semua tetamu turut diberi peluang mencuba masakanyang disediakan oleh pelajar-pelajar kolej tersebut.BENGKEL TRANSFORMASIPENIAGA PASAR MALAM 2013Bengkel ini telah diadakan pada 27 Mei 2013 bertempat di Auditorium,LADA. Seramai 251 orang peniaga pasar malam seluruh Langkawi telahmenyertai bengkel ini.Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk meningkat dan membangunkanpeniaga pasar malam sejajar dengan matlamat Blueprint PelanconganLangkawi iaitu untuk menjadikan Langkawi sebagai 10 buah PulauPeranginan Terkemuka Dunia menjelang 2015.Wakil LADA, Pn. Azlina Ahmad Zubair (hadapan 2 dari kanan) bergambarbersama hampir 300 peserta Bengkel Tranformasi Peniaga Pasar Malam 2013.10


PROGRAM TRANSFORMASI KOMUNITIPROGRAM“NATURALLY” KOMUNITI KAMPUNGPASIR HITAMBULETINLADALADAProgram ini telah diadakan pada 19 April 2013 dari jam8.30 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Padang Bola,Kg. Pasir Hitam Langkawi. Program ini dirasmikan olehYBhg. Tan Sri Khalid Bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif,LADA.“Naturally” Komuniti merupakan salah satu daripadaProgram Induk Komuniti yang telah dirangka oleh LADAsepanjang bulan April 2013. Program ini dianjurkanbertujuan untuk mengeratkan hubungan antara LADAdan komuniti Langkawi. Pelbagai aktiviti telah dijalankantermasuklah Pertandingan Tarik Tali, PertandinganMemasak, Pertandingan Mewarna dan banyak lagi.Program tamat sekitar jam 2.00 petang.YBhg. Tan Sri Khalid menjadi pengadil bagi acaraPertandingan Tarik Tali.PROGRAM GOTONG-ROYONGBERSAMAMAJLIS BELIA LANGKAWIProgram ini telah diadakan pada 18 dan 22 April2013 bertempat di Kg. Lubuk Setul dan KualaSg. Melaka, Kg. Teriang. Matlamat programini dianjurkan adalah bagi melaksanakanTanggungjawab Sosial Korporat (CSR), LADAselain bagi mengeratkan hubungan LADA danMajlis Belia Langkawi.11


BULETINLADAPROGRAM TRANSFORMASI KOMUNITILADALADAMAJLIS PENYERAHAN BANTUANKEPADA MANGSA RIBUTDI TEMONYONGPada 13 Jun 2013, LADA telah menunaikan TangungajawabSosial Korporat (CSR) dengan membantumangsa ribut di sekitar Temonyong yang mengalamibencana ribut pada 10 Jun 2013 lalu. Sumbangan berbentukwang tunai telah diberikan kepada 20 orangmangsa ribut bagi meringankan bebanan yang ditanggungoleh mangsa - mangsa yang terlibat. Sumbangantelah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Khalid Bin Ramli,Ketua Pegawai Eksekutif, LADA. Hadir bersama padamajlis tersebut ialah YB Nor Saidi Nayan (ADUN Kuah),Pegawai LADA dan wakil penduduk.HARI TERBUKAPERUSAHAAN MIKRO, KECIL & SEDERHANASEMPENA MINGGU PKSLADA dengan kerjasama Sme Corp. Sdn Bhd telah mengadakan Hari Terbuka Perusahaan Mikro , Kecil dan Sederhana sempena mingguPKS pada 24 Jun 2013 bertempat di Auditorium, Kompleks LADA.Objektif utama Hari Terbuka ini adalah untuk meningkatkan potensi perniagaan di Langkawi kepada penduduk tempatan, memberi insentifdan pinjaman kepada usahawan sedia ada di Langkawi, mempromosikan perniagaan penduduk Langkawi dan meningkatkan perkhidmatandan etika perniagaan. Seramai 160 orang peserta telah menghadiri program ini. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Khalid BinRamli, Ketua Pegawai Eksekutif, LADA.12


LANGKAWIACARA PELANCONGANIRONBOUND 24H CHALLENGE 2013Langkawi Ironbound 24H Challenge 2013 telah diadakan pada 20 hingga 22 Jun 2013 bertempatdi sekitar Pulau Langkawi. Pertandingan ini merupakan pertandingan anjuran SNR Adventure.comdengan kerjasama LADA. Objektif pertandingan ini adalah untuk mempromosikan Pulau Langkawisebagai salah satu hub pelancongan sukan yang terkenal di rantau Asia sekaligus meletakkan PulauLangkawi didalam peta temasya sukan lasak di dunia.BULETINLADALADALADAPertandingan ini adalah merupakan pertandingan sukan lasak 24 jam yang telah disertai oleh 50kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang peserta dari Malaysia, Singapura,Hong Kong, Macau, Australia, dan Indonesia.Selain itu juga, setiap peserta dikehendaki menempuhi 7 disiplin iaitu berlari, berkayak, “orienteering”,berbasikal, “caving”, “abseiling” dan tugasan khas bagi menamatkan pertandingan tersebut. Majlispenyampaian hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Khalid Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif,LADA.PERTANDINGANKERABU HUNTBahagian Pelancongan LADA telah menganjurkan Pertandingan KerabuHunt 2013 pada 29 Jun 2013 yang lalu. Pertandingan ini telah diadakan diSeashells Chenang, Laman Padi.Penganjuran pertandingan ini adalah untuk menjadikan Laman Padi sebagaisatu tempat ikonik bagi memperkenalkan dan mengekalkan makanan tradisirakyat Malaysia. Terdapat pelbagai kerabu yang terkenal di Langkawi sepertikerabu beronok, kerabu beka dan kerabu batang bayas. Sebanyak 16 pesertatelah bertanding dan Juara Pertandingan Kerabu Hunt telah menerimawang tunai sebanyak RM 500.13


BULETINLADALADAACARA PELANCONGANKURSUSPEMANDUAN PELANCONGAN KHAS KV2Langkawi Tour Guide Asscociation (LTGA) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Kementerian Pelancongan Malaysia(MOTOUR) telah mengadakan “KURSUS PEMANDUAN PELANCONG KHAS KV 2” pada 15 Mei 2013 bertempat di Auditorium, LADA.Program ini diadakan khas kepada pemandu pelancong sedia ada bagi membolehkan mereka membuat tugasan dan kerja untuk membawa pelancongkesemua kawasan di Pulau Langkawi dan mewujudkan satu standard servis pelancongan Langkawi. Ini adalah usaha bagi menyokong pelaksanaanBlueprint Pelancongan Langkawi untuk meningkatkan perkhidmatan hospitaliti di Langkawi.PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI DAN OBOR-OBORSEMPENA PESTA AIR NATIONAL LANGKAWI 2013Program ini telah diadakan di Kuala Sungai Cenang pada 18 Mei 2013 . Ianya adalah bertujuan untukmembersihkan kawasan sekitar Pantai Chenang sempena acara Pesta Air National yang telah disertai olehpegawai dan kakitangan LADA, Agensi Kerajaan dan Kumpulan Pengurusan Sumber Perikanan (KPSP) Sg.Chenang.14


ACARA PELANCONGANMAJLIS PELANCARANPORTAL PELANCONGAN LANGKAWIBULETINLADALADAYBhg. Tan Sri Khalid Ramli melancarkan Gimik Portal Pelancongan Langkawidengan menekan butang LIKE akaun Twitter dan disaksikan oleh YB. Dato’ Ir.Hj. Nawawi Ahmad.Pada 14 April 2013 yang lalu telah berlangsungnya Majlis PelancaranPortal Pelancongan “Naturally” Langkawi bertempat di Auditorium, LADA.Majlis yang bermula jam 9.30 pagi itu telah dihadiri oleh ketua-ketua jabatan,dan pengiat industri pelancongan bagi menyaksikan pelancaran PortalPelancongan tersebut. Portal Pelancongan tersebut mempunyai ciri-cirimesra pengguna yang dapat membantu para pelancong untuk mendapatkanmaklumat awal mengenai tempat-tempat menarik yang boleh dilawati diLangkawi. Selain itu, para pelancong juga berpeluang mengatur perjalanandan aktiviti sepanjang berada di Langkawi sebelum sampai ke Langkawi.Portal ini juga dijangka mampu menggalakkan kemasukan lebih ramaipelancong ke Langkawi yang membolehkan mereka tinggal lebih lama diLangkawi yang secara langsung dapat meningkatkan lagi ekonomi PulauLangkawi.THE ISLAND OCEANMARATHON 2013The Marathon Shop Sdn. Bhd. dengan kerjasama LADA telah menganjurkan acara TheIsland Marathon pada 21 April 2013 bertempat di Pulau Langkawi. Acara ini pertamakali diadakan di Langkawi untuk menarik lebih ramai peserta marathon bagi menikmatikeindahan alam flora dan fauna yang terdapat di Pulau Langkawi. Kesemua pesertaperlu melengkapkan larian sejauh 42.195 km dan pelepasan peserta telah dilaksanakanpada jam 4.00 pagi bertempat di Resort World Langkawi oleh YBhg. Tan Sri KhalidRamli, Ketua Pegawai Eksekutif, LADA. Seramai 1000 orang peserta yang terdiri daripeserta dalam dan luar negara seperti Singapura, Hong Kong, Indonesia,Taiwan,China,Australia, France dan Japan telah menyertai acara ini.15


BULETINLADALADALADAACARA PELANCONGANLANGKAWI INTERNATIONALLAKSA CARNIVAL (LILAC) 2013Pada 31 Mei hingga 2 Jun 2013, bertempat di Laman Padi, Langkawi telah berlangsungnya Karnival Laksa AntarabangsaLangkawi atau Langkawi International Laksa Carnival (LILAC) 2013 yang menghimpunkan pelbagai jenis laksa diseluruh negara.Penganjuran pada tahun ke-dua ini, menampilkan kelainan yang lebih berkonsepkan cita rasa Asean berbanding tahun lalu iaitucita rasa tempatan. Penglibatan daripada negara-negara Asean seperti Thailand, Indonesia, Brunei, Vietnam dan Singapuraturut memeriahkan karnival ini yang turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia.Pelbagai acara menarik diadakan untuk semua yang hadir antaranya ialah Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak, PertandinganMemasak Laksa dan Demonstrasi Masakan Laksa daripada Chef Selebriti terkemuka iaitu Chef Jo (Master Chef), ChefSherson (5 Rencah 5 Rasa) dan Chef Zam telah menarik pengunjung dari dalam dan luar negara. Majlis perasmian telah disempurnakanoleh YB. Tuan Haji Mohd. Rawi b Abdul Hamid, Exco Pelancongan Negeri Kedah. Turut hadir, Ketua Pegawai EksekutifLADA, YBhg. Tan Sri Khalid Ramli. LILAC 2013 telah mencatatkan rekod dengan kehadiran lebih 17 ribu orang pengunjungsepanjang 3 hari karnival berlangsung.PESTAPENCAHAYAANPada 2 Jun 2013, bertempat di Laman Budaya, Kompleks LADA telahberlangsungnya Demo Pencahayaan oleh Philips Entertaiment yangdibawa khas oleh Pekan Artisan Sdn. Bhd. Majlis ini telah dirasmikanoleh YBhg. Tan Sri Khalid Bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif, LADA.Demo ini dimulakan dengan pertunjukkan pencahayaan denganlatarbelakang muzik yang berbeza. Konsep pencahayaan inimenggunakan teknologi hijau supaya penggunaan tenaga dapatdijimatkan. Dengan cara ini, kenaikan tarif elektrik tidak akanmemberikan kesan yang besar sekiranya projek pencahayaan Langkawiini direalisasikan menjelang tahun 2015. Selain daripada itu juga, majlisturut diserikan dengan pertunjukkan Wayang Kulit Seri Asun. Majlis initurut dihadiri oleh warga LADA dan masyarakat Langkawi serta pelancongyang turut kagum dan tertarik dengan persembahan pencahayaan yangpertama kali diadakan.16


ACARA PELANCONGANBULETINLADALADALADAPROFESSIONAL GOLF OFMALAYSIA LADA LANGKAWI MASTERSPersatuan Golf Profesional dengan kerjasama LADA telah menganjurkanKejohanan Professional Golf Of Malaysia (PGM) LADA Langkawi Masterpada 25 hingga 28 April 2013 bertempat di Gunung Raya Golf Resort,Langkawi. Pertandingan ini telah disertai oleh semua pemain golf terkemukadiseluruh negara dan pemenang bagi PGM 2013 adalah milik James Byrnedari Scotland.PROGRAMTUBA 2013Program TUBA 2013 telah diadakan pada 27 April 2013. TUBA2013 ini telah meliputi 2 program utama iaitu acara berbasikalTUBA BIKE EXPLORER CHALLENGE (TUBEC) dan programPasar Malam (TUBA NIGHT). Objektif penganjuran TUBECadalah bagi memperkenalkan produk pelancongan di PulauTuba kepada umum manakala objektif TUBA NIGHT pula adalahuntuk meningkatkan pendapatan penduduk Pulau Tuba melaluiprogram jualan barangan tempatan.Program TUBEC tamat sekitar jam 3.00 petang manakalaprogram TUBA NIGHT tamat sekitar jam 11.00 malam.17


BULETINLADAACARA PELANCONGANLADAPROGRAMGEOPARK TO SCHOOLProgram Geopark To School telah diadakan pada17 April 2013 bertempat di Sekolah KebangsaanSeri Lagenda Langkawi. Taklimat mengenai LangkawiGeopark yang menerangkan “Apa Itu Geopark”telah diberikan kepada pelajar dan guru sekolahtersebut. Kesemua peserta telah diberi taklimatmengenai Langkawi Geopark bagi memberi pendedahankepada mereka dengan lebih lanjut mengenaistatus yang diterima dari UNESCO itu.MAJLIS PELANCARANSIJIL KILIM GEOFOREST PARKMajlis Pelancaran Sijil Kilim Geoforest Park telah diadakan pada21 April 2013 bertempat di Jeti Kilim sempena Geohunt 2013.Majlis tersebut telah dilancarkan oleh YBhg. Tan Sri Khalid BinRamli, Ketua Pegawai Eksekutif LADA.Seramai 6 orang pelancong dari Thailand dan 4 orang pelancongdari Singapura telah diberi Sijil Kilim Geoforest Park sebagaitanda gimik Pelancaran Sijil Kilim Geoforest Park. Sijil tersebuthanya akan dijual kepada para pelancong yang mengikuti pakejlawatan ke Kilim Geoforest Park dan akan menjadikan produkpelancongan Kilim sebagai model produk – produk pelanconganyang lain.Objektif pemberian sijil Kilim ini adalah bagi memberi nilai tambahkepada produk Kilim Geoforest Park yang merupakan antaraproduk pelancongan utama di Langkawi.18


SUKANUNBULETINLADALADAGolfFutsalBoling Padang21


BULETINLADALADAACARAPERTANDINGANKARAOKE & LIVE BAND LADAKelab Sukan dan Kebajikan LADA telah menganjurkan Pertandingan Karaokedan Live Band LADA 2013 pada 19 Mei 2013 bertempat di Auditorium, LADA.Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Khalid Bin Ramli, Ketua PegawaiEksekutif LADA. Objektif program ini adalah bagi mengeratkan hubungansilatulrahim warga LADA selain dijadikan platform mengcungkil bakat dikalangan warga LADA. 4 kategori telah dipertandingkan iaitu:• Kategori Terbuka telah dimenangi oleh Mustaqim Bin Che Di (Pelaburan)dengan lagu Al Jannah• Kategori Veteran telah dimengangi oleh Ahmad Anuar Bin Mat Isa (BSMKP)dengan lagu Permaidani• Anugerah Vokal Terbaik dimenangi oleh Mustaqim Bin Che Di(Pelaburan)• Anugerah Persembahan Terbaik dimenangi oleh Mohd Nazri Che Mahadzir(BSMKP)Tahniah diucapkan kepada para pemenang.GEOHUNT 2013Geohunt 2013 telah diadakan pada 21 April 2013bertempat di Pekan Rabu, Langkawi. Seramai 66 buahpasukan telah menyertai acara ini. Pelepasan acaratelah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Khalid Ramli,Ketua Pegawai Eksekutif, LADA di Perkarangan PekanRabu secara berperingkat. Objektif utama penganjuranGeohunt 2013 ini adalah bagi menarik minat orangramai supaya lebih menyayangi Langkawi yang kayadengan khazanah alam semulajadi. Kesemua pesertaperlu menyelesaikan semua tugasan yang diberikandengan tepat sebelum dinobatkan sebagai Johan yangmenawarkan wang tunai RM5000.Geohunt telah dijadikan sebagai acara tahunan LADAdan tahun ini adalah merupakan kali ketiga programini dianjurkan. Sambutan yang begitu menggalakkanterutamanya daripada golongan belia seluruh Langkawidan badan-badan kerajaan membuatkan pihakpenganjur menggandakan hadiah yang lebih lumayandan menarik setiap tahun.Pasukan yang berjaya tahun ini adalah pasukan GeoWorld yang berjaya membawa pulang hadiah wangtunai berjumlah RM5000 berserta sijil. Manakalabagi Tempat Kedua dimenangi pasukan KoperasiKilim dengan membawa pulang wang tunai sebanyakRM2500 berserta sijil dan Tempat Ketiga adalahdimenangi pasukan Travel Agent Langkawi yangberjaya membawa pulang wang tunai sebanyakRM1500 berserta sijil.22


PROGRAM LAWATANBULETINLADALADALAWATAN MAKTAB ANGKATAN TENTERA MALAYSIAKE KOMPLEKS LADAPada 11 April 2013, LADA telah menerima lawatan dari Maktab Angkatan Tentera Malaysia (MATM) yang terdiri daripadaPegawai-pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia dalam dan luar negara yang mengikuti pengajian di MATM. Taklimatdi sampaikan oleh YBhg. Tan Sri Khalid Bin Ramli kepada 44 orang pegawai MTAM yang hadir.MESYUARAT BERSAMAJABATAN (MBJ) & LAWATAN KE JOHORPada 23 hingga 26 Mei 2013, wakil MBJ LADA telah mengadakanlawatan ke Johor Bahru & Singapura. Lawatan ini adalah untuk memberipendedahan kepada pegawai dan kakitangan LADA berkenaan aspekpelancongan yang dilaksanakan dan bagaimana produk-produkpelancongan dibangunkan bagi menarik kedatangan pelancong setiaptahun. Mesyuarat MBJ telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri KhalidRamli, Ketua Pegawai Eksekutif, LADA.23


PROGRAM FAM TRIPVIP FAM TOUR OFTOURISM MALAYSIA SEOULBahagian Pelancongan, LADA telah mengadakanVIP FAM Tour of Tourism Malaysia Seoul danMAS Korea pada 16 hingga 19 Mei 2013. Tujuanprogram diadakan adalah untuk mempromosikankeunikan Langkawi kepada penggiat industripelancongan Korea bagi meningkatkan lebihbanyak kedatangan pelancong Korea ke Langkawipada masa depan.BULETINLADALADACRUISE GROUP COSTA ATLANTIKA,STAR CRUISEPada 7, 14 dan 21 Mei 2013, LADAtelah menerima kedatangan 2500 orangpelancong yang tiba dengan menaikiStar Cruise di Jeti Awana Porto Malai,Langkawi.Ketibaan mereka telah disambut denganpersembahan kebudayaan tempatan.PENGGAMBARAN FILEM GERMAN TELE-MOVIE“DREAM BOAT”Pada 10 hingga 17 April 2013, LADA telahmenerima 30 orang delegasi daripada Germanyang terlibat dengan penggambaran Tele-Movie“Dream Boat”. Tele-Movie ini amat popular diGerman dan akan ditayangkan sekali setahunketika perayaan Krismas. Ia memaparkandestinasi-destinasi menarik untuk dilawati padamusim sejuk terutama kepada pelayar-pelayardari German dan Australia.25


BULETINLADALADAFAM TRIPJALAN-JALAN CARI MAKAN• Tarikh : 10-13 Mei 2013• Merupakan sebuah program yangmemberikan informasi dan tips sertalokasi menjamu selera.• Dihoskan oleh Qushairi MohammedRazaliFAMILIRISATIONTRIPPROGRAM FAM TRIPFAM TRIPP E N G G A M B A R A N“CHEF WAN: FLIMING ON LANGKAWI”• Tarikh : 22- 24 Mei 2013• Penggambaran dijalankan oleh pasukan produksidari Denhamn, UK• Bekerjasama dengan Rangkaian PenyiaranAntarabangsa Fox TVFAM TRIPKAHWIN-KAHWIN• Tarikh : 23 - 28 Mei 2013• LADA dengan kerjasama Tourism Malaysia(TM) telah menganjurkan Karnival Kahwin-Kahwin yang telahdisertai oleh wakil mediadaripada Thailand, Vietnam dan FilipinaFAM TRIP5 RENCAH 5 RASA• Tarikh : 27 - 30 Mei 2013• Merupakan Program Masakan yang ditayangkan disaluran Asian Food Channel (AFC) dan saluran tv online• Menampilkan chef selebriti iaitu Sherson Lian yangmemperkenalkan 5 masakan pada setiap minggu.KURSUS DAN LATIHANKURSUS BAHASA ARABPada minggu kedua bulan April dan Mei 2013 bertempat di Berjaya Langkawi Beach Resort & Spa, Bahagian Pelancongan LADAtelah mengadakan Kursus Bahasa Arab kepada penggiat industri pelancongan Langkawi.Kursus selama 2 hari ini adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada penggiat industri pelancongan mempelajari BahasaArab yang kini telah menjadi salah satu bahasa utama di dunia.26


SANTAIBULETINLADALADAKilim ohhh.. KilimALASAN!!Karya PilihanEdisi 2/2013TahniahDiucapkan!!!27


BULETINLADALADA5SANTAIUJI Minda Anda142 3TEKASILANG KATA768 109Bawah1. Langkawi Geopark dinilai setiap ............ tahun sekali3. Nama formasi batuan tertua di Malaysia4. Jenis batuan utama Formasi Setul5. Pulau Tanjung .............. merupakan geotapak paraslaut kuno tertinggi di Malaysia iaitu 23 meter7. Nama geopark yang juga sebuah pulau yang mempunyai perjanjian persefahaman dengan LangkawiGeopark10. Badan antarabangsa yang mengiktiraf Langkawisebagai Global GeoparkMelintang2. Air terjun tertinggi di Langkawi6. Landskap batu kapur yang juga dikenali sebagaipuncak api8. Helang ............ merupakan spesies helang yang ketigadi Langkawi selain Helang Merah dan Helang Laut9. Pokok ............... merupakan spesies pokok yang sudahwujud sejak zaman Jura28


BULETINLADALADAPERHIMPUNANBULANANLADAAprilMeiJun29


BULETINLADAPENGIKLANANLADAKERATAN AKHBAR30


PENGIKLANANBULETINLADALADAMAJALAHPengiklananAntara majalah pengiklananbulan Mei mengikut negara :Asia- Destin Asia- Escape- InspireAustralia- Get Lost- Travel & Living Australia- Holiday For CouplesGerman- Reise & Preise- GEO SpecialIndia- CondeNast India- Wedding AffairPROGRAMLADAoUTREACH,BERSAMA KOMUNITISempena Ramadhan yang mulia ini, muslimin dan muslimat dijempu hadir bagi memeriahkanprogram Outreach LADA di masjid yang berikut:MASJID AL-JAMIUL QADIM, ULU MELAKA LAMA14 Julai 2013 (Ahad), 5 Ramadhan 1434Mukim : ULU MELAKAMASJID AL-FALAH, KAMPUNG PADANG KANDANG16 Julai 2013 (Selasa), 7Ramadhan 1434Mukim : PADANG MAT SIRATMASJID NURUL HIDAYAH, KELIBANG17 Julai 2013 (Rabu), 8 Ramadhan 1434Mukim : KUAHMASJID NURUSSALAM, EWA22 Julai 2013 (Isnin), 13 Ramadhan 1434Mukim : AYER HANGATMASJID AL-AMAN, YOOI24 Julai 2013 (Rabu), 15 Ramadhan 1434Mukim : BOHORMASJID AL-IHSAN, TEMONYONG28 Julai 2013 (Ahad), 19 Ramadhan 1434Mukim : KEDAWANGWarga LADA mengucapkanSelamatMenyambut Bulan RamadhanAl-Mubarak.31


Pengerusi, Ahli Jemaah Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif danwarga kerja LADA mengucapkanSELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRImaaf zahir & batinLADALembaga Pembangunan Langkawi, Unit Komunikasi Korporat (UKK), Tingkat 7, Kompleks LADA,Jalan Persiaran Putra 07000 Kuah, LangkawiKEDAH DARUL AMANNo. Telefon 6049667186 Faks:6049661019LangkawiLada

More magazines by this user
Similar magazines