1 ksm/t/30/24/74/1 - Kementerian Sumber Manusia

mohr.gov.my

1 ksm/t/30/24/74/1 - Kementerian Sumber Manusia

KSM/T/30/24/74/1 ( )MINIT MESYUARATMAJLIS BERSAMA KEMENTERIAN (MBK)KEMENTERIAN SUMBER MANUSIABIL. 4/2006-----------------------------------------------------------Tarikh : 12 Disember 2006 ( Selasa )Masa : 3.00 petangTempat : Bilik GerakanKementerian Sumber ManusiaAras 1, Blok D3, PutrajayaHADIR1. Y.Bhg. Dato’ Thomas George - Ketua Setiausaha(Pengerusi)2. Y.Bhg. Dato’ Azmi bin Ali - Timbalan Ketua SetiausahaPengurusan(Wakil Pengurusan)3. Encik Ishak bin Lebai Omar - Setiausaha BahagianBahagian Teknologi Maklumat(Wakil Pengurusan)4. Encik Abd. Malik Adam - Wakil Setiausaha BahagianBahagian Khidmat Pengurusan(Wakil Pengurusan)5. Encik Mohd. Azmi Hj. Sukor - Wakil Setiausaha BahagianBahagian Kewangan(Wakil Pengurusan)6. Cik Siti Nor Hafizal Muhamad - Wakil Setiausaha BahagianBahagian Pengurusan SumberManusia( Wakil Pengurusan )7. Encik Chin Ah Kong - Penolong SetiausahaBahagian Khidmat Pengurusan(Wakil Pekerja )8. Cik Lung Sai Mei - Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja1


(Wakil Pengurusan)9. Puan Ku Rashidah bt. Ku Tra - Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja(Wakil Pekerja )10. Encik Mutang Maran - Timbalan PendaftarMahkamah Perusahaan(Wakil Pengurusan)11. Encik Muhammad Saiful Adli Mohd - Mahkamah Perusahaan(Wakil Pekerja )12. Encik Md. Hatta Md. Jauhar - Jabatan Tenaga Kerja SemenanjungMalaysia(Wakil Pengurusan)13. Encik Rozlan bin Abu Kasim - Jabatan Tenaga Kerja SemenanjungMalaysia(Wakil Pekerja)14. Encik Arman Syahlan bin Mohd Anuar- Jabatan Tenaga Kerja SemenanjungMalaysia(Wakil Pekerja)15. Puan Kamaljit Kaur - Jabatan Tenaga Manusia(Wakil Pengurusan)16. Encik Tan Chee Keong - Jabatan Tenaga Manusia(Wakil Pengurusan)17. Che Puteh bt. Zakaria - Jabatan Tenaga Manusia(Wakil Pekerja)18. Encik Azmi Mohamad - Jabatan Tenaga Manusia(Wakil Pekerja )19. Encik Ramli Saad - Jabatan Perhubungan Perusahaan(Wakil Pekerja)20. Encik Elanggovan Balasubramaniam - Jabatan Keselamatan dan KesihatanPekerjaan(Wakil Pengurusan)21. Encik Mohaed bin Sulaiman - Jabatan Pembangunan Kemahira(Wakil Pengurusan)22. Encik Mohd Shahrol @ Shukor Salleh- Jabatan Pembangunan Kemahiran2


Kebangsaan(Wakil Pekerja)23. Encik Aleyes bin Meh - Pertubuhan Keselamatan Sosial(Wakil Pengurusan)24. Puan Zaharah bt. Hj. Ishak - Timbalan PengarahJabatan Tenaga Kerja Sabah(Wakil Pengurusan)25. Puan Aksyah Nasrah - Jabatan Tenaga Kerja Sabah(Wakil Pengurusan)26. Encik Othman bin Abdullah - Jabatan Tenaga Kerja Sabah(Wakil Pekerja)27. Encik Petrus Gadin - Jabatan Tenaga Kerja Sabah(Wakil Pekerja)28. Puan Tan Gake Hua - Jabatan Tenaga Kerja Sarawak(Wakil Pengurusan)29. Encik Dzulzalani bin Eden - Jabatan Tenaga Kerja Sarawak(Wakil Pekerja)30. Encik Ismail bin Mohammed - Jabatan Tenaga Kerja Sarawak(Wakil Pekerja)31. Encik Rashidi Ismail - Kesatuan Kakitangan PERKESO32. Encik Musleh bt. Mat Ali - Persatuan Pegawai-PegawaiPerhubungan PerusahaanURUSETIA1. Encik Abdul Malik bin Adam - Setiausaha Bahagian (KP)2. Encik Chin Ah Kong - Penolong Setiausaha (KP)21. PERUTUSAN Y.BHG. PENGERUSI3


Y. Bhg. Dato’ Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan Selamat Petangdan Salam Sejahtera.2. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT BIL. 3/2006 YANG TELAH DIADAKANPADA 22 SEPTEMBER 2006Minit mesyuarat Bil. 2/2006 disahkan tampa pindaan.3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT3.1 Sistem Saraan PERKESO3.1.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa bayaran penyelarasan gajisebanyak 15% bagi Kumpulan Eksekutif dan 20% bagi Kumpulan BukanEksekutif seperti kelulusan YB Menteri telah pun selesai dilaksanakan olehPengurusan PERKESO.3.1.2 Sementara itu, pengurusan PERKESO telah menerima keputusanLembaga PERKESO yang telah bersetuju dan meluluskan struktur gaji dibawah Sistem Saraan Baru PERKESO. Sehubungan itu, tindakanpenyelarasan gaji sedang dilaksanakan berdasarkan kelulusan Lembaga.Tindakan: KE PERKESO3.2. Peperiksaan Pengesahan Jawatan Bagi Jurubahasa3.2.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Lembaga PeperiksaanPerkhidmatan telah bersidang pada 27 November 2006 dan telahmenetapkan Peperiksaan Perkhidmatan bagi seorang JurubahasaKadazan Dusun akan diadakan pada 21 Disember 2006 bertempat diPejabat JTK Sabah.Tindakan: SUB(PSM)3.3 Cadangan Bayaran Elaun Kritikal Bagi Pemeriksa Kilang dan Jentera,Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera dan Pembantu PemeriksaKilang dan Jentera4


3.3.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa pihak JKKP sedang dalam prosesmengumpulkan maklumat dan Jawatankuasa Kecil telah ditubuhkan untukmenyediakan kertas cadangan.Tindakan: KP JKKP3.4 Kekurangan Tempat / Petak Letak Kereta3.4.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya telah mulapembinaan Kompleks Letak Kereta di Parcel C, Putrajaya. Kerja-kerjapembinaan Kompleks Letak Kereta di Parcel D akan dimulakan tahun 2007ini dan kerja mengeluarkan tender telah dimulakan. Sementara itu,SUB(KP) memaklumkan mesyuarat bahawa Perbadanan Putrajaya telahmemperkenalkan konsep Park & Ride bagi tetamu dan kakitanganKerajaan yang tidak diperuntukkan tempat letak kereta. Merekadikehendaki menaiki bas daripada pusat letak kereta Putrajaya ke pejabatKerajaan.Tindakan: SUB(KP)3.5 Pencerobohan Tempat Letak Kereta3.5.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa di pejabat Blok D4 sentiasamenghadapi masalah “double-parking”, di kedua-dua belah laluan yangmenyebabkan pegawai yang diperuntukkan petak letak kereta sukarmengeluarkan kereta atau sukar melalui lorong kerana bimbangmenggesel kereta sendiri dan kereta yang double-parking. Sehubunganitu, dicadangkan pengawal keselamatan tempat letak kereta perlu lebihtegas dalam menjalankan tugas supaya tidak berlaku tindakan “doubleparking”. Y.Bhg. Dato’ Pengerusi meminta seorang pengawal keselamatanditempatkan di Blok D4.Tindakan: SUB(KP)3.6 Keadaan Gelap Di Basement Bangunan3.6.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa keadaan di basement Parcel D3telah bertambah baik setelah kontraktor memperbaiki sebahagian daripada5


lampu-lampu yang rosak. SUB(KP) maklumkan bahawa Kementerian inimengadakan mesyuarat secara tetap dengan kontraktor penyelenggarabangunan dan sebarang kerosakan boleh dilaporkan terus kepada pihakkontraktor.Tindakan: SUB(KP)3.7 Pengesahan Jawatan Gred S443.7.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa surat pemangkuan bagi pegawaiGred S48, S52 dan S54 telah diterima daripada JPA pada pertengahanbulan Oktober 2006. Sehubungan itu, mesyuarat Penempatan bagipengisian jawatan gred yang dinyatakan dijadualkan akan diadakan padabulan Disember 2006.3.7.2 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa Kementerian ini masih belummenerima maklum balas daripada JPA bagi pengesahan jawatan pegawaiGred S44.Tindakan:SUB(PSM)3.8 Pengisian Jawatan PPP S48, S52 dan S543.8.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa surat pengesahan kenaikanpangkat Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S48, S52 dan S54 telahditerima daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. Sehubungan itu satumesyuarat akan diadakan bagi penempatan mereka.Tindakan: SUB(PSM)3.9 Kekosongan Jawatan Kumpulan Sokongan di JTK3.9.1 Wakil pengurusan JTK Sarawak memaklumkan bahawa perakuanuntuk pengesahan jawatan seorang jurubahasa Cina daripada JTKSarawak telah dikemukakan kepada JPA. Sementara itu, JTK Sarawaktelah mengemukakan butir-butir bagi 5 orang calon untuk dilantik sebagaijurubahasa Cina.6


Tindakan: SUB(PSM)3.10 Keputusan Peperiksaan Subjek Jabatan dan Kursus Induksi3.10.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa keputusan PanelPeperiksaan Subjek Jabatan telah bersidang untuk mengesahkankeputusan peperiksaan pada 15 Oktober 2006 dan keputusan peperiksaantelah diumumkan melalui laman web KSM pada 16 Oktober 2006.Makluman: Mesyuarat3.11 Penetapan Gaji Masuk Kumpulan Pengurusan Dan Profesional3.11.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Bahagian PSM masih lagi dalamperingkat perbincangan dengan pihak JKKP berkenaan cadangan pindaanterhadap Skim Perkhidmatan Pemeriksa Kilang dan Jentera.Tindakan: SUB(PSM)3.12 Bayaran Cukai Lapangan Terbang dan Insurans Yang Dikenakan BagiKemudahan Tambang Percuma Melawat Semenanjung Malaysia 3Tahun Sekali dan Melawat Wilayah Asal 2 Tahun Sekali.3.12.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa JPA telah memberi maklumbahawa kemudahan Tambang Melawat Semenanjung Malaysia sekalidalam tempoh tiga (3) tahun diperuntukkan kepada pegawai yangdahulunya dikenali Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas, Kumpulan Kerjadan Separa Ikhtisas dan Kumpulan Perkeranian dan Teknik yang dilantikberkhidmat di Negeri Sarawak melalui Perintah Am Sarawak 1965.Kemudahan ini telah dimansuhkan dan diberi secara Khas UntukPenyandang (KUP) dengan syarat-syarat tertentu seperti yang ditetapkandi perenggan 2.10, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1980.3.12.2 Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa syarat Tambang MelawatSemenanjung Malaysia 3 Tahun Sekali pada masa kini masih tertaklukpada PP 9/80 dan tidak membabitkan sebarang pindaan penambahbaikan7


seperti diperuntukkan di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6Tahun 2006, Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal bagipegawai yang bertukar wilayah.Makluman: Mesyuarat3.13 Mengadakan Pusat Asuhan Kanak-Kanak (Nursery) KSM3.13.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah menjalankankajian kesesuaian (feasibility study) mengenai penubuhan pusat asuhankanak-kanak ini serta menjalankan cost analisis benefit . Sehubungan itu,SUB(KP) memaklumkan bahawa cadangan penubuhan TASKA bagi KSMbelum mendesak. Kebanyakan pegawai / kakitangan menghantar anakanakmereka ke TASKA KHEDN atau Kementerian Pengangkutan. Disamping itu, terdapat TASKA di setiap Parcel. Mesyuarat dimaklumkanbahawa keperluan ruang dan kos yang agak tinggi bagi pembinaan danpengurusan TASKA perlu ditimbangkan walaupun geran pelancarandisediakan.Makluman: Mesyuarat3.14 Acara Sukan Dwi Tahunan Dan Hari Keluarga KSM3.14.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa Hari Keluarga KSM akandiadakan pada 23 Disember 2006 di Tapak EKSPO, Universiti PutraMalaysia, Serdang. Bas akan disediakan bagi memudahkan pengunjungke acara tersebut. SUB(KP) memaklumkan mesyuarat bahawa acarasukan KSM akan diadakan pada tahun 2007.Tindakan: SUB(KP)3.15 Directory Warga Kerja KSM Dalam Laman Web.3.15.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa staf directory telah disediakandalam laman web JKKP, JTM dan JPK. Staf directory ini hanya dapat diacess menggunakan login password. Sehubungan itu, Y.Bhg. Dato’Pengerusi meminta staf directory yang baru disediakan bagi tahun 20078


serta meminta JPP dan JHEKS menyediakan directory mereka.Tindakan: SUB(TM)3.16 Elaun Tugas Memandu3.16.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa kertas cadangan Elaun TugasMemandu telah dikemukakan kepada JPA pada 5 Oktober 2006. PihakJPA setelah meneliti kertas cadangan itu pada 30 Oktober 2006 telahmeminta mendapatkan beberapa maklumat tambahan mengenaicadangan itu. Permohonan JPA telah dipanjangkan kepada MahkamahPerusahaan pada 6 November 2006 untuk tindakan lanjut.Tindakan:Pendaftar MP3.17 Kursus Bimbingan Peperiksaan PTK3.17.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa kursus PTK untuk pegawaiGred S27, S32 dan S41 tidak dapat diadakan pada tahun 2006 keranakekurangan peruntukan. Kursus untuk mereka akan dirancang pada tahun2007.Tindakan: SUB(PSM)3.18 Tiada Bekalan Air / Tekanan Air Yang Rendah Di Blok D43.18.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa kontraktor penyenggaraanbangunan telah menukarkan pam air di Blok D4 bagi mengatasi tekananair yang rendah. Wakil pengurusan JHEKS memaklumkan bahawa BlokD4 masih menghadapi tekanan air yang rendah dan tandas tidak dapatflush. Beliau turut memaklumkan bahawa tandas di Aras 1, Blok D3 danD4 terlalu kotor dan meminta ia dibersihkan.Tindakan:SUB(KP)9


3.19 Pertandingan Mencipta Tema Hari Pekerja 20073.19.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penyelaras HariPekerja 2007 yang bermesyuarat pada 8 Disember 2006 telahmenyenaraikan pendek 3 cadangan tema. Cadangan tema itu telahdikemukakan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk disemakmengenai kesesuaiannya sebelum dikemukakan untuk pertimbangan YBMenteri Sumber Manusia.Tindakan: SUB(KP)4. Hal-Hal Lain4.1 Penyelenggara Lif Di Blok D44.1.1 Wakil pekerja JHEKS membangkitkan isu mengenaipenyelenggaraan lif di Blok D4 di mana butang kawalan lif didapati hilangdan tidak diganti. Di samping itu, lif kerap tidak berfungsi dengan baik yangmenyebabkan pegawai / kakitangan yang terperangkap di dalam lif dankontraktor penyelenggaraan bangunan mengambil masa yang lama untukmembantu mangsa yang terperangkap. Sehubungan itu, SUB(KP)memaklumkan kepada mesyuarat bahawa syarikat pembekal lif itu,Shindler akan mengambil alih penyelenggaraan lif dan masalah inidijangka dapat diatasi.Tindakan: SUB(KP)4.2 Mengadakan Kemudahan Telefon Awam4.2.1 Wakil JHEKS membangkitkan isu mengenai tidak ada kemudahantelefon awam di Parcel D. Beliau menjelaskan bahawa kemudahan telefonawam amat diperlukan oleh orang awam dan bukan semua orang awammemiliki telefon bimbit. Sehubungan itu, Y.Bhg. Dato’ Pengerusi memintasupaya syarikat telekomunikasi dihubungi untuk memasang telefon awamdi pondok pengawal keselamatan bagi mengelakkan telefon awam itudirosakkan.10


Tindakan: SUB(KP)4.3 Sistem Telefon Pejabat KSM4.3.1 Wakil JHEKS membangkitkan isu mengenai sistem telefon KSMyang tidak membolehkan pengguna menekankan nombor sambunganyang dinyatakan oleh komputer. Sekiranya nombor sambungan itu ditekan,maka talian telefon akan diputuskan. Ini telah menyebabkan, penggunatelefon KSM tidak dapat menghubungi jabatan Kerajaan dan swasta yangdisambung kepada sistem operator berkomputer. Masalah ini telah lamaberlaku dan menjejaskan kelancaran kerja. SUB(KP) memaklumkanbahawa masalah ini berlaku kepada staf yang diperuntukkan talian telefon“line C” yang tidak membenarkan call transfer. Sehubungan itu, Y.Bhg.Dato’ Pengerusi meminta perbincangan diadakan dengan pembekal sistemtelefon untuk mengatasi masalah ini.Tindakan: SUB(KP)5. PENANGGUHAN MESYUARATMesyuarat telah ditangguhkan pada jam 4.25 petang dengan ucapan terima kasihdan Selamat Tahun Baru 2007 daripada Y.Bhg. Dato’ Pengerusi.Disediakan oleh:Urusetia MBJ Induk KSMTarikh: 30.01 2007MBJ’B’/MBK 1-2004/cak.11

More magazines by this user
Similar magazines