Muat turun buku panduan biro kredit - Banking Info

bankinginfo.com.my

Muat turun buku panduan biro kredit - Banking Info

Biro KreditMAKLUMAT AMBiro KreditProgram pendidikan pengguna oleh:


kandungan1 Pengenalan2 Peranan Biro KreditApakah jenis maklumat tentangdiri anda yang disimpan olehBiro Kredit?Apakah yang dimaksudkandengan Sistem MaklumatRujukan Kredit Pusat (CCRIS)?3 Jenis-jenis laporan kredit4 Perihal kerahsiaan maklumatMendapatkan laporan kredit6 Mengesahkan maklumat padalaporan kredit8 Soalan yang sering ditanya13 Pertanyaan14 Glosari15 Lampiran IPenafianDokumen ini diterbitkan untuk maklumat am anda sahaja.Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumatlengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidakseharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihatguaman.Tarikh: 21 Januari 2003


PengenalanInstitusi kewangan menjalankanpenyemakan latarbelakangterhadap bakal peminjamsebelum keputusanpemberian pinjaman dibuatApabila anda memohon pinjaman daripada sebuah institusi kewangan,institusi kewangan tersebut akan melaksanakan proses penilaian kredit keatas anda. Ini mungkin merangkumi semakan latar belakang yang dilakukandi pelbagai sumber. Satu daripada sumber maklumat ini ialah Biro Kredityang menyimpan maklumat mengenai sejarah kredit anda.Buku kecil ini menerangkan peranan dan operasi Biro Kredit dan bagaimanaanda boleh menggunakannya untuk memperolehi maklumat kredit mengenaidiri anda.


Apabila institusiperbankanmemberi pinjaman,mereka akanmenghadapi risikopeminjamgagalmembayarPERANAN BIRO KREDITBiro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan dibawah Akta Bank Negara Malaysia 1958.Biro ini diuruskan oleh Bank NegaraMalaysia dan mula beroperasi sejak 1982.Biro Kredit mengumpul maklumat kreditmengenai para peminjam daripadainstitusi-institusi kewangan dankemudiannya menawarkan maklumatkredit yang dikutip ini balik kepadainstitusi-institusi kewangan. Biro Kreditadalah dilarang daripada mengutipmaklumat mengenai para pendeposit.Maklumat yang terkandung di Biro Kreditboleh membantu institusi kewangan untukmembuat keputusan pemberian pinjamanberasaskan maklumat lengkap dalam masayang lebih tepat.APAKAH JENIS MAKLUMAT TENTANGDIRI ANDA YANG DISIMPAN OLEH BIROKREDIT?Biro Kredit menyimpan maklumat yangbersifat fakta mengenai para peminjamyang sebahagian besarnya diperolehidaripada institusi-institusi kewangan.Seandainya anda meminjam wangdaripada institusi kewangan ataumemegang kad kredit yang dikeluarkanoleh institusi kewangan, maklumatmengenai diri anda dan pinjaman andaseperti berikut akan disimpan olehBiro Kredit:• Butir-butir peribadi seperti nama, nomborkad pengenalan dan alamat• Butir-butir terperinci tentang akaun kreditanda seperti jenis kemudahan kredit, hadkredit, baki belum jelas, pengendalianakaun dan status tindakan undang-undang(jika ada)APAKAH YANG DIMAKSUDKANDENGAN SISTEM MAKLUMAT RUJUKANKREDIT PUSAT (CCRIS)?Maklumat kredit yang dikumpulkan olehBiro Kredit semuanya disimpan dalam satusistem pangkalan data berkomputer yangdikenali sebagai CCRIS. CCRIS memprosesdan menyusun semula maklumat kreditdalam bentuk laporan kredit yang tersediauntuk dibekalkan kepada anda atauinstitusi-institusi kewangan jika diminta.2


JENIS-JENIS LAPORAN KREDITJenis laporan-laporan kredit yang boleh diperolehi dari Biro Kredit adalah seperti berikut:Nama LaporanRingkasan Laporan KreditLaporan Kredit TerperinciLaporan Kenderaan BermotorLaporan Maklumat Tambahan PelangganPenerangan Kandungan LaporanMaklumat mengenai jumlah pendedahan kreditseseorang peminjam.Maklumat mengenai kedudukan belum jelassesuatu kemudahan kredit dan permohonankredit baru seseorang peminjam.Maklumat kenderaan bermotor yang digunakansebagai cagaran untuk kemudahan kredit.Maklumat mengenai alamat-alamat, nombornombortelefon, nama-nama majikan danpekerjaan-pekerjaan seseorang pelangganuntuk tempoh tiga tahun yang lepas.Maklumat yang terkandung di dalam laporan kredit secara keseluruhan bersifat fakta danberdasarkan kepada maklumat yang diperolehi daripada institusi-institusi kewangan.Biro Kredit tidak akan memberi pendapat tentang maklumat yang terkandung di dalamlaporan kredit.3


Biro Kreditmemandangserius aspekkerahsiaanmaklumatpeminjamPERIHAL KERAHSIAAN MAKLUMATBiro Kredit memandang serius aspekkerahsiaan maklumat peminjam. Untukmenjamin kerahsiaan maklumat ini,undang-undang telah menetapkan siapayang boleh mengakses maklumatsedemikian dan memperuntukkanhukuman yang berat sekiranya berlakupelanggaran.Biro Kredit hanya boleh membekalkanlaporan kredit anda kepada institusikewangan di mana permohonan pinjamananda dibuat atau di mana anda sudahmendapat pinjaman. Maklumat ini hanyaboleh digunakan bagi tujuan penilaianpermohonan kredit atau menyemaksemula status kredit anda. Maklumatkredit yang diperuntukkan oleh Biro Kreditkepada institusi-institusi kewangan adalahdikelaskan sebagai sulit dan dengan itu,institusi-institusi kewangan adalahdikehendaki mematuhi peruntukankerahsiaan perbankan di bawah Akta Bankdan Institusi-institusi Kewangan 1989 danAkta Perbankan Islam 1983. Undang-undang ini melarang institusi-institusikewangan daripada mendedahkanhal-ehwal pelanggan mereka kecualidalam keadaan yang dibenarkan olehundang-undang, seperti sepanjangprosiding mahkamah di antara pelanggandan institusi kewangan ataupun apabilapendedahan telah dibenarkan di bawahundang-undang Persekutuan kepadapihak polis.MENDAPATKAN LAPORAN KREDITUndang-undang memang membenarkanBiro Kredit membekalkan laporan kredittentang diri anda kepada anda. Sekiranyaanda memerlukan sesalinan laporan kredittentang diri anda, sila ikuti langkahlangkahdi bawah:• Dapatkan Borang Permohonan LaporanKredit (CRR):– Borang ini boleh dipindah cetakdaripada laman web Biro Kredit dialamat creditbureau.bnm.gov.my ataudiambil terus daripada Biro Kreditdengan datang sendiri atau secara pos4


• Serahkan Borang CRR yang telah siap diisikepada Biro Kredit:–Borang ini boleh dihantar melalui pos,faksimili ataupun serahan tangan– Borang ini mesti dihantar bersama-samadengan satu salinan kad pengenalananda atau pasport (sekiranya andabukan rakyat Malaysia) dan duadokumen lain seperti lesen memandu,bil utiliti dan sebagainya untuk tujuanpengenalan diriApabila Borang CRR anda telah diterima,Biro Kredit akan mendapatkan laporankredit tersebut daripada CCRIS danmenyerahkan kepada anda sama adamelalui cawangan Bank Negara Malaysiaataupun cawangan institusi kewangan.Proses ini biasanya mengambil masa kirakirasatu bulan dari tarikh penerimaanpermohonan anda untuk mendapatkansesalinan laporan kredit anda. Anda jugaboleh datang sendiri untuk mengambillaporan kredit anda di pejabat Biro Kredit.5


MENGESAHKAN MAKLUMAT PADALAPORAN KREDITSekiranya anda telah memperolehisesalinan laporan kredit sendiri danmempunyai sebab untuk mempercayaibahawa maklumat di dalam laporankredit itu adalah kurang tepat, andaboleh mendapatkan penjelasan daripadaBiro Kredit dengan mengambil langkahlangkahberikut:• Dapatkan Borang PermohonanPenyemakan Data (RDR)– Borang ini boleh dipindah cetakdaripada laman web Biro Kredit dialamat creditbureau.bnm.gov.myatau boleh mendapatkannya terusdaripada Biro Kredit dengan datangsendiri atau secara pos• Lengkapkan Borang RDR denganmengenal pasti secara jelas setiap butiranyang dipertikaikan di dalam laporankredit. Berikan fakta dan jelaskan kenapaanda mempertikaikan maklumat tersebut6


• Serahkan Borang RDR yang siap diisibersama-sama dengan sesalinan laporankredit yang dipertikaikan dan salinandokumen-dokumen yang dapatmenyokong kedudukan anda kepada BiroKredit. Ianya boleh dihantar melalui pos,faksimili ataupun serahan tanganBiro Kredit akan menyiasat danmemaklumkan institusi kewangan yangtelah memberi maklumat yangdipertikaikan itu bersama-sama denganmaklumat yang telah dikemukakan olehanda. Sekiranya institusi kewanganmendapati maklumat yang dipertikaikantersebut adalah tidak tepat atau tidaklengkap, ia hendaklah membuatpembetulan dengan serta-merta denganBiro Kredit. Proses penyiasatan danpembetulan ini akan mengambil masakira-kira sebulan. Jika perlu, Biro Kreditakan memaklumkan institusi-institusikewangan yang pernah mengakseslaporan-laporan kredit anda dalam tempohtiga bulan terdahulu mengenai perubahanyang nyata atau dianggap penting didalam laporan-laporan kredit anda. Hasilsiasatan tersebut akan juga dimaklumkankepada anda.Maklumat yangtidak tepatatau tidaklengkaphendaklah dirujukkepada Biro Kreditdengan serta-merta7


S&JApakah yang dimaksudkanSOALAN YANG SERING DITANYAdengan Biro Kredit?Apakah fungsi Biro Kredit?Mengapakah Bank NegaraMalaysia menubuhkan BiroKredit?Dari manakah Biro Kreditmendapatkan maklumatnya?Biro Kredit ialah unit yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia di bawahperuntukan Akta Bank Negara Malaysia 1958.Biro Kredit mengumpul maklumat kredit para peminjam dan membekalkanmaklumat tersebut kepada pemberi pinjaman. Ia adalah satu daripadasumber-sumber maklumat yang digunakan oleh pemberi pinjaman untukmembantu mereka mengetahui sejarah kredit bakal peminjam atau peminjamyang sedia ada.Salah satu daripada fungsi Bank Negara Malaysia adalah mengawal selia institusiinstitusikewangan supaya sistem kewangan negara sentiasa berada di dalam keadaankukuh dan stabil. Oleh itu, Bank Negara Malaysia menggalakkan budaya kredit yangberhemat dan sikap profesionalisme di kalangan institusi-institusi kewangan,termasuk amalan perniagaan yang terbaik di dalam pengurusan risiko kredit. Salahsatu cara untuk berbuat demikian adalah dengan menyediakan perkhidmatan birokredit kepada institusi kewangan supaya mereka dapat membuat keputusanpinjaman yang lebih cepat dan berasaskan maklumat yang lebih lengkap.Biro Kredit mendapatkan maklumatnya daripada pemberi pinjaman yang terdiridaripada semua bank perdagangan, bank Islam, syarikat kewangan dan bank saudagarberlesen serta beberapa institusi kewangan yang lain. Sila rujuk kepada Lampiran Iuntuk senarai lengkap institusi kewangan yang menyertai CCRIS.8


Adakah aktiviti Biro Kreditdikawal selia?Bolehkah saya menghalangBiro Kredit daripadamenyimpan maklumat kreditmengenai diri saya?Jika permohonan kredit sayaditolak oleh pemberipinjaman, adakah inibermakna bahawa sayatelah disenaraihitamkan?Adakah Bank NegaraMalaysia mempengaruhikeputusan kredit institusiinstitusikewangan melaluiBiro Kredit?Biro Kredit dikehendaki beroperasi mengikut batas-batas yang ditetapkan olehAkta Bank Negara Malaysia 1958.Tidak. Biro Kredit telah diberi kuasa undang-undang untuk mengumpulmaklumat sedemikian.Tidak. Biro Kredit tidak menyenaraihitamkan sesiapa kerana ianya tidak menyatakansebarang pendapat mengenai maklumat yang terkandung di dalam laporan kredit.Maklumat mengenai penolakan permohonan kredit tidak akan ditunjukkan di dalamlaporan kredit bagi memastikan pemberi pinjaman tidak diprejudiskan oleh keputusanpemberi pinjaman yang lain.Tidak. Bank Negara Malaysia tidak pernah dan tidak akan terlibat di dalam sebarangkeputusan pinjaman institusi kewangan. Laporan kredit hanya memberikanmaklumat yang bersifat fakta sahaja yang dilaporkan kepada Biro Kredit. Biro Kredittidak memberi sebarang pendapat mengenai kedudukan kredit seseorang. Pemberipinjaman membuat keputusan mereka sendiri berdasarkan maklumat yang ada padamereka, termasuk laporan kredit yang disediakan oleh Biro Kredit dan maklumatyang disediakan oleh pelanggan sendiri di dalam dokumen-dokumen permohonankredit serta dokumen-dokumen sokongan yang lain.9


Adakah Biro Kredit menyediakanpenarafan kredit terhadappemohon kredit?Jika permohonan kredit sayaditolak oleh sesebuah institusipemberi pinjaman, adakahpemberi-pemberi pinjaman yanglain akan membuat keputusanyang sama?Apakah jenis maklumat yangdilaporkan oleh institusi-institusikewangan kepada Biro Kredit?Apakah jenis-jenis kemudahankredit yang dilaporkan olehinstitusi-institusi kewangankepada Biro Kredit?Adakah sesebuah institusikewangan dibenarkanuntuk mengakses laporankredit seseorang yangbukan pelanggannya?Biro Kredit tidak menyediakan sebarang penarafan kredit atau pendapat mengenaikedudukan kredit mana-mana pemohon kredit.Tidak semestinya. Setiap pemberi pinjaman mempunyai dasar pinjaman yangberlainan dan bergantung kepada citarasa risiko masing-masing. Maklumat yangdisediakan oleh Biro Kredit hanyalah sebahagian daripada keseluruhan proseskeputusan pemberian pinjaman bagi sesebuah institusi kewangan dan pertimbanganyang dibuat oleh setiap institusi kewangan mungkin berbeza.Institusi-institusi kewangan melaporkan data pengenalan penting terhadap parapeminjam mereka (contohnya: nama, nombor kad pengenalan dan alamat) danmenyediakan data-data berkaitan dengan pinjaman-pinjaman yang telah diberikankepada peminjam-peminjam (contohnya: jenis kemudahan kredit, pengendaliankemudahan dan had kredit).Institusi-institusi kewangan dikehendaki untuk melaporkan semua jenis kemudahankredit yang diberikan kepada peminjam-peminjam, termasuk kad kredit, overdraf,kemudahan dagangan dan pinjaman perumahan.Tidak. Jika seseorang mengakses laporan kredit secara haram, dia boleh dikenakanhukuman di bawah peruntukan undang undang.10


Adakah undang-undangmembenarkan seseorang untukmemperolehi laporan kreditmengenai dirinya sendiri?Saya tidak memahamikandungan di dalam laporankredit saya. Di manakah sayaboleh mendapatkan bantuan?Saya mempunyai seorangkawan yang ingin melihatlaporan kreditnya. Bolehkahsaya mendapatkan laporankredit bagi pihaknya?Saya akan menjadi penjaminkepada satu pinjaman.Bolehkah saya mendapatkansesalinan laporan kredit orangyang mana pinjamannya sayajamin/akan jamin?Ya. Akta Bank Negara Malaysia 1958 membenarkan Biro Kredit untuk mendedahkanmaklumat kredit mengenai seseorang kepada dirinya sendiri bagi tujuanpengesahan ketepatan maklumat yang dilaporkan kepada Biro Kredit.Sekiranya anda memerlukan bantuan mengenai bagaimana untuk membaca laporankredit, anda bolehlah menghubungi Biro Kredit.Tidak. Laporan kredit hanya boleh diberikan kepada orang yang berkenaan sahaja.Tidak. Laporan kredit hanya boleh diberikan kepada orang yang berkenaan sahaja.11


Saya adalah seorang peminjam.Bolehkah saya mendapatkanlaporan kredit mengenaipenjamin saya?Saya kini mempunyai kadkredit dengan sebuah institusikewangan. Adakah maklumatmengenai diri saya inidimasukkan ke dalam CCRIS?Saya mempunyai akaun semasadengan institusi kewangan,adakah maklumat inidimasukkan ke dalam CCRIS?Permohonan pinjaman sayatelah ditolak disebabkan olehrekod kredit saya yang kurangmemuaskan dan hal ini telahdilaporkan di dalam CCRIS.Apakah tindakan yang bolehdiambil oleh saya untukmemperbaiki kedudukankredit saya?Tidak. Seperti yang disebutkan tadi, laporan kredit hanya boleh diberikan kepada orangyang berkenaan sahaja.Ya. Maklumat kad kredit turut dilaporkan di dalam CCRIS.Institusi-institusi kewangan tidak dikehendaki dan tidak seharusnya melaporkansebarang maklumat mengenai akaun semasa ke dalam CCRIS. Walau bagaimanapun,jika anda mempunyai kemudahan overdraf yang beroperasi dengan berasaskankepada akaun semasa terbabit, maka maklumat kemudahan overdraf tersebut akandilaporkan di dalam CCRIS.Rekod kredit yang kurang memuaskan mungkin berpunca daripada hutang yang belumdijelaskan di institusi kewangan apabila anda gagal membayar balik ataupun tidakmembayar balik mengikut jadual. Anda sepatutnya membincangkan perkara ini denganinstitusi kewangan berkenaan dan merumuskan satu skim pembayaran semula denganinstitusi kewangan terbabit. Selepas akaun anda dikemaskinikan, barulah rekod kreditanda akan menunjukkan keadaan yang lebih baik.12


PERTANYAANSekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila ajukanpertanyaan anda kepada Biro Kredit melalui telefon, faksimili,surat atau e-mel:Nombor Telefon: 03-2692 9849Faksimili dan surat perlu dialamatkan kepada:KetuaJabatan Perkhidmatan StatistikBank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn50480 Kuala Lumpur(U.P.: Biro Kredit)Nombor Faksimili: 03-2697 059603-2698 5378E-mel perlu dihantar ke: ccbhdesk@bnm.gov.myUntuk maklumat lanjut dan terkini mengenai aktiviti-aktiviti Biro Kredit, sila layarilaman web Biro Kredit di creditbureau.bnm.gov.my13


GLOSARIBiro Kredit'Biro Kredit' yang ditubuhkan oleh Bank NegaraMalaysia menurut Seksyen 30(1)(mmm) AktaBank Negara Malaysia 1958.CCRISSistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat, iaitusatu sistem pangkalan data berkomputer yangditubuhkan dan dikendalikan oleh Biro Kredituntuk mengutip, memproses, menyimpan danmenghasilkan maklumat kredit.PelangganSesiapa yang telah diberi sesuatu kemudahankredit oleh sesebuah institusi kewangan, atauyang telah membuat permohonan kredit barudengan sesebuah institusi kewangan.Permohonan KreditSatu permohonan kepada sesebuah institusikewangan untuk kemudahan kredit olehseseorang pelanggan.Laporan KreditSatu laporan yang dihasilkan oleh CCRIS yangmengandungi maklumat kredit.Maklumat KreditData atau maklumat mengenai seseorangpeminjam, termasuk data atau maklumatmengenai mana-mana kemudahan kredit yangdiberi oleh mana-mana institusi kewangankepada pelanggan.14


LAMPIRAN ISenarai Institusi Kewangan yang Menyertai CCRIS (setakat 31 Disember 2002)Bank-bank Perdagangan• ABN AMRO Bank Berhad• Affin Bank Berhad• Alliance Bank Malaysia Berhad• AmBank Berhad• Bangkok Bank Berhad• Bank of America Malaysia Berhad• Bank of China (Malaysia) Berhad• Bank of Tokyo-Mitsubishi (Malaysia) Berhad• Bank Utama (Malaysia) Berhad• Bumiputra-Commerce Bank Berhad• Citibank Berhad• Deutsche Bank (Malaysia) Berhad• EON Bank Berhad• Hong Leong Bank Berhad• HSBC Bank Malaysia Berhad• J.P. Morgan Chase Bank Berhad• Malayan Banking Berhad• OCBC Bank (Malaysia) Berhad• Public Bank Berhad• RHB Bank Berhad• Southern Bank Berhad• Standard Chartered Bank Malaysia Berhad• The Bank of Nova Scotia Berhad• United Overseas Bank (Malaysia) BerhadBank-bank Islam• Bank Islam Malaysia Berhad• Bank Muamalat Malaysia BerhadSyarikat-syarikat Kewangan• Affin-ACF Finance Berhad• Alliance Finance Berhad• AmFinance Berhad• Bumiputra-Commerce Finance Berhad• EON Finance Berhad15


• Hong Leong Finance Berhad• Mayban Finance Berhad• Public Finance Berhad• RHB Delta Finance Berhad• Southern Finance BerhadBank-bank Saudagar• Affin Merchant Bank Berhad• Alliance Merchant Bank Berhad• AmMerchant Bank BerhadLain-lain Institusi Kewangan• Bank Industri & Teknologi Malaysia Berhad• Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Berhad• Bank Pembangunan Sabah Berhad• Borneo Development Corporation (Sabah) Berhad• Borneo Development Corporation (Sarawak) Berhad• Pengurusan Danaharta Nasional Berhad• Export-Import Bank Malaysia Berhad• Malaysian Industrial Development Finance Berhad• Aseambankers Malaysia Berhad• Commerce International Merchant Bankers Berhad• Malaysian International Merchant Bankers Berhad• Public Merchant Bankers Berhad• RHB Sakura Merchant Bankers Berhad• Southern Investment Bank Berhad• Utama Merchant Bank Berhad16


Design Copyright © 2003 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.


UNTUK MAKLUMAT LANJUTSILA LAYARIwww.bankinginfo.com.myATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTUEdisi Pertama

More magazines by this user
Similar magazines