file pdf - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

sprm.gov.my
  • No tags were found...

file pdf - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

BULETINSPRMSURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIABIL : 2/2013 ISSN : 1675-5170Membentuk GenerasiBebas RasuahTransformasibukan MudahRasuah:Benarkahkita benci?BalasanTuhanm/s 4 m/s 6 m/s 10informasidikongsiRASUAHdihindari


PRMSPRMSPRMSPRMtSPRMSPRMBULETINSURUHANJAYAPENCEGAHANRASUAHMALAYSIAPERCETAKAN PERCETAKAN INFO MEDITASI SDN BHD. No25 Jalan Balakong Jaya 1, Taman Perindustrian Balakong Jaya43300 Balakong Tel : 03-89641252 Faks : 09-89641258 PENERBIT / PENGEDAR Cawangan Penerbitan BahagianPendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) Aras 4, Blok D6, Kompleks D, PusatPentadbiran Kerajaan Persekutuan, Peti Surat 6000, 62007Putrajaya. Tel : 03 8886 7000 Faks : 03 8888 9527 / 9529 Emel: info@sprm.gov.my Website : http://www.sprm.gov.mykandunganKANDUNGAN / SIDANG REDAKSIPENA PENGARANG23sidangredaksiSPRMBERITA UTAMATransformasi Bukan MudahKonvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah:Mahasiswa diseru bersama perangi rasuahRASUAH:Benarkah kita benci atau pura-pura benciLENSA SPRMDIARI I.OBalasan TuhanPANDANGAN ANDATIDBITSMeterai Ikrar Integriti KorporatPMINT mantapkan pengurusan4568101112PENERBITTan Sri Abu Kassim MohamedPENERBIT EKSEKUTIFDatuk Sutinah SutanPENASIHAT EKSEKUTIF EDITORIALDatuk Shamshun Baharin Mohd JamilKETUA EDITORIALPsK Samsul SalipEDITORPs Mohammad Yusof bin BahirWARTAWANPPj Mohamad Tarmize Abdul ManafPPs Faridah MahabobPEREKA GRAFIKPPs Nur Irwan Abdul RahmanZulhilmi Hafiz ZainalKonvensyen Integriti danAnti Rasuah 2013RISDA Berazam Banteras Rasuah177 terimaAnugerah KecemerlanganTURUN PADANGKSN melawat Ibu Pejabat SPRM12131415KETUA UNIT FOTORosman Abu BakarKETUA PENGEDARANPkPs Azizi ArifinYusof Mohamad SaberiBuletin SPRM diterbitkan oleh Seksyen Penerbitan dan Promosi Media,Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) dengan berkonsepkan “Informasi Dikongsi RasuahDihindari”. Artikel-artikel dalam buletin ini hanyalah pandangan peribadipenulis, bukan dasar atau kenyataan rasmi SPRM dan tiada kaitandengan mana-mana pihak. Buletin ini diedarkan secara percuma kepadasektor kerajaan, badan berkanun, swasta dan perpustakaan IPTA/IPTSseluruh negara.RM2


SPRMSPRMpenapengarangSPRMSPRMTransformasi berterusanSelaras dengan aspirasinya sebagai sebuah badan bebas,telus dan profesional, Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) sentiasa melakukan transformasibagi meneruskan kelangsungan kecemerlangan dankeberkesanannya melalui pendekatan dan strategi yang drastik,selari dengan standard perundangan moden dan cabaransemasa yang semakin kompleks.’Kegiatan rasuah’ yang semakin canggih dan komplekskebelakangan ini memerlukan kerangka kerja dan perancanganterkini dalam membanteras jenayah itu. Dengan memberi tumpuankepada empat bidang utama iaitu pengurusan siasatan yang efektif,memantapkan strategi pencegahan dan pendidikan, meningkatkankeyakinan masyarakat serta mengukuhkan keupayaan anggotanyasecara terancang Pelan Strategik yang dirangka SPRM 2011-2013telah dirangka, dipercayai mampu meningkatkan keberkesananberterusan selain memperbaiki persepsi awam terhadap usahakerajaan dalam membanteras rasuah.Keberkesanan SPRM perlu berterusan. Transformasi yangdilakukan akan memberi manfaat kepada rakyat. KetidakupayaanSPRM dalam menangani masalah rasuah bukan sahaja memberiimpak besar kepada kerajaan, tetapi negara secara keseluruhannya.Apa pun, sokongan dan peranan masyarakat tetap menjadikeutamaan. Kerjasama orang ramai memudahkan SPRMmengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan.Tanpa sokongan masyarakat, agenda membasmi rasuah menjadisukar. Rasuah akan berterusan apabila orang ramai tidak mahumemberi kerjasama.Rasuah adalah ancaman kepada keselamatan nasional yangbukan sahaja menjejaskan kesejahteraan dan kewangan negara,malah usaha membangunkan sosio ekonomi dan struktur moralnegara untuk jangka masa panjang juga akan gagal.Anda Boleh Lakukan Perubahan, PERANGI Rasuah.Bagi memastikan keberkesanan Pelan Strategik ini berjaya,penubuhan Jawatankuasa Eksekutif Transformasi (JET) danPejabat Pengurusan Projek (PMO) oleh Pengurusan TertinggiSPRM, akan memantapkan lagi suruhanjaya ini dalam aspekmemperbaiki struktur organisasi, sistem pengurusan modal insan,sistem pengurusan bakat yang lebih fleksibel dan penyertaantenaga pakar dalam pelbagai bidang khususnya forensik komputer,perakaunan, kejuruteraan, undang-undang dan sumber manusia.SPRM ditubuhkan berdasarkan kepercayaan dan harapanrakyat yang menginginkan sebuah negara yang bebas daripadacengkaman rasuah. Penubuhannya menggantikan BadanPencegah Rasuah (BPR) adalah seiring dengan kemahuan rakyatyang mahu melihat SPRM sebagai badan bebas, cekap, telus danberakauntabiliti dalam menegakkan undang-undang.Sebagai sebuah suruhanjaya Bebas, SPRM menjalankan tugasnyatanpa dipengaruhi mana-mana pihak dan tidak memilih buludalam melakukan siasatan termasuk yang membabitkan kesberprofil tinggi. Cuma dalam kes tertentu SPRM memerlukanmasa untuk meneliti semua maklumat secara terperinci dan tidakakan bertindak sekiranya bukti belum mencukupi. Namun begitu,kebebasannya tidak perlu diragui.SPRM dipantau oleh lima badan bebas yang diwujudkanbagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti suruhanjaya iniberkekalan, di mana setiap kes rasuah yang disiasat akan ditelitidan dikaji oleh Panel Penilaian Operasi (PPO), satu daripadalima jawatankuasa pemerhati yang dianggotai oleh mereka yangmempunyai kepakaran profesional dalam perundangan dan bidangmasing-masing.SPRM juga akan bertindak profesional dalam menghadapi cabaranyang semakin kritikal dengan setiap anggotanya diarah supayasentiasa berintegriti dan berhemah, iaitu bertindak berteraskanundang-undang dan kod etika kerja, seterusnya patuh kepadasistem keadilan negara.bebastelus 3profesionalDatuk Shamshun Baharin Mohd JamilPenasihat Eksekutif Editorial


SPRMSPRMSPRMSPRMTransformasiBukan MudahBertukar daripada sebuah badan kepada sebuah suruhanjaya bukanlah umpama mimpijadi kenyataan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bersamasamanyasatu tanggungjawab dan amanah yang berat turut dipikul. Tugas yang tidakmudah dilaksanakan. Apabila transformasi pertama ini dilakukan, banyak mata yangmemandang, banyak jari yang menanti dan banyak suara yang kedengaran.Hari ini sudah hampir lima tahun transformasi ini dilakukan. Diterajuioleh Tan Sri Abu Kassim Mohamed sebagai Ketua Pesuruhjaya,suruhanjaya ini bukan sahaja berhadapan dengan tugas yangmencabar bahkan turut terpalit di sebaliknya persepsi yang sukarditangani. Namun, ia bukanlah alasan bagi SPRM untuk berundur.Sebaliknya segala cabaran ini menjadikan SPRM semakin kuatuntuk meneruskan usahanya dalam agenda membanteras rasuah.Memandangkan jenayah rasuah bukanlah jenayah yang mudahdibendung, maka SPRM bertekad untuk memberikan kesedarankepada masyarakat umum melalui ceramah, pameran mahupunkempen-kempen berterusan yang diatur. Hasil kajian yang dijalankanmendapati masih ramai orang yang tidak tahu maksud rasuahdalam erti kata sebenar.Lantaran itu, SPRM melalui bahagian pencegahannya iaitu BahagianPendidikan Masyarakat, Bahagian Perundingan danPemeriksaan, Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam dan BahagianKomunikasi Strategik mengorak langkah dengan mewujudkanPejabat Pengurusan Projek (Project Management Office (PMO)).PMO Pencegahan ini diketuai oleh Datuk Ahmad Khusairi Yahya,Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM.Tujuan diwujudkan PMO ini adalah untuk membawa penambahbaikandan memantapkan lagi jentera pencegahan SPRM. Selainitu, ia juga dapat meningkatkan pengetahuan orang ramai tentangtugas SPRM yang bukan sahaja melibatkan aktiviti-aktiviti operasibahkan turut melibatkan aktiviti-aktiviti pencegahanTerdapat enam ‘service line’ di bawah PMO ini yang terdiri daripada:1. Pemeriksaan Secara Berpasukan2. Pencegahan Rasuah dalam Sektor Swasta3. Pembangunan Kurikulum4. Jalinan dan hubungan politik5. Jalinan dan hubungan masyarakat6. Media dan KomunikasiBerdasarkan ’service line’ yang disenaraikan ini, pendekatan yangdiambil adalah untuk menjalinkan hubungan baik dengan sektorawam, swasta dan masyarakat. Namun, penekanan lebih diberikankepada sektor swasta dan masyarakat. Ini kerana sektor awamterikat dengan garis panduan dan kod etika jabatan masing-masingyang berbeza dengan sektor swasta. Contohnya, dalam kesrasuah. Bagi kakitangan sektor awam, sekiranya mereka terlibatdengan rasuah, tindakan bukan sahaja diambil oleh majikan kakitangantersebut malahan tindakan undang-undang di bawah AktaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Berbeza dengansektor swasta, terdapat sesetengah majikan yang mengambil pendekatanmemecat pekerja sekiranya mereka didapati melakukankesalahan. Tetapi tiada sebarang aduan atau tindakan undangundangyang diambil.Ini bukan bermakna sektor swasta tidak menitikberatkan undangundangatau tidak berintegriti. Perlu difahami, sektor swasta sangatmenjaga imej dan jenama mereka untuk mengekalkan kestabilanekonomi dan para pelabur mereka. Justeru, mereka perlumenimbang sebaik-baiknya sebarang kemungkinan yang bolehmenjejaskan nama baik syarikat.Pendekatan yang diambil SPRM ini diharap bukan sahaja bolehmewujudkan jalinan kerjasama antara sektor awam dan sektorswasta bahkan dapat merapatkan jurang perbezaan yang wujuddalam melaksanakan nilai-nilai integriti yang tinggi. Tidak salahmencari keuntungan, tetapi tanggungjawab terhadap negara perlujuga dipatuhi.4


SPRMSPRMSPRMSPRMKonvensyen Sekretariat Pencegahan RasuahMahasiswa diseru bersamaperangi rasuahMahasiswa disaran supaya meletakkan integriti sebagai keutamaan selain bijakmerancang aktiviti di universiti bagi membolehkan kehadiran mereka dirasai, seterusnyamempunyai pengaruh tersendiri untuk menjadi penggerak kepada masyarakat.Sejarah membuktikan kehadiran mahasiswatelah mencetuskan banyak gelombangperubahan dalam masyarakat. Berperanansebagai agen transformasi sejak zamansebelum, semasa dan selepas merdeka,mahasiswa sentiasa menjadi penggerakutama dalam memperjuangkan isu-isudalam masyarakat.Mahasiswa yang suatu masa dahulumenjadi pencetus kepada gerakanmenuntut kemerdekaan, kini bolehmemainkan peranan lebih hebat khususnyadalam menentang rasuah, penyelewengandan salah guna kuasa yang menjadi musuhutama negara.Ketua Pesuruhjaya SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), TanSri Abu Kassim Mohamed berkata demikianketika berucap merasmikan KonvensyenSekretariat Pencegahan Rasuah (SPR)Institut Pendidikan Tinggi (IPT) kali ketiga,yang berlangsung di Universiti MalaysiaSabah (UMS) di Kota Kinabalu dari 31 Machingga 1 April lepas.Turut hadir Naib Canselor UMS, Prof. DatukDr. Mohd Harun Abdullah dan TimbalanKetua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM,Datuk Sutinah Sutan.Tambah beliau lagi, mahasiswa perlumenggunakan platform yang betul dalammemilih perjuangan di universiti. Merekaperlu bergerak aktif dalam persatuanyang percaya kepada perjuangan yangberlandaskan nilai-nilai integriti serta bolehmenyumbang kepada masyarakat.Mahasiswa juga perlu mahir membezakanisu yang berciri rekaan dengan isu yangberasaskan fakta sebenar. Pendedahanisu-isu rasuah semasa dan tohmahanyang menganggap SPRM sebagai tidakbebas perlu diteliti dengan mendapatkanmaklumat daripada sumber yang tepat.Agenda pembanterasan rasuah memerlukansebuah kerajaan yang stabil. Sejarahmembuktikan mana-mana kerajaan yangtidak stabil, usaha membanteras rasuahbukan sahaja gagal sebaliknya ia semakinberleluasa.Beliau mengingatkan, mahasiswa perlusentiasa memerangi rasuah bermula daridalam diri dengan membina daya tahanyang tinggi, seterusnya menjadi sahabatdan bersedia mempertahankan SPRMpada bila-bila masa. Program ini diharapmembantu mahasiswa mendekati danmengenali SPRM.5Sesuai dengan tema konvensyen kali ini“Mahasiswa Berintegriti, Rasuah Dihindari”,Datuk Dr. Harun Abdullah dalam ucapanpembukaannya menegaskan integritiadalah tunjang penting dalam kehidupanseharian terutamanya dalam melaksanakantanggungjawab sama ada sebagai pelajar,pekerja, pemimpin dan sebagainya. Integritimenjadi teras kepada keharmonian,perpaduan serta permuafakatan. Malahanbudaya integriti dapat melahirkan insanyang berakhlak mulia, berdisiplin danbencikan rasuah.Beliau menyeru mahasiswa agarsentiasa memainkan peranan proaktifdengan menyertai program-programkemasyarakatan sebagai agen transformasidan penyebar mesej anti rasuah kepadamasyarakat.Konvensyen kali ini disertai seramai 60mahasiswa dan alumni SPR-IPT dari 18institut pengajian tinggi seluruh negara.


SPRMSPRMSPRMSPRMRASUAH:Muhammad Yusof BahirBenarkah kita benci, atauberpura-pura benciDalam sesi soal jawab ceramah bertajuk ‘LaporkanJenayah Rasuah’ di sebuah jabatan kerajaan olehseorang pegawai SPRM beberapa minggu lalu, seorangpeserta dengan senyum sinis mengemukakan satu soalancepumas. Soalannya ialah “Sekiranya saya melaporkankesalahan rasuah, apakah (ganjaran) yang kami dapat?”.Belum pun sempat soalan itudijawab, beberapa rakannyamenjerit setuju dan memberitepukan. Namun peserta itu tidak pulamemberi alasan mengapa tindakanmelaporkan kesalahan rasuah patutdiberi ganjaran.Itu adalah antara reaksi individu ataukumpulan orang yang tidak dapatdipastikan pendiriannya, sama ada iabenar-benar benci atau pura-pura bencikepada rasuah yang sejak kebelakanganini bagaikan tidak ada makna bagisesetengah orang, tetapi menjadi isupanas untuk dipolitikkan oleh merekayang berkepentingan.Walaupun seringkali dihebahkanmelalui pelbagai wacana berhubungperlunya semua orang bekerjasamamembanteras jenayah rasuah, namunmasih wujud mereka yang samarsamarakan tanggungjawab melaporkanjenayah yang bercanggah dengan nilainilaimoral, etika dan agama itu sebagaisuatu kewajipan.Lebih malang jika pendirian ituwujud dalam diri penjawat awamyang disasarkan untuk meraihsemula keyakinan rakyat terhadapkeberkesanan perkhidmatan awam,khususnya agensi penguatkuasaan.Secara umumnya memang ramai yangmengaku benci rasuah sama adaindividu, pertubuhan, ahli politik, ketuaketuaagensi atau ahli-ahli perniagaanberpengaruh yang bukan sahaja seringbercakap mengenai keburukan rasuah,malah menuding orang lain kononnyamengamalkan rasuah.Malangnya dalam beberapa isu tertentu,ada ahli-ahli politik dari berbagai partiyang bukan sahaja tidak membantumenyelesaikan masalah yang sedangpanas, sebaliknya lebih cenderungmenghentam atau menembak SPRM daribelakang yang akhirnya menyukarkanlagi usaha memerangi rasuah.Berikut adalah beberapa contohyang menggambarkan sikap orangkita tentang amalan rasuah. Pada2011, sekumpulan 100 orang pekerjadan tauke ejen penghantaran diPelabuhan Kelang berhimpun danmendesak supaya SPRM dibubarkan.Tindakan agensi ini melancarkanoperasi membanteras rasuah dianggapmengganggu kelancaran urusan harianmereka menyebabkan 800 syarikatejen penghantaran menanggungkerugian. Bagi mereka, rasuah tidakharus dibanteras. Rasuah memudahkanurusan.Pada 12 Julai 2012, lebih 70 orangpenduduk kampung naik angin danmenyerang sepasukan pegawai SPRMyang sedang menyiasat beberapaorang pegawai kerajaan yangdisyaki melakukan rasuah, keranamembenarkan operasi melombongemas dilakukan secara haram di SungaiEmas, berhampiran Felda Perasu GuaMusang.Begitu juga dengan sikap ahli-ahlisebuah dewan perniagaan. Untukmenghadiri program ceramah berkaitanmasalah rasuah anjuran SPRM, ahliahlinyameminta bayaran sejumlah wangbagi setiap kehadiran mereka. Walhalprogram itu adalah sesi taklimat yangdibuat untuk membantu mereka tentangbagaimana membuat laporan sekiranyamereka dipaksa memberi rasuah dalamurusan harian mereka.6Beberapa contoh insiden itumengelirukan kita tentang sejauhmana kita sebenarnya benci denganjenayah rasuah. Apakah kita benarbenarbenci atau sekadar berpura-purabenci. Benarkah kita benci rasuahsekiranya rumah-rumah urut, ataupusat-pusat judi haram yang diserbupada sebelah malamnya, beroperasisemula pada keesokkan harinya. Siapayang sepatutnya bertanggungjawabmemantau masalah ini.• Benarkah kita benci rasuahjika diesel dan barang-barang kawalanbegitu mudah melepasi sempadanbagaikan tidak ada sesiapa yangmengawasi?• Benarkah kita benci rasuahandainya Laporan Ketua AuditNegara tetap dengan skrip yangsama setiap tahun. Harga ‘luar biasa’terus mengemparkan seluruh negarakemudian senyap dan berulang lagitahun berikutnya?• Benarkah kita benci rasuah jikaaduan dan maklumat berhubung jenayahrasuah meningkat secara mendadakapabila tiba musim pilihanraya?• Jujurkah kita membenci rasuahkalau keterangan saksi di mahkamahsering bercanggah dengan kenyataanawal yang diberikan kepada pegawaipenyiasat SPRM atau polis?• Benarkah kita tidak selesamelihat kejatuhan berterusan IndeksPersepsi Rasuah (CPI) pada kedudukanyang tidak sepatutnya, kalau masihberlaku syarikat atau pelabur yangkehilangan atau dibatalkan kontraksemata-mata disebabkan wujudnyasyarikat pesaing yang gemar memberirasuah?Melalui beberapa pengalamanberkempen pula, usaha menampalposter kempen benci rasuah terutamadi premis-premis persendirian yangmenjadi tumpuan orang ramai jugacukup susah. Pemilik atau penyelia


SPRMSPRMSPRMSPRMAdakah mereka benar-benar menyokong kempenini atau sekadar pura-purapremis akan memberi alasan kehadiranposter SPRM akan menyebabkanorang ramai tidak akan masuk ataumengunjungi kedai mereka lagi. Apakahsebenarnya persepsi mereka terhadapSPRM dan rasuah?Menyebarluaskan kempen benci rasuahmenerusi saluran media penyiaranterutamanya swasta juga bukanlahsemudah yang disangka. Wujud banyakbirokrasi. Seorang penerbit di sebuahstesen TV pernah memberi alasan,drama-drama yang memaparkansalahlaku penjenayah rasuah tidaksesuai disiarkan kerana mengaibkanpihak-pihak tertentu. Drama berunsurjenayah rasuah juga dikatakan tidakmampu menarik minat syarikat-syarikatperniagaan besar untuk membeli iklan.Apakah muslihat mereka?Kajian oleh Universiti KebangsaanMalaysia (UKM) pada tahun 2002 dan2007 juga menemukan sebilanganpelajar di institut pengajian tinggi,mengaku bersedia menerima rasuahapabila mereka bekerja dan mempunyaikuasa suatu hari nanti. Apakahsebenarnya tanggapan mereka terhadapjenayah rasuah? Alangkah malangnyarakyat jika suatu hari nanti merekabenar-benar menjadi pemimpin.Pada pertengahan April lepas, limaindividu awam termasuk seorangwanita, diberkas kerana memalsukankad pengenalan kepada warga asingdengan bayaran antara RM2,500 hinggaRM4,000. Siapakah mereka ini yangtergamak menjual kedaulatan negarasemata-mata untuk hidup senang?Hanya kerana rasuah, mereka tidakmenganggap tragedi di Lahad Datusebagai suatu malapetaka. Alangkahburuknya perangai manusia ini.Ramai yang tahu rasuah itu salah,malangnya ramai yang tidak sedarbahawa kesan rasuah adalah lebihteruk daripada pelakuanannya. Rasuahmenjadi punca berlakunya jenayahbersindiket, keganasan, pengubahanwang haram, pemerdagangan manusiadan sebagainya.Membenarkan penularan gejala rasuahbermakna dadah akan terus beredar dipasaran, jenayah rogol tiada pembelaan,tanah rakyat bertukar milik tanpamelalui prosedur yang dibenarkan,sindiket pelacuran terus beroperasitanpa rasa takut, tender-tender kerajaanhanya menjadi milik orang tertentusahaja, malah banyak lagi salahlakuakan bermaharajalela akibat rasuah.Adalah amat malang, ketika kita menujuke arah negara maju, ketika kadar celikhuruf dan celik akal di kalangan rakyat dinegara ini semakin tinggi, ada rakyatnyayang tidak kisah malah mengamalkanrasuah disebabkan kegagalan membuatpenilaian dan pertimbangan denganwaras tentang isu-isu rasuah yangmampu mengancam keselamatan danmenjejas kedaulatan negara.Maka yang demikian, jika benar kitabenci rasuah, hindarkan diri dariterlibat dengan jenayah itu. Perbuatanmemberi atau menerima suapan rasuahmerupakan satu perbuatan jenayahyang serius. Sekiranya didapati bersalahhukuman berat ialah penjara sehingga20 tahun dan denda RM10,000 ataulima kali ganda nilai suapan, mana yanglebih tinggi.Pelbagai inisiatif memerangi rasuahdiperkenalkan, antaranya menerusiProgram Tranformasi Kerajaan (GTP)yang kini telah pun memasuki fasakedua, seharusnya menjadi landasanjelas untuk semua orang memainkanperanan bagi membolehkan kerajaanmeneruskan komitmen memerangirasuah di negara ini, dilakukanberterusan secara bebas dan telus.Mempolitikkan isu rasuah menambahkesukaran usaha memeranginya selainmenebalkan persepsi yang tidaksepatutnya.Melaporkan jenayah rasuah adalahtanggungjawab sosial yang tidak wajardiganti dengan ganjaran. Apa yangkita lakukan adalah kewajipan seorangrakyat kepada bangsa, agama dannegaranya. Tindakan kita adalah untukkesejahteraan keluarga, saudara mara,masyarakat dan generasi akan datang.Rasuah adalah barah bagi segalakerosakan. Tugas memeranginya harusberterusan. Kita tidak boleh berpurapurabenci rasuah. Ia mesti bermula daridalam diri kita sendiri.7


SPRMSPRMSPRMSPRMSPRMSPRMSPRMSPRMSPRMRMRMSPRYB Datuk Seri Shafie Apdal menyaksikan MajlisMenandatangani MoU SPRM-RISDASPRM ajlis Penutupan Konvensyen SPR IPTbertempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS)SPRM▶KSN bersalamandengan pegawaipegawaikananSPRMMesyuarat terakhir Jawatankuasa Eksekutif Transformasi (JET)SSPRM88


SPRMSPRMSPRMSPRMSPRMSPRMSPRMSPRMSPRSPRMSPRMLensa SPRMRMSPRSPRMRMPsK Samsul menyampaikanceramah kepada guru-guru diSekolah Menengah KebangsaanSeri Indah, SerdangPeserta Bengkel PMO Pencegahan tekun mendengartaklimat TKP (Pencegahan)SSPRMSSPRMPelancaran telemovie Barakah di Umbai, Melaka▶Antara penerima Anugerah Khas Ketua Pesuruhjayasempena Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012SPRM9


SPRMSPRMSPRMSPRMDiari I.OBALASAN TUHANJinjang Joe“Beginilah keadaan abang Mazlan selepaskemalangan dulu, mungkin...”, katakataAzimah terputus. Air matanya mulabergenang. “...mungkin ini balasan tuhan”,sambung Azimah. Sebagai seorang manusiabiasa, hati saya tersentuh dengan nasib yangmenimpa Mazlan. Mazlan menjadi lumpuh danmenjadi tidak waras selepas terlibat dalamsatu kemalangan dengan lori Indah Water tigabulan lalu. Hanya mampu terbaring sepertibudak kecil. Makan dan pakainya diuruskanoleh isterinya, Azimah.Kehadiran saya di rumah Mazlan sebenarnyaadalah atas arahan mahkamah. YA Hakimmemerintahkan BPR untuk mengesahkankeadaan Mazlan sebelum pertuduhan kesrasuah terhadap Mazlan digugurkan keranakeadaannya yang tidak waras. Sebelum ini,laporan doktor telah mengesahkan Mazlanlumpuh dan tidak mampu untuk berfikir sepertiorang dewasa. Saya maklumkan kepadaAzimah, tujuan kami ke situ hanya sematamatamelawat Mazlan. Tidak tergamak untukmenceritakan tujuan sebenar kami.Kata-kata Azimah cukup menggambarkankesengsaraan yang beliau hadapi. Anaknyabaru berusia setahun lebih dan tidak mengertikeadaan bapanya. Pendapatan sebagai gurutadika mungkin cukup untuk menanggungkehidupan mereka sekeluarga. Namun,penderitaan sebagai Isteri melihat suamitersayang dalam keadaan demikian tidakmampu dibayangkan.“Mungkin ini balasan tuhan”, kata-kata itujuga membuat saya teringat kisah bagaimanaMazlan boleh ditangkap oleh BPR (ketikakejadian) kira-kira setahun yang lalu.Pada ketika itu, Mazlan yang berpangkatkoperal dalam pasukan polis bantuan bertugasdi sebuah agensi kerajaan. Sikap Mazlan yangperamah menyebabkan beliau mempunyairamai kawan. Mazlan selalu mengikut rakanrakanyang terdiri daripada anggota polismembuat rondaan cegah jenayah di sekitarkawasan Kuala Lumpur.Satu hari sekitar Julai 2007, Mazlan bersamaempat anggota polis membuat pemeriksaanterhadap seorang peniaga gerai gorengpisang yang dikenali sebagai Makcik Aminah.Beliau yang berusia lewat 50-an telah hampirlapan tahun berniaga di kaki lima di kawasanKeramat. Makcik Aminah dibantu oleh seorangwanita warga Thailand bernama Aishah.Pendapatannya tidak seberapa. Cukupsekadar membayar gaji Aishah dan menyaradirinya yang sebatang kara.Pemeriksaan yang dibuat oleh Mazlandan rakan-rakannya mendapati dokumenperjalanan Aishah telah tamat tempoh.Dengan kata lain, Aishah berada di Malaysiasecara haram. Sebenarnya, Makcik Aminahjuga tidak tahu bahawa Aishah yang dianggapsebagai anaknya itu tiada dokumen perjalananyang sah. Aishah memohon maaf dan berjanjiakan segera memperbaharui dokumenperjalanannya.Sepatutnya, Mazlan dan rakan-rakanmengambil tindakan terhadap Aishah danMakcik Aminah. Namun, keadaan Aishahitu membuka peluang kepada mereka untukmeminta rasuah daripada Aishah dan MakcikAminah.Menurut Makcik Aminah, Mazlan yang banyakbercakap. Empat yang lain hanya sesekalimenyampuk dan ada juga yang seperti tidakmahu ambil bahagian.Mazlan mengugut untuk mengambil tindakanundang-undang yang berat ke atas Aishahkerana berada di Malaysia secara tidaksah. Manakala, Makcik Aminah keranamelindungi seorang pendatang tanpa izin.Mazlan meminta Makcik Aminah dan Aishahmembayar RM1,500 agar mereka berduadilepaskan daripada tindakan undang-undang.Sebelum beredar, pasport Aishah dan kadpengenalan Makcik aminah dirampas olehMazlan. Makcik Aminah mesti menyediakanwang itu pada esok hari. Mazlan meninggalkannombor telefonnya dan meminta MakcikAminah menghubunginya setelah wang telahcukup.Kerana kejadian itu, Makcik Aminah tidakberniaga selama dua hari. Puas beliau berfikirbagaimana untuk mengumpul wang sebanyakitu. Akhirnya, atas nasihat rakan-rakan, MakcikAminah ke pejabat BPR.Marah bercampur kasihan. Itulah perasansaya apabila menerima aduan daripadaMakcik Aminah. Perbuatan Mazlan dan rakanrakannyamengambil kesempatan terhadapseorang wanita tua yang hidupnya seperti ‘kaispagi makan pagi, kais petang, makan petang’memang satu tindakan ‘tidak berhati perut’.Bertindak atas laporan Makcik Aminah, satuoperasi dirancang. Wang RM1,500 disediakanBPR. Nombor siri wang turut dicatatkan.Makcik Aminah hanya perlu menyerahkanwang itu kepada Mazlan semasa perjumpaan.Itu pun, sekiranya Mazlan minta. Berulang kaliperkara itu saya pesan. Saya tidak mahu adaunsur-unsur penganiayaan. Selepas itu, sayaminta Makcik Aminah menghubungi Mazlanuntuk menentukan tempat perjumpaan.“Kita jumpa di rumah kak la. Saya pergi sanadalam jam 3 petang”, kata Mazlan dalamperbualannya dengan Makcik Aminah. Tempatdan masa perjumpaan telah ditentukan.Langkah kami seterusnya adalah pergi kerumah Makcik Aminah di Keramat. MakcikAminah dan Aishah diarahkan untuk tunggu di10dalam rumah sehingga Mazlan sampai. Sayadan tiga pegawai lain turut berada di dalamrumah itu bersedia untuk membuat tangkapan.Lima pegawai lagi berada di sebuah geraiminuman yang terletak berhadapan rumahMakcik Aminah.Hampir tiga jam berlalu, bayang Mazlan masihtidak nampak. Kami hampir putus asa dansaya telah memberi arahan call-off pada jam6 petang.Jam di tangan saya menunjukkan tepat jam6 petang. Tiba-tiba, terdengar ucapan salamdaripada seorang lelaki. Aishah berlari ke arahkami. “Mazlan dah sampai”, katanya. Sayamengarahkan semua pegawai bersedia.Mazlan tidak masuk ke dalam rumah. Hanyaberdiri di luar pintu. Samar-samar, sayadengar Mazlan bercakap sesuatu denganMakcik Aminah. Tidak lama kemudian, MakcikAminah datang ke arah kami yang sedangbersembunyi dalam di sebuah bilik. “Dia dahambil duit”, beritahu Makcik Aminah kepadasaya. Saya dan tiga pegawai lain meluru keluaruntuk membuat tangkapan.Misi kami berjaya. Sebelum sempat Mazlanmasuk ke dalam kereta, beliau ditahan. Amatmalang bagi Mazlan, beliau ditangkap dihadapan isteri dan anaknya.Rupa-rupanya Mazlan membawa isteri dananaknya kepasaraya Ong Tai Kim untuk membeli susu danbarang keperluan rumah. Itu sebabnya Mazlanlambat sampai di rumah Makcik Minah.Isteri Mazlan, Azimah terpinga-pinga melihatMazlan digari. Setelah dijelaskan siapa kamidan sebab Mazlan ditahan, Azimah mulamenangis. Kasihan.Enam bulan kemudian, Mazlan dituduhdi Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ataskesalahan meminta dan menerima rasuah.Tiga bulan selepas itu, Mazlan mengalamikemalangan jalan raya ketika menunggangmotosikal. Tiga minggu Mazlan koma.Seterusnya, Mazlan disahkan lumpuh dantidak waras.Kes Mazlan ini benar-benar meninggalkankesan kepada saya. Tindakan Mazlan bukansahaja memalukan keluarganya. Malah,pasukan polis keseluruhannya. Beliau adalahantara 1% anggota polis yang terlibat denganjenayah rasuah seperti mana kenyataan TanSri Ismail Omar, bekas Ketua Polis Negara,pertengahan tahun 2011. Tidak ramai, tetapibak kata pepatah ‘kerana nila setitik, rosaksusu sebelanga’.Jauh di sudut hati, saya amat sedih dengannasib isteri dan anak Mazlan. Simpati jugakepada nasib Mazlan. Mungkin ini balasantuhan terhadapnya.


SPRMSPRMPandangan AndaSPRMSPRMPandangan AndaAina Nabilla · Lead Rapper/Lead Dancer di B.A.Puntuk membenteras rasuah kita perlukan masa yangpanjang...tapi jgnlah sampai PRU-14 baru nak selesai..panjang sangat tuuuuuuMohd Asyraf · Pengulas TertinggiRasuah sudah berakar umbi Di Malaysia, dah tentusukar dibendung .apatah lagi ia melibatkan seluruhsistem pentadbiran negara yg terpalit dng rasuah .Morewins Jack · Pengulas Tertinggirasuah bagaikan barah - bagaimana penyakit barah dan pesakit barahdiubat ? (1) hapuskan sel2 barah drpd merebak (2) pada tahap kroniksel2 tu akan dicuba dihalang dr merebak secara aggresif ( melambatkan) (3) mengubati ngan kimotrapi (4) membuang secara pembedahanorgan2 yg telah rosak akibat sel2 barah (5) kalau sgt2 serius - tunggumasa utk mati ..ngan cara yg sama la rasuah harus diubati ataudihapuskan...kalau lambat semakin kuat ia akan merebak..Halid Sibi ·Pengulas Tertinggi · Serembanwajibkan istihar harta pejawat awam dan swasta...pulangkan ataurampas dari harta rasuah....ini termasuk harta bekas pejawatawam seperti mahathir dan anak nya ..selesai masaalah rasuah...Teh Teong Guan Pengulas Tertinggi · KlangDon’t talk too much. Action has to start. If not, you hasto start to roll. Action taken without fear or favour. Don’tbother whether the persom is from BN or PR. Wrong iswrong.Sohadis Musidi · Pengulas Tertinggilihatlah bagaimana pekerjaan ‘rasuah” itu diterjemahkandgn istilah mulia dalam budaya Melayu “membalas budi”sumber daripada malaysiakini.com11


SPRMSPRMSPRMSPRMtitbitsMeterai Ikrar Integriti KorporatPMINT mantapkanpengurusanDatuk Osman Muda menyerahkanIkrar Integriti Korporat kepadaTimbalan Ketua PesuruhjayaPencegahan, Datuk Sutinah SutanKUALA TERENGGANU - Perbadanan MemajukanIktisad Negeri Terengganu (PMINT) berikrar memantapkankeberkesanannya dengan membina satu penanda aras terhadapkewibawaan pengurusannya, meningkatkan tadbir urus baik danpembentukan kepimpinan unggul.Ikrar ini bagi membuktikan wujudnya ketelusan, kecekapan dankeikhlasan PMINT dalam memberi khidmat kepada rakyat denganmenerapkan etika dan meningkatkan integriti melalui ketelusanbudaya kerja yang maksima kepada setiap warganya.Melalui Perancangan Strategik Tahunannya bagi jangka masa2012 hingga 2016, tujuh teras meliputi aspek ekonomi, kualitiproduk dan perkhidmatan, kepuasan pelanggan dan pembangunanmodal insan, transformasi ini dijangka akan membantu organisasimencapai pertumbuhan ekonomi jangka panjang selainmemberi isyarat jelas kepada wargakerja mengenai misi memerangirasuah.Pengurus Besar PMINT, Datuk Osman Muda berkata demikian ketikaberucap di majlis menandatangani Ikrar Integriti Koporat (CIP)bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM, DatukSutinah Sutan di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, PulauWan Man pada 22 April lepas.Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Saidyang turut hadir di majlis itu berkata, langkah PMINT menandatanganiikrar integriti menggambarkan kesungguhan agensi ituyang tidak mahu kakitangannya terlibat dengan rasuah dan penyelewengan.Beliau turut mencadangkan supaya unsur-unsur islamik dijadikansebahagian dari terma sebelum sesuatu tender PMINT diserahkankepada kontraktor. Ia sebagai elemen tambahan kepada CIP yangmenekankan soal integriti kedua-dua pihak, di samping meyakinkanorang ramai terhadap ketelusan perbadanan.KonvensyenIntegriti AntiRasuah 2013KUALA TERENGGANU –Perlunya pendedahan awal danberterusan mahasiswa terhadap isu semasa dan kesan burukjenayah rasuah, mendorong Sekretariat Pencegahan Rasuah(SPR) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti SultanZainal Abidin (UNIZA) bergabung menganjurkan KonvensyenIntegriti dan Anti Rasuah (KIARA) 2013.Konvensyen dua hari dari 26 hingga 27 April itu disertai oleh 14institut pengajian tinggi dari seluruh negara dan merupakan penganjurankali kedua oleh SPR UMT.Melalui komitmen mahasiswa sebagai pengerak kepada matlamatyang telah dirancang, perhimpunan ahli-ahli SPR dari pelbagai institusipengajian tinggi kali ini secara tidak langsung membantumahasiswa berkongsi pendapat dan cadangan dalam membentukstrategi berkesan menyampaikan mesej anti rasuah kepadamasyarakat dan warga kampus.Dalam ucapan perasmian penutupan konvensyen ini, PengarahBahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Shamshun BaharinMohd Jamil berkata, program sebegini merupakan inisiatifyang amat releven dan wajar dilaksanakan kerana pendekatan inimampu membentuk individu yang bertanggungjawab terhadapdiri sendiri.Menurut beliau lagi, pembangunan sahsiah dan nilai moral merupakanelemen penting yang perlu diberi perhatian dalam pembentukkanmahasiswa yang tidak dititikberatkan kepada salahlakurasuah akan menyebabkan perlakuan rasuah terjadi tanpa disedari.Timbalan Naib Canselor UMT, Profesor Dr. Anuar Hassan berkatapendedahan awal kepada mahasiswa berkaitan isu jenayah rasuahadalah penting. Ia boleh memberi panduan kepada mahasiswayang akan memasuki dunia pekerjaan selepas tamat pengajian.Pengarah projek konvensyen, Mohd Naziffudin Sidin berkata isurasuah kurang difahami oleh masyarakat dan mahasiswa. Justerupenganjuran kali mengetengahkan isu persepsi dan kepekaanterhadap isu rasuah kerana golongan ini akan membentuk sektorpekerjaan dan kepimpinan masyarakat pada masa akan datang.12


SPRMSPRMtitbitsSPRMSPRMRISDA berazambanteras rasuahPUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecildan Perusahaan Getah (RISDA), berazam mengekang amalanrasuah di kalangan kakitangannya dengan meningkatkantahap integriti dalam organisasi yang telah beroperasi hampir40 tahun itu. Inisiatif ini diambil bertujuan mewujudkan urustadbir yang lebih baik khususnya bagi membasmi ketirisandan penyelewengan dalam sesuatu urusan.Bagi memastikan pendekatan ini dapat dilaksanakan, pada3 April lepas, RISDA mengambil inisiatif untuk meningkatkanketelusan dalam pentadbirannya dengan menandatanganiMemorandum Persefahaman (MoU) bersama SPRM.Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad ZukiMohamad, jalinan kerjasama dengan SPRM ini menunjukkanRISDA mempunyai iltizam tinggi bagi mengekang amalanrasuah di kalangan kakitangannya. Langkah ini merupakanisyarat kepada rakyat bahawa RISDA sentiasa berusaha untukmenutup ruang berlakunya rasuah dalam organisasi itu mulaidari peringkat awal sebelum jenayah ini menjadi lebih parah.Melalui persefahaman ini, RISDA akan meminta nasihat dariSPRM berkaitan aspek pencegahan, penyelewengan danamalan rasuah yang mungkin berlaku dalam organisasi itu.Beliau berkata demikian sebaik selesai menandatanganimemorandum berkenaan bersama Timbalan KetuaPesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Sutinah Sutan.Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah DatukSeri Mohd Shafie Apdal, Timbalannya Datuk Hasan Malek danDatuk Joseph Entulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri AbuKassim Mohamed dan Ketua Setiausaha Kementerian DatukIbrahim Muhamad.Di majlis sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassimberkata, beliau amat menghargai usaha RISDA menjalinkerjasama strategik dengan SPRM bagi membanteras rasuah.Melalui kerjasama itu, kakitangan dapat didedahkan denganmaklumat sebenar dan SPRM akan menyediakan ruangpenyaluran maklumat bagi membantu menerangkan polisiyang tidak jelas berkaitan unsur rasuah.Kerjasama dua agensi ini melibatkan perkongsian kepakarandalam aspek pengesanan, khidmat rundingan, penyaluranmaklumat, latihan serta program peningkatan integriti dikalangan kakitangan RISDA.Ia selaras dengan usaha kerajaan membanteras rasuahsebagaimana diterapkan dalam inisiatif Bidang KeberhasilanUtama Negara (NKRA), yang memperkenalkan beberapainisiatif perubahan yang dilaksanakan di pelbagai peringkatmelalui tindakan secara menyeluruh untuk memerangirasuah, memperbaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi danmengubah persepsi rakyat terhadap integriti kerajaan danperkhidmatan awam.Ketua Pengarah RISDA,Datuk Mohamad Zukimenyerahkan MoU kepada Timbalan KetuaPesuruhjaya Pencegahan, Datuk Sutinah Sutan13


SPRMSPRMSPRMSPRMtitbits177 terimaanugerah kecemerlanganPUTRAJAYA – Anugerah PerkhidmatanCemerlang adalah suatu pengiktirafanyang diberi kepada pegawai ataukakitangan dalam perkhidmatan awambagi menghargai sumbangan mereka yangcemerlang melebihi tanggungjawab yangdiamanahkan.Penghargaan ini bertujuan menyuntiksemangat esprit-de corps di kalangansemua warga jabatan terbabit sebagaidorongan memberikan perkhidmatanyang lebih berkualiti, selain menjadicontoh kepada lain-lain anggota untuksama-sama meningkatkan lagi tarafperkhidmatan demi mencapai matlamatorganisasi.Seperti mana di kementerian dan agensikerajaan lain, turut menerima anugerahprestij yang dihadiahkan setiap tahun iniialah 177 orang pegawai dan kakitanganSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dari seluruh Negara. Pengiktirafanini diberi atas kecemerlangannya bukansahaja dalam menjalankan tugas rasmi,tetapi aktif dalam aktiviti sosial dan sukansepanjang tahun 2012.Ketika berucap di majlis penyampaiananugerah yang berlangsung di DewanSerbaguna Aras B2 Kompleks BlokD6 pada 5 Mac lepas, Timbalan KetuaPesuruhjaya (Operasi), Datuk MohdShukri Abdull mengucapkan tahniah danmengingatkan kepada semua penerimabahawa kecemerlangan adalah suatuproses yang berterusan, dan setiapmereka perlu sentiasa berusaha bagimengekalkan kecemerlangan tersebutpada tahun-tahun seterusnya.Menurut beliau lagi, “kecemerlangan perludatang secara pakej, bukan sahaja dalampekerjaan, malah merangkumi kehidupanberkeluarga dan masyarakat denganpekerti dan hati yang bersih. Jadikanlahanugerah ini sebagai rangsangan danterus mengekalkan prestasi kerana dalamperkhidmatan, kecemerlangan tiadahadnya.”Selain mereka yang cemerlang dalamperkhidmatan, dua individu yang telahmeninggal dunia baru-baru ini turutdianugerahkan Pingat PerkhidmatanCemerlang (PPC), iaitu Ketua PenolongKanan Pesuruhjaya Abdul Aziz Ishak,54 yang telah berkhidmat selama 29tahun, sejak 1 September 1984 hingga 6Januari 2013. Juga kepada AllahyarhamHazrin Shahrin, 46 berjawatan PembantuAm Pejabat telah berkhidmat di agensiini sejak 16 November 1984 hingga 22Januari 2013.Anugerah Khas KetuaPesuruhjayaEnam bahagian di ibu pejabat danempat SPRM negeri menerima AnugerahKhas Ketua Pesuruhjaya keranakecemerlangannya dalam melaksanakantugasan dan projek masing-masingsepanjang tahun 2012.Anugerah ini merupakan pengiktirafantertinggi daripada pengurusan yangdiberi kepada sesebuah kumpulan, atauindividu dari kalangan anggota SPRMkerana kecemerlangan mereka dalammenghasilkan kerja yang bermutu di semuabidang kerja yang dipertangungjawabkan.Bahagian dan SPRM negeri yangdianugerahkan penghargaan ini ialah:-@ Bahagian Operasi Khas –Kejayaan mengesan penyelewengandalam projek pembinaan dan penyiapanJalan Abu Bakar Interchange, JohorBahru bernilai RM124 juta.@ Bahagian Pengurusan Rekoddan Teknologi Maklumat - Kejayaanmeningkatkan keberkesanan pengurusanteknikal dan penambahbaikan portalSPRM sehingga diberi penarafan limabintang dalam penilaian Portal di lamanweb kerajaan 2012.@ Bahagian Dasar, Perancangandan Penyelidikan – Kejayaanmenganjurkan “6th IAACA AnnualConference and General Meeting” dengankehadiran 920 peserta dari seluruh dunia.@ Bahagian Pemeriksaan danPerundingan – Penyelesaian masalahagihan tapak bazar Ramadan@ Bahagian Pengurusan SumberManusia dan Pentadbiran Am(Caw. Pentadbiran Am) - Berjayameningkatkan kadar pusingan stokmelepasi KPS 4.0 berdasarkan PekelilingPerbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2009.@ Akademi Pencegahan RasuahMalaysia – Penubuhan PusatKecemerlangan Kepimpinan SPRM@ SPRM Sarawak – Kejayaanmengekang kegiatan curi pasir dalam‘Ops KAUT’.@ SPRM Perak – Kejayaanmengekang pembalakan haram melalui‘Ops ROYAL’@ SPRM Selangor – Kejayaanmewujudkan enam standard operatingprosedur keselamatan@ SPRM Johor - Kejayaanmewujudkan agensi E-Kebajikan,transformasi pengurusan bencana banjiroleh Unit Pemeriksaan dan Perundingan.Datuk Shukri mengingatkan semuapegawai dan kakitangan supayaberdisiplin, mematuhi peraturan danmenjaga tingkah laku demi memastikanimej dan reputasi jabatan sentiasaterpelihara.Semoga anugerah ini menjadi pemangkinkepada mereka yang menerimanya dalammeningkatkan motivasi untuk terusmemberi sumbangan kepada masyarakatdan negara.14


AWAS!!!Anda sedang diperhatikanMemberi & Menerima RASUAHadalah kesalahan SERIUSSURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)BEBAS•TELUS•PROFESSIONALPanggilan Talian Bebas Tol Kami :1 800 88 6000Email info@sprm.gov.my Web www.sprm.gov.my SMS 019 6000 696

More magazines by this user
Similar magazines