12.07.2015 Views

PRUcash - Prudential Malaysia

PRUcash - Prudential Malaysia

PRUcash - Prudential Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PRUcashDalam hidup ini, anda pasti akan menempuh beberapa peristiwa penting. Antaranyatermasuk kelahiran cahaya mata dalam keluarga, kemasukan anak-anak ke pusatpengajian tinggi atau membeli rumah baru. Semua ini memerlukan perbelanjaan.Alangkah baiknya jika terdapat satu pelan insurans yang bukan sahaja menyediakanperlindungan secukupnya kepada keluarga anda jika berlaku kejadian tidak diinginidalam hidup anda, malah turut memberi anda wang tunai pada tempoh tertentu untukmemenuhi keperluan kewangan semasa menempuh peristiwa penting dalam hidup anda.Oleh kerana keprihatinan kami terhadap keperluan anda, Prudential memperkenalkanPRUcash, pelan tunggal yang menggabungkan Perlindungan, Simpanan dan KecairanKewangan.Pengembalian tunai sebanyak 6% setiap 2 tahunApakah ciri-ciri PRUcash?PRUcash ialah polisi bertempoh tetap yang boleh dibeli untuk jangka masa 20 hingga 30tahun, dalam gandaan 2 tahun, dengan premium yang dibayar sepanjang tempoh polisi.Manfaat kehidupan sebanyak 6% daripada jumlah diinsuranskan akan dibayar setiap duatahun untuk membekalkan aliran tunai kepada anda. Wang tunai tambahan inimembolehkan anda mengecapi nikmat kecil kehidupan. Oleh itu, sambil anda menabunguntuk masa depan, anda tidak akan terlepas peluang menikmati kemanisan hidup.Anda boleh memilih untuk menerima manfaat kehidupan dalam bentuk wang tunai ataumengumpulkannya dan memperolehi faedah terkompaun sepanjang tempoh polisi.Sekiranya orang yang diinsuranskan meninggal dunia, pewaris akan menerima jumlahdiinsuranskan sepenuhnya, serta bonus yang disertakan dan tunai terkumpul, tanpamengira jumlah manfaat kehidupan yang sudah pun dibayar.Apakah jenis bonus yang diterima?Selain daripada manfaat kehidupan, Prudential juga membolehkan anda berkongsikeuntungan menerusi Bonus Berbalik #1 dan Bonus Terminal #2 . Dua bonus tersebutdiisytiharkan setiap tahun dan akan dibayar jika pemegang insurans meninggal duniaatau hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK), apabila polisi matang atau apabilapolisi diserahkan.Berapakah jumlah yang akan dibayar?Membayar sambilmenambahkan simpananApabila meninggaldunia atau polisimatangHilang UpayaMenyeluruh danKekal (HUMK) #3Jumlah diinsuranskan;Bonus berbalik;Bonus terminal; danSebarang tunai terkumpul (dengan faedah), akandibayar.Bayaran yang sama dengan manfaat kematian.

Siapakah yang harus mendapatkan pelan ini?Pelan ini sesuai bagi mereka yang:• mahukan satu pelan yang menggabungkan ciri-ciri simpanan dan perlindungan.• menghargai kecairan kewangan dan ingin mendapatkan manfaat tunai tetap sambilmenambahkan simpanan mereka.• mahukan bayaran terjamin bagi jumlah diinsuranskan serta bonus untuk polisiinsurans mereka.Pelan juvenilUntuk pelan juvenil, sekiranya kanak-kanak mengalami HUMK atau meninggal duniasebelum usia 5 tahun, jumlah asas diinsuranskan yang dibayar ialah 20% pada usia 1tahun, 40% pada usia 2 tahun, 60% pada usia 3 tahun dan 80% pada usia 4 tahun.Jumlah premiumKadar premium berbeza-beza bergantung kepada usia penyertaan, jantina dan statusmerokok.Kekerapan dan kaedah pembayaran premiumPremium perlu dibayar sepanjang tempoh polisi dan boleh dibayar secara tahunan,separuh tahunan, suku tahunan atau bulanan menerusi Autodebit, Arahan Bank, KadKredit, Tunai atau Cek.Jenis pinjaman yang disediakanTerdapat pinjaman Polisi, Pinjaman Premium Automatik dan pinjaman Yuran Pembedahandan Kejururawatan (Tertakluk kepada terma dan syarat).Nota penting#1 Bonus berbalik • Akan disediakan mulai tahun kalendar selepasulang tahun kedua polisi.• Akan dibayar apabila pelan matang, sekiranyaorang yang diinsuranskan mengalami kematianatau HUMK, atau apabila polisi diserahkan.• Polisi ini akan mempunyai nilai tunai selepaspembayaran premium telah dibuat untuksekurang-kurangnya 3 tahun dan polisi telahberkuatkuasa selama 3 tahun.• Nilai penuh Bonus Berbalik yang diisytiharkantidak akan dibayar sekiranya polisi ditamatkan,diserahkan atau ditukarkan lebih awal.#3 Bagi manfaat HUMK, untuk jumlah yang diinsuranskan lebih daripada RM1juta, kaedah pembayaran adalah berasaskan terma dan syarat kontrak polisi.#4, #5 & #6Manfaat Tambahan ini diperlukan untuk membeli Crisis Cover Benefit, CrisisCover Income, PRUmajor med 3, PRUmed, Hospital Benefit, Accidental Death& Disablement, Accident Medical Reimbursement, Weekly Indemnity,PRUdisability provider.• Anda dinasihatkan untuk memastikan bahawa pelan ini adalah yang palingsesuai untuk memenuhi keperluan anda dan premium yang perlu dibayaruntuk polisi ini adalah jumlah yang anda mampu• Jika anda tidak membayar premium mengikut jadual, maka jumlah nilai tunaiyang ada akan digunakan untuk membayar premium menerusi pinjamanPremium Automatik. Jika nilai tunai tidak mencukupi untuk membayarpremium belum jelas atau pinjaman lain dengan syarikat, maka polisi andaakan luput.• Jika anda membatalkan polisi ini pada tahun-tahun awal, anda mungkin tidakmemperolehi nilai penuh daripada jumlah yang telah anda bayar.• Jika polisi ini dikembalikan dalam tempoh percubaan selama 15 hari,premium penuh ditolak perbelanjaan perubatan akan dibayar balik.• Risalah ini adalah untuk tujuan keterangan sahaja. Untuk butir-butir lanjutmengenai terma dan syarat, sila rujuk kepada dokumen polisi.Untuk mendapatkan bantuan peribadi, sila telefon 03-2116 0228, hantar e-mel kepada kami dicustomer.mys@prudential.com.my atau hubungi wakil Prudential anda yang mesra.#2 Bonus terminal • Akan dibayar selepas pelan matang, sekiranyaorang yang diinsuranskan mengalami kematianatau HUMK, atau apabila polisi diserahkan.Prudential Assurance Malaysia Berhad (107655-U)Tingkat 17, Menara Prudential, No.10, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, MalaysiaTel: (03)-2116 0228 Faks:(03)-2032 3939 www.prudential.com.my

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!